ABU DAUD, HADIS NO: 156 |
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا ابْنُ حَيٍّ هُوَ الْحَسَنُ بْنُ صَالِحٍ عَنْ بُكَيْرِ بْنِ عَامِرٍ الْبَجَلِيِّ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي نُعْمٍ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ، فَقُلْتُ: يَا
رَسُولَ اللَّهِ أَنَسِيتَ؟، قَالَ: «بَلْ أَنْتَ نَسِيتَ، بِهَذَا أَمَرَنِي
رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ»
GAMBARAN DASAR HADIS 156 |
[1]
Hadis ini doif. Namun dibawakan riwayat ini oleh Abu Daud sebagai ISTISYHAD
sahaja.
[2]
Kesamaan maksud pada hadis ini adalah bahawa Nabi saw memakai dan sapu khuf semasa
berwuduk
PERBAHASAN SANAD 156 |
[3]
SANAD
|
PERAWI |
TEMPAT |
STATUS |
|
Rasulullah (11H) |
-
Mekah -
Madinah |
-
Maksum -
Perbuatan dan perkataan |
5. |
Al-Mughirah bin Syu’bah (23SH – 50H) |
-
Taif (L) -
Mekah -
Madinah -
Bahrain -
Basrah -
Kufah (M) |
-
Sahabat. |
4. |
Abdul Rahman bin Abi Nu’m (101H) |
-
Kufah |
-
Kutub Sittah. -
Siqah rendah. |
3. |
Bukair bin ‘Amir al-Bajali (60H – 160H[1]) |
-
Kufah. |
-
Doif. |
2. |
Al-Hasan bin Soleh (100H – 169H) |
-
Kufah -
Hamzan (Iran) |
-
Syiah Zaidiyyah. -
Siqah rendah. |
1. |
Ahmad bin Yunus (132H – 227H)[2] |
-
Kufah |
-
Kutub Sittah. -
Siqah tinggi. |
|
ABU DAUD (202H-275H) |
|
|
[4]
ARNAUT—DOIF
-
Tafarrud
pada BUKAIR
BIN ‘AMIR AL-BAJALI dan dia doif.
-
Namun,
semua rijalnya siqah kecuali BUKAIR.
[5]
ALBANI—ISNADNYA DOIF
-
Semua
rijalnya adalah rijal muslim kecuali BUKAIR dan dia perawi doif.
MATAN
156 |
[6]
Daripada AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH;
عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ
أَنَسِيتَ؟، قَالَ: «بَلْ أَنْتَ نَسِيتَ، بِهَذَا أَمَرَنِي رَبِّي عَزَّ
وَجَلَّ»
Sesungguhnya Rasulullah saw sapu pada dua khuf. Aku pun tanya: Wahai
Rasulullah, apakah kamu lupa (untuk membasuh dua kaki[3])?
Jawab Nabi: sebenarnya kamu yang lupa (hukum sapu dua khuf)[4].
Beginilah yang Tuhanku suruh aku (lakukan)
[7] Hadis ini sekadar
menguatkan berkenaan hukum sapu khuf bahawa ia bukan hukum Mansukh[5].
[8] hadis ini menjadi
dalil bahawa sesuatu kesamaran sesuatu perkara tidak salah untuk ambil sikap
bertanya untuk mendapat kepastian[6].
[9] Pada perkataan Nabi: “sebenarnya kamu yang
lupa”; AL-TAIBI kata, ia sekadar MUSYAKALAH sahaja. Ia bukan merujuk kepada
makna hakikat lupa, tetapi mahu menjelaskan bahawa MUGHIRAH tidak tahu
berkenaan pensyariatan sapu khuf[7]. Ini
lebih munasabah, kerana melihat kepada jawapan Nabi di akhir hadis: “beginilah
yang Tuhanku suruh aku (lakukan)”
[10] Ada pula berkomentar
bahawa Mughirah maksudkan Nabi lupa itu adalah baginda lupa membasuh kaki.
Namun, dibantah oleh Nabi dengan mengatakan bahawa amalan tersebut adalah
perintah dari Allah kepada baginda[8].
[11] Ada ulama tafsirkan
bahawa kemungkinan maksud lupa dalam hadis ini bukan hakikat lupa, tetapi nabi lalai
atau abai[9].
Hal ini kerana, terdapat ayat al-Quran yang menggunakan perkataan lupa tetapi
memberi maksud silap. Contohnya;
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ
أُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ (19)- الحشر
Dan
janganlah kamu menjadi seperti
orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah
menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri
mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.
