Tuesday, July 18, 2023

150

ABU DAUD, HADIS NO: 150

 

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى يَعْنِي ابْنَ سَعِيدٍ، ح وَحَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ، عَنِ التَّيْمِيِّ، حَدَّثَنَا بَكْرٌ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنِ ابْنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «تَوَضَّأَ وَمَسَحَ نَاصِيَتَهُ - وَذَكَرَ - فَوْقَ الْعِمَامَةِ»

 

قَالَ: عَنِ الْمُعْتَمِرِ، سَمِعْتُ أَبِي، يُحَدِّثُ عَنْ بَكْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنِ ابْنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، عَنِ الْمُغِيرَةِ، «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَمْسَحُ عَلَى الْخُفَّيْنِ، وَعَلَى نَاصِيَتِهِ وَعَلَى عِمَامَتِهِ»

 

 قَالَ بَكْرٌ: وَقَدْ سَمِعْتُهُ مِنَ ابْنِ الْمُغِيرَةِ

 

GAMBARAN DASAR HADIS 150

 

[1] Hadis ini sahih dan boleh dibuat hujah.

 

[2] Hadis ke-150 ini adalah lanjutan dari hadis ke-149. Kedua-duanya ada kesamaan dalam hal sapu Khuf. Tetapi, perbezaan kedua-duanya pula adalah seperti berikut;

(1)  Dalam hadis 149 dinyatakan bahawa Nabi saw sapu kepala, sedangkan hadis ini pula disebutkan bahawa nabi saw sapu atas serban.

(2)  Dalam riwayat AL-MU’TAMIR, disebutkan bahawa Nabi saw sapu atas ubun-ubun dan atas serban, sedangkan dalam hadis 149 disebutkan bahawa Nabi saw sapu kepala.

 

[3] Hadis ini disebagai IKTIBAR atau PERBANDINGAN dengan hadis ke-146 & 147 dalam hal-hal berikut;

(1)   Sapu atas serban semasa berwuduk.

(2)  Sapu ubun-ubun dan sapu dua khuf semasa berwuduk.

 

PERBAHASAN SANAD 150

 

[4] SANAD

 

PERAWI

TEMPAT

STATUS

 

 

Rasulullah

(11H)

 

 

·         Mekah

·         Madinah

·          

 

·         Maksum

 

7.

 

Al-Mughirah bin Syu’bah

(23SH – 50H)[1]

 

 

 

·         Taif (L)

·         Kufah (M)

·         Bahrain

·         Madinah

·         Mekah

·         Basrah

 

 

·         Sahabat

 

6.

 

Urwah bin Mughirah

(90H) [2]

 

 

·         Kufah

 

 

·         Kutub sittah

·         Siqah.

 

5.

 

Al-Hasan al-Basri

(21H – 110H)[3]

 

 

·         Madinah (L)

·         Bashar (M)

·         Kabul

·         Khurasan

 

 

·         siqah

 

4.

 

Bakr bin Abdillah al-Muzani

(108H)

 

 

·         Basrah

 

·         Kutub sittah

·         Siqah

 

3.

 

 

Sulaiman al-Taimiy.

(46H – 143H)[4]

 

 

·         Basrah.

 

·         Kutub sittah

·         Siqah

 

2.

 

Al-Mu’tamir bin Sulaiman

(106H – 187H)

 

 

·         Basrah (L -M)

·         Yaman

 

·         Kutub sittah

·         Siqah rendah

·         Berkitab.

 

 

Yahya bin Said al-Qattan

(110H – 178H)[5]

 

 

 

·         Iraq

·         Madinah

·         Kufah

·         Basrah

·         Baghdad.

 

 

·         Kutub sittah

·         Siqah tinggi

 

1.

 

 

 

Musaddad bin Musarhad

(150H – 228H)[6]

 

 

·         Basrah

 

·         Siqah.

 

 

ABU DAUD

(202H-275H)

 

 

 

 

[5] ARNAUT—SANADNYA SAHIH

 

[6] ALBANI—ISNADNYA SAHIH

·   Ia sahih ikut syarat bukhari.

·   Muslim dan Abu ‘Awanah keluarkan hadis ini dalam kitab sahih masing-masing.

