BAB 16 |
بَابُ النَّهْيِ عَنِ
الْبَوْلِ فِي الْجُحْرِ
“LARANGAN DARI KENCING PADA LUBANG”
HADIS 29 |
حَدَّثَنَا
عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ بْنِ مَيْسَرَةَ حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ قَتَادَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُبَالَ فِي الْجُحْرِ» قَالُوا
لِقَتَادَةَ: مَا يُكْرَهُ مِنَ الْبَوْلِ فِي الْجُحْرِ؟ قَالَ: كَانَ يُقَالُ
إِنَّهَا مَسَاكِنُ الْجِنِّ
Abdullah bin Sarjis
berkata: “Rasulullah saw melarang kencing di lubang”
Mereka bertanya kepada
Qatadah: "Apa sebab kencing di lubang itu dilarang?" Dia menjawab:
"Dikatakan bahawa ia adalah tempat tinggal jin”
Status hadis: Hasan.
PERBAHASAN LAFAZ |
[1] Perkataan مَسَاكِنُ
الْجِنِّ rata-ratanya diterjemahkan sebagai tempat
tinggal jin.
Di
sana, terdapat pendapat lain mengatakan bahawa perkataan الجن tidak semestinya bermakna jin, tetapi
terdapat makna yang lain iaitu ular kecil.
Hal
ini merujuk kepada firman Allah:
وَأَنْ أَلْقِ
عَصَاكَ فَلَمَّا رَآهَا تَهْتَزُّ كَأَنَّهَا جَانٌّ وَلَّى مُدْبِرًا وَلَمْ
يُعَقِّبْ يَا مُوسَى أَقْبِلْ وَلَا تَخَفْ إِنَّكَ مِنَ الْآمِنِينَ (31) –
القصص
“"Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu".
(Ia pun mencampaknya), maka apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor
ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah
ia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu ia diseru): "Wahai Musa,
datanglah kemari dan janganlah engkau takut. Sesungguhnya engkau dari
orang-orang yang beroleh aman”
Dalam
kisah Nabi Musa ini dalam surah al-Qasas ini, digunakan perkataan تَهْتَزُّ
كَأَنَّهَا جَانٌّ yang diterjemah: bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor
ular kecil”, iaitu perkataan جان yang akar katanya sama dengan جن bermakna ular.
Dengan
sebab itu, al-Saharanpuri dalam kitab Bazl al-Majhud menyatakan bahawa maksud
hadis ini adalah makhluk-makhluk
yang kecil yang sukar dilihat oleh mata manusia seperti serangga dan
sebagainya.
[2] Apabila ada menafsirkan مساكن
الجن adalah tempat serangga, ular dan
sebagainya, ia lebih seragam dengan pemaknaan bagi perkataan الجحر yang bermaksud lubang yang dikorek oleh binatang.
[3] Hadis Nabi saw hanya menjelaskan larangan kencing
dalam lubang. Adapun penyataan bahawa punca larangan itu disebabkan lubang adalah
tempat tinggal jin/ular, itu adalah perkataan Qatadah, bukan perkataan Nabi
saw.
PENJELASAN HADIS |
[1] Hadis ini menjelaskan bahawa Nabi saw melarang
dari kencing dalam lubang. Namun begitu, Nabi saw tidak memberikan sebab dan
punca larangan tersebut.
Namun, apabila orang bertanya kepada perawi hadis
bernama Qatadah, kenapa dilarang kencing dalam lubang itu; dijawab oleh Qatadah
bahawa dikatakan bahawa ia adalah tempat tinggal jin.
Dalam jawapan Qatadah, dia tidak memberikan jawapan
yang konkrit dan menyakinkan. Hal ini kerana, dia menggunakan “sighah tamrid”,
iaitu disebut يقال atau
diterjemahkan sebagai “dikatakan”, atau “menurut apa yang orang bagitahu”.
[2] Apabila dilihat kepada konteks hadis ini,
kelihatan larangan Nabi saw ini bukan perkara tasyri’, tetapi soal mengelak
dari berlaku mafsadah.
