HADIS 41 |
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ عَمْرِو بْنِ خُزَيْمَةَ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ خُزَيْمَةَ عَنْ خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ: سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ
الِاسْتِطَابَةِ، فَقَالَ: «بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ لَيْسَ فِيهَا رَجِيعٌ»
Daripada
Khuzaimah bin Tsabit dia berkata: Rasulullah pernah ditanya tentang beristinja
dengan batu, maka baginda menjawab: "Dengan tiga batu yang tidak ada
kotoran binatang padanya”
Status
hadis: doif sanad, sahih matan
HUBUNGAN HADIS |
HADIS ke-40, menjelaskan bahawa istinjak perlu tiga biji batu.
Pada
hadis ke-41 ini pula menjelaskan bahawa istinjak dengan batu itu tidak boleh
digantikan dengan tahi.
PENGAJARAN |
[1]
ISTINJAK DENGAN BATU MESTI TIGA.
Dalam
perbincangan lepas, sudah disebut berkenaan istinjak menggunakan tiga biji batu
yang Mazhab Syafie anggap perlu tiga biji batu sehingga lebih, sedangkan Mazhab
Hanafi anggap bahawa yang penting adalah bersih. Makanya, jika istinjak menggunakan
dua biji batu atau sebiji batu pun sudah dapat bersih, maka itu sudah memadai. (sila klik sini atau sini)
Mazhab
Syafie anggap, istinjak adalah TA’ABBUDI. Justeru, tidak boleh ganti bagi batu
seperti kertas, tisu dan sebagainya.
Mazhab
Hanafi kata, tengok maqasid. Iaitu, yang penting bersih. Jadi, guna tisu basah ketika
istinjak sebagai ganti batu adalah sah.
[2]
TAHI TIDAK BOLEH JADI ALAT ISTINJAK
Kaedah
fiqh: tidak boleh sesuatu mudharat menghapuskan mudharat yang lain.
Dengan
ini dapat dibandingkan bahawa hadis ini membenarkan kaedah fiqh tersebut, iaitu
najis tidak boleh dihilangkan dengan najis juga.
Contoh
pengamalannya adalah seperti mahu atasi bahaya nyawa kerana tercekik dengan
minum racun.
BIOGRAFI
PERAWI |
[6] ABDULLAH BIN
MUHAMMAD AL-NUFAILI (144H-238H)
عَبْدُ اللَّهِ
بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ
Lihat hadis ke-8
[5] ABU MUAWIYYAH (113H-194H)
أَبُو
مُعَاوِيَةَ
Lihat hadis ke-7 dan 21
[5] ABU USAMAH (201H)
أَبُو
أُسَامَةَ
Nama sebenarnya adalah HAMMAD BIN USAMAH BIN ZAID
AL-HASHIMI AL-KUFI. Ulama Kufah ini adalah Rijal al-Kutub al-Sittah. Dia perawi
yang siqah lagi sahih.
[5] IBN NUMAIR (199H)
ابْنُ نُمَيْرٍ
Nama betulnya adalah ABDULLAH BIN NUMAIR AL-HAMDANI,
atau gelarannya adalah ABU HISHAM AL-KUFI.
Ulama kufah ini adalah Rijal al-Kutub al-Sittah. Dia siqah
lagi sahih.
[4] HISHAM BIN URWAH (61H-146H)
هِشَامِ بْنِ
عُرْوَةَ
Dia adalah cucu kepada Sahabat Nabi yang terkenal,
iaitu al-Zubair bin al-Awwam. Dengan kata lain, dia adalah anak saudara kepada
sahabat Nabi yang bernama ABDULLAH BIN ZUBAIR.
Bapanya adalah URWAH BIN AL-ZUBAIR adalah perawi yang
paling banyak riwayatkan hadis Aisyah. Dan dia mendengar hadis juga dari
bapanya.
Isterinya adalah FATIMAH BINTI AL-MUNZIR BIN
AL-ZUBAIR BIN AL-AWWAM, yang asalnya adalah sepupunya sendiri.
