BAB 50 |
بَابٌ فِي الرَّجُلِ
يُدْخِلُ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ قَبْلَ أَنْ يَغْسِلَهَا
BERKENAAN LELAKI YANG
MEMASUKKAN TANGANNYA KE DALAM BEJANA AIR SEBELUM DIA MEMBASUHNYA (TERLEBIH
DAHULU)
[SYARAH
TAJUK]
[1] Dalam nuskhah lain digunakan tajuk: (Manhal:1/326)
بَابٌ يُدْخِلُ يَدَهُ
فِي الْإِنَاءِ قَبْلَ أَنْ يَغْسِلَهَا
HADIS 103 |
103 - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الْأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي رَزِينٍ، وَأَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنَ اللَّيْلِ، فَلَا
يَغْمِسْ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَإِنَّهُ
لَا يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ»
BIOGRAFI PERAWI (103) |
مُسَدَّدٌ ((بن مسرهد | 150ه –
208ه | البصرة | الرقم:17))
[2] MUSADDAD BIN MUSARHAD
(150H-208H). dilahirkan dan meninggal dunia di BASRAH.
[3] Guru Abu Daud ini
diulang sebut namanya untuk kali ke-17, iaitu dalam hadis ke-2, 4, 7, 9, 22,
23, 49, 62, 68, 72, 77, 79, 80, 81, 97 dan 103.
أَبُو مُعَاوِيَةَ ((محمد بن خازم | 113ه – 194ه |
الرقم:3)
[4] ABU MUAWIYAH
(113H-194H). Nama sebenarnya MUHAMMAD BIN KHAZIM AL-DHORIR. Dilahirkan dan
meninggal dunia di KUFAH. Pernah sampai ke BAGHDAD.
[5] Matanya buta semenjak
umurnya 8 tahun.
[6]
KOMENTAR NEGATIF:
(A) Didakwa bahawa beliau seorang penganut
Murji-ah. Hal ini mengikut dakwaan ramai ulama seperti Abu Hatim bin Habban
al-Basti, Ahmad bin Soleh al-Jili, Ibn Hajar al-Asqalani, al-Zahabi, al-Waqidi
dan Ya’qub bin Syaibah al-Sadusi.
Lebih berat dari itu, Abu Daud
menyatakan bahawa dia adalah ketua penganut Murji-ah di Kufah. Abu Zur’ah
al-Razi pula kata, dia bukan sekadar penganut, bahkan menyeru manusia kepada
fahaman tersebut.
(B) didakwa dia seorang mudallis sepertimana kata Ahmad bin
Hamzah bin Abi Tahir, al-Waqidi dan Ya’qub bin Syaibah al-Sadusi.
(C) Didakwa bahawa dia mudhtarib kecuali hadis yang dia ambil
dari al-A’mash sahaja, sepertimana kata Ahmad bin Hanbal dan Abdul Rahman bin
Yusuf bin Khirash.
(D)
Didakwa bahawa dia seorang ada
buat silap dan waham dalam periwayatan hadis, sepertimana kata Ibn Hajar
al-Asqalani dan Yahya bin Ma’in.
(E) Lebih berat
lagi, ada menganggap dia seorang pemungkar hadis, andai dia ambil hadis dari
Ubaidullah bin Umar bin al-Khattab, sepertimana kata Yahya bin Ma’in. Dalam
kata lain, jika dia ambil hadis dari Ubaidullah, maka riwayatnya itu hendaklah
ditolak.
[7] KOMENTAR
POSITIF:
Dalam pada itu, terdapat beberapa
factor yang menyebabkan riwayatnya diterima dengan alasan berikut:
(A) Dia salah seorang dari rijal kutub sittah.
(B) Dia diakui
seorang yang penghafaz hadis serta tekun, sepertimana kata Abu Hatim bin Habban
al-Basti, al-Waqidi dan al-Zahabi.
(C) Dia
disenaraikan juga sebagai salah seorang perawi siqah, sepertimana kata Ahmad
bin Soleh al-Jili, Ibn Hajar al-Asqalani, al-Waqidi dan Ya’qub bin Syaibah
al-Sadusi.
