Showing posts with label SISA KUCING. Show all posts
Showing posts with label SISA KUCING. Show all posts

Sunday, September 11, 2022

HADIS 76

 

HADIS 76

 

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ عَنْ دَاوُدَ بْنِ صَالِحِ بْنِ دِينَارٍ التَّمَّارِ عَنْ أُمِّهِ أَنَّ مَوْلَاتَهَا أَرْسَلَتْهَا بِهَرِيسَةٍ إِلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، فَوَجَدَتْهَا تُصَلِّي، فَأَشَارَتْ إِلَيَّ أَنْ ضَعِيهَا، فَجَاءَتْ هِرَّةٌ، فَأَكَلَتْ مِنْهَا، فَلَمَّا انْصَرَفَتْ أَكَلَتْ مِنْ حَيْثُ أَكَلَتِ الْهِرَّةُ، فَقَالَتْ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّمَا هِيَ مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ» ، وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ بِفَضْلِهَا

Tuan wanita kepada Ibu Daud menyuruh dia membawa kuih harisah (yang diperbuat dari tepung gandum) kepada Aisyah. Dia dapati Aisyah sedang menunaikan solat. Aisyah pun memberi isyarat kepadanya agar meletakkan apa yang dia bawa. Seseekor kucing betina datang, lalu makan sesuatu darinya (kuih harisah). Setelah Aisyah selesai solat, Isteri nabi itu makan dari bahagian yang dimakan oleh kucing tersebut. Aisyah pun berkata; Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya kucing tidaklah najis, ia antara binatang yang selalu mengelilingi kamu" Dan aku pernah melihat Rasulullah saw berwudhu dengan air sisa jilatan kucing.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] Hadis ini sebagai IKTIBAR bagi hadis suruhan basuh jilatan kucing (hadis ke-72)

 

[2] hadis ini ada beberapa perkara berikut;

 

(A)                MAWQUF: Hamba Aisyah membawakan sejenis kuih arab bernama harisah kepada Aisyah, yang didapati bahawa Aisyah sedang menunaikan solat. Semasa sedang solat, Aisyah mengisyaratkan kepada hambanya meletakkan kuih tersebut. Tiba-tiba, datang seekor kucing betina makan kuih tersebut. Apabila kucing itu berlalu pergi, Aisyah yang sudah selesai solat makan kuih tersebut di tempat kucing itu makan.

 

(B)               MARFU’ 1: Aisyah kata, bahawa Nabi saw bagitahu kucing bukan najis kerana ia binatang yang berkeliaran keliling manusia.

 

(C)               MARFU’ 2: Aisyah memberitahu bahawa dia pernah melihat Nabi saw berwuduk dengan air sisa jilatan kucing.

 

Secara dasarnya, sanad hadis ini DOIF, kerana IBU KEPADA DAUD BIN SOLEH adalah MAJHUL. Al-Zahabi letak dibawah tajuk, dia salah seorang perempuan yang majhul.

 

Justeru, sikap terhadap hadis ini adalah seperti berikut;

 

Kisah pada perkara (A) adalah doif.

 

Namun, pada perkara (B) ia ada dalam riwayat hadis ke-75 dari sahabat bernama ABU QATADAH. Justeru, ia sebagai SYAWAHID dan dianggap sebagai SAHIH LIGHAIRIH. Ini disokong oleh oleh Ibn Khuzaimah, al-Hakim, al-Zahabi dan Ibn Hajar.

 

Dengan ini, pada perkara (B) ini boleh dianggap sebagai MAHFUZ bagi hadis ke-72; iaitu hadis bahawa Abu Hurairah suruh basuh jilatan anjing dengan sekali basuh. (al-Manhal:1/267)

 

Adapun pada perkara (C) ia dikuatkan dengan riwayat dalam dalam Musannaf Abdul Razaq (356[1]); Ibn Majah (368[2]); al-Daraqutni (214[3])—jalur HARISAH BIN ABI AL-RIJA yang masing-masing riwayat ini, matan hadisnya adalah seperti berikut;

 

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: «كُنْتُ أَتَوَضَّأُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ قَدْ أَصَابَ مِنْهُ الْهِرُّ قَبْلَ ذَلِكَ» - مصنف عبد الرزاق, 356

Aisyah berkata: aku dan Rasulullah berwuduk dari satu bekas yang sebelum itu, kucing telah menggunakan air itu.

 

Memandangkan semua riwayat ini tidak sampai darjat sahih, makanya pada perkara (C) ini adalah HASAN LIGHAIRIH.

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Dalam hadis ini, ada satu mawquf dan dua marfu’; iaitu (a) marfu’ perkataan dan (b) marfu’ perbuatan. (sepertimana dalam penjelasan perbahasan sanad [2] (A)(B) dan (C))

 

Marfu’ perkataan adalah, Aisyah menukilkan perkataan nabi saw berkenaan kucing bahawa Nabi berkata:

إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّمَا هِيَ مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ

 

Marfu’ perbuatan pula, apabila Aisyah nyatakan apa yang dia lihat sendiri bahawa nabi saw berwuduk menggunakan air sisa minuman kucing.

وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ بِفَضْلِهَا

 

[2] Dengan dua kali Marfu’ itu, Aisyah pun berijtihad bahawa sisa makanan kucing itu tidak bernajis, makanya beliau pun membuat keputusan untuk makan sisa makanan kucing. (MAWQUF).

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-76 ini adalah syawahid kepada hadis ke-75.

 

PENGAJARAN

 

[1] ISTINBAT SAHABAT

 

Dalam dua hadis yang melibatkan dua sahabat - (a) Abu Qatadah, dan (b) Aisyah - yang dikemukakan, ini melibatkan kejadian yang berlaku selepas wafat nabi saw.

