BAB 21 |
بَابُ
الِاسْتِنْجَاءِ بِالْحِجَارَةِ
ISTINJAK DENGAN BATU
HADIS 40 |
حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُور وَ قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَا: حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا ذَهَبَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْغَائِطِ،
فَلْيَذْهَبْ مَعَهُ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ يَسْتَطِيبُ بِهِنَّ، فَإِنَّهَا
تُجْزِئُ عَنْهُ
Daripada Aisyah bahawa
Rasulullah bersabda: "Apabila salah seorang dalam kalangan kamu pergi
buang air besar, maka hendaklah dia membawa tiga batu untuk beristinja,
sesungguhnya itu mencukupinya”
Status
hadis: sahih lighairih
PERBAHASAN LAFAZ |
[1] Perkataan يستطبن asal
maknanya adalah membuat perkara menjadi baik. Namun, dalam penggunaan kata
dalam hadis ini bersifat kinayah yang memberi maksud membersihkan tempat keluar najis.
Apabila digunakan perkataan ini, ia boleh sahaja bermaksud
istinjak menggunakan air atau batu. Namun, Kalau guna perkataan استجمار ia khusus untuk batu sahaja.
PENJELASAN HADIS |
Walaupun
hadis ini sebut lelaki, Wanita juga termasuk.
Hal
ini kerana, kaedah usul menyatakan bahawa setiap nas yang menyebut lelaki, maka
hukumnya adalah sama juga dengan Wanita, kecuali ada qarinah menyatakan ia
khusus untuk Wanita atau lelaki.
HUBUNGAN HADIS |
HADIS ke-39, dijelaskan berkenaan larangan beristinjak
menggunakan tulang, tahi kering dan arang bakaran.
HADIS ke-40 ini pula, dijelaskan berkenaan istinjak
menggunakan batu.
PENJELASAN; seakan-akan Imam Abu Daud mahu sempurnakan
perbincangan istinjak menggunakan batu yang belum selesai lagi dalam perbahasan
hadis ke-7, 8 dan 35 yang lalu.
PENGAJARAN |
[1] KALAU BATU, MESTI TIGA BIJI
Tiga biji batu menyamai dengan menggunakan air dengan
hilang ain najis. Menggunakan batu itu, jika ada kesan najis, maka itu
dimaafkan kerana ia adalah rukhsah.
Berlaku khilaf dalam kalangan fuqaha’ berkenaan
penggunaan tiga biji batu itu bersifat ta’abbud atau maqasid.
Maksud dengan Ta’abbud adalah, sesuatu suruhan itu
bersifat ketaatan mutlak tanpa mempunyai sebarang sebab dan logic disebalik
amalan tersebut. Ia sama seperti tidak tahu logic disebalik solat zohor dengan
4 rakaat, bilangan 80 sebatan bagi pesalah qazaf dan sebagainya.
Adapun maksud MAQASID adalah, sesuatu perbuatan
berasaskan kepada sebab-sebab disebalik sesuatu amalan. Contohnya, dalam hal
istinjak menggunakan batu, tidak penting soal bilangan biji batu, tetapi yang
penting adalah sejauh mana boleh hilangkan kesan najis atau tidak.
Dalam hal istinjak menggunakan batu, terdapat dua
pendapat ulama berikut;
PERTAMA: TA’ABBUD
Perlu tiga biji ke atas. Tidak memadai dengan kurang
tiga biji batu. Ini adalah pendapat mazhab
Syafie, Hanbali, Abu Sur dan Ishaq.
Untuk bersihkan dubur dan qubul untuk istinjak, maka
perlu kepada 3 biji batu ke atas.
KEDUA: MAQASID
Ini adalah pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan Saidina
Umar. Pada mereka, tidak semestinya tiga biji. Yang penting adalah bersih.
Hanafi berhujah dengan hadis Ibn Mas’ud bahawa Nabi
saw ambil dua batu dan buang tahi keras. Dalam hadis itu, tidak disebut bahawa
Ibn Mas’ud bawakan batu ketiga.
Pengarang kitab AL-MINHAL jawab, hadis Salman adalah
perkataan, sedangkan hadis Ibn Mas’ud adalah perbuatan. Apabila bertembung
antara perkataan dan perbuatan, maka dahulukan perkataan.
Walaubagaimana pun, al-Aini kata, kalau guna dua biji
batu, bersihnya masih diragukan. Lebihkan kepada tiga biji batu adalah
bertujuan untuk hasilkan keyakinan hati.
BIOGRAFI PERAWI |
[6]
SA’ID BIN MANSUR (227H)
سَعِيدُ بْنُ
مَنْصُور
Nama penuhnya SA’ID
BIN MANSUR BIN SYU’BAH ABU OSMAN AL-KHURASANI AL-MARUZI AL-TALAQANI الطالقاني
Dia dilahirkan di Juzjan yang kini dalam wilayah
Afganistan, dan banyak berada di Balkh (kini di Afghanistan) dan berhijrah ke
Mekah dan meninggal di situ.
