HADIS
152 |
حَدَّثَنَا هُدْبَةُ بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا هَمَّامٌ، عَنْ قَتَادَةَ،
عَنِ الْحَسَنِ، وَعَنْ زُرَارَةَ بْنِ أَوْفَى، أَنَّ الْمُغِيرَةَ بْنَشُعْبَةَ، قَالَ: تَخَلَّفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَذَكَرَ هَذِهِ الْقِصَّةَ، قَالَ: فَأَتَيْنَا النَّاسَ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
بْنُ عَوْفٍ يُصَلِّي بِهِمُ الصُّبْحَ، فَلَمَّا رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَادَ أَنْ يَتَأَخَّرَ، فَأَوْمَأَ إِلَيْهِ أَنْ يَمْضِيَ،
قَالَ: فَصَلَّيْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَلْفَهُ
رَكْعَةً، فَلَمَّا سَلَّمَ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَصَلَّى الرَّكْعَةَ الَّتِي سُبِقَ بِهَا، وَلَمْ يَزِدْ عَلَيْهَا، قَالَ أَبُو
دَاوُدَ: أَبُو سَعِيدٍ الْخُدْرِيُّ، وَابْنُ الزُّبَيْرِ، وَابْنُ عُمَرَ،
يَقُولُونَ: «مَنْ أَدْرَكَ الْفَرْدَ مِنَ الصَّلَاةِ عَلَيْهِ سَجْدَتَا
السَّهْوِ»
GAMBARAN DASAR HADIS 152 |
[1]
hadis ini sahih dan boleh dibuat hujah.
[2] matan
hadis ini menyebut berkenaan Nabi saw menjadi makmum kepada Abdul Rahman bin
Auf dalam solat berjemaah di suatu solat subuh dan berkenaan masbuk Nabi saw.
[3]
Perbezaan hadis 152 ini dengan hadis 149 yang lalu adalah riwayat yang menjadi
dalil oleh sebilangan ulama yang menganggap bahawa makmum yang masbuk perlu
lakukan sujud sahwi. Pendapat itu berbeza dengan pendapat Abu Daud.
PERBAHASAN SANAD 152 |
[4]
SANAD
|
PERAWI |
TEMPAT |
STATUS |
|
Rasulullah (11H) |
·
Mekah ·
Madinah |
·
Maksum |
6. |
Al-Mughirah bin Syu’bah (23SH – 50H )[1] |
·
Taif (L) ·
Kufah (M) ·
Bahrain ·
Madinah ·
Mekah |
-
Sahabat |
5. |
Zurarah bin Awfa (93H) |
·
Basrah |
·
Siqah |
4. |
Al-Hasan al-Basri (21H – 110H)[2] |
·
Madinah (L) ·
Basrah (M) ·
Kabul ·
Khurasan |
·
Siqah. |
3. |
Qatadah bin Di’amah (61H – 117H)[3] |
·
Wasit, Iraq |
·
Guru Abu Hanifah ·
Siqah tp tadlis. |
2. |
Hammam bin Yahya bin Dinar (81H – 163H) |
·
Basrah |
·
Siqah |
1. |
Hudbah bin Khalid (141H – 235H) |
·
Basrah |
·
Bukhari, Muslim,
Abu Daud, Ibn Majah ·
Siqah tinggi |
|
ABU DAUD (202H – 275H) |
|
|
[5]
BANDINGAN SANAD
|
149 |
150 |
151 |
152 |
|
Rasulullah saw |
|||
7. |
Al-Mughirah bin Syu’bah |
|||
6. |
Urwah bin al-Mughirah |
Zurarah bin Awfa |
||
5. |
Abbad bin Ziyad |
Al-Hasan al-Basri |
Al-Sya’bi |
Al-Hasan al-Basri |
4. |
Ibn Shihab al-Zuhri |
Bakr bin Abdillah |
Yunus bin Abi Ishaq |
Qatadah bin Di’amah |
3. |
Yunus bin Yazid |
Sulaiman al-Taimiy |
Isa bin Yunus |
Hammam |
2. |
Abdullah bin Wab. |
Yahya bin Said al-Qattan Al-Mu’tamir bin Sulaiman |
Musaddad bin Musarhad |
Hudbah bin Khalid |
1. |
Ahmad bin Soleh |
Musaddad bin Musarhad |
ABU DAUD |
|
|
ABU DAUD |
|
|
[6]
ARNAUT—ISNADNYA SAHIH.
