HADIS
162 |
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ، حَدَّثَنَا حَفْصٌ يَعْنِي ابْنَغِيَاثٍ، عَنِ الْأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ عَبْدِ خَيْرٍ، عَنْعَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: لَوْ كَانَ الدِّينُ بِالرَّأْيِ لَكَانَ
أَسْفَلُ الْخُفِّ أَوْلَى بِالْمَسْحِ مِنْ أَعْلَاهُ، وَقَدْ «رَأَيْتُ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ عَلَى ظَاهِرِ خُفَّيْهِ»
GAMBARAN DASAR HADIS 162 |
[1] Hadis ini dinilai sahih dan boleh dijadikan
sandaran hujah.
[2] Fokus utama hadis ini adalah berkenaan cara sapu
khuf; iaitu di sapu bahagian adalah syarat sah bagi sapu khuf.
PERBAHASAN SANAD 162 |
[3] SANAD;
|
PERAWI |
TEMPAT |
STATUS |
|
Rasulullah
|
-
Mekah -
Madinah |
-
Maksum -
Perbuatan |
6. |
Ali
bin Abi Talib (23SH
– 40H[1]) |
-
Mekah -
Madinah -
Kufah |
-
Sahabat |
5. |
Abd
Khair bin Yazid al-Hamdani (81H)[2] |
-
Hamzan (iran) -
Yaman -
Kufah |
-
Tabiin awal di Kufah. -
Mukhadram -
Siqah. |
4. |
Abu
Ishaq al-Subaie’ al-Kufi @ Amru bin Abdillah bin Umaid al-Hamdani |
-
Kufah |
-
Bukhari muslim. -
Jumpa Ali, Osamah, al-Mughirah
tetapi tidak dengar dari mereka. -
Siqah |
3. |
Sulaiman
bin Mihran al-A’mash (61H
– 148H)[5] |
-
Tabaristan (L) -
Kufah (M) |
-
Bukhari muslim. -
Zahabi: SYAIKH AL-MUHADDISIN. -
apabila dia riwayat dengan حدثنا, maka riwayatnya sahih. Namun, jika dia riwayat dengan عن, maka perlu diteliti terlebih dahulu. |
2. |
Hafs
bin Ghiyas @ Abu Amru al-Kufi (117H
– 194H) |
-
Baghdad -
Kufah (M) |
-
Siqah jika dengan kitab.
Beberapa hafalan, kena hati-hati. -
Bukhari muslim. |
1. |
Muhammad
bin al-‘Ala’ (161H
– 248H)[6] |
-
Kufah |
-
Siqah -
Bukhari – Muslim. |
|
ABU
DAUD (202H
– 275H) |
|
|
[4] ARNAUT—ISNADNYA SAHIH
-
Disebut oleh IBN HAJAR
AL-ASQALANI dalam AL-TALKHIS AL-HABIR.
[5] ALBANI—ISNADNYA SAHIH
-
Demikian kata IBN HAJAR.
-
Semua rijalnya siqah.
-
Semua rijal bukhari muslim
kecuali Abd Khair sahaja. namun, dia siqah.
MATAN 162 (A) |
[6] daripada Ali bin Abi Talib berkata:
عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: لَوْ كَانَ الدِّينُ
بِالرَّأْيِ لَكَانَ أَسْفَلُ الْخُفِّ أَوْلَى بِالْمَسْحِ مِنْ أَعْلَاهُ
Kalau
agama ini ambil dari al-Ra’y, sudah pasti bahagian bawah khuf itu lebih utama
disapu berbanding bahagian atasnya.
[] Abu Hanifah ada berkata:
لو قلت بالرأي لأوجبت الغسل بالبول
لأنه نجس متفق عليه, والوضوء بالمني لأنه نجس مختلف فيه
Kalau aku gunakan al-Ra’y, pasti
aku wajibkan mandi menggunakan air kencing, walhal ia adalah najis yang
disepakati; pasti aku wajibkan wuduk dengan air mani, walhal ia najis yang
diperselisihkan ulama padanya[7].
[7] KOMENTAR ULAMA terhadap perkataan Saidina Ali
(hadis Mauquf);
A. AL-SAHRAMPURI kata, maksud dengan الرأي adalah
semata-mata akal, tanpa dikaitkan dengan riwayat dan hadis[8].
