Tuesday, July 25, 2023

HADIS 155

 

ABU DAUD, HADIS NO: 155

 

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، وَأَحْمَدُ بْنُ أَبِي شُعَيْبٍ الْحَرَّانِيُّ، قَالَا: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، حَدَّثَنَا دَلْهَمُ بْنُ صَالِحٍ، عَنْ حُجَيْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ

عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّجَاشِيَّ أَهْدَى إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُفَّيْنِ أَسْوَدَيْنِ سَاذَجَيْنِ، فَلَبِسَهُمَا ثُمَّ تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَيْهِمَا

 قَالَ مُسَدَّدٌ: عَنْ دَلْهَمِ بْنِ صَالِحٍ

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: «هَذَا مِمَّا تَفَرَّدَ بِهِ أَهْلُ الْبَصْرَةِ»

 

GAMBARAN DASAR HADIS 155

 

[1] Sanad hadis ini doif. tetapi dianggap Hasan lighairih atau hasan kerana hadis ini ada sahabat Nabi lain yang turut riwayatkan (Syawahid), iaitu AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH (al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra).

 

[2] Abu Daud bawakan hadis ini sekadar ISTISYHAD sahaja, kerana dalam hadis ini hanya menjelaskan berkenaan Nabi saw pakai Khuf yang terdapat banyak riwayat lain sudah menyebut hal tersebut.

 

PERBAHASAN SANAD 155

 

[3] SANAD

 

PERAWI

TEMPAT

STATUS

 

 

Rasulullah

(11H)

 

 

-           Mekah

-           Madinah

 

 

-           Maksum

-           Perbuatan

 

6.

 

Buraidah bin al-Husaib

(63H)

 

 

-           Turkmenistan (M)

-           Sajistan, Iran

-           Madinah

-           Basrah

 

 

-           Sahabat

 

5.

 

Abdullah bin Buraidah

(15H – 115H)

 

 

-           Basrah/Kufah (L)

-           Turkmenistan (M)

-           Khurasan

 

 

-           Kutub Sittah

-           Siqah

-           Dia tidak dengar hadis dari bapanya dan Aisyah.

-           Hadis dia dari Umar mursal.

 

 

4.

 

Hujair bin Abdillah Al-Kindi

( - )

 

 

-           Kufah/basrah

 

-           Maqbul

-           Majhul

 

3.

 

Dalham bin Soleh

( - )

*Ibn Saad kata, dia meninggal di era Khalifah Abu Jaafar. Pemerintahan Abu Jaafar bermula tahun 136 hijrah sehingga 158 hijrah

 

 

-           Kufah.

 

-           Doif

 

2.

 

Waki’e bin al-Jarrah.

(129H – 197H)[1]

 

 

-           Kufah

 

 

1.

 

Musaddad bin Musarhad

(150H – 228H[2])

 

 

-           Basrah

 

-           Al-Bukhari

-           Siqah tinggi

 

Ahmad bin Abi Syuaib al-Harrani

(233H)

 

 

 

 

 

-           Bukhari

-           Siqah rendah

 

 

ABU DAUD

(202H - 275H)

 

 

 

 

[4] ARNAUT—HASAN LIGHAIRIH.

-          Sanad ini doif kerana;

o   perawi doif bernama DALHAM BIN SOLEH

o   perawi majhul bernama HUJAIR BIN ABDILLAH.

-          Dianggap hasan lighairih kerana hadis ini ada syawahid dari sahabat Nabi yang lain, iaitu AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH;

عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ " أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى خُفَّيْهِ " قَالَ: فَقَالَ رَجُلٌ عِنْدَ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ: يَا مُغِيرَةُ وَمَنْ أَيْنَ كَانَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُفَّانِ؟ قَالَ: فَقَالَ الْمُغِيرَةُ: أَهْدَاهُمَا إِلَيْهِ النَّجَاشِيُّ  البيهقي (السنن الكبري) 1346

Rasulullah saw berwuduk dan sapu pada dua khufnya. Seseorang lelaki berada di sisi al-Mughirah bin Syu’bah bertanya: wahai Mughirah. Siapa yang memberi dua khuf itu kepada Rasulullah saw? jawab al-Mughirah: al-Najasyi yang memberi hadiah dua khuf itu kepada Baginda.

