Showing posts with label BERWUDUK DENGAN LEBIHAN WUDUK PEREMPUAN. Show all posts
Showing posts with label BERWUDUK DENGAN LEBIHAN WUDUK PEREMPUAN. Show all posts

Sunday, September 11, 2022

HADIS 80

 

HADIS 80

 

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ  حَدَّثَنِي نَافِعٌ  عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: «كُنَّا نَتَوَضَّأُ نَحْنُ وَالنِّسَاءُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ، نُدْلِي فِيهِ أَيْدِيَنَا»

Ibn Umar berkata: kami dan para isteri selalui berwuduk pada zaman Nabi saw dari satu bekas—kami memasukkan tangan kami ke dalamnya

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANADNYA SAHIH.

(a)                Disepakati sahih antara ARNAUT dan ALBANI

(b)               Kata Albani, hadis ini Sahih mengikut syarat bukhari.

 

[2] MUTABA-AH

 

Hadis ini adalah mutaba-ah pada perawi ke-3, iaitu bernama UBAIDULLAH, yang mana dalam hadis ke-79, tempatnya itu adalah MALIK dan AYYUB.

 

Walaubagaimana pun, semua sanadnya sama; iaitu bermuarakan dari NAFI’ yang ambil hadis dari IBN UMAR.

 

[3] PENAMBAHAN DALAM RIWAYAT IBNUL ARABI

 

Dalam riwayat Ibnul Arabi, matan hadisnya adalah:

 

كُنَّا نَتَوَضَّأُ نَحْنُ وَالنِّسَاءُ ونغتسل عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ، نُدْلِي فِيهِ أَيْدِيَنَا

**ada penambahan ونغتسل

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Hadis ini sama dengan hadis ke-79. Cuma dalam matan hadis ini ada penambahan lafaz matan berikut; نُدْلِي فِيهِ أَيْدِيَنَا

 

[2] Maksud النِّسَاءُ dalam hadis adalah isteri. “Alif” dan “lam” pada perkataan itu adalah ganti bagi مضاف اليه bagi dhomir نحن. Taqdir kalamnya adalah نحن ونسائنا—kami dan isteri-isteri kami. (Manhal:1/272)

 

[3] Dalam matan hadis, ada perkataan ندلي yang diterjemahkan sebagai menghulur atau memasukkan tangan ke dalam bekas air. Penggunaan perkataan yang sama dalam ayat al-Quran berikut;

 

وَجَاءَتْ سَيَّارَةٌ فَأَرْسَلُوا وَارِدَهُمْ فَأَدْلَى دَلْوَهُ (19) – يوسف

Dan (semasa Yusuf dalam perigi) datanglah ke tempat itu satu rombongan (ahli perniagaan) yang sedang dalam perjalanan; lalu mereka menghantarkan seorang pencari air bagi mereka; (setelah sampainya ke perigi itu) dia pun menghulurkan timbanya (dan manakala ia melihat Yusuf bergantung pada timbanya)”

 

Justeru, makna dalam lafaz matan hadis: نُدْلِي فِيهِ أَيْدِيَنَا tidak salah diterjemahkan sebagai mencelupkan tangan mereka dalam bekas air tersebut.

 

[3] Matan-matan yang berbeza lafaz tetapi satu makna adalah seperti berikut;

 

(a)                hadis ini ada dalam al-Sunan al-Kubra, al-Nasaie (72);

 

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: «كَانَ الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ يَتَوَضَّؤُونَ فِي زَمَانِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَمِيعًا» - السنن الكبري, النسائي, 72

 

Perbezaan lafaz matan hadis ini dengan hadis ke-79 adalah, dalam matan ini tidak ada lafaz مِنَ الْإِنَاءِ الْوَاحِدِ.

 

Perbezaan lafaz matan hadis ini dengan hadis ke-80 pula, tidak ada lafaz: نُدْلِي فِيهِ أَيْدِيَنَا

 

 

(b)               Dalam Sahih Ibn Hibban (1263), matan hadisnya;

 

عَنِ ابْنِ عُمَرَ: «أَنَّهُ أَبْصَرَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابَهُ يَتَطَهَّرُونَ، الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ، كُلُّهُمْ يَتَطَهَّرُ مِنْهُ» - ابن حبان, 1263[1]

Ibn Umar nampak Nabi saw dan sahabat baginda bersuci. Lelaki dan perempuan (bersuci) dari satu bekas air. Setiap mereka bersuci darinya.

 

(c)                Dalam Sunan al-Daraqutni (138);

 

عَنِ ابْنِ عُمَرَ , قَالَ: «كُنَّا عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ الرَّجُلُ وَالْمَرْأَةُ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ» - الدراقطني, 138[2]

Ibn Umar berkata: kami pada zaman nabi saw—lelaki dan perempuan berwuduk dari satu bekas air.

