Monday, July 15, 2024

HADIS 161

 

BAB 64

 

بَابُ كَيْفَ الْمَسْحُ

BAB: BAGAIMANA SAPU (KHUF)

 

HADIS 161

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ الْبَزَّازُ، حَدَّثَنَا عَبْدُالرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي الزِّنَادِ، قَالَ: ذَكَرَهُ أَبِي، عَنْ عُرْوَةَ بْنِالزُّبَيْرِ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلّى الله عليه وسلم كَانَ يَمْسَحُ عَلَى الْخُفَّيْنِ» ، وَقَالَ غَيْرُ مُحَمَّدٍ: «عَلَى ظَهْرِ الْخُفَّيْنِ»

 

GAMBARAN DASAR HADIS 161

 

[1] Hadis ini sahih

 

[2] Hadis ini menjelaskan bahawa sapu khuf itu adalah pada bahagian atas khuf sahaja.

 

PERBAHASAN SANAD 161

 

[3] SANAD

 

PERAWI

TEMPAT

STATUS

 

 

Rasulullah

 

 

-          Mekah

-          Madinah

 

 

-          Maksum

-          Perbuatan

 

 

5.

 

Al-Mughirah bin Syu’bah

(23SH – 50H)[1]

 

 

-          Taif

-          Kufah

-          Bahrain

-          Madinah

-          Mekah

-          Basrah

 

 

-          Sahabat.

 

4.

 

Urwah bin al-Zubair

(23H – 94H)[2]

 

 

-          Madinah

-          Mekah

 

 

-          Siqah.

 

3.

 

Abdullah bin Zakwan

(64H – 130H)

 

 

-          Madinah

-          Iraq

 

-          Siqah

 

2.

 

Abdul Rahman bin Abi al-Zinad

(101H – 174H)

 

 

-          Baghdad

-          Madinah

 

 

-          Bukhari secara isytisyhad. Muslim dalam muqaddimah sahaja

-          Siqah.

-          Siqah rendah.

 

 

1.

 

Muhammad bin al-Sobbah al-Bazzaz

(150H – 227H[3])

 

 

-          Al-Ray (iran)

-          Kurkh (Baghdad Barat)

 

-          Kutub sittah

-          Siqah.

 

 

ABU DAUD

(202H – 275H)

 

 

 

 

 

[4] ARNAUT—HADIS SAHIH

-       Semua rijalnya adalah siqah.

-       Cuma ada perawi hasan, iaitu ABDUL RAHMAN BIN ABI AL-ZINAD. Namun, ada mutabaah.

 

[5] ALBANI—SANADNYA HASAN SAHIH

-       TARMIZI kata, hasan sahih.

 

[6] AINI—

-       Hadis ini dianggap hasan sahih oleh TARMIZI[4].

 

MATAN 161

 

عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلّى الله عليه وسلم كَانَ يَمْسَحُ عَلَى الْخُفَّيْنِ»

Sesungguhnya Rasulullah saw selalu sapu pada dua khuf

 

 وَقَالَ غَيْرُ مُحَمَّدٍ: «عَلَى ظَهْرِ الْخُفَّيْنِ»

Berkata selain Muhammad (bin al-Sobbah): atas zahir khuf

 

[7] Guru Abu Daud yang bernama MUHAMMAD AL-SOBBAH hanya menyebut nabi saw pada dua khuf. Sedangkan selain itu, mereka menyebut nabi sapu pada bahagian ZAHIR KHUF.

