HADIS 28: |
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ
حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، عَنْ دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ حُمَيْدٍ الْحِمْيَرِيِّ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ: لَقِيتُ
رَجُلًا صَحِبَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا صَحِبَهُ أَبُوهُرَيْرَةَ، قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ
يَمْتَشِطَ أَحَدُنَا كُلَّ يَوْمٍ، أَوْ يَبُولَ فِي مُغْتَسَلِهِ»
“Rasulullah saw
melarang salah seorang dari kami sikat rambut setiap hari atau buang air kecil
di tempat mandi”
Status
hadis: sahih
PENJELASAN HADIS |
Ada beberapa perbahasan dalam hal ini:
[1] PENAMBAHAN MATAN
PERTAMA: Dalam Abu Daud, hanya sebut:
لَقِيتُ
رَجُلًا صَحِبَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا صَحِبَهُ أَبُو
هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
“aku berjumpa dengan seseorang yang bersahabat dengan
Nabi sepertimana dia bersahabat dengan Abu Hurairah”.
Namun, jika dilihat dalam sekian banyak riwayat, seperti
riwayat al-Nasai (238, 5054[1]),
Ahmad (23132[2]),
Al-Tahawi (78[3]):
ada tambahan;
أَرْبَعَ سِنِينَ
“selama empat tahun”.
KEDUA: dalam riwayat Abu Daud dan sekian banyak
riwayat hadis tidak ada penambahan berikut:
... يبول في مغتسله أو يغتسل الرجل بفضل المرأة والمرأة بفضل الرجل
وليغترفا جميعا
“tidak boleh kencing
di tempat mandi; atau mandi seorang lelaki dengan lebihan air mand perempuan,
dan perempuan mandi pada lebihan air lelaki, dan kedua-dua (lelaki dan
perempuan) mencebok air bersama-sama” (al-Nasaie, hadis no: 238)
HUBUNGAN HADIS |
Kalau
dilihat pada hadis ke-27, digambarkan bahawa nabi tidak bagi kencing di tempat mandi dengan
sebab ia boleh datang was-was.
Dalam hadis ke-28 ini pula, kelihatan Nabi larang
kencing di tempat mandi tanpa dinyatakan ia boleh datang was-was.
Seakan-akan, Abu Daud mahu memberitahu kepada kita
bahawa soal kencing di tempat mandi yang menjadi masalahnya adalah memungkinkan
timbul rasa was-was seperti air kencing merecik pada pakaian. Justeru, demi
mengelak kotoran kencing/najis kena pada badan, sama ada boleh datang was was
atau tidak, maka nabi melarang kencing di tempat mandi.
PENGAJARAN |
[1] MAKSUD LARANGAN SIKAT RAMBUT SETIAP HARI
Apabila hadis ini menyatakan bahawa Nabi saw melarang
sikap rambut setiap hari, ia kelihatan bercanggah dengan hal-hal berikut;
PERTAMA: kalau tidak dilarang sikat rambut setiap
hari, ia akan menjadikan rambut tidak terurus. Hal ini bercanggah dengan gaya
hidup sihat.
KEDUA: Jika difahami hadis ini secara zahir sebagai
larangan menyikat rambut setiap hari, seakan-akan bercanggah dengan hadis-hadis
berikut;
[a] Jabir bin Abdillah berkata:
عَنْ جَابِرِ
بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّهُ قَالَ: أَتَانَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَرَأَى رَجُلًا ثَائِرَ الرَّأْسِ فَقَالَ: «أَمَا يَجِدُ هَذَا مَا
يُسَكِّنُ بِهِ شَعْرَهُ»
“Nabi datang berjumpa dengan kami. Nabi pun nampak seseorang
lelaki yang rambutnya serabai. Nabi pun berkata: boleh tak bahawa dia ini dapat
mengelokkan rambutnya” (al-Nasaie, hadis no: 5236)
[b] ‘Ata’ bin Yasar berkata:
أَنَّ عَطَاءَ
بْنَ يَسَارٍ أَخْبَرَهُ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم فِي
الْمَسْجِدِ. فَدَخَلَ رَجُلٌ ثَائِرَ الرَّأْسِ وَاللِّحْيَةِ. فَأَشَارَ
إِلَيْهِ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِيَدِهِ أَنِ اخْرُجْ. كَأَنَّهُ
يَعْنِي إِصْلاَحَ شَعَرِ رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ. فَفَعَلَ الرَّجُلُ، ثُمَّ
رَجَعَ. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: «أَلَيْسَ هذَا خَيْراً مِنْ
أَنْ يَأْتِيَ أَحَدُكُمْ ثَائِرَ الرَّأْسِ كَأَنَّهُ شَيْطَانٌ؟»
“Nabi saw berada dalam masjid.
