BAB 19 |
بَابُ
الِاسْتِتَارِ فِي الْخَلَاءِ
“BERTUTUP DALAM TANDAS”
HADIS 35 |
حَدَّثَنَا
إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى الرَّازِيُّ أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ
ثَوْرٍ عَنِ الْحُصَيْنِ الْحُبْرَانِيِّ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«مَنِ اكْتَحَلَ فَلْيُوتِرْ، مَنْ فَعَلَ فَقْدَ أَحْسَنَ، وَمَنْ لَا فَلَا
حَرَجَ، وَمَنْ اسْتَجْمَرَ فَلْيُوتِرْ، مَنْ فَعَلَ فَقَدْ أَحْسَنَ، وَمَنْ لَا
فَلَا حَرَجَ، وَمَنْ أَكَلَ فَمَا تَخَلَّلَ فَلْيَلْفِظْ، وَمَا لَاكَ
بِلِسَانِهِ فَلْيَبْتَلِعْ، مَنْ فَعَلَ فَقَدْ أَحْسَنَ وَمَنْ لَا فَلَا
حَرَجَ، وَمَنْ أَتَى الْغَائِطَ فَلْيَسْتَتِرْ، فَإِنْ لَمْ يَجِدْ إِلَّا أَنْ
يَجْمَعَ كَثِيبًا مِنْ رَمْلٍ فَلْيَسْتَدْبِرْهُ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَلْعَبُ
بِمَقَاعِدِ بَنِي آدَمَ، مَنْ فَعَلَ فَقَدْ أَحْسَنَ وَمَنْ لَا فَلَا حَرَجَ»
“Barangsiapa bercelak, hendaklah dia melakukannya
dengan ganjil, barangsiapa yang melakukannya maka dia telah berbuat baik, dan
barangsiapa yang tidak melakukannya maka tidak ada dosa baginya. Barangsiapa
yang beristinja dengan batu hendaklah dia melakukannya dengan ganjil,
barangsiapa yang melakukannya maka dia telah berbuat baik dan barangsiapa yang
tidak melakukannya maka tidak ada dosa baginya. Barangsiapa yang makan, maka
apa yang menyangkut hendaklah dia membuangnya, dan yang dapat dilepas oleh
lidah hendaknya dia menelannya, Barangsiapa yang melakukannya maka dia telah
berbuat baik dan barangsiapa yang tidak melakukannya maka tidak ada dosa
baginya. Barangsiapa mendatangi tempat buang air maka hendaklah dia mengambil
penutup, dan jika tidak menemukan kecuali dengan mengumpulkan sebonggol pasir,
maka hendaklah dia membelakanginya, kerana syaitan bermain-main di tempat duduk
anak Adam. Barangsiapa yang melakukannya maka dia telah berbuat baik dan
barangsiapa yang tidak melakukannya maka tidak ada dosa baginya”
Status
hadis: doif
HUBUNGAN HADIS |
Dalam
hadis ke-33 dan 34, Aisyah menjelaskan bahawa nabi saw guna tangan kanan
dalam hal bersuci. Tangan kiri pula dalam hal qadha’ hajat.
Dalam hadis ke-35 ini pula, dijelaskan bahawa semasa
qadha’ hajat, perlu tertutup dari kelihatan Aurat. Hal ini sebenarnya
melengkapkan lagi perbahasan dalam hadis ke-22 yang lalu.
PENJELASAN HADIS |
Dari
sudut sanad, hadis ini doif dan tidak boleh dijadikan sandaranya hukum. Namun,
dari sudut matan, ada beberapa perkara yang dikuatkan dengan hadis-hadis yang
lain, iaitu seperti berikut;
Pertama:
berkenaan memakai celak, hal ini dikuatkan dengan hadis yang lain.
Kedua:
berkenaan istinjak yang tidak mengapa jika kurang tiga biji. Hal ini tidak
dikuatkan oleh sebarang hadis. Makanya, sudut ini dikekalkan doif dan tidak
boleh dibuat hujah.
Ketiga:
berkenaan congkel makanan celah gigi. hal ini tidak dikuatkan dengan sebarang
hadis. Justeru, kekal sebagai doif.
Keempat:
qadha’ hajat dalam keadaan terhindar dari kelihatan aurat. Hal ini dikuatkan
dengan hadis-hadis yang lain, seperti hadis ke-22 yang lalu.
Kelima:
Syaitan bermain-main di tempat duduk manusia. hal ini bercanggah pula dengan
hadis yang sahih bahawa Syaitan berkumpul di tempat najis. Justeru, sudut ini
kekal doif dan tidak boleh dijadikan sandaran hujah.
