Monday, April 25, 2022

HADIS 50 (BAB 27)

 

BAB 27

 

بَابٌ فِي الرَّجُلِ يَسْتَاكُ بِسِوَاكِ غَيْرِهِ

BERKENAAN LELAKI YANG BERSUGI MENGGUNAKAN KAYU SUGI ORANG LAIN

 

HADIS 50

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى حَدَّثَنَا عَنْبَسَةُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَنُّ وَعِنْدَهُ رَجُلَانِ، أَحَدُهُمَا أَكْبَرُ مِنَ الْآخَرِ، فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ فِي فَضْلِ السِّوَاكِ، أَنْ كَبِّرْ أَعْطِ السِّوَاكَ أَكْبَرَهُمَا»

Kata Aisyah: Rasulullah saw bersugi sementara di sisi baginda ada dua orang lelaki yang satu lebih tua daripada yang lain, maka Allah mewahyukan kepada baginda tentang keutamaan bersugi agar memberikan sugi kepada orang yang lebih tua dari keduanya.

 

Status hadis: sahih


PENJELASAN HADIS

 

[1] Hadis ini menyatakan bahawa Aisyah bercerita bahawa Nabi saw bersugi yang ketika itu bersama dengan Nabi ada dua orang; seorang lelaki tua dan seorang lagi muda. Nabi pun memberi sugi kepada yang muda, lalu turun wahyu memberitahu agar diberikan kepada yang tua. Lalu, nabi saw pun memberikannya.

 

[2] Hadis ini ada kesamaan dengan riwayat al-Bukhari dan muslim yang kedua-duanya diriwayatkan oleh Ibn Umar.

 

Matan hadis dari sahih al-Bukhari (246)—daripada Ibn Umar bahawa Nabi saw berkata:

 

أَرَانِي أَتَسَوَّكُ بِسِوَاكٍ، فَجَاءَنِي رَجُلاَنِ، أَحَدُهُمَا أَكْبَرُ مِنَ الآخَرِ، فَنَاوَلْتُ السِّوَاكَ الأَصْغَرَ مِنْهُمَا، فَقِيلَ لِي: كَبِّرْ، فَدَفَعْتُهُ إِلَى الأَكْبَرِ مِنْهُمَا

“Aku nampak bahawa aku bersugi dengan sugi. Lalu datang dua orang lelaki; salah seorangnya lebih tua berbanding seorang lagi. Aku serahkan sugi kepada yang paling kecil. Makanya aku diberitahu: “berikan kepada yang lebih tua”, maka aku pun serahkan sugi itu kepada yang lebih tua” (al-Bukhari, hadis no: 246[1])

 

Dalam Sahih Muslim (2271) pula—daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah saw berkata:

 

أَرَانِي فِي الْمَنَامِ أَتَسَوَّكُ بِسِوَاكٍ، فَجَذَبَنِي رَجُلَانِ، أَحَدُهُمَا أَكْبَرُ مِنَ الْآخَرِ، فَنَاوَلْتُ السِّوَاكَ الْأَصْغَرَ مِنْهُمَا، فَقِيلَ لِي: كَبِّرْ، فَدَفَعْتُهُ إِلَى الْأَكْبَرِ

“Aku nampak dalam mimpi bahawa aku bersugi dengan kayu sugi. Datang kepadaku dua orang lelaki; salah seorangnya lebih tua berbanding satu lagi. Aku serahkan kayu sugi kepada yang muda, lalu aku diberitahu agar diberikan kepada yang tua. Makanya, aku pun serahkan kepada yang tua” (muslim, hadis no: 2271[2])

 

Namun, perbezaannya adalah dari sudut konteks hadis; dalam riwayat bukhari muslim, digambarkan nabi nampak itu dalam mimpi.

 

Walaupun dalam hadis ini (riwayat Aisyah) tidak dikaitkan dengan mimpi, tetapi dalam matan ada disebut فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ فِي فَضْلِ السِّوَاك—maka ada komentar berikut;

 

TAKWIL PERTAMA: pendapat ALI AL-QARI.