B. IBN RUSLAN kata, yang datang dari akal manusia tanpa dalil dari
al-Quran, sunnah dan Ijmak, maka ia tidak diperakui dalam syariah[9].
C. AL-SAHMS AL-ABADI kata, tidak boleh menggunakan pendekatan qiyas ketika
kewujudan Nas[10].
NABI SEBAGAI SUMBER AGAMA
[8]
Asas menerima agama ini adalah wahyu. Dan wahyu itu diketahui melalui Nabi saw.
Firman Allah;
مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ
وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ
السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ وَمَا
آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا
اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (7)
– الحشر
Apa
yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri,
bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah,
dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim,
dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan
yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya
dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w)
kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu
melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar
perintahNya)
[9] Berpegang teguh dengan Hadis Nabi saw—daripada
Irbadh bin Sariyah berkata:
عَنْ العِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ، قَالَ: وَعَظَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا بَعْدَ صَلَاةِ الغَدَاةِ مَوْعِظَةً
بَلِيغَةً ذَرَفَتْ مِنْهَا العُيُونُ وَوَجِلَتْ مِنْهَا القُلُوبُ، فَقَالَ
رَجُلٌ: إِنَّ هَذِهِ مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَمَاذَا تَعْهَدُ إِلَيْنَا يَا
رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ،
وَإِنْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ يَرَى اخْتِلَافًا
كَثِيرًا، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّهَا ضَلَالَةٌ فَمَنْ
أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَعَلَيْهِ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الخُلَفَاءِ
الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ»
- الترمذي 2676
Suatu
hari selepas solat subuh, Rasulullah saw memberi pesanan kepada kami yang amat
emosi sehingga menitik air mata dan hati rasa gementar. Seseorang bertanya
kepada Nabi: pesanan ini seperti pesanan terakhir. Apa yang kamu mahu
tinggalkan kepada kami wahai Rasulullah saw? Jawab Nabi: Aku berpesan kepada
kamu agar bertaqwa kepada Allah. Dengar dan taat walaupun ketua itu seorang
hamba Habsyi. Hal ini kerana, sesiapa dalam kalangan kamu yang diberikan umur
panjang, dia akan melihat perpecahan yang amat banyak. Hindarilah kamu dari
perkara-perkara baru kerana ia adalah sesat. Barangsiapa dari kalangan kamu
yang sempat berada pada zaman itu, maka hendaklah dia berpegang teguh dengan
sunnah aku dan sunnah khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyin. Gigitlah atasnya dengan
gigi geraham.
Dalam
riwayat IBN MAJAH, ada tambahan matan;
وَإِيَّاكُمْ وَالْأُمُورَ الْمُحْدَثَاتِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ
ضَلَالَةٌ – ابن ماجة 42
Jauhi kamu dari perkara-perkara
baru, kerana setiap bid’ah itu adalah sesat
HUKUM YANG TIDAK ADA NAS
[10] Dalam hal yang disebut oleh wahyu adalah halal.
Hadis—Ibn Abbas berkata;
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: كَانَ أَهْلُ الْجَاهِلِيَّةِ يَأْكُلُونَ أَشْيَاءَ
وَيَتْرُكُونَ أَشْيَاءَ تَقَذُّرًا،» فَبَعَثَ اللَّهُ تَعَالَى نَبِيَّهُ،
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنْزَلَ كِتَابَهُ، وَأَحَلَّ حَلَالَهُ،
وَحَرَّمَ حَرَامَهُ، فَمَا أَحَلَّ فَهُوَ حَلَالٌ، وَمَا حَرَّمَ فَهُوَ
حَرَامٌ، وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ عَفْوٌ – ابو داود 3800
"Orang
jahiliah dahulu selalu makan beberapa jenis makanan dan meninggalkan beberapa
jenis makanan kerana rasa jijik. Kemudian Allah mengutus nabi-Nya dan
menurunkan kitab-Nya, serta menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang
haram. Apa sahaja yang Allah halalkan, maka ia halal, apa sahaja yang Allah
haramkan, maka ia haram, dan apa yang Allah diamkan, maka hukumnya
dimaafkan".
ASAS AGAMA ADA TAAT
[11] perkataan الدين dari sudut bahasa bermaksud الذل dan الطاعة, iaitu
merendah diri dan taat. Disebut juga dengan التعبد, iaitu
perhambaan diri[11].
