HADIS 2 |
حَدَّثَنَا
مُسَدَّدُ بْنُ مُسَرْهَد حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ أَخْبَرَنَا
إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ
الْبَرَازَ انْطَلَقَ، حَتَّى لَا يَرَاهُ أَحَدٌ»
Daripada Jabir bin Abdillah: “Nabi saw apabila hendak
qadha’ hajat, baginda pergi hingga tidak ada seorang pun yang melihatnya”
HUBUNGAN HADIS |
Hadis pertama menyebut bahawa apabila nabi saw hendak
qadha’ hajat, baginda menjauhkan diri dari manusia.
Hadis ke-2 ini pula menjelaskan bahawa tujuan Nabi
menjauhkan diri dari manusia itu adalah untuk mengelak dari dilihat oleh
manusia ketika baginda sedang qadha’ hajat.
Hadis ke-2 ini, boleh dianggap sebagai syawahid kepada
hadis pertama.
PENGAJARAN |
[1] GHARIB AL-HADIS
Dalam matan hadis ini, digunakan perkataan الْبَرَازَ yang asal maksudnya adalah kawasan
lapang seperti di padang pasir. Namun,
digunakan untuk maksud tempat qadha’ hajat kerana melihat pada konteks dahulu
yang apabila mereka mahu qadha’ hajat, mereka akan menyendiri di kawasan
tersebut yang jauh dari penglihatan mata manusia.
[2] YANG PENTING, AURAT TIDAK KELIHATAN
Salah satu perkara yang dituntut dalam agama islam
adalah menutup aurat dan mengelak dari aurat dilihat oleh manusia.
Aurat perlu dijaga agar tidak kelihatan, hatta semasa
qadha’ hajat.
Dalam konteks zaman nabi, qadha’ hajat perlu dilakukan
dengan cara menjauhkan diri dari orang.
Di era sekarang, memadai dari aurat tidak kelihatan
dengan masuk ke dalam tandas yang ditutup pintunya.
BIOGRAFI PERAWI |
[1] ABU
AL-HASAN MUSADDAD BIN MUSARHAD BIN MUSARBIL AL-ASADI AL-BASARI (150H-208H)
ابو الحسن مُسَدَّدُ
بْنُ مُسَرْهَد بن مسربل الأسدي البصري
Guru
al-Imam Abu Daud yang ke-2 ini, juga guru kepada Imam al-Bukhari. Beliau
merupakan rijal al-Tarmizi dan al-Nasaie.
Beliau
berasal dari Basrah, tinggal dan meninggal dunia di situ.
[2]
ABU MUHAMMAD ISA BIN YUNUS AL-HAMDANI AL-SABI’I AL-KUFI (187H)
أبو محمد عيسى بن يونس
الهمداني السبيعي الكوفي
Beliau
dilahirkan di Kufah, tinggal di Syam dan al-Kufah dan meninggal dunia di al-Hadas
(kini, salah satu kawasan di Turki).
Beliau
merupakan Rijal al-Bukhari, Muslim, Tarmizi, al-Nasaie, Ibn Majah dan Ahmad
bin Hanbal.
Pelbagai
riwayat dalam menyatakan tarikh matinya. Selain tahun 187Hijrah, Ada kata tahun
188 Hijrah. Ibn Sa’ad pula kata, dia
meninggal tahun 191 Hijrah
[3]
ISMAIL BIN ABDUL MALIK BIN ABI AL-SUFAIRA’ AL-ASADI
إسماعيل بن عبد الملك
بن أبي الصفيراء الأسدي
Pada
nama atuknya, ada membaca dengan Abu al-Soghir. Nama betul atuknya adalah Rafi’
رفيع. Beliau adalah penduduk Mekah dan meninggal dunia
di situ.
Disamping
Rijal Abu Daud, Beliau juga rijal al-Tarmizi, Ibn Majah dan Ahmad.
Dari
sudut ilmu al-Jarh wa Ta’dil pula;
n
al-Nasaie,
Yahya bin Ma’in dan Abu Hatim mengatakan bahawa dia tidak kuat.
n
Ibn
Hajar pula kata, dia soduq yang banyak membuat kesilapan. Ada ketika lain pula
kata, halafannya buruk.
n
Abu
Hatim Bin Hibban al-Basti kata, hafalan dan pemahamannya buruk.
n
Abu
Daud pernah sekali mengatakan dia doif, dan ada sekali yang lain mengatakan tidak.
