Thursday, March 31, 2022

HADIS 40 (BAB 21)

 

BAB 21

 

بَابُ الِاسْتِنْجَاءِ بِالْحِجَارَةِ

ISTINJAK DENGAN BATU

 

HADIS 40

 

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُور وَ قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَا: حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ  رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا ذَهَبَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْغَائِطِ، فَلْيَذْهَبْ مَعَهُ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ يَسْتَطِيبُ بِهِنَّ، فَإِنَّهَا تُجْزِئُ عَنْهُ

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Apabila salah seorang dalam kalangan kamu pergi buang air besar, maka hendaklah dia membawa tiga batu untuk beristinja, sesungguhnya itu mencukupinya”

 

Status hadis: sahih lighairih

 

PERBAHASAN LAFAZ

 

[1] Perkataan يستطبن asal maknanya adalah membuat perkara menjadi baik. Namun, dalam penggunaan kata dalam hadis ini bersifat kinayah yang memberi maksud membersihkan tempat keluar najis.

 

Apabila digunakan perkataan ini, ia boleh sahaja bermaksud istinjak menggunakan air atau batu. Namun, Kalau guna perkataan استجمار ia khusus untuk batu sahaja.

 

PENJELASAN HADIS

 

Walaupun hadis ini sebut lelaki, Wanita juga termasuk.

 

Hal ini kerana, kaedah usul menyatakan bahawa setiap nas yang menyebut lelaki, maka hukumnya adalah sama juga dengan Wanita, kecuali ada qarinah menyatakan ia khusus untuk Wanita atau lelaki.

 

HUBUNGAN HADIS

 

HADIS ke-39, dijelaskan berkenaan larangan beristinjak menggunakan tulang, tahi kering dan arang bakaran.

 

HADIS ke-40 ini pula, dijelaskan berkenaan istinjak menggunakan batu.

 

PENJELASAN; seakan-akan Imam Abu Daud mahu sempurnakan perbincangan istinjak menggunakan batu yang belum selesai lagi dalam perbahasan hadis ke-7, 8 dan 35 yang lalu.

 

PENGAJARAN

 

[1] KALAU BATU, MESTI TIGA BIJI

 

Tiga biji batu menyamai dengan menggunakan air dengan hilang ain najis. Menggunakan batu itu, jika ada kesan najis, maka itu dimaafkan kerana ia adalah rukhsah.

 

Berlaku khilaf dalam kalangan fuqaha’ berkenaan penggunaan tiga biji batu itu bersifat ta’abbud atau maqasid.

 

Maksud dengan Ta’abbud adalah, sesuatu suruhan itu bersifat ketaatan mutlak tanpa mempunyai sebarang sebab dan logic disebalik amalan tersebut. Ia sama seperti tidak tahu logic disebalik solat zohor dengan 4 rakaat, bilangan 80 sebatan bagi pesalah qazaf dan sebagainya.

 

Adapun maksud MAQASID adalah, sesuatu perbuatan berasaskan kepada sebab-sebab disebalik sesuatu amalan. Contohnya, dalam hal istinjak menggunakan batu, tidak penting soal bilangan biji batu, tetapi yang penting adalah sejauh mana boleh hilangkan kesan najis atau tidak.

 

Dalam hal istinjak menggunakan batu, terdapat dua pendapat ulama berikut;

 

PERTAMA: TA’ABBUD

 

Perlu tiga biji ke atas. Tidak memadai dengan kurang tiga biji batu.  Ini adalah pendapat mazhab Syafie, Hanbali, Abu Sur dan Ishaq.

 

Untuk bersihkan dubur dan qubul untuk istinjak, maka perlu kepada 3 biji batu ke atas.

 

KEDUA: MAQASID

 

Ini adalah pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan Saidina Umar. Pada mereka, tidak semestinya tiga biji. Yang penting adalah bersih.

 

Hanafi berhujah dengan hadis Ibn Mas’ud bahawa Nabi saw ambil dua batu dan buang tahi keras. Dalam hadis itu, tidak disebut bahawa Ibn Mas’ud bawakan batu ketiga.

 

Pengarang kitab AL-MINHAL jawab, hadis Salman adalah perkataan, sedangkan hadis Ibn Mas’ud adalah perbuatan. Apabila bertembung antara perkataan dan perbuatan, maka dahulukan perkataan.

