BAB 10 |
بَابُ
الْخَاتَمِ يَكُونُ فِيهِ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى يُدْخَلُ بِهِ الْخَلَاءُ
“CINCIN YANG ADA UKIRAN NAMA ALLAH YANG DIBAWA MASUK KE TANDAS”
HADIS 19 |
حَدَّثَنَا نَصْرُبْنُ عَلِيٍّ عَنْ أَبِي عَلِيٍّ الْحَنَفِيِّ عَنْ هَمَّامٍ عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَنَسٍ قَالَ: «كَانَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ وَضَعَ
خَاتَمَهُ»
Daripada Anas bin Malik berkata: “Nabi apabila hendak
masuk tandas, baginda menanggalkan cincinnya”
Status:
mungkar
PENJELASAN HADIS |
Hadis ini mungkar dari sudut sanad. Bahkan, matan pada
sanad yang ma’ruf pula Syaz (salah satu maksud doif). Namun, dari sudut
beberapa hal-hal tertentu, ada pengajaran yang boleh diambil;
A.
nabi saw pakai cincin.
B.
Sebagai penjelasan berkenaan tidak menjawab salam
ketika sedang qadha’ hajat yang secara tersirat mengandungi maksud larangan
membaca al-Quran di tempat qadha’ hajat.
HUBUNGAN HADIS |
Dalam hadis ke-18, dijelaskan bahawa Nabi saw berzikir
pada setiap masa dan ketika.
Dalam hadis ke-19 ini pula, dijelaskan bahawa nabi saw
membuka cincinnya apabila masuk ke tempat untuk qadha’ hajat.
Kedua-dua hadis ini memberikan gambaran bahawa
sebarang unsur yang membawa kepada tidak hormati zikrullah, maka ia perlu
dielak.
Hal ini kerana, cincin yang dipakai oleh Nabi saw
mengandungi tulisan-tulisan
PENGAJARAN |
Ada beberapa pengajaran dari hadis ini adalah seperti
berikut;
[1]
NABI DAN CINCIN
SEJARAH NABI PAKAI CINCIN
Dalam hadis, didapati nabi saw mula-mula memakai
cincin selepas SULH AL-HUDAIBIYYAH, iaitu sebagai
RUBBER STAM pada sura-surat rasmi Nabi kepada kerajaan ‘Ajam.
Dalam
hadis—daripada Anas bin Malik berkata:
لَمَّا أَرَادَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَكْتُبَ إِلَى الرُّومِ، قِيلَ
لَهُ: إِنَّهُمْ لاَ يَقْرَءُونَ كِتَابًا إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَخْتُومًا،
«فَاتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ فِضَّةٍ، فَكَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى بَيَاضِهِ فِي
يَدِهِ، وَنَقَشَ فِيهِ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ»
“ketika nabi saw mahu menulis surat kepada Rom, ada
orang memberitahu baginda: mereka (orang Rum) tidak akan membaca surat kecuali
ada cop rasmi. Makanya, nabi saw pun ambil cincin dari perak, seakan-akan aku
nampak putih pada tangan baginda. Terpahat pada cincin itu: Muhammad
Rasulullah” (al-Bukhari, hadis no: 2938)
Dalam komentar al-Imam al-Sayuti, Nabi Muhammad saw
adalah orang Quraish adalah orang pertama pakai cop rasmi dalam urusan surat
menyurat.
PERMULAAN
NABI PAKAI CINCIN
Di
permulaan, nabi saw memakai cincin emas. Hal ini ditiru oleh sebilangan sahabat
nabi. Namun, selepas itu Nabi saw membuang dan menggantikan dengan cincin perak
yang terpahat tulisan “Muhammad Rasulullah”; ia sebagai cincin rasmi kerajaan.
