Thursday, July 27, 2023

HADIS 156

 

ABU DAUD, HADIS NO: 156

 

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا ابْنُ حَيٍّ هُوَ الْحَسَنُ بْنُ صَالِحٍ عَنْ بُكَيْرِ بْنِ عَامِرٍ الْبَجَلِيِّ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي نُعْمٍ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَسِيتَ؟، قَالَ: «بَلْ أَنْتَ نَسِيتَ، بِهَذَا أَمَرَنِي رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ»

 

GAMBARAN DASAR HADIS 156

 

[1] Hadis ini doif. Namun dibawakan riwayat ini oleh Abu Daud sebagai ISTISYHAD sahaja.

 

[2] Kesamaan maksud pada hadis ini adalah bahawa Nabi saw memakai dan sapu khuf semasa berwuduk

 

PERBAHASAN SANAD 156

 

[3] SANAD

 

PERAWI

TEMPAT

STATUS

 

 

Rasulullah

(11H)

 

-           Mekah

-           Madinah

 

 

-           Maksum

-           Perbuatan dan perkataan

 

 

5.

 

Al-Mughirah bin Syu’bah

(23SH – 50H)

 

 

-           Taif (L)

-           Mekah

-           Madinah

-           Bahrain

-           Basrah

-           Kufah (M)

 

 

-           Sahabat.

 

4.

 

Abdul Rahman bin Abi Nu’m

(101H)

 

 

-           Kufah

 

-           Kutub Sittah.

-           Siqah rendah.

 

3.

 

Bukair bin ‘Amir al-Bajali

(60H – 160H[1])

 

 

-           Kufah.

 

-           Doif.

 

2.

 

Al-Hasan bin Soleh

(100H – 169H)

 

 

-           Kufah

-           Hamzan (Iran)

 

-           Syiah Zaidiyyah.

-           Siqah rendah.

 

1.

 

Ahmad bin Yunus

(132H – 227H)[2]

 

 

-           Kufah

 

-           Kutub Sittah.

-           Siqah tinggi.

 

 

ABU DAUD

(202H-275H)

 

 

 

 

[4] ARNAUT—DOIF

-          Tafarrud pada BUKAIR BIN ‘AMIR AL-BAJALI dan dia doif.

-          Namun, semua rijalnya siqah kecuali BUKAIR.

 

[5] ALBANI—ISNADNYA DOIF

-          Semua rijalnya adalah rijal muslim kecuali BUKAIR dan dia perawi doif.

 

MATAN 156

 

[6] Daripada AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH;

 

عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَسِيتَ؟، قَالَ: «بَلْ أَنْتَ نَسِيتَ، بِهَذَا أَمَرَنِي رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ»

Sesungguhnya Rasulullah saw sapu pada dua khuf. Aku pun tanya: Wahai Rasulullah, apakah kamu lupa (untuk membasuh dua kaki[3])? Jawab Nabi: sebenarnya kamu yang lupa (hukum sapu dua khuf)[4]. Beginilah yang Tuhanku suruh aku (lakukan)

 

[7] Hadis ini sekadar menguatkan berkenaan hukum sapu khuf bahawa ia bukan hukum Mansukh[5].

 

[8] hadis ini menjadi dalil bahawa sesuatu kesamaran sesuatu perkara tidak salah untuk ambil sikap bertanya untuk mendapat kepastian[6].

 

[9] Pada perkataan Nabi: “sebenarnya kamu yang lupa”; AL-TAIBI kata, ia sekadar MUSYAKALAH sahaja. Ia bukan merujuk kepada makna hakikat lupa, tetapi mahu menjelaskan bahawa MUGHIRAH tidak tahu berkenaan pensyariatan sapu khuf[7]. Ini lebih munasabah, kerana melihat kepada jawapan Nabi di akhir hadis: “beginilah yang Tuhanku suruh aku (lakukan)”

 

[10] Ada pula berkomentar bahawa Mughirah maksudkan Nabi lupa itu adalah baginda lupa membasuh kaki. Namun, dibantah oleh Nabi dengan mengatakan bahawa amalan tersebut adalah perintah dari Allah kepada baginda[8].