 

Walaubagaimana pun, al-Aini kata, kalau guna dua biji batu, bersihnya masih diragukan. Lebihkan kepada tiga biji batu adalah bertujuan untuk  hasilkan keyakinan hati.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] SA’ID BIN MANSUR (227H)

سَعِيدُ بْنُ مَنْصُور

 

Nama penuhnya SA’ID BIN MANSUR BIN SYU’BAH ABU OSMAN AL-KHURASANI AL-MARUZI AL-TALAQANI الطالقاني

 

Dia dilahirkan di Juzjan yang kini dalam wilayah Afganistan, dan banyak berada di Balkh (kini di Afghanistan) dan berhijrah ke Mekah dan meninggal di situ.

 

Dia adalah guru al-Bukhari, Muslim, Abi Daud, Malik dan Ahmad. Seorang yang terkenal dengan karya SUNAN SA’ID BIN MANSUR dan seorang mufassir.

 

Dia adalah seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[6] QUTAIBAH BIN SA’ID

 قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ

 

Lihat hadis ke-25

 

[5] YAAQUB BIN ABDUL RAHMAN (181H)

 يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ

 

Nama penuhnya YAAQUB BIN ABDUL RAHMAN BIN MUHAMMAD BIN ABDULLAH AL-MADANI AL-ISKANDARANI. Dia juga dikenali dengan nama YAAQUB BIN ABDUL RAHMAN AL-QARI.

 

Dia dilahirkan di Madinah, dan pernah sampai ke Iskandariyyah. Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah kecuali Ibn Majah sahaja.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[4] ABU HAZIM (135/144H)

 أَبو حَازِمٍ

 

Nama sebenarnya adalah SALAMAH BIN DINAR AL-MADANI AL-MAKHZUMI. Dia adalah bekas hamba kepada al-Aswad bin Sufyan al-A’raj al-Madani.


Dia dilahirkan di era Abdullah bin al-Zubair dan Abdullah bin Umar.  Dia terkenal dengan ahli ibadat serta zuhud.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[3] MUSLIM BIN QURT AL-MADANI

 مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ المدني

 

Dia adalah perawi Abu Daud dan al-Nasaie. Dikatakan dia berasal dari Madinah.

 

Ibn Hibban letak dia dalam senarai al-Siqat sebagai atba’ al-Tabi’in.

 

Didapati tidak ada yang riwayatkan darinya selain Abu Hazim sahaja. dengan sebab itu, dia dianggap MAJHUL AL-AIN.

 

Imam Al-Sayuti pula kata, tidak diketahui berkenaannya kecuali dia riwayatkan hadis dari Urwah sahaja.

 

al-Zahabi kata, tidak ma’ruf, sedangkan Al-Daraqutni kata, dia hasan.

 

[2] URWAH BIN AL-ZUBAIR (23H-94H)

 عُرْوَةَ بن الزبير

 

[1] AISYAH BINTI ABI BAKAR AL-SIDDIQ (19SH-58H)

عَائِشَةَ بنت ابي بكر الصديق

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD ABU DAUD

 

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ

 

[2] STATUS HADIS: SAHIH LIGHAIRIH

 

Hadis ini, asalnya doif dengan alasan berikut;

A.                  MUSLIM BIN QURT adalah perawi MAJHUL.

B.                  Tafarrud pada ABU HAZIM

 

Justeru, jadi SAHIH LIGHAIRIH dengan alasan berikut;

 

A.                  Matan hadis ini sama dengan matan hadis ke-7; hadis salman.

B.                  Sama dengan matan hadis ke-8; hadis Abu Hurairah.

C.                  Sama dengan matan hadis ke-35; hadis abu Hurairah.

D.                 dari ABU AYUB AL-ANSARI bahawa Nabi saw ada bersabda:

 

إِذَا تَغَوَّطَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَمَسَّحْ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ، فَإِنَّ ذَلِكَ كَافِيهِ

“Apabila seseorang kamu buang air besar, maka hendaklah dia sapu (istinjak) dengan tiga biji batu. Maka itu memadai” (al-Tibrani, al-Mukjam al-Awsat, hadis no: 3146(

 

DIKUATKAN LAGI:

 

A.                  Muslim bin Qurt: dalam senarai siqah Ibn Hibban.

B.                  Al-Nawawi kata, hadis ini sahih.

C.                  Al-Daraqurtni kata, hadis ini hasan.

D.                 Arnaut juga menganggap hadis ini SAHIH LIGHAIRIH.

 

[3] SANAD LAIN

 

A.                  Dalam Sanad al-Nasaie (44)

أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ،

 

PENJELASAN: Dalam Nasaie, Qutaibah ambil hadis dari ABDUL AZIM BIN ABI HAZIM, sedangkan dalam Abu Daud, Qutaibah ambil dari YAA’QUB BIN ABDUL RAHMAN

 

B.                  Sanad Ahmad bin Hambal (697)

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا

 

[4] KOMENTAR ULAMA:

 

Kitab AL-MANHAL menyatakan bahawa tidak diketahui hadis ini kecuali dari sanad ini sahaja.

