Thursday, August 10, 2023

HADIS 159 (BAB 62)

 

BAB 62

 

بَابُ الْمَسْحِ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ

BAB: SAPU PADA DUA STOKIN

 

[1] Perkataan الجورب yang kata jamaknya adalah الجواربة yang diterjemah dengan stokin[1]. Ada kata, kata jamaknya dibaca dengan الحوارب.[2]

 

Menurut AINI, Ia adalah perkataan farsi yang diperarabkan[3]. Ia diperbuat dari kapas atau bulu dalam keadaan sama macam khuf. Ia merangkumi kaki sehingga menutup mata kaki. Ia dipakai oleh penduduk Syam yang sangat sejuk[4]

 

AL-TAIBI kata, ia sampai permulaan bagi betis[5]. AL-SYAWKANI pula kata, ia menutup dua mata kaki[6].

 

HADIS 159

 

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، عَنْ وَكِيعٍ، عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ، عَنْ أَبِي قَيْسٍ الْأَوْدِيِّ هُوَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَرْوَانَ، عَنْ هُزَيْلِ بْنِ شُرَحْبِيلَ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ، وَالنَّعْلَيْنِ» ، قَالَ أَبُو دَاوُدَ: كَانَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ لَا يُحَدِّثُ بِهَذَا الْحَدِيثِ لِأَنَّ الْمَعْرُوفَ عَنِ الْمُغِيرَةِ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ، قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَرُوِيَ هَذَا أَيْضًا عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ مَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ وَلَيْسَ بِالْمُتَّصِلِ وَلَا بِالْقَوِيِّ، قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَمَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ، وَابْنُ مَسْعُودٍ، وَالْبَرَاءُ بْنُ عَازِبٍ، وَأَنَسُ بْنُ مَالِكٍ، وَأَبُو أُمَامَةَ، وَسَهْلُ بْنُ سَعْدٍ، وَعَمْرُو بْنُ حُرَيْثٍ وَرُوِيَ ذَلِكَ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، وَابْنِ عَبَّاسٍ


GAMBARAN DASAR HADIS 159

 

[2] Dari sudut sanad, ada perdebatan berkenaan statusnya. Dalam pada dianggap DOIF oleh AL-BAIHAQI, tetapi majoriti ulama anggap sahih dan boleh dibuat hujah.

 

[3] Abu Daud berpendapat bahawa sapu pada stokin adalah dibenarkan. Dengan itu, beliau bawakan;

a.                  Sanad bab yang sahih.

b.                  Sandaran doif dari sahabat Nabi saw yang bernama ABU MUSA AL-AS’ARI; ia sebagai IKTIBAR sahaja.

c.                   Riwayat dari 9 orang sahabat Nabi yang sapu stokin.

 

PERBAHASAN SANAD 159

 

[4] SANAD

 

PERAWI

TEMPAT

STATUS

 

 

Rasulullah

 

 

-          Mekah

-          Madinah

 

 

-          Maksum

-          perbuatan

 

 

6.

 

Al-Mughirah bin Syu’bah

(23SH – 50H)[7]

 

 

-          Taif (L)

-          Kufah (M)

-          Bahrain

-          Madinah

-          Mekah

-          Basrah

 

 

-          Sahabat.

 

5.

 

HUZAIL BIN SYURAHBIL

(82H)

 

 

-          Kufah

 

-          Jemaah kecuali Muslim.

-          Siqah

 

4.

 

Abu Qais al-Audi @ abdul rahman bin Sarwan

(120H)

 

 

-          Kufah

 

-          Jemaah kecuali Muslim

-          Siqah rendah.

 

3.

 

Sufyan bin Said al-Sauri

(97H – 161H)[8]

 

 

-          Kufah (L)

-          Basrah

-          Yaman

-          Mekah

 

 

-          Siqah tinggi.

 

2.

 

Waki’ bin al-Jarrah

(129H – 197H)[9]

 

 

-          Kufah.

 

-          Siqah.

 

1.

