Monday, June 27, 2022

HADIS 60

 

HADIS 60

 

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ  أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ، حَتَّى يَتَوَضَّأَ»

Rasulullah saw bersabda: Allah tidak terima solat seseorang kamu apabila dia berhadas, hinggalah dia berwudu’


Status hadis: sahih

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Dalam riwayat Abu Daud, digunakan lafaz “لا يقبل الله” sedangkan dalam riwayat al-Bukhari (135), digunakan lafaz majhul:

لاَ تُقْبَلُ صَلاَةُ مَنْ أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ

 

[2] Hadis ini menjelaskan bahawa Nabi memberitahu berkenaan solat yang ditunaikan dalam keadaan berhadas, maka solat itu tidak sah. Sama ada solat itu sunat atau fardu; sama ada kedatangan hadas itu semasa sedang solat, mahupun sebelum memulakan solat.

 

[3] Menurut HAMMAM BIN MUNABBIH yang juga perawi hadis ini pernah meriwayatkan bahawa ketika Abu Hurairah meriwayatkan hadis ini, ada seseorang lelaki telah bertanya kepada Abu Hurairah makna berhadas itu.

 

Dalam hadis—daripada Hamma bin Munabbih berkata bahawa dia dengar Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

 

عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لاَ تُقْبَلُ صَلاَةُ مَنْ أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ» قَالَ رَجُلٌ مِنْ حَضْرَمَوْتَ: مَا الحَدَثُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ؟، قَالَ: فُسَاءٌ أَوْ ضُرَاطٌ – البخاري, 135

Solat tidak diterima dari orang yang berhadas sehingga dia berwuduk. Berkata seseorang lelaki dari Hadhramaut. Apa itu hadas, wahai Abu Hurairah? Jawab Abu Hurairah: kentut perlahan atau kentut kuat” (al-Bukhari, hadis no: 135[1])

 

[3] Jawapan Abu Hurairah itu, dalam ilmu balaghah disebut sebagai majaz mursal من اطلاق الجزء وارادة الكل, iaitu menyebut sebahagian, tetapi yang dimaksudkan adalah seluruhnya. Dalam erti kata lain, kentut adalah salah satu perkara yang menjadikan seseorang berhadas, bukan satu-satunya. Di sana terdapat perkara lain yang menjadikan seseorang itu berhadas, seperti bersentuhan lelaki dan perempuan (dalam mazhab syafie) dan sebagainya.

 

[4] Dalam matan hadis, disebutkan berhadas itu dengan lafaz umum. Ekoran itu, dadas yang dimaksudkan, sama ada hadas kecil, mahupun hadis besar. Sama ada ketika sedang solat, ataupun belum memulakan solat.

 

[5] Walaupun matan menyebut wudu’ sahaja, tidak bermakna ia dibataskan kepada wudu’. Hal ini kerana, dalam keadaan tertentu, dibenarkan bertayammum. Firman Allah:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ (6) – المائدة

 

Dalam hadis—daripada Abu Zar bahawa nabi saw bersabda:

 

الصَّعِيدُ الطَّيِّبُ وَضُوءُ الْمُسْلِمِ وَلَوْ إِلَى عَشْرِ سِنِينَ، فَإِذَا وَجَدْتَ الْمَاءَ فَأَمِسَّهُ جِلْدَكَ فَإِنَّ ذَلِكَ خَيْر – ابو داود, 332[2]

Debu yang bersih itu adalah wuduk bagi muslim, walaupun mengambil masa sehingga 10 tahun. Apabila kamu dapati air, maka sapulah air itu pada kulit kamu. Itu adalah yang terbaik” (abu Daud, hadis no: 332)

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-59, dinyatakan bahawa Allah tidak terima solat bagi orang yang tidak bersuci.

 

Hadis ke-60 ini pula menjelaskan bahawa antara yang dimaksudkan tidak bersuci itu adalah apabila kedatangan hadas.

