BAB 7 |
بَابُ
كَرَاهِيَةِ الْكَلَامِ عِنْدَ الْحَاجَةِ
“MAKRUH
BERBUAL KETIKA QADHA’ HAJAT”
HADIS 15 |
حَدَّثَنَا عُبَيْدُاللَّهِ بْنُ عُمَرَ بْنِ مَيْسَرَةَ حَدَّثَنَا ابْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا عِكْرِمَةُ بْنُعَمَّارٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ
عَنْ هِلَالِ بْنِ عِيَاضٍ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبُو سَعِيدٍ قَالَ:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَا يَخْرُجُ
الرَّجُلَانِ يَضْرِبَانِ الْغَائِطَ كَاشِفَيْنِ عَنْ عَوْرَتِهِمَا يَتَحَدَّثَانِ،
فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَمْقُتُ عَلَى ذَلِكَ»
Daripada Abu Sa’id berkata, aku dengar Rasulullah saw
bersabda: “Janganlah dua orang lelaki pergi ke tempat qadha’ hajat dalam
keadaan kedua-dunya membuka aurat, lalu bercakap-cakap kerana sesungguhnya
Allah membenci demikian”
قَالَ أَبُو
دَاوُدَ: هَذَا لَمْ يُسْنِدْهُ إِلَّا عِكْرِمَةُ بْنُ عَمَّارٍ
PENJELASAN HADIS |
[1] Walaupun hadis ini DOIF dari sudut SANAD, tetapi
kandungan matannya tidak DOIF kerana ia telah disokong dengan hadis yang lain.
[2] Menurut al-‘Azim Abadi dalam Aun al-Ma’bud, walaupun
matan hadis sebut DUA ORANG LELAKI, tetapi termasuk juga perempuan.
[3] kandungan matan hadis ini menjelaskan perkara berikut;
Pertama, tidak qadha’ hajat di tempat yang sama yang
saling nampak aurat antara satu dengan yang lain.
Larangan seiras ini sememangnya ada dalam hadis-hadis
yang lain seperti hadis berikut;
Daripada Abu Sa’id al-Khudri, Rasulullah saw ada
bersabda:
لَا يَنْظُرُ
الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ
الْمَرْأَةِ، وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلَا
تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ
“Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki;
perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan; tidak boleh lelaki itu masuk
dalam lelaki dalam satu pakaian; tidak boleh perempuan masuk dalam perempuan
dalam satu pakaian. (Muslim, hadis no: 338)
Kedua, larangan bercakap semasa sedang qadha’ Hajat.
Berkenaan larangan bercakap semasa Qadha’ Hajat, akan dibincangkan dalam hadis
ke-16 akan datang.
HUBUNGAN HADIS |
Hadis ke-14, dijelaskan bahawa keperluan tidak
kelihatan Aurat semasa qadha’ Hajat.
Dalam hadis ke-15 ini pula, dijelaskan larangan dua
orang yang qadha’ hajat di tempat yang sama, yang mereka dapat melihat aurat
masing-masing
PENGAJARAN |
AURAT MUSLIMAT DI HADAPAN PEREMPUAN NON MUSLIM
Berlaku kekhilafan dalam pandangan ulama berkenaan hukum
aurat muslimat di hadapan perempuan non Muslim.
PENDAPAT PERTAMA: AURAT MUSLIMAT WAJIB TUTUP AURAT DI
HADAPAN PEREMPUAN NON MUSLIM SAMA SEPERTI DIHADAPAN LELAKI.
Ini adalah pendapat Mazhab Syafie, sepertimana yang
telah disebut oleh al-Imam al-Nawawi, Zakaria al-Ansari, Ulama dalam Mazhab
Hanafi dan Maliki.
Hujah mereka adalah melihat kepada firman Allah:
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ
يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ
زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى
جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ
آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ
بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي
أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ (31) – النور
“Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung
kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka” (Surah al-Nur, ayat 31)
Dalam kupasan
mereka, ayat ini menjelaskan berkenaan perempuan yang boleh menampilkan beberapa
anggota badannya, seperti kepada suami mereka, kepada bapa mereka, kepada atuk
mereka, kepada anak mereka, kepada anak tiri mereka, kepada adik beradik mereka,
kepada anak saudara mereka di sebelah adik beradik lelaki dan perempuan.
Lalu, dalam
ayat ini menyebut نسائهن yang dhomir هن itu kembali kepada المؤمنات. Apabila mereka tafsirkan begitu, maka mereka keizinan itu
hanya sesame mukminat sahaja. Adapun terhadap perempuan non Muslim, ia sama
sepertimana kaum lelaki.
Ini ditambah lagi dengan kisah Saidina Umar pernah
melarang perempuan
kitabiyat masuk tandas muslimat.
PENDAPAT KEDUA: AURAT MUSLIMAT DIHADAPAN PEREMPUAN NON
MUSLIM ADALAH SAMA SEPERTI SESAMA MUKMINAT JUGA
Ini adalah pendapat Ben Baz. Dalam kupasan beliau
adalah seperti berikut;
Satu: perbahasan dhomir dan ayat adalah merujuk kepada
jenis wanita, bukan agama mereka.