 

Kedua-dua hadis ini bukan menyebut bahawa Nabi saw memberitahu atau menampilkan perbuatan bahawa sisa kucing itu tidak najis, tetapi ia adalah istinbat dua sahabat berkenaan kucing berdasarkan kepada perkataan Nabi saw: (Ruslan:1/571)

 

إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ، إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

 

Namun begitu, kandungan amalan memberi minum air kepada kucing, lalu lebihan air sisa minuman kucing itu digunakan oleh Nabi untuk berwuduk terdapat dalam hadis riwayat al-Tibrani dalam al-Mu’jam al-Soghir:

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ إِلَى أَرْضٍ بِالْمَدِينَةِ يُقَالُ لَهَا بَطْحَانُ , فَقَالَ: «يَا أَنَسُ, اسْكُبْ لِي وَضُوءًا» , فَسَكَبْتُ لَهُ, فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ حَاجَتَهُ أَقْبَلَ إِلَى الْإِنَاءِ , وَقَدْ أَتَى هِرٌّ فَوَلَغَ فِي الْإِنَاءِ , فَوَقَفَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَقْفَةً حَتَّى شَرِبَ الْهِرُّ , ثُمَّ تَوَضَّأَ , فَذَكَرْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ أَمْرَ الْهِرِّ , فَقَالَ: «يَا أَنَسُ , إِنَّ الْهِرَّ مِنْ مَتَاعِ الْبَيْتِ , لَنْ يَقْذَرَ شَيْئًا , وَلَنْ يُنَجِّسَهُ» - الطبراني, 634[4]

Anas bin malik berkata: Rasulullah saw keluar ke satu tempat di Madinah, nama tempat itu BATHAN. Baginda pun berkata: “Wahai Anas, tuangkan kepadaku air wuduk”. Aku (Anas) pun menuangkan air kepada Nabi. Ketika Rasulullah saw selesai hajatnya, baginda tertumpu pada bekas air yang ketika itu seekor kucing jantan datang lalu menjilat (air yang berada) dalam bekas tersebut. Rasulullah saw memberikan air kepada kucing tersebut sehingga kucing itu minum. Kemudian, baginda berwuduk (dengan air terbabit). Aku pun menyebut kepada Rasulullah berkenaan kucing terbabit. Baginda pun bersabda: “Wahai Anas, sesungguhnya kucing dari kalangan binatang kesenangan rumah. Sekali-kali ia tidak mengotorkan sesuatu dan tidak menajiskannya”

 

[2] MEMBERI ISYARAT SEMASA SEDANG SOLAT

 

Dalam hadis ini dijelaskan bahawa semasa AISYAH sedang solat, dia memberi isyarat kepada hambanya. Ini menjadi dalil bahawa tidak membatalkan solat, jika semasa solat, memberi isyarat yang boleh difahami.

 

Ini dikuatkan lagi dengan hadis yang lain:

 

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ، يَقُولُ: «خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  إِلَى قُبَاءَ يُصَلِّي فِيهِ» ، قَالَ: «فَجَاءَتْهُ الْأَنْصَارُ، فَسَلَّمُوا عَلَيْهِ وَهُوَ يُصَلِّي» ، قَالَ: " فَقُلْتُ لِبِلَالٍ: كَيْفَ رَأَيْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرُدُّ عَلَيْهِمْ حِينَ كَانُوا يُسَلِّمُونَ عَلَيْهِ وَهُوَ يُصَلِّي؟ "، قَالَ: «يَقُولُ هَكَذَا، وَبَسَطَ كَفَّهُ» ، وَبَسَطَ جَعْفَرُ بْنُ عَوْنٍ كَفَّهُ، وَجَعَلَ بَطْنَهُ أَسْفَلَ، وَجَعَلَ ظَهْرَهُ إِلَى فَوْقٍ – ابو داود, 927[5]

Abdullah bin Umar berkata: Rasulullah saw keluar ke Quba’—baginda menunaikan solat di situ. Kata (Ibn Umar lagi): orang-orang ansar datang, mereka pun memberi kepada baginda ketika baginda sedang tunaikan solat. kata (Ibn Umar lagi): aku bertanya kepada Bilal: bagaimana kamu nampak Rasulullah saw membalas ketika mereka memberi kepada baginda ketika baginda sedang solat?  Jawab (Bilal): dia menjawab begini sambil dia mengisyaratkan dengan tapak tangannya. Jaafar bin Aun membuka tapak tangannya—menjadikan perut tangannya ke bawah dan belakang tangannya ke atas.

 

[3] SAHABAT AJAR AGAMA SECARA PRAKTIKAL

 

Amalan Sahabat dianggap sebagai sumber hukum selama tidak ada khilaf dan bantahan. Hal ini kerana, amalan sahabat tersebut dianggap mereka belajar dari Nabi saw yang tidak perlu mereka riwayatkan dalam bentuk perkataan, tetapi memadai dalam bentuk perbuatan.

 

Namun, jika ada bantahan, perlu dilihat pada konteks berikut;

 

a.                  Jika dibantah oleh sahabat lain dengan mereka sertakan sekali nas al-Quran atau hadis marfu’, maka itu dianggap sebagai salah.

 

b.                  Jika dibantah oleh sahabat lain tanpa dikaitkan dengan sebarang nas, maka itu adalah ijtihad yang jika benar, dapat dua pahala; jika salah, dapat satu pahala sahaja.

 

[4] SUNAT MEMBERI MAKANAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

 

Kalau terhadap kucing yang memerlukan pun, sunat diberikan makanan, sudah pasti lebih diberikan makanan kepada manusia yang memerlukan, sama ada muslim atau tidak. (al-Manhal:1/268)

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] ABDULLAH BIN MASLAMAH AL-QA’NABI (130H-221H)

عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ الْقَعْنَبِيُّ

 

Disebut nama perawi ini untuk kali ke-4, iaitu dalam hadis ke-1, 12, 75 dan 76.

