Showing posts with label ISTINJAK DENGAN BATU. Show all posts
Showing posts with label ISTINJAK DENGAN BATU. Show all posts

Saturday, April 2, 2022

HADIS 41

 

HADIS 41

 

 حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ عَمْرِو بْنِ خُزَيْمَةَ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ خُزَيْمَةَ عَنْ خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ: سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الِاسْتِطَابَةِ، فَقَالَ: «بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ لَيْسَ فِيهَا رَجِيعٌ»

Daripada Khuzaimah bin Tsabit dia berkata: Rasulullah pernah ditanya tentang beristinja dengan batu, maka baginda menjawab: "Dengan tiga batu yang tidak ada kotoran binatang padanya”

 

Status hadis: doif sanad, sahih matan

 

HUBUNGAN HADIS

 

HADIS ke-40, menjelaskan bahawa istinjak perlu tiga biji batu.

 

Pada hadis ke-41 ini pula menjelaskan bahawa istinjak dengan batu itu tidak boleh digantikan dengan tahi.

 

PENGAJARAN

 

[1] ISTINJAK DENGAN BATU MESTI TIGA.

 

Dalam perbincangan lepas, sudah disebut berkenaan istinjak menggunakan tiga biji batu yang Mazhab Syafie anggap perlu tiga biji batu sehingga lebih, sedangkan Mazhab Hanafi anggap bahawa yang penting adalah bersih. Makanya, jika istinjak menggunakan dua biji batu atau sebiji batu pun sudah dapat bersih, maka itu sudah memadai. (sila klik sini atau sini)

 

Mazhab Syafie anggap, istinjak adalah TA’ABBUDI. Justeru, tidak boleh ganti bagi batu seperti kertas, tisu dan sebagainya.

 

Mazhab Hanafi kata, tengok maqasid. Iaitu, yang penting bersih. Jadi, guna tisu basah ketika istinjak sebagai ganti batu adalah sah.

 

[2] TAHI TIDAK BOLEH JADI ALAT ISTINJAK

 

Kaedah fiqh: tidak boleh sesuatu mudharat menghapuskan mudharat yang lain.

 

Dengan ini dapat dibandingkan bahawa hadis ini membenarkan kaedah fiqh tersebut, iaitu najis tidak boleh dihilangkan dengan najis juga.

 

Contoh pengamalannya adalah seperti mahu atasi bahaya nyawa kerana tercekik dengan minum racun.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] ABDULLAH BIN MUHAMMAD AL-NUFAILI (144H-238H)

عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ

 

Lihat hadis ke-8

 

[5] ABU MUAWIYYAH (113H-194H)

أَبُو مُعَاوِيَةَ

 

Lihat hadis ke-7 dan 21

 

[5] ABU USAMAH (201H)

أَبُو أُسَامَةَ

 

Nama sebenarnya adalah HAMMAD BIN USAMAH BIN ZAID AL-HASHIMI AL-KUFI. Ulama Kufah ini adalah Rijal al-Kutub al-Sittah. Dia perawi yang siqah lagi sahih.

 

[5] IBN NUMAIR (199H)

 ابْنُ نُمَيْرٍ

 

Nama betulnya adalah ABDULLAH BIN NUMAIR AL-HAMDANI, atau gelarannya adalah ABU HISHAM AL-KUFI.

 

Ulama kufah ini adalah Rijal al-Kutub al-Sittah. Dia siqah lagi sahih.

 

[4] HISHAM BIN URWAH (61H-146H)

هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ

 

Dia adalah cucu kepada Sahabat Nabi yang terkenal, iaitu al-Zubair bin al-Awwam. Dengan kata lain, dia adalah anak saudara kepada sahabat Nabi yang bernama ABDULLAH BIN ZUBAIR.

 

Bapanya adalah URWAH BIN AL-ZUBAIR adalah perawi yang paling banyak riwayatkan hadis Aisyah. Dan dia mendengar hadis juga dari bapanya.

 

Isterinya adalah FATIMAH BINTI AL-MUNZIR BIN AL-ZUBAIR BIN AL-AWWAM, yang asalnya adalah sepupunya sendiri.

 

Hisham terkenal dengan alim dalam bidang fiqh dan hadis. semasa dia kecil, Ibn Umar pernah usap kepalanya dan mendoakan kepadanya.