Hal ini dapat dilihat dengan hujah berikut;
[a] Perkataan جن dalam hadis bukan perkataan nabi, tetapi perkataan Qatadah.
[b]
Perkataan جن itu pula bersifat musytarak, iaitu
mempunyai pelbagai pemaknaan; ada bermakna jin, dan ada berbanga ular dan ada
pula bermakna serangga-serangga kecil.
[c]
Jika dilihat dari sudut pemaknaan serangga kecil atau ular, itu kelihatan lebih
tepat, kerana ia dikaitkan dengan lubang yang dalam hadis menggunakan perkataan
الجحر iaitu lubang yang dikorek oleh binatang.
[d]
Apatah lagi, dalam banyak fatwa-fatwa ulama fiqh dalam menjelaskan hal ini
mengaitkan dengan factor mafsadah.
Contohnya,
perkataan al-‘Azim Abadi dalam Aun al-Ma’bud:
أَنَّهُ مَأْوَى الْهَوَامّ الْمُؤْذِيَة ، فَلَا
يُؤْمَنُ أَنْ يُصِيبهُ مَضَرَّة مِنْهَا
“ia adalah tempat binatang yang boleh menyakiti orang.
Ia tidak selamat dari memudharatkan”
Dalam AL-MAWSU’AH AL-FIQHIYYAH kata:
يُكْرَهُ
التَّبَوُّل فِي ثَقْبٍ أَوْ سَرَبٍ ، وَهَذَا بِاتِّفَاقِ الْمَذَاهِبِ
الأْرْبَعَةِ ... وَلأِنَّهُ رُبَّمَا خَرَجَ عَلَيْهِ مِنَ الْجُحْرِ مَا
يَلْسَعُهُ ، أَوْ يَرُدُّ عَلَيْهِ الْبَوْل
“makruh kencing dalam lubang. Ini disepakati mazgab
empat… hal ini kerana, kadangkala keluar dari lubang itu binatang yang akan
sengat atau menolak air kencing itu keluar balik”
Berkata
AL-BUJAIRIMI yang merupakan salah seorang yulama dalam Mazhab Syafie:
يَظْهَرُ تَحْرِيمُهُ إِذَا غَلَبَ عَلَى ظَنِّهِ أَنَّ بِهِ حَيَوَانًا
مُحْتَرَمًا يَتَأَذَّى أَوْ يَهْلِكُ بِهِ
“pengharamannya
itu jelas apabila sangkaan kuatnya bahawa dalamnya ada binatang yang perlu
dihormati, sama ada dia merasa sakit atau ia mati”
Jadi,
dapat disimpulkan bahawa larangan kencing dalam lubang bukan bersifat syariat,
tetapi berfaktorkan mafsadah.
Dalam
erti kata lain, jika seseorang itu kencing di dalam lubang, itu tidak
melibatkan melanggar syariat. Namun, jika didalam lubang itu ada ular, itu
mafsadah atau kerosakan yang telah menimpa diri kita.
HUBUNGAN HADIS |
Kalau dilihat pada hadis ke-28, dijelaskan bahawa nabi
larang kencing di tempat mandi.
Dalam hadis ke-29 ini pula, Nabi larang kencing dalam
lubang
Kesamaan
antara dua hadis ini adalah keperluan hormati tempat makhluk yang mukallaf,
iaitu lubang, iaitu tempat jin atau ular, dan tempat mandi yang merupakan
tempat manusia membersihkan diri.
PENGAJARAN |
[1] APAKAH JIN DUDUK DALAM LUBANG?
Tidak terdapat satu hadis MARFU’ yang menyatakan
bahawa tempat tinggal ular dalam lubang.
Namun, terdapat Kisah popular bahawa Seorang sahabat
bernama SA’AD BIN UBADAH (14H) bahawa dia pergi ke Hauran, Syria selepas
kewafatan Nabi saw.
Di sana, dia rasa nak buang air kecil, lalu dia
kencing di suatu lubang.