 

AL-DARAQUTNI pula menyatakan, sanadnya sahih lagi hasan. Namun, al-Saharanpuri kata, kesimpulan al-Daraqutni ini pelik.

 

ALBANI menganggap hadis ini SAHIH dengan hujah-hujah yang hampir sama dengan di atas.

 

TAKHRIJ

 

Al-Nasaie (Kubra-42), Ahmad (24771, 25013)

 

Wednesday, March 30, 2022

HADIS 39

 

HADIS 39

 

حَدَّثَنَا حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ الْحِمْصِيّ  حَدَّثَنَا ابْنُ عَيَّاشٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي عَمْرٍو السَّيْبَانِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الدَّيْلَمِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَدِمَ وَفْدُ الْجِنِّ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالُوا: يَا مُحَمَّدُ: انْهَ أُمَّتَكَ أَنْ يَسْتَنْجُوا بِعَظْمٍ أَوْ رَوْثَةٍ أَوْ حُمَمَةٍ، فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى جَعَلَ لَنَا فِيهَا رِزْقًا، قَالَ: «فَنَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ»

Telah datang utusan jin kepada Rasulullah saw. Utusan jin itu berkata: "Wahai Muhammad, laranglah umatmu untuk beristinja dengan tulang, atau najis binatang atau arang kerana Allah telah menjadikan semua itu sebagai rezeki kami" Maka Rasulullah saw pun melarang umatnya daripada melakukan demikian”


status hadis: sahih


PERBAHASAN LAFAZ

 

[1] maksud dengan perkataan وفد adalah bilangan anggaran dari 3 hingga bilangan 7 atau 9 orang.

 

[2] Perkataan الجن asal maknanya adalah tutup. Makhluk bernama jin ini adalah kerana dia tertutup dari pandangan manusia. (Kupasan berkenaan Jin, sudah dibahas dalam hadis ke- 29)

 

[3] Jin antara makhluk yang mukallaf, sama seperti manusia. Mereka salah satu dari umat Nabi Muhammad saw yang jika taat, diberikan syurga; jika ingkar, diberikan azab.

 

PENJELASAN HADIS

 

[1] Dalam kitab Bazl al-Majhud, dikatakan bahawa jin yang datang jumpa Nabi saw itu jin dari keturunan نصيبين yang mereka datang jumpa Nabi sebelum Hijrah, iaitu ketika Nabi mahu masuk mekah ketika pulang dari Taif.

 

[2] Dalam hadis disebut bahawa mereka panggil nabi: Wahai Rasulullah. Gambaran mereka memberi penghormatan kepada nabi.

 

HUBUNGAN HADIS

 

HADIS ke-38, nabi melarang dari istinjak menggunakan tahi binatang dan tulang.

 

HADIS ke-39 ini pula, dijelaskan bahawa tulang itu adalah makanan jin, sedangkan tahi binatang pula adalah makanan kenderaan dalam kalangan jin.

 

PENGAJARAN

 

[1] JIN MASUK ISLAM

 

Dalam hadis—daripada Abdullah bin Abbas berkata:

 

