HADIS 6 |
حَدَّثَنَا
عَمْرُو بْنُ مَرْزُوقٍ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنِ النَّضِرِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ
هَذِهِ الْحُشُوشَ مُحْتَضَرَةٌ، فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمُ الْخَلَاءَ فَلْيَقُلْ:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Daripada
Zaid bin Arqam, daripada Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya tempat qadha’
hajat itu dihadiri oleh syaitan-syaitan, maka apabila salah seorang dari kamy
mendatangi tandas, hendaklah dia membaca: “Aku berlindung kepada Allah dari
syaitan jantan dan syaitan betina”
PERBAHASAN
LAFAZ |
[1] Perkataan الْحُشُوشَ
bermaksud pelepah tamar yang lebat yang sebelum mereka membuat tempat qadha’
hajat di rumah, mereka jadikan di sebalik pelepah tamar lebat itu tempat mereka
qadha’ hajat.
Hadis menjelaskan, tempat yang dikhususkan qadha’
hajat, di situ tempat syaitan berkerumun.
[2] Perkataan محتضرة yang
diterjemah sebagai dihadiri, Ibn Daqiq al-A’id mengatakan dalam kitab al-Ihkam
bahawa maksudnya adalah dihadiri atau dikerumuni oleh jin dan syaitan.
PENJELASAN
MATAN HADIS |
[1] KENAPA SYAITAN KERUMUNI TEMPAT QADHA’
HAJAT?
Dalam hadis ini dijelaskan bahawa syaitan
amat suka berkerumun di tempat manusia qadha’ hajat.
Terdapat beberapa kupasan ulama, kenapa
syaitan berkerumun di tempat sebegitu.
Ada yang menyatakan bahawa syaitan
berkerumun di situ kerana tempat itu tidak boleh berzikir kepada Allah dengan
alasan bahawa syaitan akan makan bersama dengan orang yang tidak membaca
“bismillah”.
Ada yang lain kata, ia tempat terbuka
aurat dengan dalil bahawa Nabi saw mencadangkan membaca doa hindari syaitan
ketika bersetubuh dengan isteri.
Dalam hadis riwayat Abu Daud—daripada
Hamnah Binti Jahsy yang bertanya Nabi berkenaan darah istihadhahnya yang
terlalu banyak keluar. Nabi saw berkata:
إِنَّمَا
هَذِهِ رَكْضَةٌ مِنْ رَكَضَاتِ الشَّيْطَانِ
“Ia
adalah hentakkan dari sekelian banyak hentakan syaitan” (Abu Daud, hadis no:
287)
Darah adalah najis. Demikian juga tempat qadha’ hajat yang ada
najis. Makanya, dapat disimpulkan di sini bahawa syaitan suka kerumun tempat
qadha’ hajat berfaktorkan najis.
Justeru, dalam konteks jamban dan tandas
pada hari ini, setelah qadha’ hajat, terus sahaja “flush” agar terselamat dari
kemununan syaitan.
[2] MATAN DARI RIWAYAT LAIN YANG BERBEZA DARI SUNAN ABI DAUD
[1] Al-Mustadrak (668)—dengan sanad yang sama dengan
Abu Daud:
ثنا عَمْرُو
بْنُ مَرْزُوقٍ، أَنْبَأَ شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنِ النَّضْرِ بْنِ أَنَسٍ،
عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، قَالَ: " إِنَّ هَذِهِ الْحُشُوشَ مُحْتَضَرَةٌ، فَإِذَا
أَحَدُكُمْ دَخَلَ الْغَائِطَ فَلْيَقُلْ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الرِّجْسِ
النَّجِسِ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
KOMENTAR: kandungan bacaannya berbeza terus dari matan
Abu Daud. Terjemahan bagi kandungan doa dalam riwayat ini adalah: “Aku
berlindung dengan Allah dari kenajisan al-Syaitan yang direjam”
[2] Ibn Abi Syaibah (5)—Daripada Anas bin Malik:
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ، عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، كَانَ إِذَا دَخَلَ الْكَنِيفَ قَالَ: «بِسْمِ اللَّهِ،
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ»
KOMENTAR:
Dalam riwayat ini, ada tambahan “bismillah”
[3] Al-Tibrani (al-Awsat—2803)—daripada Anas bin Malik;
نا عَدِيُّ
بْنُ أَبِي عُمَارَةَ قَالَ: سَمِعْتُ قَتَادَةَ يُحَدِّثُ عَنْ أَنَسِ بْنِ
مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ
هَذِهِ الْحُشُوشَ مُحْتَضَرَةٌ، فَإِذَا دَخَلَهَا أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ: بِسْمِ
اللَّهِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ، وَمَنَ
الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ»
KOMENTAR: Ada tambahan “Bismillah” di awal, dan “Min
al-Syaitan al-Rajim” di akhir.