 

PENGAJARAN

 

[1] PERKARA MEMBATALKAN WUDU

 

PERTAMA:

Setiap yang keluar dari qubul dan dubur, sama ada najis ataupun tidak najis. Hadis—Nabi saw ditanya:

 

عَنْ سَعِيدٍ، وَعَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ، عَنْ عَمِّهِ شُكِيَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الرَّجُلُ، يُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ يَجِدُ الشَّيْءَ فِي الصَّلَاةِ، قَالَ: «لَا يَنْصَرِفُ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا، أَوْ يَجِدَ رِيحًا» - مسلم, 361[3]

“seorang lelaki yang khayal bahawa dia dapati sesuatu dalam solatnya. Jawab nabi: Dia tidak keluar dari solat sehingga dia dengar suara atau dapati bau” (Muslim, hadis no: 361)

Justeru, keluar ulat atau batu dari qubul atau dubur, wuduk dikira sebagai batal.

 

KEDUA:

Ijmak ulama mengatakan, hal ini adalah perkara yang membatalkan wuduk:

A.                  Kencing

B.                  Buang air besar

C.                  Keluar air mazi

D.                 Keluar air wadi.

E.                  Berhubungan secara syahwat.

F.                   Hilang akal.

G.                 Tidur yang banyak.

 

KETIGA:

Perkara membatalkan wuduk yang ulama khilaf;

A.                  Cium

B.                  Sentuh zakar

C.                  Berdarah hidung.

D.                 Keluarkan darah.

E.                  Keluar sesuatu yang bukan lazim dari qubul atau dubur seperti keluar ulat dan sebagainya.

F.                   Keluar kencing dan mazi kerana penyakit.

G.                 Darah istihadah.

 

[2] NAJIS KELUAR DARI SELAIN QUBUL DAN DUBUR

 

Apabila najis keluar dari selain qubul dan dubur, seperti seseorang yang membuat pembedahan seperti ditebuk perutnya, lalu keluar najis melalui saluran yang disediakan melalui perut tersebut, menurut Mazhab Syafie dan Hanafi, wuduknya tetap dikira sebagai batal.

 

Alasannya, setiap najis yang lazimnya keluar dari qubul dan dubur, maka dikira batal wuduk, jika keluar dari saluran selain qubul dan dubur.

 

[3] BERHADAS KETIKA SEDANG SOLAT

 

PERTAMA:

Dalam kitab AL-TAWASSUT AL-MAHMUD FI SYARH SUNAN ABI DAUD dinukilkan bahawa Abu Hanifah memfatwakan, kentut ketika sedang tahiyat akhir tidak mencacatkan solat. solatnya dikira sebagai sah.

 

Namun, pendapat ini dibantah sekian ramai ulama dengan berhujah dengan hadis bab.

 

KEDUA:

Dalam kitab AL-MINHAL, dinukilkan bahawa sebilangan ulama-ulama dalam mazhab Hanafi memfatwakan bahawa dibenarkan bagi orang yang jika tengah solat, lalu terkentut ketika sedang rukuk, maka dia berhenti solat dan ambil wuduk, kemudian dia sambung balik dari rukuk tersebut.

 

Pendapat ini juga dibantah oleh ramai ulama dengan merujuk kepada hadis ini.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] AHMAD BIN HANBAL (164H-241H)

أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ

 

Lihat hadis ke-27 dan 38.

 

[4] ABD AL-RAZZAQ   BIN HAMMAM BIN NAFI’ (126H-211H)

عَبْدُ الرَّزَّاقِ بن همام بن نافع

 

Lihat hadis ke- 27.

 

[3] MA’MAR BIN RASHID (95H-153H

مَعْمَرٌ بن راشد

 

Lihat hadis ke-27.

 

[2] HAMMAM BIN MUNABBIH (132H)

هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ

 

Dia digelar sebagai ABU ‘UQBAH AL-SUN’ANI. Dia adalah abang kepada seorang ulama hadis yang terkenal, iaitu WAHAB BIN MUNABBIH.

 

Munabbih, iaitu bapa kepada HAMMAM, asalnya dari khurasan. Raja farsi telah mengeluarkannya dari negerinya menyebabkan dia berhijrah ke Yaman.