 

(d)               Dalam riwayat al-Hakim dan Ibn Khuzaimah;

 

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: «كُنَّا نَتَوَضَّأُ رِجَالًا وَنِسَاءً، وَنَغْسِلُ أَيْدِيَنَا فِي إِنَاءٍ وَاحِدٍ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ» -ابن خزيمة, 120[3], المستدرك, 577[4]

Ibn Umar berkata: kami sama ada lelaki atau perempuan berwuduk dan basuh tangan-tangan kami pada satu bekas air pada zaman Rasulullah saw.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-79, menjelaskan bahawa lelaki dan perempuan pada zaman nabi, mereka berwuduk dari satu bekas air.

 

Hadis ke-80 ini pula menjelaskan perkara yang sama. Cuma ada penambahan matan; نُدْلِي فِيهِ أَيْدِيَنَا

 

PENGAJARAN

 

-          Pengajaran hadis ini sama dengan hadis ke-79.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] MUSADDAD BIN MUSARHAD (150H-208H)

مُسَدَّدٌ بن مسرهد

 

Guru Abu Daud ini disebut Namanya dalam sunan Abi Daud untuk kali ke-14, iaitu hadis ke-2,4, 7, 9, 22, 23, 49, 62, 68, 72, 77, 79 dan 80.

 

[4] YAHYA BIN SA’ID AL-QATTAN (110H-174H)

 يَحْيَى  بن سعيد القطان

 

Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-3, iaitu dalam hadis ke-70, 74 dan 77.

 

[3] UBAIDULLAH BIN UMAR BIN HAFS BIN ‘ASIM BIN UMAR BIN AL-KHATTAB (71H-147H)

 عُبَيْدِ اللَّهِ بن عمر بن حفص بن عاصم بن عمر بن الخطاب

 

Gelarannya adalah Abu Osman al-Madani. Dia adalah cicit kepada ‘Asim yang merupakan anak kepada Saidina Umar bin al-Khattab. Ibunya bernama FATIMAH BINTI UMAR BIN ‘ASIM BIN UMAR BIN AL-KHATTAB.

 

Bermakna, ibu dan bapanya adalah sepupu, iaitu dari atuknya yang bernama ‘Asim.

 

Dia dilahirkan dan meninggal dunia di Madinah.

 

Dia merupakah salah seorang al-Fuqaha’ al-Sab’ah, iaitu tujuh orang ulama fiqh di Madinah yang menjadi rujukan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

 

Dia berjumpa dengan Ummu Khalid binti Khalid (sahabiyyah) dan mendengar hadis darinya.

 

Dia dari kalangan صغار التابعين, dan salah seorang orang kenamaan di Madinah. Salah seorang dari tujuh fuqaha’ sab’ah di Madinah.

 

Al-Zahabi kata, aku berpendapat bahawa dia riwayatkan lebih 400 hadis.

 

Adik beradik dia:

(a)                ABDULLAH

(b)               ABU BAKAR

(c)                ‘ASIM.

 

Nama isterinya;

(1)                UBAYYAH BINTI ABI BAKAR BIN UBAIDULLAH BIN ABDULLAH BIN UMAR BIN AL-KHATTAB. Anak-anaknya:

a.                  Rabah

b.                  Hafsh

c.                   Bakkar

 

(2)               FUDHAILAH BINTI MUSA BIN UTBAH BIN ABDUL RAHMAN BIN ABDULRAHMAN BIN AUF. Anaknya:

a.      ISMAIL BIN UBAIDULLAH.

 

KOMENTAR ULAMA;

(a)                Dia dianggap siqah oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH, ABU HATIM dan IBN HIBBAN.

(b)               Dianggap SIQAH SABAT oleh AL-NASAIE, AHMAD BIN SOLEH, AL-ASQALANI

(c)                IBN MAIN kata, dia siqah hafiz dan muttafaqa alaih.

(d)               IBN HIBBAN kata, dia siqah dan dari kalangan orang-orang besar Madinah, orang mulia dari kalangan Quraish dari sudut ilmu, ibadat, hafalan dan ketelitian.

(e)               AHMAD BIN SOLEH kata, dia siqah sabat ma’mun yang tidak ada seorang pun yang lebih sabat darinya berkenaan Hadis Nafi’.

(f)                 AHMAD kata, dia lebih sabat berbanding Ayyub, Ubaidullah bin Umar dan Malik.

(g)                AL-ZAHABI kata, dia sabat.

(h)               ALI BIN UMAR AL-HARBI kata, dia siqah hafiz dan muttafaq Alaih.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan merupakan seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[2] NAFI’

 نَافِعٌ 

 

Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-4, iaitu hadis ke-16, 79, 79 dan 80.