[4]
ABU ZUBAIR MUHAMMAD BIN MUSLIM BIN TADRUS AL-MAKKI (128H)
أَبو
الزُّبَيْرِ محمد بن مسلم بن تدرس المكي
Dari
sudut Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil, terdapat pujian dan kritikan terhadap perawi
hadis ini seperti berikut:
Kalangan
yang Ta’dil (memuji) beliau:
n
Al-‘Ijli
kata, dia tabiin yang siqah.
n
Ya’la
bin ‘Ata kata, dia orang paling sempurna akal dan hafazan.
n
Yahya
bin Ma’in dan Nasaie kata, dia siqah.
n
‘Ali
bin al-Madini kata, dia siqah lagi sabat.
n
‘Ata
bin Abi Rabah kata, Abu Zubair orang yang paling hafal hadis dalam kalangan
kami.
n
Ahmad
bin Hambal kata, dia tidak ada sebarang masalah.
Kalangan yang tajrih (kritik)
dia pula:
n
Ibn ‘Adi kata, dia adalah
siqah. Cuma ada sesetengah perawi doif meriwayatkan hadisnya sehingga dia
dianggap sebagai perawi doif.
n
Abu Zur’ah, Abu Hatim dan
al-Bukhari tidak berhujah dengan hadis riwayat Abu al-Zubair.
n
Ibn Hazm tidak menerima
riwauat Abu Zubair kecuali jika dia ambil hadis dari Jabir bin Abdullah sahaja.
n
Al-Zahabi kata, di sana
terdapat ulama memandang aib pada hadis riwayatnya seperti tadlis.
Walaubagaimana pun, al-Zahabi anggap ia tidak doif.
n
Al-‘Azim Abadi dalam kitab Aun
al-Ma’bud menyatakan, majoriti ulama anggap dia siqah. Namun, ada sesetengah
ulama menganggap dia doif kerana dia banyak melakukan tadlis.
n
Burhanuddin al-Halabi menyebut
dalam kitab al-Tabyiin Li Asma’ al-Mudallisin bahawa Abu al-Zubair terkenal
dengan tadlis.
[5] JABIR BIN ABDILLAH (16SH-78H)
جَابِرِ بْنِ
عَبْدِ اللَّهِ
Beliau
adalah salah seorang sahabat ansar dari kabilah khazraj. Bapanya bernama Abdullah bin amru—mati Syahid
dalam perang Uhud. Ibunya bernama nusaibah. Ada dakwaan mengatakan nama ibunya
pun Unaisah binti Aqabah.
Beliau
memeluk agama Islam semasa kecil lagi. Iaitu ketika bersama dengan bapanya hadir
dalam Bai'ah Aqabah ke 2.
Beliau
tidak terlibat perang Badar dan Uhud sebab bapanya minta beliau jaga 9 orang
adik perempuannya. Selepas bapanya meninggal dunia, beliau tidak pernah
terlepas dari terlibat dengan perang.
Setelah
kewafatan Nabi, Beliau terlibat dalam pembukaan syam bersama Khalid bin
Al-Walid. Semasa perang Siffin pula, beliau berpihak kepada Saidina Ali.
Beliau
pernah menjadi mufti di Madinah.
Beliau
dikatakan sahabat terakhir mati di Madinah. Ada dakwaan kata, sahabat yang
terakhir mati di Madinah adalah Sahal bin Sa'ad.
Ada
dakwaan mengatakan, sebelum meninggal dunia, dia berwasiat agar mayatnya tidak
disolatkan oleh Hajjaj Yusuf As-Saqafi. Antara yang menunaikan solat jenazah
kepadanya adalah Anak Saidina Osman, iaitu Aban bin Osman bin Affan.
PERBAHASAN SANAD |
Dari
sudut sanad hadis, hadis ini dianggap sebagai doif kerana berfaktorkan perawi
bernama:
a.
ISMAIL BIN ABDUL MALIK yang banyak waham, dan;
b.
MUHAMMADBIN MUSLIM AL-MAKKI yang merupakan seorang mudallis yang menggunakan riwayat عنعنة.