Dengan
sebab itu, ulama berbeza pendapat berkenaan hukum lupa hafalan al-Quran.
Bagi
yang memfatwakan berdosa lupa hafalan
al-Quran, mereka bersandarkan kepada hadis—daripada Sa’ad bin Ubadah bahawa
Nabi saw bersabda;
مَا مِنَ امْرِئٍ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ، ثُمَّ يَنْسَاهُ،
إِلَّا لَقِيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَجْذَمَ - ابو داود
1474
Mana-mana individu yang membaca al-Quran, kemudian dia
lupa, tidaklah dia kecuali dia berjumpa dengan Allah pada hari kiamat nanti
dalam keadaan dia kudung.
Ada beberapa isykal terhadap hal ini.
[Pertama]
Jika lupa hafalan al-Quran adalah satu dosa, bagaimana
pula Nabi saw sendiri pernah lupa hafalan al-Quran.
Al-Bukhari riwayatkan—daripada
Aisyah berkata:
سَمِعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يَقْرَأُ
فِي سُورَةٍ بِاللَّيْلِ، فَقَالَ: «يَرْحَمُهُ اللَّهُ لَقَدْ أَذْكَرَنِي كَذَا
وَكَذَا، آيَةً كُنْتُ أُنْسِيتُهَا مِنْ سُورَةِ كَذَا وَكَذَا»- البخاري 5038
Rasulullah saw mendengar seseorang lelaki membaca pada
satu surah di suatu malam. Baginda berkata: Semoga Allah merahmatinya. Dia
telah ingatkan aku begian begian, ayat yang aku lupakan dari surah begian
begian.
Dalam riwayat Muslim pula—Aisyah berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَسْتَمِعُ قِرَاءَةَ رَجُلٍ فِي الْمَسْجِدِ، فَقَالَ: رَحِمَهُ اللهُ لَقَدْ
أَذْكَرَنِي آيَةً كُنْتُ أُنْسِيتُهَا - مسلم 788
Nabi saw ambil perhatian terhadap bacaan seseorang
lelaki dalam masjid. Baginda pun berkata: Allah merahmati dia. Dia telah
ingatkan aku ayat yang aku telah lupa
[Kedua]
hadis yang dijadikan rujukan atas dakwaan dosa itu
mempunyai masalah sanad, iaitu dianggap doif kerana;
(1) Yazid bin Abi Ziyad, perawi
doif.
(2) Isa bin Faid, perawi majhul
(3) Isa bin Faid tidak
mendengar hadis dari Saad bin Ubadah[10].
[Kesimpulan]
Lupa al-Quran yang dianggap berdosa adalah orang yang
mengabaikan al-Quran. hal ini selaras dengan firman Allah;
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً
ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى (124) قَالَ رَبِّ لِمَ
حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنْتُ بَصِيرًا (125) قَالَ كَذَلِكَ أَتَتْكَ
آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا
وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَى
(126) طه
"Dan
sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya
adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari
kiamat dalam keadaan buta". * Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa
Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?" * Allah
berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami
kepadamu, lalu engkau
melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta
ditinggalkan".
BIOGRAFI
PERAWI 156 |
حَدَّثَنَا
أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ
[] AHMAD BIN ABDILLAH
BIN YUNUS AL-YARBU’I AL-HAFIZ (132H – 227H)
[] Sering disebut
AHMAD BIN YUNUS tanpa disebut nama bapanya.
[] Dia dilahirkan,
tinggal dan meninggal dunia di Kufah.
[] Dalam Siyar,
al-Zahabi nukilkan bahawa al-Bukhari kata, dia meninggal pada bulan Rabiul
Awal. Perkara yang saya disebut oleh AL-SAYUTI dalam TABAQAT AL-HUFFAZ.
[] Dia dengar hadis
juga dari atuknya, iaitu YUNUS BIN ABDILLAH BIN QAIS AL-YARBU’IE.
[] ABU DAUD
menyatakan, AHMAD BIN YUNUS ini amat terkenal bersikap keras terhadap muktazilah
yang mengatakan al-Quran makhluk. Bahkan dia pernah berpesan: jangan kamu solat
di belakang orang yang mengatakan al-Quran itu makhluk. Mereka ini adalah
kafir.
[] Dia adalah guru
al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Dia rijal Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah.