·   Pada sanad:  قَالَ بَكْرٌ: وَقَدْ سَمِعْتُهُ مِنَ ابْنِ الْمُغِيرَةِ, sanadnya sahih ikut syarat AL-BUKHARI, bahkan ia dikeluarkan oleh MUSLIM.

 

[7] Berkenaan sanad menyebut bahawa AL-HASAN ambil hadis dari anak AL-MUGHIRAH, para ulama berbeza pendapat; siapa yang dimaksudkan dengan anak kepada AL-MUGHIRAH itu?

a.          Hamzah bin al-Mughirah (riwayat al-Baihaqi)

b.         Urwan bin al-Mughirah (riwayat Muslim)

 

Menurut pendapat QADHI IYADH, anak AL-MUGHIRAH yang riwayatkan hadis ini adalah HAMZAH dengan alasan, perawi yang ambil hadis itu adalah BAKR AL-MUZANI yang tidak pernah berjumpa dengan URWAH. Ini juga kupasan AL-NAWAWI[7].

 

Pendapat ini ternyata berbeza dengan riwayat MUSLIM bahawa beliau pernah riwayatkan bahawa ada hadis bahawa BAKR AL-MUZANI pernah mengambil hadis dari URWAH. Walaupun AL-QADHI IYADH mendakwa bahawa MUSLIM waham, tetapi KHITAB AL-SUBKI menegaskan bahawa MUSLIM tidak waham.

 

Dalam sanad hadis ke-149, yang ambil hadis dari al-Mughirah adalah URWAH.

 

[7] Dalam sanad hadis ini, ada empat orang tabiin;

1.         Al-Mu’tamir

2.         Bakr bin Abdillah al-Muzani

3.         Al-Hasan al-Basri

4.         Hamzah bin al-Mughirah[8]. (atau: Urwah bin al-Mughirah).

 

[8] BANDINGAN SANAD

 

HADIS 149

HADIS 150

 

 

Rasulullah

 

 

7.

 

Al-Mughirah bin Syu’bah

 

 

6.

 

Urwah bin al-Mughirah

 

 

5.

 

‘Abbad bin Ziyad

 

 

AL-Hasan al-Basri

 

 

4.

 

Ibn Shihab al-Zuhri

 

 

Bakr bin Abdillah

 

 

3.

 

Yunus bin Yazid

 

 

Sulaiman al-Taimiy

 

 

2.

 

Abdullah bin Wahb

 

 

Yahya bin Said al-Qattan

 

Al-Mu’tamir bin Sulaiman

 

 

1.

 

Ahmad bin Soleh

 

 

Musaddad bin Musarhad

 

 

ABU DAUD

 

 

MATAN 150

 

[9] Daripada al-Mughirah bin Syu’bah:

 

عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ وَمَسَحَ نَاصِيَتَهُ - وَذَكَرَ - فَوْقَ الْعِمَامَةِ

Nabi saw berwuduk dan baginda menyapu pada ubun-ubun. (Yahya bin said al-Qattan menyebut[9]) baginda menyapu atas serbannya.

 

[10] Hadis ini menjadi dalil bahawa Nabi saw sapu sedikit kepala (iaitu: ubun-ubun), dan berbaki kepala disapu pada serban sahaja[10].

 

[11] HUKUM FIQH MAZHAB

A.        Hadis ini juga adalah dalil, bahawa sapu kepala bagi wuduk, Abu Hanifah fatwakan ¼ kepala sahaja. hal ini kerana, kadar ubun-ubun kepala itu adalah ¼ kepala sahaja[11].

B.        Nawawi kata, hadis ini adalah dalil bahawa sapu kepala tidak disyaratkan sapu seluruh kepala. Memadai dengan sedikit sahaja[12].

C.         Ulama-ulama Mazhab Syafie menyatakan, hadis ini adalah dalil bahawa sapu serban tanpa sapu kepala menjadikan wuduk tidak sah[13]. Namun begitu, jika sapu sedikit kepala, lalu mahu sapu pada serban bahawa disunatkan disapu seluruh serban. Demikian juga, jika memakai tarbus[14]. Ini juga pendapat Mazhab maliki, Abu Hanifah dan kebanyakkan ulama[15].