 

[4] ABDUL AZIZ BIN MUHAMMAD BIN UBAID BIN ABI UBAID AL-DARAWARDI (187H)

 عَبْدُ الْعَزِيزِ بن محمد بن عبيد بن ابي عبيد الدراوردي

 

Dia dipanggil dengan ABU MUHAMMAD AL-JUHANI AL-MADANI. Dia seorang ulama hadis serta Atba’ al-Tabiin yang alim dalam bidang al-Jarh wa al-Ta’dil.

 

KOMEN ULAMA:

(a)                dianggap siqah oleh AHMAD BIN SOLEH AL-JILI, IMAM MALIK, IBN HAJAR dan YAHYA BIN MAIN.

(b)               AHMAD dan ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, kalau dia riwayat secara hafalan, dia akan waham. Tetapi, jika dia riwayatkan berdasarkan kitab, itu jadi elok.  

(c)                Ibn hajar kata, dia soduq; kalau dia riwayatkan hadis dari kitab orang lain, kadangkala dia tersilap.

(d)               Al-Bukhari meriwayatkan hadis darinya hanya dua hadis sahaja, itupun disertakan dengan riwayat lain sama.

 

Dia adalah perawi al-Khamsah; Ahmad, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah.

 

Dia dianggap soduq yang hasan al-hadis.

 

[3] DAUD BIN SOLEH BIN DINAR AL-TAMMAR AL-ANSARI AL-MADANI

 دَاوُدَ بْنِ صَالِحِ بْنِ دِينَارٍ التَّمَّارِ الأنصاري المدني

 

Digelar al-TAMMAR kerana dia seorang penjual buah kurma.

 

 

Dia adalah Rijal Bukhari, Muslim dan Abi Daud.

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)                Ahmad kata, la Ba’sa Bih.

(b)               Ibn Hibban senaraikan dia dari kalangan al-Siqat.

(c)                Al-Zahabi kata, dia soduq.

 

[2] IBU KEPADA DAUD BIN SOLEH

 أُمِّهِ

 

Tidak diketahui nama sebenarnya. Ada pihak mengatakan, Namanya adalah KHAULAH, tetapi dakwaan itu tidak dapat dipertanggungjawab. Justeru, dia dianggap majhul.

 

[1] AISYAH BINTI ABI BAKAR AL-SIDDIQ (19SH-58H)

عائشة بنت ابي بكر الصديق

 

Dalam sunan Abi Daud, nama sahabiyyah ini disebut untuk kali ke-13, iaitu hadis ke-18, 30, 33, 34, 40, 42, 50, 51, 52, 53, 56 dan 76.

 

 

 

 

 

 



[1] SANAD:

عَبْدُ الرَّزَّاقِ، عَنِ الثَّوْرِيِّ، عَنْ حَارِثَةَ بْنِ أَبِي الرِّجَالِ، عَنْ عَمْرَةَ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ

[2] SANAD:

حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ رَافِعٍ، وَإِسْمَاعِيلُ بْنُ تَوْبَةَ، قَالَا: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ، عَنْ حَارِثَةَ، عَنْ عَمْرَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ

[3] SANAD:

نا الْحُسَيْنُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ , نا زِيَادُ بْنُ أَيُّوبَ , نا ابْنُ أَبِي زَائِدَةَ , نا حَارِثَةُ بْنُ مُحَمَّدٍ , عَنْ عَمْرَةَ , عَنْ عَائِشَةَ , قَالَتْ

[4] SANAD:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ الْحَسَنِ بْنِ أُسَيْدٍ الْأَصْبَهَانِيُّ، حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ عَنْبَسَةَ الْكُوفِيُّ، حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصٍ الْمَكِّيُّ، عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ , عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ -  لَمْ يَرْوِهِ عَنْ جَعْفَرٍ إِلَّا عُمَرُ بْنُ حَفْصٍ , وَلَا رَوَى عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ , عَنْ أَنَسٍ حَدِيثًا غَيْرَ هَذَا

[5] SANAD:

حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ عِيسَى الْخُرَاسَانِيُّ الدَّامِغَانِيُّ، حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ عَوْنٍ، حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ سَعْدٍ، حَدَّثَنَا نَافِعٌ، قَالَ: سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ، يَقُولُ - [حكم الألباني] : حسن صحيح

HADIS 75 (BAB 38)

 

BAB 38

 

بَابُ سُؤْرِ الْهِرَّةِ

SISA KUCING

 

HADIS 75

 

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ عَنْ حُمَيْدَةَ بِنْتِ عُبَيْدِ بْنِ رِفَاعَةَ عَنْ كَبْشَةَ بِنْتِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ - وَكَانَتْ تَحْتَ ابْنِ أَبِي قَتَادَةَ – أَنَّ أَبَا قَتَادَةَ دَخَلَ فَسَكَبَتْ لَهُ وَضُوءًا، فَجَاءَتْ هِرَّةٌ فَشَرِبَتْ مِنْهُ، فَأَصْغَى لَهَا الْإِنَاءَ حَتَّى شَرِبَتْ، قَالَتْ كَبْشَةُ: فَرَآنِي أَنْظُرُ إِلَيْهِ، فَقَالَ: أَتَعْجَبِينَ يَا ابْنَةَ أَخِي؟ فَقُلْتُ: نَعَمْ، فَقَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ»

Daripada Kabsyah bin Ka’ab bin Malik (isteri kepada Abdullah bin Abi Qatadah), bahawa Abu Qatadah masuk, Kabsyah pun menuangkan air wuduk untuk bapa mertuanya. Lalu datang seekor kucing betina, ia minum dari air tersebut. Abu Qatadah pun menyengetkan bekas air itu kepada kucing tersebut hingga ia minum. Kabsyah berkata: Bapa mertua aku itu memperlihatkan kepadaku agar aku dapat lihatnya. Abu Qatadah pun bertanya: apakah kamu rasa pelik, wahai anak saudaraku? Jawab Kabsyah: Ya. Abu Qatadah pun berkata: Rasulullah saw ada bersabda: Sesungguhnya ia (kucing) bukan najis. Sesungguhnya ia (kucing) dari kalangan binatang yang berkeliaran di kalangan kamu, sama ada ia jantan atau betina.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] ARNAUT – SAHIH.

a.                  HUMAIDAH tidak majhul, sebab suami dan dua anaknya riwayat hadis darinya. Ibn Hibban senaraikan dia dalam al-Siqat.

b.                  KABSYAH, ibn hibban kata dia sahabat.

c.                   Hadis ini ada dalam muwatta’.

d.                  Al-Tarmizi juga riwayat dan kata, hadis ini hasan sahih.

