HADIS 39 |
حَدَّثَنَا حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ الْحِمْصِيّ حَدَّثَنَا ابْنُ عَيَّاشٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي عَمْرٍو السَّيْبَانِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الدَّيْلَمِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَدِمَ وَفْدُ الْجِنِّ عَلَى رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالُوا: يَا مُحَمَّدُ: انْهَ
أُمَّتَكَ أَنْ يَسْتَنْجُوا بِعَظْمٍ أَوْ رَوْثَةٍ أَوْ حُمَمَةٍ، فَإِنَّ
اللَّهَ تَعَالَى جَعَلَ لَنَا فِيهَا رِزْقًا، قَالَ: «فَنَهَى رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ»
Telah datang utusan jin kepada Rasulullah saw. Utusan jin itu berkata: "Wahai Muhammad, laranglah umatmu untuk beristinja dengan tulang, atau najis binatang atau arang kerana Allah telah menjadikan semua itu sebagai rezeki kami" Maka Rasulullah saw pun melarang umatnya daripada melakukan demikian”
status hadis: sahih
PERBAHASAN LAFAZ |
[1] maksud dengan perkataan وفد adalah bilangan anggaran dari 3 hingga bilangan 7 atau 9 orang.
[2]
Perkataan الجن asal maknanya adalah tutup.
Makhluk bernama jin ini adalah kerana dia tertutup dari pandangan manusia.
(Kupasan berkenaan Jin, sudah dibahas dalam hadis ke- 29)
[3] Jin antara makhluk yang mukallaf, sama seperti
manusia. Mereka salah satu dari umat Nabi Muhammad saw yang jika taat,
diberikan syurga; jika ingkar, diberikan azab.
PENJELASAN HADIS |
[1] Dalam kitab Bazl al-Majhud, dikatakan bahawa jin
yang datang jumpa Nabi saw itu jin dari keturunan نصيبين yang mereka datang jumpa Nabi
sebelum Hijrah, iaitu ketika Nabi mahu masuk mekah ketika pulang dari Taif.
[2] Dalam hadis disebut bahawa mereka panggil nabi:
Wahai Rasulullah. Gambaran mereka memberi penghormatan kepada nabi.
HUBUNGAN HADIS |
HADIS ke-38, nabi melarang dari istinjak menggunakan
tahi binatang dan tulang.
HADIS ke-39 ini pula, dijelaskan bahawa tulang itu
adalah makanan jin, sedangkan tahi binatang pula adalah makanan kenderaan dalam
kalangan jin.
PENGAJARAN |
[1] JIN MASUK ISLAM
Dalam hadis—daripada Abdullah bin Abbas berkata:
"انْطَلَقَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي طَائِفَةٍ مِنْ أَصْحَابِهِ
عَامِدِينَ إِلَى سُوقِ عُكَاظٍ، وَقَدْ حِيلَ بَيْنَ الشَّيَاطِينِ وَبَيْنَ
خَبَرِ السَّمَاءِ، وَأُرْسِلَتْ عَلَيْهِمُ الشُّهُبُ، فَرَجَعَتِ الشَّيَاطِينُ
إِلَى قَوْمِهِمْ، فَقَالُوا: مَا لَكُمْ؟ فَقَالُوا: حِيلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَ
خَبَرِ السَّمَاءِ، وَأُرْسِلَتْ عَلَيْنَا الشُّهُبُ، قَالُوا: مَا حَالَ
بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ إِلَّا شَيْءٌ حَدَثَ، فَاضْرِبُوا
مَشَارِقَ الأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا، فَانْظُرُوا مَا هَذَا الَّذِي حَالَ
بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ، فَانْصَرَفَ أُولَئِكَ الَّذِينَ
تَوَجَّهُوا نَحْوَ تِهَامَةَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَهُوَ بِنَخْلَةَ عَامِدِينَ إِلَى سُوقِ عُكَاظٍ، وَهُوَ يُصَلِّي بِأَصْحَابِهِ
صَلاَةَ الفَجْرِ، فَلَمَّا سَمِعُوا القُرْآنَ اسْتَمَعُوا لَهُ، فَقَالُوا:
هَذَا وَاللَّهِ الَّذِي حَالَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ،
فَهُنَالِكَ حِينَ رَجَعُوا إِلَى قَوْمِهِمْ، وَقَالُوا: يَا قَوْمَنَا: {إِنَّا
سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا، يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ، فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ
نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا} [الجن: 2] ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَلَى نَبِيِّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ
الجِنِّ} [الجن: 1] وَإِنَّمَا أُوحِيَ إِلَيْهِ قَوْلُ الجِنِّ " – البخاري, 773
"Nabi
SAW bersama sekelompok sahabat berangkat menuju pasar 'Ukazh. Saat itu telah
ada penghalang antara syaitan dan berita-berita langit dimana telah dikirim
kabut kepada syaitan sebagai penghalang. Maka syaitan-syaitan kembali menemui
kaumnya, lalu kaumnya berkata: "Apa yang terjadi dengan kamu?"
