HADIS 47 |
حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي،
لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ
Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani, dia berkata: Saya
mendengar Rasulullah saw bersabda: "Kalau tidak menjadi beban kepada
umatku, pasti aku perintahkan mereka bersugi pada setiap kali mahu menunaikan
solat"
قَالَ أَبُو سَلَمَةَ:
فَرَأَيْتُ زَيْدًا يَجْلِسُ فِي الْمَسْجِدِ، وَإِنَّ السِّوَاكَ مِنْ أُذُنِهِ
مَوْضِعَ الْقَلَمِ مِنْ أُذُنِ الْكَاتِبِ، فَكُلَّمَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ
اسْتَاكَ
Kata Abu Salamah: Aku
nampak Zaid duduk di masjid sementara kayu sugi berada di telinganya
sepertimana pen yang diletakkan di telinga seorang penulis. Setiap kali dia
(Zaid) mahu menunaikan solat, pasti dia bersugi”
PENJELASAN HADIS |
[1] Dalam matan hadis lepas, disebut لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ,
sedangkan dalam matan hadis ini disebut لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ
عَلَى أُمَّتِي—perbezaan pada perkataan المؤمنين dan امتي
[2]
Dalam matan hadis yang lepas, ada disebut berkenaan LEWATKAN SOLAT ISYAK,
sedangkan dalam matan hadis ini TIDAK DISEBUT.
[3]
kedua-dua matan ini menyebut bahawa bersugi itu pada setiap kali MAHU SOLAT,
bukan setiap kali MAHU WUDUK.
[4] Kisah yang diceritakan dalam hadis ini adalah berlaku di era
Tabiin. Iaitu, ABU SALAMAH nampak ZAID duduk dalam masjid—ketika itu, Zaid
sedang menunggu masuk waktu solat.
[5] Zaid letak kayu sugi di telinga untuk memudahkan
untuk nak guna apabila memerlukannya.
Abu Hurairah pernah berkata bahawa menjadi kebiasaan
dari kalangan sahabat Nabi bahawa mereka meletakkan kayu sugi di telinga
mereka. Mereka akan bersugi setiap kali MEREKA NAK SOLAT.
HUBUNGAN HADIS |
Hadis ke-46, ABU HURAIRAH riwayatkan bahawa Nabi saw
galakkan bersugi setiap kali solat. Cuma terdapat khilaf dalam kalangan ulama
hadis antara dua riwayat; iaitu setiap kali nak solat atau setiap kali nak
wuduk.
Hadis ke-47 ini pula, dijelaskan bahawa bersugi itu
berlaku setiap kali mahu SOLAT, bukan mahu WUDUK. Ini adalah SYAWAHID kepada
hadis sebelum ini, kerana ia melibatkan perkataan dan amalan SAHABAT, iaitu
ZAID BIN KHALID AL-JUHANI.
PENJELASAN: Seakan-akan Abu Daud lebih setuju dengan
riwayat yang menyebut bahawa galakan bersugi juga ketika mahu menunaikan solat.
Hal ini seakan-akan menolak pendapat Ulama dalam
Mazhab Maliki yang anggap bahawa makruh bersugi setiap kali nak solat. Alasan
mereka, tindakan itu boleh membawa kepada mengotori masjid.
IBN TAIMIYYAH antara ulama yang sependapat dengan ABU
DAUD. Beliau kemukakan hujah berikut;
Pertama, ramai sahabat bersugi setiap kali mereka mahu
solat.
Kedua, tidak mencacatkan solat jika meludah pada baju
yang dipakai semasa solat. Hal ini menjadi dalil bahawa sugi yang digunakan, lalu
diletak pada poket juga tidak salah.
