Monday, July 15, 2024

HADIS 163

ABU DAUD, HADIS NO: 163

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ، عَنِ الْأَعْمَشِ - بِإِسْنَادِهِ بِهَذَا الْحَدِيثِ - قَالَ: مَا كُنْتُ أَرَى بَاطِنَ الْقَدَمَيْنِ إِلَّا أَحَقَّ بِالْغَسْلِ، حَتَّى رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ عَلَى ظَهْرِ خُفَّيْهِ

 

GAMBARAN DASAR HADIS 163

 

[1] Hadis ini sahih.

 

[2] Hadis ini sebagai IKTIBAR (bandingan) dengan hadis ke-162 pada perkataan Saidina Ali;

لَوْ كَانَ الدِّينُ بِالرَّأْيِ لَكَانَ أَسْفَلُ الْخُفِّ أَوْلَى بِالْمَسْحِ مِنْ أَعْلَاهُ

Kerana, dalam matan hadis ke-163, digunakan lafaz;

مَا كُنْتُ أَرَى بَاطِنَ الْقَدَمَيْنِ إِلَّا أَحَقَّ بِالْغَسْلِ

 

PERBAHASAN SANAD 163

 

[3] SANAD;

 

PERAWI

TEMPAT

STATUS

 


Rasulullah

 

 

-          Mekah

-          Madinah

 

 

-          Maksum

-          Perbuatan Nabi

 

 

7.

 

Ali bin Abi Talib

(23SH – 40H[1])

 

 

 

-          Kufah

-          Mekah

-          Madinah

 

 

 

-          Sahabat

 

6.

 

Abd Khair bin Yazid al-Hamdani

(81H)[2]

 

 

-          kufah

-          Hamzan (iran)

-          Yaman

 

 

 

-          Tabiin awal di Kufah.

-          Mukhadram

-          Siqah.

 

 

5.

 

Abu Ishaq al-Subaie’ al-Kufi @ Amru bin Abdillah bin Umaid al-Hamdani

(33H[3] – 128H)[4]

 

 

-          Kufah

 

 

-          Bukhari muslim.

-          Jumpa Ali, Osamah, al-Mughirah tetapi tidak dengar dari mereka.

-          Siqah

 

 

4.

 

Sulaiman bin Mihran al-A’mash.

(61H – 148H[5])

 

 

-          Kufah (M)

-          Tabaristan (Iran – L)

 

-          Kutub Sittah

-          Jika haddasana, maka sahih. Jika ‘an, perlu diteliti

 

 

3.

 

Yazid bin Abd al-Aziz

( - )

 

 

-          Kufah

 

 

-          Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasaie

-          Siqah

 

 

2.

 

Yahya bin Adam

(140H – 203H[6])

 

 

-          Kufah (L)

-          Wasit (M)

 

-          Kutub Sittah

-          Siqah tinggi

 

 

1.

 

Muhammad bin Rafi’

(170H - 245H)

 

 

-          Kufah

-          Hijaz

-          Yaman,

-          Basrah

-          Wasit

-          Madain (Iraq)

-          Baghdad

-          Khurasan

-          Nisabur

 

 

-          Jamaah kecuali Ibn Majah

-          Siqah tinggi.

 

 

ABU DAUD

(202H – 275H)

 

 

 

 

 

[4] ARNAUT & ALBANI—ISNADNYA SAHIH.

 

[5] Hadis ini, Abu Daud sanadnya berhenti pada al-A’mash (Sulaiman bin Mihran). Ini bermakna, Sambungan sanadnya adalah sepertimana dalam hadis ke-162, iaitu seperti berikut;

عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ عَبْدِ خَيْرٍ، عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

 

[6] Dalam naskhah lain, Abu Daud ada berkata: “beginilah apa yang Waki’ riwayatkan dari al-A’mash dengan sanadnya”[7]

 

MATAN 163

 

[7] Berkata SAIDINA ALI BIN ABI TALIB;

قَالَ: «مَا كُنْتُ أَرَى بَاطِنَ الْقَدَمَيْنِ إِلَّا أَحَقَّ بِالْغَسْلِ، حَتَّى» رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ عَلَى ظَهْرِ خُفَّيْهِ

Aku tak rasa (sapu bahagian) bawah dua kaki kecuali ia  yang lebih berhak dibasuh. Sehinggalah aku nampak Rasulullah saw sapu pada bahagian atas dua khuf

 

[8] Hadis ini adalah dari lafaz YAZID BIN ABD AL-AZIZ. Ia berbeza dengan hadis ke-162 yang lafaznya dari HAFS BIN GHIYAS[8].

