Monday, April 4, 2022

HADIS 44

 

HADIS 44

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ أَخْبَرَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ،  عَنْ يُونُسَ بْنِ الْحَارِثِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: "نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ فِي أَهْلِ قُبَاءٍ: {فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا} [التوبة: 108] "، قَالَ: «كَانُوا يَسْتَنْجُونَ بِالْمَاءِ، فَنَزَلَتْ فِيهِمْ هَذِهِ الْآيَةُ»

 

Daripada Abu Hurairah bahawa nabi saw berkata: Ayat ini turun berkaitan dengan penduduk Quba: "Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri"

Abu Hurairah berkata: "Mereka beristinja dengan air, maka ayat ini turun berkaitan dengan mereka”

 

Status hadis: SAHIH LIGHAIRIH (matan)

 

PENJELASAN HADIS

 

Hadis BAB ini, diriwayatkan oleh ABU HURAIRAH. Di sana terdapat empat (4) matan lagi seperti berikut;

 

[1] Ibn Majah (355[1]) (ABU AYUB, JABIR DAN ANAS)

 

حَدَّثَنِي أَبُو أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيُّ، وَجَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، وَأَنَسُ بْنُ مَالِكٍ، أَنَّ هَذِهِ الْآيَةَ نَزَلَتْ {فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ} [التوبة: 108] قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَا مَعْشَرَ الْأَنْصَارِ، إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَثْنَى عَلَيْكُمْ فِي الطُّهُورِ، فَمَا طُهُورُكُمْ؟» قَالُوا: نَتَوَضَّأُ لِلصَّلَاةِ، وَنَغْتَسِلُ مِنَ الْجَنَابَةِ، وَنَسْتَنْجِي بِالْمَاءِ. قَالَ: «فَهُوَ ذَاكَ، فَعَلَيْكُمُوهُ»

Daripada Abu Ayyub al-Ansari, Jabir bin Abdillah dan Anas bin Malik; sesungguhnya ayat ini turun: "Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri dan Allah suka kepada orang yang membersihkan” (Taubah, ayat 108), Rasulullah saw berkata: Wahai orang ansar, sesunggunnya Allah telah memuji kamu disebabkan kamu bersuci. Apa cara kamu bersuci itu? Mereka menjawab: kami berwuduk untuk solat, kami mandi apabila berjunub dan kami beristinjak menggunakan air. Kata Nabi: itu cara yang sebenar. Hendaklah kamu lakukannya”

 

PENJELASAN:

A.                  Hadis ini, 3 orang sahabat nabi yang terlibat, iaitu ABU AYUB, JABIR dan ANAS.

B.                  Hadis ini, Nabi bercakap dengan orang ANSAR, dan hadis Bab disebut PENDUDUK QUBA’.

C.                  Hadis ini, ORANG ANSAR menyebut mereka buat tiga perkara (Berwuduk, Mandi wajib dan istinjak dengan air)

 

[2] Riwayat Ibn Syabh (Tarikh al-Madinah)[2] (hlm, 49); (IBN ABBAS)

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ {فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا} [التوبة: 108] ، بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى عُوَيْمِرِ بْنِ سَاعِدَةَ فَقَالَ: "مَا هَذَا الطَّهُورُ الَّذِي أُثْنِيَ بِهِ عَلَيْكُمْ؟ فَقَالَ: مَا خَرَجَ رَجُلٌ مِنَّا أَوِ امْرَأَةٌ مِنَ الْغَائِطِ إِلَّا غَسَلَ دُبُرَهُ، أَوْ مَقْعَدَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَهُوَ هَذَا»

Daripada Ibn Abbas berkata: ketika turun ayat: "Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri" (Surah al-Taubah, ayat 108), Rasulullah hantar orang kepada Uwaimir bin Sa’idah. Dia bertanya: Apa bentuk bersuci sehingga kamu dipuji? Jawab Uwaimir: tidak keluar lelaki atau perempuan dalam kalangan kami untuk buang air besar kecuali akan membasuh duburnya (dengan air). Nabi pun berkata: itulah sebenarnya”

  

PENJELASAN: 

A.                  hadis Ibn Majah, melibatkan TIGA ORANG SAHABAT, sedengkan hadis ini melibatkan IBN ABBAS.

B.                  HADIS IBN MAJAH, yang tanya itu adalah NABI SAW sendiri, tetapi dalam hadis ini, Nabi hantar orang bertanya kepada UWAIMIR BIN SA’IDAH.

