HADIS 100 |
حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ،
حَدَّثَنَا أَبُو
الْوَلِيدِ، وَ سَهْلُ بْنُ حَمَّادٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ،
عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى،
عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ،
قَالَ: «جَاءَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَخْرَجْنَا
لَهُ مَاءً فِي تَوْرٍ مِنْ صُفْرٍ فَتَوَضَّأَ»
[BIOGRAFI PERAWI]
حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ ((الخلال | الهذلي الحلواني((
[1] HASAN BIN ALI BIN MUHAMMAD. Dipanggil dengan ABU
‘ALI atau ABU MUHAMMAD AL-HAZLI AL-HULWANI. Dia meninggal di Mekah dan pernah
sampai ke BAGHDAD dan HULWAN.
[2] KOMENTAR POSITIF:
(a)
Dianggap siqah oleh AL-NASAIE,
MASLAMAH BIN AL-QASIM AL-ANDALUSI.
(b) KHATIB AL-BAGHDADI kata, dia siqah hafiz.
(c)
YA’QUB BIN SYAIBAH AL-SADUSI
kata, dia siqah sabat dan mutqin.
(d) AL-ASQALANI kata, dia sabat hafiz.
(e) AL-ZAHABI kata, dia sabat hujah.
(f)
ABU HATIM AL-RAZI kata, dia
soduq.
(g)
AL-TARMIZI kata, dia seorang hafiz.
(h) ABU DAUD kata, dia alim berkenaan rijal hadis.
(i)
Dia adalah guru AL-BUKHARI,
MUSLIM dan ABU DAUD.
حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ ((هشام بن عبد الملك الطيالسي الباهلي
البصري|133ه – 227ه = 94 | الجماعة))
[3] HISHAM BIN ABDUL
MALIK AL-BAHILI AL-BASRI (133H-227H). Dipanggil dengan ABU AL-WALID
AL-TAYALISI. Dia tinggal dan meninggal dunia di BASRAH.
[4] Dalam AL-SIYAR,
AL-ZAHABI ada meriwayatkan bahawa AHMAD BIN HANBAL berkata bahawa dia dengar
ABU AL-WALID ada bercerita; Aku menulis apa yang disampaikan oleh SYU’BAH.
Tiba-tiba, SYU’BAH nampak aku menulis. Dia bertanya: Apakah kamu menulis?”
Aku pun berhenti
menulis dan meletakkan papan di hadapan aku dan aku lihat sahaja papan itu.
Seakan-akan SYU’BAH
tidak suka dia menulis, kerana dia ada kemampuan untuk menghafal.
[5] ABU HATIM berkata:
ABU AL-WALID adalah imam, faqih, bijak, siqah serta hafiz. Aku tidak pernah
nampak dia memegang kitab (semasa mengajar)
[6] Dalam al-Siyar,
AL-ZAHABI ada meriwayatkan bahawa MUAWIYYAH BIN ABDUL KARIM AL-ZIYADIY berkata:
ketika aku sampai di BASRAH, penduduk basrah sering berkata bahawa ABU WALID
adalah orang yang paling bijak di Basrah. Selepas dia adalah ABU BAKAR BIN
KHALLAD.
[7] Dia adalah rijal
al-Kutub al-Sittah.
[8] KOMENTAR POSITIF:
(a)
AHMAD kata, dia mutqin
bahkan syaikhul Islam
(b)
ABU HATIM kata, dia
imam faqih dan alim siqah hafiz. Aku tidak tidak pernah nampak dia pegang
kitab.
(c)
AL-IJLI kata, dia siqah
sabat dalam hadis.
(d) ABU ZUR’AH kata, dia imam pada zamannya.
(e) IBN QANI’ kata, dia siqah ma’mun sabat.
(f)
IBN HIBBAN kata dia
siqah, bahkan antara orang yang paling cerdik.
(g) IBN SA’AD kata, dia siqah sabat hujjah.
(h) SULAIMAN BIN DAUD AL-TAYALISI kata, dia adalah Imam pada zamannya.
وَسَهْلُ بْنُ حَمَّادٍ ((العنقزي | ابو عتاب الدلال البصري |
الجماعة الا البخاري | 208ه((
[9] perawi ke-2 yang
ambil hadis dari AL-HASAN BIN ALI, iaitu SAHL BIN HAMMAD AL- ‘ANQAZI (208H).
