HADIS 37 |
حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا مُفَضَّلٌ، عَنْ عَيَّاشٍ، أَنَّ
شِيَيْمَ بْنَ بَيْتَانَ، أَخْبَرَهُ بِهَذَا الْحَدِيثِ أَيْضًا، عَنْ أَبِي سَالِمٍ الْجَيْشَانِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو يَذْكُرُ ذَلِكَ
وَهُوَ مَعَهُ مُرَابِطٌ بِحِصْنِ بَابِ أَلْيُونَ
Daripada Abdullah bin Umar, dia (Abdullah bin Amru)
menyebut hadis tersebut semasa dia (Ibn Amr) dan dia (Abi Salim al-Jaysyani)
adalah penjaga benteng pintu kota Alyun.
قَالَ أَبُو
دَاوُدَ: «حِصْنُ أَلْيُونَ بِالْفِسْطَاطِ عَلَى جَبَلٍ»
Kata Abu Daud: Benteng Alyun di Fustot, iaitu terletak
atas puncak gunung.
قَالَ أَبُو
دَاوُدَ: «وَهُوَ شَيْبَانُ بْنُ أُمَيَّةَ يُكْنَى أَبَا حُذَيْفَةَ»
Kata Abu Daud: Dia (Syaiban al-Qitbani) adalah Syaiban
bin Umayyah yang digelar sebagai Abu Huzaifah”
Status hadis: sahih
PENJELASAN HADIS |
[1] hadis ke-36, kisah ini diceritakan melalui Sahabat
Nabi yang bernama RUWAIFI’, sedangkan dalam hadis ke-37 ini pula, kisah ini
diceritakan oleh ABDULLAH BIN AMRU, iaitu ABDULLAH berbual dengan ABU SALIM
AL-JAISYANI semasa mereka bersama-sama sedang menjaga keamanan kota al-Fistot
yang bentengnya bernama Alyun yang ia berada di atas bukit. Dalam perbualan
mereka, Abdullah menyatakan perkara yang sama yang pernah disebut oleh RUWAIFI’
(dalam hadis ke-36)
[2] al-Fistot adalah kota yang dibuka oleh Amru bin
al-As, dan di situ dibina masjid Amru bin al-As. Kini ia di bawah Kaherah lama.
[3] Hadis ini memberikan beberapa maklumat tambahan
berkenaan hadis ke-36, iaitu berkenaan perawi majhul yang bernama SYAIBAN
AL-QITBANI. Abu Daud memberitahu namanya yang sebenar adalah SYAIBAN BIN
UMAYYAH dan digelar dengan panggilan ABU HUZAIFAH.
BIOGRAFI PERAWI |
[6] YAZID BIN KHALID BIN ABDILLAH BIN MAUHIB
AL-HAMDANI (232H)
يَزِيدُ بْنُ خَالِدِ بْنِ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَوْهَبٍ الْهَمْدَانِيُّ
Sila lihat hadis ke-36
[5] AL-MUFADDHAL BIN FADHALAH AL-MISRI (107H-182H)
الْمُفَضَّلُ
ابْنَ فَضَالَةَ الْمِصْرِيَّ
Sila lihat hadis ke-36
[4] ’AYYASH BIN ABBAS AL-QITBANI
عَيَّاشِ بْنِ
عَبَّاسٍ الْقِتْبَانِيِّ
Sila lihat hadis ke-36
[3] SYIYAYM BIN BAITAN
أَنَّ شِيَيْمَ بْنَ
بَيْتَانَ
Sila lihat hadis ke-36
[2] MUKHADRAM: ABU SALIM AL-JAISYANI (80H)
أَبو سَالِمٍ
الْجَيْشَانِيِّ
Nama sebenarnya SUFYAN BIN HANI’ AL-MISRI. AL-JAISYANI
adalah nama satu kabilah arab dari Yaman—dia mendapat gelaran itu kerana asal
keturunannya dari Yaman.