 

[5] ALBANI—HADIS HASAN

-          Demikian kata AL-TARMIZI.

-          Hadis ini hasan kerana syawahid. Rijalnya siqah, iaitu rijal al-Bukhari kecuali DALHAM BIN SOLEH. Ulama-ulama hadis anggap dia doif kecuali Abu Daud sahaja.

o   Abu daud kata, dia ليس به بأس

o   Abu hatim kata, dia lebih aku suka berbanding Bukair bin ‘Amir dan Isa bin al-Musayyib.

-          HUJAIR BIN ABDILLAH

o   Kata Ibn Adi, dia tidak dikenali.

o   Ibn Hibban dalam senarai al-Siqat.

o   Al-Tarmizi anggap dia hasan.

 

MATAN 155 (A)

 

[6] Daripada Buraidah bin al-Husaib:

عَنْ أَبِيهِ :أَنَّ النَّجَاشِيَّ أَهْدَى إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُفَّيْنِ أَسْوَدَيْنِ سَاذَجَيْنِ، فَلَبِسَهُمَا ثُمَّ تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَيْهِمَا

Raja Najasyi pernah memberi hadiah kepada Rasulullah sepasang khuf hitam tanpa ada sebarang ukiran dan campuran warna lain[3], maka baginda memakainya, kemudian baginda berwudhu dan mengusap di bahagian atas keduanya.

 

[7] Perkataan AL-NAJASHI adalah gelaran yang diberikan raja-raja Habsyah, seperti raja farsi disebut dengan KISRA; raja Rom disebut dengan QAISAR[4]; raja mesir disebut Firaun; raja Iskandariyyah disebut AL-MUQAWQIS; raja yaman disebut TABA’N; Raja Yunan disebut BATLIMUS; raja turki disebut KHAQAN; raja yahudi disebut QATBUN; raja al-Sobiin disebut NAMRUD; Raja arab dari berkahwin dengan ajam disebut AL-NU’MAN; raja al-Barbar disebut JALUT dan sebagainya[5].

 

Berkenaan nama sebenarnya, terdapat beberapa dakwaan seperti berikut;

(a)                Asmahah bin Bahr[6].

(b)               Mushamah

(c)                Asham.

*kesemua ini dalam sebutan Habsyah yang namanya dalam bahasa arab adalah ATIYYAH[7].

 

[8] Memandangkan dalam hadis hanya menyebut النجاشي yang merupakan gelaran bagi raja Habsyah, AL-SAYUTI menyatakan bahawa kemungkinan individu raja ini bukan raja Habsyah yang memeluk Islam. tetapi individu raja Habsyah yang lain[8]. namun begitu, majoriti ulama hadis menyatakan bahawa maksud hadis ini adalah individu raja Habsyah yang memeluk islam.

 

[9] Dia memeluk Islam di era Nabi Muhammad masih hidup lagi. Namun, dia tidak berhijrah ke kepada Nabi saw.

 

Dia memeluk Islam bermula dari Nabi saw mengarahkan kepada sahabat agar berhijrah ke Habsyah ekoran dari penyeksaan teruk yang dilakukan oleh Quraish kepada sahabat-sahabat semasa era Mekah.

 

Nabi saw memberitahu kepada sahabat;

إِنَّ بِأَرْضِ الْحَبَشَةِ مَلِكًا لَا يُظْلَمُ أَحَدٌ عِنْدَهُ فَالْحَقُوا بِبِلَادِهِ حَتَّى يَجْعَلَ اللهُ لَكُمْ فَرَجًا وَمَخْرَجًا مِمَّا أَنْتُمْ فِيهِ – البيهقي (السنن الكبري) 17734

Di bumi Habsyah ada raja yang tidak akan menzalimi seorang pun yang berada di bawah kawalannya. Berhubunglah kamu dengan negaranya sehingga Allah membuka jalan keluar dari apa yang kami berada di sana

 

Apabil Quraish nampak sahabat Nabi mendapat keamanan dari kerajaan Habsyah, mereka hantar AMRU BIN AL-AS dan ABDULLAH BIN ABI RABI’AH agar berjumpa dengan Raja Habsyah.

 

Mereka berjumpa Raja Habsyah dengan membawa hadiah untuk diberikan kepada raja Habsyah dan para pembesarnya.

