HADIS
102 |
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِالسَّرْحِ، حَدَّثَنَا ابْنُ
وَهْبٍ، عَنِ الدَّرَاوَرْدِيِّ،
قَالَ: وَذَكَرَ رَبِيعَةُ،
أَنَّ تَفْسِيرَ حَدِيثِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا
وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ» أَنَّهُ الَّذِي
يَتَوَضَّأُ وَيَغْتَسِلُ، وَلَا يَنْوِي وُضُوءًا لِلصَّلَاةِ، وَلَا غُسْلًا
لِلْجَنَابَةِ
BIOGRAFI
PERAWI |
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو ((بن عبدالله)) بْنِ السَّرْحِ ((ابو طاهر القرشي الأموي |170ه - 249ه =
79 |و: مصر -م: القاهرة))
[1] AHMAD BIN AMRU BIN ABDILLAH BIN AL-SARH
(170H-249). Dilahirkan di MESIR dan meninggal dunia di KAHERAH.
[2] terkenal dengan hafiz dan kefaqihan. Dia
antara yang mensyarahkan kitab Muwatta’ yang dia belajar dari murid Imam malik
yang bernama IBN WAHAB.
[3] Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud,
al-Nasaie dan Ibn Majah.
[4] KOMENTAR POSITIF:
(a) AL-NASAIE dan ABU DAUD kata, dia siqah.
(b) ALI BIN
AL-HASAN BIN KHALAF kata, dia siqah sabat soleh.
(c) IBN YUNUS
kata, dia faqih dari kalangan orang soleh dan sabat.
(d) ABU HATIM
kata, dia لا بأس به
(e) IBN FARHUN
kata, dia siqah faqih soduq.
حَدَّثَنَا ((عبدالله)) ابْنُ وَهْبٍ ((بن مسلم المصري | ابو محمد القرشي الفهري |125ه - 197ه = 72 | الجماعة))
[5] ABDULLAH BIN WAHAB BIN MUSLIM AL-MISRI
AL-FAHRI (125H-197H). dilahirkan di Fustat (kota pertama di bawah pemerintahan
islam) dan meninggal dunia di Mesir. (Aini:1/275)
[6] Dia adalah murid Imam Malik, Sufyan bin
Uyaynah dan Sufyan al-Sauri. (Aini:1/275) Dia mula menuntut ilmu sewaktu
umurnya 17 tahun.
[7] HARUN BIN ABDILLAH AL-ZUHRI berkata: jika
penduduk Madinah berselisih pendapat berkenaan sesuatu perkara yang disandarkan
kepada Imam malik, orang yang tunggu Ibn Wahab sehingga mereka tanya kepada
dia. (Manhal:1/325) hal ini kerana, dia bermulazamah dengan imam malik lebih 20
tahun.
[8] Gurunya lebih 400 orang guru yang dia
belajar di MESIR, HIJAZ dan IRAQ. Kealimannya sehingga SUFYAN BIN UYAYNAH
menggelarkan dia sebagai SYAIKH AHL MISR.
[9] Dalam al-Siyar, al-Zahabi menukilkan
bahawa AHMAD BIN SOLEH berkata: “Ibn Wahab meriwayatkan hadis sebanyak 100 ribu
hadis. Aku tidak pernah jumpa seorang pun yang banyak meriwayatkan hadis
berbanding dia. Kami sempat ambil hadis darinya sebanyak 70 ribu hadis sahaja”
Setelah menukilkan riwayat AHMAD BIN SOLEH ini,
AL-ZAHABI berkata: “bagaimana tidak dianggap Ibn Wahab sebagai lautan ilmu,
sedangkan dia adalah himpunan ilmu yang dia belajar dari MALIK, AL-LAIS, YAHYA
BIN AYYUB, AMRU BIN AL-HARIS dan sebagianya”
[10] Dia menolak jawatan Qadhi, walaupun atas
permintaan Khalifah. Selepas dia menolak itu, dia sentiasa berada di rumah
sahaja. Lalu RASYDIN BIN SA’AD datang ke rumahnya dan nampak dia sedang
berwuduk di hadapan rumahnya. RASYDIN pun berkata:
ألا
تخرج إلى الناس فتقضي بينهم بكتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وسلم
“Apakah tidak kamu keluar kepada manusia, lalu kamu
berhukum dalam kalangan mereka berdasarkan kitabullah dan Sunnah RasulNya?
