BAB 6 |
بَابُ كَيْفَ
التَّكَشُّفُ عِنْدَ الْحَاجَةِ
“CARA MEMBUKA PAKAIAN SEMASA QADHA’ HAJAT”
HADIS 14 |
حَدَّثَنَا زُهَيْرُبْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنِ الْأَعْمَشِ عَنْ رَجُلٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ حَاجَةً لَا يَرْفَعُ ثَوْبَهُ حَتَّى يَدْنُوَ مِنَ الْأَرْضِ»
Daripada
Ibn Umar: “Nabi saw apabila hendak qadha’ hajat,
baginda tidak mengangkat pakaiannya hingga telah dekat dari tanah”
Status hadis: sahih
PENJELASAN HADIS |
[1]
Yang menceritakan kisah dalam hadis ini adalah ABDULLAH BIN UMAR, iaitu anak
kepada Saidina Umar bin al-Khattab.
Dalam
catatan sejarah, Ibn Umar antara sahabat Nabi yang masih muda. Semasa Hijrah,
umurnya baru 10 tahun.
Justeru,
dalam kisah ini boleh dikatakan dia nampak Nabi saw itu ketika di masih kecil.
[2]
hadis ini menjelaskan bahawa Nabi saw amat berhati-hati dalam hal aurat, hatta
ketika mahu qadha’ hajat.
Dijelaskan
bahawa baginda ketika Qadha’ hajat amat cakna dengan mata-mata manusia yang
memerhatikan, makanya baginda tidak akan menyelak pakaian ketika qadha’ hajat
kecuali apabila benar-benar duduk, kerana dalam keadaan begitu aurat sudah
banyak tertutup.
HUBUNGAN HADIS |
Hadis ke 13 menjelaskan bahawa Nabi saw qadha’ hajat
mengadap arah kiblat.
Hadis yang ke-14 ini pula, menjelaskan lagi bahawa
qadha’ hajat Nabi dalam bangunan. Hal ini kerana, kebiasan orang yang hendak
pastikan auratnya tidak kelihatan bahawa dia qadha’ hajat dalam bangunan.
Menjadi kebiasaan bagi Nabi saw yang akan berusaha memastikan
auratnya tidak kelihatan. Jika dalam konteks di padang pasir atau dalam
permusafiran, sudah pasti Nabi saw mengambil pendekatan bahawa pergi jauh dari
penglihatan manusia; ataupun qadha’ hajat di balik bongol tanah atau pasir;
ataupun dalam hadis bab ini, Nabi saw tidak akan menyelak kainnya kecuali
apabila dia benar-benar sudah duduk.
PENGAJARAN |
[1] QADHA’ HAJAT DALAM KEADAAN DUDUK
Dalam hadis ini menjelaskan bahawa keutamaan qadha’
hajat adalah dalam keadaan duduk. Namun begitu, berlaku khilaf dalam keadaan
ulama berkenaan kencing dalam keadaan berdiri yang bakal dikupas dalam
perbincangan akan datang.
[2] AURAT TIDAK BOLEH DIBUKA KECUALI DALAM KADAR KEPERLUAN
SAHAJA
Antara perkara utama yang diajar dalam islam adalah
keperluan menutup aurat. Berkenaan aurat lelaki sesame lelaki, aurat Wanita sesame
mereka, serta aurat antara muslimat dan Wanita non Muslim, akan dibicangkan
dalam hadis ke-15 akan datang.
[3] MANDI TELANJANG
Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan, hadis bab ini
menjelaskan keadaan di luar bangunan, seperti qadha’ hajat di padang lapang dan
sebagainya.
Dengan itu, timbul perbahasan fiqh berkenaan hukum
mandi telanjang dalam bangunan yang tertutup.
Secara dasarnya, sebarang tindakan yang boleh menyebabkan
orang nampak aurat, maka hukumnya adalah haram.
Namun, jika didapati sesuatu tempat yang boleh
terhindar dari aurat kelihatan, sama ada secara yakin atau secara zann yang
kuat, maka berlaku khilaf dalam kalangan ulama berkenaan mandi dalam keadaan
telanjang.
Al-Imam al-Syaukani dan Imam al-nawawi antara ulama
yang pernah memfatwakan bahawa hukum mandi telanjang di tempat yang terselamat
dari kelihatan aurat adalah harus.