 

Pertama: Salah satu cara untuk nabi dapat wahyu adalah dengan mimpi. Justeru, kemungkinan kejadian yang diceritakan dalam hadis Aisyah ini ketika adalah suasana mimpi Nabi saw.

 

Kedua: kemungkinan hadis ini diriwayatkan secara makna. Hal ini kerana, melihat kepada perawi bernama HISHAM BIN URWAH yang IKHTILAT setelah dia ke BAGHDAD. Hadis ini, dia riwayatkan secara di BAGHDAD, kerana melihat kepada muridnya bernama ANBASAH adalah orang Baghdad.

 

TAKWIL KEDUA: Dinukilkan dalam kitab al-Manhaj bahawa al-Hafiz kata, hal ini dalam dua kejadian yang berbeza.

 

Hadis Ibn Umar itu, menjelaskan berkenaan mimpi Nabi saw.

 

Hadis Aisyah itu adalah satu kejadian yang lain. Semasa nabi bersama dengan dua orang lelaki, lalu disebut فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ فِي فَضْلِ السِّوَاك—itu merujuk kepada mimpi Nabi sepertimana dalam kes dalam hadis Ibn Umar.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-49, disebutkan bahawa Nabi saw membersihkan mulut semasa mahu solat.

 

Hadis ke-50 ini pula, dijelaskan bahawa membersihkan mulut itu bukan sekadar dilakukan oleh Nabi secara peribadi, bahkan turut perlu disuruh agar dilakukan oleh orang lain sama.

 

PENGAJARAN

 

[1] GUNA SUGI ORANG LAIN

 

Aisyah sendiri guna sugi Nabi (hadis ke-52 akan datang)

 

Menggunakan sugi orang lain adalah dibolehkan selama tidak mendatangkan mudharat.

 

[2] MENGHORMATI ORANG TUA

 

Salah satu adab yang agama ajar adalah beradab dengan orang lebih tua.

 

Dalam hadis—daripada Abdullah bin Amru berkata bahawa nabi saw bersabda:

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو - عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا، وَيَعْرِفْ حَقَّ كَبِيرِنَا فَلَيْسَ مِنَّا»

“Barangsiapa tidak merahmati anak kecil kita, dan tidak tunaikan hak orang tua kita, maka dia bukan dari kalangan kita” (Abu Daud, hadis no: 4943)

 

Dalam hadis juga ada menyebut bahawa tindakan kita menghormati orang tua, di masa kita tua kelak, anak muda akan menghormati kita pula. Daripada Anas bin Malik berkata bahawa Nabi saw bersabda:

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَا أَكْرَمَ شَابٌّ شَيْخًا لِسِنِّهِ إِلَّا قَيَّضَ اللَّهُ لَهُ مَنْ يُكْرِمُهُ عِنْدَ سِنِّهِ»

"Tidaklah seorang pemuda menghormati orang yang tua kerana umurnya melainkan Allah akan menjadikan untuknya orang yang menghormatinya kerana umurnya (di masa tuanya)" (al-Tarmizi, hadis no: 2022[3])

 

Nabi suruh dahulukan orang tua menjadi imam, jika tidak ada lagi orang lebih baik bacaan al-Quran, orang lebih faham sunnah dan orang yang paling awal berhijrah. Daripada Abu Mas’ud al-Ansari al-Badri berkata bahawa nabi saw bersabda:

 

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ وَأَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً، فَلْيَؤُمَّهُمْ أَكْبَرُهُمْ سِنًّا

“Imam dalam sesuatu kaum itu adalah orang yang paling qari terhadap kitabullah. Jika bacaan mereka semua sama, maka imam itu adalah orang paling awal berhijrah. Jika semua sama, maka imam itu orang yang tua umurnya” (Abu Daud, hadis no: 582(

 

[3] KONSEP AL-ITSAR

 

Dalam fiqh ada kaedah:

 

الإيثار بالقرب مكروه وفي غيرها محبوب

“Melebihkan orang lain dalam hal mendekatkan diri kepada Allah adalah makruh, tetapi dalam hal selainya adalah disukai”

 

Dalam hal masuk saf solat, anak muda perlu berlumba-lumba untuk dapat saf pertama, walaupun dengan orang tua.