 

[11] Ada ulama tafsirkan bahawa kemungkinan maksud lupa dalam hadis ini bukan hakikat lupa, tetapi nabi lalai atau abai[9]. Hal ini kerana, terdapat ayat al-Quran yang menggunakan perkataan lupa tetapi memberi maksud silap. Contohnya;

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ (19)- الحشر

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.

 

Dengan sebab itu, ulama berbeza pendapat berkenaan hukum lupa hafalan al-Quran.

 

Bagi yang memfatwakan berdosa  lupa hafalan al-Quran, mereka bersandarkan kepada hadis—daripada Sa’ad bin Ubadah bahawa Nabi saw bersabda;

مَا مِنَ امْرِئٍ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ، ثُمَّ يَنْسَاهُ، إِلَّا لَقِيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَجْذَمَ - ابو داود 1474

Mana-mana individu yang membaca al-Quran, kemudian dia lupa, tidaklah dia kecuali dia berjumpa dengan Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan dia kudung.

 

Ada beberapa isykal terhadap hal ini.

 

[Pertama]

Jika lupa hafalan al-Quran adalah satu dosa, bagaimana pula Nabi saw sendiri pernah lupa hafalan al-Quran.

 

Al-Bukhari riwayatkan—daripada Aisyah berkata:
سَمِعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يَقْرَأُ فِي سُورَةٍ بِاللَّيْلِ، فَقَالَ: «يَرْحَمُهُ اللَّهُ لَقَدْ أَذْكَرَنِي كَذَا وَكَذَا، آيَةً كُنْتُ أُنْسِيتُهَا مِنْ سُورَةِ كَذَا وَكَذَا»- البخاري 5038

Rasulullah saw mendengar seseorang lelaki membaca pada satu surah di suatu malam. Baginda berkata: Semoga Allah merahmatinya. Dia telah ingatkan aku begian begian, ayat yang aku lupakan dari surah begian begian.

 

Dalam riwayat Muslim pula—Aisyah berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَمِعُ قِرَاءَةَ رَجُلٍ فِي الْمَسْجِدِ، فَقَالَ: رَحِمَهُ اللهُ لَقَدْ أَذْكَرَنِي آيَةً كُنْتُ أُنْسِيتُهَا - مسلم 788

Nabi saw ambil perhatian terhadap bacaan seseorang lelaki dalam masjid. Baginda pun berkata: Allah merahmati dia. Dia telah ingatkan aku ayat yang aku telah lupa

 

[Kedua]

hadis yang dijadikan rujukan atas dakwaan dosa itu mempunyai masalah sanad, iaitu dianggap doif kerana;

(1)   Yazid bin Abi Ziyad, perawi doif.

(2)   Isa bin Faid, perawi majhul

(3)   Isa bin Faid tidak mendengar hadis dari Saad bin Ubadah[10].

 

[Kesimpulan]

Lupa al-Quran yang dianggap berdosa adalah orang yang mengabaikan al-Quran. hal ini selaras dengan firman Allah;

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى (124) قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنْتُ بَصِيرًا (125) قَالَ كَذَلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَى (126) طه

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". * Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?" * Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

 

BIOGRAFI PERAWI 156

 

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ

[] AHMAD BIN ABDILLAH BIN YUNUS AL-YARBU’I AL-HAFIZ (132H – 227H)

 

[] Sering disebut AHMAD BIN YUNUS tanpa disebut nama bapanya.

 

[] Dia dilahirkan, tinggal dan meninggal dunia di Kufah.

 

[] Dalam Siyar, al-Zahabi nukilkan bahawa al-Bukhari kata, dia meninggal pada bulan Rabiul Awal. Perkara yang saya disebut oleh AL-SAYUTI dalam TABAQAT AL-HUFFAZ.

 

[] Dia dengar hadis juga dari atuknya, iaitu YUNUS BIN ABDILLAH BIN QAIS AL-YARBU’IE.

 

[] ABU DAUD menyatakan, AHMAD BIN YUNUS ini amat terkenal bersikap keras terhadap muktazilah yang mengatakan al-Quran makhluk. Bahkan dia pernah berpesan: jangan kamu solat di belakang orang yang mengatakan al-Quran itu makhluk. Mereka ini adalah kafir.

 

[] Dia adalah guru al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Dia rijal Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah.

 

[] Dalam TABAQAT AL-HUFFAZ, al-sayuti kata, dia adalah murid yang ambil hadis dari Sufyan al-Sauri ketika hampir dengan kematian Sufyan.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  ABU HATIM kata, dia siqah Mutqin.

