HADIS 8 |
حَدَّثَنَا
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُالْمُبَارَكِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ عَنِ الْقَعْقَاعِ بْنِ حَكِيمٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّمَا
أَنَا لَكُمْ بِمَنْزِلَةِ الْوَالِدِ، أُعَلِّمُكُمْ فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمُ
الْغَائِطَ فَلَا يَسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ، وَلَا يَسْتَدْبِرْهَا وَلَا
يَسْتَطِبْ بِيَمِينِهِ، وَكَانَ يَأْمُرُ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ، وَيَنْهَى عَنِ
الرَّوْثِ وَالرِّمَّةِ»
Daripada Abu Hurairah berkata, Nabi saw ada bersabda: "Sesungguhnya aku di sisi kamu hanyalah seperti kedudukan bapa. Aku ajarkan kepada kamu; apabila salah seorang dari kamu hendak buang air, janganlah menghadap kiblat, jangan pula membelakanginya dan jangan beristinja dengan tangan kanan; Baginda menyuruh untuk beristinja dengan tiga batu, serta melarang beristinja dengan najis binatang dan tulang”
HUBUNGAN HADIS |
Dalam
hadis ke-7, dijelaskan bahawa nabi saw mengajar kepada umat pada semua
perkara—sehinggakan sekecil-kecil perkara, iaitu qadha’ hajat.
Dalam
hadis ke-8 ini pula, Nabi saw sendiri mengatakan bahawa dia mengajar umat
berkenaan agama sepertimana bapa mengajar agama kepada anaknya.
PERBAHASAN MATAN |
KANDUNGAN
MATAN
Hadis
ini, nabi saw menyatakan bahawa baginda ajar kepada umat tiga perkara penting
dalam hidup:
a.
Tidak
mengadap dan membelakangkan qiblat semasa qadha’ hajat.
b.
Tidak
istinja’ menggunakan tangan kanan.
c.
Istinja’
dengan tiga biji batu.
d.
Nabi
larang istinjak menggunakan tahi kering dan tulang.
Nabi
tegaskan, Nabi mengajar perkara ini seumpama seorang bapa mengajar kepada
anaknya.
Perbahasan
fiqh berkenaan empat perkara ini sudah dikupas dalam hadis ke-7.
PERBAHASAN
LAFAZ |
Dalam
hadis ini, digunakan perkataan يَسْتَطِبْ yang diterjemahkan sebagai istinjak. Ia
dari akar kata طاب yang bermakna baik. Dalam al-Quran, ada ayat menyebut:
فتيمموا صعيدا
طيباً [النساء: 43]
“bertayammum dengan debu yang bersih” (Surah al-Nisa’,
ayat 43)
Ini bermaksud, perkataanيَسْتَطِبْ memberi maksud
membersihkan sepertimana istinjak juga membersihkan dari kotoran di qubul dan
dubur.
PENGAJARAN |
[1]
TUGAS NABI MENGAJAR UMAT SEHINGGA SEKECIL PERKARA
Dalam
hadis, Nabi saw mengatakan:
إِنَّمَا أَنَا
لَكُمْ بِمَنْزِلَةِ الْوَالِدِ، أُعَلِّمُكُمْ....
“aku
setahap bapa untuk kamu. Aku ajarkan kepada kamu….”
Maksud
perkataan nabi ini, bukanlah bermaksud Nabi itu adalah bapa kepada umat dalam
maksud bapa yang haram nikah; tidak sepertimana isteri nabi adalah ibu orang
beriman yang kita tidak boleh nikahi mereka.
Maksud
hadis adalah, Nabi saw pendidik sepertimana bapa didik anak.
[2]
BAPA KENA AJAR ANAK HAL-HAL AGAMA.
Hadis
ini menjadi dalil bahawa tanggungjawab bapa bahawa mengajar ilmu agama kepada anaknya,
sepertimana Nabi saw mengajar agama kepada umat.
BIOGRAFI PERAWI |
[1]
ABDULLAH BIN MUHAMMAD AL-NUFAILI (144H-238H)
ابو جعفر
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ
Nama betul beliau adalah ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN ALI
BIN NUFAIL. Guru Imam Abu Daud ini berasal dari Haran yang kini berada dalam
wilayah Turki. Dia adalah murid kepada Imam Malik. Dia adalah Rijal al-Bukhari,
al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah.
[2] ABDULLAH BIN AL-MUBARAK AL-MARUZI (118H-181H)
عبد الله ابْنُ
الْمُبَارَكِ المروزي
Berasal dari Kota Moro yang kini berada dalam wilayah
Turkmenistan, dan meninggal di Hit, Iraq. Beliau adalah murid kepada Imam Abu
Hanifah dan imam Malik. Beliau adalah Rijal kutub al-Sittah.
Menurut Abdul Rahman bin Abi Hatim:
سمعت أبي يقول:
كان ابن المبارك ربع الدنيا بالرحلة في طلب الحديث، لم يدع اليمن ولا مصر ولا
الشام ولا الجزيرة والبصرة ولا الكوفة
“Aku dengar bapaku berkata: Ibn al-Mubarak mencari
ilmu sehingga menjelajah satu perempat dunia. Dia tidak tinggal yaman, mesir,
syam, jazirah, basrah dan kufah”
[3]
MUHAMMAD BIN ‘AJLAN AL-QURASHI (148H)
مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ القرشي
Seorang ulama hadis yang terkenal dengan alim dalam
bidang fiqh, serta seorang ‘abid, iaitu orang yang kaki ibadat.
