Monday, October 31, 2022

HADIS 87

  

HADIS 87

 

 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُبَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا أَبُو خَلْدَةَ قَالَ: سَأَلْتُ أَبَا الْعَالِيَةِ عَنْ رَجُلٍ أَصَابَتْهُ جَنَابَةٌ، وَلَيْسَ عِنْدَهُ مَاءٌ، وَعِنْدَهُ نَبِيذٌ أَيَغْتَسِلُ بِهِ؟ قَالَ: «لَا»

  

Abu Khaldah berkata: aku tanya Abu al- ‘Aliyah berkenaan seseorang lelaki yang berjunub sedangkan dia tidak mempunyai sebarang air (untuk mandi junub)—dia ada air nabiz; apakah boleh dia mandi menggunakan (air nabiz tersebut)?.

 

Jawab (Abu al- ‘Aliyah): tidak (boleh).

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] Hadis ini dinilai sahih.

 

[2] hadis ini adalah maqtu’—iaitu perkataan tabiin.

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Dalam kitab البدائع, penjelasan panjang lebarnya adalah bahawa ABU AL-ALIYAH yang berkata:

 

كُنْتُ فِي جَمَاعَةٍ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فِي سَفِينَةٍ فِي الْبَحْرِ فَحَضَرَتْ الصَّلَاةُ فَفَنِيَ مَاؤُهُمْ، وَمَعَهُمْ نَبِيذُ التَّمْرِ فَتَوَضَّأَ بَعْضُهُمْ بِنَبِيذِ التَّمْرِ، وَكَرِهَ التَّوَضُّؤَ بِمَاءِ الْبَحْرِ، وَتَوَضَّأَ بَعْضُهُمْ بِمَاءِ الْبَحْرِ، وَكَرِهَ التَّوَضُّؤَ بِنَبِيذِ التَّمْرِ – بدائع الصنائع في ترتيب الشرائع, 1\16

Aku berada dalam Jemaah dari kalangan sahabat Rasullullah dalam satu kapal di lautan. Apabila masuk waktu solat, air tawar sudah kehabisan. Namun bersama mereka adalah air nabiz tamar, maka setengan berwuduk dengan air tersebut dengan mereka tidak suka berwuduk dengan air laut, (sedangkan) setengah yang lain berwuduk dengan air laut dan tidak suka berwuduk dengan air nabiz kurma itu.

 

[2] kisah ini bukan perkataan nabi. Ini adalah kesimpulan dan ijtihad dari seorang tabiin yang bernama ABU ‘ALIYAH yang dibawa oleh ABU DAUD untuk menguatkan pendapatnya bahawa bukan sekadar tidak boleh berwuduk dengan air nabiz, bahkan mandi wajib dengan air itu juga tidak boleh.

 

[3] yang dimaksudkan NABIZ dalam hadis ini adalah apabila rasa kurma (dan sebagainya) sudah meresap rasanya ke dalam air tersebut.

 

Adapun jika belum meresapi rasa lagi, maka ia tidak termasuk dalam maksud ABU AL-ALIYAH ini. (Manhal:1/290)

 

HUBUNGAN HADIS

 

Kalau dalam hadis ke-86 berkaitan dengan tidak boleh wuduk dengan air nabiz.

 

Dalam hadis 87 ini pula, mandi junub menggunakan nabiz juga tidak boleh.

 

BIOGRAFI PERAWI

[5] MUHAMMAD BIN BASYSYAR (167H-252H)

مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ

 

Perawi ini tersebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-5, iaitu dalam hadis ke-13, 52, 82, 86 dan 87

 

[4] ABDUL RAHMAN BIN MAHDI (135H-198H)

 عَبْدُ الرَّحْمَنِ بن مهدي

 

Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-86 dan 87.

 

[3] ABU KHALDAH (152H)

 أَبُو خَلْدَةَ

 

Nama sebenarnya adalah KHALID BIN DINAR AL-TAMIMI AL-SA’DI AL-BASRI

 

Selain ilmuan hadis, beliau juga seorang tukang jahit.

 

KOMENTAR ULAMA; (Manhal:1/289)

(a)                 Dia dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, AL-NASAIE, AL-IJLI, AL-DARAQUTNI, IBN SA’AD, YAZID BIN ZURAYI’, AL-TARMIZI, OSMAN BIN SA’AD & IBN ABD AL-BAR

(b)               AHMAD kata, dia syaikh siqah.

