HADIS 13 |
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ: سَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنَ إِسْحَاقَ يُحَدِّثُ عَنْ أَبَانَ بْنِ صَالِحٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: «نَهَى نَبِيُّ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ بِبَوْلٍ،
فَرَأَيْتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْبَضَ بِعَامٍ يَسْتَقْبِلُهَا»
Daripada
Jabir bin Abdillah, berkata: Nabi Allah saw telah melarang kita menghadap
kiblat tatkala buang air kecil, kemudian Aku melihat baginda setahun sebelum
wafat bahawa baginda buang air kecil menghadap kiblat”
Status hadis: hasan
PENJELASAN HADIS |
Hadis
ini menggambarkan bahawa nabi memang melarang mengadap kiblat semasa qadha’
hajat. Namun, setahun sebelum kewafatan Nabi, Jabir bin Abdillah nampak bahawa
Nabi mengadap ke arah kiblat semasa qadha’ Hajat.
HUBUNGAN HADIS |
Dalam
hadis ke-11, dijelaskan bahawa Ibn Umar kencing ke arah kenderaannya serta
memberitahu larangan kencing mengadap arah kiblat adalah jika tidak ada
penghalang antara orang yang kencing dan kiblat.
Dalam
hadis ke-12, Ibn Umar nampak Nabi saw qadha’ hajat dalam keadaan mengadap Baitul
Maqdis.
Hadis
ke-13 ini pula, menguatkan lagi kupasan bahawa mengadap arah kiblat, sama ada ke
arah Baitullah, ataupun ke arah Baitul Maqdis, ia tidak termasuk larangan jika
berada dalam bangunan.
Dari
hadis-hadis ini, Khattab menyimpulkan bahawa mengadap kiblat semasa qadha’
hajat di padang lapang berbanding dalam bangunan. Apatah lagi, dalam hadis ini
menyebut “setahun sebelum nabi wafat”; disimpulkan bahawa hukum larangan mutlak
mengadap arah kiblat semasa qadha’ hajat itu telah dimansukhkan dengan hadis
ini.
Dengan
arti kata yang lain, qadha’ hajat dalam keadaan mengadap arah kiblat adalah
tidak haram, jika berada dalam bangunan.
BIOGRAFI PERAWI |
[1] ABU BAKAR MUHAMMAD BIN BASYSYAR
BANDAR (167H-252H)
ابو بكر مُحَمَّدُ
بْنُ بَشَّارٍ بندار
Berasal dari Basrah, dan merupakan salah seorang guru
kepada 6 orang ulama kutub Sittah.
Dia lebih dikenali dengan panggilan Bandar بندار
[2] ABU AL-ABBAS WAHB
BIN JARIR BIN HAZIM AL-AZDI AL-BASRI (139H-206H)
ابو العباس وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ ابن
حازم الأزدي البصري
Seorang
Ulama hadis dari Basrah dan meninggal dunia dalam perjalanan pulang dari buat
ibadat Haji ke Basrah, iaitu di tempat bernama al-Manjasyaniyyah. Menurut
ceritanya, jenazahnya di bawa pulang ke Basrah dan ditanam di sana.
Ramai
ulama rijal mengatakan bahawa dia siqah kecuali segelintir sahaja yang
mengtajrih beliau, seperti Abu Hatim bin Habban al-Basti kata, dia ada buat
silap. Walaubagaimana pun, dia adalah rijal kutub Sittah.
[3] JARIR BIN HAZIM AL-AZDI (170H)
جرير بن حازم الأزدي
Dia adalah Tabiin yang dilahirkan di basrah dan
meninggal dunia di Mesir.
Dia orang yang paling akhir
ambil hadis dari Abu Tufail ‘Amir bin Wasilah (sahabat yang paling akhir mati
di Madinah
Ada beberapa kritikan terhadap beliau adalah seperti
berikut;
[a] Sebelum dia meninggal dunia,
dia ada ikhtilat. Tetapi, semasa dia ikhtilat itu, tidak ada satu hadis pun
orang riwayatkan hadis yang dia riwayatkan secara ikhtilat. Antara mengatakan
begitu adalah Abu al-Qasim, al-Asqalani, al-Zahabi dan Abdul Rahman bin Mahdi.
Abu Hatim al-Razi kata, ikhtilat itu berlaku setahun sebelum kematiannya.
[b] Abu al-Fath al-Azdi
menyatakan bahawa dia adalah maqlubah pada beberapa hadis. Abu Hatim al-Basti
kata, dia silap itu kerana kebanyakkan hadis yang dia riwayatkan itu secara
hafazan. Abu Daud pula menyatakan, dia nyanyok sebelum kematiannya itu sehingga
dia pun tidak kenal anaknya sendiri.
[c] Imam al-Tarmizi menyatakan
bahawa dia kadangkala waham. Namun, al-Tarmizi tetap akui bahawa dia Sadoq.
Turut memberi komentar yang sama adalah al-Imam al-Bukhari. Ahmad bin Hambal
pula kata, dia banyak buat silap dan tidak kuat hafalannya. Dalam pada mengakui
bahawa dia siqah, Al-Asqalani kata, hadis yang dia riwayatkan secara hafalan mengandungi
waham.
