Showing posts with label KENCING DI TEMPAT MANDI. Show all posts
Showing posts with label KENCING DI TEMPAT MANDI. Show all posts

Saturday, March 26, 2022

HADIS 28


HADIS 28:

 

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، عَنْ دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ حُمَيْدٍ الْحِمْيَرِيِّ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ: لَقِيتُ رَجُلًا صَحِبَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا صَحِبَهُ أَبُوهُرَيْرَةَ، قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَمْتَشِطَ أَحَدُنَا كُلَّ يَوْمٍ، أَوْ يَبُولَ فِي مُغْتَسَلِهِ»

 

“Rasulullah saw melarang salah seorang dari kami sikat rambut setiap hari atau buang air kecil di tempat mandi”

 

Status hadis: sahih

 

PENJELASAN HADIS

 

Ada beberapa perbahasan dalam hal ini:

 

[1] PENAMBAHAN MATAN

 

PERTAMA: Dalam Abu Daud, hanya sebut:

لَقِيتُ رَجُلًا صَحِبَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا صَحِبَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

“aku berjumpa dengan seseorang yang bersahabat dengan Nabi sepertimana dia bersahabat dengan Abu Hurairah”.

 

Namun, jika dilihat dalam sekian banyak riwayat, seperti riwayat al-Nasai (238, 5054[1]), Ahmad (23132[2]), Al-Tahawi (78[3]): ada tambahan;

 أَرْبَعَ سِنِينَ

“selama empat tahun”.

 

KEDUA: dalam riwayat Abu Daud dan sekian banyak riwayat hadis tidak ada penambahan berikut:

... يبول في مغتسله أو يغتسل الرجل بفضل المرأة والمرأة بفضل الرجل وليغترفا جميعا

“tidak boleh kencing di tempat mandi; atau mandi seorang lelaki dengan lebihan air mand perempuan, dan perempuan mandi pada lebihan air lelaki, dan kedua-dua (lelaki dan perempuan) mencebok air bersama-sama” (al-Nasaie, hadis no: 238)

 

HUBUNGAN HADIS

 

Kalau dilihat pada hadis ke-27, digambarkan bahawa nabi tidak bagi kencing di tempat mandi dengan sebab ia boleh datang was-was.

 

Dalam hadis ke-28 ini pula, kelihatan Nabi larang kencing di tempat mandi tanpa dinyatakan ia boleh datang was-was.

 

Seakan-akan, Abu Daud mahu memberitahu kepada kita bahawa soal kencing di tempat mandi yang menjadi masalahnya adalah memungkinkan timbul rasa was-was seperti air kencing merecik pada pakaian. Justeru, demi mengelak kotoran kencing/najis kena pada badan, sama ada boleh datang was was atau tidak, maka nabi melarang kencing di tempat mandi.

 

PENGAJARAN

 

[1] MAKSUD LARANGAN SIKAT RAMBUT SETIAP HARI

 

Apabila hadis ini menyatakan bahawa Nabi saw melarang sikap rambut setiap hari, ia kelihatan bercanggah dengan hal-hal berikut;

 

PERTAMA: kalau tidak dilarang sikat rambut setiap hari, ia akan menjadikan rambut tidak terurus. Hal ini bercanggah dengan gaya hidup sihat.

 

KEDUA: Jika difahami hadis ini secara zahir sebagai larangan menyikat rambut setiap hari, seakan-akan bercanggah dengan hadis-hadis berikut;

 

[a] Jabir bin Abdillah berkata:

 

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّهُ قَالَ: أَتَانَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَى رَجُلًا ثَائِرَ الرَّأْسِ فَقَالَ: «أَمَا يَجِدُ هَذَا مَا يُسَكِّنُ بِهِ شَعْرَهُ»

“Nabi datang berjumpa dengan kami. Nabi pun nampak seseorang lelaki yang rambutnya serabai. Nabi pun berkata: boleh tak bahawa dia ini dapat mengelokkan rambutnya” (al-Nasaie, hadis no: 5236)

 

[b] ‘Ata’ bin Yasar berkata:

 

أَنَّ عَطَاءَ بْنَ يَسَارٍ أَخْبَرَهُ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْمَسْجِدِ. فَدَخَلَ رَجُلٌ ثَائِرَ الرَّأْسِ وَاللِّحْيَةِ. فَأَشَارَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِيَدِهِ أَنِ اخْرُجْ. كَأَنَّهُ يَعْنِي إِصْلاَحَ شَعَرِ رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ. فَفَعَلَ الرَّجُلُ، ثُمَّ رَجَعَ. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: «أَلَيْسَ هذَا خَيْراً مِنْ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدُكُمْ ثَائِرَ الرَّأْسِ كَأَنَّهُ شَيْطَانٌ؟»