 

Dia dilahirkan di Madinah serta banyak masa di situ. Selepas itu, dia berhijrah ke Baghdad dan meninggal dunia di situ.

 

Khalifah Abu Ja’far al-Mansur antara yang solat jenazahnya.

 

Dia dikebumikan di tanah perkuburan AL-KHIZRAN (tempat itu dinamakan al-Khizran kerana sempena kepada nama isteri kepada ibu kepada Khalifah Harun al-Rashid bernama AL-KHIZRAN BINTI ‘ATA’ yang  berada di kota الأعظمية iaitu kota yang dinisbahkan kepada Imam Abu Hanifah yang dia dikebumikan di situ)

 

Terdapat beberapa TAJRIH terhadapnya adalah seperti berikut;

 

Kata Yaaqub bin Syaibah, dia siqah dan diterima riwayatnya kecuali selepas dia berhijrah ke Iraq. Antaranya selelepas hijrah, dia selalu mursalkan hadis dari bapanya.

 

Imam Malik tidak ambil hadis dia andai yang ambil dari dia itu adalah penduduk Iraq. Kata Imam Malik lagi, dia ke Kufah sebanyak tiga kali. Semenjak di sana, dia selalu cakap “TELAH MENCERITAKAN KEPADAKU BAPAKU” dan “AKU MENDENGAR AISYAH”. Pada kali ke-2, dia kata: “TELAH MENGKHABARKAN KEPADAKU BAPAKU, DARIPADA AISYAH” Pergi pada kali ke-3: “BAPAKU DARIPADA AISYAH” (mursal dari bapanya)

 

Al-Zahabi juga kata, semasa umurnya tua, hafalannya semakin teruk.

 

Dalam erti kata lain, dia adalah perawi ikhtilat yang batasan riwayatnya tidak boleh diterima semenjak dia hijrah ke Baghdad.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi siqah lagi sahih. Namun, riwayatnya tidak diterima jika hadis yang dia riwayatkan itu semasa dia berada di Baghdad.

 

[3] AMRU BIN KHUZAIMAH AL-MUZANI

  عَمْرِو بْنِ خُزَيْمَةَ المزني

Dia digelar juga sebagai ABU KHUZAIMAH AL-MADANI. Ulama didakwa berasal dari Madinah dikatakan perawi MAJHUL.

 

[2] UMARAH BIN KHUZAIMAH (30H-105H)

 عُمَارَةَ بْنِ خُزَيْمَةَ

 

Nama penuhnya adalah UMARAH BIN KHUZAIMAH BIN SABIT AL-ANSARI AL-AWSU الأوسي yang gelarannya adalah ABU ABDILLAH atau ABU MUHAMMAD AL-MADANI.

 

Ibn Khuzaimah dan Ibn Hazm dakwa bahawa dia seorang perawi majhul, sedangkan sekian ramai ulama kata dia seorang tabiin yang siqah. Apatah lagi, selain ABU KHUZAIMAH di sana terdapat ramai ulama yang ambil hadisnya seperti ABU JAA’FAR AL-MADANI, AL-ZUHRI, UMAIR BIN YAZID, IMRAN BIN HUDAIR dan banyak lagi.

 

[1] SAHABAT: KHUZAIMAH BIN SABIT (37H)

خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ

 

Nama penuhnya adalah KHUZAIMAH BIN SABIT BIN AL-FAKAH BIN SA’LABAH BIN SA’IDAH AL-ANSARI yang dipanggil dengan gelaran ABU UMARAH.

 

Dia juga mendapat jolokan dengan panggilan ذو الشهادتين—orang yang mempunyai dua saksi.

 

Gelaran itu diberikan kerana kisah Nabi saw memberi kuda dari Sawa’ bin Qais al-Muharibi (Badwi). Setelah berlaku akad jual beli, dia ingkari bahawa nabi telah membeli itu.

 

Ketika berlaku pertikaian itu, Khuzaimah bin Sabit bersedia menjadi saksi untuk Nabi. Nabi saw tanya: macam mana kamu jadi saksi walhal kamu tidak hadir?

 

Dia jawab: Aku percaya dengan apa yang kamu bawa, kerana aku tahu, kamu tidak akan bercakap kecuali kebenaran.

 

Nabi pun berkata: Barangsiapa yang khuzaimah jadi saksi untuknya, atau terhadapnya, maka itu sudah memadai”.