D.       HANBALI berpendapat, sapu atas serban tanpa sapu atas kepala walaupun sedikit adalah memadai dan wuduk sudah sah[16].

MATAN 150 (B)

 

[12] Dalam Jalur AL-MU’TAMIR pula; daripada al-Mughirah:

 

 قَالَ: عَنِ الْمُعْتَمِرِ، سَمِعْتُ أَبِي، يُحَدِّثُ عَنْ بَكْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنِ ابْنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، عَنِ الْمُغِيرَةِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَمْسَحُ عَلَى الْخُفَّيْنِ، وَعَلَى نَاصِيَتِهِ وَعَلَى عِمَامَتِهِ

Nabi saw menyapu pada dua khuf, pada ubun-ubun dan pada serbannya.

 

 

[13] Abu Daud bawakan hadis ini dalam tajuk: “sapu pada dua khuf”. Justeru, murad atau fokus utama dalam perbincangan hadis ini adalah pada sapu khuf yang ada dalam matan hadis ini ini.

 

Apatah lagi, AHMAD memberitahu bahawa terdapat 41 hadis yang menyebut berkenaan sapu khuf melibatkan sahabat, sama ada secara marfu’ dan secara mawquf[17].

 

AL-HASAN AL-BASRI pula kata, terdapat 70 orang sahabat yang menyapu khuf semasa mereka berwuduk. Menurut ABU AL-QASIM BIN MANDAH, seramai mencecah 80 orang sahabat[18].

 

[14] ada dakwaan mengatakan bahawa tidak sabit sapu khuf melibatkan dua orang sahabat besar, iaitu AISYAH dan ABU HURAIRAH.

 

AHMAD jawab:

a.          Dakwaan yang mengatakan ABU HURAIRAH tidak sabit sapu khuf. Itu dakwaan batil. Hal ini kerana, riwayat tersebut dikeluarkan oleh IBN ABI SYAIBAH, dia ambil dari HATIM BIN ISMAIL, dia ambil dari JAAFAR BIN MUHAMMAD, dia ambil dari BAPANYA (MUHAMMAD), dia kata: berkata ALI BIN ABI TALIB. Sanad ini mengqati’, kerana MUHAMMAD tidak pernah berjumpa dengan ALI[19].

b.         Dakwaan bahawa AISYAH ada berkata: potong kaki aku lebih aku suka dari sapu pada dua khuf. Riwayat ini adalah Batil. IBN HIBBAN kata: muhammad bin Muhajir adalah pemalsu hadis[20].

 

[15] Pada riwayat ini ada penambahan matan dengan menyebut berkenaan sapu khuf. Dalam sanad ini, Musaddad ambil hadis bukan dari YAHYA BIN SAID, tetapi ambil dari AL-MU’TAMIR.

 

Namun begitu, dalam riwayat MUSLIM dan NASAIE bahawa mereka ambil hadis ini dari YAHYA BIN SAID yang dalam matan tersebut ada menyebut berkenaan sapu Khuf.

 

Di sini, nampak ada kekhilafan antara riwayat ABU DAUD dengan MUSLIM dan NASAIE.

 

KHITAB AL-SUBKI kata, kemungkinan khilaf ini berlaku ekoran dari murid Yahya, bukan dari Yahya [21].

 

Dalam Sunan Abi Daud, murid YAHYA adalah MUSADDAD, sedangkan dalam riwayat MUSLIM, murid YAHYA itu adalah MUHAMMAD BIN BASYYAR dan MUHAMMAD BIN HATIM. Dalam riwayat TARMIZI, murid YAHYA adalah MUHAMMAD BIN BASYSYAR dan dalam riwayat NASAIE pula, AMRU BIN ALI. Mereka semua secara jelas menyebut sapu atas serban[22].

 

MATAN 150 (C)

 

 قَالَ بَكْرٌ: وَقَدْ سَمِعْتُهُ مِنَ ابْنِ الْمُغِيرَةِ

 

[16] Dalam riwayat al-Baihaqi, hadis ini bahawa BAKR ambil terus dari HAMZAH BIN AL-MUGHIRAH, tanpa ambil melalui AL-HASAN. Ini sepertimana dalam riwayat MUSLIM, TARMIZI dan NASAIE[23].