Dalam
hadis—daripada Ibn Umar berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ ذَهَبٍ أَوْ فِضَّةٍ، وَجَعَلَ فَصَّهُ مِمَّا
يَلِي كَفَّهُ، وَنَقَشَ فِيهِ: مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، فَاتَّخَذَ النَّاسُ
مِثْلَهُ، فَلَمَّا رَآهُمْ قَدِ اتَّخَذُوهَا رَمَى بِهِ وَقَالَ: «لاَ
أَلْبَسُهُ أَبَدًا» ثُمَّ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ فِضَّةٍ، فَاتَّخَذَ النَّاسُ خَوَاتِيمَ
الفِضَّةِ
“Rasulullah saw memakai cincin dari emas atau perak, dan menjadi
batu cincin itu ke bahagian tapak tangan, dan terpahat padanya: Muhammad
Rasulullah”. Ramai sahabat yang meniru. Ketika nabi saw nampak perkembangan
tersebut, nabi saw membuang cincin terbabit dan berkata: “aku tidak pakainya
lagi sampai bila-bila”
Dalam tambahan
Ibn Umar:
فَلَبِسَ الخَاتَمَ
بَعْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبُو بَكْرٍ، ثُمَّ عُمَرُ،
ثُمَّ عُثْمَانُ، حَتَّى وَقَعَ مِنْ عُثْمَانَ فِي بِئْرِ أَرِيسَ
“Selepas Nabi
saw, cincin terbabit dipakai oleh Abu Bakar al-Siddiq, kemudian Saidina Umar,
kemudian Saidina Osman; sehingga di era Saidina Osman, cincin itu terjatuh
dalam telaga Aris” (al-Bukhari, hadis no: 5866)
NABI PAKAI CINCIN PADA JARI KECIL
Dalam hadis, Nabi saw pakai cincin pada jari
kelingking bagi tangan kiri. Dalam hadis—daripada Anas bin Malik:
كَانَ خَاتَمُ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذِهِ، وَأَشَارَ إِلَى
الْخِنْصِرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى
“Nabi saw selalu memakai cincin pada ini”, sambila dia
mengisyaratkan jari kelingking di bahagian tangan kanannya” (Muslim, hadis no:
2095)
Juga
didapati dalam hadis bahawa Nabi saw pakai cincin tangan kanan. Daripada
Abdullah bin Umar berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اصْطَنَعَ خَاتَمًا مِنْ ذَهَبٍ، وَجَعَلَ
فَصَّهُ فِي بَطْنِ كَفِّهِ إِذَا لَبِسَهُ، فَاصْطَنَعَ النَّاسُ خَوَاتِيمَ مِنْ
ذَهَبٍ، فَرَقِيَ المِنْبَرَ، فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ، فَقَالَ:
«إِنِّي كُنْتُ اصْطَنَعْتُهُ، وَإِنِّي لاَ أَلْبَسُهُ» فَنَبَذَهُ، فَنَبَذَ
النَّاسُ قَالَ جُوَيْرِيَةُ: وَلاَ أَحْسِبُهُ إِلَّا قَالَ: فِي يَدِهِ
اليُمْنَى
“Nabi saw
membuat cincin dari emas dan menjadikan batu cincin itu ke dalam tapak tangan.
Ramai sahabat turut sama membuat cincin dari emas. Nabi saw naiki mimbar,
baginda memuji Allah lalu berkata: Sesungguhnya aku buat ini dan aku juga tidak
akan memakainya lagi”. Baginda pun membuangnya, dan para sahabat turut sama
membuangnya. Berkata Juwairiyyah: aku tidak nampak kecuali dia (Ibn Umar)
berkata: di tangan baginda yang kanan” (al-Bukhari, hadis no: 5876)
BATU CINCIN
Cincin yang dipakai Nabi itu, batu cincinnya di
arahkan ke tapak tangan. Dalam hadis—daripada Ibn Umar berkata:
أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ ذَهَبٍ أَوْ
فِضَّةٍ، وَجَعَلَ فَصَّهُ مِمَّا يَلِي كَفَّهُ
“Rasulullah saw memakai cincin dari emas atau perak,
baginda jadikan batu cincin itu apa yang terekori tapak tangan baginda”
(al-Bukhari, hadis no: (5866
Batu cincin yang dipakai oleh Nabi berwarna hitam.
