Monday, May 9, 2022

HADIS 53 (BAB 29)

 

BAB 29

 

بَابُ السِّوَاكِ مِنَ الْفِطْرَةِ

BERSUGI SEBAHAGIAN DARI FITRAH

 

HADIS 53

 

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ عَنْ مُصْعَبِ بْنِ شَيْبَةَ عَنْ طَلْقِ بْنِ حَبِيبٍ عَنِ ابْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " عَشْرٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: قَصُّ الشَّارِبِ، وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ، وَالسِّوَاكُ، وَالِاسْتِنْشَاقُ بِالْمَاءِ، وَقَصُّ الْأَظْفَارِ، وَغَسْلُ الْبَرَاجِمِ، وَنَتْفُ الْإِبِطِ، وَحَلْقُ الْعَانَةِ، وَانْتِقَاصُ الْمَاءِ - يَعْنِي الِاسْتِنْجَاءَ بِالْمَاءِ - "، قَالَ زَكَرِيَّا: قَالَ مُصْعَبٌ: وَنَسِيتُ الْعَاشِرَةَ إِلَّا أَنْ تَكُونَ «الْمَضْمَضَةَ»

"Sepuluh perkara yang termasuk fitrah: Memotong misai, memelihara janggut (membiarkannya tumbuh), bersugi, beristinsyaq dengan air, memotong kuku, membasuh celah-celah jari-jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, dan beristinja` dengan air”

 

Zakaria berkata: Mus'ab menerangkan: "Saya lupa yang kesepuluh tapi kemungkinan besar ia adalah berkumur-kumur"

 

Status hadis: Hasan

 

PERBAHASAN HADIS

 

[1] perkataan مِنَ الْفِطْرَةِ adalah تبعيضية iaitu, sebahagian dari fitrah, bukan semuanya.

 

[2] Maksud dengan Fitrah dalam hadis ini, AL-KHATTABI kata, majoriti Ulama tafsirkan sebagai SUNNAH.

 

Dalam erti kata lain, sepuluh perkara dalam hadis ini adalah perkara yang dilakukan oleh para nabi turun temurun dan ia menjadi ikutan untuk setiap umat termasuk umat Muhammad.

 

[3] Menurut ibn Abbas, Nabi yang mula-mula melakukan sunnah fitrah ini adalah NABI IBRAHIM, iaitu merujuk kepada firman Allah:

 

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ (124)  - البقرة

 

Umat Nabi Muhammad disuruh ikut sunnah fitrah yang dimulai oleh Nabi Ibrahim ini berdasarkan kepada firman Allah:

 

ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (123) – النحل

 

[4] hadis ini menyebut 10 perkara fitrah, sedangkan dalam hadis yang lain, ada menyebut lima sahaja, seperti KHITAN dan sebagainya.

 

Dalam hadis—daripada Abu Hurairah bahawa nabi saw bersabda:

 

الفِطْرَةُ خَمْسٌ: الخِتَانُ، وَالِاسْتِحْدَادُ، وَقَصُّ الشَّارِبِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الآبَاطِ

“Fitrah itu ada lima; khitan, cukur bulu kemaluan, potong misai, potong kuku dan cabut bulu ketiak” (al-Bukhari, hadis no: 5891)

 

Nabi Ibrahim adalah orang yang mula-mula khitan. Dalam hadis—daripada Abu Hurairah bahawa nabi saw bersabda:

 

اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ وَهُوَ ابْنُ ثَمَانِينَ سَنَةً بِالقَدُّومِ – البخاري[1], 3356

“Ibrahim berkhitan ketika umurnya 80 tahun—menggunakan kapak”

 

Dalam riwayat lain pula—daripada Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi saw bersabda:

 

أَرْبَعٌ مِنْ سُنَنِ المُرْسَلِينَ: الحَيَاءُ، وَالتَّعَطُّرُ، وَالسِّوَاكُ، وَالنِّكَاحُ

“empat dari ikutan para rasul, iaitu malu, berwangi, bersugi dan nikah” (al-tarmizi, hadis no: 1080)

 

Kemungkinan hadis ini adalah MAWQUF MAKNA, tetapi MARFU’ LAFZ, iaitu kesimpulan yang dibuat oleh AISYAH hasil pengalaman yang dia bersama dengan nabi.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Dalam hadis ke-52, dijelaskan bahawa kayu sugi itu dibasuh selepas dan sebelum digunakan. Aisyah pula, turut bersugi dengan sugi Nabi.

 

Dalam hadis ke-53 ini pula, dijelaskan amalan bersugi, bukan sekadar Nabi, Aisyah dan para sahabat, bahkan turut dilakukan oleh para nabi sebelum ini.