[] Dalam TABAQAT
AL-HUFFAZ, al-sayuti kata, dia adalah murid yang ambil hadis dari Sufyan
al-Sauri ketika hampir dengan kematian Sufyan.
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
ABU HATIM kata, dia
siqah Mutqin.
B.
AHMAD (murid: al-fadhl
bin Ziyad) kata, aku bermusafir berjumpa dengan AHMAD BIN YUNUS. Dia adalah
syaikh al-Islam.
[] diulang sebut
namanya untuk kali ke-5, iaitu hadis ke-69, 71, 81, 88 dan 156
حَدَّثَنَا
ابْنُ حَيٍّ هُوَ الْحَسَنُ
بْنُ صَالِحٍ
[] IBN HAY @ AL-HASAN
BIN SOLEH BIN HAY AL-HAMDANI AL-SAURI AL-KUFI @ ABU ABDILLAH AL-BUKALIY AL-KUFI
AL-SAURI AL-HAMZANI (ada kata: ABU ABD AL-RAHMAN) (100H – 169H[11])
[] Dia tinggal di
Kufah dan pernah sampai Hamzan (Iran).
[] IBN RUSLAN kata,
nama sebenarnya adalah SOLEH BIN SOLEH BIN MUSLIM[12].
[] dalam TABAQAT
AL-FUQAHA’, ABU ISHAQ AL-SYIRAZI dan AL-TABAQAT AL-KUBRA, IBN SAAD menyatakan
bahawa HASAN BIN SOLEH adalah salah seorang mujtahid Zaidiyyah.
[] AL-ZAHABI kata,
kalau tidak kerana dia diselubungi bid’ah, pasti dia salah seorang dari
imam-imam islam.
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Dianggap siqah oleh
NASAIE dan IBN MAIN (murid: abu khaisamah)
B.
HAKIM dan IBN MAIN
(murid: ibrahim bin abdillah bin a-Junaid) kata, dia siqah ma’mun.
C.
IBN MAIN (murid: Ahmad
bin Abi maryam) kata, dia siqah, mustaqim al-hadis.
D.
IBN MAIN (Murid:
abbas) kata, pandangan al-Hasan itu ditulis. Turut sama al-Awzaie. Mereka
adalah siqah.
E.
IBN MAIN kata, dia
siqah. Waktu lain kata, dia siqah mustaqim hadis. Waktu lain kata, siqah siqah.
F.
AL-JURJANI kata, aku tidak
dapati hadis mungkar yang melampaui kadar. Di sisi aku dia adalah ahli al-Sidq.
G.
ABU HATIM AL-RAZI
kata, dia soleh, siqah, mutqin, Hafiz.
H.
ABU ZUR’AH AL-RAZI
kata, terhimpun padanya iqta, fiqh, ibadat dan zuhud.
I.
AHMAD (murid: muhammad
bin Ali al-Warraq) kata, dia siqah, saudaranya siqah. Namun, dia mati lebih
dulu dari saudaranya.
J.
AHMAD (murid: Ali bin
al-Hasan al-Hisnajani) kata, dia sahih riwayat. Dia faqih. Dirinya terjaga pada
hadis dan warak.
K.
AHMAD (murid: Abdullah
bin Ahmad, anaknya) kata, dia lebih sabat berbanding Syarik.
L.
DARAQUTNI kata, dia
siqah, ahli ibadat.
[] KOMENTAR
PERTENGAHAN
M.
BIN HABBAN AL-BASTI
kata, dia faqih, wara’. Dari kalangan yang menyendiri bagi ibadat dan menolak
jawatan kerana TASYAYYU’nya.
N.
AL-JILI kata, dia siqah, sabat, ahli ibadat,
dia tasyayyu’.
O.
ASQALANI kata, dia
siqah, faqih, ‘abid, dituduh tasyayyu’. Di waktu lain kata, dia salah seorang
imam yang orang bercakap bahawa dia tasyayyu’.
P.
ZAHABI kata, dia salah
seorang kenamaan, soduq, ‘abid dan TASYAYYU’.
Q.
AL-SAJI kata, dia soduq,
dan TASYAYYU’.
R.
IBN SAAD kata, dia
ahli ibadat, faqih, hujah, sahih hadis yang banyak, dia TASYAYYU’.
S.
YAAQUB BIN SUFYAN
AL-FASWA kata, dia siqah dan cenderung kepada TASYAYYU’.
[] KOMENTAR NEGATIF;
T.
IBN MAHDI kata,
hadisnya ditinggalkan.
U.
QATTAN kata, Sufyan
al-Sauri ada pandangan buruk terhadap al-hasan bin Hay.
عَنْ
بُكَيْرِ بْنِ عَامِرٍ
الْبَجَلِيِّ
[] BUKAIR BIN ‘AMIR AL-BAJALI @ ABU ISMAIL AL-KUFI[13] (60H – 160H)
[]
Dia tinggal di kufah.
[]
KOMENTAR POSITIF
A.
Rijal Muslim dan Abu Daud[14].
B.
Dianggap Siqah oleh IBN SAAD[15], HAKIM.
C.
IBN ‘ADI kata, riwayat-riwayatnya
sedikit dan aku tidak dapati padanya sebarang matan mungkar[16].
D.
ABU DAUD kata, dia tidak matruk.
E.
AL-JILI kata, dia لا بأس به. Di waktu lain, hadisnya tidak dicatat.
[]
KOMENTAR PERTENGAHAN;
F.
AHMAD kata, dia tidak kuat. di
waktu lain kata, ليس به بأس dan dia
soleh al-Hadis[17].
G.
IBN MAIN kata, dia doif. dalam
riwayat lain kata, لا شيء[18]
[]
KOMENTAR NEGATIF;
H.
IBN MAIN, NASAIE, YAHYA AL-QATTAN
kata, dia doif[19].
I.
NASAIE kata, dia doif. di waktu
lain, dia tidak siqah. Di waktu lain, dia tidak kuat.
J.
ABU ZUR’AH kata, dia tidak kuat[20].
K.
AL-HAFIZ dalam AL-TAQRIB kata,
dia doif[21].
L.
ABU HATIM AL-RAZI kata, dia tidak
kuat.
M.
ASQALANI, ZAHABI, SAJI kata, dia
doif.
N.
HAFSH BIN QHIYAZ AL-NAKHAIE,
hadisnya ditinggalkan.
O.
IBN MAIN kata, dia doif. di waktu
lain, dia ليس
بشيئ. Dalam riwayat IBN MUHARRAZ
kata, dia matruk al-hadis.
[]
perawi ini diulang sebut untuk kali ke-2, iaitu hadis 154 dan 156
عَنْ
عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ
أَبِي نُعْمٍ
[] ABDUL RAHMAN BIN ABU
NU’M AL-BAJALI @ ABU AL-HAKAM AL-KUFI[22] AL-‘ADIB[23]. (101H[24])
[] dia tinggal di
kufah.
[] IBN HIBBAN kata,
dia adalah penduduk kufah yang selalu lapar. Dia ditangkap oleh AL-HAJJAJ untuk
dibunuh. Dia dipenjarakan dalam rumah yang gelap dan pintu ditutup selama 15
hari. Kemudian, apabila dibuka pintu untuk dia dikeluarkan. Para pegawai masuk dan
dapati dia sedang menunaikan solat. HAJJAJ berkata kepadanya: bebaslah kamu
berdasarkan apa yang kamu mahu[25].
[] Menurut AL-ZAHABI
dalam TARIKH AL-ISLAM WA WAFIYAT AL-MASYAHIR WA AL-‘ALAM, ada riwayat
menyatakan bahawa dia sering ingkari perbuatan HAJJAJ yang sering membunuh
orang.
[] Menurut IBN HIBBAN
dalam MASYAHIR ULAMA AL-AMSAR bahawa dia adalah ahli ibadat di kufah dan
meninggal dunia di era pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN.
[] KOMENTAR
POSITIF;
A.
Kutub sittah[26]
B.
Dianggap siqah oleh
IBN HIBBAN, IBN SAAD, NASAIE[27] dan YAAQUB BIN SUFYAN.
C.
ASQALANI kata, dia
soduq, ahli ibadat. Di waktu lain kata, dua syaikh menyandarkan kepadanya.
D.
ABU HATIM AL-RAZI
menyebut berkenaan kelebihan dan ibadatnya. Dia adalah soleh al-Hadis.
[] KOMENTAR NEGATIF;
E.
IBN MAIN (dari murid:
ABU KHAISAMAH) kata, dia doif[28].
عَنِ
الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ
[]
MUGHIRAH BIN SYU’BAH BIN ‘AMIR BIN MAS’UD AL-SAQAFI @ ABU ABDILLAH/ABU ISA
(23SH-50H)- sahabat.
[]
Dia dilahirkan dia kalangan Saqif di Taif. Dibesarkan di situ. dan meninggal di
kufah ketika umurnya 70 tahun kerana penyakit taun. Dia pernah sampai ke
Bahrain, Madinah, Mekah dan Basrah.
[]
dia digelar sebagai salah seorang DUHAT AL-ARAB (Cerdik pandai arab); iaitu
MUAWIYAH BIN ABI SUFYAH, AMRU BIN AL-AS, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH dan ZIYAD.
[]
Dia memeluk islam pada tahun tercetuskan perang khandaq (5 Hijrah), iaitu
selepas dia bersama dengan BANI MALIK ke mesir dan 13 orang dari BANI MALIK di
bunuh oleh raja muqawqis. dia salah seorang terlibat dalam sejarah SULH
AL-HUDAIBIYYAH.
[]
matanya buta sebelah dalam perang yarmuk. Dia terlibat dalam sejarah
AL-QADISIYYAH, NAHAWAND, HAMZAN dan sebagainya.
[]
Di era Umar, beliau dilantik menjadi gabenor basrah. Namun, dia digugurkan
kerana ada orang saksikan bahawa dia berzina.
Kemudian
dia dilantik menjadi gabenor di Kufah. Dia kekal di situ sehingga Saidina Umar
dibunuh. Di era Osman, dia disambung jawatan tersebut sehingga Osman
menggugurkan jawatannya.
[]
Semasa Muawiyah menjadi khalifah, Muawiyah lantik AMRU BIN AL-AS jadi gabenor
di kufah dan anaknya, ABDULLAH BIN AMRU di mesir. Al-Mughirah pun berjumpa
dengan Muawiyah dan menyatakan: Wahai Amirul Mukminin, tindakan kamu lantik
Amru di Kufah dan anaknya di Mesir, umpama kamu berada antara dua bahu singa.
Muawiyyah
pun minta pandangan Mughirah. Makanya, mughirah mencadangkan agar kedua-dua
anak beranak itu berada di mesir, dan lantik Mughirah sebagai gabenor di Kufah.
Dengan cadangan itu, Muawiyah lantik Mughirah jadi gabenor di Kufah sehingga
dia wafat di situ.
[]
Dia terlibat dalam peerang Yamamah, terlibat dalam Fath al-Syam, iraq. Umar
lantik dia jadi Gabenor di basrah.
Selepas itu, terlibat dalam Fath MISAN (selatan Iraq), HAMZAN (iran) dan
beberapa buah negara.
[]
Semasa sejarah perjanjian Hudaibiyyah, Urwah bin Mas’ud dihantar oleh Quraish
berjumpa dengan Nabi saw. Semasa dia bercakap dengan Nabi, dia menyentuh
janggut Nabi. Mughirah ketika itu memakai topeng perang berdiri. Dia
menepis serta berkata
kepada Urwah: turunkan tangan kamu sebelum pedang ini sampai kepada kamu. Urwah
pun tanya Nabi saw: siapa ini wahai
Muhammad? Dia amat keras. Nabi saw jawab: itu orang dari keturunan kamu (Saqafi)[29].
[]
namanya diulang sebut untuk kali ke-6, Iaitu hadis ke-1, 149, 150, 151, 152
& 156
[1] perawi ini diulang sebut untuk kali ke-2, iaitu hadis
154 dan 156
[2] diulang sebut namanya untuk kali ke-5, iaitu hadis
ke-69, 71, 81, 88 dan 156
[3] Bazl:2/15
[4] Bazl:2/15
[5] Manhal:2/125
[6] Manhal:2/125
[7] Aun:1/93
[8] Manhal:2/124
[9] Manhal:2/124
[10] Doif
Abi Daud:2/87
[11] ibn manjuwaih dalam RIJAL SAHIH MUSLIM kata, dia
meninggal 167.
[12] Ruslan:2/151
[13] Manhal:2/118 | Aini:1/361
[14] Manhal:2/118
[15] Bazl:2/12
[16] Manhal:2/118
[17] Manhal:2/118 | Bazl:2/12
[18] Aini:1/361
[19] Manhal:2/118 | Bazl:2/12
[20] Manhal:2/118 | Bazl:2/12
[21] Bazl:2/12
[22] Manhal:2/124
[23] Bazl:2/15
[24] ada dakwaan kata dia meninggal pada 99 hijrah.
[25] Bazl:2/15
[26] Manhal:2/124 | aini:1/365
[27] Manhal:2/124 | Bazl:2/15
[28] Manhal:2/124 | Bazl:2/15
[29] Maghazi al-waqidi, 2/595