Dalam hadis—daripada Anas bin Malik berkata:
أَنَّ رَسُولَ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَبِسَ خَاتَمَ فِضَّةٍ فِي يَمِينِهِ، فِيهِ
فَصٌّ حَبَشِيٌّ كَانَ يَجْعَلُ فَصَّهُ مِمَّا يَلِي كَفَّهُ
Rasulullah saw pakai cincin perak pada tangan
kanannya. Padanya ada batu habsyi (warna hitam) yang baginda jadikan ia
mengiringi tapak tangan” (Muslim, hadis no: 2094)
Nabi juga pernah pakai
cincin yang batu cincinnya bukan batu, tetapi dari perak. Dalam hadis—daripada
Anas bin Malik berkata:
أَنَّ
النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ خَاتَمُهُ مِنْ فِضَّةٍ وَكَانَ
فَصُّهُ مِنْهُ
“nabi saw memakai cincin dari perak dan batunya pun
dari perak” (al-Bukhari, hadis no: 5870)
[2] JARI HARAM PAKAI CINCIN
Menurut al-Imam al-Nawawi, tidak ada sebarang isu
berkenaan larangan jari yang dipakaikan cincin bagi kaum wanita. Namun, larangan
itu berlaku jika pemakai itu adalah orang lelaki.
Dalam hadis, ada larangan bagi orang lelaki memakai
cincin pada jari tengah dan jari telunjuk.
Saidina Ali ada berkata:
«نَهَانِي رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَتَخَتَّمَ فِي إِصْبَعِي هَذِهِ أَوْ
هَذِهِ» ، قَالَ: «فَأَوْمَأَ إِلَى الْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِيهَا»
“Rasulullah saw melarang aku bahawa aku pakai cincin
pada dua jadi ini atau ini. Dia berkata: sambil Ali mengisyaratkan pada jari
tengah dan jari selanjutnya (jari telunjuk)” (Muslim, hadis no: 2095)
Dengan iti. tidak salah pakai cincin di ibu jari (ابهام) dan jari manis (البنصر) sebab tiada larangan dalam nas.
[4] TULISAN YANG TERPAHAT PADA CINCIN
Dalam hadis yang lepas, sudah disebut bahawa pada cincin
Nabi tercatat: MUHAMMAD RASULULLAH. Cincin tersebut hilang pada era Osman bin
Affan, iaitu jatuh dalam telaga ARIS.
Menurut ceritanya, cincin yang terjatuh itu dicari
selama tiga hari, sehingga air dalam telaga pun dibuang. Tetapi tidak jumpa.
Selepas itu, Saidina Osman buat cincin baru. Terpahat
kat depan itu:
((آمن بالذي خلق
فسوَّى))
“Aku beriman dengan
tuhan yang mencipta, lalu Dia elokkan ciptaan tersebut”
Atau:
((اللهم أحيني سعيدًا وأمتني شهيدًا))
“Ya Allah, hidupkan aku
sebagai orang yang berbahagia dan matikan aku sebagai orang mati syahid”
Menurut beberapa riwayat, dikatakan sebelum itu, Saidina
Umar sudah ada cincin dia sendiri yang terpahat:
كفى بالموت واعظًا
“Memadailah
mati sebagai peringatan”
[5] PECAT CINCIN YANG ADA
TULISAN ZIKIR SEMASA QADHA’ HAJAT
Sepertimana dalam
perbahasan bahawa hadis bab adalah MUNGKAR, menyebabkan ulama khilaf berkenaan
hukum pecat cincin ketika masuk tandas.