Dua: Kalau seseorang perempuan yang asalnya tidak
muslim, kemudian memeluk islam, sudah pasti auratnya sama dengan adik
beradiknya yang tidak islam juga.
Tiga: Ditakwilkan bahawa kisah Saidina Umar itu dalam
konteks berhati-hati dengan kafir Harbi yang sentiasa mencari ruang untuk
memburukkan Islam.
BIOGRAFI PERAWI |
[6] UBAIDULLAH BIN UMAR BIN MAISARAH AL-QAWARIRI
(152H-235H)
عُبَيْدُ
اللَّهِ بْنُ عُمَرَ بْنِ مَيْسَرَةَ القواريري
Dia adalah guru Bukhari, muslim dan Abu Daud.
Dilahirkan di Basrah dan meninggal dunia di Baghdad.
Dia antara ulama yang terlibat perbalahan dalam isu Quran makhluk, iaitu
pada era khalifah Ma’mun (nama sebenarnya: Abu al-Abbas, Abdullah bin Harun
al-Rashid (170-218H) yang belajar dari guru muktazilah bernama Abu al-Huzail
al-Allaf)
Dia bersama dengan Imam Ahmad yang dihukum kerana pertahankan al-Quran
bukan makhluk oleh Gabenor bernama Ishaq bin Ibrahim.
Tidak ada sebarang kritikan yang mencacatkan status kesiqahannya. Dia
dikira sebagai perawi sahih
[5] ABDUL RAHMAN BIN MAHDI (135H-198H)
عبد الرحمن ابْنُ مَهْدِيٍّ
Dilahirkan dan meninggal di Basrah, tetapi pernah
sampai ke Kufah. Dia adalah salah seorang murid Imam malik dan pengasas mazhab
Maliki di Iraq.
Imam Ahmad
bin Hanbal pernah kata, Ibn Mahdi ini adalah ulama hadis. Jika dibandingkan
dengan Yahya bin Sa’id al-Qattan, dia lebih cenderung dengan fiqh Kufiyyin.
Dia adalah rijal Kutub Sittah, dan dia adalah perawi
SAHIH.
[4] IKRIMAH BIN AMMAR
AL-IJLI AL-YAMAMI (159H)
عِكْرِمَةُ
بْنُ عَمَّارٍ الْعِجْلِيُّ اليمامي
Dia adalah tabiin yang sempat berjumpa dengan sahabat
Nabi yang bernama AL-HIRMAS BIN ZIYAD.
Ulama kelahiran Basrah dan mati di Yamamah ini pernah
berjumpa dengan Imam al-Bukhari, tetapi tidak berhujah dengan hadisnya. Imam
Muslim pula, hanya berhujah dengan hadisnya sekadar syawahid sahaja.
Terdapat beberapa
kritikan terhadapnya adalah seperti berikut;
Pertama, MUHDTARIB
HADIS DARI YAHYA BIN ABI KATHIR
Antara ulama yang
mengatakan sebegitu adalah Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-Bukhari.
Kedua, DOIF dan
MUNGKAR
Antara ulama yang
mengatakan sebegitu adalah Yahya bin Sa’id, ‘Ali bin al-Madini dan Ibn
Kharrash.
Walaubagaimana pun,
al-‘Azim Abadi menyatakan bahawa Ibn Ma’in dan al-‘Ijli menganggap dia seorang
perawi siqah. Turut sama mengatakan dia siqah adalah al-Daraqutni. Dia dianggap sebagai
PERAWI HASAN.
[3] YAHYA BIN ABI
KATHIR (129H)
يَحْيَى بْنِ
أَبِي كَثِيرٍ
Nama betul dia
adalah YAHYA BIN SOLEH BIN AL-MUWATAKKIL AL-TAIE AL-BASRI AL-YAMAMI
Sighar Tabiin ini tinggal di Madinah, Basrah dan
Yamamah. Dalam kalangan ulama hadis, terdapat beberapa kritikan berikut
Pertama, MELAKUKAN TADLIS.
Antara yang mengatakan begitu adalah Abu Ja’afar
al-‘Uqaili, Abu Hatim bin Habban al-Basti.
Ibn Hajar kata, dia seorang yang siqah, tetapi
melakukan tadlis dan irsal hadis.
Kedua, TIDAK DENGAR HADIS DARI ANAS
Ibn hajar al-Asqalani kata, dia memang pernah melihat
Anas, tetapi tidak pernah mendengar hadis dari Anas. Justeru, jika riwayatnya
bahawa dia mendengar dari Anas, maka riwayat itu ditolak.
Namun begitu, ada yang memujinya dengan seperti
berikut;
Pertama, TIDAK AKAN AMBIL HADIS KECUALI DARI SIQAH.
Yang menyatakan begitu adalah Abu Hatim al-Razi.