PENGAJARAN DAN PERBAHASAN |
[1] PEN SUDAH ADA PADA ERA TABIIN
Dalam matan hadis, ABU SALAMAH nampak ZAID BIN KHALID
(68H); وَإِنَّ السِّوَاكَ مِنْ أُذُنِهِ مَوْضِعَ
الْقَلَمِ مِنْ أُذُنِ الْكَاتِبِ—Meletakkan kayu sugi pada tempat pen yang
diletak pada telinga penulis.
ABU SALAMAH adalah Tabiin yang meninggal pada tahun 94
Hijrah. Ini menjadi dalil, pada era awal pen sudah ada.
Dengan ini dapat disimpulkan, penulisan sudah ada di
peringkat zaman awal.
[2] AL-QURAN DITULIS?
Dalam hadis—daripada Abi Sa’id al-Khudri berkata
bahawa Rasulullah saw bersabda:
لَا تَكْتُبُوا
عَنِّي، وَمَنْ كَتَبَ عَنِّي غَيْرَ الْقُرْآنِ فَلْيَمْحُهُ، وَحَدِّثُوا
عَنِّي، وَلَا حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ - قَالَ هَمَّامٌ: أَحْسِبُهُ قَالَ
- مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
“Jangan kamu tulis dariku. Barangsiapa yang tulis dariku selain
al-Quran, maka hendaklah dia padam. Ceritakan dariku tanpa salah. Barangsiapa
yang melakukan dusta atasku dengan sengaja, dia telah menempah satu tempat
dalam neraka” (Muslim, hadis no: 3004)
Ini menjadi dalil, penulisan al-Quran sudah berlaku
pada hayat hidup Nabi saw.
[3] NABI BOLEH MEMBACA?
[DALIL-DALIL TIDAK BOLEH MEMBACA DAN MENULIS]
PERTAMA:
Hadis—daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah saw
bersabda:
«إِنَّا أُمَّةٌ أُمِّيَّةٌ، لاَ نَكْتُبُ وَلاَ
نَحْسُبُ، الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا» يَعْنِي مَرَّةً تِسْعَةً وَعِشْرِينَ،
وَمَرَّةً ثَلاَثِينَ
“Kita adalah umat yang ummi; tidak tidak menulis dan tidak mengira.
Bulan begini begini, sekali 29 hari dan selali 30 hari” (al-Bukhari, hadis no:
1913)
PERSOALAN:
A.
Macam mana Nabi boleh kata tidak boleh menulis dan
membaca, sedangkan orang arab hebat dalam syair.
B.
kalau tidak dapat mengira, macam mana pula Nabi saw
sebelum jadi Nabi bahawa baginda berniaga untuk Khadijah?
TAKWIL HADIS:
A.
Pada perkataan لاَ نَكْتُبُ –tidak boleh
menulis; ia berlaku bagi KEBIASAAN masyarakat arab, tidak bermakna semua mereka
tidak mampu menulis. Masa pernanjian Hudaibiyyah, nabi buat perjanjian bertulis
dengan wakil Quraish.
B.
Maksud وَلاَ نَحْسُبُ—kita tidak boleh mengira; perlu dilihat pada konteks hadis.
