Showing posts with label LELAKI KENCING WAKTU MALAM DALAM BEJANA AIR YANG KEMUDIAN DIA LETAK DI SISINYA. Show all posts
Showing posts with label LELAKI KENCING WAKTU MALAM DALAM BEJANA AIR YANG KEMUDIAN DIA LETAK DI SISINYA. Show all posts

Friday, March 25, 2022

HADIS 26

 

HADIS 26

 

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ سُوَيْدٍ الرَّمْلِيُّ وَعُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أَبُو حَفْصٍ وَحَدِيثُهُ أَتَمُّ أَنَّ سَعِيدَبْنَ الْحَكَمِ حَدَّثَهُمْ قَالَ: أَخْبَرَنَا نَافِعُ بْنُ يَزِيدَ حَدَّثَنِي حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ أَنَّ أَبَا سَعِيدٍ الْحِمْيَرِيَّ  حَدَّثَهُ عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " اتَّقُوا الْمَلَاعِنَ الثَّلَاثَةَ: الْبَرَازَ فِي الْمَوَارِدِ، وَقَارِعَةِ الطَّرِيقِ، وَالظِّلِّ"

 

“Rasulullah bersabda, "Takutlah kamu terhadap tiga hal yang mengundang laknat; buang air besar di sumber air, di laluan jalan dan tempat berteduh”

  

Status hadis: doif

 

PERBAHASAN LAFAZ

 

[1] Dalam matan hadis, disebut الْبَرَازَ فِي الْمَوَارِدِ yang diterjemah sebagai membuang air besar. Perlu diingat, bacaannya adalah AL-BARAZ, bukan dibaca dengan AL-BIRAZ (perlawanan dalam perang)

 

[2] dalam hadis, ada disebut قَارِعَةِ الطَّرِيقِ yang diterjemah sebagai laluan jalan. Asal perkataan قارعة adalah jejak kaki.

 

Perkataan ini boleh dilihat dalam hadis berikut:

 

إِنَّ العَبْدَ إِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ وَتَوَلَّى عَنْهُ أَصْحَابُهُ، وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ قَرْعَ نِعَالِهِمْ

“seorang hamba itu, apabila diletak dalam lubang kuburnya, dan sahabat-sahabatnya berlalu pergi, dan sesungguhnya dia (si mati) mendengar jejak kasut mereka” (al-Bukhari, hadis no: 1338)

 

Dengan erti kata yang lain, yang dimaksud dengan قارعة الطريق adalah tempat jejak kaki manusia sehingga ia menjadi jalan. Di situ adalah tempat yang dilarang dari buang air besar. Dengan maksud bahawa jika di satu semak, yang belum jadi laluan orang ramai, maka ia tidak termasuk dalam larangan hadis ini.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Pada hadis ke-25, dijelaskan berkenaan larangan qadha’ hajat di dua tempat, iaitu laluan laluan jalan dan tempat manusia berteduh.

 

Pada hadis ke-26 ini pula, ditambah satu lagi, iaitu dilarang qadha’ hajat di tempat laluan air.

 

Unsur kesamaan antara dua hadis ini adalah bahawa dilarang dari melakukan sebarang perkara yang boleh menyusahkan kepada orang ramai.

 

PENJELASAN HADIS

 

Dalam riwayat Ibn Majah, didatangkan matan hadis yang lebih panjang seperti berikut:

 

كَانَ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ يَتَحَدَّثُ بِمَا لَمْ يَسْمَعْ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَيَسْكُتُ عَمَّا سَمِعُوا، فَبَلَغَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو، مَا يَتَحَدَّثُ بِهِ، فَقَالَ: وَاللَّهِ مَا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ هَذَا، وَأَوْشَكَ مُعَاذٌ أَنْ يَفْتِنَكُمْ فِي الْخَلَاءِ، فَبَلَغَ ذَلِكَ مُعَاذًا، فَلَقِيَهُ، فَقَالَ مُعَاذٌ: يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو إِنَّ التَّكْذِيبَ بِحَدِيثٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِفَاقٌ، وَإِنَّمَا إِثْمُهُ عَلَى مَنْ قَالَهُ، لَقَدْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: "اتَّقُوا الْمَلَاعِنَ الثَّلَاثَ: الْبَرَازَ فِي الْمَوَارِدِ، وَالظِّلِّ، وَقَارِعَةِ الطَّرِيقِ