HUBUNGAN HADIS |
Hadiske-5, menjelaskan bahawa perlunya berdoa agar dihindari dari syaitan ketika
masuk ke tempat qadha’ hajat.
Dalam hadis ke-6 ini pula, dijelaskan agar minta
berlindung dengan Allah dari syaitan jantan dan betika ketika berada di tempat
qadha’ hajat kerana ia adalah tempat syaitan berkerumun.
Unsur kesamaan antara dua hadis ini adalah keperluan
berdoa dan meminta bantuan perlindungan dari Allah dari syaitan, terutama di
tempat-tempat syaitan berhimpun.
PENGAJARAN |
[1]
PERLU MENGELAK DARI SYAITAN
Al-Quran menyatakan bahawa Syaitan adalah musuh.
Firman Allah:
إِنَّ
الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا (6) فاطر
“Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh bagi
kamu. Makanya, jadikannya musuh” (Surah Fatir, ayat 6)
Memandangkan
syaitan salah satu musuh manusia. Dalam hadis, Nabi saw ada melarang dari
berjumpa dengan musuh. Sabda Nabi:
أَيُّهَا
النَّاسُ، لاَ تَتَمَنَّوْا لِقَاءَ العَدُوِّ، وَسَلُوا اللَّهَ العَافِيَةَ
“Wahai Manusia, jangan kamu berharap berjumpa dengan
musuh. Mohonlah dari Allah kesejahteraan” (al-Bukhari, hadis no: 2965—daripada
Abdullah bin Abi Aufa)
[2] BACAAN DOA HINDARI
SYAITAN
Antara tempat yang
syaitan suka datang kepada manusia adalah ketika bersetubuh antara suami dan
isteri. Ekoran itu, semasa bersetubuh, nabi saw ada mengajar membaca doa agar
terhindar dari syaitan.
Dalam hadis—daripada
ibn Abbas bahawa nabi saw ada bersabda:
«لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ
إِذَا أَتَى أَهْلَهُ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ
وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا، فَقُضِيَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ لَمْ
يَضُرُّهُ»
“jika
seseorang kamu mendatangi isterinya (setubuh) dia berkata: “dengan nama Allah,
Ya Allah, hindarilah syaitan dari kami, dan hindarilah syaitan terhadap apa
yang kamu rezekikan kepada kami. Setubuh antara suami dan isteri itu diberikan
anak yang syaitan tidak dapat memudharatkannya” (al-Bukhari, hadis no: 141 dan
6388)
[3] AZAN DI TELINGA BUDAK BARU LAHIR
Tidak berlaku pertikaian berkenaan azan di telinga
kanak-kanak baru dilahirkan. Hal ini kerana, hadis berkenaan itu adalah sahih.
Dalam hadis—daripada Abu Rafi’ berkata:
رَأَيْتُ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ
بْنِ عَلِيٍّ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ»
“Aku lihat Rasulullah saw melaungkan azan dengan azan solat pada
telinga al-Hasan bin Ali ketika Fatimah melahirkannya” (Abu Daud, hadis no:
5105)
Namun, berlaku perbincangan dalam kalangan ulama
berkenaan iqamat di telinga kiri kanak-kanak yang baru dilahirkan. Hal ini
disebabkan oleh hadis tersebut dinilai doif.