[7]
ALBANI—ISNADNYA SAHIH
·
AL-SYAWKANI
turut menyatakan hal yang sama.
·
Semuanya
rijal al-bukhari dan muslim.
MATAN
152 (A) |
[8]
al-Mughirah bin Syu’bah berkata:
أَنَّ الْمُغِيرَةَ بْنَ شُعْبَةَ، قَالَ: تَخَلَّفَ[4]
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ هَذِهِ الْقِصَّةَ[5]،
قَالَ: فَأَتَيْنَا النَّاسَ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ يُصَلِّي بِهِمُ
الصُّبْحَ[6]
Rasulullah saw pernah terlambat (lalu dia menyebutkan kisah ini). Dia
berkata: Kemudian kami datang berjumpa orang ramai dan ternyata Abd al-Rahman bin
'Auf sedang Solat Subuh bersama mereka.
Dalam
matan hadis ke-149, dijelaskan bahawa Rasulullah saw melencong untuk Qadha’
Hajat. Dalam matan hadis ini pula (153), dinyatakan bahawa Nabi saw terlambat
dari orang ramai[7].
MATAN 152 (B) |
فَلَمَّا رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَادَ أَنْ يَتَأَخَّرَ، فَأَوْمَأَ إِلَيْهِ أَنْ يَمْضِيَ[8]
Tatkala Abd al-Rahman nampak Nabi, beliau hendak mundur. Namun baginda memberi
isyarat kepadanya agar meneruskan solatnya.
[9]
Hadis ini menjadi dalil, memberi isyarat semasa sedang menunaikan solat tidak
membatalkan solat. ia juga menjadi dalil bahawa bercakap semasa sedang
menunaikan solat adalah dilarang, bahkan oleh membatalkan solat[9].
[10]
kenapa Nabi saw tidak mahu menjadi imam?
AL-NAWAWI
menjelaskan bahawa ketika itu Nabi saw baru memulakan solat untuk rakaat
pertama, sedangkan Abdul Rahman sudah rakaat kedua. Jika nabi menjadi imam
juga, sudah pasti akan mengkelam kabutkan keadaan makmum berkenaan tartib
rakaat solat. hal ini sudah pasti berbeza dengan kejadian Abu Bakar al-Siddiq,
kerana ketika itu sahabat nabi itu masih dalam rakaat pertama sebelum rukuk
lagi[10].
MATAN 152 (C) |
قَالَ: فَصَلَّيْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
خَلْفَهُ رَكْعَةً، فَلَمَّا سَلَّمَ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَصَلَّى الرَّكْعَةَ الَّتِي سُبِقَ بِهَا[11]،
وَلَمْ يَزِدْ عَلَيْهَا
Dia berkata: Aku bersama Nabi saw solat satu rakaat di belakang Abd Al-Rahman. Tatkala
beliau memberi salam, Nabi saw berdiri untuk menunaikan solat pada rakaat yang
berbaki tanpa baginda melakukan lebih dari itu (iaitu tidak lakukan sujud sahwi[12])
[11]
Apabila dalam matan menyebut: وَلَمْ يَزِدْ عَلَيْهَا, menandakan tidak ada lain yang Nabi lakukan kecuali tambah
rakaat. Hadis ini menjadi dalil bahawa tidak ada sujud sahwi bagi orang yang
terlewat rakaat bersama dengan imam dalam solat jemaah[13].