 

Osman bin Abi Syaibah

(160H – 239)[10]

 

 

-          Kufah

-          Mekah

-          Baghdad

-          Al-Ray (Iran)

 

 

-          Siqah.

 

 

ABU DAUD

(202H – 275H)

 

 

 

 

[5] ARNAUT—SAHIH

-          Dianggap sahih oleh TARMIZI.

 

[6] ALBANI—ISNADNYA SAHIH

-          Sahih atas syarat bukhari.

-          Dianggap sahih oleh IBN MAJAH.

-          Tarmizi kata, hadis hasan sahih.

-          Ibn hazm buat hujah.

-          Namun begitu, ia dianggap doif oleh AL-BAIHAQI.

 

MATAN 159 (A)

 

[7] Daripada AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH:

عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ، وَالنَّعْلَيْنِ»

“Rasulullah saw berwuduk dalam keadaan baginda sapu pada dua stokinnya dan dua sandalnya”

 

[8] Menurut AINI, maksud dengan dua sandal adalah di dalamnya ada stokin[11]. Juga penjelasan AL-KHITABI[12].

 

[9] IBN AL-ARABI kata, pakai sandal adalah pakaian para Nabi[13]

 

[10] Nabi saw juga memakai sandal. Dalam hadis—daripada Anas bin Malik berkata:

حَدَّثَنَا أَنَسٌ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: «أَنَّ نَعْلَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَهَا قِبَالاَنِ» - البخاري 5857

“Sandal Nabi saw itu mempunyai dua utas tali”

 

Nabi saw pakai sandal, dan semasa wuduk, baginda sapu pada sandal sepertimana sapu khuf.  Dalam hadis—daripada Ubaid bin Juraij bahawa dia berkata kepada Ibn Umar:

عَنْ عُبَيْدِ بْنِ جُرَيْجٍ، أَنَّهُ قَالَ: لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ رَأَيْتُكَ تَصْنَعُ أَرْبَعًا لَمْ أَرَ أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِكَ يَصْنَعُهَا، قَالَ: وَمَا هِيَ يَا ابْنَ جُرَيْجٍ قَالَ: رَأَيْتُكَ لاَ تَمَسُّ مِنَ الأَرْكَانِ إِلَّا اليَمَانِيَّيْنِ، وَرَأَيْتُكَ تَلْبَسُ النِّعَالَ السِّبْتِيَّةَ، وَرَأَيْتُكَ تَصْبُغُ بِالصُّفْرَةِ، وَرَأَيْتُكَ إِذَا كُنْتَ بِمَكَّةَ أَهَلَّ النَّاسُ إِذَا رَأَوُا الْهِلاَلَ وَلَمْ تُهِلَّ أَنْتَ حَتَّى كَانَ يَوْمُ التَّرْوِيَةِ. قَالَ عَبْدُ اللَّهِ: أَمَّا الأَرْكَانُ: فَإِنِّي لَمْ «أَرَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمَسُّ إِلَّا اليَمَانِيَّيْنِ» ، وَأَمَّا النِّعَالُ السِّبْتِيَّةُ: فَإِنِّي «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَلْبَسُ النَّعْلَ الَّتِي لَيْسَ فِيهَا شَعَرٌ وَيَتَوَضَّأُ فِيهَا» ، فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَلْبَسَهَا، وَأَمَّا الصُّفْرَةُ: فَإِنِّي «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْبُغُ بِهَا، فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَصْبُغَ بِهَا» ، وَأَمَّا الإِهْلاَلُ: فَإِنِّي «لَمْ أَرَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُهِلُّ حَتَّى تَنْبَعِثَ بِهِ رَاحِلَتُهُ» - البخاري 166

