Tuesday, July 18, 2023

151

 

ABU DAUD, HADIS NO: 151

 

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنِي أَبِي، عَنِ الشَّعْبِيِّ، قَالَ: سَمِعْتُ عُرْوَةَ بْنَ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، يَذْكُرُ عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَكْبِهِ وَمَعِي إِدَاوَةٌ فَخَرَجَ لِحَاجَتِهِ، ثُمَّ أَقْبَلَ فَتَلَقَّيْتُهُ بِالْإِدَاوَةِ فَأَفْرَغْتُ عَلَيْهِ فَغَسَلَ كَفَّيْهِ وَوَجْهَهُ، ثُمَّ أَرَادَ أَنْ يُخْرِجَ ذِرَاعَيْهِ، وَعَلَيْهِ جُبَّةٌ مِنْ صُوفٍ مِنْ جِبَابِ الرُّومِ، ضَيِّقَةُ الْكُمَّيْنِ، فَضَاقَتْ فَادَّرَعَهُمَا ادِّرَاعًا، ثُمَّ أَهْوَيْتُ إِلَى الْخُفَّيْنِ لِأَنْزَعَهُمَا، فَقَالَ لِي: «دَعِ الْخُفَّيْنِ، فَإِنِّي أَدْخَلْتُ الْقَدَمَيْنِ الْخُفَّيْنِ وَهُمَا طَاهِرَتَانِ فَمَسَحَ عَلَيْهِمَا»

 

 قَالَ أَبِي: قَالَ الشَّعْبِيُّ: شَهِدَ لِي عُرْوَةُ، عَلَى أَبِيهِ، وَشَهِدَ أَبُوهُ، عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 

GAMBARAN DASAR HADIS 151

 

[1] Hadis ini sahih dan boleh dibuat hujah.

 

[2] Penambahan maklumat hadis ini berbanding hadis-hadis sebelum ini (149-150);

(1)  Disebutkan jubah yang dipakai Nabi itu adalah jubah rom.

(2)  Al-Mughirah tundukkan kepalanya untuk menolong Nabi saw memecat dua khuf yang di pakai nabi, tetapi Nabi saw minta agar dibiarkan khuf itu tidak dipecat.

(3)  Nabi memberitahu bahawa sebelum Nabi saw pakai dua khuf, baginda sudah bersuci terlebih dahulu.

 

PERBAHASAN SANAD 151

 

[3] SANAD

 

PERAWI

TEMPAT

STATUS

 

 

Rasulullah

(11H)

 

 

·         Mekah

·         Madinah

 

·         Maksum

 

 

6.

 

Al-Mughirah bin Syu’bah

(23SH – 50H)

 

 

·         Taif

·         Bahrain

·         Madinah

·         Mekah

·         Basrah

 

 

·         Sahabat

 

5.

 

Urwah bin al-Mughirah

(90H)

 

 

·         Kufah

 

·         Kutub sittah

·         Siqah

 

 

4.

 

Al-Sya’bi @ ‘Amir bin Syurahil al-Himyari

(22H – 104H)

 

 

·         Kufah

·         Madinah

·         DLL.

 

 

·         Kutub sittah

·         Siqah tinggi

 

3.

 

Yunus bin Abi Ishaq

(159H)

 

 

·         Kufah

 

·         Kutub sittah

·         Siqah pertengahan.

 

 

2.

 

Isa bin Yunus

(187H)[1]

 

 

 

·         Kufah

·         Syam,

 

 

·         Kutub sittah

·         Siqah

 

1.

 

Musaddad bin Musarhad

(150H – 228H)[2]

 

 

·         Basrah

 

·         Bukhari, Abu Daud

·         Siqah

 

 

 

ABU DAUD

(202H – 275H)

 

 

 

 

[4] BANDINGAN SANAD

 

149

150

151

 

Rasulullah saw

 

 

7

 

Al- Mughirah bin Syu’bah

 

 

6.