(D)
Yang paling dipercayai adalah
apabila dia mengambil hadis dari al-‘Amash (seperti dalam hadis ini), kerana
dia amat hafal hadis yang dia belajar dari al-A’mash tersebut. Hal diperakui
oleh ramai ulama seperti Ahmad bin Hanbal, Ibn Hajar al-Asqalani, al-Zahabi,
Abdul Rahman bin Yusuf bin Khirash dan Yahya bin Main
[8]
Dia adalah perawi untuk kali ke-3 dalam Sunan Abi Daud, iaitu dalam hadis ke-7,
21 dan 103
الْأَعْمَشِ ((سليمان بن مهران الأعمش |
61-148ه | كوفة | عابد | اصل مدينة الري (الطهران, ولد و مات بالكوفة | الرقم: 5))
[9] SULAIMAN BIN MIHRAN
AL-A’MASH (61H-148H). Dilahirkan di TABARISTAN (Iran) dan meninggal dunia di
KUFAH. AL-ZAHABI menyatakan bahawa dia digelar dengan SYAIKH AL-MUHADDISIN.
[10] Dilahirkan
perkampungan ibunya, TABARISTAN pada era Saidina Husain di Bunuh dan dikatakan
bapanya ada di tempat kejadian pembunuhan tersebut.
[11] AL-ZAHABI kata, dia
selalu buat TADLIS bahkan dari perawi lemah tanpa dia sedar. Justeru, apabila
dia riwayat dengan حدثنا, maka riwayatnya sahih. Namun, jika dia riwayat dengan عن, maka perlu
diteliti terlebih dahulu.
[12] Nama perawi ini
diulang sebut untuk kali ke-5, iaitu hadis ke-7, 14, 20, 22 dan 103.
أَبِي رَزِينٍ ((مسعود
بن مالك الأسدي |85ه| الرقم: 2))
[13] ABU RAZIN (85H). Nama
sebenarnya MAS’UD BIN MALIK AL-KUFI AL-ASADI.
[14] Semasa tercetus
perang Siffin, dia berpihak kepada Saidina Ali.
[15] Dia adalah rijal
Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari riwayatkan
hadisnya dalam al-Adab al-Mufrad dan ta’liq dalam sahih al-Bukhari.
[16] Nama perawi ini
diulang sebut untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-71 (istisyhad) dan 103
وَأَبِي صَالِحٍ ((ذكوان السمان | 101ه | الرقم: 4))
[17] ABU SOLEH (101H).
nama sebenarnya ZAKWAN AL-SAMMAN. Meninggal dunia di Kufah.
[18] Tidak diketahui
secara tepat Tarikh lahirnya. Namun, rata-rata ulama hadis kata, dia dilahirkan
di era pemerintahan Saidina Umar (13H-23H).
[19] Dia adalah Tabiin dan
merupakan bekas hamba JUWAIRIYYAH BINTI AL-HARIS.
[20] Dia adalah Rijal
al-Kutub al-Sittah.
[21] nama perawi ini
diulang sebut untuk kali ke-4, iaitu hadis ke-8, 44, 73 dan 103.
أَبِي هُرَيْرَةَ ((21ق ه- 59ه | الرقم: = 18))
[22] ABU HURAIRAH
(21SH-59H). Nama sebenarnya ABDUL RAHMAN BIN SOKHR. Dilahirkan di Yaman dan
meninggal dunia di Madinah (kubur Baqi’. Pernah menjadi gabenor di Bahrain,
iaitu di era pemerintahan Saidina Umar.
[23] Nama sahabat ini
diulang sebut untuk kali ke-18, iaitu hadis ke-8, 25, 28, 35, 44, 45, 46, 54,
70, 72, 73, 83, 91, 101 dan 103.
PERBAHASAN SANAD (103) |
[24] ARNAUT—isnadnya
sahih.
(a)
Hadis ini ada dalam
Bukhari (162) dan Muslim (87, 278).
(b) Ada dalam Sahih Ibn Hibban (1026).
(c)
Hadis Abu Daud 105
adalah I’tibar hadis.
[25] ALBANI—sanadnya sahih
(a)
Mengikut syarat
al-Bukhari.
(b) Muslim dan Abu ‘Awanah riwayatkan
dalam sahih mereka.
[26] Hadis ini diriwayatkan
oleh AL-BUKHARI (162) dengan sanad yang amat kuat, iaitu:
عَبْدُ اللَّهِ
بْنُ يُوسُفَ، قَالَ: أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ
الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ
PENJELASAN MATAN (103) |
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنَ اللَّيْلِ، فَلَا يَغْمِسْ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ
حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ
يَدُهُ»
Rasulullah saw bersabda: apabila seseorang kamu bangun
dari (tidur) malam, jangan dia tidak mencelupkan tangannya dalam bejana air
sehingga dia membasuhnya sebanyak tiga kali. Hal ini kerana, dia tidak tahu ke
mana tangannya berada (semasa dia sedang tidur).