 

Kisah ini ada pertikaian berkenaan statusnya. Ia tidak lebih sekadar ambil pengajaran sahaja.

 

Khuzaimah terlibat perang badar dan semua perang bersama dengan Nabi.

 

Semasa tercetus perang Siffin, dia berpihak kepada Ali. Demikian juga ketika tercertus perang perang Jamal tetapi dia tidak mengangkat senjata.

 

Semasa perang Siffin tercertus, dia tidak mengangkat senjata. Namun, semasa tengah perang kecamuk, dia nampak Ammar bin Yasir terbunuh. Melihat itu, dia terus cakap:

 

سمعت رسول الله يقول: "تقتل عماراً الفئة الباغية"

“Aku dengar Rasulullah saw bersabda: Ammar akan dibunuh oleh kelompok yang bughah”

 

Dengan itu, dia terus hunuskan pedangnya dan berperang sehingga dia terbunuh.

 

Dia satu watak yang cukup disukai oleh syiah kerana dua kisah rekaan syiah berikut;

 

Pertama, semasa Saqifah Bani Sa’adah bahawa semasa Abu Bakar berucap, Khuzaimah menyampuk dengan berkata:

 

يا أبا بكر، ألست تعلم أنّ رسول الله قبل شهادتي وحدي ولم يرد معي غيري؟ قال: نعم، قال: فأشهد بالله أنّي سمعت رسول الله يقول: أهل بيتي يفرقون بين الحقّ والباطل، وهم الأئمّة الذين يُقتدى بهم

“Wahai Abu Bakar, Apakah kamu tahu bahawa Rasulullah terima saksi aku seorang tanpa perlu kepada orang lain.

 

Abu Bakar kata: benar.

 

Khuzaimah berkata: aku bersaksi dengan Allah bahawa aku dengar Rasulullah saw berkata: ahli bait aku adalah kelompok yang memisahkan antara kebenaran dan kebatilan. Mereka adalah para pemimpin yang perlu diikuti mereka”

 

Kisah ini ada dalam kitab al-Khisal, tulisan seorang ulama syiah Isna ‘Asyariyyah dari Iran bernama Abu Jaa’far Muhammad bin ‘Ali bin Babawaih al-Qummi.

 

Kedua, kisah Ghadir Kum yang kononnnya di situ Saidina Ali dilantik menjadi khalifah oleh Nabi bahawa Khuzaimah terlibat sama (18Zulhijjah 10H); iaitu berlaku di tempat antara MEKAH dan MADINAH yang bernama JUHFAH.

 

Kisah ini juga palsu, rekaan dari puak-puak syiah.

 

Walaubagaimana pun, didapati dalam enam buah kitab hadis ahl al-Sunnah itu, hanya imam al-Bukhari sahaja tidak meriwayatkan hadisnya.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD ABU DAUD

 

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ خُزَيْمَةَ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ خُزَيْمَةَ، عَنْ خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ

 

[2] STATUS HADIS: DOIF SANAD, SAHIH MATAN

 

Dari sudut matan, hadis ini adalah DOIF dengan alasan berikut;

 

(A)                Amru bin Khuzaimah adalah perawi yang MAJHUL.

 

(B)                Yang ambil hadis dari Hisham bin Urwah adalah ABUMUAWIYYAH (KUFAH) yang merupakan seorang mudallis. Riwayat Abu Muawiyyah yang tidak mudallis hanya jika dia ambil dari al-‘Amash sahaja, sedangkan hadis ini dia ambil dari HISHAM BIN ‘URWAH.

 

(C)                Hisham bin Urwah adalah perawi IKHTILAT setelah dia berhijrah ke Kufah. Didapati hadis ini dia riwayatkan semasa di Kufah, kerana yang ambil hadis darinya adalah ABU MUAWIYYAH yang merupakan penduduk kufah.

 

[3] MUTABA-AH SANAD

 

Abu Daud bawa dua mutaba-‘ah dari perawi ABU MUAWIYAH seperti berikut;

 

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: كَذَا رَوَاهُ أَبُو أُسَامَةَ وَابْنُ نُمَيْرٍ،  عَنْ هِشَامٍ يَعْنِي ابْنَ عُرْوَةَ

 

Walaupun didatangkan dua perawi sebagai mutaba-ah kepada ABU MUAWIYYAH, hadis ini tetap doif kerana kedua-dua perawi (ABU USAMAH dan IBN NUMAIR) adalah penduduk kufah. Dengan erti kata lain, mereka ambil hadis dari HISHAM BIN URWAH ketika dia sudah ikhtilat.