 

Urwah bin al-Mughirah

 

 

5.

 

Abbad bin Ziyad

 

 

AL-Hasan al-Basri

 

 

Al-Sya’bi

 

 

4.

 

Ibn Shihab al-Zuhri

 

 

Bakr bin Abdillah

 

 

Yunus bin Abi Ishaq

 

3.

 

Yunus bin Yazid

 

 

Sulaiman al-Taimiy

 

 

Isa bin Yunus

 

 

2.

 

Abdullah bin Wahb

 

 

Yahya bin Said al-Qattan

 

 

Musaddad bin Musarhad

 

 

Al-Mu’tamir bin Sulaiman

 

 

1.

 

Ahmad bin Soleh

 

 

Musaddad bin Musarhad

 

 

ABU DAUD

 

 

ABU DAUD

 

 

 

[5] ARNAUT—SANADNYA SAHIH

·   Hadis ini turut sama ada dalam AL-BUKHARI (206), Muslim (274, 79, 80).

 

[6] ALBANI—ISNADNYA SAHIH

·   Ia sahih atas syarat bukhari muslim, bahkan kedua-dua mereka keluarkan hadis ini dalam sahih masing-masing.

·   Abu ‘Awanah turut keluarkan dalam sahih beliau.

 

MATAN 151 (A)

 

[7] Mughirah bin Syu’bah berkata:

 

كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَكْبِهِ[3] وَمَعِي إِدَاوَةٌ[4] فَخَرَجَ لِحَاجَتِهِ، ثُمَّ أَقْبَلَ فَتَلَقَّيْتُهُ بِالْإِدَاوَةِ فَأَفْرَغْتُ عَلَيْهِ فَغَسَلَ كَفَّيْهِ وَوَجْهَهُ

Kami bersama Rasulullah saw dalam satu rombongan. Bersama dengan aku ada satu bekas air. Baginda pun pergi untuk Qadha hajat. Ketika baginda datang (iaitu setelah qadha’ Hajat), aku dapati baginda membawakan bekas air tersebut. Aku pun tuangkan air itu untuk baginda, lalu baginda membasuh kedua telapak tangan dan muka.

 

[8] Apabila Mughirah menuangkan air kepada Nabi untuk baginda berwuduk, ia menjadi dalil bahawa harus dan tidak makruh bahawa membantu orang untuk berwuduk[5], serta tidak salah berkhidmat kepada seseorang ketua atau orang-orang yang dihormati[6].

 

[9] Terdapat riwayat bahawa sahabat Nabi yang bernama SOFWAN BIN ‘ASSAL juga melakukan hal sedemikian. Dalam hadis—Sofwan bin ‘Assal berkata:

 

عَنْ صَفْوَانَ بْنِ عَسَّالٍ، قَالَ: «صَبَبْتُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَاءَ فِي السَّفَرِ وَالْحَضَرِ فِي الْوُضُوءِ»  - ابن ماجة, 391

“Aku tuangkan air kepada Nabi saw dalam berwuduk dalam musafir dan ketika tidak bermusafir”

 

MATAN 151 (B)

 

ثُمَّ أَرَادَ أَنْ يُخْرِجَ ذِرَاعَيْهِ، وَعَلَيْهِ جُبَّةٌ مِنْ صُوفٍ مِنْ جِبَابِ الرُّومِ[7]، ضَيِّقَةُ الْكُمَّيْنِ، فَضَاقَتْ فَادَّرَعَهُمَا ادِّرَاعًا

Kemudian baginda hendak mengeluarkan kedua lengannya yang ketika itu baginda memakai jubah berbulu dari pakaian Rom yang agak ketat pada bahagian kedua lengannya, maka baginda melepaskan kedua lengan itu.

 

[10] Hadis ini menjadi dalil bahawa memakai pakaian yang ketat pada bahagian badan yang tidak melibatkan aurat, ia dibenarkan[8].

