Thursday, July 28, 2022

HADIS 67

 

HADIS 67

 

 حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ أَبِي شُعَيْبٍ وَعَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ يَحْيَى الْحَرَّانِيَّانِ قَالَا: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ عَنْ سَلِيطِ بْنِ أَيُّوبَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ رَافِعٍ الْأَنْصَارِيِّ ثُمَّ الْعَدَوِيِّ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يُقَالُ لَهُ: إِنَّهُ يُسْتَقَى لَكَ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ، وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا لُحُومُ الْكِلَابِ، وَالْمَحَايِضُ وَعَذِرُ النَّاسِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ»

Kata Abu Sa’id al-Khudri: aku dengar Rasulullah saw bahawa baginda diberitahu bahawa diberikan kepada kamu air dari telaga Buddo-ah; iaitu telah terbuang dalamnya daging anjing, perca air yang ada darah haid dan kotoran manusia? Rasulullah saw pun berkata: sesungguhnya air itu bersih, tidak ada sesuatu pun yang menajiskannya”

 

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وسَمِعْت قُتَيْبَةَ بْنَ سَعِيدٍ، قَالَ: سَأَلْتُ قَيِّمَ بِئْرِ بُضَاعَةَ عَنْ عُمْقِهَا؟ قَالَ: أَكْثَرُ مَا يَكُونُ فِيهَا الْمَاءُ إِلَى الْعَانَةِ، قُلْتُ: فَإِذَا نَقَصَ، قَالَ: دُونَ الْعَوْرَةِ

Abu Daud berkata: dan aku dengar Qutaibah bin Sa’id berkata: aku tanya penjaga telaga Budho-ah berkenaan kedalamannya? Dia jawab: Air yang paling banyak adalah sampai ke tahap ari-ari. Aku tanya: apabila ia berkurangan? Dia jawab: kadar bawah aurat.

 

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: "وَقَدَّرْتُ أَنَا بِئْرَ بُضَاعَةَ بِرِدَائِي مَدَدْتُهُ عَلَيْهَا، ثُمَّ ذَرَعْتُهُ فَإِذَا عَرْضُهَا سِتَّةُ أَذْرُعٍ، وَسَأَلْتُ الَّذِي فَتَحَ لِي بَابَ الْبُسْتَانِ فَأَدْخَلَنِي إِلَيْهِ، هَلْ غُيِّرَ بِنَاؤُهَا عَمَّا كَانَتْ عَلَيْهِ؟ قَالَ: لَا، وَرَأَيْتُ فِيهَا مَاءً مُتَغَيِّرَ اللَّوْنِ"

Abu Daud berkata: aku ukur sendiri telaha Budho-‘ah dengan rida’ aku. Aku hulurkan ke atasnya. Kemudian aku ukur dengan hasta. Didapati kadarnya enam hasta. Aku bertanya kepada orang yang membuka pintu kebun, dia pun memberi aku masuk: apakah binaan telaga ini diubah? Dia jawab: tidak. Aku nampak air pada telaga itu berubah warna”.

 

PENJELASAN SANAD

 

[1] SAHIH dengan banyak turuq dan banyak syawahid.

A.                      disepakati antara ARNAUT dan ALBANI.

B.                      Sanad lemah kerana SALIT BIN AYYUB adalah MAJHUL

C.                      Dalam sanad ini, Muhammad bin ishaq guna عن tetapi guna تحديث dalam riwayat Ahmad (11815). Justeru, tadlis Muhammad Bin Ishaq ternafi.

 

[2] PERAWI KE-2

 

Dalam sanad hadis ke-67 ini, perawi bernama UBAIDULLAH BIN ABDUL RAHMAN BIN RAFI’. 


Dalam sanad hadis ke-66, perawi bernama UBAIDULLAH BIN ABDULLAH BIN RAFI’.

 

Di sini berlaku kekeliruan yang menyebabkan;

a.                  Kalau individu yang sama, menandakan dia bukan Majhul al-Ain, kerana ada dua murid yang ambil hadis darinya, iaitu (1) Muhammad bin Kaab, dan (2) Salit bin Ayyub.

b.                  Kalau dua individu berbeza, bermakna dia seorang majhul al-‘Ain.

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] perkataan المحايض adalah jamak bagi perkataan محيضة iaitu perca kain yang digunakan untuk sapu darah haid. Dalam matan lepas, digunakan lafaz الحيض yang bermakna haid.