Hisham terkenal dengan alim dalam bidang fiqh dan
hadis. semasa dia kecil, Ibn Umar pernah usap kepalanya dan mendoakan
kepadanya.
Dia dilahirkan di Madinah serta banyak masa di situ.
Selepas itu, dia berhijrah ke Baghdad dan meninggal dunia di situ.
Khalifah Abu Ja’far al-Mansur antara
yang solat jenazahnya.
Dia dikebumikan di tanah perkuburan
AL-KHIZRAN (tempat itu dinamakan al-Khizran kerana sempena kepada nama isteri
kepada ibu kepada Khalifah Harun al-Rashid bernama AL-KHIZRAN BINTI ‘ATA’
yang berada di kota الأعظمية iaitu kota yang dinisbahkan kepada Imam
Abu Hanifah yang dia dikebumikan di situ)
Terdapat beberapa TAJRIH terhadapnya adalah seperti
berikut;
Kata Yaaqub bin Syaibah, dia siqah dan diterima
riwayatnya kecuali selepas dia berhijrah ke Iraq. Antaranya selelepas hijrah,
dia selalu mursalkan hadis dari bapanya.
Imam Malik tidak ambil hadis dia andai yang
ambil dari dia itu adalah penduduk Iraq. Kata Imam Malik lagi, dia ke Kufah
sebanyak tiga kali. Semenjak di sana, dia selalu cakap “TELAH MENCERITAKAN
KEPADAKU BAPAKU” dan “AKU MENDENGAR AISYAH”. Pada kali ke-2, dia kata: “TELAH
MENGKHABARKAN KEPADAKU BAPAKU, DARIPADA AISYAH” Pergi pada kali ke-3: “BAPAKU
DARIPADA AISYAH” (mursal dari bapanya)
Al-Zahabi juga kata, semasa umurnya tua,
hafalannya semakin teruk.
Dalam erti kata lain, dia adalah perawi
ikhtilat yang batasan riwayatnya tidak boleh diterima semenjak dia hijrah ke
Baghdad.
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi
siqah lagi sahih. Namun, riwayatnya tidak diterima jika hadis yang dia
riwayatkan itu semasa dia berada di Baghdad.
[3] AMRU BIN KHUZAIMAH AL-MUZANI
عَمْرِو بْنِ خُزَيْمَةَ المزني
Dia
digelar juga sebagai ABU KHUZAIMAH AL-MADANI. Ulama didakwa berasal dari
Madinah dikatakan perawi MAJHUL.
[2] UMARAH BIN KHUZAIMAH (30H-105H)
عُمَارَةَ بْنِ خُزَيْمَةَ
Nama penuhnya adalah UMARAH BIN KHUZAIMAH BIN SABIT
AL-ANSARI AL-AWSU الأوسي yang
gelarannya adalah ABU ABDILLAH atau ABU MUHAMMAD AL-MADANI.
Ibn
Khuzaimah dan Ibn Hazm dakwa bahawa dia seorang perawi majhul, sedangkan sekian
ramai ulama kata dia seorang tabiin yang siqah. Apatah lagi, selain ABU
KHUZAIMAH di sana terdapat ramai ulama yang ambil hadisnya seperti ABU JAA’FAR
AL-MADANI, AL-ZUHRI, UMAIR BIN YAZID, IMRAN BIN HUDAIR dan banyak lagi.
[1] SAHABAT: KHUZAIMAH BIN SABIT (37H)
خُزَيْمَةَ
بْنِ ثَابِتٍ
Nama penuhnya adalah KHUZAIMAH BIN SABIT BIN AL-FAKAH BIN
SA’LABAH BIN SA’IDAH AL-ANSARI yang dipanggil dengan gelaran ABU UMARAH.
Dia juga mendapat jolokan dengan panggilan ذو الشهادتين—orang yang
mempunyai dua saksi.
Gelaran itu diberikan kerana kisah Nabi saw memberi kuda dari Sawa’ bin Qais
al-Muharibi (Badwi). Setelah berlaku akad jual beli, dia ingkari bahawa nabi telah
membeli itu.