 

Apabila mereka sampai di Habsyah, mereka hasut dengan kata: orang-orang islam itu adalah kalangan orang bodoh dalam kalangan kami. Mereka memecah belahkan agama kaum kami. Mereka tidak masuk dalam agama raja kamu pun. Mereka datang dengan agama baru.

 

Jaafar bin Abi Talib yang merupakan ketua delegasi di pihak Muslim berkata kepada raja Habsyah:

أَيُّهَا الْمَلِكُ، كُنَّا قَوْمًا أَهْلَ جَاهِلِيَّةٍ نَعْبُدُ الْأَصْنَامَ، وَنَأْكُلُ الْمَيْتَةَ وَنَأْتِي الْفَوَاحِشَ، وَنَقْطَعُ الْأَرْحَامَ، وَنُسِيءُ الْجِوَارَ يَأْكُلُ الْقَوِيُّ مِنَّا الضَّعِيفَ، فَكُنَّا عَلَى ذَلِكَ حَتَّى بَعَثَ اللهُ إِلَيْنَا رَسُولًا مِنَّا نَعْرِفُ نَسَبَهُ، وَصِدْقَهُ، وَأَمَانَتَهُ، وَعَفَافَهُ، " فَدَعَانَا إِلَى اللهِ لِنُوَحِّدَهُ، وَنَعْبُدَهُ، وَنَخْلَعَ مَا كُنَّا نَعْبُدُ نَحْنُ وَآبَاؤُنَا مِنْ دُونِهِ مِنَ الحِجَارَةِ وَالْأَوْثَانِ، وَأَمَرَنَا بِصِدْقِ الْحَدِيثِ، وَأَدَاءِ الْأَمَانَةِ، وَصِلَةِ الرَّحِمِ، وَحُسْنِ الْجِوَارِ، وَالْكَفِّ عَنِ الْمَحَارِمِ، وَالدِّمَاءِ، وَنَهَانَا عَنِ الْفَوَاحِشِ، وَقَوْلِ الزُّورِ، وَأَكْلِ مَالَ الْيَتِيمِ، وَقَذْفِ الْمُحْصَنَةِ، وَأَمَرَنَا أَنْ نَعْبُدَ اللهَ وَحْدَهُ لَا نُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَأَمَرَنَا بِالصَّلاةِ، وَالزَّكَاةِ، وَالصِّيَامِ – احمد 1740

Wahai raja, kami dulu kaum ahli jahiliyyah. Kami sembah berhala. Kami makan bangkai. Kami buat perkara buruk. Kami putuskan hubungan silaturrahim. Kami lupakan jiran tetangga yang orang kuat makan orang lemah. Kami dalam keadaan begitu sehingga Allah lantik rasul dari kalangan kami yang kami kenal nasab, benar, amanah dan kebaikannya. Dia menyeru kami kepada Allah untuk mentauhidkanNya dan kami menyembahNya. Kami tinggalkan sembahan dulu dari batu dan berhala yang disembah oleh atuk nenek kami dahulu. Dia suruh kami bercakap benar. Tunaikan amanah. Hubungkan silaturahim, buat baik kepada jiran tetangga, henti dari melakukan perkara haram, hindari membunuh. Dia halang kami dari perkara buruk, perkataan jelek, makan harta anak yatim, buat tuduhan fitnah. Dia suruh kami sembah Allah yang maha esa tanpa syirikkan sesuatu pun. Dia suruh kami tunaikan solat, zakat dan puasa.

 

Jaafar menyatakan: kami beriman dan percaya kepadanya. Kami haramkan perkara yang dia haramkan kepada kami. Kami halalkan perkara yang dia halalkan kepada kami. Kaum kami memusuhi kami. Mereka menyeksa kami. Mereka membuat tuduhan palsu pada agama kami agar kami keluar untuk menyembah berhala. Apabila mereka bertindak keras terhadap kami dan melakukan kezaliman kepada kami, kami keluar dan datang ke negara kamu. Kami memilih kamu dan berharap kepada kamu agar kami tidak dapat dizalimi di sisi kamu.

 

Raja Habsyah itu bertanya: apakah bersama kamu ada sesuatu yang menyebut berkenaan hal ini?

 

Jaafar bin Abi Talib pun membaca Surah Maryam. Ketika itu, Raja Habsyah tersebut menangis.