MATAN 152 (D) |
قَالَ أَبُو دَاوُدَ: أَبُو سَعِيدٍ الْخُدْرِيُّ، وَابْنُ الزُّبَيْرِ،
وَابْنُ عُمَرَ، يَقُولُونَ: «مَنْ أَدْرَكَ الْفَرْدَ مِنَ الصَّلَاةِ عَلَيْهِ
سَجْدَتَا السَّهْوِ»
Abu Daud berkata: Abu Sa’id al-Khudri (nama betul: Saad bin malik bin
Sunan[14]),
(Abdullah[15]) Ibn
al-Zubair dan Ibn Umar bahawa mereka berkata: Barangsiapa yang mendapat solat
sendirian (setelah bersama imam), maka dia harus melakukan sujud sahwi.
[12] SUJUD SAHWI JIKA MASBUK RAKAAT;
A.
Mengikut pendapat ABU SAID
AL-KHUDRI, IBN OMAR dan IBN AL-ZUBAIR bahawa orang masbuk sehingga tidak dapat
setengah perbuatan solat dalam solat berjemaah bahawa dia perlu lakukan sujud
sahwi sebanyak dua kali[16].
Menurut MAULANA MUHAMMAD YAHYA, kemungkinan mereka memfatwakan sebegitu kerana
mereka menyangka bahawa sujud sahwi sebagai menjabarkan kekurangan dalam solat[17].
B.
Pendapat JUMHUR, tidak ada sujud
sahwi jika masbuk rakaat[18].
BIOGRAFI PERAWI 152 |
حَدَّثَنَا
هُدْبَةُ بْنُ خَالِدٍ
[]
HUDBAH BIN KHALID BIN AL-ASWAD BIN HUDBAH AL-QAISIY @ AL-SAUBANI @ ABU KHALID
AL-BASARI AL-HAFIZ (ADA ORANG PANGGIL: HADDAB[19]) (141H[20] - 235H[21])
[] Dia tinggal di Basrah.
[]
dia berasal dari BANI QAIS BIN SAUBAN[22].
[]
KOMENTAR POSITIF;
A.
Rijial
al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah[23].
B.
Dianggap
siqah oleh, MASLAMAH BIN QASIM, AL-ZAHABI, IBN MAIN[24], MASLAMAH BIN AL-QASIM
AL-ANDALUSIA & HIBBAN
C.
JURJANI
kata, aku tidak tahu dia ada hadis mungkar. Dia soduq, لا بأس به
D.
ABU HATIM
AL-RAZI kata, dia soduq.
E.
ABD
AL-BAQI BIN QANI’ AL-BAGHDADI kata, dia soleh.
[]
KOMENTAR PERTENGAHAN
F.
NASAIE
kata, dia doif. pada waktu lain, anggap dia kuat[25].
G.
ASQALANI
kata, NASAIE doifkan dia tanpa hujah.
حَدَّثَنَا
هَمَّامٌ
[]
HAMMAM BIN YAHYA BIN DINAR AL-AZDI @ ABU BAKAR (81H – 163H)
[]
Dia tinggal di Basrah.
[]
KOMENTAR POSITIF;
A.
AHMAD
kata, dia sabat pada setiap syaikh.
B.
IBN
MAIN kata, dia afdhal di sisi kami.
C.
IBN
MAHDI kata, dia benar di sisiku seperti IBN ABI ‘ARUBAH.
D.
IBN
MUBARAK kata, dia sabat berkenaan QATADAH.
عَنْ
قَتَادَةَ،
[]
QATADAH BIN DI’AMAH AL-SADUSI (61H – 117H)
[]
dilahirkan dan meninggal dunia di Wasit. Meninggal dengan sebab sakit taun.
[]
Dia adalah guru Abu Hanifah.
[]
KOMENTAR POSITIF;
A.
Ahmad
kata, dia adalah penduduk basrah yang kuat hafalan. Dia tidak akan dengar
kecuali pasti dia akan ingat.
KOMENTAR
PERTENGAHAN;
B.
ASQALANI
kata, dia siqah tetapi dia terkenal dengan tadlis.
C.
ABU
HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia alim Quran dan Fiqh, bahkan kuat hafalan.
Namun, dia mudallis.
D.
ZAHABI letak dalam senarai mudallis.