Pun begitu, tidak sedikit
dalam kalangan ulama yang menganggap dia siqah, seperti al-Bazzar, al-Nasaie,
Ahmad bin Soleh al-Jili, Ahmad bin Soleh al-Misri, al-Daraqutni, Syu’bah bin
al-Hajjaj, Ibn Madini, ‘Ali bin Osman, Yahya bin Main. Bahkan, dia salah
seorang rijal kutub Sittah.
[4] MUHAMMAD BIN ISHAQ (80H-151H)
مُحَمَّدَ بْنَ
إِسْحَاقَ
Dia adalah ulama yang terkenal mengarang kitab Sirah
Ibn Ishaq. Dilahirkan di Madinah dan meninggal dunia di Baghdad.
Nama penuhnya adalah Muhammad bin Ishaq bin Yasar. Menurut Al-Zahabi
kata, dia pernah jumpa Anas bin Malik dan Ummu Sa’ad bin Sa’ad al-Ansariyyah. Bapa
saudaranya adalah seorang ulama hadis terkenal, bernama Musa bin Abdul Rahman. Atuknya,
Yasar dikatakan berasal dari Kristian yang kemudian memeluk islam.
Tahun 115 H, dia sampai ke iskandariyyah (Mesir) untuk belajar dari
Yazid bin Abi Habib.
Ibn Ishaq ini mendapat beberapa kritikan berikut;
[a] Ibn hajar mengatakan bahawa dia seorang yang cenderung kepada syiah
dan berfahaman Qadariyyah.
[b] Ibn Hajar juga kata, dia ada melakukan tadlis.
[c] menurut al-Daraqutni, Imam malik menyatakan bahawa hadis Ibn Ishaq
dan bapanya tidak boleh dibuat hujah. Bahkan, Imam malik pernah kata, dia
adalah Dajjal dari kalangan para dajjal.
Namun begitu, di sana terdapat beberapa pujian terhadap Ibn Ishaq
seperti berikut;
[a] Imam Syafie mengatakan, “sesiapa yang mahu mendapat keluasan ilmu
berkenaan maghazi, maka itu boleh belajar dari Muhammad bin Ishaq.
[b] Ibn Hibban dan Abu Ya’la al-Khalili mengatakan bahawa Ibn Ishaq
mempunyai keluasan ilmu dan siqah. Abu Zur’ah al-Razi pula menyatakan bahawa
Ibn Ishaq adalah Soduq.
Imam Abu Daud, Tarmizi, nasaie dan Ibn Majah meriwayatkan hadis Ibn
Ishaq.
Dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Imam al-Bukhari tidak mengkritik Ibn Ishaq.
Namun, apabila dilihat dalam sahih al-Bukhari, nama Ibn Ishaq hanya berada
dalam Mutaba-ah dan ta’liq sahaja. Imam Muslim juga menggunakan pendekatan yang
sama.
[5] ABAN BIN SOLEH
(60H-115H)
أَبَانَ بْنِ
صَالِحٍ
Dia dilahirkan di mekah, dan meninggal di ‘Asqalan
(Palestine).
Terdapat beberapa kritikan terhadapnya, seperti Ibn Abd al-bar kata, dia
doif. Justeru, sebarang hadis yang Aban bin Soleh ambil dari Jabir bin Abdillah
perlu ditolak. Ibn Hazm pula kata, Aban bin Soleh adalah Majhul.
Walaubagaimana pun, pendapat Ibn Abd al-Bar dan Ibn Hazm ini dibantah
oleh al-Asqalani dan anggap Ibn Abd al-Bar salah membuat kesimpulan terhadap
Aban.
Ibn Hibban, Ibn Ma’in, Abu Hatim al-Razi dan Abu Zur’ah al-Razi anggap
Aban sebagai siqah.
Rijal Abi Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan nasaie.
Dalam sahih al-Bukhari dan Muslim, nama Aban hanya
diriwayatkan secara mutaba-ah dan ta’liq sahaja.
[6] MUJAHID BIN JABAR (21H-104H)
مُجَاهِدٍ بن جبر
Nama bapanya, ada kata Jabar; ada lain kata, Jubair. Dia
dilahirkan dan meninggal di mekah dan terkenal dengan ilmu tafsir.
Disamping
ilmu tafsir, dia juga mempunyai kebolehan dalam bidang hadis ilmu fiqh dan
Qiraat. Kebanyakkan ilmu-ilmu ini dia pelajar dari Ibn Abbas, terutama fiqh dan tafsir.
Banyak ambil hadis dari Aisyah, Abu Hurairah, Sa’ad
bin Abi Waqas, Jabir bin Abdullah, Abdullah bin Umar dan Abu Sa’id al-Khudri.
Dia adalah rijal kutub Sittah.
[7] SAHABAT: JABIR BIN ABDILLAH (16SH-78H)
جَابِرِ بْنِ
عَبْدِ اللَّهِ
Berkenaan
Sahabat Nabi ini sudah disebut dalam hadis ke-2 yang lepas.
PERBAHASAN SANAD |
Sanad
hadis ini bermasalah hanya pada perawi bernama MUHAMMAD BIN ISHAQ yang dia
diakui ramai ulama hadis sebagai MUDALLIS.
Namun,
dalam hadis ini, digunakan التحديث bukan عن, maka hadisnya boleh
diterima.
Dengan itu, ARNAUT mengatakan bahawa hadis ini adalah HASAN.
TAKHRIJ |
Tarmizi
(9), Ibn Majah (325), Musnad Ahmad (14872), Ibn Hibban (1420)
No comments:
Post a Comment