Syaitan-syaitan
tersebut menjawab: "Telah ada penghalang
antara kita dan berita-berita langit dengan dikirimnya kabut”
Kaumnya
berkata: "Tidak ada penghalang antara kamu dan berita-berita langit
kecuali telah ada sesuatu yang terjadi. Pergilah kamu ke seluruh penjuru timur
bumi dan baratnya, lalu perhatikanlah apa penghalang yang ada antara kamu dan
berita-berita langit!"
Maka
berangkatlah syaitan-syaitan yang ada di Tihamah untuk mendatangi Nabi saw dan
para sahabat baginda yang sedang berada di pasar 'Ukazh. Ketika itu, baginda dan para sahabat sedang
melaksanakan solat fajar.
Ketika
syaitan-syaitan itu mendengar Al-Quran, mereka menyimaknya dengan baik hingga
mereka pun berkata: "Demi Allah, inilah yang menjadi penghalang antara kamu
dan berita-berita langit”, dan perkataan ini pula yang disampaikan ketika
mereka kembali kepada kaum mereka.
Lantas
mereka berkata kepada kaumnya: "Wahai kaum, sesungguhnya kita telah
mendengarkan Al-Quran yang menakjubkan. (Yang) memberi petunjuk kepada jalan
yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan
mempersekutukan seseorangpun dengan Tuhan kami) ' (Surah Al-Jin: 1-2).
Maka
kemudian Allah menurunkan wahyu kepada Nabi-Nya: “(Katakanlah (hai Muhammad):
"Telah diwahyukan kepadamu: telah mendengarkan sekumpulan jin (akan
Al-Qur'an)) (Surah Al-Jin: 1), iaitu diwahyukan kepada beliau perkataan jin”
[2]
JIN MINTA MAKANAN TAMBAHAN
Dalam
hadis—dapada ‘Amir yang bertanya kepada Alqamah, apakah Ibn Mas’ud bersama
dengan nabi pada malam baginda berjumpa dengan Jin;
عَنْ عَامِرٍ،
قَالَ: سَأَلْتُ عَلْقَمَةَ هَلْ كَانَ ابْنُ مَسْعُودٍ شَهِدَ مَعَ رَسُولِ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ الْجِنِّ؟ قَالَ: فَقَالَ عَلْقَمَةُ،
أَنَا سَأَلْتُ ابْنَ مَسْعُودٍ فَقُلْتُ: هَلْ شَهِدَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مَعَ
رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ الْجِنِّ؟ قَالَ: لَا وَلَكِنَّا
كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللهِ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَفَقَدْنَاهُ فَالْتَمَسْنَاهُ فِي
الْأَوْدِيَةِ وَالشِّعَابِ. فَقُلْنَا: اسْتُطِيرَ أَوِ اغْتِيلَ. قَالَ:
فَبِتْنَا بِشَرِّ لَيْلَةٍ بَاتَ بِهَا قَوْمٌ فَلَمَّا أَصْبَحْنَا إِذَا هُوَ
جَاءٍ مِنْ قِبَلَ حِرَاءٍ. قَالَ: فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللهِ فَقَدْنَاكَ
فَطَلَبْنَاكَ فَلَمْ نَجِدْكَ فَبِتْنَا بِشَرِّ لَيْلَةٍ بَاتَ بِهَا قَوْمٌ.