 

Dengan itu, Raja habsyah berkata: inilah yang dibawa oleh Isa. Ia keluar dari pelita (sumber cahaya) yang satu.

 

Kamu berdua pergi dan aku tidak akan menyerahkan orang islam ini kepada kamu berdua selama-lamanya.

 

Raja habsyah berkata kepada para sahabat nabi pula: pergilah kamu berada bebas dalam negara aku. Kamu semua mendapat keamanan. Walaupun mereka memberi kepadaku satu gunung emas pun, pasti aku tidak akan sakiti seorang pun dari kalangan kamu.

 

Dari kejadian itu, raja habsyah menulis surat kepada Rasulullah menyatakan bahawa dia beriman dengan Allah dan Muhammad sebagai utusan Allah. Dia berbaiah dengan Jaafar bin Abi Talib dan menyerahkan dirinya kepada Allah, tuhan yang mentadbir sekelian alam[9].

 

Dia meninggal di bumi Habsyah[10]. Menurut AL-SAHRAMPURI, dia meninggal sebelum Fath Mekah[11]. Nabi saw dan para sahabat solatkan jenazahnya di Madinah[12].

 

Dia tidak pernah berjumpa dengan Nabi, dan dia tidak pernah hadir majlis Nabi saw[13].

 

[10] Hadis ini adalah dalil bahawa;

A.                  Boleh terima hadiah dari orang kafir kerana menurut IBN AL-ARABI ketika al-Najasyi memberi hadiah kepada Nabi, ketika ini dia belum memeluk islam lagi. Hal ini diakui oleh AL-IRAQI[14].

B.                  Menggunakan hadiah sejurus sampai untuk pengetahuan pemberi hadiah adalah digalakan. Untuk kegembiraan bagi pemberi hadiah[15].

C.                  Tidah salah pakai khuf apa jenis warna sekalipun[16].

 

MATAN 155 (B)

 

قَالَ مُسَدَّدٌ: عَنْ دَلْهَمِ بْنِ صَالِحٍ

Musaddad berkata; dari Dalham bin Solih.

 

[11] Hadis ini, Abu Daud ambil dari dua orang guru; iaitu MUSADDAD dan AHMAD BIN ABI SYUAIB AL-HARRANI. Cuma perbezaannya adalah seperti berikit;

A.                  Riwayat Musaddad digunakan عنعنة.

B.                  Riwayat Ahmad, digunakan حدثنا.[17]

 

MATAN 155 (C)

 

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: هَذَا مِمَّا تَفَرَّدَ بِهِ أَهْلُ الْبَصْرَةِ

Abu Daud berkata; Ini termasuk hadis yang hanya diriwayatkan oleh penduduk Bashrah.

 

[12] Ini bermakna, dalam pendapat Abu Daud bahawa hadis ini adalah Gharib. Namun, ia dibantah oleh WALIYUDDIN yang merupakan guru AL-SAHRAMPURI. Menurut beliau, dakwaan Abu Daud ini perlu diteliti balik. Hal ini kerana, di semua perawi ini hanya Musaddad sahaja orang basrah. Selain dari itu, sama ada mereka orang kufah atau orang Mero.

 

Walaubagaimana pun, AL-SAHRAMPURI menolak pendapat gurunya itu dengan memberi komentar bahawa Buraidah dan anaknya, iaitu Abdullah juga pernah tinggal di Basrah. Cuma, Buraidah tinggal di madinah, kemudian berhijrah ke Basrah. Di Basrah, anaknya, Abdullah dilahirkan pada tahun 15 hijrah. Semasa di basrah, Buraidah membina rumah di situ.

 

Selepas dari itu, dia keluar berperang ke Khurasan dan tinggal di Mero dan meninggal dunia di situ.

 

Demikian juga, perawi bernama Waki’ dan Dalham; kedua-dua mereka adalah orang Kufah. Hujair pula tidak jelas, sama ada dia orang kufah atau orang basrah.

 

Atas alasan itu, AL-SAHRAMPURI menyatakan; dakwaan WALIYUDDIN bahawa hanya Musaddad sahaja penduduk basrah perlu dipertikaikan[18].

 

Walaubagaimana pun, AINI menyatakan maksud ABU DAUD adalah, hadis ini tafarrud dari orang basrah, iaitu DALHAM. Ekoran itu, al-Tarmizi kata: hadis ini hasan. Kami tidak tahu kecuali dari hadis Dalham[19].