“Muaz bin Jabal bercerita berkenaan hadis Nabi yang tidak pernah sahabat Rasulullah lain dengar. Dia tidak bercerita hadis-hadis yang sahabat lain pernah dengar. Hadis-hadis yang Muaz ceritakan itu sampai kepada pengetahun Abdullah bin Amru. Dengan itu, Abdullah bin Amru berkata: demi Allah, semua hadis yang disebut oleh Muaz itu aku tidak pernah dengar. Dan aku khawatir Muaz menciptakan fitnah untuk kamu dalam hal buang air besar. Perkataan Abdullah bin Amru itu sampai ke telinga Mu'az. Dia pun menemui Abdullah bin Amru dan berkata: "Wahai Abdullah bin 'Amru, sesungguhnya mendustakan hadis Rasulullah merupakan tindakan kemunafikan dan dosanya ditanggung oleh orang yang mengucapkannya. Sungguh, aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Takutlah kamy kepada tiga tempat yang dilaknat; buang air besar di tempat laluan air, di tempat berteduh, dan di tengah jalan" (Ibn Majah, hadis no: 328)

 

Hadis ini dipertikaikan sanadnya yang bermuara dari Abu Sa’id al-Himyari. Sanadnya adalah seperti berikut;

حَدَّثَنَا حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ قَالَ: أَخْبَرَنِي نَافِعُ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ حَيْوَةَ بْنِ شُرَيْحٍ، أَنَّ أَبَا سَعِيدٍ الْحِمْيَرِيَّ، حَدَّثَهُ

 

*Lihat perbahasan sanad

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] ISHAQ BIN IBRAHIM BIN SUWAID AL-RAMLI (254H)

إِسْحَاقُ بْنُ ابراهيم بن سُوَيْدٍ الرَّمْلِيُّ

 

Dia berasal dari Ramallah, Palestine.  Dia salah seorang rijal al-Bukhari dan Muslim. Selain Abu Daud, dia juga guru kepada Imam al-Nasaie.  Dia perawi siqah lagi sahih.

 

[6] UMAR BIN AL-KHATTAB ABU HAFS AL-QUSYAIRI (175H-264H)

عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أَبُو حَفْصٍ القشيري

 

Berasal dari al-Sijistan yang sekarang sebilangan besar tanah jajahannya kini di Afghanistan dan beberapa tempat tertentu di Pakistan dan Iran.

 

PERINGATAN: ini bukan sahabat Nabi yang bernama Saidina Umar bin al-Khattab, tetapi seorang ulama hadis di era Imam Abu Daud.

 

[5] SA’ID BIN AL-HAKAM BIN MUHAMMAD BIN SALLAM BIN ABI MARYAM AL-JUMAHI (144H-224H)

سَعِيدَ بْنَ الْحَكَمِ بن محمد بن سلام بن ابي مريم الجمحي

 

Dia orang mesir, seorang yang terkenal di Mesir dalam bidang hadis dan fiqh. Dia adalah guru Imam al-Bukhari dengan panggilan SA’ID BIN ABI MARYAM. Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Dia perawi siqah lagi sahih.

 

[4] ABU YAZID NAFI’ BIN YAZID AL-KALA’IEY (168H)

أبو يزيد نَافِعُ بْنُ يَزِيدَ الْكَلَاعِيِّ

 

Seorang ulama dari Mesir. Dia salah seorang Rijal al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasaie dan Ibn Majah. Dia perawi siqah lagi sahih.