PERTAMA: إِذَا قَامَ
أَحَدُكُمْ مِنَ اللَّيْلِ
[27] Dalam matan hadis
bab, digunakan lafaz: إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنَ اللَّيْلِ, sedangkan
dalam matan al-Bukhari (162), Muslim (278) dan Abu Daud (105) digunakan lafaz: وَإِذَا
اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ
[28] Bermakna, lafaz
al-Bukhari lebih umum; tidak dibataskan bangun tidur waktu malam sahaja,
sedangkan dalam hadis bab, dikhususkan tidur waktu malam.
[29] Dalam riwayat
al-Tarmizi (24), turut digunakan lafaz malam: إِذَا اسْتَيْقَظَ
أَحَدُكُمْ مِنَ اللَّيْل
Ini membuktikan bahawa hadis ini diriwayatkan secara
makna. Justeru, pemaknaan bagi tidur pada malam dalam matan hadis bab bukan
bermakna khusus tidur pada waktu malam, tetapi menggambarkan tidur tersebut
secara mendalam. Hal ini kerana, kebiasaan tidur mendalam itu berlaku ketika
tidur malam. (Aun:1/64)
Dengan itu, jika tidur siang dengan secara mendalam,
ia juga termasuk maksud hadis juga.
KEDUA: حَتَّى يَغْسِلَهَا
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ
[30] Dalam matan hadis bab,
digunakan lafaz: حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ, sedangkan
dalam lafaz al-Bukhari (162), di sini guna lafaz: فَلْيَغْسِلْ يَدَهُ
قَبْلَ أَنْ يُدْخِلَهَا فِي وَضُوئِهِ
Bermakna, dalam lafaz
al-Bukhari tidak disebutkan membasuh dengan tiga kali.
[31] Melihat kepada lafaz
matan begini, AL-IMAM AL-BUWAITI (mazhab syafie) menyatakan bahawa sebelum
mencelupkan tangan ke dalam bejana air, perlu dibasuh sebanyak tiga kali. Jika
basuh kadar kurang dari tiga kali, maka mencelup itu masih lagi dianggap makruh.
(Ruslan:1/665)
KETIGA: فَلَا يَغْمِسْ
[32] Dalam matan hadis
bab, lafaz yang digunakan adalah فَلَا يَغْمِسْ, sedangkan
dalam lafaz matan IBN KHUZAIMAH (145) dan IBN HIBBAN (1062), lafaz matan yang
digunakan adalah:فَلَا يَغْمِسَنَّ iaitu ada نون توكيد yang
diterjemah: tidak sekali-kali dia celup.
[33] Dalam Riwayat Muslim
(278), digunakan lafaz: فَلْيُفْرِغْ عَلَى يَدِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ
KEEMPAT: فِي الْإِنَاءِ
[34] Dalam matan hadis,
digunakan lafaz فِي الْإِنَاءِ—iaitu bejana kecil seperti
cawan dan jug air. Kata IBN RUSLAN, maksud dengan الإناء adalah
bejana air yang kadar kurang dua kolah. (Ruslan:1/664)
Dengan itu, jika celup
tangan dalam kolam atau tasik, ia tidak termasuk dalam maksud hadis.
(Manhal:1/327)
KELIMA: TA’LIL
[35] Pada matan: فَإِنَّهُ لَا
يَدْرِي فِيمَ بَاتَتْ يَدُهُ, ia adalah illat atau punca larangan dari celup tangan dalam
bejana air.
Justeru, Imam Nawawi
menyatakan bahawa ta’lil bagi larangan celup tangan dalam air bukan kerana
bangun dari tidur, tetapi kerana dia tidak pasti, apakah tangannya ada
menyentuh sesuatu yang boleh melibatkan najis atau tidak. (Bazl:1/205)
Makanya, apabila dia
sangsi, adalah lebih baik dari dia tidak celupkan tangannya ke dalam bejana air
kecuali dia basuh terlebih dahulu.
Oleh itu, orang yang
sudah tahu secara pasti bahawa tangannya tidak menyentuh sebarang unsur najis
atau apa-apa yang merosakan air, maka ia tidak termasuk dalam maksud hadis ini.
(Ruslan:1/661)
[36] ILLAT (SEBAB UTAMA)
LARANGAN CELUP TANGAN SELEPAS BANGUN TIDUR
PERTAMA: Imam Syafe
ada menjelaskan bahawa kebiasaan bagi ahli Hijaz bahawa mereka beristijak
menggunakan batu.