 

[9] perkataan ارى bukan melihat dengan mata, tetapi رؤية القلب[9]

 

Hal ini sama seperti firman Allah;

إِنَّهُمْ يَرَوْنَهُ بَعِيدًا (6) وَنَرَاهُ قَرِيبًا (7) – المعارج

“Mereka menyangka jauh, sedangkan kita merasakan ia dekat”

 

[10] dengan menggunakan lafaz المسح (sapu), syafie membuat dalil bahawa memadai dengan apa jua cara sekalipun, asalnya ia dinamakan sebagai sapu[10].

 

AHMAD kata, wajib sapu itu menggunakan semua jari tangan[11].

 

BIOGRAFI PERAWI 163

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ

 

[] MUHAMMAD BIN RAFI’ BIN ABI YAZID AL-QUSYAIRI @ ABU ABDILLAH AL-NISABURI AL-ZAHID (170H - 245H[12])

 

[] Pada atuknya, Khitab al-Subki baca dengan ABU YAZID[13]. Al-Sahrampuri pula dengan ABU ZAID[14].

 

[] Dia sempat sampai ke Hijaz, Kufah, Yaman, Basrah, Wasit, Madain (Iraq), Baghdad, Khurasan, Nisabur.

 

[] Menurut AL-SAHRAMPURI, nama sebenarnya adalah SABUR AL-QUSYAIRI[15]. Turut mengatakan sebegitu adalah AINI[16].

 

[] JAAFAR BIN AHMAD BIN NASR kata, aku tidak pernah nampak seorang pun dari kalangan ulama hadis yang kehebatannya dalam melebihi MUHAMMAD BIN RAFI’.  Dia bersandar di pokok pinus di rumahnya, lalu ramai ulama duduk kelilingnya secara maratib. Mereka khusyuk mendengar hadis seperti burung berada di atas kepala mereka. Dia ambil kitab dan bacanya sendiri. Tidak ada seorang pun yang bercakap dan tidak ada seorang pun senyum kerana memuliakannya. Apabila ada seorang yang senyum, dia akan berselawat kepada Nabi dan dia ambil kitab dan keluar, tidak ada seorang pun dapat memujuk dia kembali balik duduk mengajar.

 

[] Dia adalah rijal al-Jamaah kecuali Ibn Majah[17].

 

[] KOMENTAR

A.  BUKHARI kata, dia salah seorang dari manusia terpilih[18].

B.  MUSLIM dan NASAIE kata, dia siqah. Ma’mun[19].

C.  MUSLIM kata, dia siqah. Ma’mun. sahih al-kitab[20].

D. MUHAMMAD BIN SYAZAN kata, dia siqah. Sabat. Ma’mun[21].

E.   IBN HIBBAN sebut namanya dalam AL-SIQAT dan kata, dia sabat. fadhil[22].

F.   AL-HAKIM kata, dia adalah guru dalam kebenaran pada zamannya di Khurasan[23].

G. AHMAD BIN SIYAR kata, dia siqah. Husn al-riwayat dari penduduk Yaman. Bukhari ambil 17 hadis darinya. Muslim ambil 362 hadis[24].

 

 

 حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ

 

[] YAHYA BIN ADAM BIN SULAIMAN AL-UMAWI @ ABU ZAKARIA AL-UMAWI AL-KUFI AL-QURASHI (140H[25]-203H).

 

 

[] Dia dilahirkan di Kufah, dan tinggal di situ. dia meninggal di Wasit (Iraq).

 

[] Dia terkenal dengan faqih dan alim dalam bidang ilmu qiraat. Sanad qiraatnya adalah, dia ambil dari ABU BAKAR BIN ‘AYYASH, daripada AL-KASAIE yang merupakan imam ke-7 dari kalangan para imam qiraat.

 

[] Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.

 

[] KOMENTAR POSITIF.

(a)          Dianggap Siqah oleh AL-NASAIE, IBN MAIN, ABU HATIM, AL-BAZZAR, AL-WAQIDI, IBN SYAHIN dan YAAQUB BIN SYAIBAH.