Ketika berlaku pertikaian itu,
Khuzaimah bin Sabit bersedia menjadi saksi untuk Nabi. Nabi saw tanya: macam
mana kamu jadi saksi walhal kamu tidak hadir?
Dia jawab: Aku percaya dengan
apa yang kamu bawa, kerana aku tahu, kamu tidak akan bercakap kecuali
kebenaran.
Nabi pun berkata: Barangsiapa
yang khuzaimah jadi saksi untuknya, atau terhadapnya, maka itu sudah memadai”.
Kisah ini ada pertikaian berkenaan statusnya. Ia tidak lebih sekadar
ambil pengajaran sahaja.
Khuzaimah
terlibat perang badar dan semua perang bersama dengan Nabi.
Semasa tercetus perang Siffin, dia berpihak
kepada Ali. Demikian juga ketika tercertus perang perang Jamal tetapi dia tidak
mengangkat senjata.
Semasa perang Siffin tercertus, dia tidak mengangkat
senjata. Namun, semasa tengah perang kecamuk, dia nampak Ammar bin Yasir
terbunuh. Melihat itu, dia terus cakap:
سمعت رسول الله يقول: "تقتل عماراً
الفئة الباغية"
“Aku dengar Rasulullah saw bersabda:
Ammar akan dibunuh oleh kelompok yang bughah”
Dengan itu, dia terus hunuskan pedangnya dan berperang sehingga
dia terbunuh.
Dia satu watak yang cukup disukai oleh syiah kerana dua kisah rekaan syiah
berikut;
Pertama, semasa Saqifah Bani Sa’adah bahawa semasa Abu Bakar berucap, Khuzaimah
menyampuk dengan berkata:
يا أبا بكر، ألست تعلم أنّ رسول الله
قبل شهادتي وحدي ولم يرد معي غيري؟ قال: نعم، قال: فأشهد بالله أنّي سمعت رسول
الله يقول: أهل بيتي يفرقون بين الحقّ والباطل، وهم الأئمّة الذين يُقتدى بهم
“Wahai Abu
Bakar, Apakah kamu tahu bahawa Rasulullah terima saksi aku seorang tanpa perlu
kepada orang lain.
Abu Bakar
kata: benar.
Khuzaimah
berkata: aku bersaksi dengan Allah bahawa aku dengar Rasulullah saw berkata:
ahli bait aku adalah kelompok yang memisahkan antara kebenaran dan kebatilan. Mereka
adalah para pemimpin yang perlu diikuti mereka”
Kisah ini
ada dalam kitab al-Khisal, tulisan
seorang ulama syiah Isna ‘Asyariyyah dari Iran bernama Abu Jaa’far Muhammad bin
‘Ali bin Babawaih al-Qummi.
Kedua, kisah
Ghadir Kum yang kononnnya di situ Saidina Ali dilantik menjadi khalifah oleh
Nabi bahawa Khuzaimah terlibat sama (18Zulhijjah 10H); iaitu berlaku di tempat antara
MEKAH dan MADINAH yang bernama JUHFAH.
Kisah ini juga palsu, rekaan dari puak-puak
syiah.
Walaubagaimana pun, didapati dalam enam buah kitab
hadis ahl al-Sunnah itu, hanya imam al-Bukhari sahaja tidak meriwayatkan
hadisnya.
PERBAHASAN SANAD |
[1]
SANAD ABU DAUD
حَدَّثَنَا
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ،
عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ خُزَيْمَةَ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ
خُزَيْمَةَ، عَنْ خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ
[2]
STATUS HADIS: DOIF SANAD, SAHIH MATAN
Dari
sudut matan, hadis ini adalah DOIF dengan alasan berikut;
(A)
Amru bin Khuzaimah adalah perawi yang MAJHUL.
(B)
Yang ambil hadis dari Hisham bin Urwah adalah ABUMUAWIYYAH (KUFAH) yang merupakan seorang mudallis. Riwayat Abu Muawiyyah yang
tidak mudallis hanya jika dia ambil dari al-‘Amash sahaja, sedangkan hadis ini
dia ambil dari HISHAM BIN ‘URWAH.