Selepas itu, orang berjumpa dia dalam keadaan sudah
mati. Dalam kitab al-Isti’ab, Ibn Abd al-Bar menyatakan bahawa mayatnya
berwarna hijau.
Orang di situ tidak tahu punca kematiannya, sehingga
mereka mendengar suara menyebut:
نحن قتلنا سيد
الخزرج سعد بن عبادة ورميناه بسهمين
kami membunuh penghulu Khazraj, iaitu Sa’ad bin
Ubbadah. Kami panahnya dengan dua panah”
Tidak dijelas punca kematiannya, tetapi dengan suara
tersebut, penduduk di situ menanggapni bahawa dia mati dibunuh oleh jin.
[2] KAITAN ULAR DAN JIN
Terdapat beberapa hadis yang ada mengaitkan ular dan
jin.
PERTAMA: Nabi larang bunuh ular yang duduk dalam rumah
kerana itu adalah jin yang berupa.
Dalam
hadis—daripada Nafi’;
عَنْ نَافِعٍ،
أَنَّ أَبَا لُبَابَةَ، كَلَّمَ ابْنَ عُمَرَ لِيَفْتَحَ لَهُ بَابًا فِي دَارِهِ،
يَسْتَقْرِبُ بِهِ إِلَى الْمَسْجِدِ، فَوَجَدَ الْغِلْمَةُ جِلْدَ جَانٍّ،
فَقَالَ عَبْدُ اللهِ: الْتَمِسُوهُ فَاقْتُلُوهُ، فَقَالَ أَبُو لُبَابَةَ: لَا
تَقْتُلُوهُ، «فَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ
قَتْلِ الْجِنَّانِ الَّتِي فِي الْبُيُوتِ»
“Abu Lubabah berkata kepada Ibnu Umar agar dia membuka pintu
rumah miliknya supaya lebih dekat untuk pergi ke Masjid.
Namun tiba-tiba beberapa anak kecil melihat kulit
ular. Maka Abdullah berkata: "Cari dan ikut ia! Lalu bunuhlah ular
itu"
Abu Lubabah berkata: “Jangan bunuh, kerana Rasulullah
saw telah melarang membunuh ular-ular yang berada di rumah” (muslim, hadis no:
2233)
KOMEN: Apabila disebut ular, ia sesuatu yang
merbahaya. Tidak munasabah jika Nabi saw suruh agar tidak dibunuh ular yang
berada dalam rumah. Oleh itu, difahami bahawa maksud ular di sini adalah jin
yang berupa.
KEDUA: Kisah lelaki dibunuh oleh jin:
أَخْبَرَنِي
أَبُو السَّائِبِ، مَوْلَى هِشَامِ بْنِ زُهْرَةَ أَنَّهُ دَخَلَ عَلَى أَبِي
سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ فِي بَيْتِهِ، قَالَ: فَوَجَدْتُهُ يُصَلِّي، فَجَلَسْتُ
أَنْتَظِرُهُ حَتَّى يَقْضِيَ صَلَاتَهُ، فَسَمِعْتُ تَحْرِيكًا فِي عَرَاجِينَ
فِي نَاحِيَةِ الْبَيْتِ، فَالْتَفَتُّ فَإِذَا حَيَّةٌ فَوَثَبْتُ لِأَقْتُلَهَا،
فَأَشَارَ إِلَيَّ أَنِ اجْلِسْ فَجَلَسْتُ، فَلَمَّا انْصَرَفَ أَشَارَ إِلَى
بَيْتٍ فِي الدَّارِ، فَقَالَ: أَتَرَى هَذَا الْبَيْتَ؟ فَقُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ:
كَانَ فِيهِ فَتًى مِنَّا حَدِيثُ عَهْدٍ بِعُرْسٍ، قَالَ: فَخَرَجْنَا مَعَ
رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْخَنْدَقِ فَكَانَ ذَلِكَ
الْفَتَى يَسْتَأْذِنُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأَنْصَافِ
النَّهَارِ فَيَرْجِعُ إِلَى أَهْلِهِ، فَاسْتَأْذَنَهُ يَوْمًا، فَقَالَ لَهُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُذْ عَلَيْكَ سِلَاحَكَ، فَإِنِّي
أَخْشَى عَلَيْكَ قُرَيْظَةَ، فَأَخَذَ الرَّجُلُ سِلَاحَهُ، ثُمَّ رَجَعَ فَإِذَا
امْرَأَتُهُ بَيْنَ الْبَابَيْنِ قَائِمَةً فَأَهْوَى إِلَيْهَا الرُّمْحَ
لِيَطْعُنَهَا بِهِ وَأَصَابَتْهُ غَيْرَةٌ، فَقَالَتْ لَهُ: اكْفُفْ عَلَيْكَ
رُمْحَكَ وَادْخُلِ الْبَيْتَ حَتَّى تَنْظُرَ مَا الَّذِي أَخْرَجَنِي، فَدَخَلَ
فَإِذَا بِحَيَّةٍ عَظِيمَةٍ مُنْطَوِيَةٍ عَلَى الْفِرَاشِ فَأَهْوَى إِلَيْهَا
بِالرُّمْحِ فَانْتَظَمَهَا بِهِ، ثُمَّ خَرَجَ فَرَكَزَهُ فِي الدَّارِ
فَاضْطَرَبَتْ عَلَيْهِ، فَمَا يُدْرَى أَيُّهُمَا كَانَ أَسْرَعَ مَوْتًا
الْحَيَّةُ أَمِ الْفَتَى، قَالَ: فَجِئْنَا إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَذَكَرْنَا ذَلِكَ لَهُ وَقُلْنَا ادْعُ اللهَ يُحْيِيهِ
لَنَا فَقَالَ: «اسْتَغْفِرُوا لِصَاحِبِكُمْ» ثُمَّ قَالَ: «إِنَّ بِالْمَدِينَةِ
جِنًّا قَدْ أَسْلَمُوا، فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهُمْ شَيْئًا، فَآذِنُوهُ
ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ، فَإِنْ بَدَا لَكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ، فَاقْتُلُوهُ، فَإِنَّمَا
هُوَ شَيْطَانٌ»
Suatu ketika Hisyam bin Zuhrah menemui Abu Sa'id Al Khudri di rumahnya.
Abu Saib berkata: "Ketika itu saya mendapati Abu Said sedang solat.
Saya pun tunggu dia sehingga dia selesai solat.
Tiba-tiba saya mendengar sesuatu yang bergerak di pelepah kurma di sudut
rumah, lalu saya pun menoleh kepadanya. Ternyata di sana ada seekor ular, maka
saya meloncat dari tempat duduk saya untuk membunuhnya.
Tanpa diduga, Abu Sa'id Al-Khudri yang sedang solat itu memberi isyarat
kepada saya agar tetap duduk. Akhirnya saya pun kembali ke tempat duduk saya.
Selesai solat, Abu Sa'id menunjuk sebuah rumah di perkampungan itu
seraya berkata: “Kamu nampak rumah itu, wahai sahabatku?”
Saya menjawab: “Ya, saya nampak”
Abu Sa'id melanjutkan ucapannya; “Di rumah itu dulu ada seorang pemuda
yang termasuk keluarga kami yang dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan
(pengantin baru).
Semasa kami berangkat menuju medan perang Khandak bersama Rasulullah,
pemuda tersebut meminta izin kepada Rasulullah, pada tengah hari, untuk segera
pulang menemui isterinya.
Rasulullah memberi izin kepadanya sambil berpesan: “Bawalah senjatamu,
kerana aku khawatir orang-orang Bani Quraizhah akan menyerangmu!”
Lelaki itu pun membawa senjatanya dan pulang ke rumahnya. Setibanya di
rumah, ia mendapati isterinya sedang berdiri di tengah pintu. Melihat itu, dia
pun langsung menghunuskan tombaknya ke arah isterinya kerana rasa cemburu.