 

Dia memeluk islam di era Nabi Muhammad saw.

 

Hammam adalah orang yang mula-mula sekali menghimpun hadis dalam bentuk tulisan sehingga dikenali sebagai SAHIFAH HAMMAM BIN MUNABBIH.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[1] ABU HURAIRAH (21SH-59H)

أَبو هُرَيْرَةَ

 

Lihat hadis ke-8, 25, 28, 35, 44, 45, 46 dan 54 (kali ke-9)

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SAHIH

A.                  Semua perawi adalah rijal Bukhari dan Muslim.

B.                  Arnaut dan albani sepakat kata sahih.

C.                  Hadis ini ada dalam bukhari dan muslim.

 

[2] MUTABA-AH

 

Hadis ini ada dalam sahih al-Bukhari (6954)[4], Muslim (225[5]) dan al-Tarmizi (76[6])



[1] SANAD:

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الحَنْظَلِيُّ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ

[2] SANAD:

حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ، أَخْبَرَنَا خَالِدٌ الْوَاسِطِيُّ، عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ، عَنْ أَبِي قِلَابَةَ، ح حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، أَخْبَرَنَا خَالِدٌ يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ اللَّهِ الْوَاسِطِيَّ، عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ، عَنْ أَبِي قِلَابَةَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ بُجْدَانَ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ

[3] SANAD:

وَحَدَّثَنِي عَمْرٌو النَّاقِدُ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، ح، وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ جَمِيعًا عَنِ ابْنِ عُيَيْنَةَ - قَالَ عَمْرٌو: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَعِيدٍ، وَعَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ

[4] SANAD:

حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، عَنْ مَعْمَرٍ، عَنْ هَمَّامٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

[5] SANAD:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ بْنُ هَمَّامٍ، حَدَّثَنَا مَعْمَرُ بْنُ رَاشِدٍ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ أَخِي وَهْبِ بْنِ مُنَبِّهٍ، قَالَ: هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ، عَنْ مُحَمَّدٍ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا، وَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

[6] SANAD:

حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ قَالَ: أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

HADIS 59 (BAB 31)

 

BAB 31

 

بَابُ فَرْضِ الْوُضُوءِ

BAB KEFARDUAN WUDHU’

 

PENJELASAN:

 

[1] Asal makna FARDU adalah التقدير والقطع, iaitu KETETAPAN dan SESUATU YANG PUTUS.

 

Maknanya dari sudut istilah SYARAK adalah DIBERIKAN PAHALA JIKA MELAKUKANNYA dan DIBERIKAN AZAB BAGI YANG TINGGALKANNYA.

 

Ada dakwaan kata, Fardu adalah sesuatu hukum yang terhasil menerusi dari dalil Qatie.

 

Setelah selesai BAB ISTINJA’ dan BAB SUGI, maka dimulakan pula BAB-BAB YANG BERKAITAN DENGAN WUDUK.

 

[2] Asal makna الوضوء dikatakan berasal dari perkataan الوضاءة yang bermaksud ELOK DAN BERSIH—الحسن والنظافة.

 

Dari sudut SYARAK pula, ia bermaksud menyapu anggota tertentu dengan cara dan pendekatan tertentu.

 

Perkataan الوضوء juga digunakan dengan makna membersihkan TANGAN. Hal ini kerana, terdapat hadis—daripada Salman berkata:

 

عَنْ سَلْمَانَ، قَالَ: قَرَأْتُ فِي التَّوْرَاةِ أَنَّ بَرَكَةَ الطَّعَامِ الْوُضُوءُ قَبْلَهُ  فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «بَرَكَةُ الطَّعَامِ الْوُضُوءُ قَبْلَهُ، وَالْوُضُوءُ بَعْدَهُ»

Aku membaca dalam taurat bahawa berkat makanan itu adalah WUDUK (basuh tangan) sebelumnya (makan). Aku sebutkan hal ini kepada Nabi, baginda pun berkata: Berkat makanan adalah wuduk (basuh tangan) sebelum dan wuduk (basuh tangan) selepasnya” (Abu Daud, hadis no: 3761)