 

[1] ABDULLAH BIN UMAR (10SH-73H)

 عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ

 

Sahabat Nabi ini disebut namanya dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-10, iaitu dalam hadis ke-11, 12, 14, 16, 62, 63, 64, 65, 79 dan 80.

 



[1] SANAD:

أَخْبَرَنَا الْحَسَنُ بْنُ سُفْيَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ النَّضْرِ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ

[2] SANAD:

نا الْحُسَيْنُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ , نا أَبُو هِشَامٍ الرِّفَاعِيُّ , نا أَبُو خَالِدٍ الْأَحْمَرُ , عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ , عَنْ نَافِعٍ , عَنِ ابْنِ عُمَرَ , قَالَ: تَابَعَهُ أَيُّوبُ , وَمَالِكٌ , وَابْنُ جُرَيْجٍ وَغَيْرُهُمْ

[3] SANAD:

حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ إِسْحَاقَ الْهَمْدَانِيُّ، نا أَبُو خَالِدٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ:

[4] حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ مُحَمَّدُ بْنُ يَعْقُوبَ، ثنا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيِّ بْنِ عَفَّانَ الْعَامِرِيُّ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، وَحَدَّثَنِي عَلِيُّ بْنُ عِيسَى، وَاللَّفْظُ لَهُ، ثنا الْحُسَيْنُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْقَبَّانِيُّ، ثنا هَارُونُ بْنُ إِسْحَاقَ، ثنا أَبُو خَالِدٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ--«هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ بِهَذَا اللَّفْظِ» . إِنَّمَا اتَّفَقَا عَلَى حَدِيثِ عَائِشَةَ فِي هَذَا الْبَابِ. «وَلِهَذَا الْحَدِيثِ شَاهِدٌ يَنْفَرِدُ بِهِ خَارِجَةُ بْنُ مُصْعَبٍ وَأَنَا أَذْكُرَهُ مُحْتَسِبًا لِمَا أُشَاهِدُهُ مِنْ كَثْرَةِ وَسْوَاسِ النَّاسِ فِي صَبِّ الْمَاءِ»

 

HADIS 79

 

HADIS 79

 

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ ح وَحَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ  عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: «كَانَ الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ يَتَوَضَّئُونَ فِي زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»

Ibn Umar berkata: Lelaki dan perempuan selalu berwuduk pada zaman Rasulullah saw.

 

قَالَ مُسَدَّدٌ: «مِنَ الْإِنَاءِ الْوَاحِدِ جَمِيعًا»

Musaddad berkata: bersama-sama mereka (berwuduk) dari bekas yang satu.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SAHIH

(a)                Disepakati sahih oleh ALBANI dan ARNAUT.

(b)               Albani kata, sanad hadis ini sahih atas syarat Bukhari dan Muslim.  Mereka keluarkan hadis ini dalam kitab masing-masing tanpa ada penambahan.

 

[2] Matan hadis ini ada dalam muwatta’ (hadis no: 35—Riwayat Muhammad bin al-hasan al-Syaibani)[1] dengan sanad yang sama.

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Hadis ini memberitahu berkenaan penjelasan Ibn Umar bahawa lelaki dan perempuan pada zaman nabi saw berwuduk dari bekas air yang satu, dan berwuduk bersama-sama.

 

[2] Dalam penjelasan KHITAB AL-SUBKI, maksud dengan lelaki dan perempuan dalam hadis adalah sesama mahram atau antara suami dan isteri.

 

Dan keadaan mereka tidak bersekali, tetapi dalam jarak masa yang berbeza. Iaitu, lelaki dan perempuan menggunakan air dari bekas yang sama, walaupun tidak dalam satu masa. (Manhal:1/271)

 

[3] hadis ini, dalam riwayat Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah menggunakan matan dengan lafaz berikut;

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ، «أَبْصَرَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابِهِ يَتَطَهَّرُونَ، وَالنِّسَاءُ مَعَهُمُ الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ كُلُّهُمْ يَتَطَهَّرُ مِنْهُ» - ابن خزيمة, 121[2], ابن حبان, 1263[3]

Ibn Umar nampak Nabi dan para sahabat bersuci. Perempuan bersama mereka. Lelaki dan perempuan dari satu bekas air; semua mereka bersuci darinya (bekas air tersebut)”.

 

PERBEZAAN ANTARA DUA MATAN: Dalam matan hadis bab, disebut secara khusus berkenaan berwuduk, sedangkan dalam matan hadis dalam riwayat ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban, digunakan lafaz umum, iaitu bersuci.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-78, menyatakan bahawa Nabi saw berkongsi bekas air dengan UMMU SUBAYYAH AL-JUHANIYYAH ketika berwuduk.