Walaubagaimana
pun, hadis ini ada syawahid dan mutaba-ah dari sudut matan yang banyak
menyebabkan hadis ini dianggap sebagai sahih, iaitu sahih dengan factor lain
yang disebut sebagai SAHIH LIGHAIRIH. Hal ini disepakati antara ALBANI dan ARNAUT.
PERBAHASAN MATAN |
Hadis ini ada syawahid dan mutaba-ah dari sudut matan
seperti berikut;
[1] SYAWAHID
Pertama: Hadis ini sebagai
syawahid kepada hadis pertama (Sahabat bernama al-Mughirah bin Syu’bah).
Kedua: Abdullah bin Ja’afar berkata:
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ جَعْفَرٍ،
قَالَ: «وَكَانَ أَحَبَّ مَا اسْتَتَرَ بِهِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ لِحَاجَتِهِ، هَدَفٌ أَوْ حَائِشُ نَخْلٍ»
“Nabi
saw amat suka bertutup untuk qadha’ hajat dengan rimbunan pelepah tamar”
(Muslim, hadis no: 342)
PENJELASAN:
Dua hadis ini dianggap sebagai syawahid, kerana:
a.
hadis ke-2 ini
diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, sedangkan hadis pertama dari sahabat Nabi
yang lain, iaitu al-Mughirah bin Syu’bah
b.
Demikian juga riwayat muslim, ia diriwayatkan oleh
Sahabat lain pula, iaitu Abdullah bin Ja’afar.
c.
Kandungan matan hadis di atas menjurus kepada satu
maksud, iaitu Nabi saw tidak mahu dilihat manusia semasa baginda sedang qadha’
hajat.
[2] MUTABA-AH
Jika dilihat pada riwayat-riwayat lain, didapati hadis
yang bermuara dari Jabir bin Abdullah ini menggunakan perbezaan matan yang
menjurus kepada makna yang satu.
Pertama: Sunan Ibn Majah (hadis no: 335):
عَنْ جَابِرٍ،
قَالَ: خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي
سَفَرٍ، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «لَا يَأْتِي
الْبَرَازَ حَتَّى يَتَغَيَّبَ فَلَا يُرَى»
Berkata Jabir: KAMI keluar bersama Rasulullah saw
dalam satu permusafiran. Rasulullah saw tidak mendatangi tempat qadha’ hajat
hinggalah nabi saw tidak kelihatan dari penglihatan manusia.
Kedua: Ibn Abi Syaibah (hadis no: 1138) menggunakan
matan yang sama. Cuma, perbezaan hanya pada lafaz خَرَجْنَا (kami keluar)
yang Ibn Abi Syaibah guna lafaz خَرَجْتُ
(Aku keluar)
Ketiga: Al-Darimi (hadis no: 17) mendatangkan riwayat
yang sama dengan Ibn Abi Syaibah. Cuma, disertakan penambahan yang panjang
seperti berikut;
خَرَجْتُ
مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ وَكَانَ لَا يَأْتِي الْبَرَازَ
حَتَّى يَتَغَيَّبَ فَلَا يُرَى فَنَزَلْنَا بِفَلَاةٍ
مِنَ الْأَرْضِ لَيْسَ فِيهَا شَجَرَةٌ وَلَا عَلَمٌ فَقَالَ: «يَا جَابِرُ اجْعَلْ
فِي إِدَاوَتِكَ مَاءً ثُمَّ انْطَلِقْ بِنَا» قَالَ: فَانْطَلَقْنَا حَتَّى لَا
نُرَى، فَإِذَا هُوَ بِشَجَرَتَيْنِ بَيْنَهُمَا أَرْبَعُ أَذْرُعٍ فَقَالَ:
" يَا جَابِرُ انْطَلِقْ إِلَى هَذِهِ الشَّجَرَةِ فَقُلْ: يُقُولُ لَكِ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْحَقِي بِصَاحِبَتِكِ حَتَّى