 

[3] ABU ZUR’AH HAYWAH BIN SYURAIH BIN SAFWAN AL-TUJIBI (158H)

ابو زرعة حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ بن صفوان التجيبي

 

Dia digelar oleh al-Zahabi sebagai guru kepada negara Mesir. Dia pernah sampai ke Hadhramaut untuk menuntut ilmu. Dia bukan sekadar mahir dalam ilmu hadis, bahkan turut mahir dalam bidang fiqh.

 

Walaupun dia sebagai salah seorang rijal Abi Daud sahaja, tetapi dia adalah guru Imam al-Bukhari.

 

Namun begitu, ada beberapa hadis tertentu, Imam Bukhari tidak ambil hadis terus dari Haywah, tetapi ambil dari muridnya yang bernama Abu ‘Asim dan Abdullah bin Yazid al-Muqri al-Makki.

 

Selain Rijal Imam Abu Daud, dia juga adalah Rijal Muslim, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

PERINGATAN: ada seorang lagi bernama HAYWAH BIN SYURAIH juga bernama penuhnya adalah HAYWAH BIN SYURAIH AL-HADHRAMI. Dia adalah guru Imam Abu Daud, sedangkan HAYWAH dalam riwayat ini sekadar rijal Abi Daud sahaja.

 

[2] ABU SA’ID AL-HIMYARI

 أبو سَعِيدٍ الْحِمْيَرِي

 

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani bahawa Abu Sa’id al-Himyari ini adalah majhul.

 

[1] MUAZ BIN JABAL (18SH-18H)

 مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ

 

Seorang Sahabat Nabi yang terkenal dengan alim dalam fiqh. Beliau adalah orang ansar dari etnik KHAZRAJ. Memeluk islam sewaktu umur 18 tahun.

 

Terlibat dalam perjanjian Aqabah kedua. Selepas Fath Makkah, dia tinggal di mekah untuk mengajar al-Quran dan fiqh dan dihantar ke Yaman untuk menjadi gabenor selepas perang Tabuk

 

Dia mati di Jordan disebabkan sakit WABAK AMWAS.

 

Antara pujian nabi terhadap Muaz bin Jabal adalah hadis—daripada Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw ada bersabda:

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَرْحَمُ أُمَّتِي بِأُمَّتِي أَبُو بَكْرٍ، وَأَشَدُّهُمْ فِي أَمْرِ اللَّهِ عُمَرُ، وَأَصْدَقُهُمْ حَيَاءً عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ، وَأَعْلَمُهُمْ بِالحَلَالِ وَالحَرَامِ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ، وَأَفْرَضُهُمْ زَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ، وَأَقْرَؤُهُمْ أُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَمِينٌ وَأَمِينُ هَذِهِ الأُمَّةِ أَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الجَرَّاحِ»

“orang yang paling dirahmati dalam kalangan umatku adalah Abu Bakar; orang yang paling tegas berkenaan urusan Allah adalah Umar; orang yang paling pemalu adalah Osman bin Affan; orang yang paling tahu berkenaan halal dan haram adalah Muaz bin Jabal; orang yang paling mahir ilmu faraid adalah Zaid bin Sabit; orang yang paling bagus bacaan al-Quran adalah Ubai bin Ka’ab. Bagi setiap umat adalah orang yang paling Amanah. Orang yang paling Amanah dalam kalangan umat ini adalah Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah” (al-Tarmizi, hadis no: 3790)

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD ABU DAUD:

  

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ سُوَيْدٍ الرَّمْلِيُّ وَعُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أَبُو حَفْصٍ وَحَدِيثُهُ أَتَمُّ أَنَّ سَعِيدَ بْنَ الْحَكَمِ حَدَّثَهُمْ قَالَ: أَخْبَرَنَا نَافِعُ بْنُ يَزِيدَ حَدَّثَنِي حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ أَنَّ أَبَا سَعِيدٍ الْحِمْيَرِيَّ  حَدَّثَهُ عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ


[2] STATUS HADIS: DOIF

 

Hadis ini doif dengan alasan berikut;

 

Dalam riwayat Abu Daud dan Ibn Majah ini, kedua-dua hadis ini bermuarakan dari perawi bernama ABU SA’ID AL-HIMYARI yang mengambil hadis dari Sahabat yang bernama MUAZ BIN JABAL.