 

[8] Maksud selain MUHAMMAD;

 

a.            ALI BIN HAJAR;[5]

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي الزِّنَادِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ المُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، قَالَ: «رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ عَلَى الخُفَّيْنِ عَلَى ظَاهِرِهِمَا» - الترمذي 98

 

b.           AL-HASAN ambil dari AL-MUGHIRAH;

حَدَّثَنَا الثَّقَفِيُّ، عَنْ أَبِي عَامِرٍ الْخَزَّازِ قَالَ: حَدَّثَنَا الْحَسَنُ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، قَالَ: «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَالَ، ثُمَّ جَاءَ حَتَّى تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى خُفَّيْهِ، وَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى خُفِّهِ الْآيْمَنْ، وَيَدَهُ الْيُسْرَى عَلَى خُفِّهِ الْآيْسَرِ، ثُمَّ مَسَحَ أَعْلَاهُمَا مَسْحَةً وَاحِدَةً، حَتَّى كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى أَصَابِعِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْخُفَّيْنِ» - ابن ابي شيبة 1957

 

c.             Sulaiman bin Daud al-Hashimi;

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى، قَالَ: ثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْهَاشِمِيُّ، قَالَ: ثَنَا ابْنُ أَبِي الزِّنَادِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَسَحَ عَلَى ظَهْرِ الْخُفَّيْنِ» - المنتقى ابن الجارود 85

 

d.           Abu Daud al-Tayalisi;

حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي الزِّنَادِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الْمُغِيرَةِ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، أَنَّ «النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَسَحَ ظَاهِرَ خُفَّيْهِ» - مسند ابي داود الطياليسي 727

 

e.            Abu Daud al-Tayalisi;

أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْحَسَنِ بْنِ فُورَكٍ أنبأ عَبْدُ اللهِ بْنُ جَعْفَرٍ، ثنا يُونُسُ بْنُ حَبِيبٍ، ثنا أَبُو دَاوُدَ، ثنا ابْنُ أَبِي الزِّنَادِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الْمُغِيرَةِ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " مَسَحَ عَلَى ظَاهِرِ خُفَّيْهِ – السنن الكبيرى البيهقي 1384

 

[9] ulama berbeza pendapat kadar sapu khuf tersebut[6];

 

a.             MALIKIYYAH yang masyhur:

 

Sapu semua bahagian atas sehingga sampai ke buku lali. Sunat sapu bahagian bawah kaki[7].

 

Menurut IBN NAFI’ dan IBN ABD AL-HAKAM pula: wajib sapu bahagian atas dan bahagian bawah. Hal ini kerana, kadar sapu menyamai dengan kadar basuh kaki.

 

CARA SAPU: Sunatnya adalah tangan kanan letak hujung jari kaki kanan. Tangan kiri letak dari hujung jari kaki kanan. Lepas itu, dilalukan kedua-dua tangan ke arah; tangan kanan ke arah buku lagi dan tangan kiri ke arah tumit kaki, seterusnya menyapu buku lali.

 

Pada kaki kiri pula, tangan kanan berada di bawah jari tapak kaki, dan tangan kiri berada di hujung jari kaki bahagian atas.

 

b.           SYAFIIYYAH.

 

Wajib sapu satu juzuk dari bahagian zahir kaki. Sunat sapu juga di bahagian bawah kaki[8].

 

ABU ISHAQ AL-MARUZI kata, memadai sapu di bahagian bawah kaki. Pendapat ini dianggap doif oleh IMAM NAWAWI.

 

Yang afdhal: tangan kiri letak pada perut tapak kaki; tangan kanan letak di hujung jari bahagian atas. Kemudian, dilalukan kedua-dua tangan itu ke arah atas sehingga sampai ke betis.

 

c.             HANAFIYYAH

 

Wajib sapu kadar tiga jari. Tidak sunat sapu pada bahagian bawah kaki.

 

Yang afdhal: letak hujung jari tangan kanan di hujung kaki kanan. Dan letak hujung jari tangan kiri pada hujung jari kaki kiri. Lalu, kedua-dua tangan pun dilalukan menuju ke atas sehingga sampai ke batasan antara kaki dan betis. Jika menggunakan tapak tangan, maka itu lebih afdhal.

 

d.           HANABILAH

 

Lebih banyak sapu bahagian atas. Sapu tidak sah dengan sapu di bahagian bawah kaki. Tidak sunat sapu atas dan bawah secara bersekali. Sapu itu sunat menggunakan tangan kiri yang jarinya berenggang sedikit. Sapu itu sunat bermula dari hujung jari menuju ke arah setengah betis.