iaitu, ia berkaitan dengan menilai sesuatu perubahan bulan dengan melihat anak
bulan (Ru’yah), bukan dengan kiraan. Mungkin boleh diterjemahkan sebagai: “kita
tidak menggunakan pendekatan mengira”, bukan diterjemahkan sebagai “kami tidak
pandai mengira”
KEDUA: NABI
KATA: “AKU TIDAK DAPAT MEMBACA”
Hadis—daripada
Aisyah berkata:
أَوَّلُ مَا
بُدِئَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الوَحْيِ
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ فِي النَّوْمِ، فَكَانَ لاَ يَرَى رُؤْيَا إِلَّا جَاءَتْ
مِثْلَ فَلَقِ الصُّبْحِ، ثُمَّ حُبِّبَ إِلَيْهِ الخَلاَءُ، وَكَانَ يَخْلُو
بِغَارِ حِرَاءٍ فَيَتَحَنَّثُ فِيهِ - وَهُوَ التَّعَبُّدُ - اللَّيَالِيَ
ذَوَاتِ العَدَدِ قَبْلَ أَنْ يَنْزِعَ إِلَى أَهْلِهِ، وَيَتَزَوَّدُ لِذَلِكَ،
ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى خَدِيجَةَ فَيَتَزَوَّدُ لِمِثْلِهَا، حَتَّى جَاءَهُ
الحَقُّ وَهُوَ فِي غَارِ حِرَاءٍ، فَجَاءَهُ المَلَكُ فَقَالَ: اقْرَأْ، قَالَ:
«مَا أَنَا بِقَارِئٍ» ، قَالَ: " فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي حَتَّى بَلَغَ
مِنِّي الجَهْدَ ثُمَّ أَرْسَلَنِي، فَقَالَ: اقْرَأْ، قُلْتُ: مَا أَنَا
بِقَارِئٍ، فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي الثَّانِيَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجَهْدَ ثُمَّ
أَرْسَلَنِي، فَقَالَ: اقْرَأْ، فَقُلْتُ: مَا أَنَا بِقَارِئٍ، فَأَخَذَنِي
فَغَطَّنِي الثَّالِثَةَ ثُمَّ أَرْسَلَنِي، فَقَالَ: {اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ
الَّذِي خَلَقَ. خَلَقَ الإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ. اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ}
[العلق: 2]
Permulaaan wahyu yang datang kepada Rasulullah saw adalah dengan mimpi
yang nyata dalam tidur. Dan tidaklah baginda bermimpi kecuali datang seperti
cahaya Subuh. Kemudian baginda berkeinginan untuk menyendiri, lalu baginda
memilih gua Hiro dan bertahannuts iaitu ibadah di malam hari dalam beberapa
waktu lamanya sebelum kemudian kembali kepada keluarganya guna mempersiapkan
bekal untuk bertahannuts kembali.
Beberapa waktu setelahnya baginda menemui Khadijah lagi mempersiapkan
bekal seperti sebelumnya. Sampai akhirnya datanglah suatu yang haq kepada baginda—saat
berada di gua Hiro, malaikat mendatanginya seraya berkata: "Bacalah?"
Baginda menjawab, "Aku tidak bisa baca".
Nabi saw menjelaskan: Maka malaikat itu memegangku dan memelukku sangat
kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi, "Bacalah!"
Baginda menjawab: "Aku tidak mampu membaca".
Maka malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian
melepaskanku dan berkata lagi: "Bacalah!".
Baginda menjawab: "Aku tidak mampu membaca".
Malaikat itu memegangku kembali dan memelukku untuk kedua kalinya dengan
sangat kuat lalu melepaskanku dan berkata lagi, "Bacalah!".
Baginda menjawab: "Aku tidak mampu membaca".
Kemudian Malaikat itu memegangku kembali dan memelukku untuk ketiga
kalinya dengan sangat kuat lalu melepaskanku dan berkata: (Bacalah dengan
(menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah)” (al-Bukhari, hadis
no: 3)
PERSOALAN:
A.
Apakah Nabi memang tidak boleh membaca, atau Nabi saw
tidak dapat membaca kerana terkejut?
B.
Andai dikatakan bahawa nabi tidak boleh membaca ketika
itu, itu munasabah, kerana ketika ini adalah di awal Islam—sebelum baginda
menjadi Nabi.
TIGA: NABI TANYA ALI TEMPAT DIA TULIS DALAM PERJANJIAN HUDAIBIYYAH.