 

PENGAJARAN

 

[1] APA MAKNA FITRAH

 

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (30) – الروم

 

Dari sudut pandang ilmu Sosiologi, adalah sesuatu perlantikan pemimpin bukan dengan perancangan dan propaganda.

 

Dari sudut ilmu tasawwuf, sifat ketauhidan yang ada dalam diri manusia.

 

Dalam konteks Hadis, al-Khattabi kata, ia bermaksud SUNNAH, iaitu ikutan turut temurun yang dilakukan oleh para Nabi.

 

[2] MISAI ANTARA CUKUR DAN GUNTING

 

Dalam matan, digunakan perkataan قص yang memberi maksud GUNTING. Namun, menurut AL-TAHAWI, ABU HANIFAH, ABU YUSUF DAN MUHAMMAD, mengunting misai adalah baik, tetapi yang sunnah adalah cukur. Mereka berhujah dengan hadis lain bahawa dalam matan hadis itu digunakan perkataan احفوا الشوارب—pendekkan misai.

 

AL-IMAM AL-NAWAWI memilih pendapat bahawa misai dipendekkan agar tidak tertutup bibir.

 

Menurut MAHMUD MUHAMMAD KHATTAB AL-SUBKI dalam kitab AL-MANHAL, perbezaan perkataan القص dari احفاء adalah القص adalah potong separuh misai, sedangkan أحفاء potong semua.

 

Ulama Zahiri dan sebahagian Ulama Mazhab Hanafi kata, potong misai itu adalah WAJIB. Hal ini merujuk kepada beberapa hadis—daripada Ibn Umar bahawa Nabi saw bersabda:

 

«انْهَكُوا الشَّوَارِبَ، وَأَعْفُوا اللِّحَى»

“pendekkan misai dan panjangkan janggut” (al-Bukhaari, hadis no: 5893(

 

Begitujuga hadis—daripada Zaid bin Arqam bahawa nabi saw bersabda:

 

«مَنْ لَمْ يَأْخُذْ مِنْ شَارِبِهِ فَلَيْسَ مِنَّا»

“Barangsiapa tidak memotong misainya, maka dia bukan dari kalangan kami” (al-Tarmizi, hadis no: 2761)

 

IBN DAQIQ AL-A’ID kata, dia tidak tahu pula ada ulama kata wajib potong misai itu.

 

[3] POTONG JANGGUT

 

Menjadi amalan IBN UMAR dan ABU HURAIRAH bahawa mereka pontong janggut kadar segenggam.

 

Sebarang larangan potong janggut, dikaitkan agar tidak menyamai YAHUDI dan MAJUSI.

 

Dalam banyak fatwa-fatwa ulama, melarang lelaki cukur janggut kerana bimbang menyamai dengan MUKHANNAS.

 

AL-RAFIE DAN AL-NAWAWI: makruh cukur janggut. Ibn al-Raf’ah kata dalam HASYIAH AL-KIFAYAH bahawa Imam syafie kata dalam AL-UM BAHAWA HARAM cukur janggut.

 

Jambang pula, Ibn al-Arafah berkata, ia tidak termasuk sebagai janggut.

 

[4] POTONG KUKU

 

Menurut IBN DAQIQ AL-A’ID, tidak ada satu dalil yang sahih menyebut susunan jari semasa potong kuku. Namun, ia dicadangkan oleh AL-IMAM AL-NAWAWI dengan dimulakan dua tangan terlebih dahulu berbanding dua kaki; dimulakan jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, kemudian manis, kemudian jari kelingking, kemudian ibu jari.

 

Pada tangan kiri pula, dimulai dengan jari kecil, menaik ke ibu jari.

 

Jari kaki pula, bermula dari jari kecil kaki kanan dan di akhir jari kecil kaki kiri.

 

[5] BULU KETIAK

 

Dalam matan hadis sebut CABUT. Kata KITAB AL-MANHAL, kalau cukur atau bakar dengan api juga dapat pahala sunat.

 

Tujuan buang bulu ketiak, untuk hindari bau busuk badan.

 

[6] BULU KEMALUAN

 

Menurut ABU AL-ABBAS BIN SURAIJ, termasuk juga bulu dubur.

 

[7] KADAR 40 HARI.

 

Semua ini dibataskan jangan lebih dari kadar 40 hari. Hal ini sepertimana kata ANAS BIN MALIK:

 

وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ، وَتَقْلِيمِ الْأَظْفَارِ، وَنَتْفِ الْإِبِطِ، وَحَلْقِ الْعَانَةِ، أَنْ لَا نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً – مسلم[2], 295

“kami diletakkan kadar waktu dalam hal potong misai, potong kuku, cabut bulu ketiak dan cukur bulu kemaluan—iaitu bahawa kami tidak biarkan lebih dari kadar 40 malam”

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] YAHYA BIN MA’IN (158H-233H)

يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ

 

Nama penuhnya adalah YAHYA BIN MA’IN BIN ‘AUN BIN ZIYAD AL-GHATFANI. Dipanggil dengan gelaran ABU ZAKARIA AL-BAGHDADI.