فَقَالَ: «أَتَانِي دَاعِي الْجِنِّ فَذَهَبْتُ مَعَهُ فَقَرَأْتُ عَلَيْهِمُ
الْقُرْآنَ» قَالَ: فَانْطَلَقَ بِنَا فَأَرَانَا آثَارَهُمْ وَآثَارَ
نِيرَانِهِمْ وَسَأَلُوهُ الزَّادَ فَقَالَ: " لَكُمْ كُلُّ عَظْمٍ ذُكِرَ
اسْمُ اللهِ عَلَيْهِ يَقَعُ فِي أَيْدِيكُمْ أَوْفَرَ مَا يَكُونُ لَحْمًا
وَكُلُّ بَعْرَةٍ عَلَفٌ لِدَوَابِّكُمْ. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَلَا تَسْتَنْجُوا بِهِمَا فَإِنَّهُمَا طَعَامُ
إِخْوَانِكُمْ» - مسلم, 450
Daripada Amir berkata: "Saya bertanya
kepada Alqamah, 'Apakah dahulu Ibnu Mas'ud menyaksikan bersama Rasulullah saw malam
jin?”
Perawi berkata: 'Lalu Alqamah berkata: 'Aku
bertanya Ibnu Mas'ud, lalu aku berkata: “Apakah salah seorang dari kamu hadir
bersama Rasulullah saw pada malam jin?”
Dia menjawab: “Tidak, akan tetapi kami
pernah pada suatu malam bersama Rasulullah, lalu kami kehilangan baginda sehingga
kami mencarinya di lembah dan setapak lereng gunung.
Kami
pun berkata: “Jin membawanya pergi atau membunuhnya secara sembunyi-sembunyi”
Maka kami bermalam dengan malam yang amat
buruk yang para sahabat turut bersama melalui malam itu. Pada pagi harinya,
tiba-tiba beliau datang dari arah Hira'.
Perawi berkata: "Kami berkata, 'Wahai
Rasulullah, kami telah kehilanganmu, lalu mencarimu, maka kami tidak
mendapatkanmu hingga kami bermalam pada malam yang buruk yang para sahabat
turut bersama melalui malam-malam itu”
Baginda menjawab: “ada seekor jin datang
jumpa aku, maka aku pergi bersamanya. Di sana, aku membaca Al-Quran di hadapan
mereka”.
Perawi berkata: “Lalu Baginda beranjak pergi bersama
kami untuk menunjukkan jejak-jejak mereka dan jejak perapian mereka. Dan mereka
meminta kepadanya bekal, maka beliau bersabda: “Kamu mendapatkan setiap tulang
yang disebutkan nama Allah atasnya (ketika disembelih), yang mana di tangan kamu
lebih banyak menjadi daging dan setiap najis haiwan adalah makanan untuk haiwan
tunggangan kamu”.
Rasulullah saw pun bersabda: “Maka
janganlah kamu beristinja dengan keduanya (maksudnya najis haiwan dan tulang), kerana keduanya adalah
makanan saudara kamu (jin)"
[3] USAHA HINDARI MUDHARAT DAN CAPAI
MANFAAT
Jin minta agar makanan mereka dihormati
dari umat Nabi. Ia adalah dalil bahawa tidak salah jika manusia minta agar
mereka dihormati.
Lihat hadis sebelum ini (istinjak dengan
tulang dan tahi—hadis ke-36 dan hadis ke-38)
[4] ISTINJA’ DENGAN SESUATU YANG MULIA
Dalam hal ini, ada beberapa katagori
berikut;
A.
MAKANAN MANUSIA DAN BINATANG
Dalam hadis—Tahi binatang itu adalah
makanan bagi kenderaan Jin.
Justeru, perlu hormat juga makanan
binatang juga.
Jika makanan jin dan binatang pun perlu
dihormati, maka sudah pasti perlu hormati makanan manusia.
Justeru, haram beristinjak menggunakan
roti, daging dan sebagainya.
B.
BARANG KEMAS
Islam memang tidak pandang mulia dengan
emas dan perak, tetapi tidak bermakna islam benarkan ia dihina. Justeru,
dilarang juga beristinjak menggunakan emas dan perak. Apatah lagi, ia mempunyai
nilai yang mampu digunakan untuk belian.
C.
BUKU DAN SEBAGAINYA
Termasuk juga perkara yang dilarang adalah
kertas yang digunakan untuk ditulis dan sebagainya.
[5] NAJIS TIDAK BOLEH DISUCIKAN DENGAN
NAJIS JUGA
Menurut kitab al-Manhal, hadis ini dijadikan
sandaran Ibn Hajar al-Asqalani yang menyatakan bahawa najis tidak boleh
digunakan untuk membersihkan kotoran najis.
Ia termasuk dalam maksud kaedah: sesuatu
mudharat tidak boleh dihindari dengan mudharat juga.