 

Jadi, matan hadis ke-67 ini lebih jelas berbanding matan pada hadis ke-66.

 

[2] Dalam matan hadis ini digunakan perkataan عذر الناس yang merupakan kata JAMAK dari perkataan العذرة—iaitu hampas buangan manusia.

 

[3] Perkataan طهور bermaksud مطهر, iaitu menyucikan. Ini ditafsirkan oleh Imam Ahmad dan sebilangan ulama dalam Mazhab maliki.

 

Setengah ulama Mazhab Hanafi kata, perkataan itu bermaksud طاهر sahaja.

 

Dalam banyak nas, perkataan طهور digunakan merujuk kepada makna مطهر seperti hadis berikut;

 

وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا (48) – الفرقان

“kami telah turunkan dari langit air yang Tahur (boleh digunakan untuk bersuci)”

 

عن أَبَي هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: سَأَلَ رَجُلٌ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَرْكَبُ الْبَحْرَ، وَنَحْمِلُ مَعَنَا الْقَلِيلَ مِنَ الْمَاءِ، فَإِنْ تَوَضَّأْنَا بِهِ عَطِشْنَا، أَفَنَتَوَضَّأُ بِمَاءِ الْبَحْرِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ الْحِلُّ مَيْتَتُهُ» - ابو داود, 83

Abu Hurairah berkata: Seseorang lelaki bertanya Nabi saw. Dia berkata: Wahai Rasulullah saw, kami naik kenderaan laut dan kami bawa bersama sedikit dari air. Jika kami berwuduk dengan air itu, pasti kami akan dahaga. Apakah boleh kami berwuduk menggunakan air laut? Jawab nabi saw: Ia tahur (boleh digunakan untuk bersuci) airnya, dan halal bangkainya”

 

Konteks hadis, air yang ditanyakan itu adalah digunakan untuk bersuci. Justeru, makna yang tepat adalah المطهر. (Ibn Ruslan: 1/524)

 

[4] apabila Abu Daud menjelaskan berkenaan kadar banyak air dalam telaga Budo-ah, bermakna Abu Daud mahu memberitahu bahawa kadar air dalam telaga tersebut banyak melebihi kadar dua kolah. (al-Aini: 1/202)

 

Ini dikuatkan lagi bahawa dalam kitab Mukhtasar al-Muzani menyatakan, Imam Syafie anggap bahawa telaga itu airnya banyak lebih dari kadar dua kolah serta tidak berlaku sebarang perubahan. Ekoran itu, dianggap oleh Nabi bahawa air dalam telaga Budo-ah itu sebagai boleh menyucikan. (Ibn Ruslan: 1/526)

 

Secara tidak langsung, menolak pendapat Mazhab Maliki yang kata bahawa hadis ini bersifat mutlak, iaitu tidak dibataskan kadar banyak air, bahkan termasuk juga kadar air yang sedikit.

 

Tambahan pula, dalam matan hadis ini menggambarkan bahawa Nabi saw diberikan air telaga Budho-ah untuk diminum, sedangkan Nabi saw sendiri menyebut beberapa hadis berkenaan kebersihan, sudah pasti tidak akan minum air sedikit yang bercampur dengan darah haid, daging babi dan kotoran manusia.

 

[5] Abu Daud bertanya kepada gurunya, iaitu QUTAIBAH berkenaan kadar banyak air dalam telaga Budho-ah. Cara dia bertanya itu dengan mengambil kira dari sudut dalam telaga. Dijawab QUTAIBAH, kadar dalam itu adalah kalau diandaikan seseorang berdiri dalam telaga tersebut, air itu sampai ke paras ari-ari. Dan jika air telaga itu berkurangan pun, QUTAIBAH jawab bahawa kadarnya adalah kadar aurat.  Hal ini dijawab QUTAIBAH berdasarkan dia tanya kepada قيم بئر البضاعة iaitu orang yang mengurus telaga tersebut (Aun: 1/46)

 

Maksud dengan kadar Aurat, ulama ada dua pendapat berikut;

a.      paras lutut. (al-Tawassut: 1/327)

b.      Atas sedikit dari paras lutut.

c.       Imam al-Nawawi kata, maksudnya kadar kemaluan. (al-Tawassut: 1/327)

 

Kekhilafan ini berlaku adalah kerana melihat kepada hadis-hadis yang menyebut berkenaan aurat lelaki; apakah peha termasuk atau tidak?