PENGAJARAN |
Ada beberapa perbahasan berkenaan hukum yang diambil
dari hadis ini adalah seperti berikut;
[1] PAKAI CELAK
Apabila disebut boleh bercelak, ini menjadi dalil
bahawa hukum celak adalah harus; sudah pasti tidak boleh sama dengan orang
sambung rambut dan cacak gigi yang diharamkan.
HAL-HAL PENTING BERKENAAN BERCELAK
Pertama,
Nabi suruh pakai celak dengan jenama ISMID dan kelebihannya adalah mencerahkan
mata serta menumbuhkan bulu mata.
Dalam
hadis—daripada Ibn Abbas bahawa nabi saw bersabda:
اكْتَحِلُوا
بِالإِثْمِدِ فَإِنَّهُ يَجْلُو البَصَرَ، وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ
“pakailah celak dengan ISMID, kerana ia boleh
mencerahkan mata dan boleh menumbuhkan bulu mata” (al-Tarmizi, hadis no: 1757)
Kedua,
Pakai sebelum
tidur.
Ibn al-Qayyim mencadangkan agar pasai celak pada waktu
malam, iaitu untuk tidur. Hal ini melihat kepada hadis:
كَانَ
يَكْتَحِلُ بِالْإِثْمِدِ كُلَّ لَيْلَةٍ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ وَكَانَ يَكْتَحِلُ
فِي كُلِّ عَيْنٍ ثَلَاثَةَ أَمْيَالٍ
“Nabi saw sentiasa pakai celak jenama ISMID pada
setiap malam sebelum baginda tidur. Baginda selalu pakai celak pada setiap mata
dengan tiga kali kayu” (Hadis ini dianggap hasan oleh al-Tarmizi dan dijadikan
hujah oleh al-Syaukani dalam kitab al-Nail)
Ketiga, Nabi
tidak suruh pakai dengan menggukana tiga kayu (bilangan ganjil)
Dalam
hadis—daripada Ibn Abbas berkata:
أَنَّ
النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - كَانَتْ لَهُ مُكْحَلَةٌ
يَكْتَحِلُ مِنْهَا كُلَّ لَيْلَةٍ ثَلَاثَةً فِي هَذِهِ وَثَلَاثَةً فِي هَذِهِ
“Nabi saw sentiasa pakai celak—setiap malam tiga pada
mata ini (kanan), dan tiga pada mat aini (kiri)” (Ibn Majah, Tarmizi dan Ahmad;
dijadikan sandaran oleh al-Syaukani dalam al-Nail)
[2] ISTINJAK DENGAN BATU KURANG TIGA BIJI
Dalam perbincangan hadis ke-7 yang lalu,
sudah dijelaskan hukum beristinjak menggunakan bilangan batu kurang tiga biji.
Hadis ini dijadikan sandaran Mazhab Hanafi
yang mengatakan bahawa istinjak menggunakan batu sudah sah, jika kadar bilangan
batu itu kurang tiga biji.
Namun, hujah Hanafi dengan hadis ini
dibantah oleh Majoriti ulama dengan alasan bahawa hadis ini doif.
[3] MAKANAN MELEKAT CELAH GIGI
Hal ini tidak sabit dalam hadis yang
sahih. Justeru, tidak ada sebrang hukum syariah berkenaan mencongkel gigi, sama
ada dengan sesuatu alat atau dengan lidah.
[4] BERTUTUP DENGAN BONGGOL PASIR KETIKA
QADHA’ HAJAT.
Hindari dari kelihatan aurat semasa Qadha’
Hajat, hal ini sudah dikupas dalam hadis ke-14 dan 22; serta hadis ke-15.
[5] SYAITAN BERMAIN TEMPAT DUDUK ANAK ADAM
Dalam matan hadis ini, disebut:
فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَلْعَبُ بِمَقَاعِدِ
بَنِي آدَمَ
“Sesungguhnya syaitan bermain di tempat duduk Bani
Adam”
Ungkapan hadis ini bersifat umum, iaitu di mana sahaja
ada anak adam, maka di situ ada syaitan yang bermain-main. Hal ini seakan-akan
menyanggahi hadis sahih; antaranya yang sudah dikupas dalam hadis ke-6 yang lalu—syaitan
berkerumun di tempat kewujudan Najis.