 

Namun, dalam komentar AL-DARAQUTNI pula, hadis ini tafarrud pada HUJAIR BIN ABDILLAH, dia ambil dari IBN BURAIDAH. Tidak meriwayatkan hadis ini darinya kecuali DALHAM BIN SOLEH[20].

 

[13] Tafarrud itu ada dua:

a.                  Al-Fard al-Mutlaq; iaitu, apabila pelbagai turuq yang semuanya bermuarakan dari satu perawi sahaja[21].

b.                  Al-fard al-Nisbi; iaitu seperti satu orang sahabat riwayatkan hadis. Lalu, yang ambil darinya pelbagai jalur. Kemudian, yang ambil dari pelbagai jalur itu pula hanya seorang perawi sahaja. dinamakan sebagai NISBI kerana, tafarrud itu berlaku pada seorang perawi yang ambil dari ramai perawi[22].

 

Menurut AL-AZIM ABADI, perkataan AL-GHARIB dan AL-FARD itu satu maksud dari sudut lughah dan istilah. Namun, ada ahli istilah membezakan dari sudut banyak digunakan atau kurang digunakan. Iaitu, fard banyak digunakan untuk fard Mutlaq, sedangkan al-Gharib digunakan untuk fard Nisbi[23].

 

[14] Menurut AL-AZIB ABADI, hadis ini tafarrud pada perawi bernama DALHAM BIN SOLEH. Hal ini kerana, setiap tabaqat, ada mutabaah.

a.                  Dalam hadis ini, mutabaah antara MUSADDAD dan AHMAD BIN ABI SYUAIB AL-HARRANI.

b.                  Dalam riwayat TARMIZI, mutabaah antara HANNAD dan MUSADDAD dan AHMAD BIN ABI SYUAIB.

c.                   Dalam riwayat Ibn Majah, mutabaah antara ALI BIN MUHAMMAD dan ABU BAKAR BIN ABI SYAIBAH.

d.                  Dalam riwayat TARMIZI juga, mutabaah guru kepada Musaddad dan MUHAMMAD BIN RABI’AH.

 

Justeru, anggap tafarrud pada ahli al-Basrah, iaitu disandarkan kepada MUSADDAD adalah tidak tepat. Tetapi, yang benarnya adalah tafarrud hadis ini pada DALHAM BIN SOLEH yang merupakan orang kufah. Makanya, AL-IMAM AL-SAYUTI menyatakan, hadis ini tafarrud pada AHL AL-KUFAH; iaitu tidak ada sesiapa yang riwayatkannya kecuali seorang sahaja dari kalangan mereka.

 

Makanya, AL-AZIM ABADI kata, Abu Daud waham dalam menisbahkan hadis ini sebagai tafarrud pada ahli Basrah[24].

 

BIOGRAFI PERAWI 155

 

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ

[] MUSADDAD BIN MUSARHAD (150H-228H). Dilahirkan dan meninggal dunia di BASRAH.

 

[] Guru Abu Daud ini diulang sebut namanya untuk kali ke-29, iaitu dalam hadis ke-2, 4, 7, 9, 22, 23, 49, 62, 68, 72, 77, 79, 80, 81, 97, 103, 104, 111, 116, 118, 119, 126, 130, 132, 134, 135, 138, 150, 151 & 155.

 

 وَأَحْمَدُ بْنُ أَبِي شُعَيْبٍ الْحَرَّانِيُّ

[] AHMAD BIN ABDILLAH BIN ABI SYUAIB MUSLIM AL-HARRANI  @ ABUL HASAN (233H)

 

[] Dia bekas hamba kepada Umar bin Abdul Aziz[25].

 

[] Guru al-Bukhari, Abu Daud, al-Nasaie. Rijal al-Tarmizi.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  ABU ZUR’AH kata, dia soduq siqah.

 

قَالَا: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ

[] WAKI’ BIN AL-JARRAH (129H-197H).

 

[] Dilahirkan dan meninggal di Kufah.

 

[] Ibn Madini dakwa dia ada sedikit cenderung kepada Syiah.

 

[] Namanya diulang untuk kali ke-10, iaitu hadis ke-5, 14, 20, 45, 53, 61, 78, 131, 141 & 155

 

 حَدَّثَنَا دَلْهَمُ بْنُ صَالِحٍ

[] DALHAM BIN SOLEH AL-KINDI AL-KUFI[26].