B.                  AHMAD (murid: al-fadhl bin Ziyad) kata, aku bermusafir berjumpa dengan AHMAD BIN YUNUS. Dia adalah syaikh al-Islam.

 

[] diulang sebut namanya untuk kali ke-5, iaitu hadis ke-69, 71, 81, 88 dan 156

 

 

حَدَّثَنَا ابْنُ حَيٍّ هُوَ الْحَسَنُ بْنُ صَالِحٍ

[] IBN HAY @ AL-HASAN BIN SOLEH BIN HAY AL-HAMDANI AL-SAURI AL-KUFI @ ABU ABDILLAH AL-BUKALIY AL-KUFI AL-SAURI AL-HAMZANI (ada kata: ABU ABD AL-RAHMAN) (100H – 169H[11])

 

[] Dia tinggal di Kufah dan pernah sampai Hamzan (Iran).

 

[] IBN RUSLAN kata, nama sebenarnya adalah SOLEH BIN SOLEH BIN MUSLIM[12].

 

[] dalam TABAQAT AL-FUQAHA’, ABU ISHAQ AL-SYIRAZI dan AL-TABAQAT AL-KUBRA, IBN SAAD menyatakan bahawa HASAN BIN SOLEH adalah salah seorang mujtahid Zaidiyyah.

 

[] AL-ZAHABI kata, kalau tidak kerana dia diselubungi bid’ah, pasti dia salah seorang dari imam-imam islam.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Dianggap siqah oleh NASAIE dan IBN MAIN (murid: abu khaisamah)

B.                  HAKIM dan IBN MAIN (murid: ibrahim bin abdillah bin a-Junaid) kata, dia siqah ma’mun.

C.                  IBN MAIN (murid: Ahmad bin Abi maryam) kata, dia siqah, mustaqim al-hadis.

D.                 IBN MAIN (Murid: abbas) kata, pandangan al-Hasan itu ditulis. Turut sama al-Awzaie. Mereka adalah siqah.

E.                  IBN MAIN kata, dia siqah. Waktu lain kata, dia siqah mustaqim hadis. Waktu lain kata, siqah siqah.

F.                   AL-JURJANI kata, aku tidak dapati hadis mungkar yang melampaui kadar. Di sisi aku dia adalah ahli al-Sidq.

G.                 ABU HATIM AL-RAZI kata, dia soleh, siqah, mutqin, Hafiz.

H.                 ABU ZUR’AH AL-RAZI kata, terhimpun padanya iqta, fiqh, ibadat dan zuhud.

I.                    AHMAD (murid: muhammad bin Ali al-Warraq) kata, dia siqah, saudaranya siqah. Namun, dia mati lebih dulu dari saudaranya.

J.                    AHMAD (murid: Ali bin al-Hasan al-Hisnajani) kata, dia sahih riwayat. Dia faqih. Dirinya terjaga pada hadis dan warak.

K.                  AHMAD (murid: Abdullah bin Ahmad, anaknya) kata, dia lebih sabat berbanding Syarik.

L.                   DARAQUTNI kata, dia siqah, ahli ibadat.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN

M.               BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia faqih, wara’. Dari kalangan yang menyendiri bagi ibadat dan menolak jawatan kerana TASYAYYU’nya.

N.                  AL-JILI kata, dia siqah, sabat, ahli ibadat, dia tasyayyu’.

O.                 ASQALANI kata, dia siqah, faqih, ‘abid, dituduh tasyayyu’. Di waktu lain kata, dia salah seorang imam yang orang bercakap bahawa dia tasyayyu’.

P.                  ZAHABI kata, dia salah seorang kenamaan, soduq, ‘abid dan TASYAYYU’.

Q.                 AL-SAJI kata, dia soduq, dan TASYAYYU’.

R.                  IBN SAAD kata, dia ahli ibadat, faqih, hujah, sahih hadis yang banyak, dia TASYAYYU’.

S.                   YAAQUB BIN SUFYAN AL-FASWA kata, dia siqah dan cenderung kepada TASYAYYU’.

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

T.                  IBN MAHDI kata, hadisnya ditinggalkan.

U.                 QATTAN kata, Sufyan al-Sauri ada pandangan buruk terhadap al-hasan bin Hay.

 

عَنْ بُكَيْرِ بْنِ عَامِرٍ الْبَجَلِيِّ

[] BUKAIR BIN ‘AMIR AL-BAJALI @ ABU ISMAIL AL-KUFI[13] (60H – 160H)

 

[] Dia tinggal di kufah.