Daripada Ibn Abbas berkata:
أن النبي
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أذَّن في أُذن الحسن بن علي يوم وُلِدَ، فأذَن في
أُذنه اليمنى وأقام في أُذنه اليسرى
“Nabi saw melaungkan
azan pada telinga al-Hasan bin ‘Ali dan iqamat pada telinga kirinya”
(al-Baihaqi, Syu’ab al-Iman, hadis no: 8255)
Imam al-Baihaqi semasa
meriwayatkan hadis ini, beliau sendiri menyebut bahawa sanad hadis ini doif.
Syuaib al-Arnaut dalam
tahqiq Musnad Ahmad menyatakan bahawa dalam
sanad hadis ini ada perawi bernama AL-HASAN BIN UMAR BIN SAIF AL-SADUSI yang
matruk (ditinggalkan atau tidak boleh diguna pakai riwayatnya).
Walaubagaimana pun, Ibn Quddamah menyatakan bahawa
amalan iqamat di telinga kiri bagi kanak-kanak yang baru dilahirkan itu
dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz. Riwayat itu turut ada dalam Musannaf Ibn
Abi Syaibah (hadis no: 7985)
Dari sini, dapat
disimpulkan seperti berikut:
a.
Amalan yang sahih adalah
hanya azan sahaja pada telinga bayi yang baru dilahirkan.
b.
Amalan iqamat di telinga
kiri bayi, ia tidak sunnah, tetapi tidak salah untuk diamalkan.
[3] TIDAK AZAN, BAYI
DIGANGGU SYAITAN
Ada dakwaan mengatakan
bahawa azan dan iqamat di telinga bayi bertujuan untuk hindari dari syaitan
yang bernama Ummu Sibyan.
Perbahasannya adalah
seperti berikut:
Pertama, sandaran
kepercayaan ini adalah dari hadis berikut;
عَنِ
الْحُسَيْنِ بْنِ عَلِيٍّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: "مَنْ وُلِدَ لَهُ مَوْلُودٌ فَأَذَّنَ فِي أُذُنِهِ الْيُمْنَى،
وَأَقَامَ فِي أُذُنِهِ الْيُسْرَى رُفِعَتْ عَنْهُ أُمُّ الصَّبِيَّاتِ"
Daripada
al-Husain bin ‘Ali bahawa Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang dilahirkan
baginya anak, lalu dia azankan pada telinganya kanan dan iqamat pada telinganya
yang kiri, dia diselamat darinya syaitaan Ummu Sibyah” (al-baihaqi, Syu’ab
al-Iman, hadis no: 8254)
Hadis
ini dianggap palsu. Menurut Syuaib Arnaut dalam Tahqiq musnad Ahmad, hadis ini
ada masalah berikut:
a.
Ada
dua orang perawi yang tertohmah sebagai pemalsu hadis, iaitu Yahya bin al-‘Ala
dan Marwan bin Salim
b.
Ada
perawi doif bernama Jubarah bin Mughallis.
Kedua, Ummu Sibyan bukan
konsep yang datang dari agama, tetapi kepercayaan arab Yaman kuno.
Ketiga, ada dakwa bahawa Ummu Sibyan adalah
adalah Qarin.
Dijawab
bahawa Qarin dalam hadis itu kepada semua, bukan budak kecil sahaja.
Dalam
hadis—daripada Abdullah bin Mas’ud bahawa Nabi saw bersabda:
«مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ، إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ
مِنَ الْجِنِّ» قَالُوا: وَإِيَّاكَ؟ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ: «وَإِيَّايَ،
إِلَّا أَنَّ اللهَ أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ، فَلَا يَأْمُرُنِي إِلَّا
بِخَيْرٍ»
“tidaklah seseorang dari kalangan kamu kecuali dia
telah diwakili qarinnya dari kalangan jin. Sahabat bertanya: apakah terhadap
kamu juga punyai qarin? Jawab nabi: terhadap aku juga. Cuma, Allah telah
membantu aku yang qarin itu memeluk islam. Dia tidak menyuruh aku kecuali
kebaikan sahaja” (muslim, hadis no: 2814)
BIOGRAFI PERAWI |
[1]
AMRU BIN MARZUQ (130H-224H)
عَمْرُو بْنُ
مَرْزُوقٍ
Guru Imam Abu Daud ini berasal dari Basrah.