C.                  Dalam hadis ini, UWAIMIR jawab focus dalam hal istinja’ sahaja, sedangkan dalam hadis IBN MAJAH, disebut tiga perkara (wuduk, mandi wajib dan istinjak)

 

[3] Riwayat Ahmad (15485); (UWAIM BIN SA’IDAH AL-ANSARI)

 

عَنْ عُوَيْمِ بْنِ سَاعِدَةَ الْأَنْصَارِيِّ، أَنَّهُ حَدَّثَهُ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَاهُمْ فِي مَسْجِدِ قُبَاءَ فَقَالَ: " إِنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَدْ أَحْسَنَ عَلَيْكُمُ الثَّنَاءَ فِي الطُّهُورِ فِي قِصَّةِ مَسْجِدِكُمْ، فَمَا هَذَا الطُّهُورُ الَّذِي تَطَّهَّرُونَ بِهِ؟ " قَالُوا: وَاللهِ يَا رَسُولَ اللهِ، مَا نَعْلَمُ شَيْئًا إِلَّا أَنَّهُ كَانَ لَنَا جِيرَانٌ مِنَ الْيَهُودِ، فَكَانُوا يَغْسِلُونَ أَدْبَارَهُمْ مِنَ الْغَائِطِ فَغَسَلْنَا كَمَا غَسَلُوا

Daripada Uwaimir bin Sa’idah al-Ansari bahawa dia bercerita: nabi saw berjumpa dengan mereka di masjid Quba’ seraya berkata: Sesungguhnya Allah telah memuji kamu berkenaan bersuci dalam kisah masjid kamu. Apa bentuk bersuci yang kamu bersuci dengannya? Mereka jawab: Demi Allah, wahai Rasulullah, kami tidak tahu sesuatu kecuali jiran kami dari kalangan orang yahudi yang mereka basuh dubur mereka apabila buang air besar, maka kami pun turut sama basuh sepertimana mereka lakukan”

 

PENJELASAN:

A.                  hadis ini menyebut masjid quba’, sama seperti hadis bab.

B.                  Disebut Nabi saw sendiri datang masjid Quba’ dan bertanya kepada penduduk Quba’ dan penduduk Quba’ menjawab sendiri. Dalam hadis IBN SYBH pula, yang jawab itu adalah UWAIMIR.

C.                  Dalam hadis ini, UWAIMIR yang bercerita berkeanaan Nabi saw tanya, sedangkan hadis IBN SYBH, yang ceritakan itu adalah ANAS.

D.                 Dalam hadis ini, jawapan penduduk Quba’ adalah amalan basuh berak menggunakan air adalah berkaitan dengan amalan Yahudi. Mereka hanya tiru sahaja. Hal ini tidak disebutkan dalam riwayat lain.

 

[4] TIBRANI (AL-MUKJAM AL-KABIR- 7555[3]); (ABU UMAMAH)

 

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمْ لِأَهْلِ قُبَاءَ: " مَا هَذَا الطُّهُورُ الَّذِي خُصِّصْتُمْ بِهِ فِي هَذِهِ الْآيَةِ: {فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا، وَاللهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ} [التوبة: 108] ؟ " قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا مِنَّا أَحَدٌ يَخْرُجُ مِنَ الْغَائِطِ إِلَّا غَسَلَ مَقْعَدَتَهُ

Daripada Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah saw berkata kepada penduduk Quba’: Apakah bentuk bersuci yang kamu dikhususkan dalam ayat ini: Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri" (Surah al-Taubah, ayat 108). Mereka berkata: Wahai Rasulullah saw, tidaklah dari kalangan kami seorang pun yang keluar untuk buang air besar kecuali pasti akan membasuh duburnya (menggunakan air).