 

[11] Pakaian orang bukan orang bukan Islam tidak salah untuk dipakai selama ia tidak melibatkan keagamaan.

 

[12] Hadis ini juga jadikan hujah oleh IBN RUSLAN bahawa memakai pakaian dari kain berbulu adalah pakaian sunnah Nabi Muhammad. Bahkan, ia juga adalah pakaian para nabi sebelum Nabi Muhammad juga[9].

 

IBNUL ARABI ada berkata: antara hadis-hadis yang pelik dari Nabi yang jalurnya mungkar adalah, dikatakan bahawa Nabi Musa semasa bercakap dengan Allah, baginda memakai pakaian jubah, kopiah dan seluar berbulu[10].

 

[13] AL-QURTUBI kata, hadis ini adalah dalil bahawa bulu binatang tidak dianggap sebagai najis. Hal ini kerana, syam pada masa itu adalah negara yang penduduknya adalah bukan Muslim dan makanan mereka adalah binatang yang tidak halal[11].

 

MATAN 151 (C)

 

 ثُمَّ أَهْوَيْتُ إِلَى الْخُفَّيْنِ لِأَنْزَعَهُمَا، فَقَالَ لِي: "دَعِ الْخُفَّيْنِ، فَإِنِّي أَدْخَلْتُ الْقَدَمَيْنِ الْخُفَّيْنِ وَهُمَا طَاهِرَتَانِ" فَمَسَحَ عَلَيْهِمَا

Setelah itu aku menunduk ke arah kedua khuf baginda untuk memecatnya. Baginda pun bersabda kepadaku: “Biarkanlah kedua khuf itu, kerana aku memasukkan kedua kakiku ke dalam kedua khuf itu dalam keadaan suci kedua-duanya” Baginda hanya mengusap bahagian atas kedua khuf tersebut.

 

[14] Dalam matan hadis bahawa sebelum nabi memakai Khuf bahawa baginda melakukan taharah terlebih dahulu. Iaitu, dalam matan digunakan lafaz وَهُمَا طَاهِرَتَانِ. Dalam hal ini, terdapat kupasan ulama berikut;

 

(a)   JUMHUR ULAMA termasuk AL-IMAM AL-SYAFIE: Ini adalah dalil bahawa sebelum mahu amalkan sapu khuf, terlebih dahulu perlu bersuci secara sempurna terlebih dahulu. Iaitu, mandi junub bagi yang berjunub. Kemudian berwuduk secara sempurna. Selepas itu, apabila mahu berwuduk selepas batal, maka memadai dengan sapu pada khuf, tanpa perlu membasuh kaki lagi[12].

 

(b)  DAUD ZAHIRI kata, maksud dengan وَهُمَا طَاهِرَتَانِ  dalam hadis ini adalah kedua-dua kaki itu bersih dari sebarang najis, bukan dalam keadaan sudah berwuduk dan mandi junub. Justeru, jika memakai khuf sebelum berwuduk atau sebelum mandi junub, tetapi kaki ketika itu bersih dari sebarang najis, maka apabila berwuduk nanti, tidak perlu basuh kaki; sudah memadai dengan sapu sahaja.

 

[15] CARA PAKAI KHUF—di sini terdapat kupasan seperti berikut;

 

(a)   Mengikut kupasan AL-IMAM MALIK, SYAFIE, AHMAD BIN HANBAL & ISHAQ BIN RAHWAIH, jika membasuh satu kaki dulu dan terus pakai khuf, Kemudian basuh kaki satu lagi dan pakai khuf, hukum sapu khuf itu tidak memadai. Hal ini kerana, dalam matan hadis menyebut bahawa nabi memasukkan kedua-dua kaki itu setelah KEDUA-DUA KAKI itu dibersihkan terlebih dahulu. Ini juga penjelasan AL-IMAM AL-NAWAWI & IBN DAQIQ AL-AID[13].