 

BIOGRAFI PERAWI 150

 

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ

[] MUSADDAD BIN MUSARHAD (150H-228H). Dilahirkan dan meninggal dunia di BASRAH.

 

[] Guru Abu Daud ini diulang sebut namanya untuk kali ke-28, iaitu dalam hadis ke-2, 4, 7, 9, 22, 23, 49, 62, 68, 72, 77, 79, 80, 81, 97, 103, 104, 111, 116, 118, 119, 126, 130, 132, 134, 135, 138 & 150

 

 

 حَدَّثَنَا يَحْيَى يَعْنِي ابْنَ سَعِيدٍ،

[] YAHYA BIN SAID BIN FARRUKH AL-QATTAN[24]

 

[] YAHYA BIN SAID BIN FARRUKH AL-QATTAN @ ABU SAID AL-TAMIMI (110H - 178H)

 

[] Dia tinggal di iraq. Memandangkan dia pernah belajar dengan Imam Malik, bermakna dia pernah sampai Madinah; dia pernah belajar dengan Abu Hanifah, bermakna dia pernah sampai di Kufah dan sekitar Basrah dan Baghdad. Memandangkan dia adalah guru kepada Ahmad bin Hanbal, bermakna dia pernah sampai ke Baghdad.

 

[] Antara ulama yang mendapat jolokan AMIRUL MIKMININ FI AL-HADIS.

 

[] AL-HAFIZ IBN AMMAR pernah kata: kalau dilihat pada pakaiannya, tidak diketahui dia seorang alim. Namun, apabila dia buka mulut, para fuqaha terdiam.

 

[24] Cucunya, iaitu AHMAD BIN MUHAMMAD BIN YAHYA AL-QATTAN kata, atuknya tidak suka bergurau, tidak pernah ketawa; sekadar senyum sahaja, tidak pernah masuk bilik air (Hammam). Dia selalu memakai inai pada rambutnya.

 

[] Rijal al-Kutub al-Sittah.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.        Dianggao dhobit oleh AHMAD, AL-NASAIE dan IBN HIBBAN.

B.        AL-IJLI kata, dia tidak riwayat hadis kecuali dia pastikan bahawa dia ambil riwayat itu dari siqah.

C.         AL-DARAQUTNI kata, kalau dia rasa sangsi, pasti dia tidak akan riwayatkan hadis itu.

 

[] Namanya disebut untuk kali ke-5, iaitu hadis ke-70, 74, 89, 143, 146 & 150

 

الْمُعْتَمِرُ

[] AL-MU’TAMIR BIN SULAIMAN BIN TORKHAN AL-TAIMIY @ ABU MUHAMMAD AL-BASRI (106H- 187H) – Atba’ al-Tabiin.

 

[] Dia ulama Hadis di zamannya yang tinggal di Basrah, kemudian berpindah ke Yaman. Dia meninggal di basrah di era pemerintahan Harun al-Rashid.

 

[] Kutub sittah

 

[] KOMENTAR

A.        Dianggap siqah oleh oleh IBN SA’AD, ABU HATIM, IBN MA’IN & AL-IJLI.

B.        ZAHABI kata, dia imam, hafiz dan Qudwah. Di waktu lain pula kata, dia imam, hujah, zuhud, ahli ibadat dan mempunyai kelebihan besar.

C.         ABU HATIM kata, dia siqah soduq.

D.       NAWAWI kata, ulama ijmak bahawa dia siqah dan kemuliaannya.

E.         AL-ZARKALI kata, dia adalah ulama hadis di basrah pada zamannya.

F.          Ibn Kharrasy kata, dia soduq yang buat silap, iaitu apabila dia bercerita dengan hafalannya. Namun, jika dia bercerita secara berkitab, maka dia siqah.