"Wahai Abu Abd al-Rahman, aku dapati kamu ada buat empat perkara yang tidak aku dapati seorangpun dari sahabatmu melakukannya!" 'Abdullah bin 'Umar berkata: "Apa dia, wahai Ibnu Juraij?" Ibnu Juraij berkata: "(1) Aku dapati kamu tidak menyentuh rukun-rukun (Ka'bah) kecuali rukun Yamani; (2) aku dapati kamu memakai sandal yang diperbuat dari kulit; (3) aku dapati kamu warnakan (rambut) dengan berwarna kuning; dan (4) saat manusia di Makkah melakukan talbiyah setelah melihat hilal, aku dapati kamu tidak melakukannya kecuali pada hari tarwiyah?" 'Abdullah bin 'Umar pun berkata: "(1) Adapun tentang rukun Ka'bah, sungguh aku tidak pernah melihat Rasulullah saw mengusapnya kecuali rukun Yamani. Sedangkan (2) mengenai sandal dari kulit, sungguh aku melihat Rasulullah saw juga memakai sandal kulit yang tidak berbulu, dan berwudhu dengan tetap memakainya, dan aku suka bila tetap memakainya. Adapun (3) warna kuning (pada rambut), sungguh aku melihat Rasulullah saw mencelup dengan warna tersebut dan aku juga suka melakukannya. Dan (4) berkenaan talbiyah, sungguh belum pernah aku melihat Rasulullah saw  bertalbiyah kecuali setelah kendaraannya sudah berangkat (menuju Mina)."

 

[11] HUKUM SAPU STOKIN;

PENDAPAT PERTAMA:

Harus sapu pada stokin, sama ada stokin itu tebal atau nipis; atau diperbuat dari kulit atau tidak; atau ketat atau tidak.

Ini adalah pendapat HANAFIYYAH[14], AHMAD, ISHAQ BIN RAHWIYAH, AL-SAURI, IBN AL-MUBARAK[15], MUHAMMAD BIN AL-HASAN AL-SYAIBANI & ABU YUSUF[16].

ABU HANIFAH[17] berhujah, setiap perkara yang capai maksud sepertimana khuf, maka hukumnya adalah sama dengan hukum khuf[18].

 

PENDAPAT KEDUA:

Harus sapu itu dengan syarat semuanya diperbuat dari kulit serta menutup kaki sepertimana khuf.

Ini adalah pendapat MALIKIYYAH[19] dan IMAM SYAFIE[20] dalam kitab AL-UMM[21].

 

[12] PENJELASAN LANJUT BERKENAAN SAPU STOKIN

PENDAPAT SATU:

Sapu stokin itu hendaklah dengan dipakai sandal sama; iaitu, disapu pada stokin. Selepas pakai sandal, maka disapu pula pada sandal[22].

 

PENDAPAT KEDUA:

Dalam penjelasan IBN AL-QAYYIM bahawa AL-BAIHAQI ada menukilkan takwil ABU AL-WALID bahawa hadis sapu pada stokin itu bermaksud sapu bersekali dengan pakai sandal. Bukan sapu sandal dan stokin secara berasingan[23].

 

PENDAPAT TIGA:

KHITAB AL-SUBKI kata, boleh sapu pada stokin tanpa disertakan dengan sandal. Hal ini merujuk kepada amalan Saidina Umar[24].

 

MATAN 159 (B)

 

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: كَانَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ: لَا يُحَدِّثُ بِهَذَا الْحَدِيثِ لِأَنَّ الْمَعْرُوفَ عَنِ الْمُغِيرَةِ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ

Abu Daud kata: Abdul Rahman bin Mahdi tidak menceritakan hadis ini kerana yang makruf daripada al-Mughirah bahawa Nabi saw sapu pada dua khuf.

 

[13] Abu Daud menjelaskan bahawa hadis berkenaan Nabi saw sapu pada stokin yang disandarkan kepada AL-MUGHIRAH, ini tidak pernah diceritakan oleh ABDUL RAHMAN BIN AL-MAHDI.

 

Ini dijadikan sandaran bagi mereka yang menolak keizinan sapu pada stokin.

 

[14] HUJAH BANTAHAN

KHITAB AL-SUBKI pula kata, ia tidak menafikan bahawa Nabi saw pernah sapu pada stokin. Mungkin sahaja al-Mughirah tidak riwayatkan kepada ABDUL RAHMAN BIN MAHDI berkenaan dia nampak Nabi saw sapu pada stokin, tetapi beliau riwayatkan kepada muridnya yang lain. Hal ini kerana riwayat yang menyebut bahawa Nabi saw sapu pada stokin tersebut terdapat dalam banyak riwayat, seperti AL-TAHAWI, IBN MAJAH dan AL-TARMIZI. Apatah lagi, AL-TARMIZI anggap hadis itu hasan sahih[25].