 

HADIS 59

 

حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ َعنْ أَبِي الْمَلِيحِ عَنْ أَبِيهِ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «لَا يَقْبَلُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ صَدَقَةً مِنْ غُلُولٍ، وَلَا صَلَاةً بِغَيْرِ طُهُورٍ»

Nabi saw bersabda: Allah tidak terima sedekah dari pengkhianatan, dan tidak menerima solat tanpa bersuci”

 

Status: sahih


PENJELASAN MATAN

 

[1] Hadis ini tidak diriwayatkan oleh AL-BUKHARI. Namun, al-Bukhari membuatkan satu bab berikut;

 

بَابٌ: لاَ يَقْبَلُ اللَّهُ صَدَقَةً مِنْ غُلُولٍ، وَلاَ يَقْبَلُ إِلَّا مِنْ كَسْبٍ طَيِّبٍ لِقَوْلِهِ: {قَوْلٌ مَعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِنْ صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى وَاللَّهُ غَنِيٌّ حَلِيمٌ} [البقرة: 263]

Bab: Allah tidak terima sedekah dari khianat. Allah tidak terima keciali dari usaha yang baik. Hal ini kerana Allah berfikir: Perkataan yang ma’ruf dan keampunan dosa adalah lebih baik dari sedekah yang diikuti menyakitkan hati. Allah itu maha kaya, lagi maha santun

 

Dengan ini dapat disimpulkan, walaupun hadis ini tidak ikut syarat bukhari, tetapi kandungannya diterima oleh beliau sebagai salah satu hukum fiqh menurut pandangan beliau.

 

[2] Latar cerita hadis ini adalah Abdullah bin Umar menziarahi Usamah bin ‘Amir yang sedang sakit. Lalu, Usamah meminta agar Ibn Umar mendoakan kepadanya. Dengan itu, dia pun menyebut matan hadis ini.

 

kisah latar hadis ini dapat diriwayatkan oleh Muslim seperti berikut—daripada Mus’ab bin Sa’ad berkata:

 

عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ، قَالَ: دَخَلَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ عَلَى ابْنِ عَامِرٍ يَعُودُهُ وَهُوَ مَرِيضٌ فَقَالَ: أَلَا تَدْعُو اللهَ لِي يَا ابْنَ عُمَرَ؟ قَالَ: إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلَا صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ، وَكُنْتَ عَلَى الْبَصْرَةِ» .- مسلم, 224[1]

Abdullah bin Umar masuk berjumpa Ibn ‘Amir untuk menziarahinya yang ketika itu dia sedang sakit. Dia (Ibn ‘Amir) berkata: Apakah tidak bahawa kamu doakan kepada Allah untukku, wahai Ibn Umar?

 

Berkata Ibn ‘Amir: “sesungguhnya aku dengar Rasulullah saw bersabda: Tidak diterima solat tanpa bersuci dan tidak diterima sedekah dari pengkhianatan”, sedangkan kamu pernah berada di Basrah. (muslim, hadis no: 224)

 

Kisah latar hadis ini, hanya disebut dalam Sahih Muslim.

 

Dalam kupasan ABU ZUR’AH AL-MISRI dalam AL-TAWASSUT AL-MAHMUD FI SYARH SUNAN ABI DAUD, dijelaskan bahawa kenapa USAMAH meminta dari IBN UMAR agar mendoakannya?

 

Jawapannya: ketika itu, IBN UMAR adalah gabenor di Basrah. Hal ini dilihat pada akhir matan, disebut كُنْتَ عَلَى الْبَصْرَةِ.

 

Apabila dia ada jawatan, sudah ada peluang untuk khianat harta rakyat. Namun, dia tidak khianat. Dengan ketaqwaan itu, Usamah anggap doa Ibn Umar itu maqbul. Dengan sebab itu, dia minta doa dari Ibn Umar.

 

[3] hadis ini adalah hadis MARFU’, iaitu disandarkan kepada Nabi. Hadis ini adalah PERKATAAN NABI.