 

Hadis ke-79 ini pula, menyatakan bahawa sudah menjadi amalan antara lelaki dan perempuan pada zaman Nabi bahawa mereka berwuduk dari bekas air yang sama.

 

PENGAJARAN

 

[1] TAQRIR NABI

 

Apabila matan hadis sebut: berlaku pada zaman Nabi. Ini boleh dianggap sebagai MARFU’ juga, iaitu di bawah maksud TAQRIR nabi saw. Hal ini kerana, Nabi saw tidak akan diam terhadap kebatilan. Jika ia salah, sudah pasti ia telah dibantah oleh Nabi saw. (Aun:1/52, Tasawwut:2/547)

 

[2] SUNAT SUAMI – ISTERI MANDI BERSAMA

 

Dalam hadis ke-77, sudah dijelaskan bahawa digalakkan suami dan isteri mandi bersama-sama.

 

[3] BEBERAPA ORANG BERWUDUK DAN MANDI DARI SATU BEKAS.

 

Tidak salah berwuduk dan mandi wajib dari bekas yang sama, walaupun dari orang ramai. (Manhal:1/271)

 

[4] CELUP TANGAN UNTUK AMBIL AIR DARI BEKAS YANG KECIL

 

Tidak salah celup tangan ketika mahu berwuduk dan mandi wajib dari bekas air yang kecil. Dan ia tidak menjadikan air itu musta’mal. Hal ini turut disebut oleh Imam al-Syafie dalam al-Umm. (Manhal:1/271)

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] MUSADDAD BIN MUSARHAD (150H-208H)

مُسَدَّدٌ بن مسرهد

 

Nama guru Imam Abu Daud ini disebut untuk kali ke-13, iaitu hadis ke-2, 4, 7, 9, 22, 23, 49, 62, 68, 72, 77 dan 79.

 

[4] HAMMAD BIN ZAID BIN DIRHAM (98H-179H)

حَمَّادٌ بن زيد بن درهم

 

Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-5, iaitu hadis ke-4, 49, 65, 72 dan 79.


* Dalam tabaqat ini, terdapat seorang lagi yang turut bernama HAMMAD, iaitu HAMMAD BIN SALAMAH. Namun, tidak ada catatan bahawa Musaddad pernah ambil hadis dari HAMMAD BIN SALAMAH. Justeru, perawi hadis ini adalah HAMMAD BIN ZAID.

 

[3] AYYUB BIN TAMIMAH KAISAN AL-SUKHTIYANI (131H)

 أَيُّوبَ بن تميمة كيسان السختياني

 

Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-3, iaitu dalam hadis ke-71, 72 dan 79.

 

[2] NAFI’

 نَافِعٍ

 

Nama perawi ini sudah disebut dalam sunan Abi Daud untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-16 dan 79.

 

 ح

 

[4] ABDULLAH BIN MASLAMAH AL-QA’NABI (130H-221H)

 عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ الْقَعْنَبِيُّ

 

Nama guru Abu Daud ini disebut dalam sunan Abi Daud untuk kali ke-5, iaitu dalam hadis ke-1, 12, 75, 76 dan 79.

 

[3] MALIK BIN ANAS (93H-179H)

  مَالِك بن أنس

 

Nama perawi ini sudah disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-3, iaitu dalam hadis ke-12, 75 dan 79.

 

[2] NAFI’

نَافِعٍ

 

Lihat di atas.

 

[1] ABDULLAH BIN UMAR (10SH- 73H)

 عبدالله ابْنِ عُمَرَ

 

Nama sahabat ini sudah disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-9, iaitu dalam hadis ke-11, 12, 14, 16, 62, 63, 64, 65 dan 79.

 



[1] SANAD DAN MATAN:

أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، حَدَّثَنَا نَافِعٌ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ: «كَانَ الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ يَتَوَضَّئُونَ جَمِيعًا فِي زَمَنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»

 قَالَ مُحَمَّدٌ: لا بَأْسَ بِأَنْ تَتَوَضَّأَ الْمَرْأَةُ وَتَغْتَسِلُ مَعَ الرَّجُلِ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ إِنْ بَدَأَتْ قَبْلَهُ، أَوْ بَدَأَ قَبْلَهَا، وَهُوَ قَوْلُ أَبِي حَنِيفَةَ رَحِمَهُ اللَّهُ

 

[2] SANAD:

نا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى الصَّنْعَانِيُّ، نا الْمُعْتَمِرُ قَالَ: سَمِعْتُ عُبَيْدَ اللَّهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ

[3] SANAD DAN MATAN;

أَخْبَرَنَا الْحَسَنُ بْنُ سُفْيَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ النَّضْرِ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ: «أَنَّهُ أَبْصَرَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابَهُ يَتَطَهَّرُونَ، الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ، كُلُّهُمْ يَتَطَهَّرُ مِنْهُ»