“Nabi saw berada dalam masjid. Tiba-tiba seseorang lelaki yang serabai rambut dan janggutnya masuk. Nabi saw memberi isyarat kepadanya agar keluar, seakan-akan Nabi menyuruh dia membetulkan rambut dan janggutnya. Lelaki itu pun mengelokkan rambut dan janggutnya, kemudian kembali balik ke masjid. Rasulullah saw pun berkata: Bukanlah ini lebih baik berbanding sesoerang kamu datang dalam keadaan seramai rambut yang kelihatan seperti syaitan?” (Muwatta’, hadis no: 3494)

 

[c] daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi saw ada bersabda:

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ»

“Barangsiapa yang punyai rambut, maka hendaklah dia muliakannya” (Abu Daud, hadis no: 4163)

 

[d] daripada Nafi’ berkata:

 

أَنَّ ابْنَ عُمَرَ: «كَانَ رُبَّمَا ادَّهَنَ فِي الْيَوْمِ مَرَّتَيْنِ»

“sesungguhnya Ibn Umar itu meminyakkan rambutnya sehari sebanyak dua kali” (Musannaf Ibn Abi Syaibah, hadis no: 25558)

 

 

Dari keempat-empat hadis yang dibawakan di sini, menggambarkan keperluan kemas dan rambut perlu kelihatan rapi yang sudah pasti jika dilarang sikat rambut setiap hari, keadaan rapi ini tidak terjadi.

 

Maka dengan ini, terdapat beberapa takwilan terhadap pemaknaan larangan sikat rambut setiap hari.

 

TAKWIL 1: Tidak terlalu focus pada soal kecantikan bagi lelaki melebihi Wanita, sehingga pada setiap waktu hanya memikirkan kecantikan rambut sahaja.

 

Hal ini dapat difahami menerusi hadis berikut—daripada Abdullah bin Mughaffal berkata:

 

وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَنِ التَّرَجُّلِ إِلَّا غِبًّا

“Rasulullah melarang dari menyikat rambut kecuali jarang-jarang sekali” (Abu Daud, hadis No: 4159 | Tarmizi, hadis no: 1756)

 

TAKWIL 2: Ia sama seperti larangan melabuhkan pakaian sehingga menutup mata kaki, iaitu terhindar dari sombong.

 

Dalam hadis—daripada Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ، لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ القِيَامَةِ» فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ: إِنَّ أَحَدَ شِقَّيْ ثَوْبِي يَسْتَرْخِي، إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّكَ لَسْتَ تَصْنَعُ ذَلِكَ خُيَلاَءَ»

“Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat nanti”

 

Abu Bakar berkata: "Sesungguhnya sebelah dari pakaianku terjulur kecuali bila aku memegangnya”

 

Jawab nabi: "Sesungguhnya kamu melakukan itu bukan bermaksud sombong" (al-Bukhari, hadis no: 3665(

 

Dalam erti kata yang lain, yang dimaksudkan larangan sikat rambut setiap hari bukan kerana untuk mengelokkan rambut agar terkemas rapi, tetapi sering menyikat rambut walaupun sudah kemas rapi, kerana mahu menunjuk-nunjuk dan menampilkan kesombongan kepada orang lain.

 

[3] ELAK DARI KOTORAN MERECIK BALAS PADA BADAN

 

Dalam hadis ini juga mengajar kepada kita agar tidak kencing di tempat mandi yang bermaksud mengelak dari air kencing merecik pada badan atau pakaian semasa sedang mandi.

 

Perbahasannya sudah dijelaskan dalam hadis ke 27.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] AHMAD BIN ABDULLAH BIN YUNUS (132H-227H)

أَحْمَدُ بْنُ عبدالله بن يُونُسَ التيميم اليربوعي الكوفي

 

Dia berasal dari Kufah, tinggal di Baghdad dan pernah berpindah ke Asfahan. Dia pernah sampai ke Damsyiq untuk belajar hadis.

 

Dia adalah guru kepada al-Bukhari, Muslim dan Abi Daud, serta rijal al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

 

[4] ABU KHAISAMAH ZUHAIR BIN MUAWIYYAH AL-JU’FI AL-KUFI (95H-174H)

 أبو خيثمة زُهَيْرٌ بن معاوية أبو خيثمة الجعفي الكوفي

 

Salah seorang tabi’ al-Tabi’in. Dia salah seorang rijal al-Kutub al-Sittah.

 

Di sana terdapat beberapa kritikan kecil terhadap beliau, seperti Abu Zur’ah al-Razi kata, dia ikhtilat (hafalannya celaru) sebelum kematiannya yang Ibn Hajar al-Asqalani sebut secara khusus riwayat Abu Ishaq yang ambil darinya, itu adalah waktu hafalannya sudah ikhtilat tersebut.

 

Dengan ini difahami bahawa dia siqah dan sahih yang sebarang riwayatnya sebelum dia ikhtilat tidak berlaku sebarang pertiakaian pun.