 

Hal yang sama disebut oleh AL-SAHRAMPURI dalam AL-BAZL[26].

 

[15] SANAD-SANAD DOIF HADIS SAPU STOKIN

(1)                Dalam penjelasan AL-BAIHAQI dalam AL-MA’RIFAH bahawa hadis ini, perawinya adalah;

عَنْ أَبِي قَيْسٍ الْأَوْدِيِّ هُوَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَرْوَانَ، عَنْ هُزَيْلِ بْنِ شُرَحْبِيلَ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ

 

Hadis ini dianggap mungkar oleh AL-BAIHAQI, kerana SUFYAN AL-SAURI anggap hadis ini doif. Hal yang sama pendirian ABDUL RAHMAN BIN MAHDI, AHMAD BIN HANBAL, IBN MAIN, IBN AL-MADINI, MUSLIM BIN AL-HAJJAJ[27].

 

Justeru, yang yang MA’RUF dari AL-MUGHIRAH adalah hadis yang menyebut nabi saw sapu pada khuf sepertimana dalam banyak riwayat seperti AL-BAIHAQI sebut dalam AL-SUNAN AL-KUBRA melalui jalur ABU MUHAMMAD YAHYA BIN MANSUR.

 

ABU MUHAMMAD YAHYA BIN MANSUR pernah berkata: aku dapati MUSLIM BIN AL-HAJJAJ mendoifkan hadis ini[28].

 

(2)                Dalam sanad hadis ini, ada perawi bernama ABU QAIS yang ambil hadis dari HUZAIL. IBN AL-MAHDI pernah kata kepada SUFYAN AL-SAURI: “kalau kamu meriwayatkan hadis kepadaku yang hadis itu ABU QAIS ambil dari HUZAIL, pasti aku tidak akan ambil hadis itu dari kamu[29]

 

(3)                AL-BAIHAQI menyandarkan hadis ini kepada AHMAD BIN HANBAL yang berkata: hadis ini tidak meriwayatkannya kecuali ABU QAIS AL-AWDI dan ABI ABDUL RAHMAN BIN MAHDI. Dia berkata: hadis ini mungkar[30].

 

(4)               BAIHAQI bawakan riwayat yang disandarkan kepada YAHYA BIN MAIN. Dia berkata: semua manusia riwayatkan hadis sapu pada dua khuf kecuali ABI QAIS sahaja (riwayatkan sapu pada dua stokin)[31].

 

(5)                BAIHAQI bawakan juga riwayat yang disandarkan kepada IBN AL-MADINI bahawa hadis tersebut dari AL-MUGHIRAH. Hadis terbabit, yang ambil dari AL-MUGHIRAH adalah penduduk MADINAH, KUFAH dan BASRAH. Turut ambil hadis dari AL-MUGHIRAH adalah HUZAIL BIN SYURAHBIL. Dalam pada mereka menyebut bahawa Nabi saw sapu pada dua stokin, mereka sebut juga: “Dia menyalahi ramai manusia[32]

 

[16] Walaubagaimana pun, IBN DAQIQ AL-AID ada menjelaskan berkenaan ABU QAIS. Dalam penjelasan dinyatakan bahawa kalangan yang anggap ABU QASI ini ADIL bahawa dia TIDAK MUKHALAFAH dengan riwayat JUMHUR adalah dalam tajuk MUKHALAFAH MU’ARADOH. Namun, jika امر زائد (penambahan) terhadap apa yang mereka riwayatkan, itu memang boleh berlaku[33].