Isterinya pula berkata kepadanya: “Tahanlah tombakmu dan masuklah ke
dalam rumah agar kamu tahu mengapa aku berada di luar!”
Pemuda itu pun masuk ke dalam rumah dan ternyata di dalamnya ada seekor
ular besar yang sedang melingkar di atas tempat tidur.
Tanpa berkata-kata, langsung dia tikam ular tersebut dengan tombak yang
ada pada tangannya. Setelah itu ia
keluar seraya memacak tombaknya di depan rumah. Tiba-tiba ular tersebut
menyerangnya. Tidak dapat diketahui dengan pasti, siapakah yang mati terlebih
dahulu, ular atau pemuda itu?
Abu Sa'id Al Khudri berkata: Kami
datang berjumpa Rasulullah untuk melaporkan peristiwa tersebut kepada Baginda.
Kami berkata: "Ya Rasulullah, tolong mohon kepada Allah agar pemuda
itu dihidupkan kembali”
Rasulullah pun menjawab: Sesungguhnya di kota Madinah ini ada sekelompok
jin yang telah masuk Islam. Apabila kamu melihat sesuatu yang aneh dari mereka,
maka berilah izin kepada mereka untuk menetap di rumah selama tiga hari.
Tetapi, jika setelah tiga hari tidak mahu pergi juga, maka bunuhlah ia! kerana
itu adalah syaitan!” (Muslim, hadis no: 2236)
KETIGA: pesanan Nabi berkenaan jin berupa dengan makhluk lain:
عَنْ
رَجُلٍ يُقَالُ لَهُ السَّائِبُ وَهُوَ عِنْدَنَا أَبُو السَّائِبِ، قَالَ:
دَخَلْنَا عَلَى أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، فَبَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ إِذْ
سَمِعْنَا تَحْتَ سَرِيرِهِ حَرَكَةً، فَنَظَرْنَا فَإِذَا حَيَّةٌ.. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ لِهَذِهِ الْبُيُوتِ عَوَامِرَ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
شَيْئًا مِنْهَا فَحَرِّجُوا عَلَيْهَا ثَلَاثًا، فَإِنْ ذَهَبَ، وَإِلَّا
فَاقْتُلُوهُ، فَإِنَّهُ كَافِرٌ»
seorang lelaki yang biasa dipanggil dengan Al-Saib,
menurut kami dia adalah Abu Al-Saib. Dia berkata: kami menemui Abu Sa'id Al-Khudzri. Tatkala
kami sedang duduk, kami mendengar gerakan suara di bawah tempat tidurnya, lalu
kami lihat ternyata seekor ular.
Kemudian Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya di kota
Madinah ini ada sekelompok jin. Apabila kamu melihat sesuatu yang aneh dari
mereka, maka berilah izin kepada mereka untuk menetap di rumah selama tiga
hari. Tetapi, jika setelah tiga hari tidak mahu pergi juga, maka bunuhlah ia!
Kerana ia itu adalah kafir!” (Muslim, hadis no: 2236)
KOMEN: Ada yang menafsirkan bahawa nabi larang bunuh ular itu kerana ia
adalah jin yang berupa ular, bukan hakikat ular.
[3] HORMATI MAKHLUK LAIN
Hadis sebelum ini (hadis ke-7) ada dijelaskan
berkenaan larangan istinja’ menggunakan tulang kerana ia makanan Jin
Ia memberi maksud, perlu menghormati makanan makhluk
selain manusia, seperti jin.
Justeru, hadis ke-7 itu secara tidak langsung boleh
menguatkan maksud hadis ini yang memberi maksud, bukan perlu menghormati
makanan jin sahaja, bahkan tempat tinggal mereka juga perlu dihormati.
BIOGRAFI PERAWI |
[5] ABU SA’ID UBAIDULLAH BIN UMAR BIN
MAISARAH AL-JASYMI AL-QAWARIRI (152H-235H)
ابو سعيد عُبَيْدُ
اللَّهِ بْنُ عُمَرَ بْنِ مَيْسَرَةَ الجشمي القواريري
Dia adalah guru Muslim dan Abu Daud. Dia berasal dari
Basrah dan meninggal dunia di Baghdad.