 

[2] ALBANI

a.                  Sanadnya hasan sahih.

b.                  Dianggap sahih oleh al-Tarmizi, al-Bukhari, al-Daraqutni, al-Uqaili, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, al-Baihaqi, al-Hakim, al-Zahabi dan al-Nawawi.

c.                   Semua perawinya adalah rijal al-Syaikhain kecuali HUMAIDAH, tetapi IBN HIBBAN senaraikan dalam AL-SIQAT.

d.                  Hadis ini ada banyak turuq dan syawahid.

إن للحديث طرقاً وشاهداً من طرق، لا يبقى عها مجال للشك في صحة الحديث.

e.                  Antara turuq lain adalah, riwayat yang dikemukakan oleh Imam syafie dalam Musnadnya seperti berikut;

 أنبأنا الثقة عن يحيى بن أبي كثير عن عبد الله بن أبي قتادة عن أبيه عن النبيّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksud dengan siqah dalam hadis ini adalah HAMMAM BIN YAHYA ABU BAKAR AL-BASRI.

 

[3] RIWAYAT MALIK

 

Dalam sanad hadis ini, AL-QA’NABI ambil dari IMAM MALIK. Apabila dilihat dalam Muwatta’, dalam riwayat Abu Mus’ab (hadis no: 54) dam dalam riwayat Muhammad bin Hasan al-Syaibani (hadis no: 90).

 

Kedua-dua riwayat ini bermuarakan dari sanad yang sama.

 

[4] SAHIH ATAS SYARAT MALIK

 

Ibn Ruslan kata, dari sudut sanad, hadis ini doif disebabkan KABSYAH BINTI KA’AB-majhul. Tidak ada perawi meriwayatkan hadis dari dia kecuali HUMAIDAH sahaja. (Ruslan:1/564)

 

Walaubagaimana pun, bagi orang yang kata Sahih, kemungkinan mereka melihat IMAM MALIK sebagai perawi hadis. Hal ini kerana, AHMAD pernah berkata: Imam Malik kalau meriwayatkan hadis dari orang yang tidak dikenali, maka ia tetap sebagai hujah.

 

Tambahan pula, BISYR BIN UMAR AL-ZAHRANI ada bertanya kepada imam malik berkenaan nama-nama perawi yang ada dalam kitabnya. Imam malik jawab, perawi-perawi yang ada dalam kitabnya, itu tandanya perawi itu siqah.

 

Hadis ini ada dalam kitab Sahih Khuzaimah dan sahih Ibn Hibban dan dianggap sahih oleh al-Tarmizi (Ruslan:1/565)

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Dalam riwayat Ahmad, matannya berbeza sedikit;

 

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ، عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ: وُضِعَ لَهُ وَضُوءٌ فَوَلَغَ فِيهِ السِّنَّوْرُ، فَأَخَذَ يَتَوَضَّأُ فَقَالُوا: يَا أَبَا قَتَادَةَ قَدْ وَلَغَ فِيهِ السِّنَّوْرُ فَقَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: "السِّنَّوْرُ مِنْ أَهْلِ الْبَيْتِ، وَإِنَّهُ مِنَ الطَّوَّافِينَ، أَوِ الطَّوَّافَاتِ، عَلَيْكُمْ" – احمد, 22636[1]

 

Perbezaan itu adalah:

(a)                       Yang ceritakan hadis ini adalah ABDULLAH BIN ABI QATADAH, sedangkan dalam riwayat ABU DAUD, yang cerita itu adalah KABSYAH, iaitu isteri kepada ABDULLAH.

(b)                       Dalam Matan Abu Daud, kucing itu digunakan lafaz هرة, sedangkan dalam matan Ahmad digunakan lafaz السنور

(c)                       Dalam matan Ahmad, disebutkan bahawa kucing adalah penghuni rumah-- السِّنَّوْرُ مِنْ أَهْلِ الْبَيْتِ, sedangkan dalam riwayat Abu daud, tidak disebutkan hal itu.

 

[2] Dalam matan riwayat Abu Daud ini, disebut bahawa ABU QATADAH menziarahi menantunya, KABSYAH. Anak lelaki Abu Qatadah yang merupakan suami kepada Kabsyah adalah ABDULLAH BIN ABI QATADAH (meninggal 95 Hijrah di Madinah[2])

 

Kabsyah meraikan mertuanya dengan menyediakan air untuk dia berwuduk. Hadis ini menjelaskan bahawa Kabsyah menuangkan air kepada mertuanya. Dalam matan, digunakan lafaz فَسَكَبَتْ لَهُ وَضُوءًا—yang diterjemahkan sebagai menjiruskan atau menuangkan air.

 

Perkataan سكب terdapat dalam dalam al-Quran, iaitu ayat;

 

وَمَاءٍ مَسْكُوبٍ (31) – الواقعة

“Air yang mengalir”

 

Dalam ungkapan arab, kalau kuda berlari kencang, disebut فرس سكب. Kalau menitik air mata yang banyak disebut دمع ساكب. (Ruslan:1/566)

 

WALIYUDDIN AL-IRAQI kata, maksud dengan سكب dalam hadis ini adalah الصب, iaitu tuangkan air. (al-Tawassut:2/488)

 

[3] Semasa menjiruskan air, tiba-tiba datang seekor kucing lalu minum dari air yang dijirus untuk Abu Qatadah berwuduk. Dalam matan hadis dinyatakan فَجَاءَتْ هِرَّةٌ فَشَرِبَتْ مِنْهُ –datang seekor kucing, ia pun minum dari air itu. Pada makna kucing itu, digunakan lafaz هرة, menandakan ia adalah kucing betina. Kata jamaknya adalah هرر. Jika kucing jantan, lafaznya adalah هر yang kata jamaknya الهررة.