G.       Yahya bin Sa’id al-Qattan kata, dia buruk hafalan.

 

 التَّيْمِيِّ

[] SULAIMAN BIN TORKHAN طرخان @ ABU AL-MU’TAMIR AL-BASRI (46H - 143H)[25] - Tabiin

 

[] Dia adalah bapa kepada AL-MU’TAMIR BIN SULAIMAN[26]

 

[] Dia meninggal di Basrah ketika umurnya 97 tahun[27].

 

[] Dinisbahkan kepada Bani Taym kerana dia tinggal bersama dengan mereka[28], bukan kerana dia dari Bani Taym[29].

 

[] menurut IBN MANJUWAIH, bapanya, asalnya adalah hamba mukatab kepada Bani Qurrah. Ibunya pula, asalnya hamba mukatab kepada Bani Salim. Ibunya lebih awal dimerdekakan berbanding bapanya. Semasa Sulaiman dilahirkan, ibunya sudah merdeka.

 

[] Dia adalah Imam masjid di Basrah, dan amat benci kepada fahaman Qadariyyah.

 

[] Dia terkenal sebagai ahli ibadat di Basrah dan orang saleh[30].

 

[] ketaqwaannya dapat digambarkan seperti berikut;

a.          menurut anaknya, iaitu MUKTAMIR BIN SULAIMAN: bapaku amalkan puasa Nabi daud selama 40 tahun

b.         MUHAMMAD BIN SAAD AL-BAGHDADI ada bercerita bahawa menjadi kebiasaannya bahawa pada setiap malam dia dan anaknya akan jelajah satu masjid demi satu masjid untuk tunaikan solat tahajud. Hal itu berlaku sehingga ke subuh.

c.           AL-QATTAN kata, aku tidak pernah duduk dengan orang yang amat takut kepada Allah seperti SULAIMAN AL-TAIMIY[31].

d.         Menurut anaknya, Apabila bapanyanya berbual, tiba-tiba orang menyebut nama Nabi Muhammad. Wajah bapanya itu akan berubah.

e.         Semasa hampir dengan kematian, dia berkata kepada anaknya: wahai mu’tamir, sebutkan kepadaku perkara rukhsah dalam agama agar aku berjumpa dengan Allah dalam keadaan aku bersangka baik dengan Allah.

f.             HAMMAD BIN SALAMAH kata, 20 tahun dia tidur dalam keadaan tidak berbaring (tidur sambil duduk).

 

[] IBN AL-MADINI kata, dia mempunyai lebih dua ratus hadis.

 

[] KOMENTAR

A.        Kutub Sittah[32].

B.        Dianggap siqah oleh AHMAD, NASAIE, IJLI, IBN HIBBAN[33], IBN SAAD[34].

C.         IBN HIBBAN kata, dia ahli ibadat di basrah dan orang saleh. Siqah, itqan, hafiz dan kuat amal sunnah[35].

D.       IBN SAAD kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis[36].

E.         IBN MAIN kata, dia selalu tadlis[37].

F.          SYU’BAH kata, aku tidak pernah nampak orang yang amat membenarkan Nabi saw berbanding SULAIMAN AL-TAIMIY. Hal ini kerana, apabila diceritakan hadis dari Nabi, pasti mukanya akan berubah.

 

[] Namanya diulang sebut untuk kali-2, iaitu hadis ke-70 dan 150.

 

بَكْرٌ

[] BAKR BIN ABDULLAH AL-MUZANI[38] @ ABU ABDILLAH BIN MUDHAR AL-BASARI (108H[39]) – tabiin.

 

[] dia dilahirkan di Basrah dan tinggal di situ.

 

[] IBN AL-MADINI kata, dia ada lebih 50 hadis.

 

[] dia seorang ahli ibadat. Sempat berjumpa dengan ABDULLAH BIN MA’QIL.

 

[] HUMAID AL-TUFAILI kata: Bakr orang yang doanya mustajab. Dia tinggal di Basrah.

 

HUMAID AL-TUFAIL cerita bahwa BAKR ada berkata: Aku harap aku hidup seperti orang kaya dan mati seperti orang miskin. Dia selalu memakai kiswah dan duduk berbual bersama mereka. Dia cakap: aku mahu gembira dengan caraku ini.

 

SULAIMAN AL-TAIMIY pernah cerita: Kiswahnya sebanyak 4 ribu. Ibunya orang senang. Suaminya pula orang yang banyak harta.