Dia berasal di Madinah serta membesar, belajar,
mengajar serta meninggal dunia di kota Nabi itu.
Tidak diketahui tahun kelahirannya secara tepat,
tetapi al-Zahabi menyatakan bahawa dia dilahirkan di era pemerintahan Abdul
Malik bin Marwan.
Semua kitab sittah meriwayatkan hadis dia kecuali
al-Bukhari sahaja riwayatkan secara mutaba-ah.
Dikatakan bahawa dia ada satu halaqah di Masjid Nabawi
dan di situ dia menjawab banyak soalan-soalan fiqh dan mengeluarkan fatwa.
Di sana terdapat beberapa tajrih ulama terhadapnya.
Antaranya, didakwa bahawa dia seorang yang mudhtarib hadis jika dia ambil hadis
dari Nafi’. Hal ini dinyatakan oleh Abu Ja’far al-‘Uqaili.
Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia celaru dalam
meriwayatkan hadis-hadis yang melibatkan Abu Hurairah. Dalam pada itu, Ibn
al-Hajar tetap akui bahawa dia soduq.
[4] AL-QA’QA’ BIN HAKIM AL-KINANI AL-MADANI (101H)
الْقَعْقَاعِ بْنِ حَكِيمٍ
الكناني المدني
Seorang ulama hadis dari Madinah dan merupakan rijal
kutub sittah kecuali al-Bukhari sahaja.
[5] ABU SOLEH ZAKWAN AL-SAMMAN (101H)
أَبو صَالِحٍ
ذكوان السمان
Tidak diketahui tahun lahirnya secara tepat. Namun,
rata-rata ulama hadis menyatakan bahawa dia dilahirkan di era pemerintahan
Saidina Umar bin al-Khattab.
Beliau adalah tabiin dan merupakan bekas hamba kepada
Juwariyyah binti al-haris, salah seorang isteri Nabi saw. Dia juga adalah rijal
kutub al-Sittah.
Digelar al-Samman yang berasal dari kata السمن iaitu minyak sapi kerana
dikatakan dia mengambil minyak dan minyak sapi dan menjual ke Kufah.
[6] SAHABAT: ABU HURAIRAH (21SH-59H)
أَبِو هُرَيْرَةَ
Nama
betulnya adalah Abdul Rahman bin
Sakhar (ada kata: Abdul Rahman bin Ghanm, ada kata Abdun bin Ghanm dll)
Digelarkan sebagai Abu Hurairah, kerana
dikatakan bahawa dia simpan kucing dalam lengan jubahnya.
Dilahirkan di Yaman, dari etnik Dus
Al-Azdiyyah, dan mati di Madinah dan dikebumikan di kubur Baqi’.
Dia memeluk islam pada tahun ke-7 hijrah,
iaitu setelah mendengar ajaran itu dari seorang sahabat bernama AL-TUFAIL BIN
AMRU AL-DUSI.
Selepas peluk islam, dia hijrah dari Yaman
ke Madinah bersama beberapa orang dari etnik Dusi.
Dia sampai di Madinah semasa penduduk
Madinah tengah sebuk dengan persiapan perang Khaibar. Dengan sebab itu, ulama
Islam khilaf keterlibatannya dengan perang tersebut; ada kata, dia terlibat
dalam perang khabar. Ada kata tidak terlibat. Ibn Abdul Bar kata, dia terlibat.
Sebelum Nabi wafat, dia tidak berkahwin
dan focus untuk belajar dengan Nabi dan berkhidmat dengan baginda dan para baginda.
Dia tinggal di beranda masjid Nabi—disebut Ahli Sufah.
Di era pemeritnahan Saidina Umar, dia dilantik
menjadi gabenor di Bahrain.
Sebelum meninggal dunia, dia berpesan agar
tidak meratap kematiannya serta segerakan tanam jenazahnya.
Setelah kewafatan Nabi, dia ada berkahwin
dengan seorang perempuan bernama BUSRAH BINTI GHAZWAN
PERBAHASAN SANAD |
Hadis
ini, dinilai SAHIH dengan alasan berikut:
[a]
Hadis ini
dikeluarkan juga oleh Abu ‘Awanah, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban dalam kitab
sahih masing-masing.
[b]
semua perawi dalam hadis ini adalah rijal Muslim.
Albani
mendakwa bahawa hadis ini hasan kerana semua perawi adalah rijal sahih muslim kecuali
IBN ‘AJLAN sahaja diriwayatkan oleh Muslim secara mutaba-ah.
Namun, apabila diteliti, didapati dakwaan ALBANI itu
tidak tepat. Hal ini kerana, Imam Muslim pernah riwayatkan hadis dari IBN AJLAN
bukan secara mutaba-ah. Hal ini boleh dilihat pada hadis no: 595.
Dengan ini, kelihatan pendapat ARNAUT dan imam Nawawi
yang mengatakan hadis ini sahih adalah lebih kuat.
TAKHRIJ |
Nasaie
(Mujtaba: 40), Ibn Majah (312,313)
No comments:
Post a Comment