 

[] KOMENTAR POSITIF

A.                  Rijal Muslim dan Abu Daud[14].

B.                  Dianggap Siqah oleh IBN SAAD[15], HAKIM.

C.                  IBN ‘ADI kata, riwayat-riwayatnya sedikit dan aku tidak dapati padanya sebarang matan mungkar[16].

D.                 ABU DAUD kata, dia tidak matruk.

E.                  AL-JILI kata, dia لا بأس به. Di waktu lain, hadisnya tidak dicatat.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN;

F.                   AHMAD kata, dia tidak kuat. di waktu lain kata, ليس به بأس dan dia soleh al-Hadis[17].

G.                 IBN MAIN kata, dia doif. dalam riwayat lain kata, لا شيء[18]

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

H.                 IBN MAIN, NASAIE, YAHYA AL-QATTAN kata, dia doif[19].

I.                    NASAIE kata, dia doif. di waktu lain, dia tidak siqah. Di waktu lain, dia tidak kuat.

J.                    ABU ZUR’AH kata, dia tidak kuat[20].

K.                  AL-HAFIZ dalam AL-TAQRIB kata, dia doif[21].

L.                   ABU HATIM AL-RAZI kata, dia tidak kuat.

M.               ASQALANI, ZAHABI, SAJI kata, dia doif.

N.                 HAFSH BIN QHIYAZ AL-NAKHAIE, hadisnya ditinggalkan.

O.                 IBN MAIN kata, dia doif. di waktu lain, dia ليس بشيئ. Dalam riwayat IBN MUHARRAZ kata, dia matruk al-hadis.

 

[] perawi ini diulang sebut untuk kali ke-2, iaitu hadis 154 dan 156

 

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي نُعْمٍ

[] ABDUL RAHMAN BIN ABU NU’M AL-BAJALI @ ABU AL-HAKAM AL-KUFI[22] AL-‘ADIB[23]. (101H[24])

 

[] dia tinggal di kufah.

 

[] IBN HIBBAN kata, dia adalah penduduk kufah yang selalu lapar. Dia ditangkap oleh AL-HAJJAJ untuk dibunuh. Dia dipenjarakan dalam rumah yang gelap dan pintu ditutup selama 15 hari. Kemudian, apabila dibuka pintu untuk dia dikeluarkan. Para pegawai masuk dan dapati dia sedang menunaikan solat. HAJJAJ berkata kepadanya: bebaslah kamu berdasarkan apa yang kamu mahu[25].

 

[] Menurut AL-ZAHABI dalam TARIKH AL-ISLAM WA WAFIYAT AL-MASYAHIR WA AL-‘ALAM, ada riwayat menyatakan bahawa dia sering ingkari perbuatan HAJJAJ yang sering membunuh orang.

 

[] Menurut IBN HIBBAN dalam MASYAHIR ULAMA AL-AMSAR bahawa dia adalah ahli ibadat di kufah dan meninggal dunia di era pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Kutub sittah[26]

B.                  Dianggap siqah oleh IBN HIBBAN, IBN SAAD, NASAIE[27] dan YAAQUB BIN SUFYAN.

C.                  ASQALANI kata, dia soduq, ahli ibadat. Di waktu lain kata, dua syaikh menyandarkan kepadanya.

D.                 ABU HATIM AL-RAZI menyebut berkenaan kelebihan dan ibadatnya. Dia adalah soleh al-Hadis.

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

E.                  IBN MAIN (dari murid: ABU KHAISAMAH) kata, dia doif[28].

 

 

عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ

[] MUGHIRAH BIN SYU’BAH BIN ‘AMIR BIN MAS’UD AL-SAQAFI @ ABU ABDILLAH/ABU ISA (23SH-50H)- sahabat.

 

[] Dia dilahirkan dia kalangan Saqif di Taif. Dibesarkan di situ. dan meninggal di kufah ketika umurnya 70 tahun kerana penyakit taun. Dia pernah sampai ke Bahrain, Madinah, Mekah dan Basrah.