Hadis—daripada
al-Barra’ berkata:
لَمَّا
أُحْصِرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ الْبَيْتِ، صَالَحَهُ
أَهْلُ مَكَّةَ عَلَى أَنْ يَدْخُلَهَا فَيُقِيمَ بِهَا ثَلَاثًا، وَلَا
يَدْخُلَهَا إِلَّا بِجُلُبَّانِ السِّلَاحِ، السَّيْفِ وَقِرَابِهِ، وَلَا
يَخْرُجَ بِأَحَدٍ مَعَهُ مِنْ أَهْلِهَا، وَلَا يَمْنَعَ أَحَدًا يَمْكُثُ بِهَا
مِمَّنْ كَانَ مَعَهُ، قَالَ لِعَلِيٍّ: «اكْتُبِ الشَّرْطَ بَيْنَنَا، بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، هَذَا مَا قَاضَى عَلَيْهِ مُحَمَّدٌ رَسُولُ
اللهِ» ، فَقَالَ لَهُ الْمُشْرِكُونَ: لَوْ نَعْلَمُ أَنَّكَ رَسُولُ اللهِ
تَابَعْنَاكَ، وَلَكِنِ اكْتُبْ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ، فَأَمَرَ عَلِيًّا
أَنْ يَمْحَاهَا، فَقَالَ عَلِيٌّ: لَا وَاللهِ، لَا أَمْحَاهَا، فَقَالَ رَسُولُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَرِنِي مَكَانَهَا» ، فَأَرَاهُ
مَكَانَهَا فَمَحَاهَا، وَكَتَبَ ابْنُ عَبْدِ اللهِ - مسلم, 1783
TERJEMAHAN:
Ketika Nabi saw dilarang melaksanakn Haji, penduduk Makkah mengadakan
perjanjian damai iaitu; supaya baginda masuk dan bermukim hanya tiga hari,
tidak masuk (Makkah) melainkan dengan pedang yang masih diletakkan dalam
sarungnya, setiap orang dari kaumnya tidak boleh keluar bersama baginda, namun
sebaliknya mereka membolehkan sahabat baginda yang hendak ikut bersama mereka
(tinggal di Makkah). Lantas baginda bersabda kepada Ali: "Tulislah syarat
antara kami dengan mereka dengan Bismillahirrahmanirrahim, ini adalah hasil
keputusan yang ditetapkan oleh Muhammad Rasulullah”.
Maka orang-orang Musyrik berkata kepada baginda: "Sekiranya kami
mengetahui bahawa kamu adalah Rasulullah, pasti kami akan mengikutimu, akan
tetapi tulislah Muhammad bin Abdullah"
Baginda pun menyuruh Ali supaya memadamnya, namun Ali berkata: "Demi Allah, aku tidak akan memadamnya.
Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Beritahukanlah kepadaku tempat
yang kamu tulis tadi”
Maka Ali mengisyaratkan
tempatnya, lalu baginda sendiri yang memadamnya, dan diganti dengan “Ibnu
Abdullah” (muslim, hadis no: 1783)
PERSOALAN:
Kalau nabi saw boleh membaca, kenapa Nabi tanya Ali
tempat yang tercatat namanya?
[DALIL NABI BOLEH MEMBACA DAN MENULIS]
PERSOALAN
SATU:
Tawanan badar, Nabi saw mereka ajar membaca dan menulis kepada penduduk
islam.