 "انْطَلَقَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي طَائِفَةٍ مِنْ أَصْحَابِهِ عَامِدِينَ إِلَى سُوقِ عُكَاظٍ، وَقَدْ حِيلَ بَيْنَ الشَّيَاطِينِ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ، وَأُرْسِلَتْ عَلَيْهِمُ الشُّهُبُ، فَرَجَعَتِ الشَّيَاطِينُ إِلَى قَوْمِهِمْ، فَقَالُوا: مَا لَكُمْ؟ فَقَالُوا: حِيلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ، وَأُرْسِلَتْ عَلَيْنَا الشُّهُبُ، قَالُوا: مَا حَالَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ إِلَّا شَيْءٌ حَدَثَ، فَاضْرِبُوا مَشَارِقَ الأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا، فَانْظُرُوا مَا هَذَا الَّذِي حَالَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ، فَانْصَرَفَ أُولَئِكَ الَّذِينَ تَوَجَّهُوا نَحْوَ تِهَامَةَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ بِنَخْلَةَ عَامِدِينَ إِلَى سُوقِ عُكَاظٍ، وَهُوَ يُصَلِّي بِأَصْحَابِهِ صَلاَةَ الفَجْرِ، فَلَمَّا سَمِعُوا القُرْآنَ اسْتَمَعُوا لَهُ، فَقَالُوا: هَذَا وَاللَّهِ الَّذِي حَالَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ، فَهُنَالِكَ حِينَ رَجَعُوا إِلَى قَوْمِهِمْ، وَقَالُوا: يَا قَوْمَنَا: {إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا، يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ، فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا} [الجن: 2] ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَلَى نَبِيِّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الجِنِّ} [الجن: 1] وَإِنَّمَا أُوحِيَ إِلَيْهِ قَوْلُ الجِنِّ " – البخاري, 773

"Nabi SAW bersama sekelompok sahabat berangkat menuju pasar 'Ukazh. Saat itu telah ada penghalang antara syaitan dan berita-berita langit dimana telah dikirim kabut kepada syaitan sebagai penghalang. Maka syaitan-syaitan kembali menemui kaumnya, lalu kaumnya berkata: "Apa yang terjadi dengan kamu?"

 

Syaitan-syaitan tersebut menjawab:  "Telah ada penghalang antara kita dan berita-berita langit dengan dikirimnya kabut”

 

Kaumnya berkata: "Tidak ada penghalang antara kamu dan berita-berita langit kecuali telah ada sesuatu yang terjadi. Pergilah kamu ke seluruh penjuru timur bumi dan baratnya, lalu perhatikanlah apa penghalang yang ada antara kamu dan berita-berita langit!"

 

Maka berangkatlah syaitan-syaitan yang ada di Tihamah untuk mendatangi Nabi saw dan para sahabat baginda yang sedang berada di pasar 'Ukazh.  Ketika itu, baginda dan para sahabat sedang melaksanakan solat fajar.

 

Ketika syaitan-syaitan itu mendengar Al-Quran, mereka menyimaknya dengan baik hingga mereka pun berkata: "Demi Allah, inilah yang menjadi penghalang antara kamu dan berita-berita langit”, dan perkataan ini pula yang disampaikan ketika mereka kembali kepada kaum mereka.

 

Lantas mereka berkata kepada kaumnya: "Wahai kaum, sesungguhnya kita telah mendengarkan Al-Quran yang menakjubkan. (Yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seseorangpun dengan Tuhan kami) ' (Surah Al-Jin: 1-2).

 

Maka kemudian Allah menurunkan wahyu kepada Nabi-Nya: “(Katakanlah (hai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadamu: telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al-Qur'an)) (Surah Al-Jin: 1), iaitu  diwahyukan kepada beliau perkataan jin”

 

[2] JIN MINTA MAKANAN TAMBAHAN

 

Dalam hadis—dapada ‘Amir yang bertanya kepada Alqamah, apakah Ibn Mas’ud bersama dengan nabi pada malam baginda berjumpa dengan Jin;

 

عَنْ عَامِرٍ، قَالَ: سَأَلْتُ عَلْقَمَةَ هَلْ كَانَ ابْنُ مَسْعُودٍ شَهِدَ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ الْجِنِّ؟ قَالَ: فَقَالَ عَلْقَمَةُ، أَنَا سَأَلْتُ ابْنَ مَسْعُودٍ فَقُلْتُ: هَلْ شَهِدَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ الْجِنِّ؟ قَالَ: لَا وَلَكِنَّا كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللهِ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَفَقَدْنَاهُ فَالْتَمَسْنَاهُ فِي الْأَوْدِيَةِ وَالشِّعَابِ. فَقُلْنَا: اسْتُطِيرَ أَوِ اغْتِيلَ. قَالَ: فَبِتْنَا بِشَرِّ لَيْلَةٍ بَاتَ بِهَا قَوْمٌ فَلَمَّا أَصْبَحْنَا إِذَا هُوَ جَاءٍ مِنْ قِبَلَ حِرَاءٍ. قَالَ: فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللهِ فَقَدْنَاكَ فَطَلَبْنَاكَ فَلَمْ نَجِدْكَ فَبِتْنَا بِشَرِّ لَيْلَةٍ بَاتَ بِهَا قَوْمٌ. فَقَالَ: «أَتَانِي دَاعِي الْجِنِّ فَذَهَبْتُ مَعَهُ فَقَرَأْتُ عَلَيْهِمُ الْقُرْآنَ» قَالَ: فَانْطَلَقَ بِنَا فَأَرَانَا آثَارَهُمْ وَآثَارَ نِيرَانِهِمْ وَسَأَلُوهُ الزَّادَ فَقَالَ: " لَكُمْ كُلُّ عَظْمٍ ذُكِرَ اسْمُ اللهِ عَلَيْهِ يَقَعُ فِي أَيْدِيكُمْ أَوْفَرَ مَا يَكُونُ لَحْمًا وَكُلُّ بَعْرَةٍ عَلَفٌ لِدَوَابِّكُمْ. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَلَا تَسْتَنْجُوا بِهِمَا فَإِنَّهُمَا طَعَامُ إِخْوَانِكُمْ»  - مسلم, 450