 

Dia dilahirkan di era pemerintahan ABU JA’FAR AL-MANSUR di al-Anbar dan hidup di Baghdad dan sempat tinggal di al-Hijaz, al-Syam, Mesir dan al-Yaman dan meninggal dunia di Madinah (dikebumikan di kubur Baqi’).

 

Dia bukan sekadar terkenal dalam bidang ilmu hadis, malah terkenal dalam ilmu rijal. Malah amat cekap meneliti perawi pendusta sehingga ahli bid’ah amat tidak menyukainya.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, serta perawi yang siqah lagi sahih.

 

[5] WAKI’ BIN AL-JARRAH

وَكِيعٌ بن الجراح

 

Sila lihat hadis No: 5, 14, 20 dan 45.

 

[4] ZAKARIA BIN ABI ZAIDAH

زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ

 

Sila lihat hadis ke-18 dab 32.

 

[3] MUS’AB BIN SYAIBAH (20H-120H)

مُصْعَبِ بْنِ شَيْبَةَ

 

Nama penuhnya adalah MUS’AB BIN SYAIBAH BIN JUBAIR BIN SYAIBAH BIN OSMAN BIN ABI TALHAH AL-QURASHI.

 

Dia antara disebut sebagai قليل الحديث, iaitu sedikit dalam meriwayatkan hadis. Tambahan pula, Abu Hatim kata, dia tidak kuat. Al-Nasaie dan Ahmad kata, mungkar hadis. Abu Daud, doif. al-Sahranpuri, layyin al-Hadis.

 

Dalam al-Kutub al-Sittah, hanya al-Imam al-Bukhari sahaja tidak riwayatkannya. Dia dianggap perawi yang MAQBUL sahaja.

 

[2] TALQ BIN HABIB (antara 90 – 100 H)

 طَلْقِ بْنِ حَبِيبٍ

 

Nama penuhnya TALQ BIN HABIB AL-‘ANZI AL-BASRI.

 

TAUS BIN KAISAN kata, suaranya merdu.

 

 

Pelbagai riwayat dalam menjelaskan kematiannya. Imam malik kata, dia dan SA’ID BIN JUBAIR dan BEBERAPA ORANG ULAMA MEKAH dipanggil oleh HAJJAJ untuk masuk ke mekah. Sleepas itu, mereka dibunuh oleh Hajjaj. Namun begitu, kisah ini tidak dapat disahkan oleh AL-ZAHABI.

 

Abu Hatim kata, dia Soduq dan penganut fahaman Murji’ah. Abu Zur’ah juga kata dia Murji’ah. Ibn Hibban letak namanya dalam senarai Siqat. Abu al-Fath al-Azdi kata, hadisnya diterima kecuali jika kandungan hadis itu menyeru kepada fahaman Murjiah.

 

 

Dia dilahirkan di Basrah dan meninggal di Mekah. Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah kecuali al-Bukhari sahaja. Dia seorang perawi yang maqbul.

 

[1] ABDULLAH BIN AL-ZUBAIR (1H-73H)

عبدالله ابْنِ الزُّبَيْرِ

 

Dari kalangan Muhajirin, orang mekah yang berhijrah ke Madinah. Semasa ibunya hijrah ke Madinah, ketika itu ibunya sedang mengandungkannya. Dia dilahirkan di QUBA’ dan dianggap sahabat pertama yang dilahirkan di Madinah di era islam.

 

Dia dilahirkan pada 1 Hijrah. Namun, ada pula kata, dia dilahirkan 20 bulan selepas hijrah.

 

Anak kepada Asma’ dan al-Zubair bin al-Awwam dan cucu Abu Bakar al-Siddiq, dan anak saudara kepada Aisyah.

 

Bapanya adalah AL-ZUBAIR BIN AL-AWWAM BIN AL-KHUWAILID (anak saudara kepada KHADIJAH).

 

Dia ditahnikkan oleh nabi dan namanya diberi oleh Rasulullah saw dengan ABU BAKAR (sempena nama atuknya).

 

Semasa umur 7 hingga 8 tahun, dia datang berjumpa dengan nabi mahu berbai’ah dengan nabi. Nabi saw menerima Bai’ahnya.

 

Dia terlibat sama dalam perang YARMUK (15H), tetapi dia tidak membunuh kerana umurnya masih muda. Dia terlibat dalam merawat orang sakit.