Contohnya, seseorang yang tercekik makanan
yang membahayakan nyawa. Dia tidak boleh untuk selamatkan nyawanya itu dengan
dia minum racun. Hal ini kerana, tindakan itu adalah usaha untuk hindari
mudharat (tercekik) dengan melakukan mudharat yang lain (minum racun).
BIOGRAFI PERAWI |
[5] HAYWAH BIN SYURAIH AL-HIMSHI (224H)
حَيْوَةُ بْنُ
شُرَيْحٍ الْحِمْصِيُّ
Nama penuh ABU AL-ABBAS HAYWAH BIN SYURAIH BIN YAZID
AL-HADHRAMI AL-HIMSHI.
Dia adalah guru al-Bukhari dan Abi Daud, serta rijal
al-Tarmizi dan Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.
PERINGATAN: Ada satu lagi
mempunyai nama HAYWAH BIN SYURAIH juga, tetapi nama penuhnya adalah ABU ZUR’AH
HAYWAH BIN SYURAIH BIN SOFWAN AL-TUJIBI AL-MISRI.
Dia adalah orang mesir, sedangkan
perawi ini adalah orang syam. Dia meninggal tahun 158 hijrah, sedangkan perawi
ini meninggal tahun 224 hijrah.
[4] ISMAIL BIN ‘AYYASH
(108H-181H)
اسماعيل ابْنُ عَيَّاشٍ
Ulama hadis dari syam ini, nama penuhnya adalah ABU
‘UTBAH ISMAIL BIN ‘AYYASH BIN SULAIM AL-HIMSHI الحمصي.
Ulama yang mensiqahkan dia adalah Imam al-Bukhari, Ahmad bin Hanbal,
Yahya bin Ma’in, Ibn ‘Adi dan kalangan ulama syam. Namun, penduduk al-Hijaz
menganggap dia doif. Bahkan, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah meriwayatkan
hadis darinya.
Dia diakui sabat semasa dia berada di Syam. Tetapi,
selepas dia berpindah—keluar dari syam, didapati banyak berlaku idhtirab
dan kesalahan pada
riwayatnya. Dianggap sebagai ikhtilat.
Ini menurut apa yang disebut oleh ramai ulama hadis;
antaranya adalah Abu Ahmad al-Hakim, Abu Ahmad bin ‘Adi al-Jurjani, Abu Ishaq
al-Fazzari, Abu al-Qasim bin Bisykawal, Abu Bishr al-Dulabi, abu Bakar
al-Baihaqi, Abu Ja’far al-‘Uqaili, Ibn al-Jawzi, Abu Hatim bin Habban al-Basti,
Abu Zur’ah al-Razi, Ahmad bin Hanbal, al-Nasaie, Ibn Hajar al-‘Asqalani,
al-Hakam bin Nafi’ al-Bahrani, al-Duhaim al-Dimasyqi, Ali bin al-Madini, Amru
bin al-Fallas, al-Bukhari, Muhammad bin Abdullah al-Barqi, Osman bin Abi
Syaibah, Yaaqub bin Syaibah al-Sadusi.
Justeru, riwayatnya sahih jika dia riwayatkan itu
semasa dia di Syam. Tetapi, selepas dia berpindah dari Syam, maka hadisnya
tidak boleh dibuat hujah.
[3] YAHYA BIN ABI AMRU AL-SYAIBANI (63H-158H)
يَحْيَى بْنِ أَبِي عَمْرٍو
السَّيْبَانِيِّ
Ulama hadis berasal dari Ramallah, Palestine ini digelar
sebagai ABU ZUR’AH AL-HIMSHI. Bahkan ada juga menyebut YAHYA BIN ZUR’AH.
Digelar
AL-SAIBANI kerana nisbah kepada satu etnik arab dari keturunan SAIBAN BIN
AL-GHAUS BIN SA’AD AL-SYAMI.
Dia adalah rijal Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah.
Riwayatnya tidak didapati dalam al-Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi.
Dia adalah perawi sahih, tetapi sering mursal pada
riwayat sahabat. Justeru itu, riwayatnya diterima kecuali jika dalam riwayat
itu digambarkan dia ambil dari sahabat.
[2] ABDULLAH BIN AL-DAILAMIY
(90H)
عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ الدَّيْلَمِيِّ
Nama penuhnya adalah ABU BISYR (ada kata: ABU BUSR)
ABDULLAH BIN AL-DAILAMIY BIN FAIRUZ AL-MAQDASI.