Dalam majmuk, al-Imam
al-Nawawi berkata:
اتَّفَقَ أَصْحَابُنَا عَلَى اسْتِحْبَابِ تَنْحِيَةِ مَا فِيهِ
ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى عِنْدَ إرَادَةِ دُخُولِ الْخَلاءِ وَلا تَجِبُ
التَّنْحِيَةُ
“Para ashab kami (mazhab
syafie) sepakat bahawa disunatkan memecat apa-apa yang padanya ada zikrullah
ketika mahu masuk ke tempat qadha’ hajat. tidak wajib memecatnya”
Sandaran terhadap
hukum makruh itu kerana tiada ada satu nas yang sahih dan sarih melarang hal
ini. Justeru, dianggap makruh kerana fitrah manusia itu menghormati apa yang
dipercayai sebagai suci seperti al-Quran. Justeru, membawa ke tempat qadha’
hajat boleh dianggap tidak sopan dan bukan pada tempatnya.
Apatah lagi, setakat
ini semua hadis-hadis yang menyatakan larangan adalah doif.
Contohnya, hadis—daripada
Abdullah bin Jaafar berkata:
كَانَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَلْبَسُ خَاتَمَهُ فِي يَمِينِهِ وَقَالَ
كَانَ يَنْزِعُ خَاتَمَهُ إِذَا أَرَادَ الْجَنَابَةَ
“Nabi saw memakai
cincinnya pada tangan kanannya. Berkata: dia sentiasa buka cincinnya itu
apabila hendak berjunub”
Hadis ini doif
kerana ada perawi bernama ABU QATADAH, iaitu ABDULLAH BIN WAQID AL-HARRANI yang
al-Imam al-Bukhari bahawa dia mungkar al-Hadis dan Imam Ahmad bin Hanbal kata, “aku
rasa dia selalu melakukan tadlis”
Juga hadis
lain—daripada Anas bin Malik berkata:
وَقَالَ السُّيُوطِيُّ
فِي مِرْقَاةِ الصُّعُودِ أَخْرَجَهُ الْبَيْهَقِيُّ مِنْ طَرِيقِ يَحْيَى بْنِ
الْمُتَوَكِّلِ الْبَصْرِيِّ عَنِ بن جُرَيْجٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَنَسٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَبِسَ خَاتَمًا
نَقْشُهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ فَكَانَ إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ وَضَعَهُ
“Nabi saw
memakai cincin yang terpahat: Muhammad Rasulullah. Apabila baginda masuk ke
tempat Qadha’ hajat, baginda membukanya”
Al-Imam
al-Sayuti berkata bahawa hadis ini doif. Yang jika diperhatikan, sanad hadis terputus.
Hal ini adalah IBN JURAIJ ambil dari AL-ZUHRI walhal ada seorang perawi yang
tergugur, iaitu ZIYAD BIN SA’AD antara mereka.
BIOGRAFI PERAWI |
[6] NASR BIN ‘ALI AL-JUHADHMI (161H-250H)
نَصْرُ بْنُ
عَلِيٍّ الجهضمي
Ulama asal basrah ini adalah salah seorang dari 9
orang mahaguru hadis kepada imam al-Kutub al-Sittah yang mereka ambil hadis
tanpa perantara.
Pun begitu, terdapat beberapa ulama yang
mendoifkannya, seperti Abu Ja’far al-Uqaili. Namun, ada pihak membantah
pendapat al-Uqaili itu dengan menyatakan bahawa dakwaannya itu tidak mempunyai
sebarang bukti dan sandaran.
Ibn Hajar al-Asqalani pula menyatakan bahawa dia
adalah tokoh besar dalam kalangan ulama hadis. Apatah lagi, imam al-Kutub
al-Sittah meriwayatkan hadis darinya.
Dia adalah perawi sahih.
[5] ABU ‘ALI AL-HANAFI (209H)
أَبو عَلِيٍّ الْحَنَفِيِّ
Ulama Basrah ini, nama betulnya adalah UBAIDULLAH BIN
ABDUL MAJID AL-BASRI. Dia adalah Rijal al-Jama’ah kecuali Ibn Majah sahaja. Dia
adalah perawi yang sahih
[4] HAMMAM BIN YAHYA BIN DINAR AL-‘AUZI (80H-164H)
هَمَّامٍ بن يحي بن دينار العوذي
Ulama Basrah ini siqah dalam kalangan ulama hadis. pun begitu, ada
sebilangan yang lain kritik dengan anggapan bahawa hafalannya tidak kuat bahkan
kadangkala tersilap dalam meriwayatkan hadis. Antara yang kata sebegitu adalah
Zakaria bin Yahya al-Saji, Muhammad bin Sa’ad dan Yazid bin Zurai’e al-‘Isyi.