Dia seangkatan dengan Imam Ahmad terlibat dengan
perlawanan dengan khalifah al-Ma’mun (Abu al-Abbas, Abdullah bin Harun
al-Rashid (170-218H) yang belajar dari guru muktazilah bernama Abu al-Huzail
al-Allaf dalam isu Quran makhluk
Dia bersama dengan Imam Ahmad yang dihukum kerana pertahankan al-Quran
bukan makhluk oleh Gabenor bernama Ishaq bin Ibrahim.
[4] MUAZ BIN HISHAM BIN ABI ABDILLAH
AL-RIB’IE AL-DASTUWAI AL-BASRI (200H)
مُعَاذُ بْنُ
هِشَامٍ بن ابي عبدالله الربعي الدستوائي البصري
Dia merupakan salah
seorang rijal al-Kutub al-Sittah. Berasal dari Yaman, tetapi
berhijrah ke Basrah dan meninggal di situ. Dia dari kalangan Tabie al-Tabiin.
Disamping dia rijal al-Kutub
al-Sittah, Ibn Hibban turut senaraikan dia sebagai salah seorang siqah dalam
kitab bertajuk “al-Siqat”. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.
[3] HISHAM BIN ABI ABDILLAH AL-DASTUWAIE (74H-154H)
هِشَامٍ بن ابي عبدالله
الدستوائي
Salah seorang rijal al-Kutub
al-Sittah ini berasal dari Basrah dan pernah sampai ke Syam. Dia adalah bapa
kepada Muaz bin Hisham dan juga dari kalangan Tabie al-Tabiin.
Dia mendapat gelaran
al-Dastuwai الدستوائي yang berasal dari tempat bernama Dastuwa (sekarang di salah
satu tempat di Iran), bukan kerana dia berasal dari sana. Dikatakan bahawa dia
seorang saudagar kain yang hampir semua kain dia ambil dari Dastuwa sehingga
dia mendapat gelaran al-Dastuwaie.
Dalam kitab al-Siyar,
al-Imam al-Zahabi ada menyatakan bahawa Hisham adalah seorang al-Qadari,
al-Muktazili, al-Jahmmi dan syiah al-Rafidhi. Namun, didapati bahawa dia tidak
pernah menyeru manusia kepada aliran fahaman bid’ah yang dia anuti.
Dengan sebab itu,
kebanyakkan ulama hadis menerima dan beramal dengan riwayatnya. Turut mengakui hal ini adalah Imam Ahmad bin
Hanbal dan Ibn Sa’id.
Dalam pada itu, tidak
sedikit juga dari kalangan ulama hadis yang berhati-hati dengan
riwayatnya.
Sepertimana kita tahu,
antara ulama yang amat keras dan tegas terhadap Ahli Bid’ah adalah Imam Malik.
Hal ini berbeza dengan pendekatan sebilangan ulama hadis seperti Imam Bukhari
dan Muslim yang masih lagi menerima riwayat ahli Bid’ah, tetapi dengan syarat-syarat
yang ketat; antara syarat-syaratnya adalah kandungan matan hadis riwayatnya tidak mempunyai
sebarang unsur kebid’aahannya.
Namun begitu, imam
Malik, Ibn Sirin dan sealiran dengan mereka lebih tegas. Mereka tidak akan
terima sebarang riwayat dari ahli Bid’ah, walaupun kandungan matan hadis itu tidak
menyeru kepada fahamannya.
Memahami ini, tidak
hairan nama Hisham tidak terdapat langsung dalam Muwatta’.
Menurut beberapa kisah
menarik berkenaan Hisham adalah, diceritakan bahawa dia tidak dapat tidur dalam
keadaan pelita dipadamkan. Pernah suatu hari, isterinya bertanya berkenaan hal
itu. Dia menjawab: Setiap kali pelita dipadamkan, aku teringat kegelapan alam
kubur.