أَجْلِسَ خَلْفَكُمَا "، قَالَ: فَفَعَلْتُ فَرَجَعَتْ إِلَيْهَا فَجَلَسَ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَلْفَهُمَا، ثُمَّ رَجَعَتَا
إِلَى مَكَانِهِمَا، فَرَكِبْنَا مَعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ وَرَسُولُ اللَّهِ بَيْنَنَا كَأَنَّمَا عَلَيْنَا الطَّيْرُ
تُظِلُّنَا، فَعَرَضَتْ لَهُ امْرَأَةٌ مَعَهَا صَبِيٌّ لَهَا فَقَالَتْ: يَا
رَسُولُ اللَّهِ إِنَّ ابْنِي هَذَا يَأْخُذُهُ الشَّيْطَانُ كُلَّ يَوْمٍ ثَلَاثَ
مِرَارٍ، قَالَ: فَتَنَاوَلَ الصَّبِيَّ فَجَعَلَهُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ مُقَدَّمِ
الرَّحْلِ، ثُمَّ قَالَ: «اخْسَأْ عَدُوَّ اللَّهِ، أَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، اخْسَأْ عَدُوَّ اللَّهِ أَنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثًا» ثُمَّ دَفَعَهُ إِلَيْهَا فَلَمَّا قَضَيْنَا
سَفَرَنَا، مَرَرْنَا بِذَلِكَ الْمَكَانِ فَعَرَضَتْ لَنَا الْمَرْأَةُ مَعَهَا
صَبِيُّهَا، وَمَعَهَا كَبْشَانِ تَسُوقُهُمَا، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ
اقْبَلْ مِنِّي هَدِيَّتِي، فَوَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ مَا عَادَ إِلَيْهِ
بَعْدُ، فَقَالَ: «خُذُوا مِنْهَا وَاحِدًا وَرُدُّوا عَلَيْهَا الْآخَرَ» ،
قَالَ: ثُمَّ سِرْنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بَيْنَنَا كَأَنَّمَا عَلَيْنَا الطَّيْرُ تُظِلُّنَا، فَإِذَا جَمَلٌ نَادٌّ
حَتَّى إِذَا كَانَ بَيْنَ سِمَاطَيْنِ خَرَّ سَاجِدًا، فَجَلَسَ رَسُولَ اللَّهِ
صلَّى اللَّهِ عَلَيْهِ وسلَّمَ، وَقَالَ عَلَيَّ النَّاسَ: «مَنْ صَاحِبُ
الْجَمَلِ؟» فَإِذَا فِتْيَةٌ مِنَ الْأَنْصَارِ قَالُوا: هُوَ لَنَا يَا رَسُولَ
اللَّهِ، قَالَ: «فَمَا شَأْنُهُ؟» . قَالُوا: اسْتَنَيْنَا عَلَيْهِ مُنْذُ
عِشْرِينَ سَنَةً، وَكَانَتْ بِهِ شُحَيْمَةٌ فَأَرَدْنَا أنْ نَنْحَرَهُ
فَنَقْسِمَهُ بَيْنَ غِلْمَانِنَا، فَانْفَلَتَ مِنَّا، قَالَ: «بِيعُونِيهِ»
قَالُوا: لَا، بَلْ هُوَ لَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: «أَمَّا لَا فَأَحْسِنُوا
إِلَيْهِ حَتَّى يَأْتِيَهُ أَجَلُهُ» قَالَ الْمُسْلِمُونَ عِنْدَ ذَلِكَ: يَا
رَسُولَ اللَّهِ، نَحْنُ أَحَقُّ بِالسُّجُودِ لَكَ مِنَ الْبَهَائِمِ، قَالَ: «لَا
يَنْبَغِي لِشَيْءٍ أَنْ يَسْجُدَ لِشَيْءٍ، وَلَوْ كَانَ ذَلِكَ كَانَ النِّسَاءُ
لِأَزْوَاجِهِنَّ»
Kata
Jabir: saya keluar bersama Rasulullah dalam satu permunsafiran dan baginda
apabila hendak qadha’ hajat, baginda selalu bersembunyi hingga tidak kelihatan.
Ketika
itu kami sedang berada pada tanah lapang yang luas yang tidak ada sebarang
pokok. Baginda pun berkata: wahai Jabir, ambillah air dengan bekas airmu dan
marilah kita teruskan perjalanan.
Kata
Jabir: kami terus melanjutkan permusafiran hingga tidak terlihat.
Tiba-tiba
ada dua pokok yang jarak antara keduanya empat hasta. Baginda pun bersabda:
Tolong kamu dekati pokok itu, ajaklah ia berbicara, niscaya ia menjawab.