Seorang ulama syam di era Tabiin yang pernah sampai ke
Basrah, al-Dailam dan Palestine.
Namanya ada dalam kutub al-Sunan kecuali kecuali
al-Bukhari dan muslim sahaja. Dia dianggap siqah oleh Ibn Ma’in, al-Ijli dan
Ibn Hibban.
Dia adalah perawi siqah dan sahih.
[1] ABDULLAH BIN MAS’UD (31SH-32H)
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ
Antara sahabat yang dilahirkan di Mekah. Dia adalah
sahabat yang ke-23 terawal memeluk Islam, iaitu semasa di Mekah.
Di awal dia memeluk Islam, dia adalah orang
yang mula-mula baca al-Quran secara kuat di hadapan Quraish semasa di mekah.
Masa hijrah ke
Madinah, Nabi saudarakan dia dengan beberapa orang; (1) Zubair bin al-Awwam, (2)
Anas bin Malik, (3) Mu’az bin Jabal, dan (4) Sa’ad bin Muaz.
Dia terlibat dua hijrah; hijrah ke Habsyah dan
hijrah ke Madinah. semasa di Madinah, dia terlibat dalam perang badar.
Badannya kurus,
rendah, rambut tidak ada uban, mata nampak hitam sebab kerap menangis, dan
terkenal dengan kemahiran dalam bidang al-Quran. Dalam hadis bahawa Abdullah
bin Mas’ud pernah berkata:
وَاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ،
مَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ إِلَّا أَنَا أَعْلَمُ أَيْنَ
أُنْزِلَتْ، وَلاَ أُنْزِلَتْ آيَةٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ إِلَّا أَنَا أَعْلَمُ
فِيمَ أُنْزِلَتْ، وَلَوْ أَعْلَمُ أَحَدًا أَعْلَمَ مِنِّي بِكِتَابِ اللَّهِ،
تُبَلِّغُهُ الإِبِلُ لَرَكِبْتُ إِلَيْهِ
“Demi
Allah bahawa tiada tuhan selainNya. Tidak turun sesuatu surah dari kitabullah
kecuali aku pasti tahu di mana ia diturunkan; tidak turut satu ayat dari
kitabullah kecuali aku tahu sebab apa ia diturunkan. Kalau aku tahu ada
seseorang yang lebih mengetahui berkenaan Kitabullah berbanding aku, pasti akan
tunggang unta untuk aku sampai kepada orang itu” (al-Bukhari, hadis no: 5002)
Dalam hadis
diceritakan bahawa Nabi saw pernah suruh dia bacakan al-Quran kepada Baginda. Abdullah Bin Mas’ud
berkata bahawa Nabi saw ada berkata kepada aku:
Al-Bukhari ada meriwayatkan;
«اقْرَأْ عَلَيَّ»
قُلْتُ: آقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ؟ قَالَ: «فَإِنِّي أُحِبُّ أَنْ
أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِي» فَقَرَأْتُ عَلَيْهِ سُورَةَ النِّسَاءِ، حَتَّى
بَلَغْتُ: {فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ
عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا} [النساء: 41] قَالَ: «أَمْسِكْ» فَإِذَا عَيْنَاهُ
تَذْرِفَانِ
“bacakan
kepadaku” Aku berkata: “apakah layak aku bacakan al-Quran kepada kamu, walhal
al-Quran diturunkan kepada kamu?” kata Nabi: Aku suka mendengar dari orang
selainku membacanya”. Aku pun baca surah al-Nisa’ hingga sampai pada ayat: Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang
kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat
seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan
mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap
umatmu ini?” berkata Nabi: “berhenti”. Didapati berlinang air dari dua
mata Nabi” (Al-Bukhari,
hadis no: 4582| muslim, hadis no: 800)
Dalam hadis juga ada
disebut bahawa Nabi puji bacaan Ibn Mas’ud. Ibn Majah riwayatkan;
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ،
أَنَّ أَبَا بَكْرٍ، وَعُمَرَ، بَشَّرَاهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَقْرَأَ الْقُرْآنَ غَضًّا كَمَا
أُنْزِلَ، فَلْيَقْرَأْهُ عَلَى قِرَاءَةِ ابْنِ أُمِّ عَبْدٍ»
Daripada Ibn Mas’ud bahawa Abu Bakar dan
Umar memberi berita gembira kepadanya bahawa Rasulullah berkata: Barangsiapa
yang mahu membaca al-Quran sama seperti ia diturunkan, maka hendaklah dia
membacanya seperti bacaan Ibn Umm ‘Abd (Abdullah bin Mas’ud)” (Ibn Majah, hadis
no: 138)
PERBAHASAN
SANAD |
[1] SANAD HADIS
حَدَّثَنَا
حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ الْحِمْصِيُّ، حَدَّثَنَا ابْنُ عَيَّاشٍ، عَنْ يَحْيَى
بْنِ أَبِي عَمْرٍو السَّيْبَانِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الدَّيْلَمِيِّ،
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ
[2] STATUS HADIS: SAHIH
Ramai ulama anggap hadis ini doif,
antaranya adalah al-Baihaqi dan al-Daraqutni. Namun, apabila diteliti alasan
mereka anggap hadis ini doif hanya kerana perawi bernama ISMAIL BIN ‘AYYASH
dianggap sebagai doif kerana idhtirab berlaku dalam hadis riwayatnya.