 

[4] SYAWAHID MATAN

 

Walaubagaimana pun, hadis ini ada SYAWAHID pada matan seperti berikut;

 

Hadis ke-7:

عَنْ سَلْمَانَ، قَالَ: قِيلَ لَهُ لَقَدْ عَلَّمَكُمْ نَبِيُّكُمْ كُلَّ شَيْءٍ حَتَّى الْخِرَاءَةَ، قَالَ: أَجَلْ لَقَدْ «نَهَانَا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ بِغَائِطٍ أَوْ بَوْلٍ، وَأَنْ لَا نَسْتَنْجِيَ بِالْيَمِينِ، وَأَنْ لَا يَسْتَنْجِيَ أَحَدُنَا بِأَقَلَّ مِنْ ثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ، أَوْ نَسْتَنْجِيَ بِرَجِيعٍ أَوْ عَظْمٍ»

 

Hadis ke-36:

فَأَخْبِرِ النَّاسَ أَنَّهُ مَنْ عَقَدَ لِحْيَتَهُ، أَوْ تَقَلَّدَ وَتَرًا، أَوْ اسْتَنْجَى بِرَجِيعِ دَابَّةٍ، أَوْ عَظْمٍ فَإِنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهُ بَرِيءٌ» ،

 

Hadis ke-38:

جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ، يَقُولُ: «نَهَانَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَتَمَسَّحَ بِعَظْمٍ أَوْ بَعْرٍ»

 

Hadis ke-39:

فَقَالُوا: يَا مُحَمَّدُ: انْهَ أُمَّتَكَ أَنْ يَسْتَنْجُوا بِعَظْمٍ أَوْ رَوْثَةٍ أَوْ حُمَمَةٍ، فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى جَعَلَ لَنَا فِيهَا رِزْقًا

 

Dari sini dapat disimpulkan bahawa hadis ini adalah doif pada sanad, tetapi ia sahih pada matan. Memandangkan ia sahih berfaktorkan matan-matan hadis yang lain, maka ia disebut sebagai SAHIH LIGHAIRIH.

 

Hal ini selaras dengan pendapat ARNAUT.

 

Namun begitu, ALBANI anggap hadis ini sebagai sahih dengan alasan-alasan berikut:

 

A.                  Semua rijal al-Bukhari kecuali AMRU BIN KHUZAIMAH.

 

B.                  Walaupun AMRU BIN KHUZAIMAH bukan rijal Bukhari, tetapi dia dianggap siqah oleh HISHAM BIN URWAH.

 

C.                  Ibn Hibban senaraikan AMRU dari kalangan perawi siqah.

 

D.                 Dia adalah perawi MAQBUL, iaitu diterima jika hadisnya ada mutaba-ah. Jika tidak ada, baru hadisnya tidak diterima.

 

E.                  Ternyata hadis ini mempunyai syawahid matan yang banyak sehingga boleh naik darjat HASAN ATAU SAHIH 

 

TAKHRIJ

 

Ibn Majah (315), Abu Daud (7)

Thursday, March 31, 2022

HADIS 40 (BAB 21)

 

BAB 21

 

بَابُ الِاسْتِنْجَاءِ بِالْحِجَارَةِ

ISTINJAK DENGAN BATU

 

HADIS 40

 

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُور وَ قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَا: حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ  رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا ذَهَبَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْغَائِطِ، فَلْيَذْهَبْ مَعَهُ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ يَسْتَطِيبُ بِهِنَّ، فَإِنَّهَا تُجْزِئُ عَنْهُ

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Apabila salah seorang dalam kalangan kamu pergi buang air besar, maka hendaklah dia membawa tiga batu untuk beristinja, sesungguhnya itu mencukupinya”

 

Status hadis: sahih lighairih

 

PERBAHASAN LAFAZ

 

[1] Perkataan يستطبن asal maknanya adalah membuat perkara menjadi baik. Namun, dalam penggunaan kata dalam hadis ini bersifat kinayah yang memberi maksud membersihkan tempat keluar najis.

 

Apabila digunakan perkataan ini, ia boleh sahaja bermaksud istinjak menggunakan air atau batu. Namun, Kalau guna perkataan استجمار ia khusus untuk batu sahaja.