 

(b)  ABU HANIFAH, SUFYAN AL-SAURI, YAHYA BIN ADAM, AL-MUZANI & ABU TSUR kata, tidak disyaratkan dibasuhkan kedua-dua kaki terlebih dahulu, baru pakai khuf. Jika dibasuh satu kaki dan terus pakai, dan dibasuh pula kaki satu lagi dan terus pakai, itupun sudah memadai[14].

 

[16] Sebelum pakai khuf, hendaklah bersuci terlebih dahulu. Bersuci yang disepakati ulama adalah dengan menggunakan air. Justeru, tidak dibenarkan mengamalkan hukum sapu khuf bagi bersuci secara Tayammum[15].

 

[17] SYARAT-SYARAT LAIN BAGI SAPU KHUF;

(1)   Maliki mensyaratkan bahawa ia diperbuatkan dari kulit. Selain itu, ia tidak dibenarkan termasuk stokin[16]. Hal ini kerana, disyaratkan bahawa khuf tersebut tidak diserapi air[17].

(2)  Hendaklah dia tidak longgar.

(3)  Pakai itu ketika dia dalam urusan bukan maksiat, seperti ketika ibadat. Jika pakai itu mahu memanaskan kaki ketika dia sedang mahu mencuri, maka tidak ada keizinan hukum sapu khuf bagi orang sebegini.

(4)  Khuf itu bukan dari sumber yang haram, seperti khuf itu dicuri atau diperbuat dari sutera hatta kerana faktor dharurat, maka hukum sapu khuf tidak memadai[18]. 

(5)  Semua kaki tertutup sehingga sampai ke mata kaki. Justeru, tidak boleh sapu bagi pakai khuf yang koyak atau masih terbuka pada tumit[19].

 

[18] KADAR SAPU KHUF

(a)   HANAFIYYAH kata, memadai dengan kadar tiga jari bermula dari jari kelingking ke atas[20].

(b)  SYAFIIYYAH kata, memadai dengan apa jua bentuk sapu sekalipun[21].

(c)    MALIKIYYAH kata, sapu itu perlu dimulai dari atas ke bawah[22].

(d)  HANABILAH kata, sapu itu hendaklah perlu lebih merangkumi di bahagian atas khuf[23].

 

MATAN 151 (D)

 

 قَالَ أَبِي: قَالَ الشَّعْبِيُّ: شَهِدَ لِي عُرْوَةُ، عَلَى أَبِيهِ، وَشَهِدَ أَبُوهُ، عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

(berkata Isa bin Yunus bahawa) bapaku (Yunus bin Abi Ishaq[24])  berkata: Al-Sya’bi berkata: ‘Urwah bersaksi padaku atas bapanya, dan bapanya (Muhghirah[25]) bersaksi atas Rasulullah saw

 

[19] Maksud dengan شهد adalah sesuatu pengkhabaran berkenaan sesuatu secara yakin[26].

 

[20] Sya’bi bawakan riwayat ini sekadar untuk menguatkan hadis bab sahaja[27].

 

BIOGRAFI PERAWI 151

 

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ

[] MUSADDAD BIN MUSARHAD (150H-228H). Dilahirkan dan meninggal dunia di BASRAH.

 

[] Guru Abu Daud ini diulang sebut namanya untuk kali ke-28, iaitu dalam hadis ke-2, 4, 7, 9, 22, 23, 49, 62, 68, 72, 77, 79, 80, 81, 97, 103, 104, 111, 116, 118, 119, 126, 130, 132, 134, 135, 138, 150 & 151.

 

 حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ

[] ISA BIN YUNUS BIN ABI ISHAQ (187H).

 

[] Dilahirkan di KUFAH dan meninggal dunia di SYAM.

 

[] Dia adalah abang kepada perawi hadis bernama ISRAEL BIN YUNUS

 

[] Salah seorang ulama terkemuka yang terkenal dengan hafalan dan ahli ibadat[28].

 

[] Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.