 

Dia menolak berbai’ah kepada Yazid selepas kematian Muawiyah.

 

Selepas kematian Yazid bin Muawiyah, anak Yazid bernama MUAWIYYAH naik, tetapi tidak lama. Selepas MUAWIYYAH turun, maka ABDULLAH BIN ZUBAIR ambil jawatan KHALIFAH dan umumkan MEKAH sebagai pusat pemerintahan.

 

Dia mendapat bai’ah dari banyak wilayah kecuali beberapa negeri di wilayah SYAM.

 

Dia dianggap sebagai KHALIFAH KE-9, iaitu dalam lingkungan tahun 64 atau 65 hijrah.

 

Kerajaannya tidak lama, kerana ada konflik dalaman. Yang paling ketara adalah revolusi MUKHTAR AL-SAQAFI di IRAQ, serta kesepakatan UMAWIYYIN yang dikepalai oleh MARWAN BIN AL-HAKAM dan kemudian anaknya, ABDUL MALIK BIN MARWAN.

 

Cara serangan dilancarkan oleh MARWAN BIN AL-HAKAM adalah bermula dari Damsyiq, kemudian serang mesir dan kuasai mesir. Kemudian Marwan mati. Selepas itu, disambung pula oleh Abdul Malik bin Marwan untuk menyerang Iraq dan membunuh MUS’AB BIN AL-ZUBAIR. Kemudian, Abdul Malik arahkan al-Hajjaj untuk serang mekah. Di situ, al-Hajjaj kepong dan bunuh serta mensalibkan Abdullah bin Zubair, iaitu tahun 73H.

 

[1] AISYAH BIN ABI BAKAR AL-SIDDIQ

عَائِشَةَ

 

Lihat hadis ke-18, 30, 33, 34, 40, 42, 50, 51 dan 52.

 

PERBAHASAN SANAD

 

Hadis ini HASAN SANAD.

 

[A] MUS’AB BIN SYAIBAH lemah hafalannya. Tetapi, dia adalah RIJAL MUSLIM. Bahkan, imam muslim turut riwayatkan hadis ini dengan perawi MUS’AB.

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، قَالُوا: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ، عَنْ مُصْعَبِ بْنِ شَيْبَةَ، عَنْ طَلْقِ بْنِ حَبِيبٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ عَائِشَةَ (مسلم, 261)

 

[B] Abu Awanah dan Muslim keluarkan hadis ini dalam kitab masing-masing.

 

[C] ibn Hajar al-Asqalani kata, hadis ini sahih.

 

TAKHRIJ

 

Muslim (261), tarmizi (2757), Ibn Majah (293), Ahmad (25060).

 

 



[1] SANAD:

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا مُغِيرَةُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ القُرَشِيُّ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

[2] SANAD:

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، كِلَاهُمَا عَنْ جَعْفَرٍ، قَالَ: يَحْيَى، أَخْبَرَنَا جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ أَبِي عِمْرَانَ الْجَوْنِيِّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ

Sunday, May 8, 2022

HADIS 52 (BAB 28)

 

BAB 28

 

بَابُ غَسْلِ السِّوَاكِ

BASUH ALAT GOSOK GIGI

 

HADIS 52

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْأَنْصَارِيُّ حَدَّثَنَا عَنْبَسَةُ بْنُ سَعِيدٍ الْكُوفِيُّ الْحَاسِبُ حَدَّثَنِي كَثِيرٌ عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ: «كَانَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَاكُ، فَيُعْطِينِي السِّوَاكَ لِأَغْسِلَهُ، فَأَبْدَأُ بِهِ فَأَسْتَاكُ، ثُمَّ أَغْسِلُهُ وَأَدْفَعُهُ إِلَيْهِ»

Aisyah berkata: "Nabi Allah saw bersugi, lalu baginda memberikannya kepadaku untuk aku basuh. Aku pun gunanya dahulu untuk bersugi, kemudian aku basuh dan aku serahkan kembali kepada baginda"


Status hadis: Hasan 

  

PENJELASAN HADIS

 

[1] hadis ini menjelaskan bahawa selepas Nabi saw bersugi, baginda memberikan kayu sugi Nabi itu kepada Aisyah untuk isteri nabi itu dibasuh.

 

Dalam hadis ini dinyatakan bahawa sebelum dibasuh, Aisyah menggunakan sugi itu itu bersugi. Kemudian, baru dibasuh dan diberikan kepada Nabi.

 

Menurut Mahmud Muhammad Khattab al-Subki dalam kitab AL-MANHAL bahawa perbuatan Aisyah itu adalah untuk dua tujuan:

 

(A)                mengambil berkat Nabi saw.

