Monday, July 17, 2023

HADIS 94

 

HADIS 94

 

 {6}حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ((بندار | 167ه – 252ه = 85 | الرقم: 13, 52, 82, 86, 87, 94 = 6))

 

{5} حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ((غندر الهزلي | المعروف بغندر | ابو عبدالله الحافظ البصري الكرابيسي | اتباع|110ه - 194ه = 84 | الجماعة))

 

Dia dipanggil غندر kerana dalam kalangan penduduk HIJAZ, perkataan GHUNDAR memberi maksud الشغب—rusuhan.

 

Hal ini kerana, dia suka merusuh kepada IBN JURAIJ sehingga IBN JURAIJ kata kepadanya: اسكن يا غندر (Manhal:1/308)

 

Dia antara murid SYU’BAH agak lama, iaitu mengambil masa lebih 20 tahun. Dia pernah kata: aku melazimi SYU’BAH selama 20 tahun. Aku tidak catat hadis dari guru lain kecuali dari syu’bah sahaja. Apabila aku catat, aku akan bentangkan kepada guruku itu”. (bazl:1/193)

 

Dia adalah cucu kepada isteri Syu’bah. Dia bermujalasah bersama Syu’bah selama 20 tahun (Ruslan:2/36)

 

Ahmad kata, dia membentangkan balik kepada gurunya itu, kemungkinan dia seorang yang tidak cerdik. Justeru, dia sahih dari sudut catatan tetapi dia ada ghaflah.

 

Menurut Ibn Main, dia berpuasa sehari dan tidak berpuasa sehari (puasa Nabi Daud) sejak 50 tahun lagi.

                             

KOMENTAR

(a)   Dianggap siqah oleh IBN SA’AD, AL-MUSTAMLI dan AL-IJLI.

(b)  IBN MAIN kata, dia orang yang paling sahih dari sudut catatan

(c)    ABDUL RAHMAN BIN MAHDI kata, kami dapat manfaat dari catatan Ghundar semasa Syu’bah masih hidup lagi.

(d)   IBN MUBARAK kata, orang berselisih pendapat berkenaan hadis riwayat dia ambil dari SYU’BAH tetapi sandaran utama adalah catatannya untuk hilangkan kekeliruan itu.

(e)  WAKIE kata, dia adalah الصحيح الكتاب

(f)      ABU HATIM kata, dia soduq.

(g)   IBN HIBBAN kata, dia dari hamba-hamba ALLAH yang terpilih.

 

PERTENGAHAN:

(a)   AMRU BIN AL-ABBAS kata, aku catat semua hadis dari GHUNDAR kecuali hadis yang dia ambil dari IBN ABI ‘ARUBAH kerana ABDUL RAHMAN melarang aku.

 

 {4}حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ((بن الحجاج | 85ه – 160ه = 75| الرقم: 4, 5, 6, 23, 74, 82, 94 = 7))

 

 {3}عَنْ حَبِيبٍ ((بن زيد بن خلاد)) الْأَنْصَارِيِّ ((المدينة | اصحاب السنن))

 

IBRAHIM BIN ABU DAUD AL-BARLISI kata, ABDULLAH BIN ZAID BIN ‘ASIM adalah atuk kepada HABIB. (Bazl:1/192)

 

KOMENTAR

(a)   Dianggap Siqah oleh AL-NASAIE, IBN HIBBAN, AL-ASQALANI, AL-ZAHABI dan IBN MAIN.

(b)  ABU HATIM kata, dia soleh.

(c)    KITAB SYIAH (AL-SYED MUHSIN AL-AMIN—اعيان الشيعة): HABIB BIN ZAID adalah salah seorang rijal syiah yang ambil hadis dari JAAFAR AL-SODIQ.