[]
namanya diulang sebut untuk kali ke-8, iaitu hadis ke-6, 17, 29, 59, 73, 92, 92
ta’liq dan 152
عَنِ الْحَسَنِ،
[]
AL-HASAN BIN YASAR ABI AL-HASAN AL-BASRI (21H-110H) – tabiin.
[]
dia dilahirkan di Madinah dan meninggal dunia di Basrah. Dia pernah sampai
Kabul, Khurasan dan Basrah.
[]
Bapanya adalah bekas hamba kepada Zaid bin Sabit[26].
[]
Dia adalah anak susunan kepada Ummu Salamah.
[]
Dia dilahirkan di akhir khilafah umar bin al-Khattab.
[]
namanya diulang sebut untuk kali-4, iaitu hadis ke-17, ke 27, 150 & 152
وَعَنْ
زُرَارَةَ بْنِ أَوْفَى
[]
ZURARAH BIN AWFA @ ABU HAJIB AL-‘AMIRIY AL-BASARI. (93H) – tabiin.
[]
Dia tinggal di Basrah bahkan menjadi Qadhi di situ.
[]
Dia meninggal di era pemerintahan Khalifah AL-WALID BIN ABD AL-MALIK.
[]
Dia meninggal ketika sedang solat subuh. Iaitu, apabila sampai pada ayat ke-10 Surah al-Muddassir;
يَا
أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنْذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3)
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5) وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ
(6) وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ (7) فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ (8) فَذَلِكَ
يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ (9) عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ (10) – المدثر
Apabila sampai ayat ini, dia rebah dan meninggal
dunia.
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Dianggap
siqah oleh NASAIE, IBN MAIN
B.
ABU HATIM
BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia dari kalangan hamba-hamba.
C.
AL-JILI
kata, dia siqah, lelaki soleh.
D.
ASQALANI
kata, dia siqah dan ahli ibadat.
E.
IBN SAAD kata, dia siqah dan ada beberapa hadis yang dia riwayatkan.
أَنَّ الْمُغِيرَةَ بْنَ شُعْبَةَ
[]
MUGHIRAH BIN SYU’BAH BIN ‘AMIR BIN MAS’UD AL-SAQAFI @ ABU ABDILLAH/ABU ISA
(23SH-50H)- sahabat.
[]
Dia dilahirkan dia kalangan Saqif di Taif. Dibesarkan di situ. dan meninggal di
kufah ketika umurnya 70 tahun kerana penyakit taun. Dia pernah sampai ke
Bahrain, Madinah, Mekah dan Basrah.
[]
dia digelar sebagai salah seorang DUHAT AL-ARAB (Cerdik pandai arab); iaitu
MUAWIYAH BIN ABI SUFYAH, AMRU BIN AL-AS, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH dan ZIYAD.
[]
Dia memeluk islam pada tahun tercetuskan perang khandaq (5 Hijrah), iaitu
selepas dia bersama dengan BANI MALIK ke mesir dan 13 orang dari BANI MALIK di
bunuh oleh raja muqawqis. dia salah seorang terlibat dalam sejarah SULH
AL-HUDAIBIYYAH.
[]
matanya buta sebelah dalam perang yarmuk. Dia terlibat dalam sejarah
AL-QADISIYYAH, NAHAWAND, HAMZAN dan sebagainya.
[]
Di era Umar, beliau dilantik menjadi gabenor basrah. Namun, dia digugurkan
kerana ada orang saksikan bahawa dia berzina.
Kemudian
dia dilantik menjadi gabenor di Kufah. Dia kekal di situ sehingga Saidina Umar
dibunuh. Di era Osman, dia disambung jawatan tersebut sehingga Osman
menggugurkan jawatannya.
[]
Semasa Muawiyah menjadi khalifah, Muawiyah lantik AMRU BIN AL-AS jadi gabenor
di kufah dan anaknya, ABDULLAH BIN AMRU di mesir. Al-Mughirah pun berjumpa
dengan Muawiyah dan menyatakan: Wahai Amirul Mukminin, tindakan kamu lantik
Amru di Kufah dan anaknya di Mesir, umpama kamu berada antara dua bahu singa.