Dalam penjelasan mereka, riwayatnya yang mengandungi kesilapan itu, jika dia
riwayatkan secara hafalan semata-mata. Namun, jika dia riwayatkan dengan
merujuk kepada catatannya, itu tidak menjadi masalah.
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan perawi yang sahih.
[3] IBN JURAIJ (80H-150H)
ابْنِ جُرَيْجٍ
Nama penuhnya adalah ABDUL MALIK BIN ABDUL AZIZ BIN
JURAIJ AL-MAKKI. Dia dalam kalangan Atba’ al-Tabiin, dan terkenal dalam bidang
fiqh, qiraat dan ilmu hadis. Dilahirkan di Mekah dan meninggal dunia di
Baghdad.
Dalam pada itu,
berlaku sedikit komentar kecil tetapi berharga berkenaan Ibn Juraij ini, iaitu
al-Zahabi menyatakan bahawa dia memang tidak dinafikan pernah berjumpa dengan
al-Zuhri, tetapi berjumpa itu bukan bermakna dia belajar hadis dari al-Zuhri.
Menurut al-Zahabi
lagi, Ibn Juraij ambil hadis dari al-Zuhri secara Ijazah dan Munawalah sahaja.
Walaupun dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan
seorang perawi yang siqah, tetapi tidak semua riwayatnya diterima oleh semua
ulama; iaitu apabila ada hadis bahawa dia ambil dari al-Zuhri.
[2] MUHAMMAD BIN
MUSLIM BIN UBAIDILLAH BIN ABDULLAH AL-AKBAR BIN SYIHAB (49/53H – 123/124H)
محمد بن مسلم بن عبيد
الله بن عبد الله الأكبر بن شهاب الزُّهْرِيِّ
Sudah dibahas dalam
hadis ke 9 yang lalu.
[1] ANAS BIN MALIK
(10SH-90H)
أَنَسٍ بن مالك
Sudah dikupas dalam hadis ke 4, 5 dan 14.
PERBAHASAN SANAD |
[1] SANAD ABU DAUD
حَدَّثَنَا
نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ أَبِي عَلِيٍّ الْحَنَفِيِّ عَنْ هَمَّامٍ عَنِ ابْنِ
جُرَيْجٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَنَسٍ
[2] STATUS HADIS: MUNGKAR
Hadis ini MUNGKAR dengan alasan-alasan berikut;
[A] Hadis ini tafarrud dari jalur HAMMAM yang ALBANI
kata, dia seorang mudallis yang dia riwayatkan secara عنعنة
[B] HAMMAM itu pula seorang yang waham. Kata Abu Daud:
وَالْوَهْمُ
فِيهِ مِنْ هَمَّامٍ، وَلَمْ يَرْوِهِ إِلَّا هَمَّامٌ
“Waham pada hadis ini daripada Hammam. Dia tidak
meriwayatkan hadis ini kecuali dari HAMMAM”
PENJELASAN: Bukti waham IBN JURAIJ itu, dijelaskan
oleh al-‘Azim al-Abadi dalam kitab AL-AUN bahawa HAMMAM mengambil hadis ini
dari IBN JURAIJ ketika mereka bertemu di BASRAH.
Sebarang hadis yang diriwayatkan dari JURAIJ semasa
dia di Basrah ada kecacatan, kerana dia melakukan tadlis semasa ambil hadis
dari al-Zuhri dengan mengugurkan perawi bernama ZIYAD BIN SA’AD.
Al-‘Azim Abadi turut menjelaskan bahawa HAMMAM adalah
Rijal Bukhari dan Muslim, tetapi kedua-dua imam besar hadis ini tidak
riwayatkan riwayat HAMMAM ketika dia berada di Basrah, tetapi riwayatkan dari
HAMMAM jika dia ambil hadis ketika di tempat lain.
