HADIS 34 |
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ بُزَيْعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُالْوَهَّابِ بْنِ عَطَاءٍ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي مَعْشَرٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنِ الْأَسْوَدِ عَنْ عَائِشَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَعْنَاهُ
*Hadis ini satu makna dengan hadis 33, hanya berbeza
sanad bermula dari ABDUL WAHAB BIN ‘ATA.
BIOGRAFI PERAWI |
[7] MUHAMMAD BIN HATIM BIN BUZAI’ AL-BASRI (249H)
مُحَمَّدُ بْنُ
حَاتِمِ بْنِ بُزَيْعٍ البصري
Dia
adalah guru kepada imam kutub Sittah. Dilahirkan dan meninggal di Basrah.
Antara tempat yang selalu pergi adalah Baghdad.
Selain
ulama hadis, beliau juga seorang ahli sastera. Dia dinilai sahih.
[6] ABU NASR ABDUL
WAHAB BIN ‘ATA AL-‘AJLI AL-KHAFFAF (204H)
ابو نصر عَبْدُ الْوَهَّابِ
بْنِ عَطَاءٍ العَجْليّ الخَفّاف
Dia dilahirkan di Basrah dan
meninggal di Baghdad.
Dalam Kalangan ulama hadis,
berlaku beberapa kritikan terhadapnya seperti berikut;
Pertama, MUDHTARIB
Antara yang mengatakan begitu
adalah Imam Ahmad bin Hambal.
Kedua, DOIF.
Selain imam Ahmad, turut
mengatakan perkara yang sama adalah al-Bazzar, al-Nasaie, Zakaria bin Yahya
al-Saji.
Al-Bukhari anggap dia sebagai
tidak kuat, tetapi masih lagi terbuka kepada kritikan balas.
Ketiga, SODUQ KADANGKALA
TERSILAP
Yang mengatakan sebegitu
adalah Abdul Rahman al-Mubarakpuri, al-Asqalani dan Saleh bin Muhammad Jazrah
yang menyebabkan dianggap tidak boleh terima riwayatnya berkenaan al-Abbas bin
Abd al-Muttalib.
Keempat, TADLIS DARI SUR
Yang mengatakan sebegitu
adalah ibn Hajar al-Asqalani dan Abdul Rahman al-Mubarakpuri.
Pun begitu, terdapat beberapa
pujian terhadap ABDUL WAHAB BIN ‘ATA seperti berikut;
Pertama, SIQAH
Ramai yang kata sebegitu
seperti Yahya Bin Ma’in, al-Daraqutni,
al-Hasan bin Sufyan, Abu Bakar al-Maruzi, Abu Hafs Umar bin Syahin, Ibn Hibban
dan sebagainya.
Kedua, AMAT TAHU BERKENAAN
SA’ID BIN ARUBAH
Hal ini diakui oleh Imam Ahmad
Bin hanbal, dalam pada Imam Ahmad akui bahawa dia seorang doif dan tadlis.
Dari segala kritikan dan
pujian itu, dapat disimpulkan darjatnya dalam periwayatan hadis adalah HASAN.
Hal ini diakui oleh Imam al-Zahabi.
[5]
SA’ID BIN ABI ‘ARUBAH
سَعِيدٍ ابْنِ أَبِي عَرُوبَة
Lihat hadis 33. Di sana, digunakan Ibn ‘Arubah.
[4] ABU MA’SYAR ZIYAD BIN KULAIB AL-NAKHAIE (119H)
أَبِو مَعْشَرٍ زياد بن كليب النخعي
lihat hadis ke-33.
[3] IBRAHIM BIN YAZID BIN QAIS AL-NAKHAIE (47H-96H)
عَنْ إِبْرَاهِيمَ بن يزيد بن قيس النخعي
Lihat
hadis ke-33
[2] AL-ASWAD BIN YAZID AL-NAKHAIE (75H)
الْأَسْوَدِ بن يزيد النخعي
Dia adalah adik
beradik dengan ibu Ibrahim al-Nakhaie. Dilahirkan di Yaman dan meninggal dunia
di Kufah. Dia adalah rijal Kutub Sittah dan dianggap sebagai perawi sahih.
[1] AISYAH BINTI ABI
BAKAR
عَائِشَةَ بنت ابي بكر
الصديق
PERBAHASAN SANAD |
[1] SANAD ABU DAUD
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ بُزَيْعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنِ
عَطَاءٍ، عَنْ سَعِيدٍ، عَنْ أَبِي مَعْشَرٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنِ
الْأَسْوَدِ، عَنْ عَائِشَةَ
[2] STATUS HADIS: SAHIH
ISYKAL:
Ada pihak yang berpendapat bahawa hadis ini DOIF
dengan anggapan bahawa SA’ID BIN ABI ARUBAH itu berlaku IKHTILAT padanya.
Pendapat itu ditolak dengan alasan berikut;
[a] ABDUL WAHAB BIN ‘ATA’ ambil hadis dari SAID
sebelum dia ikhtilat.
[b] Dia rijal kutub al-Sittah.
No comments:
Post a Comment