 

Pertama, Ibn Qattan dan Ibn Hajar mengatakan bahawa Abu SA’ID AL-HIMYARI adalah majhul.

 

Kedua, setelah diteliti, gagal dibuktikan bahawa ABU SA’ID AL-HIMYARI bertemu dengan MUAZ BIN JABAL. Dengan kata lain, kemungkian besar hadis ini munqati’, iaitu terputus sanad.

 

Tambahan pula, dalam riwayat Ibnul Arabi dalam menjelaskan hadis ini dia berkata:

 

زاد ابن الأعرابي في روايته بعد هذا الحديث: قال ابو داود: هذا مرسل, وهو مما انفرد به أهل مصر

“Ibnu Arabi menambah berkenaan riwayat ini selepas penjelasan hadis ini. Abu Daud berkata: hadis ini adalah Mursal dalam keadaan ia tafarrud oleh penduduk mesir sahaja”

 

Dengan dua alasan ini, disimpulkan bahawa hadis ini doif dari sudut sanad.

 

Namun begitu, ALBANI mengatakan hadis ini sebagai HASAN, sedangkan ARNAUT kata hadis ini HASAN LIGHAIRIH.

 

Apabila diteliti, didapati penghujahannya pada dua alasan:

 

Pertama, ABU SA’ID AL-HIMYARI adalah MAJHUL AL-HAL, bukan MAJHUL AIN, iaitu apabila berjaya dibuktikan bahawa ada dua orang murid yang mengambil hadis darinya, iaitu HAYWAH (hadis ini, salah satunya) dan FARJ BIN FUDHALAH (lihat Tibrani dalam Kitab al-Do’a, hadis no: 1402)

 

Kedua, dalam kaedah usul al-Hadis, apabila sesuatu hadis yang doif disebabkan majhul al-Hal, ia boleh dikuatkan untuk dijadiakan sandaran hukum sama ada melalui syawahid atau mutaba-ah.

 

Didapati hadis ada beberapa SYAWAHID seperti berikut:

 

Pertama, sahabat nabi yang bernama ABU HURAIRAH—hadis 25 yang menyebut berkenaan dua tempat dilarang buang air besar, iaitu laluan orang ramai dan tempat orang ramai berteduh.

 

Kedua, sahabat nabi bernama JABIR BIN ABDULLAH bahawa Nabi saw bersabda:


حَدَّثَنَا جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِيَّاكُمْ وَالتَّعْرِيسَ عَلَى جَوَادِّ الطَّرِيقِ، وَالصَّلَاةَ عَلَيْهَا، فَإِنَّهَا مَأْوَى الْحَيَّاتِ وَالسِّبَاعِ، وَقَضَاءَ الْحَاجَةِ عَلَيْهَا، فَإِنَّهَا مِنَ الْمَلَاعِنِ»

"Janganlah kamu berehat, solat dan qadha’ hajat di tengah jalan. Sebab ia adalah tempat ular dan binatang buas, dan ia juga tempat yang dilaknat” (Ibn Majah, hadis no: 329—Doif)

 

Ketiga, ABDULLAH BIN UMAR berkata:

 

عَنْ سَالِمٍ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نَهَى أَنْ يُصَلَّى عَلَى قَارِعَةِ الطَّرِيقِ، أَوْ يُضْرَبَ الْخَلَاءُ عَلَيْهَا، أَوْ يُبَالَ فِيهَا»

“Nabi saw melarang dari menunaikan solat di laluan jalan atau qadha’ hajat di situ, atau kencing di situ” (Ibn Majah, hadis no: 330—doif)

 

Keempat, IBN ABBAS berkata bahawa dia dengar Rasulullah saw bersabda:

 