Antara dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;
pertama, hadis bahawa Nabi Musa mandi telanjang. Daripada
Abu Hurairah bahawa Nabi saw ada bersabda:
كَانَتْ بَنُو
إِسْرَائِيلَ يَغْتَسِلُونَ عُرَاةً، يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ، وَكَانَ
مُوسَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْتَسِلُ وَحْدَهُ، فَقَالُوا:
وَاللَّهِ مَا يَمْنَعُ مُوسَى أَنْ يَغْتَسِلَ مَعَنَا إِلَّا أَنَّهُ آدَرُ،
فَذَهَبَ مَرَّةً يَغْتَسِلُ، فَوَضَعَ ثَوْبَهُ عَلَى حَجَرٍ، فَفَرَّ الحَجَرُ
بِثَوْبِهِ، فَخَرَجَ مُوسَى فِي إِثْرِهِ، يَقُولُ: ثَوْبِي يَا حَجَرُ، حَتَّى نَظَرَتْ
بَنُو إِسْرَائِيلَ إِلَى مُوسَى، فَقَالُوا: وَاللَّهِ مَا بِمُوسَى مِنْ بَأْسٍ،
وَأَخَذَ ثَوْبَهُ، فَطَفِقَ بِالحَجَرِ ضَرْبًا
“"kebiasaan kalangan Bani Israil jika mandi bahawa mereka mandi
dengan telanjang, hingga sebagian melihat sebagian yang lainnya. Sedangkan Nabi
Musa lebih suka mandi sendirian. Maka mereka pun berkata: "Demi Allah,
tidak ada menghalangi Musa untuk mandi bersama kita kecuali kerana dia adalah
seorang lelaki yang kemaluannya kena hernia. Lalu pada suatu ketika bahawa Musa
pergi mandi dan meletakkan pakaiannya pada sebuah batu, lalu batu tersebut lari
dengan membawa pakaiannya. Maka Musa lari mengejar batu tersebut sambil berkata:
“Wahai batu, kembalikan pakaianku!”, sehingga ramai Bani Israil melihat Musa.
Mereka lalu berkata: “Demi Allah, pada diri Musa tidak ada yang ganjil”. Musa
kemudian mengambil pakaiannya dan memukul batu tersebut dengan satu pukulan”
(al-Bukhari, hadis no: 278 | muslim, hadis no: 339)
Kedua, hadis bahawa Nabi Ayub mandi telanjang. Daripada
Abu Hurairah bahawa nabi saw berkata:
بَيْنَا
أَيُّوبُ يَغْتَسِلُ عُرْيَانًا، فَخَرَّ عَلَيْهِ جَرَادٌ مِنْ ذَهَبٍ، فَجَعَلَ
أَيُّوبُ يَحْتَثِي فِي ثَوْبِهِ، فَنَادَاهُ رَبُّهُ: يَا أَيُّوبُ، أَلَمْ
أَكُنْ أَغْنَيْتُكَ عَمَّا تَرَى؟ قَالَ: بَلَى وَعِزَّتِكَ، وَلَكِنْ لاَ غِنَى
بِي عَنْ بَرَكَتِكَ
“"Tatkala Ayyub mandi dalam keadaan telanjang,
tiba-tiba muncul belalang dari emas. Lalu Ayyub mengumpulkan dan memasukkannya
ke dalam baju. Maka Tuhannya memanggilnya: 'Wahai Ayyub, bukankah aku sudah
memberimu kecukupan sebagaimana kau lihat?” Ayyub menjawab, “Benar, dan demi
segala kemuliaan-Mu. Tetapi aku tidak pernah merasa puas dari limpahan
barakah-Mu” (al-Bukhari, hadis no: 279)
Dengan dalil-dalil ini, dalam kitab Nail al-Awtar, al-Imam
al-Syaukani berkata:
قَالَ
الْحَافِظُ: وَهَذَا إنَّمَا يَأْتِي عَلَى رَأْي مَنْ يَقُولُ: شَرْعُ مَنْ
قَبْلَنَا شَرْعٌ لَنَا، وَاَلَّذِي يَظْهَرُ أَنَّ وَجْهَ الدَّلَالَة مِنْهُ
أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَصَّ الْقِصَّتَيْنِ وَلَمْ
يَتَعَقَّبْ شَيْئًا مِنْهُمَا فَدَلَّ عَلَى مُوَافَقَتِهِمَا لِشَرْعِنَا،
وَإِلَّا فَلَوْ كَانَ فِيهِمَا شَيْءٌ غَيْرَ مُوَافِقٍ لَبَيَّنَهُ
“berkata al-Hafiz: ini adalah pendapat mereka yang
menggunakan alasan bahawa syariat nabi dahulu juga adalah syariat kita. Yang jelas
dari pendalilan di sini adalah bahawa Nabi saw mengisahkan dua kisah tanpa baginda
memberikan sebarang komentar terhadap dua kisah ini. Ini membuktikan bahawa hukum
dalam kejadian dua nabi itu adalah sama dengan hukum bagi syariat kita. Jika ia
bukan syariat kita, sudah pasti ia sudah dijelaskan oleh nabi”.
BIOGRAFI PERAWI |
[5]
ZUHAIR BIN HARB BIN SYADDAD ABU KHAISAMAH (160H-234H)
زُهَيْر بن
حَرْب بن شَدَّاد أَبُو خَيْثَمَة
Dia adalah guru kepada al-bukhari, Muslim, Abu Daud
dan Ibn Majah, serta rijal kepada al-Nasaie. Dan dia adalah perawi yang SAHIH.
Dia dilahirkan di al-Nasa’ yang sekarang di dalam
negara Turkmenistan dan tinggal dan meninggal dunia di Baghdad.