  

PENJELASAN:

A.                  Nabi cakap sendiri, ia diturunkan kepada ahli Quba’, sama dengan hadis Bab dan [3].

B.                  Penduduk Quba’ cakap bahawa mereka keluar basuh tempat mereka berat.

 

KESIMPULAN:

A.                  Hadis bab ini diriwayatkan secara makna.

B.                  Hadis bab ini adalah kesimpulan Abu Hurairah terhadap pengetahuan dia terhadap kisah ini. (Mawquf lafaz, tetapi marfu’ makna).

C.                  Hadis bab doif dari sudut sanad, tetapi sahih dari sudut matan.

 

PENJELASAN LAFAZ

 

[1] Masjid Quba’ adalah masjid yang diasaskan atas dasar taqwa. Ia adalah masjid yang mula-mula sekali di bina dalam islam, iaitu ketika mula-mula sekali nabi sampai ke Madinah.

 

Dalam Sahih al-Bukhari:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ، مَاشِيًا وَرَاكِبًا» وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا «يَفْعَلُهُ»

Ibn umar berkata: nabi saw sentiasa ziarah masjid quba’ pada setiap hari sabtu, sama ada secara menunggang atau berjalan kali. Ibn Umar turut melakukannya juga” (al-Bukhari, hadis no: 1193)

 

[2] Ada hadis kata, mereka himpunkan air dan batu: hadis itu palsu.

 

 

HUBUNGAN HADIS

 

HADIS KE-43, dijelaskan berkenaan Nabi saw beristinjak menggunakan air.

 

HADIS KE-44, dijelaskan bahawa ada ayat al-Quran yang menyebut berkenaan istinja’ menggunakan air.

 

PENGAJARAN

 

KEUTAMAAN MENGGUNAKAN AIR BERBANDING BATU

 

Ini dalil jumhur ulama bahawa menggunakan air lebih afdhal berbanding menggunakan batu.

 

Disamping itu, mereka menggunakan alasan logic bahawa sifat bagi air adalah membersihkan, sedangkan batu tidak membersihkan tetapi mengurangkan kotoran sahaja.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] MUHAMMAD BIN AL-‘ALA’ (161H-248H)

مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ

 

Lihat hadis ke-18.

 

[5] MUAWIYAH BIN HISHAM (205H)

 مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ

 

Ulama kufah ini, nama penuhnya adalah MUAWIYAH BIN HISHAM BIN ABDUL MALIK AL-AZDI. Dipanggil dengan ABU AL-HASAN AL-QASSAR AL-KUFI.

 

Dia adalah guru kepada Abi Bakar bin Abi Syaibah, Osman bin Abi Syaibah dan Ahmad bin Hanbal.

 

Dalam pada itu, terdapat sebilangan kecil dari kalangan ulama anggap dia doif, seperti al-Daraqutni dan al-Baihaqi.

 

Ada pula dakwa bahawa dia banyak buat silap, seperti kata Ahmad bin Hanbal. Dan ada juga kata bahawa dia ada waham, seperti kata al-Saji dan al-Asqalani. Ada pula kata, dia tidak boleh dibuat hujah, seperti kata Osman bin Abi Syaibah.

 

Rata-rata ulama anggap dia siqah sepertimana kata ABu Daud dan Ibn Hibban. Namun begitu, dalam pada ada orang anggap dia siqah, mereka tidak nafikan bahawa dia dibawah katagori SODUQ yang berlaku waham.

 

Dia ada Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Namanya tidak terdapat dalam perawi al-Bukhari. Dia adalah perawi siqah yang hasan.

 

[4] YUNUS BIN AL-HARIS AL-SAQAFI AL-TAIFI

 يُونُسَ بْنِ الْحَارِثِ الثقفي الطائفي

 

Ulama Kufah ini adalah Rijal Abi Daud, al-Tarmizi dan Ibn Majah. Riwayatnya tidak ada dalam al-Bukhari, Muslim dan al-Nasaie.

 

Dia dianggap doif oleh ramai ulama ekoran buruk hafalannya serta dia banyak waham. Bahkan, Abu Hatim kata bahawa dia banyak meriwayatkan hadis secara maqlub.

 

Ahmad bin Hambal pula kata, hadis-hadis yang dia riwayatkan itu banyak bersifat idhtirab

 

Antara yang menganggap dia doif itu adalah Ahmad, al-Nasaie, Ibn Ma’in, Abi Hatim dan al-Saji. Namun begitu, Ibn Hibban yang terkenal dengan tasahul menyenaraikan namanya dalam kitab al-Siqat.

 

Namun begitu, al-Asqalani ada menyebut bahawa—walaupun dia doif, tetapi hadisnya diambil kira jika ada mutaba-ah dan syawahid. Hal ini kerana, doif pada dia tidaklah terlalu berat.

 

Dia adalah perawi doif dan tidak boleh diterima riwayatnya kecuali jika ada mutaba-ah atau syawahid.

 

[3] IBRAHIM BIN ABI MAIMUNAH

إِبْرَاهِيمَ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ الحجازي

 

Dia adalah Rijal Abi Daud, al-Tarmizi dan Ibn Majah. Dia dianggap Majhul al-Hal oleh Ibn Qattan dan al-Asqalani.

 

PERINGATAN: Ada seorang lagi yang hampir saman ama, iaitu IBRAHIM BIN ‘ATA’ BIN ABI MAIMUNAH. Dia orang basrah. Dia satu era dengan Imam al-Bukhari.

 

[2] ABU SOLEH (101H)

 أَبِو صَالِحٍ

 

Lihat hadis ke-8.

 

[1] ABU HURAIRAH

أَبو هُرَيْرَةَ

 

Lihat hadis ke-8, 25, 28 dan 35.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD ABI DAUD

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ، أَخْبَرَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ، عَنْ يُونُسَ بْنِ الْحَارِثِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

 

[2] STATUS HADIS: SAHIH LIGHAIRIH (MATAN)

 

Hadis ini doif dari sudut sanad dengan alasan berikut:

[a] Yunus bin al-haris (doif)

[b] Ibrahim bin Abi Maimunah (majhul al-Hal).

 

Namun, hadis ini ada syawahid dari sudut matan yang boleh dilihat dalam penjelasan hadis.

 

Turut mengatakan hadis ini sahih dari sudut matan adalah AL-NAWAWI, IBN HAJAR, ARNAUT dan ALBANI.

 

 



[1] حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ قَالَ: حَدَّثَنَا صَدَقَةُ بْنُ خَالِدٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عُتْبَةُ بْنُ أَبِي حَكِيمٍ قَالَ: حَدَّثَنِي طَلْحَةُ بْنُ نَافِعٍ أَبُو سُفْيَانَ

[2] حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حُمَيْدٍ قَالَ: حَدَّثَنَا سَلَمَةُ بْنُ الْفَضْلِ، عَنِ ابْنِ إِسْحَاقَ، عَنِ الْأَعْمَشِ، عَنْ مُجَاهِدٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

[3] حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدَّبَرِيُّ، عَنْ عَبْدِ الرَّزَّاقِ، عَنْ يَحْيَى بْنِ الْعَلَاءِ، عَنْ لَيْثٍ، عَنْ شَهْرِ بْنِ حَوْشَبٍ، عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ

Sunday, April 3, 2022

HADIS 43 (BAB 23)

 

BAB 23

 

بَابٌ فِي الِاسْتِنْجَاءِ بِالْمَاءِ

ISTINJA’ MENGGUNAKAN AIR

 

HADIS 43

 

حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ بَقِيَّةَ عَنْ خَالِدٍ يَعْنِي الْوَاسِطِيَّ عَنْ خَالِدٍ يَعْنِي الْحَذَّاءَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ حَائِطًا، وَمَعَهُ غُلَامٌ مَعَهُ مِيضَأَةٌ، وَهُوَ أَصْغَرُنَا فَوَضَعَهَا عِنْدَ السِّدْرَةِ، فَقَضَى حَاجَتَهُ، فَخَرَجَ عَلَيْنَا وَقَدْ اسْتَنْجَى بِالْمَاءِ»

 

Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah memasuki sebuah kebun bersama seorang anak kecil yang membawa bejana air wudhu. Anak kecil itu adalah orang yang paling kecil dalam kalangan kami. Dia meletakkan tempat air wudhu tersebut di samping pohon bidara, kemudian baginda membuang hajatnya, lalu keluar menemui kami sementara baginda telah beristinja’menggunakan air”

 

Status hadis: sahih

 

PENJELASAN LAFAZ

 

[1] Perkataan حائط di sini bermaksud kebun kurma. Jamaknya adalah حوائط. Kalau bermakna dinding, kata jamaknya adalah حيطان

 

[2] Perkataan الغلام bermaksud kanak-kanak masih kecil, dari umur kanak-kanak menyusu sampai umur 7 tahun.

 

[3] Perkataan مِيضَأَةٌ dari kata الوضوء iaitu bejana air yang digunakan untuk berwuduk seperti cerek air.

 

PENJELASAN HADIS

 

Hadis ini menjelaskan bahawa Nabi saw masuk ke satu kebun bersama dengan seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak itu membawa satu bejana air untuk berwuduk. Semasa Nabi saw qadha’ hajat, dia telah letakkan air dalam bejana tersebut berhampiran dengan pokok bidara. Nabi saw beristinja’ menggunakan air tersebut.

 

[2] dalam hadis, ada disebut bahawa ada seorang kanak-kanak (غلام) yang tidak dijelaskan siapa yang dimaksudkan kanak-kanak tersebut.

 

Dalam penjelasan Imam al-Bukhari, kanak-kanak yang dimaksudkan dalam hadis adalah IBN MAS’UD (31SH-32H). Imam Muslim pula kata, kemungkinan kanak-kanak itu adalah JABIR BIN ABDILLAH (16SH-78H)

 

Ada takwil kata, Jika Ibn Mas’ud dan Jabir bin Abdillah, sedangkan yang menceritakan hadis ini adalah ANAS BIN MALIK (10SH-90H), maka maksud اصغرنا di sini adalah orang yang baru memeluk Islam.

 

Pendapat ini dibantah. Hal ini kerana, Ibn Mas’ud dan Jabir antara sahabat Nabi yang awal memeluk Islam; kedua-dua ini memeluk islam sebelum hijrah lagi. Ibn Mas’ud terlibat dalam hijrah ke Habsyah sedangkan Jabir bin Abdullah masuk islam dalam perjanjian Aqabah ke-2.

 

Apatah lagi, dalam riwayat lain, disebut غلام منا ada pula sebut غلام من الأنصار yang sudah pasti tidak ada kaitan dengan dua sahabat nabi besar ini, kerana mereka bukan orang Madinah.

 

Apatah lagi, ada riwayat lain sebut: individu itu adalah Abu Hurairah

 

Dengan ini, tidak diketahui secara tepat, siapa kanak-kanak yang dimaksudkan dalam hadis.

 

HUBUNGAN HADIS

 

HADIS ke-42, dijelaskan bahawa Nabi menolak dari menggunakan air ketika beristinjak menggunakan batu.

 

Hadis ke-43 ini pula, dijelaskan bahawa Nabi saw menggunakan air semasa qadha’ hajat.

 

KESIMPULAN: istinja’ menggunakan batu bukan ganti bagi air, tetapi sebagai alternatif sahaja.