(c)                IBN MAHDI kata, dia soduq.

(d)               AL-TARMIZI kata, dia siqah dalam kalangan ahli hadis. (Bazl:1/183)

 

Dia adalah rijal al-bukhari, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan ibn Majah.


Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali pertama, iaitu hadis ke-87.

 

[2] ABU ‘ALIYAH (93H)

 أَبَو الْعَالِيَةِ

 

Nama sebenarnya adalah RUFAIYY’ BIN MIHRAN AL-RAYYAHI

 

Menurut ALI BIN AL-MADINI, dia sempat di era Jahiliyyah. Namun, peluk islam dua tahun selepas Nabi wafat (manhal:1/290) bermakna, dia seorang MUKHADRAM (Arnaut:1/64)

 

Dia sempat dengan Abu Bakar dan pernah menunaikan solat Jemaah dengan menjadi makmum kepada Saidina Umar dan mendengar hadis dari Saidina Umar. (Bazl:1/183)

 

Dia pernah berkata: Aku sempat khatamkan al-Quran di era Umar sebanyak tiga kali.

 

ASIM AL-AHWAL pernah berkata: Abu al-‘Aliyah ada sikap bahawa apabila berhimpun kepadanya lebih dari kadar 4 orang, dia akan bangun dan pergi (tasawwut:2/618)

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)                IBN HAJAR AL-ASQALANI kata, dia tabiin besar yang popular dengan gelarannya (manhal:1/290)

(b)               Dianggap SIQAH oleh IBN MAIN, ABU ZUR’AH & ABU HATIM (manhal:1/290)

(c)                ABU AL-QASIM kata, ulama ijmak bahawa dia siqah. Cuma dia banyak lakukan IRSAL (manhal:1/290)

(d)               ABU BAKAR BIN ABI DAUD kata, tidak ada seorang pun orang selepas sahabat yang lebih tahu berkenaan al-Quran kecuali Abu al- ‘Aliyah. Selepas beliau adalah SA’ID BIN JUBAIR (tasawwut:2/618)

(e)               IBN ‘ADI kata, hadis-hadis yang dia riwayat adalah SOLEH.

(f)                 AL-LAKAIE kata, ijmak ulama bahawa dia siqah. (Bazl:1/184)

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah. 

Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali pertama, iaitu hadis ke-87.

Wednesday, October 26, 2022

HADIS 86

 

HADIS 86

 

 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُبْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ مَنْصُورٍ عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ عَطَاءٍ أَنَّهُ كَرِهَ الْوُضُوءَ بِاللَّبَنِ وَالنَّبِيذِ، وَقَالَ: «إِنَّ التَّيَمُّمَ أَعْجَبُ إِلَيَّ مِنْهُ»

Daripada ‘Ata’ bahawa dia tidak suka wuduk menggunakan air susu dan air nabiz. Dan dia berkata: Tayammum lebih aku suka berbanding (air susu dan air nabiz).

 

PERBAHASAN SANAD

 

 ARNAUT anggap SANAD hadis ini SAHIH

 

PENJELASAN MATAN

 

Dalam Sahih al-Bukhari di bahagian tajuk: بَابُ لاَ يَجُوزُ الوُضُوءُ بِالنَّبِيذِ، وَلاَ المُسْكِرِ, al-Bukhari menyatakan dalam tarjamah al-Bab seperti berikut;

 

وَكَرِهَهُ الحَسَنُ، وَأَبُو العَالِيَةِ وَقَالَ عَطَاءٌ: «التَّيَمُّمُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنَ الوُضُوءِ بِالنَّبِيذِ وَاللَّبَنِ» - البخاري, قبل 242

Al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah tidak suka dan ‘Ata’ berkata: Tayammum lebih aku suka berbanding berwuduk menggunakan air nabiz dan air susu.

 

HUBUNGAN HADIS

 

ABU DAUD bawakan riwayat ini, untuk menguatkan pendapatnya bahawa tidak boleh berwuduk dengan Nabiz. (Bazl:1/183)

 

PENGAJARAN

 

[1] BERWUDUK DENGAN AIR NABIZ

 

Ijtihad ‘ATA bahawa ketika tiada air, berwuduk dengan Nabiz adalah makruh. Justeru, kembali kepada kandungan al-Quran bahawa; apabila ketiadaan air, hendaklah dia bertayammum. Itu lebih afdhal.