 

[] Dia tinggal dan meninggal di Kufah.

 

[] dalam al-Tabaqat al-Kubra, IBN SAAD kata, dia meninggal di era pemerintahan ABU JAAFAR AL-MANSUR (95H – 158H) yang jadi khalifah bermula tahun 136 Hijrah sehingga dia meninggal dunia, iaitu tahun 158 hijrah.

 

[] Ada kata, namanya DALHAM BIN SUBH. Tetapi, IBN RUSLAN kata, yang paling sahih adalah BIN SOLEH[27].

 

[] Rijal ABU DAUD,  AL-TARMIZI dan IBN MAJAH[28].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  AL-DARAQUTNI kata, dia soleh.

B.                  ABU DAUD kata, dia ليس به بأس. [29]

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN;

C.                  ABU HATIM kata, dia lebih aku suka berbanding Bukari bin ‘Amir dan Isa bin al-Musayyib.

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

D.                 IBN MAIN kata, dia doif[30]. turut kata perkara yang sama adalah AL-BAIHAQI, ABU ZUR’AH dan AL-ASQALANI.

E.                  IBN HIBBAN kata, dia mungkar hadis jiddan. Hadis tafarrud dia berbeza dengan tokoh-tokoh yang sabat[31].

F.                   AHMAD BIN SYUAIB AL-NASAIE kata, dia tidak kuat.

 

 عَنْ حُجَيْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ

[] HUJAIR BIN ABDILLAH AL-KINDI[32].

 

[] AL-SAHRAMPURI kata, tidak diketahui apakah dia tinggal di basrah atau kufah[33].

 

[] Mereka keluarkan hadisnya berkenaan sapu khuf hanya satu hadis sahaja. hadis itu dianggap hasan oleh al-Tarmizi[34].

 

[] Menurut AL-SAYUTI, perawi ini tidak disebut dalam kutub sittah kecuali satu hadis sahaja, iaitu hadis berkaitan dengan sapu khuf yang dikaitkan dengan raja Habsyah[35].

 

[] rijal ABU DAUD, AL-TARMIZI dan IBN MAJAH[36].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  IBN RUSLAN kata, dia soduq[37]. Turut kata yang sama adalah AL-ZAHABI.

B.                  TARMIZI kata, hadisnya hasan.

C.                  ASQALANI kata, dia maqbul.

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

D.                 IBN ‘ADI kata, mereka tidak kenal Hujair. Hal ini disebut juga IBN HIBBAN dalam AL-SIQAT[38].

E.                  AL-TAQRIB kata, dia majhul. Tidak ada yang anggap dia siqah kecuali IBN HIBBAN sahaja.

 

 عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ

[] ABDULLAH BIN BURAIDAH BIN AL-HUSAIB الحصيب AL-ASLAMI AL-MARUZI @ ABU SAHL[39] (15H - 115H[40])

 

[] dilahirkan di era Umar bin al-Khattab di Basrah, tetapi berhijrah bersama bapanya ke Khurasan[41] dan dia pernah menjadi qadhi di Mero[42].

 

[] Ada dakwa dia dilahirkan di Kufah. Namun, semua sepakat bahawa dia sampai di Basrah dan meninggal di Mero.

 

[] IBN HUBBAN kata, dia menjadi qadhi di mar-o selepas dari abangnya meninggal dunia. Abangnya bernama SULAIMAN BIN BURDAH.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Kutub Sittah[43].

B.                  Dianggap siqah oleh AL-IJLI, IBN MAIN dan ABU HATIM[44].

C.                  IBN KHARRASH kata, dia soduq[45].

D.                 WAKI’ kata, ramai ulama hadis kata SULAIMAN BIN BURDAH lebih sahih hadis dan lebih siqah berbanding Abdullah bin Burairah.

E.                   IBRAHIM AL-HARBI kata, dia tidak dengar satu hadis pun dari bapanya. Apa yang dia riwayatkan hadis dari bapanya adalah mungkar[46]. Dengan sebab itu, AL-SAHRAMPURI kata, pelik apabila AL-HAKIM bahawa sanad hadisnya dari HUSAIN BIN WAQID, daripada Ibn Buraidah bahawa dia ambil dari bapanya; itu adalah sanad yang paling sahih bagi penduduk mero[47].