Kesan-kesan najis yang
tidak sempurna bersih itu masih ada pada tempat keluar najis.
Semasa tidur,
dibimbangi tangan itu menyentuh pada dubur atau qubul, yang sudah pasti tangan
itu terkesan dengan najis. Dengan sebab itu, Nabi saw melarang mencelup tangan
dalam air sejurus bangun dari tidur. (Dur:1/241, Manhal:1/328)
Dengan itu, ada pihak
berpendapat bahawa suruhan basuh itu kerana di tangan orang yang baru bangun
tidur ada kesan najis atau kotoran. Namun, pendapat ini dianggap DOIF oleh
KHITAB AL-SUBKI dengan alasan bahawa suruhan basuh tangan ini umum, sama ada orang yang
beristinjak dengan air dan orang yang beristinjak dengan batu. (Manhal:1/327)
KEDUA: IBN QAYYIM menyatakan,
bahawa ia adalah TA’ABBUD. Namun, pendapat ini dibantah kerana dalam matan
secara terang menyebut illat atau sebab larangan celup tangan: فَإِنَّهُ لَا يَدْرَى
أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ
KETIGA: Ada pula
berpendapat bahawa tangan orang yang tidur itu ada syaitan yang berada di
tangannya. Ia sama seperti hadis lain:
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، قَالَ: «إِذَا اسْتَيْقَظَ أُرَاهُ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ
فَتَوَضَّأَ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثًا، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيتُ عَلَى
خَيْشُومِهِ» - البخاري, 3295
Apabila seseorang kamu bangun dari tidur, lalu dia
berwuduk, maka hendaklah dia hembuskan air dari hidungnya sebanyak tiga kali.
Hal ini kerana, syaitan berada dalam lubang hidungnya.
Justeru, basuh tangan itu adalah untuk nak hambat
syaitan dari kekal berada di tempat tersebut. (Manhaj:1/328)
HUBUNGAN HADIS (103) |
Hadis 102, wuduk dan
mandi wajib ada niat. Tanpa niat, maka mandi dan wuduk tidak sah.
Hadis ke-103 pula,
wuduk dari air yang bercampur najis adalah tidak sah. Justeru, perlu
berhati-hati semasa bangun dari tidur bahawa tidak terus celup tangan dalam
air.
PENGAJARAN (103) |
[1] AIR JADI MUTANAJJIS DALAM BEJANA KECIL
[37] Hadis ini menjadi
dalil, air dalam bejana kecil seperti cawan, ia boleh menjadi najis hanya
kerana najis jatuh ke dalamnya, walaupun tidak berlaku perubahan tiga perkara
pada air tersebut. (lihat hadis ke-65)
[2] SUNAT BASUH NAJIS TIGA KALI
[38] Jika membasuh dengan
sekali basuh sahaja, itu sudah memadai. Namun, ditambah dengan tiga kali basuh,
itu dapat menghilangkan kewahaman. (Aini:1/278).
[3] TEMPAT ISTINJAK DENGAN BATU
[39] Hadis ini menjadi
dalil bahawa dubur yang diistinjak dengan batu tidak memberikan kebersihan
sempurna. Bahkan, ia masih kekal bernajis dalam maksud yang dimaafkan.
(Aini:1/278)
[4] HUKUM CELUP TANGAN DALAM AIR SEJURUS BANGUN TIDUR
[40] Ada beberapa pendapat ulama seperti berikut;
(A) HAMBALI dan DAUD ZAHIRI:
- kalau tidur siang, maka celup tangan itu MAKRUH TANZIH.
- Kalau tidur malam, celup tangan itu MAKRUH TAHRIM.
Pendapat
ini dibantah kerana:
- Hadis ini diriwayatkan secara makna. Iaitu, ada riwayat yang menyebut
bangun tidur malam, dan ada riwayat lain menyebut secara umum, iaitu tanpa
disebutkan tidur malam.
- Lafaz malam dalam hadis bab memberi maksud tidur yang amat mendalam. Hal
ini sering berlaku ketika tidur waktu malam.
(B) HASAN AL-BASRI: tidur siang atau malam, celup tangan ke dalam air adalah
HARAM.
(C) MALIKI, IBN AL-QAYYIM dan IBN DAQIQ AL-AID: larangan TA’ABBUD sahaja.