 

[2] BERWUDUK DAN MANDI DENGAN AIR SUSU

 

(A)                MAKRUH

 

A’TA’ kata, boleh wuduk dengan air susu, tetapi makruh.

 

(B)                TIDAK BOLEH

 

IBN ABBAS kata, tidak boleh berwuduk dengan air susu. Apabila tiada air, hendaklah dia bertayammum (tasawwut:2/620)

 

(C)                TAFSIL

 

AL-AINI kata, perlu dilihat pada dua jenis yang berbeza:

(a)                Jika air susu yang tidak bercampur dengan air, maka TIDAK HARUS. Hal ini ijmak ulama.

(b)               Air susu bercampur dengan air. Ini ada khilaf:

a.      Syafie: tidak boleh.

b.      Al-Aini: boleh selama putih susu itu tidak mendominasi. Jika mendominasi, maka tidak boleh. Ini disebut الماء المقيد (Manhal:1/288)

c.       Malik: perubahan yang sedikit sahaja pun sudah memadai untuk air itu tidak boleh digunakan. (Manhal:1/289)

 

 Hukum yang sama melibatkan air yang bercampur dengan cuka dan sebagainya.

 

[3] HUKUM MANDI DAN WUDUK DENGAN AIR BUNGA

 

Ia sama seperti air bidara yang digunakan untuk mandi jenazah. (Manhal:1/289)

 

[4] AIR BERUBAH BAU SEBAB TANAH

 

Air yang berubah bau, rasa dan warna dengan sebab tanah, selut, daun dan sebagainya; ia masih lagi dianggap air mutlak. (Manhal:1/289)

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] MUHAMMAD BIN BASYYAR

مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ

 

Guru Abu Daud ini disebut untuk kali ke-4, iaitu hadis ke-13, 52, 82 dan 86.

 

[5] ABDUL RAHMAN BIN MAHDI (135H-198H)

عَبْدُ الرَّحْمَنِ بن مهدي

 

Nama penuhnya adalah ABDUL RAHMAN BIN MAHDI BIN HASSAN BIN ABDUL RAHMAN AL-‘ANBARI AL-BASRI AL-LU’LUIE. Dipanggil dengan ABU SA’ID AL-‘ANBARI; ada kata AL-AZDI.

 

Dia bermazhab maliki dan merupakan salah seorang murid Imam malik. Amat mengetahui selok belok kitab Muwatta’, serta mahir fatwa-fatwa imam malik. Hal ini kerana, dia lebih cenderung kepada mazhab Ahli Madinah.

 

Dia yang mengasaskan mazhab Maliki di Iraq.

 

AHMAD BIN HANBAL pernah kata, ABDUL RAHMAN BIN MAHDI mempunyai pengetahuan luas berkenaan fiqh, bahkan melebihi YAHYA BIN SAID AL-QATTAN (Yahya lebih cenderung kepada mazhab Kufah).

 

Mula belajar ilmu hadis sewaktu umurnya 10 tahun lebih.

 

Dia dia belajar hadis adalah nasihat dari ABU ‘AMIR AL-AQDI yang melihat ABDUL RAHMAN suka mendengar cerita-cerita. Dia pun pun kata:

لا يحصل في يدك من هؤلاء شيء

Tidak ada sebarang faedah untuk kamu sedikit pun dari cerita-cerita mereka itu.

 

Iaitu, kisah yang mereka cerita itu, entah betul atau tidak.

 

Dia belajar dengan SUFYAN AL-SAURI sekitar tahun 152 hijrah (ada kata: 153, ada kata 154, ada kata 155 dan ada kata 156).

 

Pada tahun 159 hijrah, dia bersama dengan gurunya ke Mekah untuk ibadat Haji, kemudian kembali ke Basrah pada tahun 160 hijrah.

 

Sufyan al-Sauri meninggal dunia di rumahnya.

 

IBN AL-MADINI pernah kata, ada 6 orang yang hampir hilang akalnya (iaitu amat bersyahwat dengan hadis); (1) Yahya, (2) Abdul Rahman bin Mahdi, (3) Waki’ bin al-Jarrah, (4) Sufyan bin Uyaynah, (5) Abu Daud, dan (6) Abdul Razzaq.