 

Dalam perkataan Nabi ini, terkandung satu pesanan penting yang berkaitan dengan dua perkara penting dalam beragama;

A.                  Melakukan ibadat sedekah tetapi dengan sumber yang haram.

B.                  Melakukan ibadat solat tetapi tidak mencukupi syarat utamanya, iaitu bersuci dari hadas kecil dan besar.

 

[4] Dalam hadis ini, menyebut SEDEKAH dan SOLAT, hal ini kerana;

 

A.                  SEDEKAH dikaitkan dengan GHULUL yang mempunyai kaitan dengan kotoran hati.

B.                  SOLAT dikaitkan dengan TAHUR yang mempunyai kaitan dengan kotoran fizikal.

 

Secara tersirat, terkandung maksud suci jasmani dan rohani adalah syarat penting untuk seseorang hamba itu menjadi mukmin yang sempurna.

 

PERTAMA: SEDEKAH DARI SUMBER HARAM

 

[1] Perkara utama yang dipesan oleh Nabi dalam hadis ini adalah sedekah yang kita lakukan, tidak bersifat mutlak. Tetapi, terikat kepada syarat-syarat yang ditetapkan syarak untuk ia diterima oleh Allah.

 

Antara syarat sedekah perlu ikhlas, dalam hadis ini menjelaskan bahawa sedekah yang diterima itu perlu dari sumber yang halal. Jika tidak halal, seperti hasil mencuri, riba, rasuah dan sebagainya, ia bukan sekadar haram, bahkan ia tidak diterima oleh Allah swt.

 

[2] Dalam kalangan ulama, terdapat beberapa penjelasan berkenaan makna sedekah.

 

Ada kata: apa sahaja pemberian yang diberikan kepada orang fakir miskin. Ada kata: sebarang pemberian atas asas kerana Allah.

 

Dalam lafaz Hadis, digunakan lafaz NAKIRAH yang memberi maksud umum; iaitu, termasuk sedekah wajib dan sunat.

 

[3] Selain factor Ikhlas merupakan salah satu factor terpenting untuk memastikan sedekah di terima, dalam hadis ini menyebut ada satu lagi factor yang menyebabkan sedekah tidak diterima, iaitu AL-GHULUL.

 

Dari sudut bahasa arab, asal makna غلول diterjemahkan sebagai HARTA YANG TERHASIL MELALUI JALAN KHIANAT.

 

Dinamakan sebagai GHULUL, kerana orang yang khianat itu akan مغلول, iaitu kedua-dua tangannya akan diikat ke tengkuknya. Hal ini kerana, di zaman dahulu, apabila ada orang yang khianat harta orang, dia akan ditangkap dan diikat dua tangannya pada tengkuknya.

 

Dari sudut perbahasan istilah pula, IMAM NAWAWI kata, maknanya diguna pakai dalam maksud mencuri dari harta ghanimah sebelum pengagihan.

 

ABU UBAID kata, makna GHULUL bermakna khianat pada harta ghanimah sahaja.

 

Kitab AL-MUHKAM pula menjelaskan, maksud GHULUL adalah sebarang pengkhianatan yang dilakukan, sama ada melibat harta atau tidak.

 

QADHI IYADH kata dalam SYARAH MUSLIM, asal makna GHULUL adalah setiap pengkhianatan. Namun, ia menjadi dalam uruf syarah sebagai KHIANAT HARTA GHANIMAH SECARA KHUSUS.

 

[4] Dalam matan hadis, perkataan صلاة itu digunakan lafaz NAKIRAH, memberi makna umum. Iaitu, semua jenis solat perlu bersih dari hadas.

 

KEDUA: SOLAT DENGAN TIDAK SUCI DARI HADAS

 

[1] Dalam hadis, dijelaskan bahawa solat tidak diterima selama orang yang menunaikan solat itu tidak suci dari hadas kecil dan besar.