 

e.            ASYHAB

 

yang wajib adalah sapu di bahagian bawah. Justeru, Jika tidak sapu di bahagian atas, maka memadai[9].

 

Menurut IBN ABD AL-BAR dalam AL-ISTIZKAR, hadis ini adalah dalil bahawa pendapat ASYHAB ini tidak benar sama sekali[10].

 

[10] Bagi pendapat yang kata, ada juga sapu di bawah khuf, kerana mereka melihat kepada hadis riwayat MUHAMMAD BIN AL-S0BBAH yang tidak menyebut lafaz ظاهر الخفين tetapi dengan menyebut secara umum sahaja. makanya, mereka memahami bahawa ia termasuk di sapu juga di bahagian bawah khuf.

 

Walaubagaimana pun, berdasarkan pada riwayat-riwayat yang banyak, bahawa matan yang sahih adalah kewujudan lafaz ظاهر الخفين berbanding tidak ada. Justeru, lafaz MUHAMMAD BIN AL-SOBBAH itu ditakwilkan wujud lafaz terbabit[11].

 

 

BIOGRAFI PERAWI 161

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ الْبَزَّازُ

[] MUHAMMAD BIN AL-SOBBAH AL-BAZZAR @ ABU JAAFAR AL-BAGHDADI (150H[12] – 227H)

 

[] Dilahirkan di al-Ray (Iran) di satu kampung bernama DULAB, dan meninggal di al-Kurkh (baghdad barat) dan tinggal di sekitar baghdad.

 

[] Dia adalah guru al-bukhari, Muslim dan Abu Daud. Serta rijal Nasaie dan Ibn majah. Al-Tarmizi ambil hadisnya dari al-Bukhari.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)      AL-SAHRAMPURI, AL-JILI dan IBN HIBBAN kata, dia siqah.

(b)     YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah, sohib al-Sunnah dan orang yang amat tahu berkenaan HUSHAIM.

(c)       AHMAD memandang mulia terhadapnya.

(d)     ABU HATIM AL-RAZI kata, dia siqah dan dari kalangan orang yang dibuat hujah.

(e)      AL-HAKIM AL-NAISABURI kata, dia siqah, ma’mun.

(f)         AHMAD kata, guru kami ini siqah.

(g)      AL-JILI kata, dia siqah.

(h)     ZAHABI dan ASQALANI kata, dia siqah, hafiz.

(i)          MASLAMAH BIN AL-QASIM AL-ANDALUSI kata, dia siqah, masyhur.

(j)          IBN MAIN kata, dia siqah, ma’mun.

(k)       YAAQUB BIN SYAIBAH AL-SADUSI kata, dia siqah, sohib al-hadis. di waktu lain kata, dia amat tahu berkenaan HUSHAIM.

 

[] Namanya disebut untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-95 dan 161.

 

 

 حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي الزِّنَادِ

[] ABDUL RAHMAN BIN ABI AL-ZINAD BIN ZAKWAN AL-QURASHI AL-MADANI[13]. (101H - 174H)

 

[] ABU ZIYAD itu, namanya adalah ABDULLAH BIN ZAKWAN[14].

 

[] dia meninggal di Baghdad ketika umurnya 74 tahun[15]. Dia pernah sampai Madinah.

 

[] Imam Syafie pernah kata; dia hampir-hampir sengaja menghina mazhab Malik[16].

 

[] KOMENTAR POSITIF

A.          Rijal Bukhari secara isytisyhad, Abu Daud, Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah[17]. Muslim hanya keluarkan riwayat dia dalam muqaddimah sahaja[18].

B.           Dianggap siqah oleh TARMIZI, IJLI[19].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.          ABU DAUD ambil dari IBN MAIN kata: dia adalah orang yang paling sabat berkenaan HISHAM BIN URWAH[20].

