HADIS 21 |
حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ
عَنْ مُجَاهِدٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَعْنَاهُ، قَالَ:
«كَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ»
berkata Rasulullah: "Dia tidak menutup diri dari
kencingnya"
وَقَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ : «يَسْتَنْزِهُ»
Abu Mu'awiyah menyebutkan: "Dia tidak bersih”
(kencing tidak cermat)
PENJELASAN HADIS |
[1] Hadis ke-21
ini, sekadar untuk menjelaskan tentang kekhilafan penggunaan lafaz yang
digunakan dalam matan hadis.
[2] Di sana, ada menggunakan lafaz لا يستنزه
من البول. Ini dapat dilihat dalam riwayat Muslim (292), Abu Daud (20), Nasaie (31), Ibn Majah (347),
Ahmad (1979)
[3] Juga terdapat menggunakan
lafaz لا يستتر, iaitu dalam riwayat Al-Bukhari (216, 218, 1361, 1378, 6052, 6055),
Muslim (292), Tarmizi (70), Ibn Abi Syaibah (12045)
[4] Demikian juga, menggunakan
lafaz لَا
يَسْتَبْرِئُ, iaitu
dalam riwayat Nasaie (2068, 2069), Ibn Abi
Syaibah (1304, 12038)
[5] ada juga menggunakan lafaz
كان لا يتوقي, sepertimana dalam riwayat Abu Nuaim dalam mustakhraj beliau.
HUBUNGAN HADIS |
Dalam hadis ke-20, dinyatakan bahawa dalam riwayat
guru ke-2 Imam Abu Daud, iaitu Hannad guna perkataan ISTITAR, iaitu tidak
tertutup (nampak aurat) ketika kencing boleh menyebabkan azab di kubur,
sedangkan guru pertama Abu Daud, iaitu Zuhair menggunakan lafaz ISTINZAH, iaitu
tidak terselamat pakaian semasa kencing dari terkena air kencing.
Dalam hadis ke-21 ini pula, digunakan lafaz ISTITAR.
Turut Abu Daud nukilkan riwayat ABU MUAWIYAH yang menggunakan lafaz ISTINZAH.
BIOGRAFI PERAWI |
[5] OSMAN BIN ABI SYAIBAH (160H-239H)
عُثْمَانُ بْنُ
أَبِي شَيْبَةَ
Lihat hadis ke-16.
[4] JARIR BIN ABDUL HAMID
AL-DHOBBI (110H-188H)
جَرِيرٌ بن عبد الحميد
الضبي
Yang sering disebut dengan panggilan Jarir al-Dhobbi.
Dilahirkan di Kufah di tahun Saidina Hasan meninggal
dunia. Dia meninggal di Raiya (Iran).
Ramai ulama anggap dia siqah, tetapi terdapat
sebilangan yang melakukan tajrih padanya.
Antaranya adalah al-Baihaqi menyatakan bahawa sebelum
dia meninggal, dia ada ikkhtilat. Namun, dijelaskan oleh Ahmad bin Hanbal dan
Abdul Latif bin Abdul Rahim al-Kayyal al-Syafie bahawa dia ikhtilat itu pada
hadis Asy’as, ‘Asim al-Ahwal sahaja.
Abu Daud pula ada menyatakan bahawa ada beberapa hal
menampilkan dia seperti ada kencenderungan kepada syiah (Tasyayyu’).
Ibn Hajar pula ada menyatakan bahawa Sulaiman bin Daud
al-Syazikuni meriwayatkan hadisnya secara tadlis, tetapi dakwaan itu terdapat
kritikan kerana Sulaiman itu sendiri diragui.
Antara ulama yang kata bahawa dia tidak tadlis adalah
Zuhair bin Harb al-Nasaie dan Ya’qub bin Syaibah al-Sadusi.
Walaubagaimana pun, dia adalah Rijal al-Kutub
al-Sittah dan salah seorang parawi siqah lagi sahih.