Dia adalah guru al-Bukhari, Muslim, Abi Daud, Malik
dan Ahmad. Seorang yang terkenal dengan karya SUNAN SA’ID BIN MANSUR dan
seorang mufassir.
Dia adalah seorang perawi siqah lagi sahih.
[6] QUTAIBAH BIN SA’ID
قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ
Lihat hadis ke-25
[5] YAAQUB BIN ABDUL RAHMAN (181H)
يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ
الرَّحْمَنِ
Nama penuhnya YAAQUB BIN ABDUL RAHMAN BIN MUHAMMAD BIN
ABDULLAH AL-MADANI AL-ISKANDARANI. Dia juga dikenali dengan nama YAAQUB BIN
ABDUL RAHMAN AL-QARI.
Dia dilahirkan di Madinah, dan pernah sampai ke
Iskandariyyah. Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah kecuali Ibn Majah sahaja.
Dia adalah perawi siqah lagi sahih.
[4] ABU HAZIM (135/144H)
أَبو حَازِمٍ
Nama sebenarnya adalah SALAMAH BIN DINAR AL-MADANI
AL-MAKHZUMI. Dia adalah bekas hamba kepada al-Aswad bin Sufyan al-A’raj
al-Madani.
Dia dilahirkan di era Abdullah bin al-Zubair dan Abdullah bin Umar. Dia terkenal dengan ahli ibadat serta zuhud.
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang
perawi siqah lagi sahih.
[3]
MUSLIM BIN QURT AL-MADANI
مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ المدني
Dia adalah perawi Abu
Daud dan al-Nasaie. Dikatakan dia berasal dari Madinah.
Ibn Hibban letak dia dalam senarai
al-Siqat sebagai atba’ al-Tabi’in.
Didapati tidak ada yang riwayatkan
darinya selain Abu Hazim sahaja. dengan sebab itu, dia dianggap MAJHUL AL-AIN.
Imam
Al-Sayuti pula kata, tidak diketahui berkenaannya kecuali dia riwayatkan hadis
dari Urwah sahaja.
al-Zahabi
kata, tidak ma’ruf, sedangkan Al-Daraqutni kata, dia hasan.
[2] URWAH BIN AL-ZUBAIR
(23H-94H)
عُرْوَةَ بن الزبير
[1]
AISYAH BINTI ABI BAKAR AL-SIDDIQ (19SH-58H)
عَائِشَةَ بنت
ابي بكر الصديق
PERBAHASAN SANAD |
[1] SANAD ABU DAUD
حَدَّثَنَا سَعِيدُ
بْنُ مَنْصُورٍ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ
عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ، عَنْ
عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ
[2] STATUS HADIS: SAHIH
LIGHAIRIH
Hadis ini, asalnya
doif dengan alasan berikut;
A.
MUSLIM BIN QURT adalah perawi MAJHUL.
B.
Tafarrud pada ABU HAZIM
Justeru, jadi SAHIH
LIGHAIRIH dengan alasan berikut;
A.
Matan hadis ini sama dengan matan hadis ke-7; hadis
salman.
B.
Sama dengan matan hadis ke-8; hadis Abu Hurairah.
C.
Sama dengan matan hadis ke-35; hadis abu Hurairah.
D.
dari ABU AYUB AL-ANSARI bahawa Nabi saw ada bersabda:
إِذَا تَغَوَّطَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَمَسَّحْ
بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ، فَإِنَّ ذَلِكَ كَافِيهِ
“Apabila seseorang
kamu buang air besar, maka hendaklah dia sapu (istinjak) dengan tiga biji batu.
Maka itu memadai” (al-Tibrani, al-Mukjam al-Awsat, hadis no: 3146(
DIKUATKAN LAGI:
A.
Muslim bin Qurt: dalam senarai siqah Ibn Hibban.
B.
Al-Nawawi kata, hadis ini sahih.
C.
Al-Daraqurtni kata, hadis ini hasan.
D.
Arnaut juga menganggap hadis ini SAHIH LIGHAIRIH.
[3] SANAD LAIN
A.
Dalam Sanad al-Nasaie (44)
أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ
قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ
مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ،
PENJELASAN: Dalam Nasaie, Qutaibah ambil hadis dari ABDUL AZIM BIN ABI HAZIM, sedangkan dalam Abu
Daud, Qutaibah ambil dari YAA’QUB BIN ABDUL RAHMAN
B.
Sanad Ahmad bin Hambal (697)
حَدَّثَنَا سَعِيدُ
بْنُ مَنْصُورٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي
حَازِمٍ، عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهَا
[4] KOMENTAR ULAMA:
Kitab AL-MANHAL
menyatakan bahawa tidak diketahui hadis ini kecuali dari sanad ini sahaja.
AL-DARAQUTNI pula
menyatakan, sanadnya sahih lagi hasan. Namun, al-Saharanpuri kata, kesimpulan
al-Daraqutni ini pelik.
ALBANI menganggap
hadis ini SAHIH dengan hujah-hujah yang hampir sama dengan di atas.
TAKHRIJ |
Al-Nasaie
(Kubra-42), Ahmad (24771, 25013)
No comments:
Post a Comment