 

[3] ABU AL-‘ALA DAUD BIN ABDILLAH AL-UDI

ابو العلاء  دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الأودي الكوفي 

 

Dia orang kufah dan merupakan rijal Abi Daud, Tarmizi dan Ibn Majah.

 

Adapun imam bukhari dan Muslim; kedua-dua imam besar hadis ini tidak mengambil riwayat Daud bin Abdillah.

 

Ibn Hazm mendakwa bahawa dia doif. Namun, Albani bantah dengan menukilkan komentar Ibn Ma’in dengan menyatakan bahawa dia sohih yang kemungkinan ada pihak tersilap dalam menilai bahawa yang doif itu adalah DAUD BIN YAZID AL-UDI, sedangkan perawi ini bernama DAUD BIN ABDILLAH AL-UDI.

 

[2] HUMAID AL-HIMYARI BIN ABDUL RAHMAN (91H)

حُمَيْدٍ الْحِمْيَرِيِّ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ

 

Beliau adalah salah seorang rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Nama beliau tidak terdapat dalam senarai rijal al-Bukhari.

 

Beliau adalah tabiin kecil, kerana dikatakan dia jumpa sahabat tidak ramai. Antaranya adalah Abu Hurairah (21SH-59H), Abdullah bin Umar (14SH-73H), Abu Bakrah (52H) (nama betul: Nafi’ bin al-Haris bin Masruh al-Saqafi dan Sa’ad bin Hisyam bin ‘Amir al-Ansari (mati antara 81H hingga 90H).

 


Ibn Sirin menyatakan, dia antara tabiin yang amat faqih dalam kalangan penduduk Basrah.

 

Dia perawi siqah lagi sahih.

 

[1] SAHABAT: MUBHAM

 

Mubham sahabat tidak mencacatkan status hadis.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD ABU DAUD

 

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، عَنْ دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ حُمَيْدٍ الْحِمْيَرِيِّ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ: لَقِيتُ رَجُلًا صَحِبَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا صَحِبَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ

 

[2] MUBHAM SAHABAT

 

Humaid al-Himyari tidak menyebut nama sahabat yang dia jumpa itu. Dengan itu, ada dakwaan mengatakan sahabat tersebut adalah ABDULLAH BIN SARJIS (81H); ada pula kata, sahabat itu adalah ABDULLAH BIN MUGHAFFAL (60H); ada pula mendakwa, sahabat itu adalah AL-HAKAM BIN AMRU AL-GHIFFARI.

 

Walaubagaimana pun, semua dakwaan ini tidak didokong sebarang bukti. Ia sekadar dakwaan sahaja.

 

[3] STATUS HADIS: SAHIH

 

Apabila Tabiin bernama HUMAID AL-HIMYARI tidak menyebut nama sahabat yang dia jumpa, menyebabkan ada dua tanggapan dalam kalangan ulama hadis.

 

PERTAMA: Al-Baihaqi kata, hadis ini adalah MURSAL SAHABI. Dalam erti kata lain, Tabiin ambil hadis terus dari Nabi dengan tidak menyebut nama sahabat.

 

KEDUA: Pendapat al-Baihaqi ini dibantah oleh al-Turkumani dengan alasan berikut;

 

[SATU] MURSAL SAHABI mesti dari sahabat kecil ambil hadis dari Nabi dalam hal yang mereka tidak terlibat secara langsung dengan nabi, seperti Abu Hurairah yang meriwayatkan hadis yang berkaitan keadaan sebelum hijrah; hal ini tidak munasabah pada akal kerana Abu Hurairah memeluk islam tujuh tahun selepas hijrah.

 

Ini bermakna, apa yang Abu Hurairah riwayatkan kejadian sebelum Hijrah itu adalah dia ambil dari sahabat Nabi yang ada pada era itu, seperti dia ambil hadis dari Abu Bakar al-Siddiq, atau Umar bin al-Khattab atau sebagainya.

 

Dalam erti kata lain, mursal sahabi adalah sahabat yang tidak berada di sesuatu kejadian bersama dengan Nabi, tetapi dia riwayatkan hadis berkenaan kejadian terbabit.

 

Hal ini berbeza dengan hadis ini, bahawa yang menceritakan hadis ini adalah tabiin, bukan sahabat. Justeru, dakwaan bahawa hadis ini Mursal Sahabi adalah tidak tepat.

 

[DUA] Memandangkan HUMAID AL-HIMYARI yang merupakan Tabiin yang ambil hadis dari sahabat ini adakah siqah, maka hadis ini boleh diterima.

 

Adapun MUBHAM SAHABI, iaitu nama sahabat tidak disebut secara jelas, ia tidak mencacatkan status hadis. Hal ini kerana, kecacatan hadis dari kerangka MUBHAM, jika bermula dari TABIIN. Adapun Mubham dari Sahabat, ia tidak mencacatkan hadis.