مَنْ، سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «اتَّقُوا الْمَلاعِنَ الثَّلاثَ» قِيلَ: مَا الْمَلاعِنُ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «أَنْ يَقْعُدَ أَحَدُكُمْ فِي ظِلٍّ يُسْتَظَلُّ فِيهِ، أَوْ فِي طَرِيقٍ، أَوْ فِي نَقْعِ مَاءٍ»

Takutilah kamu 3 punca orang mencela. Sahabat tanya: apa punca celaan itu, Wahai Rasulullah? Jawab nabi: Seseorang kamu duduk di bawah teduhan atau pada laluan atau pada sumber air” (Ahmad, hadisn no: 2715—doif)

 

Dari empat hadis yang dikemukakan, didapati ada empat orang sahabat nabi selain Muaz turut menyampaikan hadis yang kandungannya sama maksud dengan hadis Muaz.

 

Dengan ini, hadis ini dapat disimpulkan seperti berikut:

 

a.                  Kisah hadis ini berkenaan perbualan Muaz bin Jabal dan Abdullah Bin Amru itu kekal doif, kerana tidak ada sebarang riwayat yang menguatkan kisah tersebut.

 

b.                  Tetapi, berkenaan dengan pesanan agar berhati-hati dari qadha’ hajat di tiga tempat, iaitu laluan air, laluan jalan dan tempat berteduh; ini boleh dijadikan sandaran hukum. Ia disebut sebagai hasan lighairih, iaitu doif dari sudut sanad, tetapi boleh dibuat hujah dari sudut matan.

 

Cuma pelik sedikit apabila al-Hakim menganggap hadis ini sahih, lalu disokong oleh al-Zahabi dengan tidak diketahui apa hujah mereka.

 

TAKHRIJ

 

Ibn Majah (329, 330), Ahmad (2715).

HADIS 25

 

HADIS 25

 

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنِ الْعَلَاءِ بْنِ عَبْدِالرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «اتَّقُوا اللَّاعِنَيْنِ» ، قَالُوا: وَمَا اللَّاعِنَانِ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «الَّذِي يَتَخَلَّى فِي طَرِيقِ النَّاسِ أَوْ ظِلِّهِمْ»

"takutlah dua pelaknat" Sahabat bertanya: "Apa dua pelaknat itu, wahai Rasulullah?"

Rasulullah menjawab: "Seseorang yang buang hajat di jalanan atau tempat berteduh"

 

status hadis: sahih


PERBAHASAN LAFAZ

 

[1] Pada perkataan اتَّقُوا اللَّاعِنَيْنِ, dalam riwayat muslim, digunakan perkataan: اتَّقُوا اللَّعَّانَيْنِ iaitu dari perkataan لعّان

 

Perbezaan antara dua ungkapan ini adalah, perkataan اللاعنين bermaksud orang yang melaknat, sedangkan اللعانين adalah orang yang amat dan bersangatan melaknat.

 

[2] Asal maknaاللعن adalah mendoakan agar terhindar dari rahmat Allah.

 

[3] Kata al-Khattabi, perkataan “takutlah olehmu dua jenis orang yang melaknat” (اللَّاعِنَيْنِ) adalah majaz Aqli مجاز عقلي; iaitu takutilah olehmu dua punca yang menjadikan orang boleh melaknat dan mencela.

 

[4] Menurut kitab Aun al-Ma’bud, perkataan الطريق  iaitu tempat yang sudah disediakan sebagai laluan. Ia tidak termasuk laluan المهجور  iaitu laluan yang asalnya bukan laluan, tetapi sekali sekala dilalu orang.

 

[5] Menurut kitab Aun al-Ma’bud, bahawa maksud larangan qadha’ hajar di bawah bayang-bayang bukan bukan semua bayang-bayang, tetapi bayang-bayang yang menjadi tempat orang sering berteduh.

 

Dalam erti kata lain, di kawasan yang ada teduh, tetapi bukan tempat orang berteduh di situ, maka ia tidak termasuk maksud hadis.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Dalam HADIS ke-24, Nabi sediakan bekas untuk letak air kencing di bawah katil

 

Pada HADIS ke-25, Nabi minta hindari dari kencing di laluan orang ramai dan tempat orang berteduh.