 

Daripada Amir berkata: "Saya bertanya kepada Alqamah, 'Apakah dahulu Ibnu Mas'ud menyaksikan bersama Rasulullah saw malam jin?”

 

 Perawi berkata: 'Lalu Alqamah berkata: 'Aku bertanya Ibnu Mas'ud, lalu aku berkata: “Apakah salah seorang dari kamu hadir bersama Rasulullah saw pada malam jin?”

 

Dia menjawab: “Tidak, akan tetapi kami pernah pada suatu malam bersama Rasulullah, lalu kami kehilangan baginda sehingga kami mencarinya di lembah dan setapak lereng gunung.

 

Kami pun berkata: “Jin membawanya pergi atau membunuhnya secara sembunyi-sembunyi”

 

Maka kami bermalam dengan malam yang amat buruk yang para sahabat turut bersama melalui malam itu. Pada pagi harinya, tiba-tiba beliau datang dari arah Hira'.

 

Perawi berkata: "Kami berkata, 'Wahai Rasulullah, kami telah kehilanganmu, lalu mencarimu, maka kami tidak mendapatkanmu hingga kami bermalam pada malam yang buruk yang para sahabat turut bersama melalui malam-malam itu”

 

Baginda menjawab: “ada seekor jin datang jumpa aku, maka aku pergi bersamanya. Di sana, aku membaca Al-Quran di hadapan mereka”.

 

 Perawi berkata: “Lalu Baginda beranjak pergi bersama kami untuk menunjukkan jejak-jejak mereka dan jejak perapian mereka. Dan mereka meminta kepadanya bekal, maka beliau bersabda: “Kamu mendapatkan setiap tulang yang disebutkan nama Allah atasnya (ketika disembelih), yang mana di tangan kamu lebih banyak menjadi daging dan setiap najis haiwan adalah makanan untuk haiwan tunggangan kamu”.

 

Rasulullah saw pun bersabda: “Maka janganlah kamu beristinja dengan keduanya (maksudnya najis  haiwan dan tulang), kerana keduanya adalah makanan saudara kamu (jin)"

 

[3] USAHA HINDARI MUDHARAT DAN CAPAI MANFAAT

 

Jin minta agar makanan mereka dihormati dari umat Nabi. Ia adalah dalil bahawa tidak salah jika manusia minta agar mereka dihormati.

 

Lihat hadis sebelum ini (istinjak dengan tulang dan tahi—hadis ke-36 dan hadis ke-38)

 

[4] ISTINJA’ DENGAN SESUATU YANG MULIA

 

Dalam hal ini, ada beberapa katagori berikut;

 

A.                  MAKANAN MANUSIA DAN BINATANG

 

Dalam hadis—Tahi binatang itu adalah makanan bagi kenderaan Jin.

 

Justeru, perlu hormat juga makanan binatang juga.

 

Jika makanan jin dan binatang pun perlu dihormati, maka sudah pasti perlu hormati makanan manusia.

 

Justeru, haram beristinjak menggunakan roti, daging dan sebagainya.

 

B.                  BARANG KEMAS

 

Islam memang tidak pandang mulia dengan emas dan perak, tetapi tidak bermakna islam benarkan ia dihina. Justeru, dilarang juga beristinjak menggunakan emas dan perak. Apatah lagi, ia mempunyai nilai yang mampu digunakan untuk belian.

 

C.                  BUKU DAN SEBAGAINYA

 

Termasuk juga perkara yang dilarang adalah kertas yang digunakan untuk ditulis dan sebagainya.