 

KESIMPULAN: hadis ini sahih. Turut mengatakan hal yang sama adalah ARNAUT dan ALBANI. Adapun dakwaan doif oleh Ibn Hazm, ALBANI membantah dengan menyatakan bahawa ia tidak boleh diterima kerana rata-rata ulama hadis anggap dia siqah.

 

TAKHRIJ

 

Al-Nasaie (Kubra-235), Musnad Ahmad (17011)

 



[1]أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ دَاوُدَ الْأَوْدِيِّ   

[2] حَدَّثَنَا سُرَيْجٌ، أَخْبَرَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْأَوْدِيِّ

[3]  حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ دَاوُدَ بْنِ مُوسَى، قَالَ: ثنا مُسَدَّدٌ، قَالَ: ثنا أَبُو عَوَانَةَ

 

Friday, March 25, 2022

HADIS 27 (BAB 15)

  

BAB 15

 

بَابٌ فِي الْبَوْلِ فِي الْمُسْتَحَمِّ

“KENCING DI TEMPAT MANDI”

 

HADIS 27

 

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ وَالْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ قَالَا: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ  قَالَ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ أَخْبَرَنِي أَشْعَثُ  وَقَالَ الْحَسَنُ: عَنْ أَشْعَثَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنِ الْحَسَنِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"لَا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي مُسْتَحَمِّهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ فِيهِ"

 

Daripada Abdullah bin Mughaffal berkata, Rasulullah saw bersabda: Janganlah sekali-kali salah seorang dalam kalangan kamu kencing di tempat mandinya kemudian dia mandi di tempat tersebut"

 

 قَالَ أَحْمَدُ: ثُمَّ يَتَوَضَّأُ فِيهِ فَإِنَّ عَامَّةَ الْوَسْوَاسِ مِنْهُ

 

Berkata Ahmad: Kemudian dia berwuduk padanya, kerana umum was-was itu daripadanya.

  

Status hadis: Sahih Lighairih

 

PERBAHASAN LAFAZ

 

[1] Perkataan المستحم di terjemah sebagai tempat mandi, yang ia berasal dari kata حميم, iaitu air panas.  Firman Allah:

 

وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ شَرَابٌ مِنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ (4) – يونس

“Orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur” (Surah Yunus, ayat 4)

 

Disebut sebagai المستحم kerana pada zaman dahulu, tempat mandi bukan sekadar mereka meratakan air pada badan, bahkan mereka turut berjemur dalam bilik yang panas.

 

[2] dari asal makna, perkataan was-was adalah sesuatu yang disentuh oleh syaitan. Dalam al-Quran, Allah ada menyatakan bahawa orang yang membazir adalah adik beradik syaitan:

 

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ (27) - الإسراء

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah adik beradik syaitan” (Surah al-Isra’, ayat 27)

 

Lalu, dalam al-Siyar, Al-Zahabi menjelaskan bahawa orang yang membazir air disebut sebagai موسوس iaitu orang yang disentuh oleh syaitan.

 

Dalam erti kata yang lain, orang was-was adalah orang yang mendapat gangguan syaitan sehingga dia meragui perbuatannya, terutama dalam beribadat.

 

Menurut Anwar Shah al-Kasymiri pula, was-was adalah sesuatu kejadian yang menimpa hati dan fikiran.

 

PENJELASAN HADIS

 

[1] MAKSUD TEMPAT MANDI

 

Hadis ini menjelaskan bahawa nabi saw melarang dari kencing di tempat mandi, kemudian mandi di situ.

 

Yang dimaksudkan dengan tempat mandi dalam hadis ini perlu dimaginasikan dalam bentuk dahulu, bukan seperti tempat mandi di rata-rata rumah di Malaysia.

 

Dengan maksud, ia tempat mandi yang di bawahnya adalah tanah, tidak tidak mempunyai longkang. Apabila mandi di situ, air hanya meresap ke dalam tanah sahaja.

 

Dalam bentuk tempat sebegini yang dimaksudkan sebagai larangan dalam hadis ini. Dengan erti kata yang lain, bilik mandi seperti yang ada di Malaysia pada hari ini tidak termasuk dalam maksud hadis ini.

 

[2] LARANGAN MANDI DI SITU

 

Dalam hadis, disebut larangan kencing di tempat mandi, “kemudian mandi di situ”.

 

Ini membuktikan bahawa larangan kencing itu kerana kebimbangan air kencing masih bertakung di situ; yang apabila mandi, air kencing yang bertakung di situ akan bercampur dengan air mandi, lalu merecik pada badan orang yang mandi.