Muawiyyah
pun minta pandangan Mughirah. Makanya, mughirah mencadangkan agar kedua-dua
anak beranak itu berada di mesir, dan lantik Mughirah sebagai gabenor di Kufah.
Dengan cadangan itu, Muawiyah lantik Mughirah jadi gabenor di Kufah sehingga
dia wafat di situ.
[]
Dia terlibat dalam peerang Yamamah, terlibat dalam Fath al-Syam, iraq. Umar
lantik dia jadi Gabenor di basrah.
Selepas itu, terlibat dalam Fath MISAN (selatan Iraq), HAMZAN (iran) dan
beberapa buah negara.
[]
Semasa sejarah perjanjian Hudaibiyyah, Urwah bin Mas’ud dihantar oleh Quraish
berjumpa dengan Nabi saw. Semasa dia bercakap dengan Nabi, dia menyentuh
janggut Nabi. Mughirah ketika itu memakai topeng perang berdiri. Dia menepis serta berkata kepada Urwah: turunkan
tangan kamu sebelum pedang ini sampai kepada kamu. Urwah pun tanya Nabi saw: siapa ini wahai Muhammad? Dia amat
keras. Nabi saw jawab: itu orang dari keturunan kamu (Saqafi)[27].
[]
namanya diulang sebut untuk kali ke-5, Iaitu hadis ke-1, 149, 150, 151 &
152
ابو
سعيد الخدري
[] ABU SA’ID AL-KHUDRI @ SAAD BIN MALIK[28].
[1] namanya diulang sebut untuk kali ke-4, Iaitu hadis
ke-149, 150, 151 & 152
[2] namanya diulang sebut untuk kali-4, iaitu hadis
ke-17, ke 27, 150 & 152
[3] namanya diulang sebut untuk kali ke-8, iaitu hadis
ke-6, 17, 29, 59, 73, 92, 92 ta’liq dan 152
[4] Maksud تخلف
adalah تأخر, iaitu Nabi saw agak lewat dari orang
ramai. (aun:1/91)
[5] Menyebut
berkenaan kisah wuduk dan sapu dua khuf, serta keluarkan dua tangan dari lengan
baju yang ketat dan sebagainya. (manhal:2/114)
[6]Bermula
dari perkataan فأتينا
sehingga الصبح, ini adalah perkataan
AL-MUGHIRAH sepertimana dalam riwayat
ZURARAH. Lafaz ini tidak ada dalam riwayat AL-SYA’BI yang ambil hadis
dari URWAH. (Manhal:2/114)
[7] Bazl:2/10
[8] Dalam lafaz Muslim (274) digunakan lafaz: فَلَمَّا أَحَسَّ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ ذَهَبَ يَتَأَخَّرُ، فَأَوْمَأَ إِلَيْهِ، فَصَلَّى بِهِمْ (Apabila dia merasai Nabi saw datang, dia pun mahu mundur ke
belakang)
[9] ruslan:2/145
[10] Ruslan:2/145 | mirqat:1/132
[11] Dalam riwayat Muslim (174),
digunakan lafaz matan seperti berikut; فَلَمَّا
سَلَّمَ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقُمْتُ، فَرَكَعْنَا
الرَّكْعَةَ الَّتِي سَبَقَتْنَا (apabila beliau memberi salam, Nabi saw
pun berdiri dan aku pun berdiri. Kami pun rukuk untuk rakaat yang telah
mendahului kami)
[12] Ruslan:2/146
[13] Aun:1/91
[14] Ruslan:2/146
[15] Ruslan:2/146
[16] Manhal:2/115
[17] bazl:2/10
[18] Bazl:2/10
[19] Adik beradik dengan UMAYYAH BIN KHALID.
[20] Dia dilahirkan lepas 140
hijrah tanpa diketahui secara tepat.
[21] Manhal:2/114
[22] Manhal:2/114
[23] Manhal:2/114
[24] Bazl:2/10
[25] Bazl:2/10
[26] Ruslan:2/136
[27] Maghazi al-waqidi, 2/595
[28] bazl:2/10
No comments:
Post a Comment