 

[5] NAJIS TIDAK BOLEH DISUCIKAN DENGAN NAJIS JUGA

 

Menurut kitab al-Manhal, hadis ini dijadikan sandaran Ibn Hajar al-Asqalani yang menyatakan bahawa najis tidak boleh digunakan untuk membersihkan kotoran najis.

 

Ia termasuk dalam maksud kaedah: sesuatu mudharat tidak boleh dihindari dengan mudharat juga.

 

Contohnya, seseorang yang tercekik makanan yang membahayakan nyawa. Dia tidak boleh untuk selamatkan nyawanya itu dengan dia minum racun. Hal ini kerana, tindakan itu adalah usaha untuk hindari mudharat (tercekik) dengan melakukan mudharat yang lain (minum racun).

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] HAYWAH BIN SYURAIH AL-HIMSHI (224H)

حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ الْحِمْصِيُّ

 

Nama penuh ABU AL-ABBAS HAYWAH BIN SYURAIH BIN YAZID AL-HADHRAMI AL-HIMSHI.

 

Dia adalah guru al-Bukhari dan Abi Daud, serta rijal al-Tarmizi dan Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

PERINGATAN: Ada satu lagi mempunyai nama HAYWAH BIN SYURAIH juga, tetapi nama penuhnya adalah ABU ZUR’AH HAYWAH BIN SYURAIH BIN SOFWAN AL-TUJIBI AL-MISRI.

 

Dia adalah orang mesir, sedangkan perawi ini adalah orang syam. Dia meninggal tahun 158 hijrah, sedangkan perawi ini meninggal tahun 224 hijrah.

 

[4] ISMAIL BIN ‘AYYASH (108H-181H)

 اسماعيل ابْنُ عَيَّاشٍ

 

Ulama hadis dari syam ini, nama penuhnya adalah ABU ‘UTBAH ISMAIL BIN ‘AYYASH BIN SULAIM AL-HIMSHI الحمصي.

 

Ulama yang mensiqahkan dia adalah Imam al-Bukhari, Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Ma’in, Ibn ‘Adi dan kalangan ulama syam. Namun, penduduk al-Hijaz menganggap dia doif. Bahkan, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah meriwayatkan hadis darinya.

 

Dia diakui sabat semasa dia berada di Syam. Tetapi, selepas dia berpindah—keluar dari syam, didapati banyak berlaku idhtirab dan kesalahan pada riwayatnya. Dianggap sebagai ikhtilat.

 

Ini menurut apa yang disebut oleh ramai ulama hadis; antaranya adalah Abu Ahmad al-Hakim, Abu Ahmad bin ‘Adi al-Jurjani, Abu Ishaq al-Fazzari, Abu al-Qasim bin Bisykawal, Abu Bishr al-Dulabi, abu Bakar al-Baihaqi, Abu Ja’far al-‘Uqaili, Ibn al-Jawzi, Abu Hatim bin Habban al-Basti, Abu Zur’ah al-Razi, Ahmad bin Hanbal, al-Nasaie, Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Hakam bin Nafi’ al-Bahrani, al-Duhaim al-Dimasyqi, Ali bin al-Madini, Amru bin al-Fallas, al-Bukhari, Muhammad bin Abdullah al-Barqi, Osman bin Abi Syaibah, Yaaqub bin Syaibah al-Sadusi.

 

Justeru, riwayatnya sahih jika dia riwayatkan itu semasa dia di Syam. Tetapi, selepas dia berpindah dari Syam, maka hadisnya tidak boleh dibuat hujah.

 

[3] YAHYA BIN ABI AMRU AL-SYAIBANI (63H-158H)

 يَحْيَى بْنِ أَبِي عَمْرٍو السَّيْبَانِيِّ

 

Ulama hadis berasal dari Ramallah, Palestine ini digelar sebagai ABU ZUR’AH AL-HIMSHI. Bahkan ada juga menyebut YAHYA BIN ZUR’AH.

 

Digelar AL-SAIBANI kerana nisbah kepada satu etnik arab dari keturunan SAIBAN BIN AL-GHAUS BIN SA’AD AL-SYAMI.

 

Dia adalah rijal Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah. Riwayatnya tidak didapati dalam al-Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi.

 

Dia adalah perawi sahih, tetapi sering mursal pada riwayat sahabat. Justeru itu, riwayatnya diterima kecuali jika dalam riwayat itu digambarkan dia ambil dari sahabat.