 

[4] Semasa Abu Qatadah menyengetkan bekas air agar diminum oleh kucing, ternyata Kabsyah merasa pelik.

 

Ini menjadi dalil bahawa budaya masyarakat arab anggap kucing sebagai kotor. Ekoran itu, KABSYAH rasa pelik dengan apa yang dilakukan bapa mertuanya, ABU QATADAH. Namun, ia dijelaskan oleh ABU QATADAH status hukum sisa kucing tersebut.

 

[5] Semasa mahu menjelaskan status kucing, Abu Qatadah menyebut kepada menantunya dengan menyebut: أَتَعْجَبِينَ يَا ابْنَةَ أَخِي؟--apakah kamu merasa pelik wahai anak saudaraku?

 

Kabsyah adalah menantu Abu Qatadah, tetapi dia memanggil Kabsyah dengan “anak saudaraku”, walhal Kabsyah bukan anak saudaranya. Hal ini kerana, Kabsyah adalah anak kepada Kaab bin Malik, sedangkan Kaab adalah sepupunya. Bermakna sebelum Kabsyah berkahwin dengan Abdullah bin Abu Qatadah, dia adalah anak sepupu Abu Qatadah, bukan anak saudara.

 

Menjadi kebiasaan arab, apabila memanggil dalam bentuk menghormati, dipanggil dengan anak saudaraku, walaupun dia bukan anak saudara pun. (Manhal:1/265) Ia sama seperti orang melayu yang memanggil kepada orang yang sebaya dengan bapanya dengan panggilan Pak Cik, walhal asal panggilan itu digunakan kepada bapa saudara.

 

[6] Apabila Kabsyah merasa pelik, makanya Abu Qatadah pun memberikan penjelasan terhadap hukum kucing dengan menyatakan bahawa kucing itu;

 

إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ، إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

“ia bukan najis. Ia adalah dari kalangan binatang yang berlegar-gelar di kalangan kamu, sama ada ia jantan atau betina”

 

Dalam matan hadis ini, digunakan perkataan نجس yang dari sudut penggunaan nas wahyu, ia boleh memberi makna;

 

(a)                Sesuatu yang kotor dan jijik yang jika terkena pada pakaian, badan atau tempat solat, menjadikan solat tidak sah.

(b)               Ia memberi makna jijik dari sudut maknawi, seperti firman Allah;

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ إِنْ شَاءَ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ (28) – التوبة

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang musyrik itu adalah Najis”

 

Ayat ini tidak bermaksud jasad orang musyrik itu najis dalam erti kata, kalau bersentuhan, maka wajib dibasuh. Hal ini kerana, terdapat banyak hadis menjelaskan bahawa nabi saw bergaul, bersalaman dan berpelukan dengan orang musyrik, tanpa Nabi saw membasuh atau mandi selepas dari itu.

 

[7] dalam hadis, digunakan perkataan الطوافين والطوافات—yang diterjemahkan sebagai dari kalangan yang berlegar-legar dalam kalangan kamu, sama ada ia jantan atau betina.

 

Perkataan الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ, jika dilihat  dalam al-Quran digunakan merujuk kepada hamba yang berkhidmat kepada tuannya.

 

(a)                Surah al-Nur, ayat 58;

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِيَسْتَأْذِنْكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنْكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ مِنْ قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُمْ مِنَ الظَّهِيرَةِ وَمِنْ بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاءِ ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَكُمْ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ طَوَّافُونَ عَلَيْكُمْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ (58) – النور

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana

 

(b)               Surah al-Tur, ayat 24;

 

وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ غِلْمَانٌ لَهُمْ كَأَنَّهُمْ لُؤْلُؤٌ مَكْنُونٌ (24) – الطور

Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

 

(c)                Surah al-Insan, ayat 19;

 

وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا مَنْثُورًا (19) – الإنسان

Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan

 

Ketiga-tiga ayat al-Quran ini memberi makna bahawa perkatan طواف adalah hamba yang berkhidmat kepada tuannya sehingga tidak dapat dielak dari berkeliaran, berselisih dan bertemu selalu.

 

Justeru, perkataan الطوافين والطوافات dalam hadis ini bermaksud, kucing yang selalu berkeliaran keliling manusia.

 

Dengan sebab itu, ada sebilangan ulama tafsirkan bahawa yang dimaksudkan kucing dalam hadis ini adalah kucing yang berkhidmat kepada tuannya. Justeru, kucing yang tidak ada kaitan dengan manusia, seperti kucing liar dan sebagainya, ia tidak termasuk dalam maksud hadis. Walaubagaimana pun, ia sekadar pendapat terpencil sahaja.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-74, dijelaskan berkenaan air yang dijilat anjing.

 

Hadis ke-75 pula, dijelaskan berkenaan air yang dijilat kucing.

 

Kedua-dua binatang ini, mempunyai hukum yang berbeda, walaupun kedua-duanya adalah binatang yang tidak dimakan dagingnya serta binatang yang berkeliaran dalam kalangan manusia.

 

PENGAJARAN

 

[1] BINATANG YANG TIDAK DIMAKAN DAGINGNYA

 

Apabila Nabi saw menjawab:

إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ، إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

 

Bermakna, Nabi saw menjawab ini bersifat kaedah dasar; iaitu setiap binatang yang berlegar dalam kalangan manusia, ia tidak boleh dianggap sebagai najis.