 

[] nama perawi ini sudah diulang sebut untuk kali ke-7, iaitu hadis ke- 2, 33, 35, 47, 51, 62 & 104, 151.

 

[] terkenal dengan hafalan ilmu serta ahli ibadat[29].

 

حَدَّثَنِي أَبِي

[] YUNUS BIN ABI ISHAQ AMRU BIN ABDILLAH AL-HAMDANI[30] AL-SUBAI’IE[31] @ ABU ISRAIEL AL-KUFI (159H[32]) [33] – tabiin

 

[] Dia tinggal di kufah

 

[] Dia adalah anak kepada ulama hadis terkenal, iaitu ABU ISHAQ AL-SUBAI’IE dan bapa kepada ulama hadis yang terkenal, iaitu ISRAEL BIN YUNUS dan adik beradik dengan ulama hadis terkenal, iaitu ISA BIN YUNUS.

 

[] kutub sittah[34].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.        Dianggap siqah oleh IBN MAIN[35], IBN HIBBAN & IBN SYAHIN[36]

B.        IBN ADI kata, baginya ada hadis yang baik-baik[37].

C.         NASAIE kata, ليس به بأس[38]

D.       IBN MAHDI kata, dia لم يكن به بأس

E.         IBN SAAD kata, dia siqah insya Allah. [39] Dia punyai banyak hadis.

F.          SAJI kata, dia soduq[40]

G.       ZAHABI kata, dua anaknya amat itqan dalam hadis. Namun dia, hasan al-Hadis.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN

H.       ABU HATIM kata, dia soduq tetapi tidak boleh dibuat hujah[41].[42]

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

I.              AHMAD kata, hadisnya mudhtarib[43].[44]

J.             QATTAN kata, dia dalam kelalaian yang amat sangat[45]

 

 عَنِ الشَّعْبِيِّ

[] SYA’BI @ ‘AMIR BIN SYURAHIL AL-HIMYARI[46]. (22H[47] – 104H) – tabiin.

 

[] Dia dinisbahkan kepada penduduk di bukit di Yaman[48], tetapi dia berasal dari keturunan HAMDAN (iran).

 

[] Dia dilahirkan di Kufah. Kemudian tinggal di madinah dan beberapa buah tempat.

 

[] Dia terkenal meriwayatkan kisah-kisah dari ahli kitab yang memeluk islam yang disebut Israiliyat.

 

[] dia kata, dia pernah jumpa dengan 500 orang sahabat dan dengar hadis dari 48 orang dari kalangan mereka[49].

 

[] kutub sittah.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

(a)      Dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH & ramai lagi[50]

(b)     SUFYAN BIN UYAYNAH berkata: orang hebat di zaman masing-masing adalah IBN ABBAS, AL-SYA’BI DAN AL-SAURI[51].

(c)       MAK-HUL kata, aku tidak nampak ada orang yang lebih faqih berbanding AL-SYA’BI. Perkataan hampir sama disebut oleh ABU HUSOIN dan ABU MIJLAZ[52]

(d)     IBN MA’IN kata, mana-mana perawi yang diambil hadis oleh AL-SYA’BI, itu tandanya perawi itu siqah dan boleh dibuat hujah.

(e)      AL-JILI kata, mursal AL-SYA’BI adalah sahih[53].

(f)          AL-ZAHABI kata, dia adalah Imam faqih mutqin sabat

(g)      AL-ASQALANI kata, dia sabat faqih Fadhil.

(h)     IBN SIRIN kata, aku sampai di kufah, aku dapati al-Sya’bi ada halakah ilmu yang ramai, walhal ketika itu sahabat nabi masih ramai lagi.

(i)           AL-HAKIM kata, dia tidak mendengar hadis dari ABDULLAH BIN MAS’UD, walaupun dia pernah melihat sahabat nabi besar itu.

 

عُرْوَةَ بْنَ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ

[] URWAH BIN AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH AL-SAQAFI @ ABU YA’FUR[54] AL-KUFI (90H[55]) – TABIIN.