B.           TARMIZI, IJLI kata, dia siqah[21].

C.           TARMIZI mengsahihkan beberapa hadis-hadisnya[22].

D.          IBN ‘ADI kata, dia dari kalangan orang yang hadisnya ditulis[23].

 

[] PERTENGAHAN;

C.           IBN AL-MADINI kata, apa yang dia riwayat di iraq, itu mudhtarib. Apa yang dia riwayatkan di madinah, maka itu sahih[24]. AINI pula kata bahawa IBN MADINI kata, hadisnya di Madinah adalah MUQARIB, dan hadisnya di iraq adalah MUDHTARIB[25].

D.          YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah, soduq, padanya ada doif[26].

 

[] NEGATIF;

E.            ABU HATIM kata, ditulis hadisnya, tidak boleh dibuat hujah[27].

F.            Dianggap doif oleh AHMAD dan AL-SAJI[28].

G.          IBN MAIN kata, dia bukan dari kalangan orang yang dijadikan hujah oleh AHLI HADIS. dia tidak ada apa-apa. Orang daif ambil hadis darinya[29].

E.            SOLEH BIN AHMAD, daripada BAPANYA kata: dia mudhtarib al-Hadis[30].

F.            AL-SAJI dan AMRU BIN ALI kata, padanya ada doif[31].

G.          NASAIE kata, hadisnya tidak boleh dibuat hujah[32].

H.          AL-HAKIM kata, Abu Ahmad ini tidak hafiz[33].

 

 قَالَ: ذَكَرَهُ أَبِي

[] ABDULLAH BIN ZAKWAN AL-QURASHI[34] @ ABU ABD AL-RAHMAN (LEBIH POPULAR: ABU AL-ZINAD) (64H – 130H)

 

[] Menurut ZAHABI, dia dilahirkan pada tahun 65 hijrah, iaitu di era Ibn Abbas masih hidup lagi.

 

[] Dia tinggal di Madinah dan pernah sampai ke Iraq.  

 

[] Dia salah seorang faqih di Madinah, serta sohib al-Kitabah dan matematik.

 

[] KHALIFAH BIN KHAYYAT kata, dia pernah jumpa IBN UMAR, ANAS BIN MALIK. AL-JLI kata, dia tabiin siqah yang mendengar hadis dari ANAS.

 

[] menurut ABU DAUD AL-SIJZIE, daripada AHMAD BIN SOLEH, Abu al-Zinad adalah adik beradik kepada ABU LU’LU’AH yang merupakan pembunuh kepada Saidina Umar.  ada pula dakwaan kata, bukan dia, tetapi bapanya, Zakwan.

 

[] Bapanya adalah bekas hamba kepada RAMLAH BINTI SYAIBAH BIN RABI’AH (isteri Saidina Osman semasa beliau menjadi khalifah). Ada kata, bekas hamba kepada Aisyah bin Osman bin Affan. Ada pula kata, ahli keluarga Osman.

 

[] ABU ZINAD kata, para fuqaha’ di madinah datang berjumpa dengan UMAR BIN ABDUL AZIZ. Ketika itu, SAID BIN MUSAYYIB tidak ada. Umar pun bersetuju lantik utusan antara mereka dengan Said sebagai perantara. Makanya, mereka lantik ABU ZINAD sebagai perantara tersebut.

 

[] SULAIMAN BIN ABI SYAIKH kata, UMAR BIN ABDUL ZIZ lantik ABU AL-ZINAD menjadi penjaga Baitul Mal di Kufah.

 

[] dalam AL-SIYAR: IBN AL-QASIM kata: aku tanya Imam Malik berkenaan hadis yang tersebar:

 

إِنَّ اللهَ خَلَقَ آدَمَ عَلَى صُوْرَتِهِ

Allah menciptakan Adam atas gambarannya

 

Imam Malik ingkari sangat-sangat. Imam Malik tegah dari diceritakan hadis ini walaupun seorang.

 

Diberitahu kepada Imam malik bahawa ahli ilmu menceritakan hadis ini. Imam malik tanya: siapa mereka?