 

Justeru, bukan sekadar kucing sahaja tidak najis, bahkan binatang lain pun mendapat hukum yang sama, seperti tikus, keldai dan sebagainya.

 

Ini adalah pendapat AL-SYAFIE, MALIK, AL-HASAN AL-BASRI dan sebagainya. (Tawassut:2/512).

 

Atas prinsip ini, ulama mazhab Maliki anggap anjing juga tidak najis kerana anjing antara binatang yang berlegar dalam kalangan manusia. Bahkan, mereka kata, anjing berlegar dalam kalangan manusia lebih banyak berbanding kucing. (al-Tawassut:2/507)

 

Pada pendapat Al-Khiraqi pula, semua binatang yang tidak dimakan dagingnya adalah najis kecuali kucing sahaja. (Tawassut:2/507)

 

AL-NU’MAN pula kata, berwuduk dengan sisa minuman binatang yang tidak dimakan dagingnya adalah makruh.

 

[2] AIR LIUR BINATANG YANG TIDAK DIMAKAN DAGINGNYA

 

Hadis ini menjadi dalil bahawa air liur sebarang binatang yang dagingnya tidak dimakan, ia tidak dikira sebagai najis.

 

Adapun hadis ke-63; berkenaan air yang kadar kurang dua kolah, jika diminum oleh binatang buas dan binatang empat kaki; hadis itu tidak mengatakan air liurnya najis. Tetapi, kenajisan itu adalah factor luaran; iaitu makan bangkai atau berkubang dalam air kencing atau tahi yang semua itu terkena pada air yang mereka minum.

 

Dalam perkataan lain ada dua perkara dalam menentukan kenajisan air;

 

(a)                Najis factor jasad binatang itu sendiri adalah najis.

 

(b)               Najis bukan factor jasad, tetapi factor luaran.

 

Dalam hal anjing, mazhab syafie dan Hanbali anggap ia dibawah perkara (a), sedangkan dalam mazhab Maliki, ia dibawah perkara (b) dan mazhab Hanafi dalam perkara (a) yang dikhususkan pada air liur sahaja. (lihat hadis 71, pengajaran 3)

 

Dalam hal kucing, mazhab Hanafi anggap ia di bawah perkara (a), sedangkan jumhur ulama anggap ia perkara (b).

 

Dengan ini, dalam pendapat JUMHUR, jika kucing baru lepas makan tikus, lalu dijilat air, maka air itu dianggap kotor kerana kesan bangkai yang dimakan oleh kucing.

 

[3] SISA KUCING NAJIS ATAU TIDAK?

 

(A)   PENDAPAT KATA NAJIS

 

Dalam mazhab Hanafi, ada beberapa pendapat dalam hal ini:

 

HANAFI mengatakan, sisa jilatan kucing adalah najis. Andai air liurnya najis, maka susunya juga adalah najis. (Manhal:1/259)

 

Dengan itu, kebanyakkan ulama Mazhab Hanafi anggap, wuduk tidak sah jika menggunakan air jilatan kucing. (Tawassut:2/497)

 

Turut sama mengatakan najis adalah IBN HAZM.

 

Dalil Hanafi adalah :

 

(a)    hadis ke-72, iaitu Abu Hurairah memfatwakan bahawa sisa kucing perlu basuh sekali.

 

(b)   Dan hadis:

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «طَهُورُ الْإِنَاءِ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْهِرُّ أَنْ يُغْسَلَ مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ» - الطحاوي, مشكل معاني الأثار, 51[3]

NABI saw berkata: Bersih bekas (air) apabila kucing jilat padanya bahawa dibasuh dengan sekali atau dua kali basuh

 

Adapun hadis bab, mereka anggap ia dibawah maksud UMUM AL-BALWA. Bermaksud, hukum asal kucing tetap najis, tetapi dimaafkan kerana ia sukar dielak kerana ia selalu berlegar-legar dalam kalangan manusia. (Bazl:1/168)

 

(B)   MAKRUH

 

Kata IBN ABD AL-BAR, Abu Hanifah memfatwakan MAKRUH berwuduk dengan sisa kucing. Ini juga fatwa MUHAMMAD BIN AL-HASAN, AL-ZUFAR, AL-HASAN BIN ZIYAD, ABU YUSUF dan sebagainya. (al-Tawassut:2/497)

 

(C)   PENDAPAT KATA TIDAK NAJIS

 

Ini pendapat jumhur ulama bahawa jilatan kucing tidak najis.

 

(a)    Hadis bab adalah dalil sandaran mereka. WALIYUDDIN AL-IRAQI kata, hal ini ijmak para ulama. (Tasawwut:2/497)

 

(b)   Adapun hadis yang menyuruh basuh itu, ditakwilkan bahawa bukan kerana air liur kucing itu najis, tetapi Sad al-Zaraie, iaitu bimbang kucing baru makan bangkai atau sesuatu yang kotor seperti tikus, yang ia minum dari air tersebut.

 

(c)    Apatah lagi, dalam kitab العناية شرح الهداية karya AL-BABURITI dan kitab البناية شرح الهداية karya al-Aini; kedua-dua kitab mazhab Hanafi ini ada menyatakan bahawa, jika kucing itu minum air tersebut sejurus makan bangkai, maka air itu dianggap najis. Kenajisan itu bukan kerana air liur kucing, tetapi kerana sisa bangkat yang masih melekat pada mulut kucing. Dengan sebab itu, jika jarak antara kucing makan bangkat dan minum air dalam kadar waktu yang agak lama, maka air tersebut tidak najis.

 

[3] HUKUM MENGGUNAKAN AIR JILATAN KUCING

 

Hukumnya adalah makruh, kerana dibimbangi ia baru sahaja makan bangkai. Ia dibawah maksud ihtiyat (berhati-hati) dan Sad al-Zaraie’. Hukumnya sama dengan menggunakan air dicelup tangan oleh orang yang baru bangun dari tidur.