Kedua, IMAM BERHUJAH DENGANNYA
Dalam pada Ibn hajar al-Asqalani mengatakan dia
melakukan tadlis dan irsal, Ibn Hajar tetap akui bahawa ramai para imam hadis
menerima riwayatnya.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan dia adalah
PERAWI HASAN.
[2] HILAL BIN ‘IYADH
هِلَالِ بْنِ عِيَاضٍ
Dia perawi yang MAJHUL. Ada dakwaan mengatakan bahawa
individu perawi ini bukan HILAL BIN IYADH, tetapi IYADH BIN HILAL. Ia adalah
MAQLUB yang berlaku pada nama perawi.
[1] ABU SA’ID AL-KHUDRI (10SH-74H)
أَبُو سَعِيدٍ الخدري الخزرجي
Sahabat Nabi ini dilahirkan dan meninggal dunia di
Madinah. Nama sebenarnya adalah SA’AD BIN MALIK BIN SINAN BIN TSA’LABAH
AL-KHAZRAJI.
Bapanya, Malik Bin Sinan merupakan sahabat nabi yang
mati syahid dalam perang Uhud.
Adik beradik seibunya bernama Qatadah bin
Nu’man—sahabat, mati dalam perang badar.
Masa perang uhud, dia minta nak terlibat
perang, tetapi nabi tidak izinkan kerana ketika itudia masih budak lagi (umur
13 tahun)
Perang yang mula-mula sekali dia terlibat adalah Khandaq,
iaitu pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah—ketika itu, umurnya 15 tahun.
Ada kata, mula-mula terlibat dalam perang bani
Mustaliq, iaitu pada bulan sya’ban 5 Hijrah sedangkan ibn ishaq kata, perang
Bani Mustaliq berlaku pada 6 Hijrah.
PERBAHASAN SANAD |
[1]
SANAD ABU DAUD
دَّثَنَا
عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ بْنِ مَيْسَرَةَ، حَدَّثَنَا ابْنُ مَهْدِيٍّ،
حَدَّثَنَا عِكْرِمَةُ بْنُ عَمَّارٍ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ
هِلَالِ بْنِ عِيَاضٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبُو سَعِيدٍ
[2] STATUS HADIS: DOIF
Hadis ini dianggap DOIF dengan beberapa alasan
berikut;
[a] HILAL BIN IYADH adalah perawi yang majhul. Namun
begitu, Ibn Khuzaimah menjelaskan bahawa IKRIMAH adalah perawi yang
terkeliru—dia telah MAQLUB pada pada HILAL BIN IYADH; sebenarnya perawi itu
adalah IYADH BIN HILAL.
[b] hadis ini berlaku
IDHTIRAB pada SANAD. Iaitu, terdapat beberapa jalur sanad yang tidak konsisten
terhadap hadis ini. Dalam tahqiq Ahmad, Arnaut nukilkan semua sanad-sanad
tersebut seperti berikut;
Satu:
Ikrimah – yahya – Iyadh – abi Said -
Nabi
Dua: ikrimah – yahya – abi salamah – Abu Hurairah – nabi.
Tiga: Yahya – Abdullah bin Abi Qatadah – bapanya (Abi Qatadah) –
Riwayat Aban al-Attar – nabi.
Empat:
Yahya – Muhammad bin abdul Rahman bin Sauban – Jabir bin Abdullah.
Lima: Yahya bin Abi Kathir (mursal)
PENJELASAN:
Induk dalam sanad ini adalah pada YAHYA, tetapi tidak jelas dari siapa yang YAHYA
ambil hadis, apakah IYADH, atau ABU SALAMAH, atau ABDULLAH BIIN ABI QATADAH,
atau MUHAMMAD BIN ABDUL RAHMAN ataupun, hadis ini YAHYA riwayat secara MURSAL.
[c]
Dalam pelbagai jalur, semuanya bermuarakan dari YAHYA BIN ABI KATHIR.
Memandangkan
dia sekadar perawi hasan yang mendapat kritikan dari ramai ulama hadis seperti
didakwa dia melakukan idhtirab, maka sudah pasti hadis riwayatnya tidak
diterima jika jalur hadis hanya dari dia sahaja.
[3]
SYAWAHID DARI SUDUT MATAN
Walaupun hadis ini doif pada sanad, tetapi matannya
ada syawahid yang menyebabkan ia boleh dibuat hujah. Jika hadis ini diriwayatkan
oleh SAHABAT bernama ABU SA’ID AL-KHUDRI, dalam riwayat lain, SAHABAT LAIN,
iaitu ABU HURAIRAH dengan sanad ada
sanad yang layyin meriwayatkan hadis berikut: (Albani,
sahih al-targhib wa al-tarhib, hadis no: 156)
وعن أبي هريرة رضي الله
عنهـ قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يخرج اثنان من
الغائط فيجلسان يتحدثان كاشفين عن عوراتهما فإن الله عز وجل يمقت على ذلك
TAKHRIJ |
Al-Nasaie (Kubra: 36, 37), Ibn Majah (342),
Ahmad (11319)
No comments:
Post a Comment