 

PENGAJARAN

 

[1] QADHA’ HAJAT DI SEBELAH POKOK BIDARA

 

Hadis bab kelihatan bercanggah dengan hadis larangan qadha’ hajat bawah bayang-bayang (hadis ke-25)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «اتَّقُوا اللَّاعِنَيْنِ» ، قَالُوا: وَمَا اللَّاعِنَانِ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «الَّذِي يَتَخَلَّى فِي طَرِيقِ النَّاسِ أَوْ ظِلِّهِمْ»

 

Juga seperti bercanggah dengan hadis Al-Tibrani dalam al-Mukjam al-Awsat (hadis no: 2392) meriwayatakan daripada Ibn Umar berkata:

 

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَتَخَلَّى الرَّجُلُ تَحْتَ شَجَرَةٍ مُثْمِرَةٍ

“Nabi melarang bahawa seorang lelaki itu qadha’ hajat di bawah pokok yang berbuah”

  

Justeru, bagi seragamkan antara hadis-hadis ini diberikan penjelasan berikut;

 

A.                  Yang dimaksudkan dengan bayang-bayang di sini adalah tempat orang berteduh, sedangkan dalam hadis bab bahawa bukan Nabi saw qadha’ hajat di samping pokok bidara, tetapi sekadar meletakkan air sahaja.

 

B.                  Hadis Tibrani doif jiddan, tetapi kandungan matannya selaras dengan fitrah manusia. iaitu, buah-buahan yang boleh dimakan, jika jatuh di atas najis, sudah pasti ia tidak dapat dimakan. Makanya, ia wajar dielak dari berlaku.

 

KESIMPULANNYA: dalam kes hadis bab, ia lebih selaras dengan hadis bahawa Nabi saw qadha’ hajat di belakang pokok untuk memastikan orang tidak nampak aurat (hadis ke-22)

 

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حَسَنَةَ، قَالَ: انْطَلَقْتُ أَنَا وَعَمْرُو بْنُ الْعَاصِ، إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ وَمَعَهُ دَرَقَةٌ ثُمَّ اسْتَتَرَ بِهَا، ثُمَّ بَالَ، فَقُلْنَا: انْظُرُوا إِلَيْهِ يَبُولُ كَمَا تَبُولُ الْمَرْأَةُ، فَسَمِعَ ذَلِكَ، فَقَالَ: «أَلَمْ تَعْلَمُوا مَا لَقِيَ صَاحِبُ بَنِي إِسْرَائِيلَ، كَانُوا إِذَا أَصَابَهُمُ الْبَوْلُ قَطَعُوا مَا أَصَابَهُ الْبَوْلُ مِنْهُمْ، فَنَهَاهُمْ فَعُذِّبَ فِي قَبْرِهِ»

 

[2] DAKWAAN MAKRUH GUNA AIR

 

Hadis ini adalah hujah bagi pendapat yang mengatakan makruh menggunakan air semasa istinjak.

 

Antara yang mengatakan sebegitu adalah riwayat daripada Nafi’ bahawa Ibn Umar tidak beristinjak menggunakan air.

 

Ibn Tin menukilkan dari Imam Malik berkata bahawa nabi saw tidak beristinjak menggunakan air.

 

Menurut Ibn Habib (ulama Mazhab Maliki), istinjak guna air dianggap menggunakan makanan.  

 

Kata al-Hattab: Pendapat ini ganjil. Apatah lagi, didapati dalam nukilan ibn Habib bahawa ia tidak melarang istinjak guna air. Ibn Hattab menjelaskan lagi dengan katanya: Aku tidak tahu pula Mazhab maliki ada berpendapat sebegini.

 

[3] MENJAUHKAN DIRI DARI ORANG RAMAI SEMASA QADHA’ HAJAT

 

Tidak salah qadha’ hajat dekat dengan orang. Ini dikuatkan dengan hadis Huzaifah (hadis ke-23; hadis kencing berdiri)

 

Yang penting adalah aurat terselamat dari dilihat oleh orang ramai; Sila lihat hadis pertama, ke-2, ke-11, ke-12 dan ke-13 (qadha’ hajat mengadap kiblat), ke-14 (Nabi duduk baru selak kain), ke-15 (bersembang-sembang semasa qadha’ hajat), ke-21 (pelepah tamar).