*PERHATIAN: ada seorang lagi yang nama hampir sama,
iaitu ABU KHAISAMAH ZUHAIR BIN MUAWIYYAH (100H-174H), seorang perawi hadis yang
merupakan rijal al-Kutub al-Sittah yang berasal dari Kufah.
[4] WAKI’ BIN AL-JARRAH (129H-197H)
وَكِيعٌ بن الجراح
Sudah dijelaskan dalam hadis ke-5 yang lalu
[3] SULAIMAN BIN MIHRAN AL-‘ASMASH (61H-148H)
سليمان بن
مهران الْأَعْمَشِ
Sudah dijelaskan dalam hadis ke-7 yang lalu.
[2] SESEORANG LELAKI
رَجُلٍ
Menurut al-‘Azim Abadi dalam Aun al-Ma’bud, dikatakan
bahawa lelaki yang dalam sanad ini adalah QASIM BIN MUHAMMAD yang merupakan
salah seorang perawi siqah. Menurut dakwaan lain pula, bahawa lelaki itu adalah
GHIYAS BIN IBRAHIM yang merupakan salah seorang perawi doif.
[1] ABDULLAH BIN UMAR (10SH-73H)
عبدالله ابْنِ عُمَرَ
Sudah dijelaskan dalam hadis ke-11 yang lalu
PERBAHASAN SANAD |
[1]
SANAD ABU DAUD
حَدَّثَنَا زُهَيْرُ
بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنِ الْأَعْمَشِ عَنْ رَجُلٍ عَنِ ابْنِ
عُمَرَ
[2] STATUS HADIS: SAHIH
Hadis ini dinilai
SAHIH dengan alasan berikut;
[a] Walaupun sanad
hadis ini ada perawi MUBHAM--رجل, tetapi dalam sanad AL-BAIHAQI telah disebut bahawa perawi itu
adalah AL-QASIM BIN MUHAMMAD (cucu Abu Bakar al-Siddiq) yang merupakan perawi
yang siqah lagi faqih. Justeru, dakwaan munqati’ tidak valid.
[b] Turut sama
mengatakan hadis ini sahih adalah AL-SAYUTI.
[3] SANAD LAIN
Imam Abu Daud
membawakan sanad yang lain bagi hadis ini adalah seperti berikut;
قَالَ أَبُو دَاوُدَ:
رَوَاهُ عَبْدُ السَّلَامِ بْنُ حَرْبٍ عَنِ الْأَعْمَشِ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ - وَهُوَ ضَعِيفٌ –
Sanad ini dinilai DOIF
oleh Abu Daud bukan berfaktorkan ABDUL SALAM BIN HARB (91H-187H), kerana ulama
kelahiran Basrah yang meninggal di Kufah ini adalah seorang yang siqah bahkan
dia salah seorang rijal al-Bukhari.
Tetapi, hadis ini
dinilai DOIF oleh Abu Daud dengan alasan MUNGQATI’—terputus sanad kerana
didapati al-A’mash tidak pernah dengar hadis dari Anas bin Malik.
Al-Imam al-Tarmizi
berkata dalam al-Sunan:
ويقال لم يسمع الأعمش من أنس ولا من أحد
من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم وقد نظر إلى أنس بن مالك قال رأيته يصلي فذكر عنه حكاية في الصلاة
“dikatakan bahawa
al-A’mash tidak mendengar hadis dari Anas, dan juga seorang pun dalam kalangan
sahabat Nabi. Yang pasti, al-A’mash pernah melihat Anas. Dia sendiri pernah kata,
“aku lihat Anas menunaikan solat”. Dia menyebut itu dalam menghikayatkan
berkenaan solat”
Walaubagaimana pun,
kesimpulan Abu Daud bahawa sanad ini doif dengan alasan bahawa al-‘Amash tidak
mendengar hadis dari Anas diragui, kerana AL-MUNZIRI ada berkata:
وذكر أبو نعيم الأصبهاني أن الأعمش رأى أنس
بن مالك، وابن أبي أوفى وسمع منهما،
والذي قاله الترمذي هو المشهور
“Abu Nuaim
al-Asbahanni menyebut bahawa al-A’mash melihat anas dan Abdullah bin Abi Awfa,
dan MENDENGAR dari kedua-duanya. Yang menyatakan ini adalah al-Tarmizi—ini yang
masyhur”
Dengan sebab itu,
ALBANI tetap menegaskan bahawa hadis ini adalah SAHIH.
Dalam tambahan
maklumat, seorang murid Abu Daud yang merupakan pencatat hadis-hadis Abu Daud
bernama ABU ISA AL-RAMLI (320H) yang berasal dari Baghdad berkata berkenaan
sanad yang kedua ini bermuara dari ABDUL SALAM BIN HARB seperti berikut;
قَالَ أَبُوعِيسَى
الرَّمْلِيُّ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ
الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ
عَوْنٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ
السَّلَامِ بِهِ
Walaubagaimana
pun, ARNAUT anggap hadis ini HASAN.
No comments:
Post a Comment