 

[] KOMENTAR

A.        Kutub sittah.

B.        Dianggap siqah oleh IBN HIBBAN, IBN MAIN dan NASAIE.

C.         ABU ZURAH kata, dia siqah ma’mun.

D.       IBN SAAD kata, dia siqah, sabat, ma’mun, hujah dan faqih.

E.         IJLI kata, seorang penduduk basrah, tabiin dan siqah.

F.          IBN SAAD kata, dia siqah, sabat, banyak riwayatkan hadis, hujah dan faqih.

الْحَسَنِ

[] AL-HASAN BIN YASAR ABI AL-HASAN AL-BASRI (21H-110H) – tabiin.

 

[] dia dilahirkan di Madinah dan meninggal dunia di Basrah. Dia pernah sampai Kabul, Khurasan dan Basrah.

 

[] Bapanya adalah bekas hamba kepada Zaid bin Sabit[40].

 

[] Dia adalah anak susunan kepada Ummu Salamah.

 

[] Dia dilahirkan di akhir khilafah umar bin al-Khattab.

 

[] namanya diulang sebut untuk kali-3, iaitu hadis ke-17, ke 27 dan 150.

 

 ابْنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ

[] HAMZAH BIN AL-MUGHIRAH AL-SAQAFI ATAU URWAH[41]

 

HAMZAH (91H) – tabiin.

 

[] tinggal di kufah.

 

[] KOMENTAR

A.        Rijal Muslim, Nasaie dan Ibn majah.

B.        Dianggap siqah oleh IJLI, ZAHABI, ASQALANI, IBN HIBBAN.

 

[] KOMENTAR

A.        Dianggap siqah oleh IJLI, IBN HIBBAN[42].

 

[] URWAH BIN AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH AL-SAQAFI @ ABU YA’FUR[43] AL-KUFI (90H[44]) – TABIIN.

 

[] Dia adalah anak kepada AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH yang merupakan sahabat Nabi.

 

[] Dia meninggal dunia di Kufah.

 

[] Khalifah bin Khayyat kata, Hajjaj lantik dia jadi gabenor di Kufah. Hal itu disebut oleh IBN HIBBAN dalam AL-SIQAT[45].

 

[] KOMENTAR

A.        Kutub sittah.[46]

B.        Dianggap siqah oleh IBN HIBBAN, ASQALANI dan AL-JILI.

C.         AL-IJLI kata, dia tabiin siqah[47].

 

الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ

[] MUGHIRAH BIN SYU’BAH BIN ‘AMIR BIN MAS’UD AL-SAQAFI @ ABU ABDILLAH/ABU ISA (23SH-50H)

 

[] Dia dilahirkan dia kalangan Saqif di Taif. Dibesarkan di situ. dan meninggal di kufah ketika umurnya 70 tahun kerana penyakit taun. Dia pernah sampai ke Bahrain, Madinah, Mekah dan Basrah.

 

[] dia digelar sebagai salah seorang DUHAT AL-ARAB (Cerdik pandai arab); iaitu MUAWIYAH BIN ABI SUFYAH, AMRU BIN AL-AS, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH dan ZIYAD.

 

[] Dia memeluk islam pada tahun tercetuskan perang khandaq (5 Hijrah), iaitu selepas dia bersama dengan BANI MALIK ke mesir dan 13 orang dari BANI MALIK di bunuh oleh raja muqawqis. dia salah seorang terlibat dalam sejarah SULH AL-HUDAIBIYYAH.

 

[] matanya buta sebelah dalam perang yarmuk. Dia terlibat dalam sejarah AL-QADISIYYAH, NAHAWAND, HAMZAN dan sebagainya.

 

[] Di era Umar, beliau dilantik menjadi gabenor basrah. Namun, dia digugurkan kerana ada orang saksikan bahawa dia berzina. 

 

Kemudian dia dilantik menjadi gabenor di Kufah. Dia kekal di situ sehingga Saidina Umar dibunuh. Di era Osman, dia disambung jawatan tersebut sehingga Osman menggugurkan jawatannya.