(B)                Untuk berubat.

 

[2] bukan sekadar Aisyah menggunakan sugi sisa Nabi, bahkan terdapat hadis yang menjelaskan bahawa Nabi menggunakan sugi sisa Aisyah. Dalam hadis berkenaan ketika saat kewafatan nabi saw—daripada Aisyah berkata:

 

دَخَلَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرٍ وَمَعَهُ سِوَاكٌ يَسْتَنُّ بِهِ، فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقُلْتُ لَهُ: أَعْطِنِي هَذَا السِّوَاكَ يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ، فَأَعْطَانِيهِ، فَقَصَمْتُهُ، ثُمَّ مَضَغْتُهُ «فَأَعْطَيْتُهُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَاسْتَنَّ بِهِ وَهُوَ مُسْتَسْنِدٌ إِلَى صَدْرِي»

Abdul Rahman bin Abi Bakar masuk—bersamanya sugi yang dia bersugi dengannya. Rasulullah saw melihat kepada kayu sugi itu. Aku (Aisyah) berkata kepada Abdul Rahman: berikan sugi ini kepadaku, Wahai Abdul Rahman. Dia pun memberikanku kayu sugi itu. Aku pun pecahkan dan aku gigitnya. Aku pun memberikan kepada Rasulullah, lalu baginda bersugi dengannya dalam keadaan baginda sedang bersandar kepada dadaku” (al-Bukhari, hadis no: 890)

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadiske-51 dijelaskan bahawa nabi bersugi semasa masuk dalam rumah. Dalam perkataan lain, Nabi saw hendak memastikan bahawa komunikasi baginda dengan isteri pun dipastikan mulutnya tidak berbau busuk.

 

Dalam hadis-52 ini pula, dijelaskan bahawa isteri nabi, iaitu Aisyah turut sama bersugi.

 

Seakan-akan Abu Daud mahu menjelaskan bahawa suami dan isteri, perlu sama-sama bersugi dan sama-sama menjaga kebersihan mulut.

 

Dalamhadis ke-50, dijelaskan bahawa Nabi saw bersugi memberikan sugi kepada orang yang lebih tua.

 

Dalam hadis ke-52 ini pula, dijelaskan bahawa menggunakan sugi orang lain itu, tidak salah jika tidak dibasuh terlebih dahulu.

 

PENGAJARAN

 

[1] ISTERI BERKONGSI SUGI DENGAN SUAMI

 

Salah satu perkara sunnah adalah SUAMI – ISTERI BERKONGSI SUGI.

 

[2] BERSUGI MENGGUNAKAN SUGI ORANG LAIN

 

Dalam hadis ke-50, sudah dijelaskan hukum bersugi dengan sugi orang lain.

 

Hukumnya adalah harus selama tidak mendatangkan mudharat.

 

[3] TABARRUK DENGAN ORANG SOLEH

 

Khilaf dalam kalangan ulama berkenaan tabarruk dengan orang soleh.

 

PERTAMA: HARUS TABARRUK DENGAN ORANG SOLEH

 

Antara yang mengatakan itu adalah IMAM AL-NAWAWI dalam SYARAH MUSLIM, IBN HAJAR AL-ASQALANI dalam AL-FATH dan AL-SYAWKANI.

 

Ibn Hibban berkata dalam kitab sahih beliau:

 

ذِكْرُ إِبَاحَةِ التَّبَرُّكِ بِوَضُوءٍ الصَّالِحِينَ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ إِذَا كَانُوا مُتَّبِعِينَ لَسُنَنِ الْمُصْطَفَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دُونَ أَهْلِ الْبِدَعِ مِنْهُمْ

“Menyebut harus tabarruk dengan wuduk orang soleh dari kalangan ahli ilmu—iaitu, jika mereka mengikut sunnah-sunnah Nabi saw, bukan ahli Bid’ah dari kalangan mereka”

 

Berkata ibn al-Battal dalam Syarah Sahih al-bukhari:

 

قال المهلب: وفيه التبرك بمصلى الصالحين ومساجد الفاضلين. وفيه: أنه من دُعى من الصالحين إلى شىء يتبرك به منه، فله أن يجيب إذا أمن الفتنة من العجب

“Berkata al-Muhallab: Pada hadis ini (dalil keizinan) tabarruk dengan tempat solat orang soleh dan masjid-masjid orang-orang yang ada kelebihan. Padanya juga, jika diajak oleh orang soleh kepada sesuatu yang dia bertabarruk dengannya, maka dia sahut ajakkan tersebut, iaitu jika tidak menimbulkan sebarang fitnah.