 

[17] HUJAH PENDAPAT YANG KATA BOLEH

IBN AL-MUNZIR kata, berkenaan sapu pada dua stokin ini, terdapat 9 orang sahabat nabi; iaitu, ALI, UMARAH, ABI MAS’UD AL-ANSARI, ANAS, IBN UMAR, AL-BARA’, BILAL, ABDULLAH BIN ABI AWFA & SAHL BIN SA’AD.

 

Abu Daud tambah 3 lagi: ABU UMAMAH, AMRU BIN HURAIS, UMAR & IBN ABBAS[34].

 

Semua mereka ini, tidak disandarkan dari perawi bernama ABU QAIS[35].

 

MATAN 159 (C)

 

 قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَرُوِيَ هَذَا أَيْضًا عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ مَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ وَلَيْسَ بِالْمُتَّصِلِ وَلَا بِالْقَوِيِّ

Abu Daud kata: Ini juga diriwayatkan dari Abu Musa al-Asya’ari, daripada Nabi saw bahawa baginda sapu pada dua khuf. Hadis ini tidak muttasil (iaitu antara AL-DHAHHAQ dan ABU MUSA[36]) dan tidak kuat (iaitu perawi DOIF bernama ISA BIN SINAN[37]).

 

[18] Hadis Abu Musa al-Asy’ari ini dikeluarkan oleh IBN MAJAH, AL-BAIHAQI, AL-TAHAWI yang sanadnya:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى قَالَ: حَدَّثَنَا مُعَلَّى بْنُ مَنْصُورٍ، وَبِشْرُ بْنُ آدَمَ، قَالَا: حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، عَنْ عِيسَى بْنِ سِنَانٍ، عَنِ الضَّحَّاكِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَرْزَبٍ، عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ وَالنَّعْلَيْنِ» - ابن ماجة 560

 

Masalah pada hadis ini[38];

a.                   ada perawi bernama ISA BIN SINAN[39]. Dia doif dan tidak boleh dibuat hujah.

b.                  Baihaqi kata, AL-DHAHHAQ BIN ABDUL RAHMAN tidak sabit dengar hadis dari ABU MUSA AL-ASY’ARI.

 

MATAN 159 (D)

 

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَمَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ، وَابْنُ مَسْعُودٍ، وَالْبَرَاءُ بْنُ عَازِبٍ، وَأَنَسُ بْنُ مَالِكٍ، وَأَبُو أُمَامَةَ، وَسَهْلُ بْنُ سَعْدٍ، وَعَمْرُو بْنُ حُرَيْثٍ وَرُوِيَ ذَلِكَ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، وَابْنِ عَبَّاسٍ

Abu Daud kata: (sahabat) yang sapu pada dua stokin adalah Ali bin Abi Talib, Ibn Mas’ud[40], al-Bara’ bin ‘Azib, Anas bin Malik, Abu Umamah, Sahl bin Sa’ad, Amru bin Hurais. Itu turut diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab dan Ibn Abbas.

 

[19] riwayat-riwayat berkenaan sahabat yang sapu pada stokin;

a.      Ali bin Abi Talib. Hadis—daripada Kaab bin Abdillah berkata:

 

عَنْ كَعْبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: رَأَيْتُ عَلِيًّا بَالَ فَمَسَحَ عَلَى جَوْرَبَيْهِ وَنَعْلَيْهِ، ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي - عبد الرزاق 773

Aku nampak Ali kencing, lalu beliau sapu pada dua stokinnya dan dua sandalnya. Kemudian dia bangun menunaikan solat

 

b.      Abu Mas’ud al-Ansari. Hadis—daripada Khalid bin Saad berkata:

 

عَنْ خَالِدِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ: كَانَ أَبُو مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيُّ يَمْسَحُ عَلَى جَوْرَبَيْنِ لَهُ مِنْ شَعْرٍ وَنَعْلَيْهِ - عبد الرزاق 774

Abu Mas’ud al-Ansari sapu pada dua stokin yang berbulu dan pada dua sandalnya”

 

c.       Al-Bara’ bin ‘Azib. Hadis—daripada Raja’ berkata:

عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ رَجَاءٍ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: رَأَيْتُ الْبَرَاءَ بْنَ عَازِبٍ يَمْسَحُ عَلَى جَوْرَبَيْهِ وَنَعْلَيْهِ - عبد الرزاق 778

Aku nampak al-Bara’ bin ‘Azib sapu pada dua stokin dan dua sandalnya

 

d.      Anas bin Malik. Hadis—daripada Anas:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّهُ كَانَ يَمْسَحُ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ قَالَ: " نَعَمْ، يَمْسَحُ عَلَيْهِمَا مِثْلَ الْخُفَّيْنِ – عَبْدُ الرَّزَّاقِ 779

Dia sapu pada dua stokin. Dia berkata: ya, dia sapu pada kedua-duanya seperti sapu pada dua khuf

 

[20] Abu Daud bawakan 9 orang sahabat Nabi yang didapati sapu pada stokin. Dalam riwayat lain, didapati ada 4 orang sahabat lain, iaitu; Bilal, Ammar dan Abdullah bin Abi Awfa[41].

 

[21] KHITAB AL-SUBKI pula menyebut beberapa nama ulama salaf yang berpendapat sebegitu, iaitu ISHAQ, IBN AL-MUBARAK, AL-SAURI, SAID BIN JUBAIR, SAID BIN MUSAYYIB, IBRAHIM AL-NAKHAIE & AL-HASAN BASRI[42].

 

[22] Menurut IBN ABD AL-BAR, ia diamalkan oleh seluruh ahli Badar, Ahli Hudaibiyyah dan seluruh kaum muhajirin dan ansar[43].

 

BIOGRAFI PERAWI 159

 

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ

[] OSMAN BIN ABI SYAIBAH (160H-239H).

 

[] Pernah sampai ke Mekah, Kufah, Baghdad dan al-Ray (Iran)

 

[] Perawi ini dijumpai dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-5, iaitu hadis ke-21, 61, 114, 137 & 159

 

 

 

عَنْ وَكِيعٍ

[] WAKI’ BIN AL-JARRAH (129H-197H).

 

[] Dilahirkan dan meninggal di Kufah.

 

[] Ibn Madini dakwa dia ada sedikit cenderung kepada Syiah.

 

[] Namanya diulang untuk kali ke-11, iaitu hadis ke-5, 14, 20, 45, 53, 61, 78, 131, 141, 155 & 159

 

 عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ

 

[] SUFYAN BIN SA’ID BIN MASRUQ AL-SAURI (97H-161).

 

[] Dilahirkan di KUFAH dan meninggal dunia di BASRAH. Pernah sampai YAMAN dan MEKAH.

 

[] Nama perawi ini diulang sebut untuk kali ke-6, iaitu hadis ke-16, 55, 77, 97, 138 & 159

 

عَنْ أَبِي قَيْسٍ الْأَوْدِيِّ هُوَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَرْوَانَ

[] ABU QAIS AL-AWDIY @ ABDUL RAHMAN BIN SARWAN AL-KUFI[44] (120H[45])

 

[] Dia tinggal di kufah.

 

[] AL-AWDIY adalah nisbah kepada AWD BIN SO’B BIN AS’AD[46].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Dia rijal jamaah kecuali Muslim[47].

B.                  Dianggap siqah oleh DARAQUTNI, IJLI, IBN MAIN[48], IBN NUMAIR[49] & ZAHABI.

C.                  IJLI kata, dia siqah sabat[50].

D.                  NASAIE kata, ليس به بأس.[51] Hal ini disebut oleh IBN HIBBAN dalam AL-SIQAT[52].

E.                  AHMAD BIN ABDILLAH kata, dia siqah sabat[53].

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN;

F.                   ASQALANI kata, dia soduq dan kadangkala menyalahi.

G.                 DARAQUTNI kata, dia siqah. Di waktu lain kata, dia ليس به بأس

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

H.                 AHMAD kata, dia menyalahi banyak hadis[54]. AL-HAKIM AL-NAISABURI nukilkan dari AHMAD kata: dia tidak boleh dibuat hujah.