 

[6] Bukan sekadar bertanya kepada gurunya, bahkan Imam Abu Daud pergi sendiri ke telaga Budho-ah dan dia sendiri mengukur kadar dalam telaga terbabit.

 

Cara beliau adalah dia meletakkan kain rida’ (pakaian luar seperti jubah atau ‘Abaya) dalam ke telaga terbabit, lalu diukur mengikut kiraan hasta. Didapati kadar dalam telaga terbabit adalah 6 hasta.

 

[7] Abu Daud juga bertanya kepada penjaga kebun yang telaga Budho-ah berada dalam kebun tersebut; apakah telaga itu berlaku perubahan selepas kewafatan nabi? Dijawab bahawa tidak berlaku sebarang perubahan pun.

 

[8] Apabila Abu Daud lihat pada air tersebut, didapati airnya berubah warna yang ramai ulama nyatakan, kemungkinan perubahan warna bukan kerana najis, tetapi Imam Nawawi kata, ia berubah kerana air itu lama tersimpan, bukan factor warna dari luar masuk ke dalam telaga tersebut. (Aun: 1/46)

 

Khitab al-Subki pula komen, kemungkinan daun pokok yang gugur ke dalam telaga terbabit kerana telaga itu berada dalam kebun/taman. (al-Manhal:1/240 | al-Bazl:1/152)

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis 66, matannya adalah bahawa Sahabat bertanya Nabi:

أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ

“apakah boleh kami berwuduk dari air telaga Budho-ah”.

 

Terdapat khilaf dalam kalangan ulama terhadap riwayat ini, seperti dalam riwayat al-nasaie (326) dan al-Tarmizi (66);

 

قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَتَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ

“Wahai Rasulullah saw, apakah kamu berwuduk dari air telaga Budho-ah?” (lafaz Tarmizi)

 

Dalam hadis ke-67 ini pula, matan menyebut bahawa air itu digunakan oleh Nabi;

 

إِنَّهُ يُسْتَقَى لَكَ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ

“Nabi saw diberikan minum air dari telaga Budho-ah”.

 

PENGAJARAN

 

[1] HAD AURAT LELAKI

 

PERTAMA: DARI PUSAT HINGGA LUTUT

 

Hal ini disebut oleh al-Imam al-Nawawi dalam kitab Majmuk (3/173) dan Ibn Qudamah dalam al-Mughni (2/286).

 

DALIL:

(a)                Abu Daud:

 

عَنْ عَلِيٍّ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا تُبْرِزْ فَخِذَكَ وَلَا تَنْظُرَنَّ إِلَى فَخِذِ حَيٍّ وَلَا مَيِّتٍ» - ابو داود, 3140[1]

Daripada Ali bahawa Nabis aw berkata: Jangan kami pamerkan peha kamu dan jangan kamu lihat peha orang hidup dan peha orang yang sudah mati”

 

(b)               Ahmad;

 

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَحْشٍ قَالَ: مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا مَعَهُ عَلَى مَعْمَرٍ وَفَخِذَاهُ مَكْشُوفَتَانِ، فَقَالَ: «يَا مَعْمَرُ غَطِّ فَخِذَيْكَ؛ فَإِنَّ الْفَخِذَيْنِ عَوْرَةٌ» - احمد, 22495[2]

Muhammad bin Jahsy berkata: Nabi dan aku bersama-sama melintasi Ma’mar yang ketika itu kedua-dua peha ma’mar terbuka. Nabi saw pun berkata: Wahai Ma’mar, tutuplah dua peha kamu. Hal ini kerana, kedua-dua paha itu adalah Aurat”.

 

(c)                Ahmad;

 

عَنْ جَرْهَدٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِهِ وَهُوَ كَاشِفٌ عَنْ فَخِذِهِ، فَقَالَ: "َمَا عَلِمْتَ أَنَّ الْفَخِذَ عَوْرَةٌ – احمد, 15926[3]

Daripada Jarhad bahawa Nabi saw melintasinya yang ketika itu pehanya terbuka. Nabi pun berkata: Kamu tidak tahukah bahawa peha adalah Aurat?”