 

  {2}قَالَ: سَمِعْتُ عَبَّادَ بْنَ تَمِيمٍ ((بن غَزِيّة الأنصاري المازني | المدينة | الجماعة))

 

Ibunya adalah hamba. Dia ada dua orang adik beradik sebapa, iaitu MA’MAR dan SABIT; kedua-dua mereka terbunuh dalam PERTEMPURAN AL-HARRAH (63 hijrah – pertempuran tercetus ekoran penduduk Madinah mengugurkan bai’ah terhadap YAZID BIN MUAWIYAH selepas dari PEMBUNUHAN terhadap SAIDINA HUSIN di KARBALA (61 hijrah).

 

AL-WAQIDI ada meriwayatkan bahawa ABBAD pernah berkata bahawa semasa PERANG KHANDAQ (5 Hijrah) umurnya 5 tahun. Dia adalah sahabat. (Ruslan:1/635)

 

KOMENTAR:

(a)   Dianggap siqah oleh al-NASAIE, IBN HIBBAN, AL-ZAHABI, IBN ISHAQ AL-MATLABI dan AL-IJLI.

(b)  AL-IJLI, AL-ASQALANI kata, dia tabiin madani yang siqah.

 

 {1}عَنْ جَدَّتِهِ وَهِيَ أُمُّ عُمَارَةَ ((الأنصارية الخزرجية | الصحابية | 13 ه | اسمها: نسيبة بنت كعب ((

 

Ada dua khilaf:

a.          Dia adalah nenek kepada HABIB dari pihak ibunya. Hal ini kerana, tidak ada bukti kata bahawa UMMU UMARAH ini adalah isteri kepada KHALLAD.

 

b.         Ada pihak lain kata, ia adalah NENEK KEPADA UBBAD dari pihak bapanya.

 

TARJIH KHITAB AL-SUBKI:

UMMU UMARAH ini adalah nenek kepada UBBAD dari pihak bapanya, dan nenek kepada HABIB dari pihak ibu. Hal ini kerana, Bapa UBBAD adalah adik beradik dengan ibu HABIB.

 

Ibn Abd al-Bar kata, nama sebenarnya adalah NASIBAH BINTI KA’AB BIN AMRU BIN AUF AL-ANSARIYYAH AL-NAJARIYYAH. Ada pihak lain kata, Namanya LASINAH

 

Dia adalah ibu kepada HABIB dan ABDULLAH; kedua-dua ini adalah anak kepada ZAID BIN ‘ASIM. Anaknya yang bernama HABIB terbunuh dalam perang melawan MUSAILAMAH AL-KAZZAB. Cara pembunuhan yang amat sadis, iaitu dipotong anggota demi anggota badan dan dicampak ke dalam api.

 

Dia memeluk Islam pada sejarah Bai’ah aqabah pertama. Makanya, pada BAIAH AQABAH KE-2, dia turut hadir.

 

Bapanya bernama KAAB BIN AMRU, tidak ada catatan menyatakan bahawa dia memeluk islam. Demikian juga ibunya, AL-RABBAB BINTI ABDULLAH BIN HABIB BIN ABD HARISAH BIN MALIK AL-KHAZRAJI.

 

Dia turut hadir dalam BAI’AH AL-AQABAH (BAIAH AL-RIDHWAN), serta hadir sama dalam perang UHUD bersama suaminya, ZAID BIN ‘ASIM. (Ruslan:1/636)

 

Dia turut hadir dalam perang melawan MUSAILAMAH AL-KAZZAB di YAMAMAH, bahkan mendapat sebanyak 12 luka, dan tangannya terputus.

 

Dia meninggal di era akhir pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab, iaitu tahun 13 hijrah.

 

Dalam catatan sejarah juga menyebut bahawa dia terlibat beberapa sejarah besar berikut;

(a)   BAIAH AQABAH KE-2.

(b)  PERANG UHUD.

(c)    PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAH

(d)  PERANG KHAIBAR

(e)  UMRAH AL-QADHA’

(f)      FATH MAKKAH

(g)   PERANG HUNAIN

(h)   PERANG YAMAMAH

 

Suaminya semasa sebelum memeluk islam adalah ZAID BIN ‘ASIM. Dia terlibat perang Badar dan uhud.