Kalau Nabi saw tidak boleh membaca dan menulis, bermaksud Nabi saw tidak
amalkan apa yang dia suruh. Ini dah bercanggah dengan Al-Quran:
أَتَأْمُرُونَ
النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ
أَفَلَا تَعْقِلُونَ (44) – البقرة
“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang
kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah,
tidakkah kamu berakal?” (Surah al-Baqarah, ayat 44)
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ
اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ (3) - الصف
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang
kamu tidak melakukannya! * Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu
memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya” (Surah al-Saf, ayat 2-3)
PERSOALAN DUA:
Hadis—daripada
al-Barra’ berkata:
لَمَّا
اعْتَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي ذِي القَعْدَةِ،
فَأَبَى أَهْلُ مَكَّةَ أَنْ يَدَعُوهُ يَدْخُلُ مَكَّةَ، حَتَّى قَاضَاهُمْ عَلَى
أَنْ يُقِيمَ بِهَا ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ، فَلَمَّا كَتَبُوا الكِتَابَ، كَتَبُوا:
هَذَا مَا قَاضَى عَلَيْهِ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، قَالُوا: لاَ نُقِرُّ لَكَ
بِهَذَا، لَوْ نَعْلَمُ أَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ مَا مَنَعْنَاكَ شَيْئًا،
وَلَكِنْ أَنْتَ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، فَقَالَ «أَنَا رَسُولُ اللَّهِ،
وَأَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ» ، ثُمَّ قَالَ: لِعَلِيِّ بْنِ أَبِي
طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: «امْحُ رَسُولَ اللَّهِ» ، قَالَ عَلِيٌّ: لاَ
وَاللَّهِ لاَ أَمْحُوكَ أَبَدًا، فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ الكِتَابَ، وَلَيْسَ يُحْسِنُ يَكْتُبُ، فَكَتَبَ: هَذَا مَا قَاضَى
عَلَيْهِ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، لاَ يُدْخِلُ مَكَّةَ السِّلاَحَ إِلَّا
السَّيْفَ فِي القِرَابِ، وَأَنْ لاَ يَخْرُجَ مِنْ أَهْلِهَا بِأَحَدٍ إِنْ
أَرَادَ أَنْ يَتْبَعَهُ، وَأَنْ لاَ يَمْنَعَ مِنْ أَصْحَابِهِ أَحَدًا، إِنْ
أَرَادَ أَنْ يُقِيمَ بِهَا. - البخاري, 4251
TERJEMAHAN:
Ketika Nabi SAW berumrah di bulan Zulkaidah, dan
penduduk Makkah enggan mengizinkan baginda memasuki Makkah hingga membenarkan
mereka untuk tinggal hanya selama tiga hari. Ketika itu kaum muslimin menulis
surat perjanjian. Tulis mereka: "Inilah ketetapan yang diterima
Rasulullah".
Orang-orang Quraisy pun membantah: "Kami tidak
mengakui ini. Kalaulah kami tahu bahawa engkau adalah Rasulullah, kami sama
sekali tidak melarangmu. Namun kamu hanyalah Muhammad bin Abdullah".
Rasulullah pun berkata: “Aku Rasulullah, sekaligus aku
juga Muhammad bin Abdullah”.
Kemudian baginda memberitahu 'Ali bin Abu Thalib:
"Padam (pada perkataan) Rasulullah"
Ali berkata: "Demi Allah, aku tidak akan memadamnya
sampai bila-bila".
Rasulullah saw kemudian mengambil kertas tersebut
-PADAHAL BAGINDA TIDAK MAMPU MENULIS DENGAN BAIK-DAN BELIAU TULIS: “Inilah
ketetapan yang diterima Muhammad bin Abdullah agar ia tidak memasuki Makkah
dengan senjata, selain pedang yang terbungkus dalam sarung, dan agar jangan
sampai penduduk Makkah menghalangi siapapun yang ingin mengikuti baginda
melakukan tawaf, dan untuk tidak menghalangi salah seorang pun dari sahabatnya
yang ingin bermukim di sana” (al-Bukhari, hadis no: 4251)
PENJELASAN: Dalam hadis ini, ada disebut وَلَيْسَ يُحْسِنُ يَكْتُبُ، فَكَتَبَ—tidaklah tulisannya
elok, Baginda pun tetap menulis.
Ini dalil bahawa baginda boleh menulis.