 

(d)               Al-Tibrani;

 

عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ قَالَ: قُلْتُ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرِ بْنِ أَبِي طَالِبٍ: حَدِّثْنَا شَيْئًا سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ , فَقَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مَا بَيْنَ السُّرَّةِ وَالرُّكْبَةِ عَوْرَةٌ»  - المعجم الصغير للطبراني, 1033[4]

Muhammad bin ‘Ali bin al-Husain berkata: aku bertanya Abdullah bin Ja’afar bin Abi Talib: ceritakanlah kepada kami sesuatu yang kamu telah dengar dari Rasulullah saw. Baginda berkata: Antara pusat dan lutut adalah Aurat”

 

KEDUA: PEHA BUKAN AURAT?

 

Ini adalah pendapat Mazhab Hanbali,

Daud al-Zahiri, ‘Ata’, Ibn Jarir dan Abu Sa’id al-Ustukhri (ulama mazhab syafie) kata, ia tidak aurat.

 

DALIL MEREKA:

(e)                Al-Bukhari;

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزَا خَيْبَرَ، فَصَلَّيْنَا عِنْدَهَا صَلاَةَ الغَدَاةِ بِغَلَسٍ، فَرَكِبَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَكِبَ أَبُو طَلْحَةَ، وَأَنَا رَدِيفُ أَبِي طَلْحَةَ، فَأَجْرَى نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي زُقَاقِ خَيْبَرَ، وَإِنَّ رُكْبَتِي لَتَمَسُّ فَخِذَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ حَسَرَ الإِزَارَ عَنْ فَخِذِهِ حَتَّى إِنِّي أَنْظُرُ إِلَى بَيَاضِ فَخِذِ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – البخاري, 371[5]

Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw dalam perang Khaibar. Kami solat di situ solat subuh di hari tersangat gelap. Nabi saw menunggang kenderaannya dan Abu Talhah juga, sedangkan aku membonceng Abu talhah. Nabi pun melalui lorong khaibar dan lutut aku bersentuh dengan peha Nabi saw. Kemudian baginda menyinsing kain dari peha baginda sehingga aku nampak putih peha Nabi saw”

 

(f)                 Muslim:

أَنَّ عَائِشَةَ، قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُضْطَجِعًا فِي بَيْتِي، كَاشِفًا عَنْ فَخِذَيْهِ، أَوْ سَاقَيْهِ، فَاسْتَأْذَنَ أَبُو بَكْرٍ فَأَذِنَ لَهُ، وَهُوَ عَلَى تِلْكَ الْحَالِ، فَتَحَدَّثَ، ثُمَّ اسْتَأْذَنَ عُمَرُ، فَأَذِنَ لَهُ، وَهُوَ كَذَلِكَ، فَتَحَدَّثَ، ثُمَّ اسْتَأْذَنَ عُثْمَانُ، فَجَلَسَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَسَوَّى ثِيَابَهُ - قَالَ مُحَمَّدٌ: وَلَا أَقُولُ ذَلِكَ فِي يَوْمٍ وَاحِدٍ - فَدَخَلَ فَتَحَدَّثَ، فَلَمَّا خَرَجَ قَالَتْ عَائِشَةُ: دَخَلَ أَبُو بَكْرٍ فَلَمْ تَهْتَشَّ لَهُ وَلَمْ تُبَالِهِ، ثُمَّ دَخَلَ عُمَرُ فَلَمْ تَهْتَشَّ لَهُ وَلَمْ تُبَالِهِ، ثُمَّ دَخَلَ عُثْمَانُ فَجَلَسْتَ وَسَوَّيْتَ ثِيَابَكَ فَقَالَ: «أَلَا أَسْتَحِي مِنْ رَجُلٍ تَسْتَحِي مِنْهُ الْمَلَائِكَةُ» - مسلم, 2401[6]

Aisyah berkata: Nabi saw berbaring di rumahku dalam keadaan terbuka peha baginda atau dua betis baginda. Abu Bakar minta izin masuk, Nabi izinkan kepadanya dalam keadaan baginda begitu dan baginda berbual. Kemudian Umar pula minta izin, dan Nabi izinkan kepada Umar yang baginda dalam keadaan begitu lagi. Baginda pun berbual. Kemudian Usman pula minta izin, Rasulullah saw pun duduk dan perbetulkan pakaiannya - Berkata Muhammad (perawi): aku tidak kata itu berlaku dalam satu hari sahaja – lalu Osman masuk dan baginda pun berbual. Ketika Osman keluar, Aisyah berkata: Abu Bakar masuk, kamu tidak berkemas untuknya dan kamu tidak pedulikannya. Kemudian Umar masuk, kamu tidak berkemas untuknya dan kamu tidak pedulikannya. Kemudian Osman masuk, kamu terus berdiri dan kamu perbetulkan pakaian kamu. Nabi saw pun berkata: Apakah wajar aku tidak malu dari lelaki yang malaikat malu kepadanya”

 

(g)                 Semua hadis yang menyatakan peha adalah aurat bermasalah dari sudut sanad.