Mendengar itu, dia berkata:
إلى
هنا انتهى عقلك؟ أما علمت أن العلماء يُحشرون مع الأنبياء والقضاة يُحشرون مع
السلاطين؟
Setahap ini sahaja akal kamu? Apakah
kamu tahu bahawa ulama itu dihimpunkan bersama para nabi, dan qadhi itu
dihimpunkan bersama para sultan.
[11] Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.
(Aini:1/275)
[12] KOMENTAR POSITIF:
(a) ABU ZUR’AH
kata, Aku teliti 30 ribu hadis riwayat Ibn Wahab yang dia riwayatkan kepada
penduduk mesir dan selain Mesir. Aku dapati tidak ada satu pun hadis yang tidak
ada asal. Dia siqah. (Manhal:1/325)
(b) AL-HARIS BIN
MISKIN berkata, pada Ibn Wahab itu terhimpun sifat kefaqihan, ahli ibadat,
keriwayatan sehiingga dia digelar Diwan al-Ilm.
(c) IBN MAIN dan
AL-DARAQUTNI kata, dia siqah.
(d) AHMAD BIN
SOLEH kata, dia riwayatkan hadis sebanyak 100 ribu hadis
(e) AL-NASAIE
kata, dia tasahul dalam mengambil hadis. namun, dia لا بأس به
(f) AHMAD kata,
dia sahih al-hadis dan sangat sahih dan sangat sabat.
(g) ABU HATIM
kata, dia soduq soleh al-Hadis.
(h) ABU AHMAD BIN
‘ADI berkata, dia dari kalangan siqah. Aku tidak tahu dia ada riwayatkan hadis
mungkar. Apabila dia riwayatkan hadis, pasti yang ambil hadis darinya adalah
siqah.
(i)
ASQALANI kata, dia siqah, hafiz, ahli ibadat dan
faqih.
[13] KOMENTAR PERTENGAHAN:
(j)
IBN SAAD kata,
dia banyak ilmu, siqah pada perkara yang dia riwayatkan. Cuma dia ada melakukan
tadlis.
عَنِ ((عبد العزيز بن محمد)) الدَّرَاوَرْدِيِّ ((187ه | ابو محمد
الجهني المدني((
[14] ABDUL AZIZ BIN MUHAMMAD BIN ABI UBAID AL-DARAWARDI
(187H). Atba’ al-Tabiin ini meninggal di Madinah.
[15] Berlaku khilaf dalam kalangan Ulama terhadap gelaran
AL-DARAWARDI kepadanya:
(a) AHMAD BIN SOLEH
AL-MISR kata, dia dilahirkan ASBAHAN di kampung Daraward. Dengan itu, Penduduk Madinah menggelarkan dia
dengan al-Darawardi
(b) IBN QUTAIBAH
dan IBN SA’AD kata, dia dilahirkan di Madinah. Namun, dikaitkan gelaran itu,
ABU HATIM kata, ia adalah nisbah kepada kampung atuknya di Khurasan, iaitu
kampung Daraward. al-Bukhari sependapat dengan ABU HATIM, tetapi AL-BUKHARI
menyebut nama kampung itu adalah DARBAJARAD داربجرد
bertempat di farsi.
[16] Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud,
al-Tarmizi, al-Nasaie, Ibn Majah dan Ahmad. Didapati Al-Bukhari riwayatkan
hadis darinya hanya dua hadis sahaja, itu secara secara MUTABA-AH dan TA’LIQ
sahaja.
[17] KOMENTAR POSITIF:
(a) Dianggap Siqah
oleh AHMAD BIN SOLEH, IMAM MALIK, IBN HAJAR dan YAHYA BIN MAIN dan kitab TAHRIR
TAQRIB.
(b) MA’AN BIN ISA AL-QAZZAZ
kata, dia patut digelar AMIRUL MUKMININ.
(c) IBN HAJAR
kata, dia soduq; kalau dia riwayatkan hadis dari kitab orang lain, kadangkala
dia tersilap.
(d) IBN MADINI
kata, di sisi kami dia siqah sabat.
[18] KOMENTAR NEGATIF:
(e) IBN HABBAN
AL-BUSTI kata, dia selalu silap.
(f) ABU HATIM
kata, dia tidak boleh dibuat hujah.