 

 

[5] JUAL KUCING

 

(A)   JUMHUR

 

Hadis ini menjadi dalil bahawa kucing bukan najis. Dengan itu, tidak haram jual kucing. (al-ma’alim:1/41) antara yang mengatakan sebegini adalah AL-KHATTABI dan IBN ABD AL-BAR. (al-Tawassut:2/514)

 

Adapun hadis yang melarang menjual kucing, dikatakan bahawa itu hukum di awal Islam—ia telah dimansukhkan berikutan di awal islam, sisa kucing dianggap sebagai najis. (al-Tawassut:2/497)

 

(B)   ZAHIRI

 

Haram jual kucing.

 

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ، وَالسِّنَّوْرِ، إِلَّا كَلْبِ صَيْدٍ» - النسائى, 4668[4]

Daripada Jabir bin Abdillah bahawa Rasulullah saw melarang dari harga anjing dan kucing kecuali anjing perburuan.

 

KOMEN JUMHUR: hadis ini jika dianggap sahih, ditanggungkan larangan makruh, bukan haram. Ataupun; larangan ini bukan pada semua kucing, tetapi khusus untuk kucing yang memberi bahaya kepada manusia sahaja.

 

[6] MAKANAN YANG DIBERIKAN KEPADA TETAMU ADALAH HAK TETAMU

 

Dalam hadis, disebutkan bahawa ABU QATADAH menggunakan air yang dituang oleh menantunya, KABSYAH. Air itu diberi minum kepada kucing, walhal ABU QATADAH adalah tetamu.

 

Ibn Ruslan kata, ini dalil bahawa makanan yang dihidangkan kepada tetamu, itu sudah menjadi haknya. Justeru, tidak salah tetamu itu mahu gunakan makanan itu sesuka hatinya, seperti dalam kes hadis ini, memberi minum kepada kucing. (Ruslan:1/567)

 

[7] TIDAK BOLEH MENGATAKAN HUKUM KECUALI DIPASTIKAN FAKTA

 

Dalam hadis, ABU QATADAH berkata kepada MENANTUNYA, KABSYAH dengan berkata: apakah kamu rasa pelik? Dijawab menantunya itu: benar.

 

Ini adalah dalil:

 

(A)   Penentuan atau membantah sesuatu hal yang berkaitan dengan hukum, perlu kepada sumber agama yang dipercayai.

 

(B)   Seseorang mufti, tidak boleh mengeluarkan hukum kecuali diketahui fakta dan sumber rujukan terlebih dahulu.

 

(C)   Seseorang hakim, tidak boleh dijatuhkan hukuman kecuali diketahui bukti dan penghujahan yang meyakinkan terlebih dahulu. (al-Tawassut:2/496)

 

[8] BUAT BAIK DENGAN BINATANG

 

Sama seperti memberi minum kepada anjing kehausan.

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ، كَادَ يَقْتُلُهُ العَطَشُ، إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ، فَنَزَعَتْ مُوقَهَا فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ» - البخاري, 3467[5]

Nabi saw berkata: ketika anjing berlegar di keliling telaga—hampir anjing itu terbunuh dengan sebab kehausan. Tiba-tiba salah seorang dari sekian ramai pelacur bani Israel melihat, lalu dia pecat kasutnya (dan mengisi air), dia pun memberi minum kepada anjing tersebut. Diampunkan baginya dosa dengan sebab tindakannya itu.

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، «الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا أَهْلَ الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ» - ابو داود, 4941[6]

Daripada Abdullah bin Amru; sampai kepadanya bahawa Nabi saw berkata: orang yang saling berkasih sayang akan disayangi tuhan yang maha penyayang. Sayangilah penduduk bumi, pasti mereka yang berada di langit akan menyayangi kamu.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] ABDULLAH BIN MASLAMAH AL-QA’QA’ (130H-221H)

عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ الْقَعْنَبِيُّ

 

Perawi ini dijumpai dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-3, iaitu dalam hadis ke-1, 12 dan 75.

 

[5] MALIK BIN ANAS (93H-179H)

مَالِكٍ بن أنس

 

Perawi ini dijumpai dalam Suna Abi Daud untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-12 dan 75.

 

[4] ISHAQ BIN ABDULLAH BIN ABI TALHAH (54H-132H)

 إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ

 

Dia digelar dengan Abu al-Najih. Ada kata, Abu Muhammad. Ada kata, Abu Yahya.

 

Tabbin kecil di Madinah ini adalah ulama yang mahir dalam bidang fiqh.

 

Dia adalah anak saudara Anas bin malik, kerana atuknya bernama ABU TALHAH (34SH-34H) adalah sahabat nabi. Nama sebenarnya adalah ZAID BIN SAHL AL-ANSARI AL-NAJJARI AL-MADANI yang memeluk islam sebelum bai’ah aqabah ke-2 dan terlibat sama dalam bai’ah tersebut.

 

ABU TALHAH adalah suami kepada UMMU SULAIM BINTI MILHAN, ibu kepada Anas bin Malik, iaitu selepas kematian suaminya. Semasa dia meminang, dia masih lagi belum islam. Ummu sulaim letak syarat bahawa Islamnya adalah mas kahwin. Dengan itu, dia memeluk islam.

 

Bapa Ishak, ABDULLAH BIN ABI TALHAH adalah adik beradik seibu dengan ANAS BIN MALIK. (al-Tawassut:2/485)

 

Dia sempat berjumpa dan belajar dengan atuk saudaranya, Anas bin Malik.

 

Ibunya bernama BUSAINAH BINTI RIFA’AH BIN RAFI’ BIN MALIK. Dia dibesarkan di rumah Atuknya di Madinah dan meninggal di era pemerintahan AL-WALID BIN ABDUL MALIK dalam umur 80 tahun.

 

Dia dianggap siqah oleh Abu Hatim dan al-Nasaie. Ibn Main dan Abu Yahya al-Madani kata, dia siqah dan hujjah. (al-Manhal:1/264)

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan ulama sepakat kata dia boleh dibuat hujah.