 

IBN AL-MADINI pernah kata bahawa ABDUL RAHMAN BIN MAHDI khatam al-Quran setiap dua hari sekali.

 

AYYUB AL-MUTAWAKKIL berkata, kalau kamu mahu agama secara bersanad, hadis secara bersanad, ilmu secara bersanad, datangkan berjumpa dengan ABDUL RAHMAN BIN MAHDI. Jika kamu mahu makan, mendapat penghormatan dan kelapangan, datanglah ke rumah ABDUL RAHMAN BIN MAHDI.

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)                Dianggap siqah oleh BISYKAWAL.

(b)                AL-BAIHAQI kata, dia imam hafiz.

(c)                AHMAD kata, dia siqah antara orang terpilih. Muslim yang soleh. Hafiz bahkan mempunyai kelebihan melebihi WAKI’. Apabila dia ambil hadis dari seseorang, menandakan orang itu adalah hujah.

(d)               AL-ZAHABI kata, dia al-hafiz al-imam al-‘alim.

(e)               AL-WAQIDI kata, siqah dan banyak riwayat hadis.

(f)                 SYAFIE kata, aku tidak tahu apakah ada bandingannya di dunia ini.

(g)                IBN MAIN kata, paling sabat dalam kalangan ulama basrah.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.

 

[4] BISYR BIN MANSUR AL-SULAMI AL-BASRI (180H)

بِشْرُ بْنُ مَنْصُورٍ السلمي البصري

 

Dia dipanggil ABU MUHAMMAD AL-BASRI AL-AZDI, dari keturunan BANI SALAMAH, iaitu dari anak beranak MALIK BIN FAHD.

 

ALI BIN AL-MADINI ada kata, aku tidak pernah nampak orang yang amat takut kepada Allah kecuali BISYR BIN MANSUR. Sebelum dia meninggal dunia, dia sudah gali kubur untuknya. (Tawassut:2/616)

 

KOMENTAR ULAMA:

a) Dianggap SIQAH oleh AL-ZAHABI, AL-NASAIE dan ALI BIN NAS AL-JUHADHMI.

b) AHMAD kata, dia siqah siqah wa ziyadah.

c) Dianggap SIQAH MA’MUN oleh IBN MA’IN & ABU ZUR’AH.

d) NASR AL-JUHADHMI kata, dia sabat dalam hadis.

e) IBN HIBBAN letak Namanya dalam senarai AL-SIQAT dan menyatakan bahawa dia antara ahli ibadat dan ahli kebaikan di basrah. AL-ASQALANI kata, dia soduq ahli ibadat dan zuhud.

f) ABU BAKAR AL-BAZZAR kata, dia sebaik-baik manusia.

 

Dia adalah rijal Muslim, Abu Daud dan al-Nasaie.


Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali pertama, iaitu hadis  86.

 

[3] IBN JURAIJ (80H-150H)

ابْنِ جُرَيْجٍ

 

Nama penuhnya adalah ABDUL MALIK BIN ABDUL AZIZ BIN JURAIJ. Menurut AL-SUN’ANI, dia ada dua gelaran, iaitu ABU AL-WALID dan ABU KHALID.

 

Atba’ al-Tabiin ini seorang ulama hadis, ahli qiraat serta ahli fiqh.

 

Asal keturunannya adalah ROM (Turki).  Dilahirkan di Mekah dan mati di situ.

 

Dia belajar dengan ‘ATA BIN ABI RABAH (27H-114H) selama 17 tahun. Sehinggakan cerita yang paling sabat berkenaan ‘ATA’ adalah dari IBN JURAIJ.

 

Selepas kematian ‘ATA’, dia melazimi pula dengan UMAR BIN DINAR (46H-126H) untuk menuntut ilmu selama 9 tahun.

 

Dia sudah menghimpun hadis-hadis sebelum pembukuan sahih bukhari dan Muslim yang dikenali sebagai السنن في الحديث

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)                Dianggap Siqah oleh AL-IJLI,

(b)               MUHAMMAD BIN UMAR kata, dia siqah dan banyak riwayat hadis.

(c)                ABU ZUR’AH AL-RAZI kata, dia salah seorang imam.

(d)                ‘ATA BIN ABI RABAH (gurunya) pernah kata, ibn Juraij adalah penghulu penduduk Hijaz.