Dari sudut istilah pula, الدين
bermaksud apa-apa yang Allah syariatkan atas lidah Nabi saw dari sebarang hukum[12].
Dengan sebab itu, sebarang perkara yang tidak datang dari lisan Nabi Muhammad,
sama ada secara langsung atau tidak langsung, maka itu bukan الدين.
[12] Perlu diklasifikasikan
kepada dua:
a.
Kaedah usul IBADAT KHUSUS. Di sini ada dua pendapat;
· Asal sesuatu perkara
ibadat adalah dilarang kecuali ada dalil yang sahih dan sarih atas keizinan
untuk dilakukan.
· Asal sesuatu perkara
ibadat adalah dilarang kecuali ada dalil keizinannya secara sahih, walaupun
secara tidak sarih.
b.
Kedah usul SELAIN IBADAT KHUSUS.
· Asal sesuatu perkara
selain ibadat khusus adalah harus selama tidak ada dalil yang sahih dan sarih
atas pengharamannya.
[13] Contoh bagi usul Ibadat
khusus: hukum menyedekahkan bacaan al-Quran kepada si mati.
Berlaku khilaf dalam kalangan ulama berkenaan
menyedekahkan bacaan al-Quran kepada si mati;
·
Pendapat yang anggap bid’ah, kerana tidak ada dalil
yang sahih dan sarih (jelas) yang mengizinkan.
·
Pendapat yang anggap ia tidak bid’ah, kerana ada
MANAT; iaitu setiap sedekah pahala pada IBADAT BADANIYYAH adalah dibolehkan.
MANAT ini terhasil ekoran kesamaan berikut;
(a)
sedekah pahala infaq wang.
Dalam hadis—daripada Ibn Abbas
berkata:
أَنَّ سَعْدَ بْنَ عُبَادَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ تُوُفِّيَتْ أُمُّهُ
وَهُوَ غَائِبٌ عَنْهَا، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي تُوُفِّيَتْ
وَأَنَا غَائِبٌ عَنْهَا، أَيَنْفَعُهَا شَيْءٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَنْهَا؟
قَالَ: «نَعَمْ» ، قَالَ: فَإِنِّي أُشْهِدُكَ أَنَّ حَائِطِيَ المِخْرَافَ
صَدَقَةٌ عَلَيْهَا – البخاري, 2756
Saad bin Ubadah kematian ibunya
yang ketika itu dia tidak ada bersama dengan ibunya itu. Dia berkata: Wahai
Rasulullah, Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia ketika aku tidak ada
bersamanya. Apakah bermanfaat jika aku sedekahkan untuknya? Jawab nabi: ya. Dia
berkata: "Aku bersaksi kepada kamu (wahai Nabi) bahwa kebunku yang penuh
dengan buah-buahan ini aku sedekahkan untuknya (ibuku)".
(b)
pahala ibadat haji untuk si mati
Hadis—daripada Ibn Abbas berkata:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، أَنَّ امْرَأَةً مِنْ
جُهَيْنَةَ، جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،
فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ،
أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: «نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى
أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ فَاللَّهُ أَحَقُّ
بِالوَفَاءِ» - البخاري, 1852
Seseorang perempuan dari etnik
Juhainah datang kepada Nabi. Dia berkata: Ibuku bernazar untuk buat ibadat
haji, tetapi sehingga dia meninggal dunia dia tidak dapat tunaikan ibadat haji.
Apakah boleh, aku tunaikan haji untuknya? Jawab nabi: ya. Tunaikan haji untuk
ibumu itu. Apa pandangan kamu kalau ibumu ada hutang, apakah kamu akan bayar
hutang tersebut? (oleh itu) tunaikan hutang Allah, kerana (hutang) Allah lebih
berhak ditunaikan”
Justeru;
+ Infaq wang adalah IBADAT BADANIYYAH, boleh
sedekahkan pahala kepada si mati.
+ Tunaikan ibadat haji adalah IBADAT BADAIYYAH, boleh
sedekahkan pahala kepada si mati.
= MANAT: setiap
IBADAT BADANIYYAH, dapat disedekahkan pahala kepada si mati.
+ Membaca al-Quran adalah IBADAT BADANIYYAH.
= KESIMPULAN: sedekahkan bacaan al-Quran kepada si
mati adalah dibolehkan.
[14] Contoh bagi usul BUKAN
IBADAT KHUSUS.
·
Terlibat dengan Bank adalah halal kecuali ada riba.
·
Hadiah perlawanan boleh sepak adalah halal kecuali
jika melalui proses judi.
[15] Menurut AL-QURTUBI,
sebarang rekaan yang berlaku dalam syarak yang tidak mempunyai sebarang asal,
maka ia adalah mafsukh (tidak boleh diguna pakai) dan tidak boleh diamalkan[13].
Justeru, jika sesuatu itu mempunyai asal dari agama, maka ia tidak tertolak[14].
[16] Contoh-contoh penambahan
yang ada asal dari agama;
·
Abu Bakar al-Siddiq himpunkan mashaf al-Quran.
·
Saidina Umar himpun semua jemaah solat tarawih di
bulan ramadan dengan seorang imam sahaja[15].
·
Wasilah untuk nak faham agama seperti belajar nahu,
sorof dan sebagainya[16].
MATAN 162 (B) |
لَكَانَ أَسْفَلُ الْخُفِّ أَوْلَى بِالْمَسْحِ مِنْ أَعْلَاهُ
“pasti
di bahagian bawah khuf lebih utama disapu berbanding bahagian atas”
[17] Kalau dilihat dari sudut logik, sapu di bawah
lebih utama kerana tapak kaki itu selalu mengenai lantai dan boleh sahaja
bersentuhan langsung dengan najis. Apatah lagi, tujuan sapu adalah untuk
kurangkan najis dan kotoran[17].
MATAN 162 (C) |
وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ
عَلَى ظَاهِرِ خُفَّيْهِ
Aku
sendiri nampak Rasulullah saw bahagian zahir dua khuf
[18] ini adalah dalil Saidina Ali bahawa agama ini
bukan bersumberkan kepada akal, tetapi bersumberkan kepada wahyu.
[19] Saidina Ali menjelaskan bahawa dia NAMPAK
perbuatan Nabi yang sapu khuf di bahagian atas[18].
Namun begitu, tidak bermakna Nabi saw tidak pernah sapu di bahagian bawah. Hal
ini terdapat hadis dari sahabat Nabi lain, iaitu AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH yang
menyatakan bahawa nabi saw pernah sapu juga di bahagian bawah (hadis no: 165)
Walaubagaimana pun, hadis ini
adalah dalil bahawa sapu khuf yang wajib adalah sapu bahagian atas sahaja.
selain itu, bukan penentu sah sapu khuf[19].
[] Dari hadis ini dijadikan
sandaran;
a. untuk menolak pendapat AS’YHAB
dari mazhab maliki dan setengah ulama dari mazhab Syafie yang anggap, memadai
sapu khuf pada bahagian bawah tanpa sapu di bahagian atas[20].
b. IBN HAZM anggap, memadai dengan sapu khuf pada bahagian atas sahaja. dan
sapu di bahagian bawah adalah sia-sia sahaja. ini juga pendapat ALI, QAIS BIN
SA’AD, ABU HANIFAH dan SUFYAN AL-SAURI[21].
[20] Hanya ABU HANIFAH berpendapat, paling kurang
perlu guna tiga jari tangan untuk sapu khuf. Namun, pendapat ini dibantah oleh
IBN RUSLAN dengan anggapa ia tidak ada sumber dari syarak[22].
BIOGRAFI PERAWI 162 |
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ
[7] MUHAMMAD BIN AL- ‘ALA’ (161H-248H). Dipanggil dengan
ABU KURAIB AL-HAMDANI. Dilahirkan dan meninggal dunia di KUFAH.
[8] Nama guru Abu Daud ini diulang sebut untuk kali ke-7,
iaitu hadis ke-18, 44, 63, 66, 99, 136 & 162
حَدَّثَنَا
حَفْصٌ يَعْنِي ابْنَ
غِيَاثٍ
[]
HAFS BIN GHIYAS BIN TOLQ BIN MUAWIYAH BIN MALIK BIN AL-HARIS[23] AL-NAKHAIE[24] @ ABU AMRU AL-KUFI (117H – 194H[25])
[]
Dia adalah Qadhi di Baghdad[26] dan meninggal di Kufah. Ada kata, semasa di
Baghdad dia dilantik menjadi Gabenor dan semasa di Kufah dia menjadi Qadhi
selama 13 tahun.
Menurut
AL-ZAHABI pula, HARUN RASHID melantik dia menjadi Qadhi di Baghdad, kemudian
pindahkan dia menjadi qadhi di Kufah.
Menurut
ABU AL-HASANAT, dia menjadi qadhi di kufah selama 13 tahun, dan qadhi di
Baghdad selama 2 tahun sahaja.
[]
Dia salah seorang murid Imam Abu Hanifah. Dia mendengar dari ABU YUSUF,
al-sauri. Ahmad Bin Hanbal ambil hadis darinya.
[]
Imam Wakie’ apabila ditanya berkenaan sesuatu hukum, dia selalu berkata: Pergi
berjumpa dengan Qadhi kamu. Tanya hukum darinya. Dia adalah seorang syaikh,
maruahnya terjaga dan diterima.
[]
YAHYA AL-QATTAN kata, hafs adalah murid al-A’mash yang paling siqah. ABU DAUD
ada kata bahawa, dalam kalangan murid al-A’mash, ABDUL RAHMAN BIN MAHDI tidak
akan melebihkan sesiapa pun melebihi HAFS. Hal yang sama dilakukan oleh ISA BIN
SYAZAN. Namun, ada sebilangan huffaz melebihkan Abu Muawiyah.
[]
KOMENTAR
A. Kutub sittah[27].
B. Dianggap siqah oleh NASAIE, IBN KHIRASH, IJLI, IBN MAIN[28].
C. IJLI kata, dia siqah, ma’mun, faqih[29].
[]
PERTENGAHAN;
D. YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah jika diambil hadis dari kitabnya.
Beberapa hafalannya perlu berhati-hati[30].
E. ABU ZUR’AH kata, dia buruk hafalan. Jika ambil hadis darinya secara
kitab, maka dia soleh[31].
F.
IBN SAAD kata, dia siqah, makmun.
Banyak riwayat hadis. dia tadlis[32].
G. IBN MAIN kata, semua yang hafs
riwayatkan semasa di Baghdad dan di Kufah adalah datang dari hafalannya. Dia
tidak riwayatkan secara kitab. Mereka tulis hadis darinya sebanyak 3 hingga 4
ribu hadis yang dia riwayatkan secara hafalan.
[]
NEGATIF;
H. DAUD BIN RASHID kata, dia banyak
silap[33]
I.
AHMAD kata, dia tadlis[34].
J.
IBN AMMAR kata, dia tidak hafal
dengan baik. Dia susah[35].
عَنِ
الْأَعْمَشِ
[] SULAIMAN BIN MIHRAN AL-A’MASH (61H-148H). Dilahirkan di TABARISTAN
(Iran) dan meninggal dunia di KUFAH. AL-ZAHABI menyatakan bahawa dia digelar
dengan SYAIKH AL-MUHADDISIN.
[] Dilahirkan perkampungan ibunya, TABARISTAN pada era Saidina Husain di
Bunuh dan dikatakan bapanya ada di tempat kejadian pembunuhan tersebut.
[] AL-ZAHABI kata, dia selalu buat TADLIS bahkan dari perawi lemah tanpa
dia sedar. Justeru, apabila dia riwayat dengan حدثنا, maka riwayatnya sahih.
Namun, jika dia riwayat dengan عن, maka perlu diteliti terlebih dahulu.
[] Nama perawi ini diulang sebut untuk kali ke-7, iaitu hadis ke-7, 14,
20, 22, 103, 104 & 162.
عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ
[] ABU ISHAQ AL-SUBAI’IE AL-KUFI @ AMRU BIN ABDILLAH BIN UBAID AL-HAMDANI[36] (33H-128H)
[] AL-SABI’IE adalah nisbah tempat asal keturunannya, iaitu di satu tempat
di HAMDAN (Iran), sedangkan dia dilahirkan di Kufah. AL-SABI’IE adalah gelaran yang merujuk kepada keturunan AL-SABI’E BIN
SO’B BIN MUAWIYAH BIN KATHIR[37].
[] Dilahirkan di era pemerintahan Osman bin Affan.
[32] Salah seorang TABIIN KUFAH. Dia sempat jumpa dengan ALI BIN ABI TALIB,
AL-BARRA’ BIN ‘AZIB, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH, ‘ADI BIN HATIM, ZAID BIN ARQAM,
IBN ABBAS, ABDULLAH BIN AMRU BIN AL-AS, OSAMAH BIN ZAID dan sebagainya.