 

[3] HUMAIDAH BINTI UBAID BIN RIFA’AH

حُمَيْدَةَ بِنْتِ عُبَيْدِ بْنِ رِفَاعَةَ


nama penuhnya adalah HUMAIDAH BINTI UBAID BIN RIFA’AH BIN RAFI’ BIN MALIK BIN AL-‘AJLAN BIN AMRU BIN ‘AMIR BIN ZURAIQ AL-ANSARIYYAH AL-ZARQIYYAH.

 

Dia adalah isteri kepada perawi hadis yang bernama ISHAQ BIN ABDILLAH. Dia panggil dengan UMMU YAHYA, kerana anak sulungnya bernama YAHYA

 

Namanya tidak ada dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim, tetapi ada dalam Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah.

 

Dia dianggap JAHALAH. Namun, dibantah oleh WALIYUDDIN AL-IRAQI dalam kitabnya, al-tawassut al-Mahmud dengan menyatakan bahawa bukan suaminya sahaja ambil hadis dari Humaidah, bahkan didapati dua orang anaknya, iaitu YAHYA BIN ISHAQ (Abu Daud, 5036) dan UMAR BIN ISHAQ juga didapati ambil hadis darinya. Justeru, TERNAFI dakwaan bahawa dia JAHALAH.

 

Ulama berbeza pendapat berkenaan dhobitnya. Namun, majoriti ulama termasuk YAHYA BIN YAHYA AL-ANDALUSI anggap dia DHOBIT. (al-Tawassut:2/485)

 

Dua dianggap siqah oleh Ibn Hibban, tetapi IBN HAJAR kata, dia sekadar maqbul. (al-Manhal:1/264)

 

[2] KABSYAH BINTI KA’AB BIN MALIK AL-ANSARIYYAH

 

Dia anak kepada sahabat Nabi yang terkenal, iaitu KAAB BIN MALIK (26SH-51H) yang merupakan salah seorang sahabat yang terkenal dengan pensyair. Kisah yang popular berkenaan KAAB adalah kisah al-Quran bahawa dia diboikot ekoran tidak hadir perang tabuk. Kisahnya dalam Surah al-Taubah, ayat 118.

 

Ibunya SOFIYAH, seorang muslimat berasal dari YAMAN. Suaminya adalah ABDULLAH BIN ABI QATADAH. Ibn Hibban kata, dia adalah sahabat.

 

Adik beradik dia, ABDULLAH, UBAIDULLAH, MA’BAD dan ABDUL RAHMAN.

 

Ibn Hibban mengatakan bahawa kabsyah adalah SAHABAT. Jika dapat dibuktikan bahawa dia sahabat, maka ternafi JAHALAH pada KABSYAH ini.

 

[1] ABU QATADAH AL-HARIS BIN RIB’IE AL-ANSARI BIN BALDAMAH BIN KHANNAS BIN SINAN AL-ANSARI AL-SILMI AL-MADANI (54H)

أَبَو قَتَادَة @ الحارث بن ربعي بن بلدمة بن خناس بن سنان الأنصاري السلمي المدني

 

Berbeza riwayat terhadap namanya yang sebenar. Ada kata, AL-HARIS. Ada kata, AL-NU’MAN. Ada kata, AL-AMRU.

 

Dari dari etnik BANI SALAMAH dari kabilah KHAZRAJ.

 

Dia antara yang terawal penduduk Madinah yang beriman. Namun, dia tidak terlibat dalam perang badar. Selepas itu, semua perang bersama dengan Nabi dia terlibat.

 

Dia terkenal dengan keberanian sehingga dikenali sebagai فارس رسول الله, penunggang kuda Nabi saw.

 

Dia berpihak kepada Saidina Ali dalam perang Siffin dan Jamal. Meninggal di Madinah di era pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan ketika berumur 70 tahun, pada tahun 54 Hijrah.  Ada kata, dia meninggal di Kufah di era pemerintahan Ali iaitu tahun 40 hijrah, bahkan dikatakan bahawa Saidina Ali yang mengimami solat jenazahnya.

 

 

 

 

 



[1] SANAD:

حَدَّثَنَا مَعْمَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ هُوَ الرَّقِّيُّ، حَدَّثَنَا الْحَجَّاجُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ، عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ –

حديث صحيح، وهذا إسناد ضعيف، قتادة: هو ابن عبد الله بن أبي قتادة الأنصاري، وليس هو قتادة بن دِعامة السَّدُوسي، كما نبه على ذلك الإمام أحمد في "العلل" (4836) و (4837)

تفرد بالرواية عنه الحجاج بن أرطاة النَّخَعي, والحجاج بن أرطاة مدلس وقد عنعنه، لكنهما قد توبعا كما سيأتي (الأرنعوط)

[2] Kata Muhammad bin Sa’ad, dia siqah tetapi kurang riwayatkan hadis. Dianggap siqah oleh al-Nasaie dan Ibn Hajar.

 

[3] SANAD:

فَإِذَا أَبُو بَكْرَةَ قَدْ حَدَّثَنَا قَالَ: ثنا أَبُو عَاصِمٍ عَنْ قُرَّةَ بْنِ خَالِدٍ قَالَ: ثنا مُحَمَّدُ بْنُ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

[4] SANAD:

أَخْبَرَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْحَسَنِ، قَالَ: أَنْبَأَنَا حَجَّاجُ بْنُ مُحَمَّدٍ، عَنْ حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ

[5] SANAD:

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ تَلِيدٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، قَالَ: أَخْبَرَنِي جَرِيرُ بْنُ حَازِمٍ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

 

[6] SANAD:

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَمُسَدَّدٌ الْمَعْنَى، قَالَا: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عَمْرٍو، عَنْ أَبِي قَابُوسَ، مَوْلَى لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو