ABU
DAUD, HADIS NO: 153 |
حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُعَاذٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي بَكْرٍ يَعْنِي ابْنَ حَفْصِ بْنِ عُمَرَ بْنِ سَعْدٍ،
سَمِعَ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ
عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ السُّلَمِيِّ، أَنَّهُ شَهِدَ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ يَسْأَلُ بِلَالًا، عَنْ وُضُوءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «كَانَ يَخْرُجُ يَقْضِي حَاجَتَهُ، فَآتِيهِ
بِالْمَاءِ فَيَتَوَضَّأُ، وَيَمْسَحُ عَلَى عِمَامَتِهِ وَمُوقَيْهِ»
قَالَ أَبُو دَاوُدَ: هُوَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ مَوْلَى بَنِي تَيْمِ بْنِ
مُرَّةَ
GAMBARAN DASAR HADIS 153 |
[1] Hadis ini adalah sahih. Perdebatan hanya pada
perawi bernama ABU ABDULLAH yang didakwa ramai sebagai majhul. Tetapi Abu Daud
telah memberi penjelasan berkenaannya.
[2] Fokus utama ABU DAUD terhadap hadis ini adalah
Nabi saw sapu pada khuf semasa berwuduk. Disamping itu, hadis ini ada
pengajaran lain;
a.
ABDUL RAHMAN BIN AUF yang
merupakan sahabat bertanya berkenaan wuduk Nabi dari sahabat yang lebih banyak
fokus soal ibadat nabi, iaitu BILAL BIN RABAH.
b.
Sebelum Nabi saw berwuduk,
baginda akan selesaikan qadha’ hajat terlebih dahulu
c.
Bilal berkhidmat dengan Nabi
dengan menyediakan air untuk baginda berwuduk.
d.
Semasa berwuduk, Nabi saw sapu
pada serban dan lapisan luar bagi khuf.
PERBAHASAN SANAD 153 |
[3] SANAD;
|
PERAWI |
TEMPAT |
STATUS |
|
Rasulullah |
-
Mekah -
Madinah -
|
-
Ma’sum -
Perbuatan |
7. |
Bilal
bin Rabah/Hamamah (40SH
– 21H) |
-
Mekah -
Madinah -
Damsyiq (M) -
|
-
Sahabat -
Orang ke-7 masuk Islam |
Abdul
Rahman bin Auf (43SH
– 32H) *dilahirkan
10 tahun selepas tahun gajah. |
-
Mekah -
Madinah -
Habsyah |
-
Sahabat -
Orang ke-8 masuk islam |
|
6. |
Abu
Abdul Rahman al-Sulami (72H) [khilaf
namanya: -
Muslim bin Yasar -
Abdullah bin Habib bin
Rubayyi’ah |
-
Kufah (imam masjid) |
-
Kutub sittah -
Siqah rendah. |
5. |
Abu
Abdillah @ salman al-A’az (
- ) |
-
Asbahan. -
Madinah (Qari) |
-
Khilaf antara majhul dan ma’ruf -
Abu Daud terima riwayatnya. |
4. |
Abu
Bakar @ Abdullah bin Hafs bin Umar bin Saad (Tabiin
pertengahan) |
-
Madinah |
-
Rijal Bukhari Muslim -
Khilaf sebagai sahabat. -
Siqah tinggi. |
3. |
Syu’bah
bin al-Hajjaj (85H
– 160H)[1] |
-
Mekah -
Madinah -
Kufah -
Basrah |
-
Amirul Mukminin hadis -
Siqah tinggi. -
Riwayat secara makna. |
2. |
Muaz
bin Muaz (119H
– 196H) |
-
Basrah (qadhi) |
-
Kutub Sittah -
Siqah tinggi. |
1. |
Ubaidullah
bin Muaz (257H) |
-
Basrah |
-
Bukhari Muslim -
Siqah rendah |
|
ABU
DAUD (202H
– 275H) |
|
|
[4] ARNAUT—hadis sahih
-
Sanadnya DOIF kerana ada perawi
bernama ABU ABDULLAH yang didakwa ramai sebagai MAJHUL. Namun, Abu Daud
menjelaskan balik bahawa dia adalah Bekas Hamba kepada Bani Taiyyim bin Murrah.
[5] ALBANI—HADIS SAHIH
[6] AL-SAHRAMPURI kata, ABU ABDILLAH bekas hamba
kepada BANI TAIYM ma’ruf sebagai sahih dan diterima[2].
[7] Pada perawi bernama ABU ABD AL-RAHMAN AL-SULAMI,
ini sepertimana dalam naskhah AL-DAHLAWIYYAH. Dalam naskhah AHMADIYYAH dan
naskah yang dicetak di Mesir, TIDAK ADA penambahan kata AL-SULAMI.
Walaubagaimana pun, AL-SAHRAMPURI kata, naskhah yang ada perkataan AL-SULAMI
itu lebih mahfuz[3].
[8] Menurut IBN RUSLAN, sanad
hadis ini ada MAQLUB MUDHTARIB pada perawi bernama ABU ABD AL-RAHMAN[4]
berdasarkan nukilan dari IBN ABD AL-BAR. Iaitu;
A.
Pertama: عن
ابي عبد الله, عن ابي عبد الرحمن
B.
Kedua: عن
عبد الرحمن, عن ابي عبدالله
Dalam komentar IBN ABD AL-BAR,
kedua-duanya majhul dan tidak diketahui. Namun, peliknya dalam senarai sanad
ini ada perawi bernama SYU’BAH yang merupakan imam besar dalam ilmu hadis[5].
Menurut SAYUTI pula, beliau
nukilkan bahawa AL-SYAIKH WALIYUDDIN berkata: tidak dikenali setiap seorang
dari kedua mereka[6]. Juga
mengatakan perkara yang sama oleh AL-ZAHABI[7].
Walaubagaimana pun, SYAIKH WALIYUDDIN kata, apabila dijelaskan oleh ABU DAUD
bahawa dia dari bekas kepada BANI TAIYM BIN MURRAH, difahami bahawa dia adalah MA’RUF[8].
Walaubagaimana pun, dalam MA’ALIM
AL-SUNAN, AL-KHITTABI bawakan sanad yang sama dengan menyebut “daripada ABU
ABDUL RAHMAN AL-SULAMI”. Justeru, bukanlah dia seorang yang majhul kerana
dia adalah perawi yang terkenal dan siqah. Namun, dia TIDAK DENGAR HADIS DARI
BILAL[9].
[9] Dalam riwayat AL-TIBRANI,
AHMAD dan IBN ABI SYAIBAH, digunakan lafaz;
عَنْ بِلَالٍ، قَالَ: «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَمْسَحُ عَلَى الْمُوقَيْنِ وَالْخِمَارِ[10]»
-
Dalam riwayat IBN KHUZAIMAH digunakan lafaz مسح pada tempat
يمسح [11]
[10] Dalam riwayat Muslim,
digunakan lafaz;
عَنْ بِلَالٍ: «أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ وَالْخِمَارِ[12]»
-
Dalam lafaz الخفين di semua
riwayat guna lafaz الموقين
-
Disemua riwayat guna lafaz يمسح kecuali IBN
KHUZAIMAH dan MUSLIM, TARMIZI dan IBN MAJAH guna مسح
MATAN HADIS 153 (A) |
[11] Daripada Abu Abd al-Rahman al-Sulami:
عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ السُّلَمِيِّ، أَنَّهُ شَهِدَ عَبْدَ
الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ يَسْأَلُ بِلَالًا، عَنْ وُضُوءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،
Dia
menyaksikan (hadir[13])
Abdul Rahman bin Auf bertanya Bilal berkenaan wuduk Rasulullah saw.
[12] ABDUL RAHMAN BIN AUF bertanya BILAL berkenaan
wuduk Nabi saw kerana Bilal selalu melazimi Nabi saw.
Sudah pasti, pengetahuan dia
berkenaan Nabi amat banyak dan lebih tepat berbanding orang yang berjumpa
dengan Nabi sekali sekala sahaja[14].
MATAN HADIS 153 (B) |
فَقَالَ: كَانَ
يَخْرُجُ يَقْضِي حَاجَتَهُ، فَآتِيهِ بِالْمَاءِ فَيَتَوَضَّأُ، وَيَمْسَحُ عَلَى
عِمَامَتِهِ وَمُوقَيْهِ
Bilal
menjawab: Baginda keluar (ketempat jauh dari pandangan mata orang[15])
qadha’ hajat, lalu dibawakan air kepada baginda (untuk baginda beristinjak[16])
lalu Baginda pun berwuduk dan sapu atas serban dan dua sepatu baginda.
[13] hadis ini menyebut bahawa sebelum Nabi saw
berwuduk bahawa Nabi saw selesaikan qadha’ hajat terlebih dahulu.
Justeru, menjadi amalan SUNNAH
bahawa selesaikan qadha’ hajat terlebih dahulu sebelum berwuduk. Tambahan pula,
dalam hadis lain bahawa Nabi saw bersabda;
لَا يُصَلَّى بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ، وَلَا وَهُوَ يُدَافِعُهُ
الْأَخْبَثَانِ - ابو داود, 89 (مسلم, 560)
“seseorang kamu tidak menunaikan solat ketika makanan terhidang
dan dalam keadaan menahan dua punca kotoran (kencing dan berak)”
[14] Hadis ini menyebut bahawa Nabi saw sapu atas
serban, tanpa menyebut bahawa Nabi saw sapu pada kepala walaupun sedikit.
Walaubagaimana pun, hadis ada ihtimal, iaitu kemungkinan Nabi saw sapu sedikit
kepala dan sempurnakan sapuan itu atas kepala sepertimana dalam hadis-hadis
sebelum ini[17].
[15] Perkataan موق bermaksud;
(a)
Ada kata, Khuf dalam sebutan FARSI yang DIPER-ARAB-KAN[18].
Menurut AL-AZIM ABADI, ini pendapat QADHI IYADH, IBN AL-ATSIR & AL-HARAWI[19].
(b)
IBN AL-ARABI kata dalam Syarh Tarmizi, موق adalah
sarung kaki bahagian luar bagi khuf[20].
(c)
AL-KHITTABI kata, Khuf yang bawah kadar betis[21]
(d)
AL-JAWHARI kata, موق adalah الجرموق iaitu apa-apa yang dipakai di luar khuf[22].
[16] HUKUM SAPU ATAS LAPISAN LUAR KHUF;
(a)
ABU HANIFAH dan AHMAD menjadikan
hadis ini sebagai dalil bahawa HARUS
sapu atas lapisan luar bagi khuf DENGAN SYARAT lapisan itu dipakai selepas dari berwuduk, dan
selepas sapu atas khuf terlebih dahulu. Ini juga pendapat AL-MUZANI[23].
(b)
MALIKIYYAH pula kata, HARUS itu dengan syarat
bahawa lapisan luar itu adalah kulit juga dan semasa pakai itu hendaklah
dipakai dalam keadaan bersuci yang sempurna[24].
(c)
SYAFIIYYAH kata, sapu tersebut
dengan dua pendapat. Pendapat yang paling sahih dalam mazhab syafie dan ini
pendapat Imam Nawawi bahawa TIDAK
HARUS sapu atas lapisan luar bagi khuf[25].
Ini juga pendapat popular dalam mazhab Maliki[26].
[17] SAPU PADA SERBAN;
(a)
Hadis ini dijadikan hujah Ahmad bahawa harus sapu pada
serban[27].
(b)
Menurut
AL-AINI, setengah ulama kami (Hanafiyah) takwil bahawa Bilal lihat nabi saw
sapu kepala semasa berwuduk itu dari jauh. Ketika itu, Nabi saw sapu pada
kepala tanpa membuka serban, iaitu dengan angkat sedikit serban. Namun, Bilal
nampak seperti Nabi saw pada serban tanpa sapu pada kepala[28].
MATAN
153 (C) |
[18] Abu Daud berkata:
قَالَ أَبُو دَاوُدَ: هُوَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ
مَوْلَى بَنِي تَيْمِ بْنِ مُرَّةَ
Dia
adalah Abu Abdullah bekas hamba Bani Taiym bin Murrah.
[19] Abu Daud menyebut ini sebagai mengkritik dakwaan
yang mengatakan bahawa ABU ABDILLAH yang merupakan perawi hadis ini adalah
Majhul[29].
Bukan sebelum era Abu Daud,
bahkan selepas Abu Daud meninggal pada tahun 275 hijrah pun, masih ada yang
mengatakan begitu, iaitu IBN ABD AL-BAR (368H – 463H). Bahkan, beliau kata ABU
ABD AL-RAHMAH pun majhul[30].
Justeru, Abu Daud menjelaskan
bahawa ia tidak majhul, kerana dia dikenali bahawa dari keturunan BANI TAIYM
BIN MURRAH BIN KAAB BIN LUAIY BIN GHALIB BIN FAHR BIN MALIK BIN AL-NADHR yang
lebih dikenali dengan AL-TAIYM QURAISH dari susur galur keturunan Abu Bakar
al-Siddiq[31].
AL-HAKIM menyebut dalam TAHZIB
AL-TAHZIB bahawa ABU ABDILLAH AL-TAIMIY adalah ma’ruf sebagai diterima[32].
BIOGRAFI PERAWI 153 |
حَدَّثَنَا عُبَيْدُ
اللَّهِ بْنُ مُعَاذٍ
[] UBAIDULLAH BIN MUAZ BIN MUAZ
BIN NASR BIN HASSAAN حسان @ ABU AMRU AL-BASRI AL-HAFIZ (237H[33])
[] Dia tinggal di Basrah dan
meninggal di situ.
[] Dia adalah guru al-Bukhari,
Muslim, Abu Daud & al-Nasaie[34].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Dianggap siqah oleh ABU HATIM[35]
dan IBN QANI’[36].
B.
Namanya tersebut dalam al-Siqat
IBN HIBBAN[37].
C.
ABU DAUD kata, dia sentiasa hafal
hadis[38].
Dalam Tabaqat al-Huffaz, Abu Daud kata dia hafal lebih 10 ribu hadis.
D.
IBRAHIM BIN JUNAID kata, dia ليس بشيء[39]
[] KOMENTAR NEGATIF;
E.
IBN MAIN kata, IBN SAMINAH,
SYABAB dan UBAIDULLAH BIN MUAZ bukan Ashab al-Hadis[40].
di tempat lain, IBN MAIN kata, dia ليس بشيء
حَدَّثَنَا أَبِي @
معاذ بن معاذ
[] MUAZ BIN MUAZ BIN NASR BIN HASSAN حسان BIN AL-HUR
BIN MALIK BIN AL-KHASYSKHASY @ ABU MUTSANNA AL-TAIMIY AL-ANBARI (119H – 196H[41])
[] Dilahirkan pada tahun 119 hijrah, iaitu di era
khilafah Hisham bin Abd al-Malik di basrah. Meninggal dunia pada tahun 196
hijrah, di era khilafah Muhammad al-Amin.
[] dia adalah Qadhi di Basrah[42].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Kutub sittah[43].
B.
Dianggap siqah oleh IBN MAIN, ABU HATIM[44],
AL-NASAIE dan ramai lagi[45].
C.
NASAIE kata, dia siqah sabat[46].
D.
AHMAD kata, dia qurrah al-Ain dalam hadis. Dia orang
paling sabat di Basrah[47].
E.
AL-QATTAN kata, tidak ada orang yang lebih sabat
berbanding Muaz bin Muaz di BASRAH, KUFAH dan HIJAZ[48].
F.
IBN HIBBAN kata, dia faqih mutqin[49].
حَدَّثَنَا شُعْبَةُ
[] SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ
(85H-160H)
[] Dia pernah sampai ke
Basrah, Kufah, Mekah dan Madinah
[] Nama perawi ini
diulang sebut untuk kali ke-9, iaitu hadis ke-4, 5, 6, 23, 74, 82, 94, 113
& 153
عَنْ
أَبِي بَكْرٍ يَعْنِي ابْنَ
حَفْصِ بْنِ عُمَرَ بْنِ سَعْدٍ
[] ABU BAKAR @ ABDULLAH BIN HAFSH
BIN UMAR BIN SA’AD BIN ABI WAQAS AL-ZUHRI AL-MADANI[50].
– tabiin.
[] dalam al-Isobah, al-Asqalani
kata dia adalah tabiin pertengahan. Abu Mas’ud pula dakwa bahawa dia sahabat.
[] Dia lebih dikenali dengan
Kunyahnya, iaitu ABU BAKAR[51].
[] Dia adalah rijal Bukhari,
Muslim, Abu Daud dan al-Tarmizi[52].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Dianggap siqah oleh AL-NASAIE, AL-IJLI[53]
& NASAIE[54]..
B.
IBN ABD AL-BAR kata, ijmak ulama
bahawa dia ahli siqah[55].
سَمِعَ أَبَا عَبْدِ
اللَّهِ
[] ABU ABDILLAH @ SALMAN AL-A-A’Z
الأعز
[] Dia adalah bekas hamba kepada
Juhainah. Dia berasal dari ASBAHAN[56].
ABU DAUD kata, dia bekas hamba kepada Taiym bin Murrah[57].
[] Dia adalah Qari dari kalangan
penduduk Madinah[58].
[] Rijal Abu Daud dan al-Nasaie[59].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
AL-HAKIM kata, dia ma’ruf
diterima[60].
B.
ABU DAUD terima riwayat dia[61].
[] KOMENTAR NEGATIF;
C.
ZAHABI kata, dia tidak dikenali[62].
عَنْ
أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ
السُّلَمِيِّ
[] ABU ABDUL RAHMAN AL-SULAMI (72H[63])
[] AL-SAHRAMPURI kata, dia
meninggal pada 72 hijrah. Namun, IBN QANI’ pula kata, dia meninggal pada tahun
85 hijrah ketika berumur 90 tahun[64].
Menurut AL-AINI pula, dia
meninggal tahun 92 hijrah ketika berumur 90 thaun[65].
[] AL-DARAQUTNI kata, seorang pun
tidak menyebut namanya kecuali setengah dakwa namanya MUSLIM BIN YASAR[66].
Hal ini tidak disebut kecuali seorang sahaja, iaitu IBN ABJAR[67].
IBN HAJAR kata, hadis ABU ABDUL
RAHMAN yang ambil dari BILAL berkenaan sapu adalah MUSLIM BIN YASAR. Hal ini
disebut oleh AL-DARAQUTNI dalam kitab AL-ILAL[68].
Namun, kata ABDUL MALIK BIN
AL-SYUKHAIR, tidak ada di sisiku sepertimana yang AL-DARAQUTNI perkatakan[69].
KHITAB AL-SUBKI kata, aku tidak
dapati dalam kitab rijal berkenaan orang bernama MUSLIM BIN YASAR bahawa
kunyahnya adalah ABU ABDUL RAHMAN[70].
Dalam beberapa naskhah, ada
dakwaan mengatakan bahawa ABU ABDUL RAHMAN AL-SULAMI itu adalah ABDULLAH BIN
HABIB; dia disepakati ulama bahawa dia siqah. Namun, dia tidak pernah mendengar
hadis dari BILAL.[71]
Dalam komentar AL-SAHRANPURI
pula, namanya yang sebenar adalah ABDULLAH BIN HABIB BIN RUBAYYI’AH[72].
Ini juga pendapat AL-AINI[73].
Menurut AINI lagi, dia adalah ABU ABDUL RAHMAN AL-KUFI AL-SULAMI, adik beradik
dengan KHARSYAH dan bapanya adalah sahabat[74].
Menurut AL-AZIM ABADI, dia dari
keturunan TAIYM BIN MURRAH, iaitu keturunan Abu Bakar al-Siddiq. Menurut
AL-JAWHARI, silsilahnya adalah, Taiym bin Murrah bin Kaab bin Luay bin Ghalib
bin Fahr bin Malik bin Nadhr[75].
[] Di kufah, dia adalah seorang
Qari[76].
Semenjak era pemerintahan Saidina Osman,
dia melazimi dirinya membaca al-Quran di hadapan orang ramai di satu tiang
masjid besar Kufah. Dia lakukan itu selama 40 tahun sehingga dia meninggal
dunia. Dia lakukan itu tanpa ambil sebarang bayaran dan upah.
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Kutub sittah[77].
B.
Dianggap siqah oleh AL-IJLI dan
AL-NASAIE[78].
C.
IBN ABD AL-BAR kata, di sisi
semua ulama bahawa dia siqah[79].
[] KOMENTAR NEGATIF;
D.
KHITAB SUBKI kata, dia majhul[80].
E.
ZAHABI kata, hadis dia ambil dari
bilal berkenaan sapu serban dan dua sepatu adalah tidak diketahu[81].
أَنَّهُ شَهِدَ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ يَسْأَلُ
[] ABDUL RAHMAN BIN AUF BIN ABD
AUF BIN ABD BIN AL-HARIS BIN ZAHRAH BIN KILAB BIN MURRAH BIN KA’AB BIN LUAY @
ABU MUHAMMAD AL-MADANI[82].
(43SH - 32H semasa meninggal umurnya 75 tahun[83])
[] Dia dilahirkan 10 tahun selepas
tahun gajah. Orang ke-8 yang mula memeluk Islam. Dia islam di tangan Abu Bakar
al-Siddiq.
[] Semasa Jahiliyyah, namanya ABD
AMRU (ada kata: Abd al-Kaabah). Nama Abdul Rahman adalah nama yang diberi oleh
Nabi saw kepadanya selepas dia memeluk islam. Semenjak Jahiliyyah lagi dia
tidak pernah minum arak.
[]
Dia meninggal ketika berumur 75 tahun di Madinah di era pemerintahan Saidina
Osman. Jenazahnya disolatkan oleh Saidina Osman dan dikebumikan di kubur Baqi’[84].
[] dia terlibat dalam perang badar dan seluruh
perang selepas itu[85].
beliau antara yang luka parah semasa perang uhud, sehingga gigi depannya patah
dan mendapat 20 luka.
[] Salah seorang dari sepuluh
orang sahabat yang dijanjikan syurga semasa hidup[86].
[] Dia terlibat dua kali hijrah;
iaitu hijrah ke Habsyah dan Hijrah ke Madinah[87].
[] AL-ZUHRI menyatakan bahawa
sebelum ABDUL RAHMAN BIN AUF meninggal dunia, dia mewasiatkan agar bagi mereka
yang terlibat dalam perang badar yang masih hidup pada zamannya bahawa
dihadiahkan sebanyak 400 dinar[88].
[] Selepas Nabi wafat, kewangan
para isteri-isteri Nabi saw dijaga oleh Abdul Rahman bin Auf.
[] Salah seorang dari 6 orang
yang dicadangkan oleh Saidina Umar untuk menjadi khalifah selepas kematian
Saidina Umar; iaitu;
1.
Osman bin Affan
2.
Ali bin Abi Talib.
3.
Talhah bin Ubaidullah.
4.
Al-Zubair bin al-Awam.
5.
Abdul Rahman bin Auf
6.
Saad bin Abi Waqas.
Umar keenam mereka bermesyuarat.
Umar berpesan kepada mereka: kalau tiga orang bersetuju melantik seseorang dari
tiga itu, dan tiga orang lagi setuju seorang wakil dari mereka, maka mereka
perlu minta pandangan ABDULLAH BIN UMAR untuk menentukan salah seorang dari dua
orang tersebut.
Jika semua tidak setuju dengan
keputusan Abdullah bin Umar, maka mereka hendaklah mereka memilih pemimpin yang
bersama kelompok Abdul Rahman Auf.
Saidina Umar memuji Abdul Rahman
bin Auf dengan menyatakan: “dia mempunyai pandangan yang bernas. Dapat menutup
masalah dan ada idea baik. Allah menjaga dia. Dengarlah pandangan dia”
Umar pun berpesan kepada SUHAIB
BIN SINAN AL-RUMI untuk menjadi imam solat selama 3 hari sehingga keputusan
syura selesai.
Selepas Saidina Umar meninggal
dunia ketika berumur 65 tahun; iaitu setelah 10 tahun 6 bulan 4 hari; selepas
Saidina Umar dikebumikan, semua ahli syura yang dilantik Umar itu berhimpun di
rumah Aisyah (ada dakwaan kata, di rumah fatimah Binti Qais al-Fahriyyah, iaitu
kakak kepada al-Dahhak bin Qais).
Di situ, Abdul Rahman bin Auf
kata: jadikan urusan kamu kepada tiga orang dari kalangan kamu.
AL-ZUBAIR pun kata: aku lantik
Ali bin Abi Talib.
TALHAH kata: aku lantik Osman bin
Affan.
SAAD kata: aku lantik Abdul
Rahman bin Auf.
Justeru, calon khalifah ada tiga
nama: Ali, Osman dan Abdul Rahman bin Auf.
Abdul Rahman bin Auf pun kata:
manakah dari kamu berdua yang nak tarik diri dari urusan ini. Masa itu, kami
lantik dia yang tidak tarik diri.
Kedua-dua sahabat itu diam. Abdul
Rahman kata lagi: apakah kamu kamu jadikan aku sebagai orang yang memilih siapa
yang paling afdhal dari kamu berdua.
Dua sahabat itu jawab: kami
setuju.
Abdul Rahman pun pergi berjumpa
setiap orang islam ketika itu untuk meminta Bai’ah. Selepas subuh pada hari
Baiah pada tahun 23 Hijrah, Abdul Rahman pun umumkan bahawa Saidina Osman
sebagai Khalifah.
[] Adik-beradik Abdul Rahman bin
Auf.
1.
Abdul Rahman bin Auf – sahabat.
2.
Abdullah bin Auf – tidak muslim.
3.
Al-Aswad bin Auf – Sahabat.
Berhijrah sebelum Fath Mekah. terbunuh dalam perang jamal berpihak kepada
Aisyah. Anaknya bernama JABIR BIN AL-ASWAD BIN AUF adalah gabenor Madinah di
era IBN AL-ZUBAIR.
4.
‘Atikah عاتكة binti Auf. Masuk islam dan merupakan
isteri kepada Makhramah مخرمة bin Nawfal
5.
HALAH هالة BINTI AUF –
Isteri Bilal bin Rabah.
[] Isterinya bernama SAHLAH BINTI
‘ASIM yang dilahirkan ketika tercetus perang Khaibar (7 Hijrah), dan namanya
diberikan oleh Rasulullah.
Seorang lagi adalah TAMADHUR
BINTI AL-ASBAGH التماضر بنت الأصبغ. Dia berkahwin dengan ini ekoran Nabi
suruh dia mengepalai perang syariyyah di Daumah al-Jandal untuk perangi BANI
KALB selepas mereka lari dari perang. Nabi saw suruh dia kahwini puteri raja
mereka andai menang dalam perang tersebut.
Ketika itu, Abdul Rahman bawa 700 tentera sehingga
sampai di DAUMAN AL-JANDAL. Bertapak di situ selama tiga hari dan menyeru
penduduk di situ memeluk islam. Rajanya, Asbagh bin Sa’labah الأصبغ بن ثعلبة memeluk islam pada hari ketiga. Turut sama ramai rakyatnya.
Adapun rakyatnya yang berbaki dikenakan Jizyah. Ketika itu, Abdul Rahman
kahwini puteri raja tersebut. Abdul Rahman pun bawa isterinya ke Madinah. Dia
adalah Quraish yang pertama berkahwin dengan perempuan dari keturunan Bani
Kalb. Dari perkahwinan itu, dapat anak yang terkenal dengan kefaqihan, iaitu
ABU SALAMAH BIN ABDUL RAHMAN BIN AUF; iaitu salah seorang dari 7 orang faqih di
madinah dan menjadi Qadhi madinah pada tahun 48 hijrah sehingga 54 hijrah.
[] Abdul Rahman bin Auf antara yang terlibat dalam
FATH MEKAH. Nabi saw hantar KHALID BIN AL-WALID ke BANI JAZIMAH selepas Fath
Mekah. Khalid telah bunuh mereka secara tersalah.
Bani Jazimah ini adalah kalangan pada Jahiliyyah yang
telah membunuh bapa Abdul Rahman bin Auf dan bapa saudara Khalid bin al-Walid
yang bernama AL-FAKAH الفاكة BIN AL-MUGHIRAH.
Abdul Rahman bin Auf marah kepada Khalid dengan
berkata: Kamu membunuh mereka kerana mereka membunuh bapa saudara kamu.
Khalid pula kata: Mereka membunuh bapa kamu.
Keadaan itu menyebabkan Khalid maki hamun kepada Abdul
Rahman. Nabi saw mengetahui itu, Baginda pun berpesan;
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، قَالَ: كَانَ بَيْنَ خَالِدِ بْنِ الْوَلِيدِ،
وَبَيْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ شَيْءٌ، فَسَبَّهُ خَالِدٌ، فَقَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَسُبُّوا أَحَدًا مِنْ
أَصْحَابِي، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَوْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا، مَا
أَدْرَكَ مُدَّ أَحَدِهِمْ، وَلَا نَصِيفَهُ» - مسلم, 2541
Jangan
kamu cela seorang pun dari kalangan sahabatku. Seseorang kamu jika infaqkan
emas sebesar bukit uhud pun, pasti tidak dapat mendapat menyamai satu atau
setengah cupak pun.
[] Semasa mula-mula sampai di
madinah, nabi saw saudarakan dia dengan SA’AD BIN AL-RABI’.
حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، قَالَ:
لَمَّا قَدِمُوا المَدِينَةَ آخَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ بَيْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ، وَسَعْدِ بْنِ الرَّبِيعِ،
قَالَ لِعَبْدِ الرَّحْمَنِ: إِنِّي أَكْثَرُ الأَنْصَارِ مَالًا، فَأَقْسِمُ مَالِي
نِصْفَيْنِ، وَلِي امْرَأَتَانِ فَانْظُرْ أَعْجَبَهُمَا إِلَيْكَ فَسَمِّهَا لِي
أُطَلِّقْهَا، فَإِذَا انْقَضَتْ عِدَّتُهَا فَتَزَوَّجْهَا، قَالَ: بَارَكَ
اللَّهُ لَكَ فِي أَهْلِكَ وَمَالِكَ، أَيْنَ سُوقُكُمْ؟ فَدَلُّوهُ عَلَى سُوقِ بَنِي
قَيْنُقَاعَ، فَمَا انْقَلَبَ إِلَّا وَمَعَهُ فَضْلٌ مِنْ أَقِطٍ وَسَمْنٍ، ثُمَّ
تَابَعَ الغُدُوَّ، ثُمَّ جَاءَ يَوْمًا وَبِهِ أَثَرُ صُفْرَةٍ، فَقَالَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَهْيَمْ» ، قَالَ: تَزَوَّجْتُ،
قَالَ: «كَمْ سُقْتَ إِلَيْهَا؟» . قَالَ: نَوَاةً مِنْ ذَهَبٍ، - أَوْ وَزْنَ
نَوَاةٍ مِنْ ذَهَبٍ، شَكَّ إِبْرَاهِيمُ – البخاري, 3780
Ketika mereka (Kaum Muhajirin)
sampai di Madinah, Rasulullah mempersaudarakan Abd al-Rahman bin 'Auf dengan
Sa'ad bin ar-Rabi'. Sa'ad berkata kepada Abd Al-Rahman: "Aku adalah orang
Ansar yang paling banyak hartanya, maka hartaku aku akan bagi dua dan aku mempunyai
dua isteri, maka lihatlah mana antara keduanya yang menarik hatimu dan sebut
kepadaku nanti aku akan ceraikan dan apabila telah selesai iddahnya maka
nikahinya". Abd al-Rahman berkata: "Semoga Alah memberkahimu pada
keluarga dan hartamu. Dimana letak pasar-pasar kamu?". Mereka menunjukkan
pasar Bani Qainuqa'. Beliau tidak kembali dari pasar melainkan dengan membawa
keju dan minyak sapi yang banyak. Beliau pun berdagang hingga pada suatu hari
beliau datang dengan pakaian dan wangian
yang bagus. Nabi saw bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu?". Abd
al-Rahman menjawab: "Aku sudah menikah". Baginda bertanya lagi:
"Berapa jumlah mas kahwin yang kamu berikan padanya?". Abd al-Rahman
jawab: "Sebiji emas atau seberat biji emas"
بِلَالًا
[]
BILAL BIN RABAH @ ABU ABDUL KARIM / ABU ABDILLAH / ABU AMRU[89]
(40SH - 21H[90])
[]
Sahabat Nabi ke-7 yang terawal memeluk Islam.
[]
Dia meninggal di Damsyiq pada tahun 20 atau 21 hijrah ketika berumur 61 tahun[91].
Dikebumikan
di Bab al-Soghir. Ada kata, di Bab Kaisan. Ada pula kata, dia meninggal di
Dariya di Damsyiq, lalu di bawa ke Damsyiq dan dikebumikan di Kaisan. Ada pula
kata, dia meninggal di Halb dan dikebumikan di Bab al-Arbain[92].
Ada
dakwaan kata, dia meninggal kerana kena penyakit taun Amwas yang tersebar pada
tahun 17 hingga 18 hijrah.
[]
Disebut juga dengan BILAL BIN HAMAMAH حمامة, iaitu disandarkan kepada nama ibunya[93]
yang merupakan Hamba kepada setengah orang besar Bani Jumah جمح.
[]
Muazzin Nabi serta bekas hamba kepada Abu Bakar al-Siddiq. Terlibat perang
badar serta semua perang bersama dengan Nabi[94].
[]
Sahabat Nabi yang diseksa oleh Umayyah bin Khalaf kerana beriman dengan ajaran
Nabi Muhammad saw. Diletakkan batu besar pada dadanya dan diugut oleh Umayyah,
sama ada dia kufuri Nabi Muhammad atau dia mati. Ketika itu, dia hanya menyebut
“ahad”, “ahad”, “ahad”...
Ketika
itu, Abu Bakar melintasi di situ. makanya Abu Bakar terus membelinya serta
memerdekakannya[95].
[]
Nabi lantik dia sebagai salah seorang dari tiga orang muazzin Nabi;
1.
Bilal
bin Rabah
2.
Abu
Mahzurah Al-Jamhi.
3.
Amru
bin Ummi Maktum.
[]
Semasa Fath Mekah, nabi saw suruh dia laungkan azan di atas kaabah.
[]
Dia berkahwin dengan perempuan dari BANI ZUHRAH BIN KILAB. Ada dakwaan kata,
Nabi kahwinkan dia dengan adik perempuan ‘AMIR, ‘AQIL, KHALID dan AYYAS, iaitu
bani al-Bukair al-Kinaniyyah.
Dalam
Tabaqat Ibn Saad ada diceritakan bahawa Bani al-Bukair datang kepada Nabi saw.
Mereka berkata: Wahai Rasulullah, tolong carikan suami untuk adik perempuan
kami? Nabi tanya mereka: di mana kedudukan Bilal di sisi kamu?
Mereka
pulang. Kemudian datang kembali dan sekali lagi bertanya: tolong carikan suami
untuk adik perempuan kami.
Nabi
tanya lagi: Apa kedudukan bilal di sisi kamu? Apa kedudukan kamu berkenaan
lelaki dari kalangan ahli syurga?
Mendengar
itu, mereka bersetuju kahwinkan adik mereka dengan Bilal bin rabah.
[]
Selepas Nabi saw wafat, Bilal berjumpa dengan Abu Bakar al-Siddiq dan minta
izin untuk dia terlibat sama dalam usaha hendak merdekakan Syam. Namun, ketika
itu Abu Bakar al-Siddiq tidak izinkan. Dia pun berkata Abu Bakar: Apakah kamu
merdekakan aku dahulu kerana Allah atau kerana kepentingan peribadi kamu?
Jawab
Abu Bakar: kerana Allah.
Bilal
pun kata: Oleh itu, izinkan aku untuk aku berperang di jalan Allah.
Makanya,
Abu Bakar izinkan dia ke syam. Dia kekal tinggal di situ sehingga dia meninggal
dunia.
[]
dalam kitab Tahzib al-Kamal oleh al-Muzi: Selepas Nabi saw wafat, dia tidak
mahu melaungkan azan. Namun, apabila orang ramai minta dia azan, dia pun
laungkan azan. Apabila sampai pada “asyahadu Anna Muhammad Rasulullah” dia
menangis dengan kuat sehingga tidak dapat habiskan azannya.
[]
Dalam al-Siyar, al-Zahabi ada bawakah kisah bahawa semasa Bilal di Syam, dia
mimpi jumpa Nabi. Baginda bertanya kepadanya: alangkah jauhnya kamu wahai
Bilal? Apakah kamu tidak mahu ziarah aku?
Dia
tersedar dari tidur dalam keadaan sedih. Dia pun naik kenderaan menuju ke
Madinah. Sesampai di kubur, dia menangis kuat.
Hasan
dan Husin datang kepada Bilal. Bilal peluk dan cium kedua cucu Nabi saw itu.
kedua-dua cucu itu minta Bilal laungkan azan.
Dia
pun naik atas bumbung masjid Nabawi, dia laungkan azan. Apabila orang mendengar
suaranya, suasana Madinah merasakan berubah. Keadaan menjadikan keadaan Madinah
sayu.
[1] Nama perawi ini diulang sebut untuk kali ke-9, iaitu hadis ke-4, 5, 6,
23, 74, 82, 94, 113 & 153
[2] Bazl:2/11
[3] Bazl:2/11
[4] Ruslan:2/147
[5] Ruslan:2/148
[6] Mirqat:1/133
[7] Mirqat:1/133
[8] Mirqat:1/133
[9] Mirqat:1/133
[10] Rujukan:
ابن ابي شيبة, 1868 | احمد, 23917
| الطبراني المعجم الكبير, 1019, 1060, 1105, 1108, 1111
[11] Ibn Khuzaimah, hadis no: 189
[12] Rujukan:
مسلم, 275 | الترمذي, 101 | ابن
ماجة, 561
[13] Bazl:2/12
[14] manhal:2/117
[15]Kata IBN
RUSLAN الى البراز (Ruslan:2/147)
[16] Bazl:2/12
[17] Manhal:2/117
[18] manhal:2/117 | Aini:1/360 | Ruslan:2/148
| Aun:1/91 | Mirqat:1/133
[19] Aun:1/91
[20] manhal:2/117 | Aun:1/91
[21] manhal:2/117 | Aini:1/360 | Aun:1/91 |
Mirqat:1/133
[22] manhal:2/117 | Aini:1/360 | Ruslan:2/148
| Aun:1/91 | Mirqat:1/133
[23] Manhal:2/117
[24] Manhal:2/118
[25] Manhal:2/118
[26] Aini:1/360
[27] Aini:1/360
[28] Aini:1/360
[29] Manhal:2/118 | Bazl:2/12
[30] Bazl:2/12
[31] Manhal:2/118
[32] Bazl:2/12 | Mirqat:1/133
[33] Manhal:2/116 | Bazl:2/11 | menurut AINI, dia meninggal pada tahun 239 (Aini:1/358)
[34] Manhal:2/116 | Aini:1/358
[35] Aini:1/358
[36] Manhal:2/116 | Bazl:2/11
[37] Manhal:2/116 | Bazl:2/11
[38] Manhal:2/116
[39] Manhal:2/116
[40] Bazl:2/11
[41] Manhal:2/116 | Bazl:2/11
[42] Bazl:2/11
[43] Manhal:2/116 | Aini:1/358
[44] Bazl:2/11
[45] Manhal:2/116
[46] Bazl:2/11
[47] Manhal:2/116 | Bazl:2/11 | Aini:1/358
[48] Manhal:2/116
[49] Manhal:2/116
[50] Manhal:2/116 | Bazl:2/11
[51] Bazl:2/11
[52] Aini:1/359
[53] Manhal:2/116 | Bazl:2/11 | Aini:1/359
[54] Bazl:2/11
[55] Manhal:2/116 | Bazl:2/11 | Ruslan:2/147
[56] Ruslan:2/147
[57] Manhal:2/116
[58] Ruslan:2/147
[59] Manhal:2/116
[60] Manhal:2/116 | Bazl:2/11
[61] Manhal:2/116
[62] Manhal:2/116
[63] Bazl:2/11 | ada dakwaan kata,
dia meninggal tahun 74 Hijrah.
[64] Bazl:2/11
[65] Aini:1/359
[66] Manhal:2/116 | Mirqat:1/133
[67] Mirqat:1/133
[68] Manhal:2/116
[69] Manhal:2/116 | AL-SAHRAMPURI pula kata, yang riwayatkan namanya MUSLIM
BIN YASAR adalah ABDUL MALIK BIN AL-SYKHAIR. (bazl:2/12)
[70] Manhal:2/116 | AL-SAHRAMPURI pula kata, yang kata begini adalah
AL-DARAQUTNI. (bazl:2/12)
[71] Manhal:2/166
[72] Bazl:2/11
[73] Aini:1/359
[74] Aini:1/359
[75] Aun:1/92
[76] Bazl:2/11
[77] Aini:1/359
[78] Bazl:2/11
[79] Bazl:2/11
[80] Manhal:2/116
[81] Manhal:2/116
[82] Manhal:2/116
[83] manhal:2/117 | Aini:1/359
[84] manhal:2/117 | Aini:1/359
[85] Manhal:2/116
[86] Manhal:2/116
[87] Manhal:2/116
[88] Manhal:2/116
[89] Aini:1/360
[90] manhal:2/117
[91] manhal:2/117
[92] Aini:1/360
[93] Aini:1/360
[94] manhal:2/117
[95] manhal:2/117
No comments:
Post a Comment