 

Adapun hadis—daripada Abu Mas’ud al-Ansari berkata, Rasulullah saw selalu menyentuh bahu kami semasa solat seraya berkata:

 

اسْتَوُوا، وَلَا تَخْتَلِفُوا، فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ، لِيَلِنِي مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلَامِ وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ»

Samakan (saf) dan jangan kamu berselisihan, kerana nanti hati kamu juga akan berselisihan. Orang dewasa  dan orang yang cerdas mendahului kamu, kemudian mereka yang mengikutinya, kemudian mereka yang mengikutinya” (Muslim, hadis no: 432)

 

Hadis ini bukan memberi maksud perlu mendahului orang tua sebagai imam, tetapi hadis ini memberi maksud bahawa orang tua dan cerdas perlu menjadi teladan kepada orang lain bahawa mereka perlu terkehadapan dalam hal saf.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] MUHAMMAD BIN ISA (150H-224H)

مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى

 

Lihat hadis ke-24

 

[4] ‘ANBASAH BIN ABD AL-WAHID

عَنْبَسَةُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ

 

Nama penuhnya adalah ‘AMBASAH BIN ABD AL-WAHID BIN UMAYYAH BIN ABDULLAH BIN SA’ID AL-KUFI. Dia dipanggil dengan ABU KHALID.

 

Dia berasal dar Ray (iran) dan pernah menjadi qadhi di sana. Namun, dia telah berhijrah ke Kufah.

 

Dia adalah rijal Abu Daud. Tidak didapati namanya disebut dalam kitab lain kecuali dalam sahih al-Bukhari; itupun secara ta’liq sahaja. Dia dianggap siqah oleh Ibn Ma’in dan Abu Zur’ah, bahkan dia adalah perawi sahih.

 

[3] HISHAM BIN URWAH (61H-146H)

 هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ

 

Lihat hadis ke-41.

 

[2] URWAH BIN AL-ZUBAIR (23H-98H)

 عروة بن الزبير

 

Lihat hadis ke-18 dan 40.

 

[1] AISYAH

 

Lihat hadis ke-18, 30, 33, 34, 40 dan 42.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD ABU DAUD

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى، حَدَّثَنَا عَنْبَسَةُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ

 

[2] STATUS HADIS: SAHIH

 

Hadis ini dianggap SAHIH kerana:

A.                  Semua perawi hadis adalah siqah dan sahih.

B.                  Semua perawi adalah rijal al-Bukhari kecuali ‘ANBASAH sahaja sekadar perawi bukhari secara ta’liq.

C.                  Hadis ini ada dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim, tetapi dengan kandungan yang berbeza; iaitu dalam riwayat bukhari muslim dalam konteks mimpi sedangkan hadis ini dalam konteks Yaqazah.

 

[3] PENAMBAHAN

 

Dalam penjelasan Ibn al-Arabi bahawa hadis ini tafarrud dari penduduk Madinah;

قَالَ أَحْمَدُ هُوَ ابْنُ حَزْمٍ: قَالَ لَنَا أَبُو سَعِيدٍ هُوَ ابْنُ الْأَعْرَابِيِّ: «هَذَا مِمَّا تَفَرَّدَ بِهِ أَهْلُ الْمَدِينَةِ»

 

 

 

 



[1] SANAD:

وَقَالَ عَفَّانُ، حَدَّثَنَا صَخْرُ بْنُ جُوَيْرِيَةَ، عَنْ نَافِعٍ

[2] SANAD:

وَحَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ، أَخْبَرَنِي أَبِي، حَدَّثَنَا صَخْرُ بْنُ جُوَيْرِيَةَ، عَنْ نَافِعٍ، أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ

[3] SANAD

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ المُثَنَّى قَالَ: حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ بَيَانٍ العُقَيْلِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو الرَّحَّالِ الأَنْصَارِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ

 

Albani kata DOIF. al-Tarmizi kata:

هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ هَذَا الشَّيْخِ يَزِيدَ بْنِ بَيَانٍ، وَأَبُو الرِّجَالِ الأَنْصَارِيُّ آخَرُ