Dipanggil dengan ABU ‘ITAB AL-DALAL AL-BASRI. Dia dilahirkan dan meninggal di
BASRAH.
[10] Dia digelar sebagai
AL-DALAL kerana dia bekerja sebagai pembuat cerek air.
[11] Dia adalah Rijal
Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah.
[12] KOMENTAR POSITIF:
(a)
AHMAD dan AL-DARIMI kata, dia لا بأس به
(b) AL-ASQALANI kata, dia soduq.
(c)
ABU ZUR’AH dan ABU HATIM
kata, dia soleh al-hadis.
(d) IBN HIBBAN, AL-IJLI, AL-JILI dan AL-BAZZAR kata, dia siqah.
[13] KOMENTAR NEGATIF:
(e) AL-JURJANI kata, dia tidak dikenali.
قَالَا:
حَدَّثَنَا عَبْدُالْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ ((الماجشون التميمي | اسم ابي سلمة:
ميمون, قيل: دينار | ابو عبدالله المدني | الفقيه الإمام | 164ه |م: بغداد |
الجماعة))
[14] kedua-dua perawi bernama
ABU AL-WALID
dan SAHL BIN HAMMAD;
mereka ambil hadis dari ABDUL AZIZ BIN ABDILLAH BIN ABI SALAMAH AL-MAJISYUN
AL-TAMIMI (164H).
[15] Dipanggil dengan ABU
ABDILLAH AL-MADANI. Panggilan terhadap atuknya adalah ABU SALAMAH, sedangkan
nama sebenar atuknya adalah MAIMUN (ada kata: Dinar).
[16] Dia berasal dari
AL-ASBAHAN (kini: Iran) Namun, berhijrah dan tinggal di Madinah. kemudian
berhijrah pula ke Baghdad dan meninggal dunia di situ. Beliau dikebumikan di
tanah perkuburan MAQABIR QURAISH (berada di barat Baghdad). Dia pernah sampai
ke Khurasan.
[17] Dia adalah Rijal
al-Kutub al-Sittah.
[18] KOMENTAR POSITIF:
(a) Dianggap siqah oleh IBN SAAD, ABU ZUR’AH, ABU HATIM, AL-NASAIE, IBN HIBBAN,
ABU DAUD, AL-BAZZAR dan IBN MAIN.
(b) IBN KHARRASH kata, dia soduq.
(c) AHMAD BIN SOLEH kata, dia sohib al-sunnah siqah.
(d) MUSA BIN HARUN kata, dia sabat dan mutqin.
(e) AL-ZAHABI kata, dia imam, mufti dan hujjah. Walaupun dia tidak banyak
riwayat hadis, tetapi dia cukup faqih.
(f)
IBN SA’AD kata, dia
siqah, banyak riwayat hadis. dia faqih dan warak serta pengikut mazhab pendudik
al-Haramain.
(g) ASQALANI kata, dia siqah dan faqih.
عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى ((بن عمارة | 140ه | المدينة | الجماعة))
[19] AMRU BIN YAHYA BIN ‘UMARAH AL-MADANI AL-ANSARI
AL-MAZINI (140H). Dia lahir dan meninggal dunia di Madinah.
[20] Dalam al-Tabaqat al-kubra, Ibn Sa’ad kata, dia
berkahwin dengan perempuan bernama HAMIDAH BINTI MUHAMMAD BIN IYAS BIN ABI
AL-BUKAIR, seorang perempuan dari BANI LAIS yang merupakan ketua BANI ‘ADI BIN
KA’AB. Dari itu, mereka dikurniakan dua anak, iaitu YAHYA dan MARYAM.
Isteri ke-2 bernama QURAIBAH
BINTI YUSUF BIN MUHAMMAD BIN SABIT BIN QAIS BIN SYAMMAS. Dari itu, dikurniakan
seorang anak bernama MUHAMMAD.
[21] Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.
[22] KOMENTAR POSITIF:
(a)
Dia dianggap siqah oleh ABU HATIM
AL-RAZI, AL-NASAIE, AL-JILI, IBN ABD AL-BAR, AL-ZAHABI, MUHAMMAD BIN ABDILLAH
BIN NUMAIR
(b) ASQALANI kata, dia siqah dan disiqahkan oleh jumhur ulama dan dijadikan
hujah oleh Jamaah.