 

[2] ABDULLAH BIN AL-DAILAMIY (90H)

عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الدَّيْلَمِيِّ

 

Nama penuhnya adalah ABU BISYR (ada kata: ABU BUSR) ABDULLAH BIN AL-DAILAMIY BIN FAIRUZ AL-MAQDASI.

 

Seorang ulama syam di era Tabiin yang pernah sampai ke Basrah, al-Dailam dan Palestine.

 

Namanya ada dalam kutub al-Sunan kecuali kecuali al-Bukhari dan muslim sahaja. Dia dianggap siqah oleh Ibn Ma’in, al-Ijli dan Ibn Hibban.

 

Dia adalah perawi siqah dan sahih.

 

[1] ABDULLAH BIN MAS’UD (31SH-32H)

 عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ

 

Antara sahabat yang dilahirkan di Mekah. Dia adalah sahabat yang ke-23 terawal memeluk Islam, iaitu semasa di Mekah.

 

Di awal dia memeluk Islam, dia adalah orang yang mula-mula baca al-Quran secara kuat di hadapan Quraish semasa di mekah.

 

Masa hijrah ke Madinah, Nabi saudarakan dia dengan beberapa orang; (1) Zubair bin al-Awwam, (2) Anas bin Malik, (3) Mu’az bin Jabal, dan (4) Sa’ad bin Muaz.

 

Dia terlibat dua hijrah; hijrah ke Habsyah dan hijrah ke Madinah. semasa di Madinah, dia terlibat dalam perang badar.

 

Badannya kurus, rendah, rambut tidak ada uban, mata nampak hitam sebab kerap menangis, dan terkenal dengan kemahiran dalam bidang al-Quran. Dalam hadis bahawa Abdullah bin Mas’ud pernah berkata:

وَاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ، مَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ إِلَّا أَنَا أَعْلَمُ أَيْنَ أُنْزِلَتْ، وَلاَ أُنْزِلَتْ آيَةٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ إِلَّا أَنَا أَعْلَمُ فِيمَ أُنْزِلَتْ، وَلَوْ أَعْلَمُ أَحَدًا أَعْلَمَ مِنِّي بِكِتَابِ اللَّهِ، تُبَلِّغُهُ الإِبِلُ لَرَكِبْتُ إِلَيْهِ

“Demi Allah bahawa tiada tuhan selainNya. Tidak turun sesuatu surah dari kitabullah kecuali aku pasti tahu di mana ia diturunkan; tidak turut satu ayat dari kitabullah kecuali aku tahu sebab apa ia diturunkan. Kalau aku tahu ada seseorang yang lebih mengetahui berkenaan Kitabullah berbanding aku, pasti akan tunggang unta untuk aku sampai kepada orang itu” (al-Bukhari, hadis no: 5002)

 

Dalam hadis diceritakan bahawa Nabi saw pernah suruh dia bacakan al-Quran kepada Baginda. Abdullah Bin Mas’ud berkata bahawa Nabi saw ada berkata kepada aku:

Al-Bukhari ada meriwayatkan;

 

«اقْرَأْ عَلَيَّ» قُلْتُ: آقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ؟ قَالَ: «فَإِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِي» فَقَرَأْتُ عَلَيْهِ سُورَةَ النِّسَاءِ، حَتَّى بَلَغْتُ: {فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا} [النساء: 41] قَالَ: «أَمْسِكْ» فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ

 

“bacakan kepadaku” Aku berkata: “apakah layak aku bacakan al-Quran kepada kamu, walhal al-Quran diturunkan kepada kamu?” kata Nabi: Aku suka mendengar dari orang selainku membacanya”. Aku pun baca surah al-Nisa’ hingga sampai pada ayat: Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?” berkata Nabi: “berhenti”. Didapati berlinang air dari dua mata Nabi” (Al-Bukhari, hadis no: 4582| muslim, hadis no: 800)

 

Dalam hadis juga ada disebut bahawa Nabi puji bacaan Ibn Mas’ud. Ibn Majah riwayatkan;

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ، أَنَّ أَبَا بَكْرٍ، وَعُمَرَ، بَشَّرَاهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَقْرَأَ الْقُرْآنَ غَضًّا كَمَا أُنْزِلَ، فَلْيَقْرَأْهُ عَلَى قِرَاءَةِ ابْنِ أُمِّ عَبْدٍ»