Tiba-tiba seseorang lelaki yang serabai rambut dan janggutnya masuk. Nabi saw
memberi isyarat kepadanya agar keluar, seakan-akan Nabi menyuruh dia
membetulkan rambut dan janggutnya. Lelaki itu pun mengelokkan rambut dan
janggutnya, kemudian kembali balik ke masjid. Rasulullah saw pun berkata:
Bukanlah ini lebih baik berbanding sesoerang kamu datang dalam keadaan seramai
rambut yang kelihatan seperti syaitan?” (Muwatta’, hadis no: 3494)
[c] daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi saw ada
bersabda:
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ
كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ»
“Barangsiapa yang punyai rambut, maka hendaklah dia muliakannya” (Abu
Daud, hadis no: 4163)
[d] daripada Nafi’ berkata:
أَنَّ ابْنَ
عُمَرَ: «كَانَ رُبَّمَا ادَّهَنَ فِي الْيَوْمِ مَرَّتَيْنِ»
“sesungguhnya Ibn Umar itu meminyakkan rambutnya sehari sebanyak
dua kali” (Musannaf Ibn Abi Syaibah, hadis no: 25558)
Dari keempat-empat hadis yang dibawakan di sini, menggambarkan keperluan
kemas dan rambut perlu kelihatan rapi yang sudah pasti jika dilarang sikat
rambut setiap hari, keadaan rapi ini tidak terjadi.
Maka dengan ini, terdapat beberapa takwilan terhadap pemaknaan larangan
sikat rambut setiap hari.
TAKWIL 1: Tidak terlalu focus pada soal kecantikan bagi lelaki melebihi
Wanita, sehingga pada setiap waktu hanya memikirkan kecantikan rambut sahaja.
Hal ini dapat difahami menerusi hadis berikut—daripada Abdullah bin
Mughaffal berkata:
وَعَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ
- صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَنِ التَّرَجُّلِ إِلَّا غِبًّا
“Rasulullah melarang dari menyikat rambut kecuali
jarang-jarang sekali” (Abu Daud, hadis No: 4159 | Tarmizi, hadis no: 1756)
TAKWIL 2: Ia sama seperti larangan melabuhkan pakaian
sehingga menutup mata kaki, iaitu terhindar dari sombong.
Dalam hadis—daripada Abdullah bin Umar berkata bahawa
Rasulullah saw bersabda:
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ، لَمْ يَنْظُرِ
اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ القِيَامَةِ» فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ: إِنَّ أَحَدَ شِقَّيْ
ثَوْبِي يَسْتَرْخِي، إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ؟ فَقَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّكَ لَسْتَ تَصْنَعُ ذَلِكَ
خُيَلاَءَ»
“Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, Allah
tidak akan melihatnya pada hari kiamat nanti”
Abu Bakar berkata: "Sesungguhnya sebelah dari
pakaianku terjulur kecuali bila aku memegangnya”
Jawab nabi: "Sesungguhnya kamu melakukan itu
bukan bermaksud sombong" (al-Bukhari, hadis no: 3665(
Dalam erti kata yang lain, yang dimaksudkan larangan
sikat rambut setiap hari bukan kerana untuk mengelokkan rambut agar terkemas
rapi, tetapi sering menyikat rambut walaupun sudah kemas rapi, kerana mahu
menunjuk-nunjuk dan menampilkan kesombongan kepada orang lain.
[3] ELAK DARI KOTORAN MERECIK BALAS PADA BADAN
Dalam hadis ini juga mengajar kepada kita agar tidak kencing di tempat
mandi yang bermaksud mengelak dari air kencing merecik pada badan atau pakaian
semasa sedang mandi.
Perbahasannya sudah dijelaskan dalam hadis ke 27.
BIOGRAFI PERAWI |
[5] AHMAD BIN ABDULLAH BIN YUNUS (132H-227H)
أَحْمَدُ بْنُ عبدالله بن يُونُسَ التيميم اليربوعي الكوفي
Dia berasal dari Kufah, tinggal di Baghdad dan pernah berpindah ke
Asfahan. Dia pernah sampai ke Damsyiq untuk belajar hadis.
Dia adalah guru kepada al-Bukhari, Muslim dan Abi Daud, serta rijal
al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.
[4] ABU KHAISAMAH ZUHAIR BIN MUAWIYYAH AL-JU’FI AL-KUFI (95H-174H)
أبو خيثمة زُهَيْرٌ بن معاوية أبو
خيثمة الجعفي الكوفي
Salah seorang tabi’ al-Tabi’in. Dia salah seorang rijal al-Kutub al-Sittah.
Di sana terdapat beberapa kritikan kecil terhadap beliau, seperti Abu
Zur’ah al-Razi kata, dia ikhtilat (hafalannya celaru) sebelum kematiannya yang
Ibn Hajar al-Asqalani sebut secara khusus riwayat Abu Ishaq yang ambil darinya,
itu adalah waktu hafalannya sudah ikhtilat tersebut.
Dengan ini difahami bahawa dia siqah dan sahih yang sebarang riwayatnya
sebelum dia ikhtilat tidak berlaku sebarang pertiakaian pun.
[3] ABU AL-‘ALA DAUD BIN ABDILLAH AL-UDI
ابو
العلاء دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الأودي الكوفي
Dia orang kufah dan merupakan rijal Abi Daud, Tarmizi
dan Ibn Majah.