 

[] Semasa Muawiyah menjadi khalifah, Muawiyah lantik AMRU BIN AL-AS jadi gabenor di kufah dan anaknya, ABDULLAH BIN AMRU di mesir. Al-Mughirah pun berjumpa dengan Muawiyah dan menyatakan: Wahai Amirul Mukminin, tindakan kamu lantik Amru di Kufah dan anaknya di Mesir, umpama kamu berada antara dua bahu singa.

 

Muawiyyah pun minta pandangan Mughirah. Makanya, mughirah mencadangkan agar kedua-dua anak beranak itu berada di mesir, dan lantik Mughirah sebagai gabenor di Kufah. Dengan cadangan itu, Muawiyah lantik Mughirah jadi gabenor di Kufah sehingga dia wafat di situ.

 

[] Dia terlibat dalam peerang Yamamah, terlibat dalam Fath al-Syam, iraq. Umar lantik dia jadi Gabenor di basrah.


Selepas itu, terlibat dalam Fath MISAN (selatan Iraq), HAMZAN (iran) dan beberapa buah negara.

 

[] Semasa sejarah perjanjian Hudaibiyyah, Urwah bin Mas’ud dihantar oleh Quraish berjumpa dengan Nabi saw. Semasa dia bercakap dengan Nabi, dia menyentuh janggut Nabi. Mughirah ketika itu memakai topeng perang berdiri. Dia menepis serta berkata kepada Urwah: turunkan tangan kamu sebelum pedang ini sampai kepada kamu. Urwah pun tanya  Nabi saw: siapa ini wahai Muhammad? Dia amat keras. Nabi saw jawab: itu orang dari keturunan kamu (Saqafi)[48].

 

[] Nama sahabat ini diulang sebut untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-149 dan 150.



[1] namanya diulang sebut untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-149 dan 150

[2] namanya diulang sebut untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-149 dan 150

[3] namanya diulang sebut untuk kali-3, iaitu hadis ke-17, ke 27 dan 150.

[4] Namanya diulang sebut untuk kali-2, iaitu hadis ke-70 dan 150.

[5] Namanya disebut untuk kali ke-5, iaitu hadis ke-70, 74, 89, 143, 146 & 150

[6] Guru Abu Daud ini diulang sebut namanya untuk kali ke-28, iaitu dalam hadis ke-2, 4, 7, 9, 22, 23, 49, 62, 68, 72, 77, 79, 80, 81, 97, 103, 104, 111, 116, 118, 119, 126, 130, 132, 134, 135, 138 & 150

[7] Manhal:2/108

[8] Ruslan:2/136

[9] Aun:1/90

[10] Manhal:2/108

[11] Manhal:2/108

[12] Manhal:2/109

[13] Manhal:2/109

[14] Ruslan:2/138

[15] Ruslan:2/138

[16] Manhal:2/109

[17] Ruslan:2/137

[18] Ruslan:2/137

[19] Ruslan:2/138

[20] Ruslan:2/138

[21] Manhal:2/108

[22] Bazl:2/8

[23] Aun:1/90

[24] Bazl:2/7

[25] Manhal:2/107

[26] Bazl:2/7

[27] Manhal:2/107 | Bazl:2/7

[28] Manhal:2/107

[29] Bazl:2/7

[30] Bazl:2/7

[31] Manhal:2/107

[32] Manhal:2/107

[33] Manhal:2/107

[34] Bazl:2/7

[35] Bazl:2/7

[36] Manhal:2/107

[37] Manhal:2/107 | Bazl:2/7

[38] Manhal:2/108

[39] IBN AL-MADINI kata, tahun 106

[40] Ruslan:2/136

[41] Manhal:2/108

[42] Manhal:2/108

[43] Ada baca dengan ABU YAAQUB. Aini:1/350

[44]AL-SAHRAMPURI kata, dia meninggal atas tahun 90 hijrah. Bazl:2/4. Ada pula kata, tahun 87 Hijrah.

[45] Bazl:2/4

[46] Ada baca dengan ABU YAAQUB. Aini:1/350

[47] Bazl:2/4

[48] Maghazi al-waqidi, 2/595


No comments:

Post a Comment