(C)
Hisham bin Urwah adalah perawi IKHTILAT
setelah dia berhijrah ke Kufah. Didapati hadis ini dia riwayatkan semasa di
Kufah, kerana yang ambil hadis darinya adalah ABU MUAWIYYAH yang merupakan penduduk
kufah.
[3]
MUTABA-AH SANAD
Abu
Daud bawa dua mutaba-‘ah dari perawi ABU MUAWIYAH seperti berikut;
قَالَ أَبُو
دَاوُدَ: كَذَا رَوَاهُ أَبُو أُسَامَةَ وَابْنُ نُمَيْرٍ، عَنْ هِشَامٍ يَعْنِي ابْنَ عُرْوَةَ
Walaupun didatangkan dua perawi sebagai mutaba-ah
kepada ABU MUAWIYYAH, hadis ini tetap doif kerana kedua-dua perawi (ABU USAMAH
dan IBN NUMAIR) adalah penduduk kufah. Dengan erti kata lain, mereka ambil
hadis dari HISHAM BIN URWAH ketika dia sudah ikhtilat.
[4] SYAWAHID MATAN
Walaubagaimana pun, hadis ini ada SYAWAHID pada matan
seperti berikut;
عَنْ
سَلْمَانَ، قَالَ: قِيلَ لَهُ لَقَدْ عَلَّمَكُمْ نَبِيُّكُمْ كُلَّ شَيْءٍ حَتَّى
الْخِرَاءَةَ، قَالَ: أَجَلْ لَقَدْ «نَهَانَا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنْ نَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ بِغَائِطٍ أَوْ بَوْلٍ، وَأَنْ لَا نَسْتَنْجِيَ
بِالْيَمِينِ، وَأَنْ لَا يَسْتَنْجِيَ أَحَدُنَا بِأَقَلَّ مِنْ ثَلَاثَةِ
أَحْجَارٍ، أَوْ نَسْتَنْجِيَ بِرَجِيعٍ أَوْ عَظْمٍ»
فَأَخْبِرِ
النَّاسَ أَنَّهُ مَنْ عَقَدَ لِحْيَتَهُ، أَوْ تَقَلَّدَ وَتَرًا، أَوْ
اسْتَنْجَى بِرَجِيعِ دَابَّةٍ، أَوْ عَظْمٍ فَإِنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهُ بَرِيءٌ» ،
جَابِرَ بْنَ
عَبْدِ اللَّهِ، يَقُولُ: «نَهَانَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَنْ نَتَمَسَّحَ بِعَظْمٍ أَوْ بَعْرٍ»
فَقَالُوا: يَا
مُحَمَّدُ: انْهَ أُمَّتَكَ أَنْ يَسْتَنْجُوا بِعَظْمٍ أَوْ رَوْثَةٍ أَوْ
حُمَمَةٍ، فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى جَعَلَ لَنَا فِيهَا رِزْقًا
Dari
sini dapat disimpulkan bahawa hadis ini adalah doif pada sanad, tetapi ia sahih
pada matan. Memandangkan ia sahih berfaktorkan matan-matan hadis yang lain, maka
ia disebut sebagai SAHIH LIGHAIRIH.
Hal
ini selaras dengan pendapat ARNAUT.
Namun
begitu, ALBANI anggap hadis ini sebagai sahih dengan alasan-alasan berikut:
A.
Semua rijal al-Bukhari kecuali AMRU BIN KHUZAIMAH.
B.
Walaupun AMRU BIN KHUZAIMAH bukan rijal Bukhari,
tetapi dia dianggap siqah oleh HISHAM BIN URWAH.
C.
Ibn Hibban senaraikan AMRU dari kalangan perawi siqah.
D.
Dia adalah perawi MAQBUL, iaitu diterima jika hadisnya
ada mutaba-ah. Jika tidak ada, baru hadisnya tidak diterima.
E.
Ternyata hadis ini mempunyai syawahid matan yang
banyak sehingga boleh naik darjat HASAN ATAU SAHIH
TAKHRIJ |
Ibn Majah (315), Abu Daud (7)
No comments:
Post a Comment