 

Dengan melihat kepada dua hadis ini, didapati ada satu kesamaan, iaitu keperluan mengelak dari orang boleh tersilap yang melibatkan kencing. Seperti Kalau letak air kencing bawah katil, ia boleh menyebabkan orang tersilap minum; kalau di laluan orang ramai serta tempat mereka berteduh, mengelak dari orang tersilap dari terpijak najis.

 

PENGAJARAN

  

[1] PERILAKU YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA ORANG LAKNAT

 

Secara dasarnya, kita perlu mengelak dari melakukan perkara yang boleh mengundang makian, celaan dan laknat dari orang ramai.


Namun begitu, ada beberapa perbuatan yang dilakukan sehingga mengundang laknat, ia tidak terlarang.

 

Antaranya, Al-Quran ada menyatakan bahawa orang beriman itu adalah orang yang berjihad di jalan Allah serta mereka tidak takut dicela. Firman Allah:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (54) – المائدة

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (Surah al-Maidah, ayat 54)

 

[2] SEBAB LARANGAN QADHA’ HAJAT DI BAWAH TEDUH

 

Tidak terdapat satu hadis yang sahih dan sarih menjelaskan sebab dan punca larangan kencing di bawah bayang-bayang pokok. Namun begitu, terdapat hadis doif menyatakan bahawa sebab larangan tersebut dikaitkan dengan pokok yang berbuah.

 

Al-Tibrani dalam al-Mukjam al-Awsat (hadis no: 2392) meriwayatakan daripada Ibn Umar berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَتَخَلَّى الرَّجُلُ تَحْتَ شَجَرَةٍ مُثْمِرَةٍ

“Rasulullah saw melarang bahawa seorang lelaki qadha’ hajar di bawah pokok yang berbuah” (hadis ini dinilai Doif Jiddan kerana pada sanadnya ada perawi matruk bernama Furat bin al-Saib)

 

Walaupun hadis ini doif jiddan, tetapi kandungan matannya selaras dengan fitrah manusia. iaitu, buah-buahan yang boleh dimakan, jika jatuh di atas najis, sudah pasti ia tidak dapat dimakan. Makanya, ia wajar dielak dari berlaku.

 

[3] MENGGUNAKAN PERKATAAN SOPAN

 

Menurut kitab Aun al-Ma’bud, perkataan yang digunakan dalam hadis ini adalah يَتَخَلَّى yang bermaksud menyendiri, sedangkan dalam konteks hadis ia bermaksud kencing atau berak secara menyendiri, sedangkan perkataan bagi berak adalah يتغوط.

 

Dengan ini, disimpulkan bahawa secara tidak langsung bahawa Nabi saw sudah mengajar kepada kita bahawa semasa bercakap perlu menggunakan yang sopan, seperti dalam Bahasa melayu disebut “buang air besar”, bukan “berak”.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] ABU RAJA’ QUTAIBAH BIN SA’ID AL-BALKHI (150H-240)

أبو رجاء قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ البلخي

 

Dia berasal dari Balkh, Afghanistan. Dia adalah guru semua imam kutub Sittah kecuali Ibn Majah sahaja ambil hadisnya dengan ada perantara, iaitu melalui Muhamad bin Yahya al-Zuhli dan Ibn Abi Syaibah. Dia merupakan murid kepada Imam Malik dan Imam al-Lais.

 

Menurut Abu Daud, dia masuk ke Baghdad tahun 216 hijrah. Apabila sampai di situ, Imam Ahmad dan Yahya datang berjumpa dengan dia.

 

Abu Hatim al-Razi pula kata, apabila dia sampai di Baghdad, Imam Ahmad datang belajar hadis darinya. Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ibn Numair dari Kufah datang ke Baghdad untuk buat ujian kekuatan hafalan dia, serta dia buat ujian juga pada kekuatan hafalan dua ulama kufah tersebut. Kejadian itu berlaku sampai ke subuh.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[4] ISMAIL BIN JA’FAR (110H-138H)

إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ

 

Dilahirkan dan meninggal di Madinah, dan kuburnya di Baqi’.