(b)         YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah yang banyak riwayat hadis.

(c)           AL-IJLI kata, dia siqah aqil sabat dan himpunan segala ilmu.

(d)         AL-JILI kata, dia siqah sabat.

(e)          ASQALANI kata, dia siqah hafiz dan Fadhil.

(f)            YAHYA BIN ABI SYAIBAH kata, dia siqah soduq sabat hujah selama dia tidak berkhilaf orang yang lebih tinggi darinya seperti WAKIE.

(g)          AL-BAIHAQI dan AL-DARAQUTNI kata, orang yang paling hafal berbanding ABI AHMAD AL-ZUBAIRI dan lebih sabat

(h)         ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia mutqin yang faqih.

(i)             AL-SADUSI kata, dia siqah banyak riwayat hadis.

 

[10] Nama perawi ini sudah diulang sebut untuk kali ke-3, iaitu dalam hadis ke-95, 110 &  163

 

 قَالَ: حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ

[] YAZID BIN ABDIL AZIZ BIN SIYAHسياه  AL-KUFI[26] AL-ASADI AL-HIMANI @ ABU ABDILLAH AL-KUFI[27].

 

[] di gelar dengan AL-HIMANI adalah nisbah kepada BANI HIMAN, Iaitu satu kabilah di Kufah[28].

 

[] KOMENTAR

A. Rijal Bukhari, muslim, Abu daud dan Nasaie[29].

B.  Dianggap siqah oleh AHMAD, IBN MAIN, AL-DARAQUTNI, ABU DAUD[30], YAAQUB BIN SUFYAH & IBN HIBBAN[31].

C.   

 

عَنِ الْأَعْمَشِ

[] SULAIMAN BIN MIHRAN AL-A’MASYH.

 

[] SULAIMAN BIN MIHRAN AL-A’MASH (61H-148H). Dilahirkan di TABARISTAN (Iran) dan meninggal dunia di KUFAH. AL-ZAHABI menyatakan bahawa dia digelar dengan SYAIKH AL-MUHADDISIN.

 

[] Dilahirkan perkampungan ibunya, TABARISTAN pada era Saidina Husain di Bunuh dan dikatakan bapanya ada di tempat kejadian pembunuhan tersebut.

 

[] AL-ZAHABI kata, dia selalu buat TADLIS bahkan dari perawi lemah tanpa dia sedar. Justeru, apabila dia riwayat dengan حدثنا, maka riwayatnya sahih. Namun, jika dia riwayat dengan عن, maka perlu diteliti terlebih dahulu.

 

[] Nama perawi ini diulang sebut untuk kali ke-7, iaitu hadis ke-7, 14, 20, 22, 103, 104, 162 & 163

 

 

 

 



[1] Nama sahabat ini diulang sebut untuk kali ke-8, iaitu hadis ke-62, 111, 112, 113, 114, 115, 116, 117 & 162

[2] Namanya diulang sebut untuk kali ke-4, iaitu hadis ke-111, 112, 113 & 162

[3] Dilahirkan di era pemerintahan Osman bin Affan

[4] Diulang sebut untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-116 dan 162

[5] Nama perawi ini diulang sebut untuk kali ke-7, iaitu hadis ke-7, 14, 20, 22, 103, 104, 162 & 163

[6] Nama perawi ini sudah diulang sebut untuk kali ke-3, iaitu dalam hadis ke-95, 110 &  163

[7] Aini:1/383

[8] Bazl:2/30

[9] Aini:1/382

[10] Ruslan:2/172

[11] Ruslan:2/172

[12] Manhal:2/147 | Bazl:2/30 | Aini:1/382

[13] Manhal:2/147

[14] Bazl:2/30

[15] Bazl:2/30

[16] Aini:1/382

[17] Manhal:2/147 | Aini:1/382

[18] Manhal:2/147 | Bazl:2/30

[19] Manhal:2/147 | Bazl:2/30

[20] Bazl:2/30

[21] Bazl:2/30

[22] Manhal:2/147

[23] Manhal:2/147

[24] Bazl:2/30

[25] Ada kata, 131 hijrah.

[26] Manhal:2/147

[27] Bazl:2/30

[28] Bazl:2/30

[29] Manhal:2/147 | Aini:1/382

[30] Manhal:2/147

[31] Bazl:2/30


No comments:

Post a Comment