[3] MANSUR BIN AL-MU’TAMIR (60H-132H)
مَنْصُور بن المعتمر
Dia digelar ABU ‘ITAB AL-SULAMI, merupakan seorang
Ulama hadis yang hidup di era Tabiin. Terkenal sebagai صواما قواما, iaitu
orang kuat beribadat dan kuat berpuasa.
Diceritakan
bahawa dia selalu menangis pada waktu malam; iaitu semasa sedang menunaikan
solat. Keadaan itu menjadikan ada tanda hitam pada matanya.
Apabila
sampai waktu pagi, dia keluar rumah dengan pakai celak untuk orang tidak tahu
matanya hitam sebab menangis.
Diceritakan juga bahawa
tempat dia tunaikan solat pada waktu malam di atas bumbung rumahnya.
Semasa
dia meninggal dunia, anak jirannya bertanya kepada ibunya: sudah tidak ada lagi
tunggul di atas rumah Mansur.
Ibu
itu menjawab: Mansur sudah meninggal dunia.
Semasa
Yazid bin Umar bin Hubairah menjadi gabenor di Iraq, dia mahu melantik Mansur
sebagai Qadhi, tetapi dia menolak. Dia dipaksa juga, tetapi dia tetap menolak
sehingga dia dipenjara selama 2 bulan.
Setelah
2 bulan, dalam berat hati dia terima jawatan tersebut. Namun, dalam penghakimannya
dia tidak membuat keputusan. Dengan itu, dia memberitahu kepada Gabenor: aku
tidak baik untuk urusan ini.
Mendengar
penjelasannya itu, Gabenor akur dengannya yang kemudian dia digugurkan jawatan
tersebut.
Ramai
ulama memuji dan mengakui kesiqahannya. Namun, ada sedikir kritikan terhadapnya
seperti Abu Hatim bin Habban al-Basti ada kata bahawa Mansur dari kalangan ahli
ibadat, tetapi ada sedikit Tasyayyu’ (kecenderungan terhadap syiah).
Tidak
diketahui, apa yang menjadikan dia ditanggapi sebagai Tasyayyu’. Kemungkinan
berfaktorkan dakwaan bahawa dia antara orang yang bersungguh-sungguh
menggalakan penduduk Kufah agar bergabung dengan Zaid bin ‘Ali bin al-Husain
bin ‘Ali dalam usaha melawan melawan Bani Umayyah di Kufah yang selalu
melakukan tekanan kepada Bani Hashim yang ketika itu, Gabenor Kufah adalah Yusuf
bin Umar. kejadian ini berlaku pada tahun 120 hijrah, iaitu ketika Mansur
berumur 60 tahun, iaitu lebih kurang 12 tahun sebelum dia meninggal dunia.
Imam
Ahmad pula menyatakan bahawa Mansur seorang yang sabat, tetapi dia akan
idhtirab apabila majlis dia dihadiri ulama-ulama besar yang lain.
Walaubagaimana pun, Mansur adalah Rijal al-kutub al-Sittah,
dan merupakan salah seorang perawi siqah lagi sahih.
[2] MUJAHID BIN JABAR (21H-104H)
مُجَاهِدٍ ابن جبر (حبير)
Lihat dalam hadis ke-16 dan ke-20.
[1] ABDULLAH BIN ABBAS
عبدالله ابْنِ عَبَّاسٍ
Lihat hadis ke-3 dan ke-20.
STATUS HADIS |
[1] SANAD ABU DAUD
حَدَّثَنَا عُثْمَانُ
بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ مُجَاهِدٍ
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ
[2] STATUS HADIS: SAHIH
Hadis ini sahih dengan alasan berikut;
[a] Semua perawi hadis ini siqah.
[b] Hadis ini disepakati sahih oleh ALBANI dan ARNAUT.
[3] Hadis ini turut sama meriwayatkannya adalah al-Bukhari.
TAKHRIJ |
Al-Bukhari (216, 6055) Al-Nasaie (Kubra-2206)
No comments:
Post a Comment