 

[] Dia adalah anak kepada AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH yang merupakan sahabat Nabi.

 

[] Dia meninggal dunia di Kufah.

 

[] Khalifah bin Khayyat kata, Hajjaj lantik dia jadi gabenor di Kufah. Hal itu disebut oleh IBN HIBBAN dalam AL-SIQAT[56].

 

[] KOMENTAR

A.        Kutub sittah.[57]

B.        Dianggap siqah oleh IBN HIBBAN, ASQALANI dan AL-JILI.

C.         AL-IJLI kata, dia tabiin siqah[58].

 

الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ

[] MUGHIRAH BIN SYU’BAH BIN ‘AMIR BIN MAS’UD AL-SAQAFI @ ABU ABDILLAH/ABU ISA (23SH-50H)

 

[] Dia dilahirkan dia kalangan Saqif di Taif. Dibesarkan di situ. dan meninggal di kufah ketika umurnya 70 tahun kerana penyakit taun. Dia pernah sampai ke Bahrain, Madinah, Mekah dan Basrah.

 

[] dia digelar sebagai salah seorang DUHAT AL-ARAB (Cerdik pandai arab); iaitu MUAWIYAH BIN ABI SUFYAH, AMRU BIN AL-AS, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH dan ZIYAD.

 

[] Dia memeluk islam pada tahun tercetuskan perang khandaq (5 Hijrah), iaitu selepas dia bersama dengan BANI MALIK ke mesir dan 13 orang dari BANI MALIK di bunuh oleh raja muqawqis. dia salah seorang terlibat dalam sejarah SULH AL-HUDAIBIYYAH.

 

[] matanya buta sebelah dalam perang yarmuk. Dia terlibat dalam sejarah AL-QADISIYYAH, NAHAWAND, HAMZAN dan sebagainya.

 

 

[] Di era Umar, beliau dilantik menjadi gabenor basrah. Namun, dia digugurkan kerana ada orang saksikan bahawa dia berzina. 

 

Kemudian dia dilantik menjadi gabenor di Kufah. Dia kekal di situ sehingga Saidina Umar dibunuh. Di era Osman, dia disambung jawatan tersebut sehingga Osman menggugurkan jawatannya.

 

[] Semasa Muawiyah menjadi khalifah, Muawiyah lantik AMRU BIN AL-AS jadi gabenor di kufah dan anaknya, ABDULLAH BIN AMRU di mesir. Al-Mughirah pun berjumpa dengan Muawiyah dan menyatakan: Wahai Amirul Mukminin, tindakan kamu lantik Amru di Kufah dan anaknya di Mesir, umpama kamu berada antara dua bahu singa.

 

Muawiyyah pun minta pandangan Mughirah. Makanya, mughirah mencadangkan agar kedua-dua anak beranak itu berada di mesir, dan lantik Mughirah sebagai gabenor di Kufah. Dengan cadangan itu, Muawiyah lantik Mughirah jadi gabenor di Kufah sehingga dia wafat di situ.

 

[] Dia terlibat dalam peerang Yamamah, terlibat dalam Fath al-Syam, iraq. Umar lantik dia jadi Gabenor di basrah.


Selepas itu, terlibat dalam Fath MISAN (selatan Iraq), HAMZAN (iran) dan beberapa buah negara.

 

[] Semasa sejarah perjanjian Hudaibiyyah, Urwah bin Mas’ud dihantar oleh Quraish berjumpa dengan Nabi saw. Semasa dia bercakap dengan Nabi, dia menyentuh janggut Nabi. Mughirah ketika itu memakai topeng perang berdiri. Dia menepis serta berkata kepada Urwah: turunkan tangan kamu sebelum pedang ini sampai kepada kamu. Urwah pun tanya  Nabi saw: siapa ini wahai Muhammad? Dia amat keras. Nabi saw jawab: itu orang dari keturunan kamu (Saqafi)[59].