 

KETIGA: LUTUT DAN PUSAT BUKAN AURAT

 

(a)                LUTUT

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذْ أَقْبَلَ أَبُو بَكْرٍ آخِذًا بِطَرَفِ ثَوْبِهِ حَتَّى أَبْدَى عَنْ رُكْبَتِهِ – البخاري, 3661[7]

Abu Darda’ berkata: aku duduk di sisi Nabi saw. Apabila Abu Bakar datang, baginda terus menarik hujung baju baginda hingga kelihatan lutut baginda.

 

(b)               PUSAT:

عَنْ عُمَيْرِ بْنِ إِسْحَاقَ، قَالَ: كُنْتُ مَعَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ فَلَقِيَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ فَقَالَ: "أَرِنِي أُقَبِّلْ مِنْكَ حَيْثُ رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ "قَالَ: فَقَالَ: بِقَمِيصِهِ قَالَ: فَقَبَّلَ سُرَّتَهُ – احمد, 10397[8]

Umair bin Ishaq berkata: aku bersama al-Hasan bin ‘Ali, lalu Abu Hurairah berjumpa dengan kami dan dia berkata: Perlihatkan kepadaku untuk cium dari kami sepertimana aku nampak Nabi saw cium. Dia berkata: pada bajunya, lalu dia pun cium pusatnya”

 

[2] BERSUCI MESTI DENGAN AIR

 

Air yang digunakan bersuci:

 

SATU: SEPAKAT BOLEH DIGUNAKAN

A.                  Air mutlak.

a.      Air mata air.

b.      Air embun.

c.       Air laut.

d.      Air sungai.

 

DUA: KHILAF

A.                  Air musta’mal.

B.                  air lama bertakung yang berubah bau.

 

TIGA: SEPAKAT TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

A.                  Air mutanajjis.

B.                  Air buah—jus.

 

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] AHMAD BIN ABDULLAH BIN ABI SYUAIB (233H)

أَحْمَدُ  بْنُ أَبِي شُعَيْبٍ

 

Nama penuhnya adalah AHMAD BIN ABDULLAH BIN ABI SYUAIB BIN MUSLIM AL-UMAWI AL-HARRANI. Digelar dengan panggilan ABU AL-HASAN. Berasal dari HARRAN.

 

Dia adalah guru al-Bukhari, Abu Daud dan al-Nasaie, dan rijal al-Tarmizi dan Ibn Majah.

 

Abu Zur’ah kata, dia siqah yang soduq.

 

[6] ABDUL AZIZ BIN YAHYA (235H)

عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ يَحْيَى

 

Nama penuhnya adalah ABDUL AZIZ BIN YAHYA BIN YUSUF AL-BUKAIE. Digelar dengan panggilan ABU AL-ASHBAGH. Seorang yang berasal dari HARRAN.

 

Dia adalah guru Abu Daud.

 

Al-Bukhari menukilkan namanya dalam kitab al-Du’afa’ (perawi-perawi Doif).

 

Abu Daud anggap dia siqah, Abu Hatim kata dia soduq. Al-Asqalani pula kata, dia soduq yang kadangkala waham. Dia dinilai Hasan.

 

[5] MUHAMMAD BIN SALAMAH (192H)

 مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ

 

Nama penunya adalah MUHAMMAD BIN SALAMAH BIN ABDILLAH AL-BAHILI AL-HARRANI. Digelar dengan panggilan ABU ABDILLAH AL-BAHILI.

 

Ibn Sa’ad kata, dia seorang yang alim dalam bidang hadis dan fatwa (fiqh). namanya tersenarai dalam kitab al-Siqat karya Ibn Hibban, dan al-Nasaie dan al-Ijli juga anggap dia siqah.

 

Dia adalah perawi Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah.

 

[4] MUHAMMAD BIN ISHAQ (80H-151H)

مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ

 

Nama ini dijumpai dalam sunan Abi Daud buat kali ke-5. Hadis sebelum ini adalah ke-13, 47, 48, 64 dan 67.