 

Kata imam al-Nawawi dalam syarah Muslim:

 

ففيه التَّبَرُّكِ بِآثَارِ الصَّالِحِينَ وَفِيهِ زِيَارَةُ الْعُلَمَاءِ وَالْفُضَلَاءِ وَالْكُبَرَاءِ أَتْبَاعِهِمْ وَتَبْرِيكِهِمْ إِيَّاهُمْ

“Padanya (hadis keizinan) Tabarruk dengan kesan-kesan orang soleh. Pada hadis ini juga, keizinan ziarah ulama dan orang yang ada kelebihan dan tabarruk kepada pengikut mereka”

 

Di tempat lain, dia kata lagi:

 

فَفِيهِ التَّبَرُّكُ بِآثَارِ الصَّالِحِينَ وَاسْتِعْمَالِ فَضْلِ طَهُورِهِمْ وَطَعَامِهِمْ وَشَرَابِهِمْ وَلِبَاسِهِمْ

“Pada hadis ini keizinan tabarruk dengan kesan-kesan orang soleh dan mengginakan lebihan bersuci, makanan, minuman dan pakaian mereka”

 

DALIL:

[a] Hadis ke-50 dan ke-52 ini merupakan antara dalil bahawa ada konsep tabarruk dengan orang soleh.

 

[b] Kemuliaan seperti Nabi, al-Quran turut berikan kepada selain Nabi, termasuk orang soleh. Firman Allah:

 

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا (69) – النساء

 

[c] Itban bin Malik mengambil tabarruk dari tempat Nabi berdiri menunaikan solat. Dalam hadis—daripada Mahmud bin al-rabi’ al-Ansari berkata:

 

أَنَّ عِتْبَانَ بْنَ مَالِكٍ وَهُوَ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّنْ شَهِدَ بَدْرًا مِنَ الأَنْصَارِ أَنَّهُ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَنْكَرْتُ بَصَرِي، وَأَنَا أُصَلِّي لِقَوْمِي فَإِذَا كَانَتِ الأَمْطَارُ سَالَ الوَادِي الَّذِي بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ، لَمْ أَسْتَطِعْ أَنْ آتِيَ مَسْجِدَهُمْ فَأُصَلِّيَ بِهِمْ، وَوَدِدْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنَّكَ تَأْتِينِي فَتُصَلِّيَ فِي بَيْتِي، فَأَتَّخِذَهُ مُصَلًّى، قَالَ: فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «سَأَفْعَلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ» قَالَ عِتْبَانُ: فَغَدَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ حِينَ ارْتَفَعَ النَّهَارُ، فَاسْتَأْذَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَذِنْتُ لَهُ، فَلَمْ يَجْلِسْ حَتَّى دَخَلَ البَيْتَ، ثُمَّ قَالَ: «أَيْنَ تُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ مِنْ بَيْتِكَ» قَالَ: فَأَشَرْتُ لَهُ إِلَى نَاحِيَةٍ مِنَ البَيْتِ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَبَّرَ، فَقُمْنَا فَصَفَّنَا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّم

Bahawa 'Itban bin Malik seorang sahabat Rasulullah saw yang pernah ikut perang Badar dari kalangan Ansar. Dia menemui Rasulullah saw seraya berkata: "Wahai Rasulullah, pandanganku sudah buruk sedang aku ini sering memimpin solat kaumku. Apabila turun hujan, maka air membanjiri lembah yang menghalangi antara aku dan mereka, sehingga aku tidak mampu pergi ke masjid untuk memimpin solat. Aku menginginkan engkau mengunjungi aku lalu solat di rumahku yang akan aku jadikan sebagai tempat solat"

 

Mahmud berkata: "Kemudian Rasulullah saw bersabda kepadanya, "Aku akan lakukan insya Allah."

 

'Itban berkata: "Maka berangkatlah Rasulullah saw dan Abu Bakar ketika siang hari, baginda lalu meminta izin lalu aku mengizinkannya, dan baginda tidak duduk hingga baginda masuk ke dalam rumah. Kemudian baginda bersabda: "Mana tempat di rumahmu yang kau inginkan untuk aku pimpin solat”

 

Maka aku tunjukkan tempat di sisi rumah. Nabi saw lalu berdiri dan takbir” (al-Bukhari, hadis no: 425)

 

[d] Ibn Umar bertabarruk dengan tempat-tempat yang baginda tunaikan solat:

 

قال المؤلف: إنما كان يصلى ابن عمر فى المواضع التى صلى فيها النبى على وجه التبرك بتلك الأمكنة، والرغبة فى فضلها

Berkata al-Bukhari: Ibn Umar selalu menunaikan solat di tepat-tempat yang Nabi saw menunaikan solat di situ atas bentuk tabarruk pada tempat terbabit dan berharap kepada kelebihan tempat tersebut”

 

[e] Ben Bayyah kata, tabarruk dengan orang soleh adalah di bawah maksud SAYANG SESEORANG KERANA ALLAH.