[23] KOMENTAR PERTENGAHAN:
(c)
YAHYA BIN MAIN kata, dia siqah
kecuali dia ada ikhtilaf pada dua hadis. Di kala lain kata, dia seorang
suwailih dan tidak kuat kerana ikhtilaf lada dua hadis.
عَنْ أَبِيهِ ((يحي بن عمارة بن ابي حسن الأنصاري
المازني المدني | 91ه | الجماعة))
[24] YAHYA BIN UMARAH BIN ABI
AL-HASAN AL-ANSARI AL-MAZINI AL-MADANI (91H). Tabiin ini adalah perawi siqah
dari kalangan penduduk Madinah.
[25] Atuknya, iaitu ABU HASAN
AL-ANSARI itu adalah sahabat Nabi (Ruslan:1/652)
[26] Dia adalah Rijal
al-Kutub al-Sittah.
[27] KOMENTAR POSITIF:
(a)
Dianggap SIQAH oleh AL-NASAIE,
ASQALANI, AL-ZAHABI, IBN KHARRASYH, IBN ISHAQ dan IBN HIBBAN.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ ((بن عاصم بن كعب بن عمرة بن عوف الأنصاري الخزرجي | ابو محمد | 32
ق ه - 63ه ((
[28] Dia terlibat perang UHUD bersama
dengan Ibunya. (Ruslan:1/652)
[29] Berkenaan keterlibatannya dalam perang badar,
ulama berbeza pendapat. Ada yang kata, dia terlibat. Ada pula kata, dia tidak
terlibat.
[30] Dia bersama-sama dengan WAHSYI BIN HARB dalam
membunuh MUSAILAMAH AL-KAZZAB dalam perang YAMAMAH. Dalam AL-ISTI’AB
menyatakan, sebelum itu, Musailamah ada membunuh adiknya yang bernama HABIB BIN
ZAID, serta memotong anggota badan adiknya. Dijelaskan juga bahawa dalam perang
itu, WAHSHI melontar lembing dan mengenai MUSAILAMAH, dan dia pula memancung
kepada MUSAILAMAH.
[31] Dia terbunuh dalam PERTEMPURAN AL-HARRAH pada 63
zulhijjah yang ketika itu umurnya adalah 70 tahun.
PERBAHASAN SANAD (100) |
[32] HADIS SAHIH.
(a)
Arnaut kata, Isnadnya sahih.
(b)
Albani kata, sahih.
(c)
Al-Bukhari turut riwayatkan hadis
ini dalam hadis ke-197 dengan lafaz matan yang ada penambahan sedikit.
PENJELASAN MATAN |
[33] MATAN HADIS
قَالَ: «جَاءَنَا رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَخْرَجْنَا لَهُ مَاءً فِي تَوْرٍ
مِنْ صُفْرٍ فَتَوَضَّأَ»
Abdullah bin Zaid
berkata: Rasulullah datang kepada kami, kami pun keluarkan air untuk Nabi dari
“tur kuning”, lalu baginda berwuduk”.
[34] Dalam riwayat AL-BUKHARI (197)
ada penambahan matan: فَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلاَثًا، وَيَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ،
وَمَسَحَ بِرَأْسِهِ، فَأَقْبَلَ بِهِ وَأَدْبَرَ، وَغَسَلَ رِجْلَيْهِ—lalu
baginda pun membasuh muka tiga kali, dua tangan dua kali-dua kali, sapu
kepala—ke hadapan dan ke belakang, dan membasuh dua kalinya:
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ قَالَ: «أَتَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، فَأَخْرَجْنَا لَهُ مَاءً فِي تَوْرٍ مِنْ صُفْرٍ فَتَوَضَّأَ،
فَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلاَثًا، وَيَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ، وَمَسَحَ
بِرَأْسِهِ، فَأَقْبَلَ بِهِ وَأَدْبَرَ، وَغَسَلَ رِجْلَيْهِ» - البخاري, 197[1]
[35] Dalam riwayat IBN MAJAH, ada penambahan فتوضاء به pada lafaz matan:
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ صَاحِبِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«أَتَانَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْرَجْنَا لَهُ
مَاءً فِي تَوْرٍ مِنْ صُفْرٍ، فَتَوَضَّأَ بِهِ» - ابن ماجة, 471[2]
[36] Hadis ini menyatakan
bahawa Nabi saw berwuduk menggunakan bejana tembaga yang disaluti kuning.