 

Bapanya adalah cicit kepada Saidina Hussin, yang nama penuh bapanya itu adalah JAAFAR BIN MUHAMMAD BIN ‘ALI BIN AL-HUSAIN BIN ALI BIN ABI TALIB; atau lebih dikenali sebagai JA’FAR SODIQ.

 

Ibunya pula adalah cucu kepada Saidina Hassan yang nama penuhnya adalah FATIMAH BINTI AL-HUSAIN AL-ASRAM الاَثرم  BIN AL-HASSAN BIN ‘ALI BIN ABI TALIB.

 

Dia dianggap sebagai imam bagi penganut fahaman syiah Ismailiyyah, sedangkan bapanya adalah rujukan bagi penganut syiah Ja’afariyyah.

 

kekhilafan dalam syiah berlaku adalah; menurut dakwaan penganut syiah Ismailiyyah bahawa bapanya, iaitu Jaafar Sodiq pernah memberitahu bahawa selepas dia bahawa anaknya; iaitu Ismail ini adalah imam.

 

Namun begitu, dia meninggal dunia pada tahun 138 hijrah yang lebih 10 tahun awal berbanding bapanya meninggal dunia, iaitu tahun 148 hijrah.

 

Dengan itu, apabila bapanya meninggal dunia, ada pula dari penganut syiah menganggap bahawa seseorang imam itu perlu menjadi imam yang sah dengan kematian bapa terlebih dahulu, baru anaknya. Namun, yang terjadi adalah anaknya meninggal terlebih dahulu.

 

Makanya, mereka pun menganggap imam selepas Ja’far Sodiq adalah adik kepada Ismail yang bernama MUSA AL-KAZIM (128H-183H). Kejadian sebegini menjadikan berlaku perselisihan antara penganut syiah sehingga lahir satu fahaman syiah yang disebut sebagai Ismailiyyah.

 

Kepercayaan sebegini tidak ada dalam fahaman sunni. Pun begitu, Ismail tetap menjadi sumber pengajian hadis dalam kalangan ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.

 

Perbezaan antara ahli al-Sunnah wa al-Jamaah berbanding syiah dalam menanggapi Ismail adalah bahawa ahl al-Sunnah wa al-Jamaah menganggap bahawa Ismail menyampaikan hadis sama seperti perawi-perawi hadis yang lain, sedangkan syiah menganggap bahawa Ismail salah seorang imam ma’sum yang mendapat wahyu dari Allah.

 

Di samping Musa al-Kazim, Ismail punyai tiga orang adik lagi, iaitu Abdullah bin Ja’afar, ‘Ali al-‘Uraidhi العريضي dan Muhammad bin Ja’afar.

 

Dia adalah guru Imam malik, serta rijal al-Kutub al-Sittah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

 [3] ABU SYIBL AL-‘ALA’ BIN ABDUL RAHMAN BIN YAAQUB AL-HURAQI AL-MADANI (132H/138H)

ابو شبل الْعَلَاءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بن يعقوب الحرقي ابو شبل المدني

 

Dia adalah seorang Tabbin, dan meninggal di Madinah di era pemerintahan Khalifah Abi Ja’far al-Mansur.

 

Dari sudut Jarh wa Ta’dil, semua ulama rijal anggap dia sebagai siqah kecuali beberapa komentar berikut:

 

a.                  Al-Jurjani menyatakan bahawa dia tidak mengapa, tetapi di waktu lain menyebut bahawa dia tidak kuat.

b.                  Ibn al-Jawzi menyebut namanya salah seorang perawi palsu. Turut menyatakan bahawa al-‘Ala’ ini pernah berkata: Aku telah memalsukan hadis berkenaan kelebihan Saidina Ali sebanyak 70 buah hadis.

c.                   Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa dia Soduq, tetapi kadangkala ada berlaku waham.

d.                  Yahya bin Ma’in menyatakan bahawa tidak menjadi masalah pada hadisnya, tetapi di waktu lain menyatakan bahawa hadis al-‘Ala’ riwayatkan tidak boleh dijadikan hujah.

e.                  Albani terima hadis dia. Tetapi, Ibn Hazm tidak berhujah dengan hadisnya.