BIOGRAFI PERAWI |
[6] IBRAHIM BIN MUSA BIN YAZID BIN ZHAZAN ABU ISHAQ
AL-TAIMI AL-RAZI (220H)
إِبْرَاهِيمُ
بْنُ مُوسَى بن يزيد بن زاذان ابو اسحاق التيمي الرَّازِيُّ
Dia adalah Guru al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud, serta
Rijal al-Tarmizi dan Ibn Majah.
Ulama yang berasal dari Turkmenistan ini sering
disebut dengan panggilan AL-FARRA’ AL-SOGHIR, tetapi dinafikan gelaran itu oleh
Imam Ahmad bin Hanbal.
Dia adalah perawi yang sahih.
[5] ISA BIN YUNUS
(187H)
عِيسَى بْنُ يُونُسَ
Namanya sudah disebut dalam hadis ke 2 dan 33 yang
lalu.
[4] SAUR BIN YAZID BIN ZIYAD AL-KILA’IE ABU KHALID
AL-HIMSI (150H)
ثَوْرٍ بن يزيد بن زياد
الكلاعي ابو خالد الحمصي
Dilahirkan
di Syam dan meninggal di Baitul Maqdis. Pernah sampai ke Madinah.
Datuknya bernama ZIYAD AL-KILA’I adalah orang
yang terbunuh dalam perang Siffin yang ketika itu berpihak kepada Muawiyyah.
Saur
ini, apabila disebut nama Saidina Ali, dia akan berkata: aku tidak suka orang
yang bunuh datuk aku.
Dari sudut Jarh, ada beberapa kritikan terhadap
beliau. Antaranya, orang mendakwa bahawa dia berfahaman QADARIYYAH. Antara yang
mengatakan begitu adalah Ibn Hibban, al-Ijli, Al-Saji,
Abu Hatim bin Habban al-basti, Ahmad bin Hambal, Ahmad bin Soleh al-Misri, Ibn
Hajar al-Asqalani, al-Zahabi,
Bahkan, lebih meragukan apabila Imam malik yang
terkenal dengan tegas dengan riwayat ahli Bid’ah didapati tidak mengambil hadis
SAUR.
Namun begitu, terdapat yang memuji beliau. Yahya
bin Main pernah kata, aku tidak pernah lihat orang yang paling siqah di syam.
Ibn Hibban bubuh dalam senarai siqah. Al-Sauri, Ibn Uyaynah dan Yahya Qattan ambil hadis
darinya.
Dalam
kalangan Imam Kutub Sittah, hanya Imam Muslim sahaj tidak ambil riwayatnya.
Walaubagaimana pun, dia dianggap perawi yang HASAN.
[3] AL-HUSOIN AL-HUBRANI BIN ABD AL-RAHMAN
الْحُصَيْنِ الْحُبْرَانِيّ بن عبد الرحمن
Al-Hubrani adalah sempena kepada satu etnik arab di
Yaman yang berasal dari keturunan Hubran bin Amru.
Menurut al-Sayuti, Hubran adalah satu etnik kecil
dalam kabilah arab yaman bernama Himyar. Dengan sebab itu, ada ulama hadis
menyebut dengan nama AL-HUSOIN AL-HIMYARI.
Rata-rata ulama hadis anggap dia sebagai Majhul, sepertimana
kata al-Zahabi dan Abu Zur’ah al-Razi.
Namun begitu, Ibn Hibban menyenaraikan AL-HUSOIN
AL-HUBRANI sebagai perawi siqah. Walaubagaimana pun, kritikan yang sering
diberikan adalah, Ibn Hibban terkenal dengan sikap TASAHUL (bermudah-mudah
dalam mengsiqahkan seseorang perawi)
Dengan sebab itu, dia dianggap sebagai perawi DOIF.
[2] ABU SA’ID AL-HUBRANI
أَبو سَعِيدٍ
الْحُبْرَانِيِّ
Nama sebenarnya adalah ABDULLAH BIN BUSR AL-SAKSAKI
AL-HUBRANI. Ada pula orang lain kata, nama sebenarnya adalah Ziyad.
Ada pula kata, ‘Amir. Ada pula kata, Umar bin Sa’ad.
Dikatakan,
dia juga dipanggil dengan nama ABU SA’ID AL-HIMSI. Dia tinggal Di Basrah.
Dia
dianggap MAJHUL oleh ramai ulama hadis termasuk Abu Zur’ah. Namun begitu, Ibn
Hibban yang terkenal dengan TASAHUL meletakkan nama Abu Sa’id al-Hubrani dalam
senarai perawi siqah.