I.                    ABU HATIM kata, dia tidak kuat dan sedikit hadis dan tidak hafiz[55]. Apabila ditanya: bagaimana hadisnya. Dia jawab: soleh dan lin al-Hadis[56].

J.                    UQAILI menyebutnya dalam senarai DU’AFA’[57].

K.                  AL-BAZZAR kata, dia tidak kuat. Syu’bah, al-Sauri, al-A’mash ambil hadis darinya.

 

 عَنْ هُزَيْلِ بْنِ شُرَحْبِيلَ

[] HUZAIL BIN SYURAHBIL AL-AWDI AL-KUFI AL-A’MA (82H)

 

[] Tinggal di Kufah.

 

[] Dia adalah aduk beradik dengan AL-ARQAM BIN SYURAHBIL[58]. Menurut ABU MUSA AL-MADINI, dikatakan bahawa dia sempat era jahiliyyah[59].

 

[] KOMENTAR

A.                  Dia adalah rijal Jamaah kecuali Muslim[60].

B.                  Dianggap siqah oleh IJLI[61], DARAQUTNI[62], IBN SAAD[63], AL-JILI, ASQALANI, AL-ZAHABI, AL-WAQIDI.

C.                  IBN HIBBAN letak dia dalam senarai AL-SIQAT[64].

D.                 IBN SAAD kata, dia adalah tabaqah pertama dari kalangan penduduk Kufah. Dia siqah[65].

 

 عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ

[] MUGHIRAH BIN SYU’BAH BIN ‘AMIR BIN MAS’UD AL-SAQAFI @ ABU ABDILLAH/ABU ISA (23SH-50H)- sahabat.

 

[] Dia dilahirkan dia kalangan Saqif di Taif. Dibesarkan di situ. dan meninggal di kufah ketika umurnya 70 tahun kerana penyakit taun. Dia pernah sampai ke Bahrain, Madinah, Mekah dan Basrah.

 

[] dia digelar sebagai salah seorang DUHAT AL-ARAB (Cerdik pandai arab); iaitu MUAWIYAH BIN ABI SUFYAH, AMRU BIN AL-AS, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH dan ZIYAD.

 

[] Dia memeluk islam pada tahun tercetuskan perang khandaq (5 Hijrah), iaitu selepas dia bersama dengan BANI MALIK ke mesir dan 13 orang dari BANI MALIK di bunuh oleh raja muqawqis. dia salah seorang terlibat dalam sejarah SULH AL-HUDAIBIYYAH.

 

[] matanya buta sebelah dalam perang yarmuk. Dia terlibat dalam sejarah AL-QADISIYYAH, NAHAWAND, HAMZAN dan sebagainya.

 

[] Di era Umar, beliau dilantik menjadi gabenor basrah. Namun, dia digugurkan kerana ada orang saksikan bahawa dia berzina. 

 

Kemudian dia dilantik menjadi gabenor di Kufah. Dia kekal di situ sehingga Saidina Umar dibunuh. Di era Osman, dia disambung jawatan tersebut sehingga Osman menggugurkan jawatannya.

 

[] Semasa Muawiyah menjadi khalifah, Muawiyah lantik AMRU BIN AL-AS jadi gabenor di kufah dan anaknya, ABDULLAH BIN AMRU di mesir. Al-Mughirah pun berjumpa dengan Muawiyah dan menyatakan: Wahai Amirul Mukminin, tindakan kamu lantik Amru di Kufah dan anaknya di Mesir, umpama kamu berada antara dua bahu singa.

 

Muawiyyah pun minta pandangan Mughirah. Makanya, mughirah mencadangkan agar kedua-dua anak beranak itu berada di mesir, dan lantik Mughirah sebagai gabenor di Kufah. Dengan cadangan itu, Muawiyah lantik Mughirah jadi gabenor di Kufah sehingga dia wafat di situ.

 

[] Dia terlibat dalam peerang Yamamah, terlibat dalam Fath al-Syam, iraq. Umar lantik dia jadi Gabenor di basrah.


Selepas itu, terlibat dalam Fath MISAN (selatan Iraq), HAMZAN (iran) dan beberapa buah negara.