[19] KOMENTAR PERTENGAHAN:
(g) AHMAD BIN HANBAL, hadis yang dia tulis lebih
sahih berbanding yang dia hafal. Hadis yang dia riwayatkan semuanya sahih
kecuali hadis yang dia ambil dari UBAIDULLAH BIN UMAR—didapati semuanya
mungkar.
(h) ABU ZUR’AH
kata, hafalannya buruk. Didapati banyak kesalahan apabila dia riwayatkan hadis
secara hafalan.
(i)
ZAKARIA BIN YAHYA AL-SAJI kata, dia dari اهل الصدق والأمانة kecuali dia banyak waham.
(j) IBN SAAD kata,
dia siqah banyak hadis dan silap.
قَالَ:
وَذَكَرَ رَبِيعَةُ ((بن ابي عبد الرحمن المدني | ابو
عثمان القرشي | المدينة\الأنبار | 136ه | الجماعة))
[20] RABIAH BIN ABI ABD AL-RAHMAN FARRUKH AL-TAIMIY
AL-MADANI (136H). Tabiin ini meninggal di Madinah. Ada kata, dia meninggal di
Anbar (Barat daya Iraq).
[21] Menurut AL-ZAHABI dalam SIYAR bahawa dia
ke ANBAR (Iraq) berjumpa dengan Khalifah ABU AL-ABBAS AL-SIFAH. Khalifah
menyuruh dia menerima satu jawatan, tetapi dia tidak mahu. Diberikan wang 5
dirham, dia tetap tidak mahu terima. Khalifah mahu melantik dia sebagai Qadhi,
tetapi dia meninggal dunia di Anbar. Ada dakwaan menyatakan, dia meninggal
sejurus sahaja dia sampai di Madinah selepas pulang dari Anbar.
[22] Dalam kitab القصص من التاريخ oleh Ali Tantawi, diriwayatkan bahawa bapanya pergi berperang di
Khurasan. Dia meninggalkan isterinya, Suhailah dalam keadaan dia tidak tahu
bahawa isterinya itu mengandung.
Setelah 27 tahun, dia pulang ke Madinah, dia masuk ke
Masjid Nabawi, dia dapati ada halakah ilmu yang besar yang guru mengajar itu
adalah anaknya.
[23] ulama hadis serta faqih ini adalah
Tabiin, kerana dia sempat jumpa dengan Anas bin malik. (Aini:1/275)
[24] Dia adalah ahli fiqh Madinah dari aliran
Ahli al-Ra’y sehingga dia dikenali dengan panggilan RABIAH AL-RA’Y.
(Bazl:1/204)
[25] Dia adalah guru Imam malik, al-Darimi dan
sebagainya. (Ibn Ruslan:1/656)
Mutarraf berkata bahawa dia dengar Imam Malik berkata
selepas dari kematiannya: “Semenjak kematian Rabi’ah, kita telah kehilangan
halawah al-Fiqh (kemanisan Fiqh)” (Bazl:1/204)
[26] ABDUL AZIZ BIN ABI SALAMAH berkata: “Wahai
penduduk Iraq, kamu dakwa rabiah adalah ahli al-Ra’y, sedangkan aku tidak
nampak orang lain selain dia yang paling menjaga sunnah” (Bazl:1/204)
[27] ABDUL AZIZ juga pernah bercerita ketika
RABIAH dekat dengan saat kematian. Ketika itu, ABDUL AZIZ bagitahu kepadanya: “kami
banyak belajar dari kamu. Kadangkala datang kepada kami orang yang bertanya
hukum pada perkara yang kami tidak pernah dengar. kami berpendapat, pandangan
kami lebih baik dari pandangan dia. Makanya kami memberi jawapan itu
berdasarkan kepada apa yang kami rasa baik itu”
RABIAH pun berkata: Dudukkan aku. Kemudian dia
berkata:
يا عبدالعزيز
لأن تموت جاهلا خير من أن تقول في شيء بغير علم, لا لا لا
“Wahai Abdul Aziz. Bahawa kamu mati dalam keadaan kamu jahil itu
lebih baik berbanding kamu bercakap sesuatu yang kamu tidak tahu. Jangan,
jangan, jangan”. (Bazl:1/326)
[28] Menurut AL-ZUBAIRI, Rabiah berjumpa
dengan beberapa orang sahabat dan beberapa tabiin besar. Dia seorang ahli fatwa
di Madinah (Manhal:1/326)
[29] dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.