 

[] namanya diulang sebut untuk kali ke-3, Iaitu hadis ke-149, 150 & 151

 



[1] nama perawi ini sudah diulang sebut untuk kali ke-7, iaitu hadis ke- 2, 33, 35, 47, 51, 62 & 104, 151

[2] Guru Abu Daud ini diulang sebut namanya untuk kali ke-28, iaitu dalam hadis ke-2, 4, 7, 9, 22, 23, 49, 62, 68, 72, 77, 79, 80, 81, 97, 103, 104, 111, 116, 118, 119, 126, 130, 132, 134, 135, 138, 150 & 151.

[3] Dalam riwayat IBN DASAH dan IBN AL-ARABI, digunakan lafaz ركبة (arnaut:1/107). Perkataan ركبة adalah jemaah orang musafir dalam keadaan mereka menaiki kenderaan. Bilangan paling kurang mereka adalah 10 orang. Pada asalnya, ia digunakan untuk menunggang unta sahaja. namun, evolusi bahasa menjadikan perkataan itu digunakan untuk semua jenis binatangan kenderaan (manhal:2/110)

[4] Perkatan الإداوة adalah bekas air yang diperbuat dari kulit. (bazl:2/9)

[5] Ruslan:2/140

 

[6] Bazl:2/9

[7] Rom adalah merujuk kepada satu kabilah yang bermuarakan dari orang bernama ROM bin ISU عيصو bin ISHAQ. Asal keturunan mereka tinggal di bahagian Utara dari negara arab. (manhal:2/110)

[8] manhal:2/113

[9] Ruslan:2/141

[10] Ruslan:2/142

[11] Aun:1/91

[12] Manhal:2/111

[13] Manhal:2/111

[14] Manhal:2/111

[15] Manhal:2/112

[16] Manhal:2/112

[17] Manhal:2/113

[18] Manhal:2/112

[19] Manhal:2/113

[20] Manhal:2/113

[21] Manhal:2/113

[22] Manhal:2/113

[23] Manhal:2/113

[24] Bazl:2/9 | Aun:1/91

[25] manhal:2/113

[26] manhal:2/113

[27] manhal:2/113

[28] Ruslan:2/139 | Ruslan:1/661

[29] Ruslan:2/139

[30] Bazl:2/9

[31] Subai’ adalah satu tempat di Hamdan (Bazl:2/9)

[32] Bazl:2/9

[33] Manhal:2/110

[34] aini:1/355

[35] aini:1/355

[36] Bazl:2/9

[37] Manhal:2/110

[38] Manhal:2/110

[39] Bazl:2/9

[40] Bazl:2/9

[41] Manhal:2/110

[42] Bazl:2/9 | aini:1/355

[43] Manhal:2/110

[44] Bazl:2/9 | aini:1/355

[45] Bazl:2/9

[46] Manhal:2/110

[47] Ulama berbeza pendapat berkenaan tarikh lahirnya; Ada kata, 16 hijrah; ada kata, 10 hijrah; ada kata, 31 hijrah. Khalifah bin Khayyat kata, dia dilahirkan sama tahun dengan al-Hasan al-Basri, iaitu tahun 21 hijrah. Al-Asmu’ie kata, pada tahun 17 hijrah.

[48] Manhal:2/110

[49] Manhal:1/286

[50] manhal:1/286

[51] Tawassut:2/616

[52] Manhal:1/286

[53] manhal:1/286

[54] Ada baca dengan ABU YAAQUB. Aini:1/350

[55]AL-SAHRAMPURI kata, dia meninggal atas tahun 90 hijrah. Bazl:2/4. Ada pula kata, tahun 87 Hijrah.

[56] Bazl:2/4

[57] Ada baca dengan ABU YAAQUB. Aini:1/350

[58] Bazl:2/4

[59] Maghazi al-waqidi, 2/595

No comments:

Post a Comment