Namanya tidak terdapat dalam mana-mana kitab sunan
sittah kecuali sebagai guru Imam Abu Daud dan al-Bukhari secara mutaba-ah
sahaja.
Terdapat beberapa kritikan dari sebilangan ulama hadis
berkenaan guru Imam Abu Daud yang ini seperti berikut;
a.
Abu Hatim bin Habban al-Basti kata, kadangkala dia
tersalah, tetapi tidaklah terlalu banyak.
b.
Al-Hakim al-Naisaburi kata, dia buruk hafalan.
c.
Ahmad bin Soleh al-Jili kata, dia doif.
d.
Al-Daraqutni kata, dia soduq yang banyak waham.
e.
Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia siqah yang ada waham.
Imam al-Bukhari tidak mengeluarkan hadis Amru bin Marzuq ini kecuali dua hadis
sahaja. itupun sebagai mutaba-ah sahaja.
[2] SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ (85H-160H)
شُعْبَةُ بن
الحجاج
Namanya telah dibahas dalam hadis ke 5.
[3] QATADAH BIN
DI’AMAH AL-SADUSI (61H-117H)
قَتَادَةَ بن
دعامة السدوسي
Dia dilahirkan di Wasit, Iraq dan meninggal di tempat
yang sama. Dia meninggal disebabkan penyakit Taun.
Beliau merupakan guru kepada Imam Abu Hanifah. Dia
juga merupakan Rijal al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn
Majah.
Dari sudut ini, sudah cukup untuk dikatakan bahawa
riwayatnya boleh diterima. Tambahan pula, banyak pujian terhadapnya seperti
Ahmad bin Hanbal pernah sebut bahawa dia antara penduduk basrah yang hafalannya
kuat yang dia tidak akan dengar sesuatu kecuali pasti dia akan ingat.
Namun, di sana terdapat kritikan sebilangan ulama
hadis seperti berikut:
a.
Ibn
Hajar al-Asqalani kata, dia siqah, tetapi dimasukkan namanya salah seorang dari
senarai perawi mudallis, bahkan popular sifat tadlis beliau.
b.
Abu
Hatim bin Habban al-Basti kata, dia antara ulama yang alim berkenaan al-Quran
dan fiqh, malah antara ulama yang kuat hafalan pada zamannya. Namun, dia
mudallis.
c.
Al-Zahabi
juga menyatakan bahawa dia dalam senarai mudallis.
[4] ABU MALIK AL-NADHIR BIN ANAS BIN MALIK AL-ANSARI
AL-BASRI (105H)
ابو مالك النَّضِرِ بْنِ أَنَسٍ بن مالك الأنصاري
البصري
Beliau adalah tabiin yang merupakan anak kepada salah
seorang sahabat nabi yang terkenal, iaitu Anas bin Malik.
Dia tinggal di Basrah dan satu zaman dan tempat dengan
al-Hasan al-Basri, tetapi dia meninggal lebih awal berbanding al-Hasan.
Malahan, semasa urusan jenazahnya, al-Hasan turut hadir.
Dia adalah rijal al-Bukhari, Muslim, Abu Daud,
Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah.
[5] ZAID BIN ARQAM (68H)
زَيْدِ بْنِ
أَرْقَمَ
Dilahirkan
di Madinah dan meninggal di Kufah. Dia adalah salah seorang sahabat dari etnik
Khazraj. Justeru, salah seorang sahabat dari kalangan al-Ansar.