 

[2] Hadis ini boleh dikatakan sebagai BAYAN atau penjelasan terhadap ayat al-Quran berikut;

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (6) – المائدة

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur” (Surah al-An’am, ayat 6)

 

[3] Menurut ABU JAHM, wuduk di awal Islam sekadar sunat sahaja. Apabila turun ayat al-Quran ini, wuduk sudah menjadi wajib.

 

Pendapat ABU JAHM ini dibantah oleh MAJORITI ULAMA yang menyatakan bahawa kefarduan wuduk sudah ada sebelum itu lagi.

 

[4] Perkataan صلاة dalam hadis bersifat NAKIRAH. Ia termasuk solat fardu dan solat sunat.

 

Justeru, bukan solat fardu sahaja perlu suci dari hadas kecil dan hadas besar, bahkan semasa menunaikan solat sunat pun, tetap wajib suci dari hadas.

 

[5] Perkataan yang digunakan adalah الطهور dalam keadaan huruf ط itu dibaca dengan baris hadapan; ia bermaksud AMALAN BERSUCI.

 

Ada pihak membaca dengan berbaris atas yang ia memberi maksud SESUATU ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK BERSUCI.

 

Sengaja digunakan perkataan طهور yang lebih bersifat umum. Hal ini kerana, bersuci yang diajar dalam islam boleh sahaja menggunakan air atau tanah (Tayammum).

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-58, dijelaskan bahawa Nabi saw bersugi apabila bangun malam. Sebelum itu, baginda saw berwuduk.

 

Hadis ke-59 yang ini pula menjelaskan bahawa antara perkara utama untuk memastikan ibadat kita di terima oleh Allah adalah suci jasmani dan rohani, iaitu hati yang ikhlas dan suci dari hadas.

 

PENGAJARAN

 

[1] SYARAT DALAM HAL IBADAT

 

Syarat bagi sah solat adalah taharah, syarat bagi diterima sedekah adalah menggunakan harta yang halal.

 

Syarat adalah perkara wajib yang bukan dari perbuatan solat, sedangkan rukun adalah perkara wajib yang merupakan perbuatan solat.

 

 

Ibn Ruslan kata, diterima ibadat terletak pada pemberitahuan dari Allah. Justeru, syarat untuk diterima ibadat perlu dari maklumat wahyu.

 

[2] MAKSUD TIDAK DITERIMA

 

Ada dua maksud:

A.                  Tidak sah

B.                  Tidak mendapat pahala

 

Hadis bab, menjelaskan perkara (A), iaitu solat tanpa wuduk menandakan solat itu tidak sah.

 

Adapun perkara (B), iaitu ibadat itu sah, tetapi tidak mendapat pahala seperti hadis:

 

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ لَمْ تُقْبَلْ صَلَاتُهُ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً)) – احمد, 4917

Barangsiapa yang minum arak, solatnya tidak diterima selama 40 malam” (Ahmad, hadis no: 4917[2])

 

Apabila ibadat mendapat pahala, sudah pasti perlu sah. Tetapi, ibadat sah tidak semestinya mendapat pahala.

 

Apabila sesuatu amalan itu wajib, maka tidak sah bermaksud HARAM. Iaitu, amalan wajib yang dilakukan TANPA SAH menyebabkan pelakunya berdosa besar dan diazab akhirat kelak.

 

[3] SENGAJA TIDAK BERWUDUK SEMASA SOLAT

 

Dilihat dalam konteks:

a.                  Jika ada keuzuran dari menggunakan air seperti kencing, tidak ada air untuk bersihkan kencing dll.

b.                  Jika tiada keuzuran;

a.      Jumhur Ulama kata, berdosa besar.

b.      Abu hanifah kata, itu sudah murtad, sebab itu adalah bermain-main dan memperolok-olokkan ibadat.

 

[4] SUCI DARI HADAS BESAR DAN KECIL UNTUK SOLAT ADALAH IJMAK.

 

[5] SOLAT JENAZAH, SUJUD SYUKUR DAN TILAWAH PERLU BERWUDU?

 

PENDAPAT PERTAMA: WAJIB

 

Menurut ABU ZUR’AH AL-MISRI, solat jenazah wajib berwuduk secara ijmak.