Katakanlah padanya: 'temuilah pokok sebelahmu hingga aku boleh duduk di
belakang kamu berdua'.
Pohon
itu mendekati (pohon sebelahnya) dan Rasulullah duduk di belakang keduanya,
kemudian kedua pohon itu kembali ke tempat masing-masing.
Selanjutnya
kami menaiki kenderaan kami, dan seakan-akan di atas kami ada seekor burung
yang menaungi kami. Tiba-tiba Seorang perempuan bersama bayinya menahan kami di
hadapan.
Dia
berkata: wahai Rasulullah sesungguhnya anak saya ini selalu diganggu syaitan
setiap hari tiga kali.
Jabir
berkata: lalu Rasulullah mengambil bayi tersebut dan meletakannya di depan
kendaraannya lalu beliau berkata; pergilah hai musuh Allah! saya adalah
Rasulullah.
Rasul
mengucapkannya sebanyak tiga kali. Kemudian baginda mengembalikannya kepada
perempuan tersebut.
Tatkala
kami kembali dari permusafiran, kami melalui jalan yang
kami lalu masa permusafiran tempoh hari. Sekali lagi, perempuan itu bersama
anaknya telah menahan kami bersama dua ekor kibash yang dia bawa.
Kemudian
dia berkata: "Wahai Rasulullah terimalah hadiah dari saya ini. Demi Zat
yang mengutus kamu dengan benar. Sesungguhnya syaitan itu tidak
datang lagi"
Baginda
pun berkata: ambilah satu dan kembalikan yang satunya kepadanya. Kemudian kami
terus melanjutkan perjalanan dan burung seolah-olah memayungi kami. Tiba-tiba
ada unta melarikan diri, namun saat ia sampai pada dua rerimbunan pokok, ia
langsung merunduk bersujud. Rasulullah pun duduk. Baginda pun bertanya kepada
orang di situ: "Siapa pemilik unta ini?”
Maka
beberapa pemuda dari kaum Ansar menjawab: ia milik kami wahai Rasulullah.
Baginda
bertanya lagi: apa yang sedang dialaminya?
Mereka
menjawab: kami telah lelah mengurusnya selama dua puluh tahun dan ia telah
mempunyai banyak lemak (sudah menjadi gemuk) maka kami ingin menyembelihnya
serta ingin membahagikannya kepada kalangan anak-anak kami, akan tetapi ia
kabur (lari) dari kami.
Baginda
berkata: "baiklah, kalau begitu jualkan sahaja kepada Aku".
Mereka
menjawab; "tidak. Bahkan, unta itu sebagai (hadiah) untuk baginda.
Nabi
pun berkata: "Jika ia milik aku, maka berlaku baiklah kepadanya sehingga
sampai tiba ajalnya”
Pada
saat itu kaum muslimin berkata: Wahai Rasulullah kami lebih berhak untuk
bersujud kepada baginda dari segala binatang.
Baginda
bersabda: Tidaklah berhak satu (makhluk) bersujud kepada makhluk (lainnya),
kalau sekiranya hal itu boleh maka para wanita diperkenankan sujud kepada suami-suami
mereka. (Kisah tambahan ini turut ada dalam
Musannaf Ibn Abi Syaibah dalam hadis no: 31754)
PENJELASAN: kisah penambahan ini
hanya ada dalam riwayat al-Darimi dan ibn Abi Syaibah yang kedua-duanya
bermuarakan pada dua orang perawi yang doif yang telah dikupas di atas, iaitu
Ismail bin Abdul Malik dan Abu Zubair.
Justeru, dapat disimpulkan
bahawa hadis ini sahih pada matan hanya pada bukan penambahan, sedangkan
penambahan matan itu adalah doif. Hal ini kerana, I’tibar melalui syawahid dan
mutaba’ah ini hanya pada kandungan matan yang tidak ada penambahan sahaja,
sedangkan kisah penambahan itu tidak didokong oleh sebarang mutaba-ah dan
syawahid.
TAKHRIJ |
Ibn Majah (335) melalui jalur Ismail bin Abdul Malik
dengan sanad ini | al-Bazzar dalam al-Nihayah
No comments:
Post a Comment