Ramai dakwa bahawa ulama kelahiran Mesir ini adalah MUKHADRAM.
Dia
meninggal Iskandariyah, Mesir di era pemerintahan Abdul Aziz bin Marwan.
Dia
bersama dengan Amru bin al-As, Syarik bin Summiy al-Muradi dan Maslamah bin
Mukhallad dihantar oleh Saidina Umar ke Mesir untuk agenda pembukaan Mesir.
Dia
adalah rijal Muslim, Abu Daud dan al-Nasaie. Tidak didapati riwayatnya dalam
al-Bukhari, al-Tarmizi dan Ibn Majah.
Dia
salah seorang perawi yang sahih.
[1]
SAHABAT: ABDULLAH BIN AMRU BIN AL-AS (27SH-65H)
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
عَمْرٍو
Sahabat Nabi ini dilahirkan di mekah. Dia adalah anak
sulong kepada sahabat Nabi yang terkenal, iaitu Amru bin al-As.
Dia ada kebolehan memahami dan bertutur dalam Siryani (Bahasa kitab
injil dan taurat).
Dia masuk Islam di Mekah pada tahun ke 7 hijrah, iaitu sebelum bapanya
memeluk islam (8H)
Selepas memeluk Islam, dia berhijrah ke Madinah, iaitu sebelum bapanya
datang ke Madinah.
Dia terkenal sebagai orang yang suka mencatat. Dengan itu, dia ada satu
yang disebut الصحيفة الصادقة iaitu
himpunan catatan apa yang dia dengar dan lihat dari Nabi saw.
Semasa perang siffin, dia berpihak kepada Muawiyyah, itupun atas arahan
bapanya. Dan dia taat itu sebab dalam hadis bahawa Nabi saw suruh seseorang
anak taat kepada bapanya.
Namun, semasa perang, dia hanya hadir tanpa melakukan sebarang perkara
yang melibatkan perang. Bahkan selepas kejadian perang, dia menampilkan
penyesalan kerana turut hadir sama.
Penyesalannya itu dapat diketahui melalui satu ucapan dia: “Demi Allah,
aku berharap bahawa aku mati 10 tahun sebelum kejadian Siffin. Demi Allah, aku
tidak hayunkan pedang langsung, tidak menikam dengan tombak langsung, tidak
memanah langsung. Aku berharap aku tidak hadir. Aku minta ampun dengan Allah
dan bertaubat kepadaNya”
Dia antara orang yang terlibat dalam sejarah pembukaan Syam. Bahkan, terlibat
sama dengan bapanya membuka Mesir.
Pada tahun 41 hijrah, Muawiyyah lantik dia jadi gabenor Kufah. Selepas
bapanya meninggal, Muawiyyah lantik dia ganti bapanya menjadi gabenor Mesir.
Para ulama tidak sepakat berkenaan tempat dia meninggal. Ada kata, di
Asqalan (Palestine); ada kata di Mesir; ada kata, di Taif; ada kata, di Syam.
Menurut ceritanya, sebelum dia meninggal, dia ditimpa
sakit mata sehingga buta.
PERBAHASAN SANAD |
[1] SANAD ABU DAUD
حَدَّثَنَا
يَزِيدُ بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا مُفَضَّلٌ، عَنْ عَيَّاشٍ، أَنَّ شِيَيْمَ بْنَ
بَيْتَانَ، أَخْبَرَهُ بِهَذَا الْحَدِيثِ أَيْضًا، عَنْ أَبِي سَالِمٍ
الْجَيْشَانِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو
[2] STATUS HADIS: SAHIH
[A] Sanad hadis ini sebagai penyempurna kepada sanad
hadis yang ke-36. Sanad hadis 36 terputus itu disahihkan dengan hadis
ini
[B] Dalam sanad ini, SYUYAIM bertemu langsung dengan
RUWAIFI’, tanpa perantara SYAIBAN AL-QITBANI
No comments:
Post a Comment