 

PENDAPAT KEDUA: TIDAK WAJIB

 

Al-Sya’bi, Ibn Jarir TABARI, solah jenazah sah tanpa wuduk.

 

Pendapat ini dianggap BATIL oleh IMAM NAWAWI.

 

[6] SOLAT KETIKA TIDAK ADA AIR

 

PERTAMA:

Mazhab Maliki kata, tidak wajib solat dan tidak wajib qadha’. Hal ini kerana, tidak cukup syarat, maka tidak wajib ditunaikan.

 

KEDUA:

Mazhab Hanafi, tidak boleh solat, tetapi wajib qadha’ ketika ada air. Hal ini kerana, solat itu hukumnya adalah wajib. Namun, ditunaikan secara qadha’ apabila syarat dapat dipenuhi.

 

KETIGA:

Mazhab Syafie, wajib solat solat hormat waktu. Makanya, apabila ada boleh bersuci, sama air atau tayammum, wajib dia ulangi balik solat tersebut.

 

Ini juga pendapat Imam Abu Yusuf, Muhammad bin hasan al-Syaibani.

 

Hujahnya adalah;

a.                  Kewajipan solat berasaskan kepada waktu yang ditetapkan. Firman Allah:

 

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا (103) – النساء

“Sesungguhnya solat itu terhadap orang mukmin adalah kewajipan yang ditetapkan waktu”. (Surah al-Nisa’, ayat 103)

 

b.                  Kaedah menyebut, tidak dapat laksanakan semua, maka tidak bermakna tinggalkan semua.

ما لا تدركه الكل ولا تتركه الكل

 

c.                   Dalam hadis—daripada Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: « وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ» - البخاري, 7288[3]

Apabila aku suruh kamu dengan sesuatu suruhan, maka laksanakan sekadar yang kamu mampu” (al-Bukhari, hadis no: 7288)

 

d.                  Kewajipan qadha’ kerana, apabila syarat dapat disempurnakan, maka dilaksanakan ketika mampu.

 

KEEMPAT:

Mazhab Hanbali kata, wajib solat juga dan tidak wajib qadha’.

 

AL-NAWAWI kata, ini adalah pendapat yang paling kuat. Hal ini kerana, hadis Nabi—daripada Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ - البخاري, 7288

 

[7] MATLAMAT TIDAK HALALKAN CARA

 

Hadis ini menjadi dalil bahawa ada Kaedah fiqh berbunyi:

 

الغاية لا تبرر الوسيلة

“matlamat tidak menghalalkan cara”

 

Justeru, mencuri dengan tujuan mahu menderma adalah haram.

 

[8] SEDEKAH DARI DUIT HALAL

 

Sebarang pemberian yang terhasil dari wang yang tidak betul, maka ia tidak diterima oleh Allah.

 

Justeru tidak diperbolehkan;

A.                  Isteri memberi sedekah dengan duit suami tanpa mendapat keizinan terlebih dahulu.

B.                  Pemegang wakil bersedekah menggunakan wang orang yang mewakilkannya tanpa izinnya.

C.                  Orang yang musyarakah, dia sedekah wangnya tanpa mendapat keizinan dari pihak rakan kongsinya yang lain.

 

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] MUSLIM BIN IBRAHIM (130H-222H)

مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ

 

Nama penuhnya adalah MUSLIM BIN IBRAHIM AL-AZDI AL-FARAHIDI. Digelar sebagai ABU AMRU.

 

Ulama basrah ini ada guru kepada Imam al-Bukhari dan Abu Daud, dan merupakan rijal kepada Muslim, Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah.