Semasa
dilahirkan, bapanya sudah meninggal dunia. Justeru, dia berada dalam jagaan
seorang sahabat yang terkenal bernama ABDULLAH BIN RAWWAHAH yang terkenal dengan pemegang
tali kekang unta nabi semasa Umrah al-Qadha’ yang berlaku pada 7 hijrah.
Dalam
perang Siffin, dia berpihak kepada SAIDINA ALI
Dalam sejarah perang
bani Mustaliq pada tahun 5 Hijrah. Dia ikut sama. Ketika itu, dia dengar Abdullah
bin Ubai yang merupakan ketua Munafiq pada zaman itu mahu mengeluarkan orang
islam dari Madinah.
Dia laporkan hal itu
kepada Nabi saw. Baginda pun memanggil Abdullah bertanyakan hal itu, tetapi
ketua munafiq tersebut menafikan dan menuduh Zaid bin Arqam memfitnahnya.
Keadaan itu
menyebabkan Zaid bin Arqam sedih terdapat dakwaan Abdullah bin Ubai tersebut.
Kejadian itu menyebabkan Allah turun firmanNya dari surah al-Munafiqin dari
ayat 1 sampai ayat 8.
PERBAHASAN
SANAD |
ARNAUT: sanadnya
sahih.
-
Ada dakwaan mengatakan
bahawa Qatadah tidak mendengar hadis dari al-Nadhr bin Anas. Namun, menurut
Arnaut bahawa al-Bukhari mentarjihkan bahawa Qatadah mendengar hadis dari
al-Nadhir bin Anas.
ALBANI: hadis ini sahih
-
Atas syarat al-Bukhari.
-
Al-Hakim dan al-Zahabi juga mengatakan perkara yang
sama.
DAKWAAN IDHTIROB:
Kalau dilihat pada sanad Abu Daud seperti berikut:
حَدَّثَنَا
عَمْرُو بْنُ مَرْزُوقٍ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنِ النَّضِرِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ
أَرْقَمَ
Menurut al-Tarmizi, sanad hadis ini adalah IDHTIRAB
berikut:
سعيد
بن أبي عروبة: عن قتادة عن القاسم بن عوف الشيباني عن زيد بن أرقم
KOMENTAR: dalam riwayat Sa’id bahawa
Qatadah ambil dari al-Qasim bin Auf al-Syaibani. Kemudian, al-Qasim ambil dari
Zaid bin Arqam.
هشام
الدستوائي: عن قتادة عن زيد بن أرقم
KOMENTAR: dalam riwayat Hisham bahawa
Qatadah ambil terus dari Zaid bin Arqam, bukan seperti sanad Abu Daud yang
menyebut Qatadah ambil dari al-Nadhr bin Anas, kemudian baru al-Nadhr ambil dari Zaid bin
Arqam. Dalam erti kata lain, ada penengah antara Qatadah dan Zaid Arqam yang
digugurkan.
شعبة:
عن قتادة عن زيد بن أرقم
KOMENTAR: Dalam riwayat Syu’bah ini sama
dengan riwayat Hisham.
معمر:
عن قتادة عن النضر بن أنس
KOMENTAR: Dalam riwayat Ma’mar bahawa
Qatadah ambil dari al-Nadhar, tanpa disebut bahawa al-Nadhr ambil dari Zaid bin
Arqam.
مَعْمَرٌ:
عن قتادة عَنِ النَّضْرِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ أَبِيهِ
KOMENTAR: dalam Riwayat Ma’mar bahawa
Qatadah ambil dari al-Nadhr bin Anas, dan al-Nadhr ambil dari bapanya sendiri,
iaitu Anas bin Malik.