Namun begitu, didapati yang ambil hadis
darinya adalah HAYWAH BIN AL-SYURAIH AL-HIMSHI yang merupakan seorang ulama
SYAM. Ini bermakna, tidak tepat dianggap doif kerana ISMAIL BIN ‘AYYASH mula
idhtirab setelah dia berhijrah dari Syam, sedangkan hadis ini, dia riwayatkan
kepada orang Syam.
Jika dilihat dari sudut dia semasa di
syam, dia diakui siqah dan sahih oleh ramai ulama besar seperti al-Bukhari,
Ahmad bin Hanbal dan Ibn Ma’in
Tambahah pula, matan hadis ini terdapat
dalam banyak kitab-kitab hadis yang sanadnya sahih.
Antara ulama yang menganggap hadis ini
sahih adalah ALBANI, tetapi terdapat pendapat yang mengatakan ia doif, iaitu
ARNAUT. Menurut al-Baihaqi pula, walaupun yang mengambil hadis dari ISMAIL
adalah ulama syam, tetapi dia bukan orang yang kuat.
Dakwaan ini agak kurang tepat, kerana
perawi Syam itu adalah Haywah bin Syuraih al-Himshi merupakan guru Imam
al-Bukhari dan Imam Abu Daud, bahkan dia adalah rijal al-Tarmizi dan Ibn Majah.
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa pendapat
yang mengatakan hadis ini sahih lebih kuat berbanding yang mengatakan doif.
MUTABA-AH
DAN SYAWAHID MATAN |
Andai dianggap DOIF pada SANAD hadis ini,
ternyata kandungan matan hadis ada ada syawahid berikut;
[A] hadis ini menyebut bahawa jin berjumpa
dengan Nabi dan membuat permintaan.
Hal ini ada dalam hadis riwayat Muslim,
hadis no: 450 yang akan disebutkan di bahagian pengajaran.
[B] Jin membuat permintaan agar manusia
dari kalangan umat Nabi Muhammad saw tidak beristinja’ dengan tiga perkara;
iaitu, tahi kering, tulang dan arang bakar.
Pada dua perkara, terdapat banyak riwayat
seperti dalam hadis ke-7, hadis ke-36 dan hadis ke-38.
Namun, berkenaan Jin makan arang bakar,
terdapat mutaba-ah, iaitu al-Daraqutni (150) yang sanadnya seperti berikut;
عن
موسي بن علي بن رباح عن ابيه عن ابن مسعود
Sanad hadis ini dikritik oleh ARNAUT
dengan alasan bahawa tidak ada bukti Ali ada DENGAR hadis dari IBN MAS’UD.
Kritikan itu dibantah kerana pengarang kitab AL-MANHAL (Mahmud Muhammad Khattab al-Subki) dengan menyatakan, para ulama sepakat bahawa sesuatu riwayat itu diterima bukan semestinya didapati dengar, bahkan jika ada KEMUNGKINAN DENGAR pun sudah memadai, iaitu apabila berjaya dibuktikan mereka bertemu. Apatah lagi, ALI BIN RABAH lahir tahun 15 Hijrah, sedangkan IBN MAS’UD mati tahun 32 Hijrah.
Dengan alasan ini, dapat diterima bahawa
hadis ini menjadi dalil bahawa jin makan arang bakar.
TAKHRIJ |
Al-Baghawi (180), al-Daraqutni (149), al-Tibrani
(musnad al-Syamiyin-872), Muslim (450), al-Tarmizi (18), al-Nasaie (al-Kubra-39).
No comments:
Post a Comment