Dia perawi siqah dan
sahih. Namun, jika dalam riwayatnya ada unsur menegakkan fahaman bid’ahnya,
maka riwayat tersebut tidak boleh diterima.
[2] ABU KHATAB QATADAH BIN
DI’AMAH AL-SADUSI (61H-114H)
أبو خطاب قَتَادَةَ إبن
دعامة السدوسي
Lihat hadis ke-6 dan 17.
[1]
SAHABAT: ABDULLAH BIN SARJIS al-MUZANI
AL-BASRI (81H)
عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ سَرْجِسَ المزني البصري
Antara sahabat Nabi saw yang namanya tidak tercatat langsung dalam Sahih
al-Bukhari, walaupun tercatat dalam beberapa buah kitab hadis yang lain.
Dia dari etnik bani Makhzum yang merupakan salah satu etnik Arab bangsa
Quraish.
Dia mendapat gelaran al-Basri kerana selepas kewafatan nabi saw, dia
telah berhijrah ke Basrah dan meninggal dunia di situ.
PERBAHASAN SANAD |
[1] SANAD ABU DAUD
حَدَّثَنَا عُبَيْدُ
اللَّهِ بْنُ عُمَرَ بْنِ مَيْسَرَةَ، حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ،
حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ
[2] STATUS HADIS: HASAN.
Secara dasarnya, semua
perawi-perawi hadis ini adalah siqah. Namun, kekhilafan berlaku antara ulama
berkenaan statusnya, apabila ulama berbeza pendapat berkenaan QATADAH yang
diragui berjumpa dengan Sahabat yang bernama ABDULLAH BIN SARJIS.
PENDAPAT ALBANI: hadis
ini doif dengan dua hujah berikut;
[a] Albani lebih
cenderung dengan kupasan Ahmad bin Hanbal dan Hakim yang menyatakan bahawa
QATADAH tidak berjumpa dengan mana-mana sahabat kecuali ANAS BIN MALIK sahaja.
dalam erti kata yang lain, QATADAH tidak berjumpa dengan ABDULLAH BIN SARJIS.
[b] Qatadah adalah
salah seorang sahabat Nabi yang tersenarai sebagai perawi mudallis.
Dengan alasan ini,
ALBANI anggap hadis ini terputus sanad—munqati’. Dalam erti kata lain, antara
QATADAH dan ABDULLAH BIN SARJIS ada perawi yang disembunyikan tanpa disebutkan
namanya.
PENDAPAT ARNAUT: hadis
ini tidak boleh dipandang rendah. Walaupun tidak secara terang mengatakan
sahih, tetapi ARNAUT menukilkan hal-hal penting berikut;
[a] Ibn Khuzaimah dan
Ibn Sakan kata hadis ini Sahih.
[b] Ramai ulama hadis
anggap QATADAH mendengar hadis dari ABDULLAH BIN SARJIS, seperti Ibn
al-Mulaqqin dan ibn al-Madini. Yang meragui Qatadah mendengar hadis dari
Abdullah hanya Harb bin Ismail sahaja.
Secara peribadi, saya
sangsikan beberapa hal berikut;
[a] Qatadah dikatakan
seorang mudallis.
[b] jika dia seorang
mudallis, lalu dia riwayatkan hadis dari ABDULLAH secara عنعنة yang kita tahu, perawi mudallis, riwayatnya ditolak jika dia
riwayat secara عنعنة
Jika
dilihat dari sudut itu, kelihatan hujah ALBANI lebih kuat.
Namun
begitu, kita tidak dapat nafikan bahawa ada dakwaan yang mengatakan bahawa
Qatadah pernah berjumpa ABDULLAH. Jika dilihat dari sudut ini pula, kelihatan
pendapat SOLEH USAIMIN lebih selamat, iaitu menganggap hadis ini sebagai hasan.
TAKHRIJ |
Al-Nasaie (kubra-30),
Ahmad (20775).
No comments:
Post a Comment