 

[] dia digelar sebagai salah seorang DUHAT AL-ARAB (Cerdik pandai arab); iaitu MUAWIYAH BIN ABI SUFYAH, AMRU BIN AL-AS, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH dan ZIYAD.

 

[] Dia memeluk islam pada tahun tercetuskan perang khandaq (5 Hijrah), iaitu selepas dia bersama dengan BANI MALIK ke mesir dan 13 orang dari BANI MALIK di bunuh oleh raja muqawqis. dia salah seorang terlibat dalam sejarah SULH AL-HUDAIBIYYAH.

 

[] matanya buta sebelah dalam perang yarmuk. Dia terlibat dalam sejarah AL-QADISIYYAH, NAHAWAND, HAMZAN dan sebagainya.

 

[] Di era Umar, beliau dilantik menjadi gabenor basrah. Namun, dia digugurkan kerana ada orang saksikan bahawa dia berzina. 

 

Kemudian dia dilantik menjadi gabenor di Kufah. Dia kekal di situ sehingga Saidina Umar dibunuh. Di era Osman, dia disambung jawatan tersebut sehingga Osman menggugurkan jawatannya.

 

[] Semasa Muawiyah menjadi khalifah, Muawiyah lantik AMRU BIN AL-AS jadi gabenor di kufah dan anaknya, ABDULLAH BIN AMRU di mesir. Al-Mughirah pun berjumpa dengan Muawiyah dan menyatakan: Wahai Amirul Mukminin, tindakan kamu lantik Amru di Kufah dan anaknya di Mesir, umpama kamu berada antara dua bahu singa.

 

Muawiyyah pun minta pandangan Mughirah. Makanya, mughirah mencadangkan agar kedua-dua anak beranak itu berada di mesir, dan lantik Mughirah sebagai gabenor di Kufah. Dengan cadangan itu, Muawiyah lantik Mughirah jadi gabenor di Kufah sehingga dia wafat di situ.

 

 

 

[] Dia terlibat dalam peerang Yamamah, terlibat dalam Fath al-Syam, iraq. Umar lantik dia jadi Gabenor di basrah.


Selepas itu, terlibat dalam Fath MISAN (selatan Iraq), HAMZAN (iran) dan beberapa buah negara.

 

[] Semasa sejarah perjanjian Hudaibiyyah, Urwah bin Mas’ud dihantar oleh Quraish berjumpa dengan Nabi saw. Semasa dia bercakap dengan Nabi, dia menyentuh janggut Nabi. Mughirah ketika itu memakai topeng perang berdiri. Dia menepis serta berkata kepada Urwah: turunkan tangan kamu sebelum pedang ini sampai kepada kamu. Urwah pun tanya  Nabi saw: siapa ini wahai Muhammad? Dia amat keras. Nabi saw jawab: itu orang dari keturunan kamu (Saqafi)[29].

 

[] namanya diulang sebut untuk kali ke-6, Iaitu hadis ke-1, 149, 150, 151, 152 & 156

 

 

 



[1] perawi ini diulang sebut untuk kali ke-2, iaitu hadis 154 dan 156

[2] diulang sebut namanya untuk kali ke-5, iaitu hadis ke-69, 71, 81, 88 dan 156

[3] Bazl:2/15

[4] Bazl:2/15

[5] Manhal:2/125

[6] Manhal:2/125

[7] Aun:1/93

[8] Manhal:2/124

[9] Manhal:2/124

[10] Doif Abi Daud:2/87

[11] ibn manjuwaih dalam RIJAL SAHIH MUSLIM kata, dia meninggal 167.

[12] Ruslan:2/151

[13] Manhal:2/118 | Aini:1/361

[14] Manhal:2/118

[15] Bazl:2/12

[16] Manhal:2/118

[17] Manhal:2/118  | Bazl:2/12

[18] Aini:1/361

[19] Manhal:2/118 | Bazl:2/12

[20] Manhal:2/118 | Bazl:2/12

[21] Bazl:2/12

[22] Manhal:2/124

[23] Bazl:2/15

[24] ada dakwaan kata dia meninggal pada 99 hijrah.

[25] Bazl:2/15

[26] Manhal:2/124 | aini:1/365

[27] Manhal:2/124 | Bazl:2/15

[28] Manhal:2/124 | Bazl:2/15

[29] Maghazi al-waqidi, 2/595