(e)               YAHYA BIN SA’ID AL-ANSARI kata, dia soduq. Jika dia kata: حدثني, itu dia dengar hadis; jika dia kata: أنبأنا atau أخبرني, maka itu dia baca dari guru; kalau dia kata: قال, itu seiras angin.

 

KOMENTAR NEGATIF;

(a)                AL-ZAHABI anggap, hadis yang dia ambil dari AL-ZUHRI ada illat. HAL INI KERANA, dia ambil hadis dari al-Zuhri secara ijazah dan munawalah.

(b)               AHMAD kata, kalau Ibn Juraij kata قال فلان وقال فلان atau أُخبرت; itu bermakna dia ambil dari perawi perawi mungkar. Namun, apabila dia kata, أخبرني atau سمعت; itu bermakna perawi itu boleh diguna pakai.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN;

(a)                IBN HIBBAN kata, dia salah seorang fuqaha’ ahli Hijaz, ahli qiraat dan ahli itqan. Namun, dia sering buat TADLIS.

(b)               AL-ZAHABI kata, dia al-imam al-allamah al-hafiz siqah. Namun, jika dia riwayatkan hadis secara عن, maka itu dia bertadlis.

Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-19 dan 86.

 

[2] ‘ATA’ BIN ABI RABAH (27H-114H)

عَطَاءٍ بن ابي رباح

 

Ulama fiqh tabiin ini dipanggil ABU MUHAMMAD AL-QURASHI.

 

Ada kata, nama betulnya adalah ASLAM BIN SAFWAN AL-MAKKI. Menurut AL-WAQIDI dan AL-FALLAS, umurnya mencecah 88 tahun. Kata IBN ABI LAILA pula, umurnya mencecah 100 tahun.

 

Dia dilahirkan di akhir pemerintahan Saidina Osman di kota TA’IZ تعز, Yaman (di kota Muaz bin Jabal (18H) duduk di yaman), dibesarkan, menuntut ilmu dan mati di Mekah.

 

Dia sempat berjumpa dengan AQIL BIN ABI TALIB dan ABU AL-DARDA’.

 

Dia adalah guru kepada ABU HANIFAH, AYUB AL-SAKHTIYANI, AL-ZUHRI, AL-AWZAIE & sebagainya (manhal:1/288)

 

Daripada KHALID BIN ABI AWFA bahawa ‘ATA’ berkata: aku sempat jumpa seramai 200 orang sahabat nabi. (Bazl:1/183)

 

Antara tabiiin yang paling banyak ambil hadis dari AISYAH, disamping ABU HURAIRAH, UMMU SALAMAH, UMMU HANI’, IBN ABBAS, IBN AMRU, JABIR, IBN AL-ZUBAIR, MUAWIYAH, ABU SA’ID DLL.

 

KOMENTAR ULAMA; (manhal:1/288)

(a)                Dia dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH dan IBN SA’AD.

(b)               IBN SA’AD kata, dia alim dan banyak riwayatkan hadis serta memberikan fatwa di mekah.

(c)                Al-Zahabi kata, dia sabat redha imam dan hujjah untuk ilmu ini.

(d)               IBN HIBBAN nyatakan bahawa dia dari kalangan tabiin yang alim, faqih, warak dan mempunyai kelebihan.

(e)               ABDUL AZIZ BIN RUFAIY’ kata, suatu hari ‘Ata’ ditanya fatwa. Dia jawab: aku tidak tahu. Lalu orang bertanya itu kata: apakah tidak kamu memberikan jawapan hal ini dengan pandangan kamu? Dia jawab: Aku malu beragama di bumi ini dengan pandangan aku.

(f)                 AHMAD pernah bercerita satu kisah panjang yang dia ambil dari ‘Ata; yang ‘Ata’ ambil dari Aisyah. Kata Ahmad: ia tidak boleh dibuat hujah kecuali ‘Ata berkata: aku telah mendengar سمعت

(g)                SULAIMAN BIN HARB pernah cerita bahawa gurunya, QAIS BIN SA’AD tidak hadir majlis ilmu gurunya, ‘ATA. Makanya, Sulaiman pun tanya, kenapa begitu? Jawab QAIS: dia sudah lupa dan berubah hafalannya. (Bazl:1/183)

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 86.