 

Dalam erti kata yang lain, jika tempat mandi itu seperti di kebanyakkan rumah di Malaysia; apabila orang kencing, air kencingnya tidak bertakung, bahkan terus dibasuh dan masuk ke dalam longkang dan keluar dari bilik air, ia tidak termasuk dalam maksud hadis ini. Hal ini disebabkan oleh kebimbangan air kencing bercampur dengan air mandi, serta kebimbangan air kencing yang bercampur itu merecik pada badan orang mandi sudah berlaku lagi.

 

Hal ini dijelaskan oleh al-Imam al-Nawawi sepertimana yang dinukilkan dalam kitab Aun al-Ma’bud.

 

[3] TAMBAHAN PERKATAAN

 

Dalam Abu Daud, ada dijelaskan seperti berikut:

 

قَالَ أَحْمَدُ: ثُمَّ يَتَوَضَّأُ فِيهِ فَإِنَّ عَامَّةَ الْوَسْوَاسِ مِنْهُ

“berkata Ahmad (bin Hambal): kemudian dia berwudu’ padanya. Hal ini kerana, was-was itu selalu dari situ”

 

Ungkapan ini hanya Abu Daud dengar dari gurunya yang bernama AHMAD BIN HANBAL, tetapi tidak dengar dari gurunya bernama AL-HASAN BIN ‘ALI.

 

Menurut ARNAUT, tambahan ini bukan perkataan nabi, tetapi perkataan ABDULLAH BIN AL-MUGHAFFAL (mawquf). Dalam erti kata lain, tambahan ini adalah MUDRAJ.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Dalam hadis ke-26, dijelaskan larangan dari qadha’ hajat di laluan air.

 

Dalam hadis ke-27 ini pula, dijelaskan larangan dari kencing di tempat mandi.

 

Unsur kesamaan antara dua hadis ini adalah perlu elak dari mengotorkan tempat yang sepatutnya bersih.

 

PENGAJARAN

 

[1] JANGAN KENCING DI TEMPAT WUDUK

 

Walaupun hadis ini melarang kencing di tempat mandi, ia juga termasuk di bawah maksud larangan dari kencing di tempat wuduk.

 

Dalam konteks sekarang, mungkin air kencing yang ada di tempat wuduk itu boleh dibasuh, makanya soal merecik air kencing bertakung pada pakaian sudah boleh di atasi. Namun, ia perlu juga di elak atas factor adab.

 

Hal ini turut disebut oleh al-‘Azim Abadi dalam kitab “Aun al-Ma’bud”.

 

[2] WAS WAS SEMASA IBADAT

 

Hadis ini juga menjelaskan bahawa sebarang tindakan yang boleh berlaku was-was, maka ia perlu dielak.

 

Dengan sebab itu, dalam fiqh ada membicarakan sesuatu hal perlu kepada pembuktian agar terhindari dari sebarang was-was.

 

Contohnya, dalam Hadis nabi saw menyebut berkenaan orang yang was-was semasa solat, apakah dia berkentut atau tidak. Makanya, ia dianggap sebagai tidak kentut kecuali ada bukti bahawa dia kentut, sama ada berbau kentut atau kedengaran bunyi kentut.

 

Dalam hadis—daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ فِي الصَّلَاةِ فَوَجَدَ حَرَكَةً فِي دُبُرِهِ، أَحْدَثَ أَوْ لَمْ يُحْدِثْ، فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ فَلَا يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا، أَوْ يَجِدَ رِيحًا»

”Apabila seseorang kamu berada dalam solat, lalu dia dapati sesuatu Gerakan di duburnya; apakah dia berhadas atau tidak, dia pun ragu-ragu, maka jangan dia berpaling (dari solat) hingga dia mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)” (Abu Daud, hadis no: 177)

 

[3] ELAK SEBARANG RUANGAN YANG BOLEH DATANGKAN WAS-WAS DAN FITNAH

 

Sebarang ruang-ruangan mendatang was-was termasuk fitnah, maka wajib ditutup.

 

Nabi saw sendiri yang apabila memungkin berlaku fitnah terhadap peribadi Nabi, baginda pasti akan cuba menutupnya.

 

Dalam hadis—daripada ‘Ali bin al-Husain:

 

عَنْ عَلِيِّ بْنِ الحُسَيْنِ، أَنَّ صَفِيَّةَ بِنْتَ حُيَيٍّ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَخْبَرَتْهُ: أَنَّهَا جَاءَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَزُورُهُ، وَهُوَ مُعْتَكِفٌ فِي المَسْجِدِ، فِي العَشْرِ الغَوَابِرِ مِنْ رَمَضَانَ، فَتَحَدَّثَتْ عِنْدَهُ سَاعَةً مِنَ العِشَاءِ، ثُمَّ قَامَتْ تَنْقَلِبُ، فَقَامَ مَعَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْلِبُهَا، حَتَّى إِذَا بَلَغَتْ بَابَ المَسْجِدِ، الَّذِي عِنْدَ مَسْكَنِ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، مَرَّ بِهِمَا رَجُلاَنِ مِنَ الأَنْصَارِ، فَسَلَّمَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ نَفَذَا، فَقَالَ لَهُمَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «عَلَى رِسْلِكُمَا، إِنَّمَا هِيَ صَفِيَّةُ بِنْتُ حُيَيٍّ» قَالاَ: ))سُبْحَانَ اللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ((،وَكَبُرَ عَلَيْهِمَا مَا قَالَ: ))إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنَ ابْنِ آدَمَ مَبْلَغَ الدَّمِ، وَإِنِّي خَشِيتُ أَنْ يَقْذِفَ فِي قُلُوبِكُمَا((