 

[4] ISTINJAK GUNA AIR DAN BATU BERSEKALI

 

Jumhur ulama salaf dan khalaf kata, afdhal gabungkan air dan batu semasa istinjak.

 

Didahulukan batu dahulu, untuk kurangkan najis. Kemudian, baru menggunakan air.

 

Kalau nak guna salah satu, diutamakan menggunakan air. Ada pendapat kata, batu lebih afdhal. Ini pendapat lemah.

 

Semua pendapat ini tidak didokong oleh nas hadis, tetapi sekadar pemahaman akal sahaja.

 

[5] BATU SEBAGAI GANTI AIR?

 

PENDAPAT SATU: BATU GANTI AIR

 

Ibn Habib al-Maliki kata, istinjak guna batu tidak sah jika ada air. Dengan erti kata lain, jika tidak ada air, baru istinjak dengan batu adalah sah.

 

Hujahnya: batu sebagai ganti bagi air, bukan pilihan. Sama seperti tayammum ketika ketiadaan air.

 

Menggunakan batu sekadar kurangkan kotoran, bukan hilangkan kotoran. Hal ini berbeza dengan air yang bersifat menghilangkan kotoran.

 

PENDAPAT KEDUA: BATU SEBAGAI PILIHAN.

 

Ini pendapat majoriti ulama. Tidak salah mahu menggunakan batu pada saat ada air. Namun, menggunakan air hanya keutamaan sahaja.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] WAHB BIN BAQIYYAH (155H-239H)

وَهْبُ بْنُ بَقِيَّةَ

 

Nama penuhnya adalah WAHB BIN BAQIYYAH BIN OSMAN BIN SABUR BIN UBAID BIN ADAM BIN ZIYAD. Dia digelar dengan ABU MUHAMMAD bahkan lebih popular dengan disebut WAHBAN AL-WASITI.

 

Dia dilahirkan di Wasit dan meninggal di tempat yang sama. Dia adalah guru kepada Imam al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[4] KHALID AL-WASITI (110H-182H)

خَالِد الْوَاسِطِيَّ

Nama penuhnya adalah KHALID BIN ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN BIN YAZID AL-TAHHAN AL-WASITI. Dia dipanggil dengan ABU AL-HAISHAM dan ada riwayat kata, dipanggil dengan ABU MUHAMMAD.

 

Gelaran AL-WASITI adalah nisbah kepada satu tempat di Baghdad bernama Wasit.

 

Dia adalah rijal al-Bukhari, Muslim, Abi Daud, al-Tarmizi dan Ibn Majah. Hanya al-Nasaie sahaja tidak riwayatkan hadisnya.

 

Ibn Hajar anggap dia doif. Namun begitu, rata-rata anggap dia seorang perawi siqah dan hasan.

 

[3] KHALID AL-HAZZA’ (142H)

خَالِدٍ الْحَذَّاءَ

 

Ulama Basrah ini, nama penuhnya adalah KHALID BIN MIHRAN AL-HAZZA’. Menurut dakwaan golongan tertentu bahawa gelaran al-Hazza’ adalah kerana dia seorang tukang kasut.

 

Dia digelar ABU AL-MANAZIL AL-BASRI AL-QURASHI.

 

Dia dianggap siqah oleh ibn Hibban, al-nasaie dan Ibn Ma’in. Namun, menurut Abu Hatim bahawa hadisnya walaupun ditulis, tetapi tidak boleh dibuat hujah. Hammad menganggap hafalannya buruk serta dianggap doif oleh Ibn Ulayyah.

 

Pun begitu, dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi siqah yang hasan.