F.                   AHMAD anggap dia doif, Ahmad kata, secara dasarnya aku tidak tahu bahawa dia dengar hadis dari bapanya[48].

G.                 ABU ZUR’AH AL-RAZI kata, abdillah bin buraidah ambil hadis dari Umar secara mursal.

H.                 AL-DARAQUTNI kata, dia tidak dengar hadis dari Aisyah.

 

 عَنْ أَبِيهِ

[] BURAIDAH BIN AL-HUSAIB BIN ABDILLAH BIN AL-HARITH @ ABU ABDILLAH AL-ASLAMI[49]. (63H[50])

 

[] Tidak diketahui secara jelas tempat dia dilahirkan. Tetapi, ramai sepakat mengatakan bahawa dia meninggal di Mero – turkmenistan. Dia pernah sampai di Sajistan (iran), al-Madinah, Basrah dan Mero.

 

[] AL-SAHRAMPURI kata, dia masuk islam ketika Nabi dalam hijrah ke Madinah. ketika itu, baginda melintasi di tempatnya[51].

 

Khitab al-Subki pula kata, dia memeluk Islam sebelum kejadian perang badar. Namun, Perang tersebut dia tidak terlibat.  Selepas itu, 16 perang bersama dengan nabi dia terlibat[52].

 

Selepas Nabi wafat, dia berpindah ke Basrah. Di situ, dia bina rumah.

 

Pada era Osman, dia keluar dari basrah menuju ke Khurasan untuk berperang. Kemudian dia berpindah ke Mero dan tinggal di situ sehingga dia meninggal pada tahun 63 Hijrah. Dia adalah sahabat Nabi yang paling akhir meninggal di Khurasan[53].

 

Dia dikebumikan di tanah perkuburan Jusoin, iaitu tanah perkuburan di Mero[54].

 

 



[1] Namanya diulang untuk kali ke-10, iaitu hadis ke-5, 14, 20, 45, 53, 61, 78, 131, 141 & 155

[2] Guru Abu Daud ini diulang sebut namanya untuk kali ke-29, iaitu dalam hadis ke-2, 4, 7, 9, 22, 23, 49, 62, 68, 72, 77, 79, 80, 81, 97, 103, 104, 111, 116, 118, 119, 126, 130, 132, 134, 135, 138, 150, 151 & 155

[3] manhal:2/123

[4] bazl:2/14

[5] Manhal:2/122

[6] Aini:1/364

[7] Manhal:2/122

[8] mirqat:1/134

[9] manhal:2/123

[10] manhal:2/123 | Bazl:2/14

[11] Bazl:2/14

[12] manhal:2/123

[13] Bazl:2/14

[14] MANHAL:2/124

[15] Aun:1/92

[16] MANHAL:2/124

[17] Manhal:2/123 | Bazl:2/14

[18] Bazl:2/14

[19] Aini:1/364

[20] Aini:1/365 | Aun:1/92

[21] aun:92

[22] aun:92

[23] aun:92

[24] Aun:1/92

[25] Ruslan:2/150

[26] Bazl:2/13

[27] Ruslan:2/150

[28] Manhal:2/121

[29] Manhal:2/121 | Bazl:2/13

[30] Manhal:2/121 | Bazl:2/13

[31] Manhal:2/121 | Bazl:2/13

[32] Manhal:2/121

[33] Bazl:2/15

[34] Bazl:2/13

[35] Mirqat:2/134

[36] Manhal:2/121

[37] Ruslan:2/151

[38] Bazl:2/13

[39] Manhal:2/121

[40] ada kata 105 hijrah. (bazl:2/14)

[41] Bazl:2/15

[42] Manhal:2/121 | bazl:2/14 | Ruslan:2/151

[43] Manhal:2/121

[44] Manhal:2/121 | bazl:2/14

[45] Manhal:2/121

[46] Manhal:2/121 | bazl:2/14

[47] Bazl:2/14

[48] bazl:2/14

[49] Manhal:2/121

[50] bazl:2/14 | menurut AINI, dia meninggal pada tahun 62 hijrah. (aini:1/364)

[51] Bazl:2/14

[52] Manhal:2/121

[53] Manhal:2/121

[54] Aini:1/364

No comments:

Post a Comment