[]
Dia PERNAH JUMPA Ali bin Abi Talib, Osamah bin Zaid, al-Mughirah bin Syu’bah.
Namun, tidak sahih dakwaan bahawa dia pernah DENGAR hadis dari sahabat-sahabat
ini[38].
[] Terkenal dengan kuat beribadat sehinggakan dikenali umum bahawa setiap
tiga hari, dia akan khatam al-Quran.
[] Dia belajar Qiraat dari ABU ABDUL RAHMAN AL-SULAMI sehingga dia menjadi
salah seorang imam dalam bidang ilmu qiraat.
[] Dalam kesebukan ilmu, dia tidak abaikan berjihad; terlibat dalam perang
melawan Rum (Byzantium) di era Muawiyah sehingga dia terlibat enam kali perang.
[] Sebelum dia meninggal dunia, matanya buta. Sejak itu, dia kerap
berpuasa sehingga dia meninggal dunia pada tahun 128 Hijrah.
[] KOMENTAR POSITIF;
(a)
Dianggap siqah oleh ABU HATIM, IBN MAIN, AL-NASAIE,
ABU HATIM, AHMAD dan AL-IJLI.
(b)
AL-ZAHABI kata, dia antara ulama yang beramal serta
tabiin yang hebat. Walaupun sebelum meninggal, halafannya berubah tetapi dia
tidak ikhtilat.
(c)
JARIR BIN ABDUL MAJID kata, sesiapa yang melazimi
dengan Abu Ishaq sama seperti melazimi Saidina Ali.
(d)
IBN MADINI kata, penghafal ilmu dalam umat ini ada 6
orang; untuk penduduk Kufah adalah ABU ISHAQ dan AL-A’MASYH; untuk penduduk
Basrah adalah QATADAH, YAHYA BIN ABI KATHIR; untuk penduduk Madinah adalah
AL-ZUHRI; untuk penduduk Mekah adalah AMRU BIN DINAR.
[] KOMENTAR PERTENGAHAN:
(e)
IBN HIBBAN, HUSAIN AL-KARABISI dan ABU JA’AFAR
AL-TABARI kata, dia mudallis.
(f)
AL-ASQALANI kata, dia ikhtilat di akhir umurnya.
(g)
IBN MAIN kata, IBN UYAYNAH dengar hadis darinya
selepas dia IKHTILAT.
(h)
ABU ISHAQ AL-JUZAJANI kata, penduduk kufah tidak
memuji mazhabnya—iaitu dari sudut TASYAYYU’.
(i)
AL-SAHRANPURI kata, dia meriwayatkan hadis dari kaum
yang tidak dikenali. Hadis-hadis yang tersebar itu pula tidak diketahui dari
mana-mana ahli ilmu kecuali hanya dari Abu Ishaq sahaja. Justeru, riwayatnya
perlu TAWAQQUF.
[]
Diulang sebut untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-116 dan 162
عَنْ عَبْدِ خَيْرٍ
[]
ABD KHAIR BIN YAZID AL-HAMDANI[39]. (81H).
[] Tidak diketahui nama
sebenarnya. Ada pihak dakwa, namanya ABDUL RAHMAN BIN YAZID. Ada pula kata, BIN
YAHMAD. Ada pula kata, BIN BAJYAD, ABU UMARAH AL-HAMDANI AL-KUFI.
[] Dia pernah tinggal Hamzan (iran), Yaman dan Kufah.
[] Imam Muslim menyatakan dia adalah TABIIN terawal dari kalangan penduduk
KUFAH[40].
[] Dia sempat di era jahiliyyah, malah memeluk islam di era Nabi tetapi
tidak ada satu bukti sahih bahawa dia berjumpa dengan Nabi. Justeru, dia di
bawah ketagori MUKHADRAM[41], bukan sahabat.
[] Dalam USUD AL-GHABAH, IBN ATSIR ada membawakan riwayat bahawa ABDUL
MALIK BIN SAL’ سلع bertanya kepada ABD KHAIR: apakah masih ingat kejadian di era
Jahiliyyah?