Justeru, ia bercanggah dengan hadis MUAWIYAH yang menyatakan bahawa dia
dilarang berwuduk menggunakan bejana tembaga. (Mirqat:1/93)
HUBUNGAN HADIS |
Hadis ke-98 dan 99, dijelaskan bahawa Nabi
saw dan Aisyah MANDI dari bejana air dari tembaga.
Hadis ke-100 pula, dijelaskan
bahawa Nabi BERWUDUK dengan bejana air dari tembaga.
PENGAJARAN |
[1] MINTA TOLONG TUANGKAN AIR WUDUK
[37] Hadis ini menjadi dalil, tidak salah berwuduk
dengan orang lain tolong tuangkan air untuk berwuduk.
[2] NABI DATANG RUMAH SAHABAT
[38] Bukan sekadar Nabi
saw datang ke rumah sahabat, bahkan terdapat hadis bahawa sahabat Nabi
menjemput Nabi saw datang ke rumah mereka. Hadis—daripada Itban bin Malik;
عن عِتْبَانَ بْنَ مَالِكٍ
الأَنْصارِيَّ، ثُمَّ أَحَدَ بَنِي سَالِمٍ، قَالَ: كُنْتُ أُصَلِّي لِقَوْمِي
بَنِي سَالِمٍ
Dia berkata: Aku
mendengar 'Itban bin Malik Al-Ansari kemudian seseorang dari suku Bani Salim
berkata: "Aku pernah memimpin solat Jemaah dengan kaumku, Bani Salim.
فَأَتَيْتُ
النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقُلْتُ: إِنِّي أَنْكَرْتُ
بَصَرِي، وَإِنَّ السُّيُولَ تَحُولُ بَيْنِي وَبَيْنَ مَسْجِدِ قَوْمِي
Aku menemui Nabi saw,
lalu aku berkata kepada baginda: "Wahai Rasulullah, aku adalah orang yang
sudah lemah penglihatan sedangkan aliran air sering menghalangi antara aku dan
masjid kaumku.
فَلَوَدِدْتُ
أَنَّكَ جِئْتَ، فَصَلَّيْتَ فِي بَيْتِي مَكَانًا حَتَّى أَتَّخِذَهُ مَسْجِدًا
Seandainya kamu
berkenan—bolehlah kamu datang berkunjung lalu solat di rumahku pada suatu
tempat yang akan aku jadikan masjid (tempat sujud).
فَقَالَ: «أَفْعَلُ إِنْ
شَاءَ اللَّهُ»
Baginda berkata:
"Aku akan datang, Insya Allah"
فَغَدَا
عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ مَعَهُ
بَعْدَ مَا اشْتَدَّ النَّهَارُ
Kemudian baginda
datang kepadaku bersama Abu Bakar di waktu siang yang terik.
فَاسْتَأْذَنَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَذِنْتُ لَهُ، فَلَمْ يَجْلِسْ حَتَّى قَالَ:
«أَيْنَ تُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ مِنْ بَيْتِكَ؟»
Nabi saw lalu minta
izin masuk dan aku pun mengizinkannya. Sebelum duduk baginda terus bertanya:
"Mana tempat yang kamu suka untuk aku solat padanya di rumahmu ini?"
فَأَشَارَ إِلَيْهِ مِنَ
المَكَانِ الَّذِي أَحَبَّ أَنْ يُصَلِّيَ فِيهِ، فَقَامَ، فَصَفَفْنَا خَلْفَهُ،
ثُمَّ سَلَّمَ وَسَلَّمْنَا حِينَ سَلَّمَ – البخاري, 840
Itban pun memberi
isyarat kepada baginda tempat yang disukainya supaya baginda solat di tempat
tersebut. Baginda lalu berdiri solat dan kamipun berdiri solat mengatur saf di
belakang baginda. Kemudian baginda mengakhiri solat dengan salam, maka kamipun
mengucapkan salam setelah baginda memberi salam"
[1] MARFU:
حَدَّثَنَا
أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ العَزِيزِ بْنُ أَبِي سَلَمَةَ،
قَالَ: حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ يَحْيَى، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
زَيْدٍ قَالَ:
[2] MARFU:
حَدَّثَنَا
أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ قَالَ: حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ
اللَّهِ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ الْمَاجِشُونِ قَالَ: حَدَّثَنَا عَمْرُو
بْنُ يَحْيَى، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ صَاحِبِ النَّبِيِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
No comments:
Post a Comment