Imam
Tarmizi turut bertanya kepada Imam al-Bukhari berkenaan Qatadah, apakah dia ada
mengambil hadis dari dua orang; al-Nadhr bin Anas dan al-Qasim bin Auf
al-Syaibani (yang kedua-dua ini, baru ambil dari Zaid bin Arqam). Imam
al-Bukhari menjawab:
قال
الترمذي: سألت محمداً- يعني: البخاري- عن هذا؟ فقال: يحتمل أن يكون قتادة روى
عنهما جميعاً
“Kemungkinan
Qatadah meriwayat dari kedua-duanya ini”. (untuk melihat sanad idhtirab ini,
boleh lihat di bahagian TAKHRIJ)
Komentar
al-Tarmizi ini dibantah oleh ALBANI dengan menyatakan bahawa Qatadah adalah siqah,
hafiz dan sabat. Justeru, boleh sahaja dia ambil hadis yang sama dengan dua
sanad atau lebih. Apatah lagi, al-Imam al-Bukhari pun tidak menolak kemungkinan
bahawa Qatadah boleh sahaja ambil hadis dari al-Nadhr dan al-Qasim bin Auf
al-Syaibani.
Dengan itu, ALBANI menolak pendapat al-Tarmizi bahawa
hadis ini IDHTIRAB dan menganggap hadis ini adalah sahih.
Tambahan pula, hadis ini ada syawahid—Anas bin Malik
seperti berikut:
Riwayat Syu’bah:
-
Al-Bukhari (6322), tarmizi (5)
حَدَّثَنَا
شُعْبَةُ، عَنْ عَبْدِ العَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
Riwayat Hammad bin Zaid.
-
Al-Tarmizi (6)
حَدَّثَنَا
حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ
مَالِكٍ
TAKHRIJ |
SYU’BAH ambil dari QATADAH ambil dari NADHR
-
Dalam sunan Abu Daud (6):
أَخْبَرَنَا
شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنِ النَّضِرِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ
-
al-Nasaie
(al-Kubra-9820), Ibn Majah (296), Ahmad (19286), al-Bazzar (4312)
حَدَّثَنَا
شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنِ النَّضْرِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ
-
Abu
Daud al-Tayalisi (714), Musnad Abi Ya’la (7218)
حَدَّثَنَا
شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ، سَمِعَ النَّضْرَ بْنَ أَنَسٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ
أَرْقَمَ
IBN
ARUBAH ambil dari QATADAH
-
Nasaie
(al-Kubra—9821)
حَدَّثَنِي
ابْنُ أَبِي عَرُوبَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنِ النَّضْرِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ زَيْدِ
بْنِ أَرْقَمَ
-
Al-Bazzar (4313)
وَقال ابْنُ
أَبِي عَرُوبة، عَنْ قَتَادَةَ، عَن الْقَاسِمِ بْنِ عَوْفٍ الشَّيْبَانِيِّ، عَن
زَيد
SA’ID
ambil dari QATADAH
-
Musnad Abi Ya’la (7218), Ahmad (19331), al-Nasaie
(Kubra—9822)
حَدَّثَنَا
سَعِيدٌ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنِ الْقَاسِمِ الشَّيْبَانِيِّ، عَنْ زَيْدِ بْنِ
أَرْقَمَ
AL-QASIM ambil dari ZAID (riwayat SYU’BAH)
-
Ibn Hibban (Sahih—1406), Ibn Hibban (al-Mawarid—126)
عَنْ شُعْبَةَ،
عَنْ قَتَادَةَ، عَنِ الْقَاسِمِ الشَّيْبَانِيِّ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ
AL-NADHAR
ambil dari ANAS BIN MALIK (riwayat SYU’BAH)
-
Al-Bazzar (4313)
فَقَالَ
شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَن النَّضْرِ، عَن زَيد، وَقال مَعْمَر، عَنْ
قَتَادَةَ، عَن النَّضْرِ بْنِ أَنَسٍ، عَن أَبيهِ
(riwayat MA’MAR)
-
Al-Tibrani (Al-Doa’—355)
أَنْبَأَ
مَعْمَرٌ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنِ النَّضْرِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
QATADAH ambil dari ANAS
-
Al-Tibrani (al-Doa’—356)
ثنا عَدِيُّ
بْنُ أَبِي عُمَارَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
No comments:
Post a Comment