Dia jawab: ya. Kami
berada di YAMAN. Tiba-tiba sampai kepada kami dakwah Rasulullah saw yang
menyeru kepada kebaikan yang luas. Bapaku pun keluar yang ketika itu aku kasih
kecil lagi. Apabila bapaku pulang, dia memberitahu kepada ibuku: “buangkan
makanan dalam periuk kerana ia adalah bangkai. Berikan kepada anjing sahaja.
hal ini kerana, aku sudah memeluk islam”
[] Dia sempat berjumpa dengan ABU BAKAR AL-SIDDIQ, IBN MAS’UD, AISYAH, ALI
dan ZAID BIN AL-ARQAM.
[] KOMENTAR POSITIF:
(a)
IBN RUSLAN kata, dia siqah[42]
(b)
IBN AL-ATSIR kata, dia orang yang banyak riwayat hadis
dari ALI BIN ABI TALIB.
(c)
Dianggap siqah oleh IBN MAIN, AL-NASAIE, AL-IJLI,
AL-ZAHABI dan IBN HIBBAN.
(d)
ABU JAA’FAR MUHAMMAD BIN AL-HUSAIN AL-BAGHDADI kata,
aku bertanya AHMAD BIN HANBAL berkenaan orang yang sabat berkenaan ALI BIN ABI
TALIB. AHMAD menyebut semua nama-nama mereka, dan salah seorangnya adalah ABD
KHAIR[43].
(e)
AL-BAIHAQI kata, bukhari muslim tidak berhujah dengan
hadisnya.
(f)
AL-ASQALANI kata, dia siqah mukhadram.
(g)
AHMAD kata, dia sabat.
[]
Namanya diulang sebut untuk kali ke-4, iaitu hadis ke-111, 112, 113 & 162
عَنْ عَلِيٍّ
[] ALI BIN ABI TALIB (23SH-40H). Digelar dengan ABU TURAB.
[] Dilahirkan di Mekah dan meninggal dunia di Madinah. Pernah sampai ke
Kufah.
[] Menjadi Khalifah tahun 35 Hijrah dan memerintah selama 5 tahun 3 bulan
sahaja.
[] Nama sahabat ini diulang sebut untuk kali ke-8, iaitu hadis ke-62, 111,
112, 113, 114, 115, 116, 117 & 162
[1] Nama sahabat ini diulang sebut untuk kali ke-8, iaitu
hadis ke-62, 111, 112, 113, 114, 115, 116, 117 & 162
[2] Namanya diulang sebut untuk kali ke-4, iaitu hadis
ke-111, 112, 113 & 162
[3] Dilahirkan di era pemerintahan Osman bin Affan
[4] Diulang sebut untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-116 dan
162
[5] Nama perawi ini diulang sebut untuk kali ke-7, iaitu
hadis ke-7, 14, 20, 22, 103, 104 & 162.
[6] Nama guru Abu Daud ini diulang sebut untuk kali ke-7,
iaitu hadis ke-18, 44, 63, 66, 99, 136 & 162
[7] Manhal:2/145
[8] Bazl:2/29
[9] Ruslan:2/171
[10] Aun:1/98
[11] Manhal:2/145
[12] Manhal:2/145
[13] Masyariq:1/203
[14] Masyariq:1/203
[15] Masyariq:1/203
[16] Raid:1/60
[17] Ruslan:2/171
[18] Manhal:2/146
[19] Manhal:2/146
[20] Ruslan:2/171
[21] Ruslan:2/171
[22] Ruslan:2/171
[23] Aini:1/381
[24] Bazl:2/29
[25] Manhal:2/145 | Bazl:2/29 | Menurut AINI pula, dia
meninggal pada tahun 146 hijrah (Aini:1/382)
[26] Bazl:2/29
[27] Manhal:2/145 | Aini:1/382
[28] Manhal:2/145 | Bazl:2/29
[29] Bazl:2/29 | Aini:1/382
[30] Manhal:2/145 | Bazl:2/29
[31] Manhal:2/145 | Bazl:2/29
[32] Manhal:2/145
[33] Bazl:2/29
[34] Bazl:2/29
[35] Bazl:2/29
[36] Aini:1/382
[37] Aini:1/382
[38] Aini:1/382
[39] Arnaut:1/118
[40] Manhal:2/27
[41] Ruslan:2/171
[42] Ruslan:2/171
[43] Bazl:2/219
No comments:
Post a Comment