 

[2] ‘ATA’ BIN ABI MAIMUNAH (131H)

عَطَاءِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ

 

Ulama basrah ini, nama sebenarnya adalah ‘ATA’ BIN MUNI’ yang digelar dengan ABU MUAZ MUNI’ AL-BASRI.

 

Dikatakan bahawa dia adalah bekas hamba kepada Anas bin Malik. Ada pula pihak lain kata, dia adalah bekas hamba kepada Imran bin Husoin.

 

Dia dianggap siqah oleh Ibn Ma’in, al-Nasaie dan Abu Zur’ah. Namun, Abu Hatim pula kata, hadisnya tidak boleh dibuat hujah. Ibn ‘Adi pula kata, banyak hadis-hadis yang dia riwayatkan itu mungkar.

 

Imam al-Bukhari dan ramai lagi seperti Ahmad bin Hanbal, al-nasaie, al-Jili, al-Juzjani, al-Asqalani, al-Juhadhmi, al-Waqidi, al-Qattan dan ibn Main anggap bahawa dia seorang berfahaman Qadariyyah. Bahkan Abu Ishaq al-Juzjani kata, dia salah seorang ketua Qadariyyah.

 

Dia adalah rijal al-Bukhari, Muslim, Abi Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah. Hanya imam tarmizi sahaja tidak riwayatkan hadisnya.

 

Dia adalah perawi siqah yang hasan.

 

[1] ANAS BIN MALIK

أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ

 

Lihat hadis ke-4, 5, 14 dan 19.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD ABU DAUD

 

حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ بَقِيَّةَ، عَنْ خَالِدٍ يَعْنِي الْوَاسِطِيَّ، عَنْ خَالِدٍ يَعْنِي الْحَذَّاءَ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ

 

[2] STATUS HADIS: SAHIH

 

Hadis ini sahih dengan alasan berikut

 

A.                  Syarat muslim.

B.                  Bukhari, muslim dan Abu ‘Awanah keluarkan hadis ini.

C.                  Disepakati sahih oleh ALBANI dan ARNAUT.

 

TAKHRIJ

 

Al-Nasaie (al-Kubra, 47[1])

قَالَ: سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، يَقُولُ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ أَحْمِلُ أَنَا وَغُلَامٌ مَعِي نَحْوِي إِدَاوَةً مِنْ مَاءٍ فَيَسْتَنْجِي بِالْمَاءِ»

 

dan Al-Bukhari (150, 217[2]): hadis anas

سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، يَقُولُ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «إِذَا خَرَجَ لِحَاجَتِهِ، أَجِيءُ أَنَا وَغُلاَمٌ، مَعَنَا إِدَاوَةٌ مِنْ مَاءٍ، يَعْنِي يَسْتَنْجِي بِهِ»

 

Muslim (270, 271[3]), lafaz sama dengan Abu Daud.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «دَخَلَ حَائِطًا وَتَبِعَهُ غُلَامٌ مَعَهُ مِيضَأَةٌ، هُوَ أَصْغَرُنَا، فَوَضَعَهَا عِنْدَ سِدْرَةٍ، فَقَضَى رَسُولُ اللهِ صلَّى اللهِ عليْهِ وسلَّمَ حَاجَتَهُ، فَخَرَجَ عَلَيْنَا وَقَدِ اسْتَنْجَى بِالْمَاءِ»

 

Musnad Ahmad (12100[4])

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَبَرَّزَ لِحَاجَتِهِ، أَتَيْتُهُ بِمَاءٍ فَيَغْسِلُ بِهِ»

 



[1] أَخْبَرَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: أَخْبَرَنَا النَّضْرُ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ

[2] حَدَّثَنَا أَبُو الوَلِيدِ هِشَامُ بْنُ عَبْدِ المَلِكِ قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي مُعَاذٍ، وَاسْمُهُ عَطَاءُ بْنُ أَبِي مَيْمُونَةَ قَالَ: سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ

[3] حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ، عَنْ خَالِدٍ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ

[4] حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا رَوْحُ بْنُ الْقَاسِمِ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