[C] Sanad hadis ini doif yang ia bercanggah dengan
sanad yang Sahih.
PENJELASAN: Dalam istilah ilmu hadis, apabila sesuatu hadis yang sahih
bertembung dengan hadis yang lebih sahih, maka hadis yang sahih itu disebut
sebagai SYAZ, sedangkan hadis yang lebih sahih itu disebut sebagai MAHFUZ.
Demikian juga, apabila hadis yang doif bertembung
dengan hadis yang sahih, maka hadis yang doif itu disebut MUNGKAR dan hadis
yang sahih itu disebut sebagai MA’RUF.
Justeru, dalam hadis bab ini, Abu Daud kata MUNGKAR.
Dalam erti kata yang lain, Abu Daud mahu menyatakan sanad hadis ini doif yang
bertembung dengan sanad yang sahih (makruf). Makanya, Abu Daud pun membawakan
sanad yang makruf itu adalah seperti berikut;
وَإِنَّمَا
يُعْرَفُ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ زِيَادِ بْنِ سَعْدٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَنَسٍ، «أَنَّ
النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ، ثُمَّ
أَلْقَاهُ»
Dalam erti kata yang lain, Abu Daud menjelaskan bahawa
mungkar hadis bab adalah kerana, pada sanad dikatakan IBN JURAIJ ambil hadis
dari AL-ZUHRI, walhal sebenarnya tidak. Dalam erti kata lain, hadis bab, dari
sudut sanadnya adalah doif kerana terputus sanad (munqati’).
Justeru, Abu Daud bawakan sanad yang sahih bahawa di
dapati ada perawi antara IBN JURAIJ dan AL-ZUHRI, iaitu ZIYAD BIN SA’AD.
Dan abu Daud menjelaskan, punca kekeliruan ini bermula
dari perawi bernama HAMMAM:
وَالْوَهْمُ
فِيهِ مِنْ هَمَّامٍ، وَلَمْ يَرْوِهِ إِلَّا هَمَّامٌ"
Dari sudut matan pula, jika dilihat kedua-dua hadis
ini, didapati ada perbezaan seperti berikut;
Pada hadis yang mungkar, dinyatakan bahawa Nabi saw
membuang cincin semasa baginda saw mahu qadha’ hajat.
Pada hadis yang Ma’ruf pula, dinyatakan bahawa nabi
saw memakai cincin dari perak, kemudian baginda membuangnya.
Hal ini dikuatkan dengan hadis yang lain—daripada Anas
bin Malik:
أَنَّهُ رَأَى فِي يَدِ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ يَوْمًا
وَاحِدًا، ثُمَّ إِنَّ النَّاسَ اصْطَنَعُوا الخَوَاتِيمَ مِنْ وَرِقٍ
وَلَبِسُوهَا، فَطَرَحَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
خَاتَمَهُ، فَطَرَحَ النَّاسُ خَوَاتِيمَهُمْ
“Pada suatu
hari, dia (Anas) nampak di tangan Rasulullah saw ada cincin dari perak.
Kemudian, ramai orang turut membuat cincin dari perak dan mereka memakainya.
Rasulullah pun membuang cincinnya itu, dan turut sama membuang oleh orang ramai
cincin masing-masing” (al-Bukhari, hadis no: 5868)
Jelas bahawa kedua-dua hadis ini membincangkan dua isu
yang berbeza.
SYAZ PADA MATAN
Dari sudut sanad, hadis ini adalah MUNGKAR. Namun, matan
hadis yang MA’RUF—Anas bin Malik bin malik menyebut bahawa Nabi saw membuang
itu adalah cincin perak. Hal ini bercanggah
dengan hadis yang lebih sahih.
SATU: bercanggah dengan hadis Ibn
Omar bahawa cincin yang dibuang oleh nabi itu EMAS. Bahkan, selepas membuang
cincin emas, nabi memakai cincin perak.