“Sofiyah binti Huyay, isteri Nabi saw telah memberitahu kepada ‘Ali bin al-Husain bahawa dia datang mengunjungi Rasulullah saw saat baginda tengah beriktikaf di Masjid pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Lalu dia berbincang-bincang dengan Nabi hingga menjelang Isya'. Setelah itu dia beranjak untuk pulang, maka Nabi saw pun ikut bersamanya. Sehingga sampai agak jauh dari pintu masjid dan berhampiran rumah Ummu Salamah, isteri Nabi, ada dua orang lelaki Ansar melintasi di situ dan keduanya memberi salam kepada Rasulullah saw, lalu bergegas pergi. Rasulullah saw pun bersabda kepada keduanya: "Kenapa terburu-buru? sesungguhnya dia adalah Sofiyah binti Huyay".

Kedua orang itu berkata: "Mahasuci Allah, wahai Rasulullah"

Maka dengan ucapan dua orang tersebut, baginda berkata: "Sesungguhnya syaitan masuk kepada manusia melalui aliran darah dan aku bimbang apabila syaitan telah membisikkan sesuatu dalam hati kamu berdua" (al-Bukhari, hadis no: 6219)

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] AHMAD BIN MUHAMMAD BIN HANBAL (164H-241H)

أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ

 

Dia adalah pengasas mazhab Hanbali. Berasal dari Baghdad dan meninggal di situ. Beliau merupakan guru kepada Imam al-Bukhari, Muslim dan Abi Daud, serta rijal bagi al-nasaie dan Ibn Majah.

 

Imam al-Tarmizi tidak riwayat hadis dari Ahmad, tetapi dia ada mengambil komentar sanad oleh Ahmad melalui Imam al-Bukhari dan Ahmad bin Hasan dan Ishaq bin mansur. Imam Tarmizi juga ada ambil komentar fiqh Ahmad di beberapa tempat dalam sunan beliau.


Imam Ahmad bin Hanbal dilahirkan
dalam keadaan Yatim, iaitu ketika ayahnya sudah meninggal dunia.

 

Dia dibesarkan oleh ibunya yang bernama SOFIYAH BINTI MAIMUNAH BINTI ABDUL MALIK AL-SYAIBANIYYAH.

 

Ulama berbeza pendapat dalam menjelaskan tempat dia dilahirkan

 

Ada kata, dia dilahirkan Turkaministan (kerana bapanya bekerja di sini). Ada pendapat yang lain menyatakan bahawa dia dilahirkan di Baghdad (ini pendapat yang kuat, kerana ketika itu, ibunya sudah hijrah ke Baghdad)

 

Dikatakan bahawa mula belajar hadis pada tahun 179H, iaitu sewaktu umurnya 15 tahun. Dia sempat jelajah beberapa tempat untuk mendapat ilmu, seperti Iraq, Hijaz, Tihamah dan Yaman.

 

Menurut Ibn al-Jawzi dalam Manaqib Ahmad bahawa dia mula mengajar dan memberi fatwa sewaktu umurnya 40 tahun. Dikatakan bahawa dia tidak mengajar kecuali setelah diminta.

 

Dikatakan bahawa dia berkahwin semasa umur 40 tahun dengan isteri bernama al-‘Abasah binti al-Fadhl. Dengan isteri tersebut, dia dapat anak bernama SOLEH.

 

Namun, isterinya meninggal awal. Kemudian dia berkahwin dengan perempuan bernama RAIHANAH. Dari isteri ini, dia dapat anak nama ABDULLAH yang terkenal periwayatan dari dia.

 

Dia antara yang dipenjara kerana bertembung dengan Khalifah al-Ma’mun dan kemudian al-Mu’tasim dan al-Wasiq dalam isu Makhluk al-Quran.

 

Pada era Wasiq, dia dihalang mengajar agama. Apabila naik khalifah al-Mutawakkil ‘Ala Allah bin al-Mu’tasim bin Harun al-Rashid, dia dibenarkan mengajar balik. Hal ini disebabkan oleh Khalifah al-Mutawakkil bukan muktazilah.