 

Diberitahu kepada Imam Malik:

 

"ابْنُ عَجْلاَنَ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ

 

Jwab Imam Malik;

 

فَقَالَ: لَمْ يَكُنْ يَعْرِفُ ابْنُ عَجْلاَنَ هَذِهِ الأَشْيَاءَ وَلَمْ يَكُنْ عَالِماً, وَلَمْ يَزَلْ أبي الزِّنَادِ عَامِلاً لِهَؤُلاَءِ حَتَّى مَاتَ, وَكَانَ صَاحِبَ عُمَّالٍ يَتْبَعُهُم.

Tidak diketahui Ibn ‘Ajlan berkenaan ini. Dia bukan orang alim. Sentiasa Abu al-Zinad beramal bagi mereka ini sehingga dia meninggal dunia. Dia adalah orang yang bekerja dan ikut penguasa.

 

[] Dia mati mengejut, iaitu ketika sedang mandi di bilik air pada malam jumaat pada 17 ramadan 130 hijrah. Ketika itu, umurnya 66 tahun.

 

[] KOMENTAR

A.          Dianggap siqah oleh AHMAD, IBN MAIN.

B.           Harb bin Ismail, ambil dari Ahmad bin Hanbal berkata: Sufyan menggelarkan abu al-Zinad sebagai Amir al-Mukminin dalam al-Hadis.

C.           AHMAD kata, dia lebih alim berbanding Rabi’ah.

D.          IBN MAIN kata, dia siqah, hujah.

E.            ABU HATIM kata, dia siqah, faqih, soleh al-hadis, sohib al-hadis. antara orang yang hujahnya boleh dipegang apabila meriwayatkan siqah darinya.

F.            AL-BUKHARI kata, sanad-sanad yang paling sahih, daripada NAFI’, daripada IBN UMAR. sanad-sanad Abu Hurairah yang paling sahih, ABU AL-ZINAD, daripada AL-A’RAJ daripada ABU HURAIRAH.

G.          IBN SAAD kata, dia siqah, banyak riwayat hadis, fasih, amat pandai bahasa arab, alim dan berakal.

H.          ZAHABI kata, ijmak sepakat bahawa Abu al-Zinad adalah siqah dan redha. Dakwaan kononnya Malik tidak redha dengan ABU AL-ZINAD adalah tidak sahih. Malik banyak riwayatkan dari ABU AL-ZINAD dalam MUWATTA’.

 

[] NEGATIF

I.                AL-LAIS kata, seseorang lelaki datang kepada RABI’AH. Dia kata: aku disuruh agar tanya kamu berkenaan sesuatu masalah. Aku tanya YAHYA BIN SAID, aku tangan ABU AL-ZINAD. Dia jawab: ini adalah Yahya. Adapun Abu al-Zinad, dia tidak siqah.

J.               Kata IBN MAIN bahawa malik kata: Abu al-Zinad adalah penulis untuk Bani Umayyah. Justeru, dia tidak redha dengan sebab kerja buatnya begitu.

 

 

عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ

[] URWAH BIN AL-ZUBAIR (23H-94H).

 

[] dia dilahirkan di MADINAH dan meninggal dunia di MEKAH.

 

[] Namanya diulang sebut untuk kali ke-6, iaitu hadis ke-18, 41, 50, 88, 99 & 161

 

 

عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ

[] MUGHIRAH BIN SYU’BAH BIN ‘AMIR BIN MAS’UD AL-SAQAFI @ ABU ABDILLAH/ABU ISA (23SH-50H)- sahabat.

 

[] Dia dilahirkan dia kalangan Saqif di Taif. Dibesarkan di situ. dan meninggal di kufah ketika umurnya 70 tahun kerana penyakit taun. Dia pernah sampai ke Bahrain, Madinah, Mekah dan Basrah.

 

[] dia digelar sebagai salah seorang DUHAT AL-ARAB (Cerdik pandai arab); iaitu MUAWIYAH BIN ABI SUFYAH, AMRU BIN AL-AS, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH dan ZIYAD.