HADIS 49 (BAB 26)

 

BAB 26

 

بَابُ كَيْفَ يَسْتَاكُ

BAGAIMANA BERSUGI

 

HADIS 49

 

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ وَ سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْعَتَكِيُّ قَالَا: حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ غَيْلَانَ بْنِ جَرِيرٍ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ: مُسَدَّدٌ قَالَ: «أَتَيْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَسْتَحْمِلُهُ (الي غزوة تبوك) فَرَأَيْتُهُ يَسْتَاكُ عَلَى لِسَانِهِ»

Abu Musa berkata (seperti dalam riwayat Musaddad): Kami pernah berjumpa dengan Rasulullah saw untuk meminta baginda membawa kami, lalu aku nampak baginda bersugi pada lidahnya

 

 قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَقَالَ سُلَيْمَانُ: قَالَ: دَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَسْتَاكُ، وَقَدْ وَضَعَ السِّوَاكَ عَلَى طَرَفِ لِسَانِهِ، وَهُوَ يَقُولُ: «إِهْ إِهْ» يَعْنِي يَتَهَوَّعُ.

 

Abu Musa berkata (seperti dalam riwayat Sulaiman): Aku pernah menemui Nabi saw yang ketika itu baginda sedang bersugi. Baginda meletakkan sugi pada hujung lidahnya sambil kedengaran: "Ih ih"—iaitu, mengeluarkan suara seperti orang muntah.

 

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: قَالَ مُسَدَّدٌ: فَكَانَ حَدِيثًا طَوِيلًا وَلَكِنِّي اخْتَصَرْتُهُ

Kata Musaddad: Hadis ini pada asalnya adalah panjang, tetapi aku ringkaskannya.

 

Status hadis: sahih


PENJELASAN HADIS

 

[1] Hadis ini diceritakan oleh dua orang guru imam Abu Daud, iaitu MUSADDAD dan SULAIMAN BIN DAUD AL-‘ITKI.

 

Dalam penceritaan MUSADDAD, hadis ini dipendekkan. Abu Daud kata bahawa gurunya Musaddad berkata:

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: قَالَ مُسَدَّدٌ: فَكَانَ حَدِيثًا طَوِيلًا وَلَكِنِّي اخْتَصَرْتُهُ

 

Menurut Ibn al-Arabi, kisah ini diringkas oleh MUSADDAD semasa dia mengajar dalam masjid pada hari jumaat.

 

dijelaskan bahawa kelompok al-Asy’ariyin berjumpa Nabi dan mereka meminta agar Nabi saw membawa mereka juga untuk hadir ke perang tabuk. Semasa itu, mereka nampak Nabi saw bersugi dengan mengosokkan lidah baginda. Cerita yang disampaikan oleh MUSADDAD ini sudah dipendekkan. Kisah panjangnya ada disebut dalam al-Bukhari dan Muslim seperti berikut;

 

Daripada Abu Musa al-Asy’ari berkata:

 

أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَهْطٍ مِنَ الأَشْعَرِيِّينَ أَسْتَحْمِلُهُ، فَقَالَ: «وَاللَّهِ لاَ أَحْمِلُكُمْ، وَمَا عِنْدِي مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ» قَالَ: ثُمَّ لَبِثْنَا مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ نَلْبَثَ، ثُمَّ أُتِيَ بِثَلاَثِ ذَوْدٍ غُرِّ الذُّرَى، فَحَمَلَنَا عَلَيْهَا، فَلَمَّا انْطَلَقْنَا قُلْنَا، أَوْ قَالَ بَعْضُنَا: وَاللَّهِ لاَ يُبَارَكُ لَنَا، أَتَيْنَا النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَسْتَحْمِلُهُ فَحَلَفَ أَنْ لاَ يَحْمِلَنَا، ثُمَّ حَمَلَنَا، فَارْجِعُوا بِنَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنُذَكِّرُهُ، فَأَتَيْنَاهُ فَقَالَ: " مَا أَنَا حَمَلْتُكُمْ، بَلِ اللَّهُ حَمَلَكُمْ

 