 

[3] SALITH BIN AYYUB

 سَلِيطِ بْنِ أَيُّوبَ

 

Nama penuhnya adalah SALITH BIN AYYUB BIN AL-HAKAM AL-ANSARI AL-MADANI. Dia adalah penduduk Madinah, dan Rijal Abu Dau dan al-Nasaie sahaja.

 

Ibn Hibban anggap dia siqah, tetapi ramai anggap dia majhul.

 

[2] UBAIDULLAH BIN ABDUL RAHMAN BIN RAFI’ AL-ANSARI AL-‘ADAWI

عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ رَافِعٍ الْأَنْصَارِيِّ الْعَدَوِيِّ

 

Digelar dengan al-‘Adawi kerana nisbah kepada moyangnya yang bernama ‘ADI BIN YAZID BIN JASYAM BIN HARISAH BIN HARIS BIN AL-KHAZRAJ BIN UMAR BIN MALIK BIN AUF.

 

Tidak diketahui nama sebenar bapanya. Ada kata ABDUL RAHMAN dan ada kata ABDULLAH.

 

Namun, kalau dilihat dalam al-tarikh al-Kabir karya al-Bukhari dan al-Siqat karya Ibn Hibban; mereka ada menyatakan bahawa Abdul Rahman bin Rafi’ bin Khadij ini ada seorang abang bernama ABDULLAH.

 

Kalau dilihat dari komentar dua ulama ini, menandakan Abdul Rahman dan Abdullah adalah dua orang yang berbeza.

 

Riwayatnya tidak diterima kecuali jika dikuat dengan riwayat-riwayat yang lain

 

[1] ABU SA’ID AL-KUHDRI (10SH-74H)

 أَبو سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ

 

Ini dijumpai dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-3. Hadis sebelum ini adalah ke-15, 66 dan 67.

 



[1] SANAD:

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ سَهْلٍ الرَّمْلِيُّ، حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ، قَالَ: أُخْبِرْتُ عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ ضَمْرَةَ، عَنْ عَلِيٍّ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ - [حكم الألباني] : ضعيف جدا

[2] SANAD:

حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، أَخْبَرَنِي الْعَلَاءُ، عَنْ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَحْشٍ – الأرنعوط: حسن

[3] SANAD:

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ، عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ أَبِي النَّضْرِ، عَنْ زُرْعَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ جَرْهَدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ  - الأرنعوط: حسن بشواهده

 

AL-TARMIZI:

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْخَلَّالُ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ قَالَ: أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، قَالَ: أَخْبَرَنِي ابْنُ جَرْهَدٍ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِهِ وَهُوَ كَاشِفٌ عَنْ فَخِذِهِ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «غَطِّ فَخِذَكَ فَإِنَّهَا مِنَ العَوْرَةِ» . هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ – الترمذي, 2798 [حكم الألباني] : صحيح

 

[4] SANAD:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَوْنٍ السِّيرَافِيُّ، بِالْبَصْرَةِ , حَدَّثَنَا أَبُو الْأَشْعَثِ أَحْمَدُ بْنُ الْمِقْدَامِ , حَدَّثَنَا أَصْرَمُ بْنُ حَوْشَبٍ، حَدَّثَنَا قُرَّةُ بْنُ خَالِدٍ، عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ قَالَ

[5] SANAD:

حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عُلَيَّةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ العَزِيزِ بْنُ صُهَيْبٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ

[6] SANAD:

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، وَيَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَقُتَيْبَةُ، وَابْنُ حُجْرٍ - قَالَ: يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا، وقَالَ الْآخَرُونَ: حَدَّثَنَا - إِسْمَاعِيلُ يَعْنُونَ ابْنَ جَعْفَرٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي حَرْمَلَةَ، عَنْ عَطَاءٍ، وَسُلَيْمَانَ، ابْنَيْ يَسَارٍ، وَأَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، أَنَّ عَائِشَةَ

 

[7] SANAD:

حَدَّثَنِي هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ، حَدَّثَنَا صَدَقَةُ بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ وَاقِدٍ، عَنْ بُسْرِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ، عَنْ عَائِذِ اللَّهِ أَبِي إِدْرِيسَ، عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

[8] SANAD:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عَدِيٍّ، عَنِ ابْنِ عَوْنٍ، عَنْ عُمَيْرِ بْنِ إِسْحَاقَ، قَالَ – الأرنعوط: إسناده ضعيف