 

Diceritakan bahawa di akhir umurnya, matanya buta. Dia adalah seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[4] SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ (85H-160H)

شُعْبَةُ بن الحجاج

 

Sila lihat hadis no: 4, 5, 6 dan 23 (kali ke-5)

 

[3] QATADAH ABI DI’AMAH AL-SADUSI (61H-117H)

قَتَادَةَ بن ابي دعامة السدوسي

 

Sila lihat hadis ke-6, 17 dan 29 (kali ke-4)

 

[2] ABU AL-MALIH BIN USAMAH (112H)

 ابو الْمَلِيحِ بْنِ أُسَامَةَ

 

Tidak diketahui nama sebenarnya. Namun, di sana terdapat beberapa riwayat menyebut bahawa namanya yang sebenar adalah AMIR BIN OSAMAH BIN UMAIR. Ada pula kata, ZAID BIN OSAMAH BIN UMAR.

 

Dia tinggal di Kufah dan kemudian ke Basrah. Dan berkerja di al-Ubullah (satu kota di Iraq yang berhampiran dengan Basrah).

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[1] USAMAH BIN UMAR AL-HUZALI

أُسَامَةَ بْنِ عُمَيْرٍ الْهُذَلِيِّ


Dia adalah sahabat, berdasarkan dakwaan ramai ulama hadis termasuk Imam al-Bukhari.

 

Tidak banyak hadis riwayatnya, sehingga ada pihak menyatakan bahawa yang meriwayatkan hadisnya adalah anaknya sahaja, iaitu Abu al-Malih.

 

Namanya ada dalam ashab al-Sunan.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] dari sudut sanad, Hadis ini SAHIH;

 

A.                  Semua perawi SIQAH.

B.                  Hadis ini, turut meriwayatkannya oleh Imam Muslim (224)

 

[2] SYAWAHID

 

PERTAMA: USAMAH BIN UMAIR

 

Dalam riwayat Abu Daud (59), sahabat Nabi yang riwayatkan hadis ini adalah USAMAH BIN UMAIR AL-HUZALI.

حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ، عَنْ أَبِيهِ

 

Sanad al-Nasaie (139) yang hampir sama dengan Abu Daud, tetapi MUTABA-AH berlaku pada perawi bernama ABU ‘AWANAH sedangkan dalam riwayat ABU DAUD, ia adalah SYU’BAH.

أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ، عَنْ أَبِيهِ

 

KEDUA: IBN UMAR

 

Dalam riwayat Tarmizi (1), sahabat yang riwayatkan hadis ini adalah IBN UMAR.

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ: أَخْبَرَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ، ح وحَدَّثَنَا هَنَّادٌ قَالَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ إِسْرَائِيلَ، عَنْ سِمَاكٍ، عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ

Dalam Riwayat Muslim (224), sanad itu menampilkan perbualan antara IBN UMAR dan USAMAH BIN UMAIR.

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَأَبُو كَامِلٍ الْجَحْدَرِيُّ، - وَاللَّفْظُ لِسَعِيدٍ -، قَالُوا: حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ، عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ، قَالَ: دَخَلَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ عَلَى ابْنِ عَامِرٍ يَعُودُهُ وَهُوَ مَرِيضٌ

 

KETIGA: ANAS BIN MALIK

Dalam riwayat Ibn Majah (273), sahabat yang riwayatkan hadis ini adalah ANAS BIN MALIK.

حَدَّثَنَا سَهْلُ بْنُ أَبِي سَهْلٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو زُهَيْرٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحاقَ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ، عَنْ سِنَانِ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُول

 

KEEMPAT: ABU BAKRAH

Dalam riwayat Ibn Majah yang lain (274), sahabat yang riwayatkan hadis ini adalah ABU BAKRAH:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَقِيلٍ قَالَ: حَدَّثَنَا الْخَلِيلُ بْنُ زَكَرِيَّا قَالَ: حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ حَسَّانَ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنْ أَبِي بَكْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 

[3] TAKHRIJ

 

Muslim (224), al-Tarmizi (1), Al-Nasaie (2524(, ibn Majah (271, 272, 273 dan 274), Ahmad (4969, 5123( Ibn Hibban (1705)

 

 

 

 

 



[1] SANAD:

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَأَبُو كَامِلٍ الْجَحْدَرِيُّ، - وَاللَّفْظُ لِسَعِيدٍ -، قَالُوا: حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ، عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ

[2] SANAD:

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ

[3] SANAD:

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