Aku pernah mendatangi Nabi saw di tengah-tengah rombongan orang-orang asy'ari. Aku meminta agar boleh membawa kami sama. Tapi Nabi mengatakan: "Demi Allah kami tidak boleh mengikut sertakan kamu dan kami tidak mempunyai kendaraan untuk mengangkut kamu sekelian"

 

Abu Musa: maka kami pun tinggal sekehendak Allah, dan kami diberi tiga unta yang punggungnya putih, sehingga baginda boleh mengangkut kami dengan unta-unta itu. Tatkala kami berjalan, kami atau sebahagian kami mengatakan: Demi Allah, kita tidak akan memperoleh berkat kerana kita mendatangi Nabi saw meminta agar di bawa menumpang, namun baginda terus bersumpah untuk tidak mengikutkan kita menumpang, namun selanjutnya baginda memberi kenderaan untuk mengangkut kita, maka kembalilah sekarang kepada Nabi saw, kemudian kita utarakan kepada baginda!”

 

Maka kami mendatangi baginda, dan Nabi menjawab: "Bukan kami yang mengangkut kamu, namun Allah yang menyediakan kenderaan untuk mengangkut kamu" (al-Bukhari, hadis no: 6623 | Muslim, hadis no: 1649)

 

Dalam penceritaan SULAIMAN BIN DAUD AL-‘ITKI pula, ABU MUSA AL-‘ASY’ARI berjumpa dengan nabi yang ketika itu dia nampak Nabi bersugi dengan menggosokkan pada lidah itu dari pihak dalam ke luar sehingga bunyi seperti Nabi nak termuntah.

 

Dalam penceritaan Sulaiman ini, turut ada dalam riwayat al-Bukhari—daripada Abu Musa al-Asy’ari berkata:

 

أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَجَدْتُهُ «يَسْتَنُّ بِسِوَاكٍ بِيَدِهِ يَقُولُ أُعْ أُعْ، وَالسِّوَاكُ فِي فِيهِ، كَأَنَّهُ يَتَهَوَّعُ

“Aku berjumpa dengan Nabi saw, aku dapati baginda menggosokkan gigi dengan tangannya sehingga berbunyi اع اع, dan bersugi pada mulutnya seakan-akan baginda mahu termuntah” (al-Bukhari, hadis no: 244[1])

  

Turut sama disebut dalam riwayat al-Nasaie—daripada Abu Musa al-Asya’ari berkata:

 

دَخَلْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَسْتَنُّ وَطَرَفُ السِّوَاكِ عَلَى لِسَانِهِ وَهُوَ يَقُولُ: عَأْ عَأْ

“Aku masuk berjumpa dengan Rasulullah saw yang ketika itu baginda sedang gosok gigi, dan hujung kayu sugi itu pada lidahnya dan dia berkata عَأْ عَأْ(al-Nasaie, hadis no: 3[2])

 

PENJELASAN: dalam hadis bab, disebut bahawa bunyi nak termuntah itu adalah إِهْ إِهْ, sedangkan dalam hadis bukhari ini, bunyi itu adalah أُعْ أُعْ, sedangkan dalam riwayat al-nasaie, bunyi itu adalah عَأْ عَأْ. Dari ketiga-tiga Riwayat ini, Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan, riwayat yang menyatakan أُعْ أُعْ, iaitu dari riwayat al-Bukhari lebih masyhur.

 

[2] Perkataan يتهوع dari kata هاع yang bermaksud “jeluak” atau “muntah”. Apabila digunakan wazan تفعلتهوع ia adalah unsur تكلف, iaitu ada unsur pemaksaan.

 

[3] Maksud dengan طرف لسانه iaitu hujung lidah dari pihak dalam.

  

HUBUNGAN HADIS

 

Dalam hadis ke-48, dijelaskan bahawa nabi saw bersugi setiap kali mahu solat.

 

Dalam hadis ke-49 ini, dijelaskan cara Nabi saw bersugi bukan sekadar gosok gigi, bahkan turut gosok lidah sehingga hampir termuntah.

 

Seakan-akan Abu Daud mahu menjelaskan bahawa ketika solat perlu dibersihkan mulut dari sebarang bau yang tidak enak.