Daripada Ibn Mas’ud bahawa Abu Bakar dan Umar memberi berita gembira kepadanya bahawa Rasulullah berkata: Barangsiapa yang mahu membaca al-Quran sama seperti ia diturunkan, maka hendaklah dia membacanya seperti bacaan Ibn Umm ‘Abd (Abdullah bin Mas’ud)” (Ibn Majah, hadis no: 138)

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD HADIS

 

حَدَّثَنَا حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ الْحِمْصِيُّ، حَدَّثَنَا ابْنُ عَيَّاشٍ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي عَمْرٍو السَّيْبَانِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الدَّيْلَمِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ

 

[2] STATUS HADIS: SAHIH

 

Ramai ulama anggap hadis ini doif, antaranya adalah al-Baihaqi dan al-Daraqutni. Namun, apabila diteliti alasan mereka anggap hadis ini doif hanya kerana perawi bernama ISMAIL BIN ‘AYYASH dianggap sebagai doif kerana idhtirab berlaku dalam hadis riwayatnya.

 

Namun begitu, didapati yang ambil hadis darinya adalah HAYWAH BIN AL-SYURAIH AL-HIMSHI yang merupakan seorang ulama SYAM. Ini bermakna, tidak tepat dianggap doif kerana ISMAIL BIN ‘AYYASH mula idhtirab setelah dia berhijrah dari Syam, sedangkan hadis ini, dia riwayatkan kepada orang Syam.

 

Jika dilihat dari sudut dia semasa di syam, dia diakui siqah dan sahih oleh ramai ulama besar seperti al-Bukhari, Ahmad bin Hanbal dan Ibn Ma’in

 

Tambahah pula, matan hadis ini terdapat dalam banyak kitab-kitab hadis yang sanadnya sahih.

 

Antara ulama yang menganggap hadis ini sahih adalah ALBANI, tetapi terdapat pendapat yang mengatakan ia doif, iaitu ARNAUT. Menurut al-Baihaqi pula, walaupun yang mengambil hadis dari ISMAIL adalah ulama syam, tetapi dia bukan orang yang kuat.

 

Dakwaan ini agak kurang tepat, kerana perawi Syam itu adalah Haywah bin Syuraih al-Himshi merupakan guru Imam al-Bukhari dan Imam Abu Daud, bahkan dia adalah rijal al-Tarmizi dan Ibn Majah.

 

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa pendapat yang mengatakan hadis ini sahih lebih kuat berbanding yang mengatakan doif.

 

MUTABA-AH DAN SYAWAHID MATAN

 

Andai dianggap DOIF pada SANAD hadis ini, ternyata kandungan matan hadis ada ada syawahid berikut;

 

[A] hadis ini menyebut bahawa jin berjumpa dengan Nabi dan membuat permintaan.

 

Hal ini ada dalam hadis riwayat Muslim, hadis no: 450 yang akan disebutkan di bahagian pengajaran.

 

[B] Jin membuat permintaan agar manusia dari kalangan umat Nabi Muhammad saw tidak beristinja’ dengan tiga perkara; iaitu, tahi kering, tulang dan arang bakar.

 

Pada dua perkara, terdapat banyak riwayat seperti dalam hadis ke-7, hadis ke-36 dan hadis ke-38.

 

Namun, berkenaan Jin makan arang bakar, terdapat mutaba-ah, iaitu al-Daraqutni (150) yang sanadnya seperti berikut;

عن موسي بن علي بن رباح عن ابيه عن ابن مسعود

 

Sanad hadis ini dikritik oleh ARNAUT dengan alasan bahawa tidak ada bukti Ali ada DENGAR hadis dari IBN MAS’UD.

 

Kritikan itu dibantah kerana pengarang kitab AL-MANHAL (Mahmud Muhammad Khattab al-Subki) dengan menyatakan, para ulama sepakat bahawa sesuatu riwayat itu diterima bukan semestinya didapati dengar, bahkan jika ada KEMUNGKINAN DENGAR pun sudah memadai, iaitu apabila berjaya dibuktikan mereka bertemu. Apatah lagi, ALI BIN RABAH lahir tahun 15 Hijrah, sedangkan IBN MAS’UD mati tahun 32 Hijrah.

 

Dengan alasan ini, dapat diterima bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa jin makan arang bakar.

 

TAKHRIJ

 

Al-Baghawi (180), al-Daraqutni (149), al-Tibrani (musnad al-Syamiyin-872), Muslim (450), al-Tarmizi (18), al-Nasaie (al-Kubra-39).