 

Dalam kitab al-Siyar, al-Zahabi ada menukilkan pujian Imam Syafie terhadap Imam Ahmad:

 

خرجتُ من بغداد وما خلَّفتُ بها أحداً أورع ولا أتقى ولا أفقه من أحمد بن حنبل

“Aku keluar ke Baghdad, aku tidak dapati seorang pun yang cukup warak dan pertaqwa serta faqih berbanding Ahmad bin Hanbal”.

 

Imam Ahmad rijal al-Kutub al-Sittah serta dia perawi siqah lagi sahih.

 

 

[6] ABU AL-HASAN BIN ‘ALI BIN MUHAMMAD AL-KHALLAL AL-HAZLI AL-HULWANI (242H)

أبو علي الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ بن محمد الخَلَّالُ الهُذَلِيُّ

 

Dia pernah sampai ke Iraq, yaman, Syam dan mesir. Tetapi akhirnya meninggal dunia di Mekah.  Dia adalah guru al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Ibn Majah. Didapati namanya tidak terdapat dalam riwayat al-Nasaie. Dia perawi siqah lagi sahih.

 

[5] ABU BAKAR ABDUL RAZZAQ BIN HAMMAM BIN NAFI’ AL-YAMANI AL-SUN’ANI (126H-211H)

ابو بكر عَبْدُ الرَّزَّاقِ بن هَمَّامٍ بن نافع اليماني الصنعاني

 

Ulama dari Yaman ini terkenal dengan karya bertajuk “musannaf Abd al-Razzaq” dalam bidang hadis, serta karya bertajuk “Tafsir Abd al-Razzaq” dalam bidang tafsir al-Quran.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah serta perawi siqah lagi sahih.

 

[4] ABU ‘URWAH MA’MAR BIN RASHID AL-AZDI (95H-153H)

أَبُو عُرْوَةَ مَعْمَرٌ بن راشد الأزدي

 

Dia dilahirkan di Basrah dan berhijrah ke San’a, Yaman dan berkahwin dengan perempuan Yaman bernama Halimah dan meninggal dunia di situ.

 

Dia hadir semasa al-Hasan al-basri meninggal dunia. Dikatakan, itulah titik permulaan kesedaran dia mahu belajar agama. Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi siqah lagi sahih.

 

 

[3] ASY’AS BIN ABDILLAH BIN JABIR AL-HUDDANNI

أَشْعَثُ بن عبد الله بن جابر الحُدَّاني

 

Ulama asal Basrah ini adalah murid kepada Imam Malik dan dikira sebagai Tabiin kecil. Dia adalah rijal Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Imam Bukhari riwayatkan hadisnya secara ta’liq, dan tidak terdapat dalam muslim riwayatnya.

 

Dia dianggap ramai ulama hadis sebagai siqah dan sahih, tetapi ada satu kritikan sahaja, iaitu Abu Ja’afar al-‘Uqaili kata, pada hadisnya ada waham. Namun, dakwaan Abu Ja’far itu dibantah oleh al-Zahabi.

 

[2] AL-HASAN BIN YASAR AL-BASARI (21H-110H)

الحسن بن يسار البصري

 

Lihat hadis ke-17.

 

[1] SAHABAT: ABU ZIYAD ABDULLAH BIN MUGHAFFAL AL-MUZANI (60H/ADA KATA 75H)

ابو زياد  عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ المزني

 

Ada orang kata, orang panggil dia dengan ABU SA’ID; ada pula kata, ABU ABD AL-RAHMAN. Dia berasal dari Madinah dan meninggal dunia di Basrah.

 

Dia antara sahabat Nabi yang digelar أصحاب الشجرة iaitu terlibat bai’ah al-Ridhwan semasa tercetus Sulh al-hudaibiyyah tahun 6H.

 

Tinggal di Madinah, kemudian hijrah ke Basrah kerana dihantarkan oleh oleh saidina Umar bersama 10 orang sahabat yang untuk mengajar agama di sana. Disebut sebagai NUQABA’.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD ABU DAUD

 

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ، وَالْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ، قَالَا: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، قَالَ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، أَخْبَرَنِي أَشْعَثُ، وَقَالَ الْحَسَنُ: عَنْ أَشْعَثَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ

 

PENJELASAN:

 

A.                    Sama ada dari jalur Ahmad bin Hanbal ataupun dari jalur al-Hasan bi ‘Ali, kedua-duanya menjelaskan bahawa Abdul Razzaq mengambil hadis dari ABU ‘URWAH MA’MAR.