PENGAJARAN

 

[1] BERSUGI BUKAN MESTI PADA GIGI SAHAJA

 

Dalam hadis (doif) bahawa nabi saw gosok gigi melentang. Daripada Bahz berkata:

 

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَاكُ عَرْضًا

“Nabi saw selalu bersugi dengan melentang” (al-Tibrani—al-Mukjam al-Kabir, hadis no: 1242[3])

 

[2] BERSUGI ADALAH SOAL KEBERSIHAN

 

Apabila gosok pada lidah juga, bermaksud bersugi bukan semata-mata mahu gosok gigi, tetapi lebih umum dari itu, iaitu membersihkan mulut.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] MUSADDAD BIN MUSARHAD (150H-208H)

مُسَدَّدٌ بن مسرهد

 

Lihat hadis ke-2, 4, 7, 9, 22 dan 23.

 

[5] SULAIMAN BIN DAUD AL-‘ATAKIY (234H)

 سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْعَتَكِيُّ

 

Gelarannya adalah ABU AL-RABI’ AL-BASRI AL-ZAHRANI.

 

Dinisbahkan kepada AL-‘ATAKI kerana merujuk kepada satu etnik dari keluarga arab al-Azd di Yaman.

 

Dia tinggal di Baghdad dan meninggal dunia di Basrah. Dia adalah Guru Imam al-Bukhari, Abi Daud dan al-nasaie, serta rijal al-Tarmizi dan ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[4] HAMMAD BIN ZAID BIN DIRHAM (98H-179H)

 حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ بن درهم

 

Lihat hadis ke-4.

 

[3] GHAILAN BIN JARIR AL-MU’AWWIL AL-AZDI AL-BASRI (129H)

 غَيْلَانَ بْنِ جَرِيرٍ المعول الأزدي البصري

 

Dia adalah tabiin yang berasal dari Basrah. Digelar المعول yang dibaca dengan AL-MU’AWWIL kerana nisbah di suatu tempat di al-Azd (Yaman) yang merupakan asal keturunannya.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[2] ABU BURDAH BIN ABI MUSA AL-‘ASYARI (103H)

 أبو بردة بن ابي موسي الأشعري

 

Lihat hadis ke-30.

 

[1] ABU MUSA AL-ASY’ARI (44H)

ابو موسي الأشعري

 

Lihat hadis ke-3 dan 22.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD ABU DAUD

 

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، وَسُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْعَتَكِيُّ، قَالَا: حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ غَيْلَانَ بْنِ جَرِيرٍ، عَنْ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ

 

[2] STATUS HADIS: SAHIH

 

Hadis ini sahih dengan alasan berikut;

A.                  Semua perawi siqah.

B.                  Semua adalah perawi bukhari.

C.                  Semua adalah perawi muslim kecuali Musaddad sahaja.

D.                 Ada dalam kitab Sahih Abu ‘Awanah.

E.                  Disepakati sahih oleh ALBANI dan ARNAUT.

 



[1]SANAD:

حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ، قَالَ: حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ غَيْلاَنَ بْنِ جَرِيرٍ، عَنْ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ

[2] SANAD:

أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ قَالَ: حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ: أَخْبَرَنَا غَيْلَانُ بْنُ جَرِيرٍ، عَنْ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِي مُوسَى

[3] SANAD:

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ عَبْدِ الْبَاقِي الْمِصِّيصِيُّ، وَإِبْرَاهِيمُ بْنُ مَتُّوَيْهِ الْأَصْبَهَانِيُّ، قَالَا: ثنا يَحْيَى بْنُ عُثْمَانَ الْحِمْصِيُّ، ثنا الْيَمَانُ بْنُ عَدِيٍّ، ثنا ثُبَيْتُ بْنُ كَثِيرٍ الْبَصْرِيُّ الضَّبِّيُّ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ، عَنْ بَهْزٍ

PENJELASAN: Hadis ini doif kerana ada perawi bernama SUBAIT BIN KATHIR AL-BASRI yang doif, dan AL-YAMAN BIN ‘ADI yang lebih doif berbanding SUBAIT.