 

[] Dia memeluk islam pada tahun tercetuskan perang khandaq (5 Hijrah), iaitu selepas dia bersama dengan BANI MALIK ke mesir dan 13 orang dari BANI MALIK di bunuh oleh raja muqawqis. dia salah seorang terlibat dalam sejarah SULH AL-HUDAIBIYYAH.

 

[] matanya buta sebelah dalam perang yarmuk. Dia terlibat dalam sejarah AL-QADISIYYAH, NAHAWAND, HAMZAN dan sebagainya.

 

[] Di era Umar, beliau dilantik menjadi gabenor basrah. Namun, dia digugurkan kerana ada orang saksikan bahawa dia berzina. 

 

Kemudian dia dilantik menjadi gabenor di Kufah. Dia kekal di situ sehingga Saidina Umar dibunuh. Di era Osman, dia disambung jawatan tersebut sehingga Osman menggugurkan jawatannya.

 

[] Semasa Muawiyah menjadi khalifah, Muawiyah lantik AMRU BIN AL-AS jadi gabenor di kufah dan anaknya, ABDULLAH BIN AMRU di mesir. Al-Mughirah pun berjumpa dengan Muawiyah dan menyatakan: Wahai Amirul Mukminin, tindakan kamu lantik Amru di Kufah dan anaknya di Mesir, umpama kamu berada antara dua bahu singa.

 

Muawiyyah pun minta pandangan Mughirah. Makanya, mughirah mencadangkan agar kedua-dua anak beranak itu berada di mesir, dan lantik Mughirah sebagai gabenor di Kufah. Dengan cadangan itu, Muawiyah lantik Mughirah jadi gabenor di Kufah sehingga dia wafat di situ.

 

[] Dia terlibat dalam peerang Yamamah, terlibat dalam Fath al-Syam, iraq. Umar lantik dia jadi Gabenor di basrah.


Selepas itu, terlibat dalam Fath MISAN (selatan Iraq), HAMZAN (iran) dan beberapa buah negara.

 

[] Semasa sejarah perjanjian Hudaibiyyah, Urwah bin Mas’ud dihantar oleh Quraish berjumpa dengan Nabi saw. Semasa dia bercakap dengan Nabi, dia menyentuh janggut Nabi. Mughirah ketika itu memakai topeng perang berdiri. Dia menepis serta berkata kepada Urwah: turunkan tangan kamu sebelum pedang ini sampai kepada kamu. Urwah pun tanya  Nabi saw: siapa ini wahai Muhammad? Dia amat keras. Nabi saw jawab: itu orang dari keturunan kamu (Saqafi).

 

[] namanya diulang sebut untuk kali ke-7, Iaitu hadis ke-1, 149, 150, 151, 152, 156, 159 & 161

 

 

 



[1] namanya diulang sebut untuk kali ke-7, Iaitu hadis ke-1, 149, 150, 151, 152, 156, 159 & 161

[2] Namanya diulang sebut untuk kali ke-6, iaitu hadis ke-18, 41, 50, 88, 99 & 161

[3] Namanya disebut untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-95 dan 161.

[4] Aini:1/381

[5] Manhal:2/143

[6] Manhal:2/144

[7] Aini:1/381

[8] Aini:1/381

[9] Manhal:2/144

[10] Ruslan:2/170

[11] Bazl:2/28

[12] Ada kata, 151 hijrah.

[13] Manhal:2/143

[14] Aini:1/381

[15] Manhal:2/143

[16] Bazl:2/28

[17] Manhal:2/143 | Aini:1/381

[18] ruslan:2/169

[19] Manhal:2/143

[20] Bazl:2/28

[21] Bazl:2/28

[22] Bazl:2/28

[23] Bazl:2/28

[24] Manhal:2/143 | bazl:2/28

[25] Aini:1/381

[26] Manhal:2/143 | bazl:2/28

[27] Manhal:2/143 | Aini:1/381

[28] Manhal:2/143

[29] Bazl:2/28

[30] bazl:2/28

[31] bazl:2/28

[32] bazl:2/28

[33] Bazl:2/28

[34] Bazl:2/28

No comments:

Post a Comment