 

B.                    Dalam jalur Ahmad bin Hanbal, Ma’mar ambil hadis dari ASY’AS dengan menggunakan أخبرني sedangkan dalam jalur AL-HASAN BIN ‘ALI, MA’MAR ambil hadis dari ASY’AS DENGAN عن

 

[2] STATUS HADIS: SAHIH LIGHAIRIH

 

Ada tiga pendapat ulama berkenaan hadis ini seperti berikut;

 

A.                  ARNAUT berpendapat bahawa hadis ini SAHIH LIGHAIRIH

B.                  ALBANI berpendapat hadis ini adalah doif.

C.                  AL-HAKIM dan AL-ZAHABI menganggap hadis ini sahih.

 

PENJELASAN

 

Pertama, apabila diteliti pada perawi, didapati semuanya siqah.

 

Kedua, apabila diteliti pada sudut sanad pula, Imam Tarmizi menyatakan bahawa jalur sanad hadis ini yang secara marfu’; semuanya bermuarakan dari ASY3AS BIN ABDULLAH dan tidak ada yang lainnya.

 

Ketiga, dalam pada ia tafarrud, didapati sanad ini ada perawi yang bernama AL-HASAN AL-BASRI yang mengambil hadis dari SAHABAT yang bernama ABDULLAH BIN MUGHAFFAL yang diriwayat dengan menggunakan lafaz عنعنة

 

Menurut para ulama hadis, AL-HASAN AL-BASRI banyak melakukan tadlis. Justeru, ALBANI meragui sanad ini yang menggambarkan AL-HASAN AL-BASRI ambil hadis dari SAHABAT bernama ABDULLAH BIN MUGHAFFAL. Atas alasan ini, ALBANI anggap hadis ini mungqati’ (terputus sanad). Makanya, disimpulkan hadis ini sebagai DOIF.

 

Namun begitu, dalam komentar lain berbeza dengan ALBANI. Hal ini kerana, para ulama hadis mengemukakan hujah berikut:

 

Pertama, semasa ABDULLAH BIN MUGHAFFAL meninggal dunia, umur AL-HASAN AL-BASRI adalah 37 tahun. Tambahan pula, ABDULLAH pernah sampai di Basrah di mana tempat AL-HASAN berada.

 

Ini memggambarkan bahawa kedua-dua tokoh ini mungkin sahaja bertemu dan kemungkinan besar AL-HASAN AL-BASRI pernah mendengar hadis dari ABDULLAH BIN MUGHAFFAL.

 

Kedua, AL-HASAN AL-BASRI yang merupakan TABIIN ditolak dalam periwayatan hadis, apabila hadis itu MURSAL SAHABI, iaitu seperti dikatakan AL-HASAN AL-BASRI mengambil hadis terus kepada Rasulullah, tanpa disebut SAHABAT antara dia dan Rasulullah.

 

Namun, jika MURSAL TABIIN, seperti dikatakan AL-HASAN AL-BASRI mengambil hadis dari sahabat, maka periwayatan AL-HASAN AL-BASRI boleh diterima. Dalam erti kata yang lain, kemungkinan ada tabiin yang lain antara AL-HASAN AL-BASRI dan SAHABAT. Tetapi, itu tidak mencacatkan periwayatan AL-HASAN AL-BASRI.

 

Hal ini dilakukan oleh al-Imam al-Bukhari dalam meriwayatkan hadis: “tidak Berjaya sesuatu kaum yang melantik Wanita sebagai pemimpin” yang sanad hadis itu, AL-HASAN AL-BASRI ambil hadis dari SAHABAT bernama ABU BAKRAH (lihat al-Bukhari, hadis no: 4425 dan 7099)

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ الهَيْثَمِ، حَدَّثَنَا عَوْفٌ، عَنِ الحَسَنِ، عَنْ أَبِي بَكْرَةَ

 

Dalam erti kata yang lain, Imam al-Bukhari menerima riwayat AL-HASAN AL-BASRI jika ia MURSAL TABIIN.

 

Melihat dari sudut itu, tidak hairan ARNAUT simpulkan hadis ini adalah SAHIH LIGHAIRIH, iaitu asalnya hasan sahaja kerana factor tafarrud pada AL-ASY’AS BIN ABDILLAH, tetapi dikuatkan dengan penghujahan ini.

 

Ada hujjah tambahan pula adalah dikatakan bahawa sanad ini ikut syarat al-bukhari dan muslim yang dengan itu menyebabkan AL-HAKIM dan AL-ZUHRI mengatakan sanad hadis ini sahih.

 

Tetapi, dibantah oleh ALBANI dengan menyatakan ASY’AS BIN ABDULLAH bukan rijal al-Bukhari, sebaliknya ia disebut dalam sahih al-Bukhari sebagai ta’liq sahaja.

 

KESIMPULAN

 

Dari segala perbahasan ini, secara peribadi saya lebih cenderung dengan pendapat ARNAUT yang menganggap hadis ini sebagai SAHIH LIGHAIRIH.

 

TAKHRIJ

 

Ahmad (20569), Musannaf Abd al-Razzaq (978), Ibn Majah (304), Tarmizi (21), al-Nasaie (kubra-33), ibn Hibban (1266)