 

Dia merupakan salah seorang perawi Muslim, Abi Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan ibn Majah. Dia bukan rijal al-Bukhari. Dia adalah perawi hasan.

 

 [2] ABDUL RAHMAN BIN YA’QUB AL-JUHANI (101H)

عَبْدِ الرَّحْمَنِ بن يعقوب

 

Ini adalah bapa kepada al-‘Ala’ bin Abdul Rahman di atas. Abdul Rahman berasal dari Hamzan (Iran) dan meninggal dunia di Madinah.

 

Dia adalah rijal Muslim, Abi Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan ibn Majah. Dia bukan rijal al-Bukhari. Dia seorang perawi yang sahih.

 

[1] ABU HURAIRAH (21SH-59H)

  أَبِي هُرَيْرَةَ

 

Dia dilahirkan di Yaman dari etnik DUS AL-AZDIYYAH دوس الأزدية dan meninggal dunia di Madinah, dan kuburnya di Baqi’.

 

Sebelum memeluk Islam, namanya Abdul al-Syams bin Sakhar. Setelah memeluk islam, namanya ditukar kepada Abdul Rahman bin Sakhar.

 

Ada banyak riwayat menyatakan nama beliau dengan nama yang lain. Ada riwayat menyatakan, namanya Abdul Rahman bin Ghanm, ada kata Abdun bin Ghanm dan banyak lagi.

 

Sebab beliau digelar Abu Hurairah kerana kecenderungannya yang amat kuat dalam menyanyanyi anak-anak kucing. Dalam sebutan Arab, perkataan Hurairah bermaksud anak kucing yang kecil.

 

Dia memeluk Islam setelah mendengar ajaran Islam melalui seorang sahabat bernama AL-TUFAIL BIN AMRU AL-DUSI.

 

Selepas peluk islam tahun 7 hijrah, dia hijrah dari Yaman ke Madinah bersama beberapa orang dari etnik Dusi.

 

Dia sampai di Madinah semasa penduduk Madinah sedang sebuk perang Khaibar yang dengan itu menyebabkan ulama Islam khilaf berkenaan keterlibatan dia dalam perang tersebut. Imam Ibn Abdul Bar kata, dia terlibat dalam perang terbabit.

 

Sebelum Nabi wafat, beliau tidak berkahwin kerana mahu fokus untuk belajar dengan Nabi, berkhidmat dengan Nabi dan para isteri nabi. Beliau tinggal di beranda masjid Nabi—disebut Ahli Sufah.

 

Selepas kewafatan Nabi, beliau berkahwin dengan seorang perempuan bernama BUSRAH BINTI GHAZWAN.

 

Di era Umar bin al-Khattab menjadi Khalifah, Abu Hurairah dilantik menjadi Gabenor di Bahrain.

 

Semasa dekat saat kematian, beliau ada berpesan agar tidak ada sesiapa pun meratap kematiannya dan beliau minta agar segerakan tanam jenazahnya.

 

Beliau adalah sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis yang al-Zahabi menyatakan, hadis yang Abu Hurairah riwayatkan mencecah angka sebanyak 5374 buah hadis.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD ABU DAUD

 

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنِ الْعَلَاءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

 

[2] STATUS HADIS: SAHIH

 

Hadis ini dianggap sahih dengan alasan berikut;

A.                  Ia sahih atas syarat Muslim.

B.                  Hadis ini turut sama diriwayatkan oleh Muslim.

C.                  Arnaut dan Albani sepakat hadis ini sebagai sahih.

 

TAKHRIJ

 

Misykat (339) Muslim (269), Ahmad (8853), Ibn hibban (1415)