 

PENJELASAN HADIS

 

Walaupun hadis ini sebut lelaki, Wanita juga termasuk.

 

Hal ini kerana, kaedah usul menyatakan bahawa setiap nas yang menyebut lelaki, maka hukumnya adalah sama juga dengan Wanita, kecuali ada qarinah menyatakan ia khusus untuk Wanita atau lelaki.

 

HUBUNGAN HADIS

 

HADIS ke-39, dijelaskan berkenaan larangan beristinjak menggunakan tulang, tahi kering dan arang bakaran.

 

HADIS ke-40 ini pula, dijelaskan berkenaan istinjak menggunakan batu.

 

PENJELASAN; seakan-akan Imam Abu Daud mahu sempurnakan perbincangan istinjak menggunakan batu yang belum selesai lagi dalam perbahasan hadis ke-7, 8 dan 35 yang lalu.

 

PENGAJARAN

 

[1] KALAU BATU, MESTI TIGA BIJI

 

Tiga biji batu menyamai dengan menggunakan air dengan hilang ain najis. Menggunakan batu itu, jika ada kesan najis, maka itu dimaafkan kerana ia adalah rukhsah.

 

Berlaku khilaf dalam kalangan fuqaha’ berkenaan penggunaan tiga biji batu itu bersifat ta’abbud atau maqasid.

 

Maksud dengan Ta’abbud adalah, sesuatu suruhan itu bersifat ketaatan mutlak tanpa mempunyai sebarang sebab dan logic disebalik amalan tersebut. Ia sama seperti tidak tahu logic disebalik solat zohor dengan 4 rakaat, bilangan 80 sebatan bagi pesalah qazaf dan sebagainya.

 

Adapun maksud MAQASID adalah, sesuatu perbuatan berasaskan kepada sebab-sebab disebalik sesuatu amalan. Contohnya, dalam hal istinjak menggunakan batu, tidak penting soal bilangan biji batu, tetapi yang penting adalah sejauh mana boleh hilangkan kesan najis atau tidak.

 

Dalam hal istinjak menggunakan batu, terdapat dua pendapat ulama berikut;

 

PERTAMA: TA’ABBUD

 

Perlu tiga biji ke atas. Tidak memadai dengan kurang tiga biji batu.  Ini adalah pendapat mazhab Syafie, Hanbali, Abu Sur dan Ishaq.

 

Untuk bersihkan dubur dan qubul untuk istinjak, maka perlu kepada 3 biji batu ke atas.

 

KEDUA: MAQASID

 

Ini adalah pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan Saidina Umar. Pada mereka, tidak semestinya tiga biji. Yang penting adalah bersih.

 

Hanafi berhujah dengan hadis Ibn Mas’ud bahawa Nabi saw ambil dua batu dan buang tahi keras. Dalam hadis itu, tidak disebut bahawa Ibn Mas’ud bawakan batu ketiga.

 

Pengarang kitab AL-MINHAL jawab, hadis Salman adalah perkataan, sedangkan hadis Ibn Mas’ud adalah perbuatan. Apabila bertembung antara perkataan dan perbuatan, maka dahulukan perkataan.

 

Walaubagaimana pun, al-Aini kata, kalau guna dua biji batu, bersihnya masih diragukan. Lebihkan kepada tiga biji batu adalah bertujuan untuk  hasilkan keyakinan hati.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] SA’ID BIN MANSUR (227H)

سَعِيدُ بْنُ مَنْصُور

 

Nama penuhnya SA’ID BIN MANSUR BIN SYU’BAH ABU OSMAN AL-KHURASANI AL-MARUZI AL-TALAQANI الطالقاني

 

Dia dilahirkan di Juzjan yang kini dalam wilayah Afganistan, dan banyak berada di Balkh (kini di Afghanistan) dan berhijrah ke Mekah dan meninggal di situ.

 

Dia adalah guru al-Bukhari, Muslim, Abi Daud, Malik dan Ahmad. Seorang yang terkenal dengan karya SUNAN SA’ID BIN MANSUR dan seorang mufassir.