 

Apabila ZAID meninggal, dia berkahwin pula dengan GHAZIYYAH BIN AMRU yang terlibat dalam BAIAH AQABAH dan PERANG UHUD. Dia terbunuh dalam PERTEMPURAN AL-JASR (13 hijrah, perang antara tentera Umar dengan kepimpinan ABU UBAID BIN MAS’UD AL-SAQAFI di Iraq).

 

Dari suami ini, dia dapat anak bernama TAMIM dan KHAULAH.

 

Dia meninggal di era pemerintahan Saidina Umar, iaitu beberapa tahun selepas perang Yamamah ekoran luka parah yang dia hadapi.

 

[MATAN]

 

 «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ فَأُتِيَ بِإِنَاءٍ فِيهِ مَاءٌ قَدْرُ ثُلُثَيِ الْمُدِّ»

 

PERBAHASAN SANAD (94)

 

[1] ARNAUT-Sanadnya sahih

 

[2] ALBANI – SANADNYA SAHIH

(a)   ABU ZUR’AH kata sahih.

(b)  AL-NAWAWI dan AL-IRAQI kata, hasan.

(c)    Semua rijalnya adalah siqah dan rijal bukhari muslim kecuali HABIB AL-ANSARI. Namun, sepakat ulama kata dia siqah.

 

[3] AUN MA’BUD—SAHIH

(a)    Dianggap sahih oleh ABU ZUR’AH

(b)  Dianggap HASAN oleh AL-NAWAWI.

 

[4] KOMENTAR ULAMA;

(a)   AL-NAWAWI kata, hadis ini hasan.

(b)  IBN KHUZAIMAH sahihkan hadis ini. Dia keluarkan hadis ini daripada ABU KURAIB.

(c)    IBN HIBBAN keluarkan dalam sahihnya melalui jalur ABU KURAIB

(d)  AL-HAKIM kata, hadis ini sahih ikut syarat bukhari dan muslim. Namun, dia tidak keluarkan hadis ini dalam mustadrak.

 

PENJELASAN MATAN (94)

 

«أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ فَأُتِيَ بِإِنَاءٍ فِيهِ مَاءٌ قَدْرُ ثُلُثَيِ الْمُدِّ»

 

[1] Dalam AL-SUNAN AL-KUBRA, AL-BAIHAQI bawakan riwayat hadis dengan lafaz matan: تَوَضَّأَ بِنَحْو مِنْ ثُلُثَيِ الْمُدِّ—berwuduklah seumpama dari 2 pertiga mud[1].

 

[2] Ada riwayat bahawa Nabi saw berwuduk dengan ½ mud air, hadis itu ada perawi bernama صلت بن دينار yang dia seorang متروك

 

HUBUNGAN HADIS (94)

 

Hadis ke-93, menjelaskan bahawa Nabi saw berwuduk dengan kadar satu cupak air, dan mandi dengan satu gantang air.

 

Dalam hadis ke-94 pula, dijelaskan bahawa Nabi saw berwuduk dengan satu pertiga mud.

 

PENGAJARAN (94)



[1] MARFU’:

وَأَخْبَرَنَا أَبُو الْحَسَنِ عَلِيُّ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ عُمَرَ الْمُقْرِئُ بِبَغْدَادَ، ثنا أَبُو بَكْرٍ أَحْمَدُ بْنُ سَلْمَانَ، ثنا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ مُحَمَّدٍ، ثنا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ، ثنا أَبُو خَالِدٍ الْأَحْمَرُ، ثنا شُعْبَةُ، عَنْ حَبِيبِ بْنِ زَيْدٍ الْأَنْصَارِيِّ، عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ، عَنِ ابْنِ زَيْدٍ الْأَنْصَارِيِّ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،

No comments:

Post a Comment