[30] KOMENTAR POSITIF:
(a) Dianggap Siqah
oleh AHMAD, AL-IJLI, ABU HATIM, IBN ABD AL-BAR dan AL-NASAIE
(b) ASQALANI kata,
dia siqah faqih masyhur. Orang bercakap berkenaannya kerana fatwanya yang
berasaskan kepada Ra’y.
(c) KHATIB
AL-BAGHDADI kata, dia faqih, alim, hafiz dalam bidang fiqh dan hadis. Imam
malik ambil fiqh darinya.
(d) AL-HUMAIDI
kata, dia hafiz.
(e) YAAQUB BIN
SYAIBAH kata, dia siqah sabat dan salah seorang mufti di Madinah.
(f) IBN SA’AD
kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis.
(g) KHATIB kata,
dia faqih alim dan hafiz bagi fiqh dan hadis. imam malik ambil hadis darinya (manhal:1/325)
(h) ABU AMRU BIN
AL-SOLAH kata, ada orang dakwa bahawa dia ikhtilat. Namun, didapati tidak ada
bukti atas dakwaan tersebut.
(i)
AL-ZAHABI kata, dia faqih di Madinah dari Aliran
al-Ra’y.
(j) AL-QATTAN
kata, aku tidak nampak orang yang amat cerdik berbanding Rabiah.
(k) AL-SADUSI
kata, dia siqah sabat salah seorang mufti di Madinah.
[31] KOMENTAR PERTENGAHAN:
(a)
SUFYAN BIN UYAYNAH dan IMAM SYAFIE kata, banyak
perkara yang dia perkatakan menyelahi dengan musnad. Hal ini kerana, dia tidak
luas pada perkara ini.
PERBAHASAN
SANAD |
[32] ARNAUT-SANADNYA KUAT. Alasannya, semua
rijalnya adalah siqah.
[33] ALBANI – sanadnya sahih. Alasannya, ia
sahih atas syarat Muslim.
PENJELASAN
MATAN |
[34] MATAN HADIS
أَنَّ
تَفْسِيرَ حَدِيثِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا وُضُوءَ
لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ» أَنَّهُ الَّذِي يَتَوَضَّأُ
وَيَغْتَسِلُ، وَلَا يَنْوِي وُضُوءًا لِلصَّلَاةِ، وَلَا غُسْلًا لِلْجَنَابَةِ
Sesungguhnya tafsir
Hadis nabi saw: tidak ada wuduk bagi mereka yang tidak menyebut nama Allah;
sesungguhnya dia berwuduk dan mandi tanpa dia meniatkan wuduk untuk solat;
tanpa dia berniat mandi untuk jinabah.
[35] Riwayat ini sebagai pentafsiran RABI’AH
terhadap makna hadis hadis ke-101. Iaitu, dia tafsirkan makna berzikir dengan
nama Allah itu adalah niat dalam berwuduk dan mandi. (Bazl:1/204)
Al-Qadr al-Musytarak bagi niat dengan zikir adalah,
kesedaran dan ingat; sebagaimana orang berzikir itu sedang ingat dan sedar,
maka demikian juga orang berniat—semasa dia lakukan itu dia ingat dan sedar
terhadap apa yang dia sedang lakukan.
Dengan perkataan lain maksud hadis ini adalah seseorang
itu wuduk dan mandinya tidak sah jika dia tidak berniat mandi atau wuduk dalam
hatinya.
PENGAJARAN |
[1] TEMPAT
NIAT
[36] Tempat bagi niat adalah hati. Ia termasuk
maksud berazam dan niat.
(A) MAZHAB SYAFIE
– niat berlaku di awal perbuatan.
(B) MAZHAB HANAFI
– azam juga termasuk maksud niat.
[37] Kemungkinan Abu Daud bawakan riwayat ini
untuk memberikan gambaran bahawa ada dua jenis:
(a) Taharah tanpa
niat, taharah itu tidak sah, walaupun tercapai kebersihan.
(b) Taharah dengan
niat, taharah sah dan tercapai kebersihan.
Niat adalah wajib, sedangkan membaca bismillah tidak
wajib.
[2] HUKUM NIAT
[38] KHILAF ULAMA BERKENAAN HUKUM NIAT
(A)
MAZHAB JUMHUR,
niat adalah syarat bagi sah ibadat.
(B)
HANAFI, niat bukan syarat bagi ibadat, tetapi sebagai
cara untuk mendapatkan pahala sahaja. (Bazl:1/205)
No comments:
Post a Comment