 

Dalam hadis—daripada Anas bin Malik berkata:

 

أَنَّ رَجُلًا كَانَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَمَرَّ بِهِ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي لَأُحِبُّ هَذَا، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَعْلَمْتَهُ؟» قَالَ: لَا، قَالَ: «أَعْلِمْهُ» قَالَ: فَلَحِقَهُ، فَقَالَ: إِنِّي أُحِبُّكَ فِي اللَّهِ، فَقَالَ: أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِي لَهُ – ابو داود[1], 5125

"Seorang lelaki berada di sisi Nabi saw, lalu ada seseorang lagi melintasi di depan baginda. Lelaki itu lalu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku menyukai orang ini. "Nabi saw lalu bersabda kepadanya: "Apakah kamu telah memberitahunya" Ia menjawab: "Belum." Baginda pun bersabda: "Beritahukanlah ia" Anas berkata: "Lelaki itu kemudian menyusulnya dan berkata: "Sesungguhnya aku suka kepadamu kerana Allah." Orang itu balik berkata: "Engkau akan dicintai oleh Dzat yang kamu menyukai aku kerana-Nya."

 

 

Dalam hadis—daripada Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:

 

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: الإِمَامُ العَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي المَسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ، فَقَالَ: إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ، أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ " – البخاري[2], 660

"Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya; pemimpin yang adil, seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada tuhannya, seorang lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah; mereka tidak bertemu kecuali kerana Allah dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak berbuat maksiat oleh seorang wanita kaya lagi cantik lalu dia berkata: 'Aku takut kepada Allah', dan seorang yang bersedekah dengan sembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya, serta seorang lelaki yang berzikir kepada Allah dengan mengasingkan diri hingga kedua matanya basah kerana menangis”

 

[f] Tabiin cium tangan Anas kerana tabarruk:

 

وَقَدْ كَانَ ثَابِتٌ البُنَانِيُّ إِذَا رَأَى أَنَسَ بنَ مَالِكٍ أَخَذَ يَدَهُ، فَقَبَّلَهَا، وَيَقُوْلُ: يَدٌ مَسَّتْ يَدَ رَسُوْلِ اللهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- الذهبي, السير, جر5, ص 9

“Sabit al-Banani, apabila dia nampak Anas bin Malik, dia pegang tangannya dan dia akan ciumnya. Dia berkata: Tangan yang pernah menyentuh tangan Nabi saw”

 

KEDUA: TABARRUK HANYA DENGAN NABI SAW SAHAJA

 

[a] Semua hadis-hadis yang menyebut berkenaan tabarruk dengan nabi saw.

 

[b] Umar tidak cium batu hajar al-Aswad kecuali ada bukti Nabi saw buat.

 

أَنَّهُ جَاءَ إِلَى الحَجَرِ الأَسْوَدِ فَقَبَّلَهُ، فَقَالَ: «إِنِّي أَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ، لاَ تَضُرُّ وَلاَ تَنْفَعُ، وَلَوْلاَ أَنِّي رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُكَ مَا قَبَّلْتُكَ» - البخاري[3], 1597

“Saidina Umar datang kepada Hajar al-Aswad, lalu dia ciumnya. Dia pun berkata: Aku tahu bahawa kamu adalah batu yang tidak memudharatkan dan tidak boleh memberi manfaat. Kalau tidak kerana aku nampak Nabi saw cium kamu, pasti aku tidak akan cium kamu”

 

[c] Tidak ada satu pun dalil bahawa tabarruk berlaku sesame sahabat. Adapun Kisah yang dinukilkan oleh al-Zahabi bahawa Sabit al-Banani cium tangan Anas bin malik, kisah itu tidak terdapat sanad.

 

[d] al-Zahabi bawakan riwayat bahawa Ibn Umar tidak suka orang sentuh kubur Nabi:

 

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ كَانَ يكرَهُ مَسَّ قَبْرِ النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – السير[4], ج 10, ص 71

“Ibn Umar tidak suka sentuh kubur Nabi saw”

 

Di tempat lain, AL-ZAHABI berkata:

 

قُلْتُ: كَرِهَ ذَلِكَ لأَنَّهُ رَآهُ إِسَاءَةَ أَدَبٍ، وَقَدْ سُئِلَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ عَنْ مَسِّ الْقَبْرِ النَّبَوِيِّ وَتَقْبِيلِهِ، فَلَمْ يَرَ بِذَلِكَ بَأْسًا، رَوَاهُ عَنْهُ وَلَدُهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَحْمَدَ – معجم الشيوخ الكبير, ج 1, ص 73