Hujahnya adalah, dalam matan hadis ada menyebut
membasuh dengan tiga kali. Kalau sekadar hilangkan najis, tidak semestinya tiga
kali. Kadangkala dengan sekali pun boleh hilang. Justeru, apanbila dibataskan
kepada tiga kali, bermakna ia bukan factor bersih, tetapi ia adalah TA’ABBUDI.
(Ruslan:1/660)
Pendapat ini dibantah oleh MAULANA MUHAMMAD AQIL dengan menyatakan
bahawa hadis ini secara jelas menyebut ‘TA’LIL’. (Dur:1/241)
(D)
IMAM SYAFIE berpendapat,
MAKRUH celup tangan dalam bejana air bagi orang yang bangun dari tidur, sama
ada tidur sekejap atau tidur lama; sama ada tidur malam atau tidur siang.
Jika dia celup tangannya juga, air itu tidak
rosak selama tidak jelas ada najis pada tangannya. (Manhal:1/329)
Hal ini berpegang dengan kaedah:
اليقين لا يزول بالشك الا بمثله
“Yakin tidak hilang dengan syak kecuali dengan keyakinan semisalnya”
(E) JUMHUR ULAMA: tidak makruh celup tangan dalam bejana air sejurus bangun
dari tidur. Larangan celup dalam hadis ini sekadar menghilangkan kesangsian dan
kebimbangan sahaja. Justeru, apabila seseorang itu bangun dan dia ada
kesangsian bahawa kemungkinan tangannya ada menyentuh perkara yang tidak
sepatutnya semasa dia sedang tidur, maka baru dia disunatkan membasuh tangannya
sejurus dia bangun dari tidur.
Pendapat Jumhur ini juga menyatakan, air yang dicelup itu tidak menjadi
kotor dan tidak menjadi najis.
[5] IMPLIKASI HUKUM
(A) AIR YANG DICELUP
Kalau mengikut pendapat yang
kata makruh seperti Mazhab Syafie, celup tangan itu, impilikasi hukum air
tersebut adalah tidak najis.
Adapun pendapat AL-HASAN
BASRI, ISHAQ BIN RAHWIYYAH dan MUHAMMAD BIN JARIR AL-TABARI, mereka menyatakan
itu dikira sebagai najis.
Pendapat ini tidak kuat,
kerana mereka menyandarkan pendapat ini kepada hadis yang TIDAK MAHFUZ—iaitu
kononnya hadis ini ada sambungan, iaitu suruhan agar dicuah air tersebut,
sedangkan sambungan itu adalah mungkar, serta kaedah fiqh sebut: asal sesuatu
air itu adalah bersih kecuali ada bukti yang menyatakan bahawa ia najis
(manhal:1/329)
(B) HUKUM YANG SAMA DENGAN TIDUR
Larangan celup tangan dalam
bejana air sejurus bangun tidur, hukumnya sama dengan hukum orang yang PENGSAN
dan GILA, kerana sama-sama mempunyai illat yang sama, iaitu hilang kesedaran (Manhal:1/328)
(C) SELAIN TIDUR
Jika bangun tidur pun
disunatkan basuh tangan kerana bimbang kotoran, sudah pasti sunat basuh tangan
sejurus selesai dari buang air besar dan kecil (Manhal:1/328) dan sebarang
hal-hal yang melahirkan kesangsian tangan kotor.
[6] HINDARI SEBARANG UNSUR WAS- WAS SEMASA MAHU IBADAT
Hadis ini suruh basuh tangan
terlebih dahulu, untuk hilangkan kesangsian pada air yang mahu digunakan untuk
berwuduk.
Dengan sebab itu, Nabi saw
suruh membasuh dua tangan terlebih dahulu sebelum memulai wuduk.
Demikian juga, fiqh
menggalakkan kita merenjis air ke seluar atau kain sejurus selesai dari Qadha’
Hajat. Imam al-Nawawi ada berkata:
يُسْتَحَبُّ
أَنْ يَأْخُذَ حَفْنَةً مِنْ مَاءٍ فَيَنْضَحَ بِهَا فَرْجَهُ وَدَاخِلَ
سَرَاوِيلِهِ أَوْ إزَارِهِ بَعْدَ الِاسْتِنْجَاءِ دَفْعًا لِلْوَسْوَاسِ – المجموع شرح المهذب,
ج 2 ص 112
Digalakkan bahawa
mengambil sedikit air, lalu direnjiskan pada kemaluan dan dalam seluar atau
kain selepas dari istinjak dengan tujuan untuk hindari was-was.
No comments:
Post a Comment