 

[] Semasa sejarah perjanjian Hudaibiyyah, Urwah bin Mas’ud dihantar oleh Quraish berjumpa dengan Nabi saw. Semasa dia bercakap dengan Nabi, dia menyentuh janggut Nabi. Mughirah ketika itu memakai topeng perang berdiri. Dia menepis serta berkata kepada Urwah: turunkan tangan kamu sebelum pedang ini sampai kepada kamu. Urwah pun tanya  Nabi saw: siapa ini wahai Muhammad? Dia amat keras. Nabi saw jawab: itu orang dari keturunan kamu (Saqafi)[66].

 

[] namanya diulang sebut untuk kali ke-7, Iaitu hadis ke-1, 149, 150, 151, 152, 156 & 159

 



[1] Manhal:2/133 | Aun:1/95

[2] Aun:1/95

[3] Aini:1/373

[4] Manhal:2/133

[5] Aun:1/95

[6] Aun:1/95

[7] namanya diulang sebut untuk kali ke-6, Iaitu hadis ke-1, 149, 150, 151, 152, 156 & 159

[8] Nama perawi ini diulang sebut untuk kali ke-5, iaitu hadis ke-16, 55, 77, 97, 138 & 159

[9] Namanya diulang untuk kali ke-11, iaitu hadis ke-5, 14, 20, 45, 53, 61, 78, 131, 141, 155 & 159                      

[10] Perawi ini dijumpai dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-5, iaitu hadis ke-21, 61, 114, 137 & 159

[11] aini:1/374

[12] Ruslan:2/162

[13] Manhal:2/134

[14] Bazl:2/23

[15] Manhal:2/135

[16] Aun:1/96

[17] aini:1/374

[18] Bazl:2/24

[19] Manhal:2/135

[20] Bazl:2/24

[21] Ruslan:2/162

[22] Manhal:2/135

[23] Manhal:2/135

[24] Manhal:2/135

[25] Manhal:2/136

[26] Bazl:2/22

[27] Manhal:2/136

[28] Manhal:2/136

[29] Manhal:2/136

[30] Manhal:2/136

[31] Manhal:2/136

[32] Manhal:2/136

[33] Manhal:2/136

[34] Manhal:2/137

[35] Manhal:2/137

[36] Menurut AL-BAIHAQI, tidak sabit bahawa AL-DHAHHAQ dengar hadis dari ABU MUSA. Bazl:2/22

[37] Bazl:2/22

[38] Manhal:2/137

[39] Isa bin Sinan ini dianggap doif oleh Ahmad, Ibn Main. Abu Hatim kata, dia tidak kuat. Al-Baihaqi kata, dia tidak boleh dibuat hujah. Walaubagaimana pun, IJLI kata, dia لا بأس به. YAHYA BIN MAIN pula anggap dia siqah. (Manhal:2/138)

[40] Dalam naskhah MESIR, disebut ABU MAS’UD AL-ANSAR. Bazl:2/23

[41] Manhal:2/139

[42] Manhal:2/139

[43] Ruslan:2/162

[44] Bazl:2/22

[45] Manhal:2/134 | Bazl:2/22

[46] Manhal:2/134

[47] Manhal:2/134 | aini:1/374

[48] Manhal:2/134 | Bazl:2/22 | aini:1/373

[49] Bazl:2/22

[50] Manhal:2/137 | Bazl:2/22

[51] Manhal:2/134 | Bazl:2/22

[52] Bazl:2/22

[53] aini:1/374

[54] Manhal:2/134 | Bazl:2/22

[55] Bazl:2/22

[56] Manhal:2/134 | aini:1/373

[57] Manhal:2/134 | Bazl:2/22

[58] aini:1/374  | aini:1/374

[59] Bazl:2/22

[60] Manhal:2/134

[61] Manhal:2/137 | Bazl:2/22

[62] Manhal:2/134 | Bazl:2/22

[63] Bazl:2/22

[64] Manhal:2/134 | Bazl:2/22

[65] Manhal:2/134

[66] Maghazi al-waqidi, 2/595