Aku (al-Zahabi) kata: Ibn Umar tidak suka itu kerana dia dapatinya buruk adab. Imam Ahmad pernah ditanya berkenaan sentuh dan cium kubur Nabi, dia anggap ia tidak mengapa. Hal ini diriwayatkan oleh anaknya, Abdullah bin Ahmad”

 

[e] Implikasi terhadap keizinan tabarruk kepada selain nabi akan membawa kepada konsep taksub kepada yang tidak maksum, serta membuka ruang-ruang syirik.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] MUHAMMAD BIN BASYYAR (167H-262H)

مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ

 

Lihat hadis no: 13.

 

[4] MUHAMMAD BIN ABDILLAH AL-ANSARI (215H)

مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْأَنْصَارِيُّ

 

Nama penuhnya adalah MUHAMMAD BIN ABDILLAH BIN AL-MUSANNA BIN ABDILLAH BIN ANAS BIN MALIK AL-ANSARI. Dipanggil sebagai ABU ABDILLAH AL-BASRI. Dia adalah Qadhi di Basrah dan Baghdad dan meninggal di Baghdad.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah dan perawi siqah lagi sahih.

 

[3] ‘AMBASAH BIN SA’ID AL-KUFI AL-HASIB

 عَنْبَسَةُ بْنُ سَعِيدٍ الْكُوفِيُّ الْحَاسِبُ

 

Nama penuhnya adalah A’NBASAH BIN SA’ID BIN KATHIR BIN UBAID BIN AL-‘ANBAS AL-QURASHI.

 

Dia ambil hadis dari atuknya sendiri, iaitu KATHIR.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[2] KATHIR BIN UBAID AL-QURASHI AL-TAIMI

كَثِيرٌ بن عبيد القرشي التيمي

 

Ulama Kufah ini dipanggil dengan ABU SA’ID dan dia adalah bekas hamba kepada Abi Bakar al-Siddiq.

 

Tidak ramai ulama memberi komentar berkenaannya. Namun, Ibn Hibban senaraikan dia dalam kitab al-Siqat.

 

Dengan itu, dia adalah perawi Soduq dan hasan. Riwayatnya maqbul. Dia adalah perawi HASAN.

 

[1] AISYAH BINTI ABI BAKAR AL-SIDDIQ

 

Lihat hadis ke-18, 30, 33, 34, 40, 42, 50 dan 51

 

PENJELASAN SANAD

 

Hadis ini adalah HASAN:

 

[A] Semua perawinya adalah SIQAH dan MA’RUF kecuali KATHIR BIN UBAID.

 

Hanya Ibn Hibban sahaja mengatakan dia siqah, sedangkan ulama lain tidak memberi komentar terhadapnya.

 

Dalam pada itu, ramai siqah meriwayatkan hadisnya.

 

[B] menurut ALBANI, hadis ini hasan dan turut mengatakan hasan adalah IMAM AL-NAWAWI.

 

[C] ALBANI dan ARNAUT sepakat mengatakan hadis ini HASAN.

 

SANAD LAIN

 

Hadis ini turut diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (169( dengan sanad yang bermuarakan dari Abu Daud seperti berikut;

أَخْبَرَنَا أَبُو عَلِيٍّ الْحُسَيْنُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْفَقِيهُ، أنبا أَبُو بَكْرِ بْنُ دَاسَةَ، أنا أَبُو دَاوُدَ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ الْأَنْصَارِيُّ، ثنا عَنْبَسَةُ بْنُ سَعِيدٍ الْكُوفِيُّ الْحَاسِبُ، قَالَ: حَدَّثَنِي كَثِيرٌ، عَنْ عَائِشَةَ

 

 

 



[1] SANAD:

حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا الْمُبَارَكُ بْنُ فَضَالَةَ، حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ

[2] SANAD:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ بُنْدَارٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، قَالَ: حَدَّثَنِي خُبَيْبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،

[3] SANAD:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ، أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عَابِسِ بْنِ رَبِيعَةَ، عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

[4] SANAD:

قَرَأْتُ عَلَى أَحْمَدَ بنِ عَبْدِ المُنْعِمِ المُعَمَّرِ عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ مُحَمَّدِ بنِ أَحْمَدَ، أَخْبَرَنَا أَبُو عَلِيٍّ الحَدَّادُ حُضُوْراً، أَخْبَرَنَا أَبُو نُعَيْمٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بنُ عَاصِمٍ، حَدَّثَنَا أَبو أُسَامَةَ، عَنْ عُبَيْدُ اللهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