Adapun imam bukhari dan Muslim; kedua-dua imam besar
hadis ini tidak mengambil riwayat Daud bin Abdillah.
Ibn Hazm mendakwa bahawa dia doif. Namun, Albani bantah
dengan menukilkan komentar Ibn Ma’in dengan menyatakan bahawa dia sohih yang
kemungkinan ada pihak tersilap dalam menilai bahawa yang doif itu adalah DAUD
BIN YAZID AL-UDI, sedangkan perawi ini bernama DAUD BIN ABDILLAH AL-UDI.
[2] HUMAID AL-HIMYARI BIN ABDUL RAHMAN (91H)
حُمَيْدٍ
الْحِمْيَرِيِّ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ
Beliau adalah salah
seorang rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Nama
beliau tidak terdapat dalam senarai rijal al-Bukhari.
Beliau adalah tabiin kecil, kerana dikatakan dia jumpa
sahabat tidak ramai. Antaranya adalah Abu Hurairah (21SH-59H), Abdullah bin
Umar (14SH-73H), Abu Bakrah (52H) (nama betul: Nafi’ bin al-Haris bin Masruh
al-Saqafi dan Sa’ad bin Hisyam bin ‘Amir al-Ansari (mati antara 81H hingga
90H).
Ibn Sirin menyatakan, dia antara tabiin yang amat faqih dalam kalangan penduduk
Basrah.
Dia perawi siqah lagi sahih.
[1]
SAHABAT: MUBHAM
Mubham
sahabat tidak mencacatkan status hadis.
PERBAHASAN SANAD |
[1] SANAD ABU DAUD
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ
بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، عَنْ دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ حُمَيْدٍ
الْحِمْيَرِيِّ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ: لَقِيتُ رَجُلًا
صَحِبَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا صَحِبَهُ أَبُو
هُرَيْرَةَ
[2] MUBHAM SAHABAT
Humaid al-Himyari
tidak menyebut nama sahabat yang dia jumpa itu. Dengan itu, ada dakwaan
mengatakan sahabat tersebut adalah ABDULLAH BIN SARJIS (81H); ada pula kata,
sahabat itu adalah ABDULLAH BIN MUGHAFFAL (60H); ada pula mendakwa, sahabat itu
adalah AL-HAKAM BIN AMRU AL-GHIFFARI.
Walaubagaimana
pun, semua dakwaan ini tidak didokong sebarang bukti. Ia sekadar dakwaan sahaja.
[3] STATUS HADIS:
SAHIH
Apabila Tabiin bernama
HUMAID AL-HIMYARI tidak menyebut nama sahabat yang dia jumpa, menyebabkan ada
dua tanggapan dalam kalangan ulama hadis.
PERTAMA: Al-Baihaqi
kata, hadis ini adalah MURSAL SAHABI. Dalam erti kata lain, Tabiin ambil hadis
terus dari Nabi dengan tidak menyebut nama sahabat.
KEDUA: Pendapat
al-Baihaqi ini dibantah oleh al-Turkumani dengan alasan berikut;
[SATU] MURSAL SAHABI
mesti dari sahabat kecil ambil hadis dari Nabi dalam hal yang mereka tidak
terlibat secara langsung dengan nabi, seperti Abu Hurairah yang meriwayatkan
hadis yang berkaitan keadaan sebelum hijrah; hal ini tidak munasabah pada akal
kerana Abu Hurairah memeluk islam tujuh tahun selepas hijrah.
Ini bermakna, apa yang
Abu Hurairah riwayatkan kejadian sebelum Hijrah itu adalah dia ambil dari
sahabat Nabi yang ada pada era itu, seperti dia ambil hadis dari Abu Bakar
al-Siddiq, atau Umar bin al-Khattab atau sebagainya.
Dalam erti kata lain,
mursal sahabi adalah sahabat yang tidak berada di sesuatu kejadian bersama
dengan Nabi, tetapi dia riwayatkan hadis berkenaan kejadian terbabit.
Hal ini berbeza dengan
hadis ini, bahawa yang menceritakan hadis ini adalah tabiin, bukan sahabat.
Justeru, dakwaan bahawa hadis ini Mursal Sahabi adalah tidak tepat.
[DUA] Memandangkan
HUMAID AL-HIMYARI yang merupakan Tabiin yang ambil hadis dari sahabat ini
adakah siqah, maka hadis ini boleh diterima.
Adapun MUBHAM SAHABI,
iaitu nama sahabat tidak disebut secara jelas, ia tidak mencacatkan status
hadis. Hal ini kerana, kecacatan hadis dari kerangka MUBHAM, jika bermula dari
TABIIN. Adapun Mubham dari Sahabat, ia tidak mencacatkan hadis.
KESIMPULAN: hadis ini sahih. Turut mengatakan
hal yang sama adalah ARNAUT dan ALBANI. Adapun dakwaan doif oleh Ibn Hazm,
ALBANI membantah dengan menyatakan bahawa ia tidak boleh diterima kerana
rata-rata ulama hadis anggap dia siqah.
TAKHRIJ |
Al-Nasaie
(Kubra-235), Musnad Ahmad (17011)
No comments:
Post a Comment