Dengan
ini, dia dianggap sebagai perawi DOIF oleh ibn Hajar al-Asqalani.
[1] ABU HURAIRAH (21SH-59H)
أَبو
هُرَيْرَةَ
PERBAHASAN SANAD |
[1]
SANAD ABU DAUD
حَدَّثَنَا
إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى الرَّازِيُّ أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ
ثَوْرٍ عَنِ الْحُصَيْنِ الْحُبْرَانِيِّ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
[2] STATUS HADIS: DOIF
Hadis
ini DOIF dengan sebab-sebab berikut:
[a]
Al-Baihaqi dan Ibn Hajar kata, hadis ini DOIF.
[b]
terdapat dua orang perawi MAJHUL secara berturut-turut:
A.
Husoin
al-Hubrani (al-Zahabi, Ibn Hajar dan al-Khazraji)
B.
Abu
Sa’id al-hubrani (Abu Zur’ah)
Ada
pihak berhujah bahawa kedua-dua nama perawi ini ada dalam al-Siqat Ibn Hibban?
Dijawab
bahawa Ibn Hibban terkenal dengan TASAHUL (bermudah-mudah dalam mensiqahkan
perawi). Dengan sebab itu, sesuatu dakwaan siqah dari IBN HIBBAN tidak boleh
diterima kecuali sekadar menguatkan dakwaan dari sekian ramai ulama yang telah
mensiqahkannya sahaja.
[c]
hadis ini TAFARRUD pada jalur perawi yang sedia lemah, iaitu ABU SA’ID
AL-HUBRANI.
KESIMPULANNYA:
Sanad hadis ini lemah menurut AL-ABANI dan ARNAUT.
Namun
begitu, IBN HIBBAN,
AL-NAWAWI, AL-HAKIM dan AL-SUN’ANI—ketika-tiga ulama ini kata hadis ini sahih.
Tetapi dibantah oleh ALBANI dengan alasan, ulama hadis besar sendiri akui
bahawa hadis ini doif.
[3] RIWAYAT JALUR ABU ‘ASIM
Hadis ini, al-Imam Abu Daud membawakan riwayat ABU
‘ASIM seperti berikut;
قَالَ أَبُو
دَاوُدَ: رَوَاهُ أَبُو عَاصِمٍ، عَنْ ثَوْرٍ، قَالَ: حُصَيْنٌ الْحِمْيَرِيُّ،
PENJELASAN: Dalam riwayat ini, ada dua hal:
[a] sebutan الحصين tidak disertakan dengan alif dan lam.
[b]
dalam sanad Abu Daud, disebut الحصين الحبراني sedangkan dalam sanad ABU ‘ASIM ini, disebut الحميري
Dalam
penjelasan al-Imam al-Sayuti, bahawa Hubran adalah satu etnik kecil dalam kabilah arab
yaman bernama Himyar
[4]
RIWAYAT ABDUL MALIK BIN AL-SOBBAH
Abu
Daud turut membawakan riwayat ABDUL MALIK BIN AL-SOBBAH seperti berikut:
وَرَوَاهُ عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ الصَّبَّاحِ، عَنْ ثَوْرٍ، فَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ الْخَيْرُ
PENJELASAN: Dalam Sanad Abu Daud, hanya disebut ABU
SA’ID, tetapi dalam sanad ABDUL MALIK, disebut ABU
SA’ID AL-KHARI.
Hal ini digambarkan salah oleh Abu Daud, maka dia membetulkan salah faham itu
dengan menyatakan:
قَالَ أَبُو
دَاوُدَ: «أَبُو سَعِيدٍ الْخَيْرُ هُوَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Abu
Sa’id al-Khair adalah salah seorang sahabat nabi”.
Dalam erti kata lain, seakan-akan Abu Daud mahu memberitahu bahawa dakwaan
mengatakan dia adalah ABU SA’ID AL-KHAIR itu adalah salah. Yang sebenarnya, dia
adalah ABU SA’ID AL-HUBRANI.
Salah
faham ini turut berlaku dalam riwayat Ibn Majah juga, iaitu dalam hadis ke-337:
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ الصَّبَّاحِ
قَالَ: حَدَّثَنَا ثَوْرُ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ حُصَيْنٍ الْحِمْيَرِيِّ، عَنْ أَبِي
سَعِيدِ الْخَيْرِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
TAKHRIJ |
Ibn Majah (337, 338), mukhtasar (3498), Musnad Ahmad
(8838), Ibn Hibban (1410)
No comments:
Post a Comment