 

Dia adalah seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[6] QUTAIBAH BIN SA’ID

 قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ

 

Lihat hadis ke-25

 

[5] YAAQUB BIN ABDUL RAHMAN (181H)

 يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ

 

Nama penuhnya YAAQUB BIN ABDUL RAHMAN BIN MUHAMMAD BIN ABDULLAH AL-MADANI AL-ISKANDARANI. Dia juga dikenali dengan nama YAAQUB BIN ABDUL RAHMAN AL-QARI.

 

Dia dilahirkan di Madinah, dan pernah sampai ke Iskandariyyah. Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah kecuali Ibn Majah sahaja.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[4] ABU HAZIM (135/144H)

 أَبو حَازِمٍ

 

Nama sebenarnya adalah SALAMAH BIN DINAR AL-MADANI AL-MAKHZUMI. Dia adalah bekas hamba kepada al-Aswad bin Sufyan al-A’raj al-Madani.


Dia dilahirkan di era Abdullah bin al-Zubair dan Abdullah bin Umar.  Dia terkenal dengan ahli ibadat serta zuhud.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[3] MUSLIM BIN QURT AL-MADANI

 مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ المدني

 

Dia adalah perawi Abu Daud dan al-Nasaie. Dikatakan dia berasal dari Madinah.

 

Ibn Hibban letak dia dalam senarai al-Siqat sebagai atba’ al-Tabi’in.

 

Didapati tidak ada yang riwayatkan darinya selain Abu Hazim sahaja. dengan sebab itu, dia dianggap MAJHUL AL-AIN.

 

Imam Al-Sayuti pula kata, tidak diketahui berkenaannya kecuali dia riwayatkan hadis dari Urwah sahaja.

 

al-Zahabi kata, tidak ma’ruf, sedangkan Al-Daraqutni kata, dia hasan.

 

[2] URWAH BIN AL-ZUBAIR (23H-94H)

 عُرْوَةَ بن الزبير

 

[1] AISYAH BINTI ABI BAKAR AL-SIDDIQ (19SH-58H)

عَائِشَةَ بنت ابي بكر الصديق

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD ABU DAUD

 

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ

 

[2] STATUS HADIS: SAHIH LIGHAIRIH

 

Hadis ini, asalnya doif dengan alasan berikut;

A.                  MUSLIM BIN QURT adalah perawi MAJHUL.

B.                  Tafarrud pada ABU HAZIM

 

Justeru, jadi SAHIH LIGHAIRIH dengan alasan berikut;

 

A.                  Matan hadis ini sama dengan matan hadis ke-7; hadis salman.

B.                  Sama dengan matan hadis ke-8; hadis Abu Hurairah.

C.                  Sama dengan matan hadis ke-35; hadis abu Hurairah.

D.                 dari ABU AYUB AL-ANSARI bahawa Nabi saw ada bersabda:

 

إِذَا تَغَوَّطَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَمَسَّحْ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ، فَإِنَّ ذَلِكَ كَافِيهِ

“Apabila seseorang kamu buang air besar, maka hendaklah dia sapu (istinjak) dengan tiga biji batu. Maka itu memadai” (al-Tibrani, al-Mukjam al-Awsat, hadis no: 3146(

 

DIKUATKAN LAGI:

 

A.                  Muslim bin Qurt: dalam senarai siqah Ibn Hibban.

B.                  Al-Nawawi kata, hadis ini sahih.

C.                  Al-Daraqurtni kata, hadis ini hasan.

D.                 Arnaut juga menganggap hadis ini SAHIH LIGHAIRIH.

 

[3] SANAD LAIN

 

A.                  Dalam Sanad al-Nasaie (44)

أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ،

 

PENJELASAN: Dalam Nasaie, Qutaibah ambil hadis dari ABDUL AZIM BIN ABI HAZIM, sedangkan dalam Abu Daud, Qutaibah ambil dari YAA’QUB BIN ABDUL RAHMAN

 

B.                  Sanad Ahmad bin Hambal (697)

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا

 

[4] KOMENTAR ULAMA:

 

Kitab AL-MANHAL menyatakan bahawa tidak diketahui hadis ini kecuali dari sanad ini sahaja.

 

AL-DARAQUTNI pula menyatakan, sanadnya sahih lagi hasan. Namun, al-Saharanpuri kata, kesimpulan al-Daraqutni ini pelik.

 

ALBANI menganggap hadis ini SAHIH dengan hujah-hujah yang hampir sama dengan di atas.

 

TAKHRIJ

 

Al-Nasaie (Kubra-42), Ahmad (24771, 25013)