Hadis
itu—daripada Abdullah bin Umar:
أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ ذَهَبٍ، وَجَعَلَ
فَصَّهُ مِمَّا يَلِي كَفَّهُ،
فَاتَّخَذَهُ النَّاسُ، فَرَمَى بِهِ وَاتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ أَوْ
فِضَّةٍ
“Sesungguhnya Rasulullah saw memakai cincin dari EMAS yang
baginda jadikan batunya bahagian dalam tapak tangan. Orang ramai pun turut
membuat hal yang sama. Lalu Nabi saw pun membuangnya dan memakai cincin dari perak”
(al-Bukhari, hadis no: 5865)
DUA: al-‘Azim Abadi dalam al-Aun membawakan satu
riwayat dari Anas bin malik sendiri bahawa yang dipecat oleh Nabi bukan cincin
perak, tetapi cincin emas:
عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُ
رَأَى فِي يَدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَاتَمًا مِنْ
ذَهَبٍ فَاضْطَرَبَ النَّاسُ الْخَوَاتِيمَ فَرَمَى بِهِ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ لَا أَلْبَسُهُ أَبَدًا
“Anas melihat
di tangan Nabi saw ada cincin dari emas. Manusia berlumba-lumba memakai cincin
begitu. Nabi saw pun membuang dan berkata: aku tidak akan pakainya sampai
bila-bila”.
Menurut
al-‘Azim Abadi, hadis ini mahfuz dan sahih daripada Ibn Juraij.
Dalam kaedah
ilmu hadis, apabila sesuatu hadis sahih bertembung dengan hadis yang lebih
sahih, maka hadis yang sahih itu adalah SYAZ dan hadis yang lebih sahih itu
adalah MAHFUZ.
Dalam hal
hadis bab, dapat disimpulkan bahawa, walaupun hadis tersebut ma’ruf pada sanad
itu tetapi syaz dari sudut matan. Dalam erti kata lain, hadis itu dari sudut
matan tidak boleh dijadikan sandaran hujah.
Bahkan, Ibn
Hajar al-Asqalani juga menyatakan bahawa hadis yang mahfuz adalah hadis Ibn
Umar yang menyebut bahawa Nabi membuang cincin emas dan menggantikan cincin
perak. Ibn Hajar turut menjelaskan bahawa hadis bahawa Nabi saw membuang cincin
perak yang diriwayatkan oleh al-Bukhari itu itu ada waham dari Ibn Shihab
al-Zuhri.
ISYKAL
Ada pihak berhujah bahawa hadis bab ini dikuatkan
dengan sanad yang lain, iaitu sepertimana yang dikeluarkan oleh al-Daraqutni
dalam Kitab al-Ilal seperti berikut;
عن سعيد بن عامر وهدبة بن خالد عن همام عن ابن جريج عن الزهري عن
أنس به، وخالفهم عمرو بن عاصم فرواه عن همام عن ابن جريج عن الزهري عن أنس: أنه
كان إذا دخل الخلاء نزع خاتمه
“Daripada Anas bahawa dia apabila masuk ke
tempat Qadha’ Hajat, dia akan buang cincinya” (al-Daraqutni)
Hadis ini bersifat mawquf, bukan
marfu’; ia adalah melibatkan amalan ANAS BIN MALIK, bukan amalan Nabi SAW.
tambahan pula, hadis ini tidak boleh jadi Mutaba-‘ah, kerana masalah pada sanad
hadis ini berlaku pada perawi bernama HAMMAM sedangkan sanad ini bermuarakan
dari HAMMAM.
KESIMPULAN
Dari segala
perbahasan ini dapat disimpulkan bahawa hadis bab adalah MUNGKAR. Namun, hadis yang
MA’RUF pula tidak boleh dijadikan hujah juga kerana ia SYAZ dari sudut matan.
TAKHRIJ |
Tarmizi (1844), Al-Nasaie (kubra-9470) ,
Ibn Majah (303), Al-Hakim (1/187), Al-Baihaqi (1/94-95), AHKAM AL-KHAWATIM (IBN
RAJAB—171).
No comments:
Post a Comment