Hadis—daripada ibn Abbas berkata:
لَمَّا
اشْتَدَّ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعُهُ قَالَ:
«ائْتُونِي بِكِتَابٍ أَكْتُبْ لَكُمْ كِتَابًا لاَ تَضِلُّوا بَعْدَهُ» قَالَ
عُمَرُ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَلَبَهُ الوَجَعُ،
وَعِنْدَنَا كِتَابُ اللَّهِ حَسْبُنَا. فَاخْتَلَفُوا وَكَثُرَ اللَّغَطُ، قَالَ:
«قُومُوا عَنِّي، وَلاَ يَنْبَغِي عِنْدِي التَّنَازُعُ» فَخَرَجَ ابْنُ عَبَّاسٍ
يَقُولُ: «إِنَّ الرَّزِيَّةَ كُلَّ الرَّزِيَّةِ، مَا حَالَ بَيْنَ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ كِتَابِهِ» - البخاري, 114
“Ketika Nabi saw sakit nabi semakin teruk, baginda bersabda: "Berikan aku surat
BIAR AKU TULISKAN SESUATU UNTUK KAMU sehingga kamu tidak akan sesat
setelah"
Umar berkata: "Sesungguhnya Nabi saw semakin teruk sakitnya dan di
sisi kami ada kitabullah, yang cukup buat kami.
Kemudian orang-orang berselisih dan timbul suara gaduh, maka Nabi saw
bersabda: "Pergilah kamu menjauh dariku agar tidak terjadi perdebatan di
hadapanku"
Maka Ibnu 'Abbas keluar seraya berkata: "Sungguh musibah segala
musibah adalah apa yang menghalangi antara RASULULLAH SAW DENGAN NIAT BAGINDA
MENULISKAN UNTUK MEREKA CATATAN TERSEBUT, KERANA PERSELISIHAN DAN PERDEBATAN
MEREKA” (al-Bukhari, hadis no: 114)
PENJELASAN: Dalam hadis ini, Nabi sendiri kata bagikan kertas bahawa
baginda MAHU MENULIS.
PERSOALAN: Apakah Nabi tulis sendiri atau Nabi saw minta orang tolong
tuliskan untuk Nabi?
PERSOALAN
TIGA:
وَمَا كُنْتَ
تَتْلُو مِنْ قَبْلِهِ مِنْ كِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ إِذًا لَارْتَابَ
الْمُبْطِلُونَ (48) – العنكبوت
“Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab
pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan
kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada
alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu)”
(Surah al-Ankabut, ayat 48)
PENJELASAN: Dalam ayat disebut perkataan وَمَا
كُنْتَ تَتْلُو مِنْ قَبْلِهِ—kamu tidak membaca SEBELUM INI. Ini bukti
bahawa selepas itu BAGINDA BOLEH MEMBACA.
[4]
NABI BOLEH MEMBACA?
PENDAPAT
SATU: TIDAK BOLEH MEMBACA
Ini
adalah pendapat Shihab, Usaimin dan kebanyakkan ulama.
DALIL 1:
Pada
zaman itu, alat tulis agak susah didapati sehingga kebergantungan ilmu lebih
kepada hafalan.
DALIL 2:
Dalam
syair zul al-Rummah: ada disebut: “Kemampuan menulis adalah aib dalam kalangan
kami”
DALIL 3:
Kata
USAIMIN,asal Nabi saw itu tidak boleh membaca dan menulis kecuali ada bukti
yang tidak ada sebarang keraguan mengatakan bahawa nabi saw boleh membaca dan
menulis.
PENDAPAT
DUA: BOLEH MEMBACA
Ini adalah pendapat Muhammad Abduh, al-Sya’bi dan
al-Baji.
Al-Qurtubi ada menukilkan perkataan al-Sya’bi
yang berkata:
عَنِ الشَّعْبِيِّ
أَنَّهُ قَالَ: مَا مَاتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى
كَتَبَ – القرطبي
“Tidak wafat nabi saw sehingga baginda saw menulis”
DALIL 1:
وَمَا كُنْتَ
تَتْلُو مِنْ قَبْلِهِ مِنْ كِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ إِذًا لَارْتَابَ
الْمُبْطِلُونَ (48) – العنكبوت
“Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab
pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan
kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada
alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang
kebenaranmu)” (Surah al-Ankabut, ayat 48)
PENJELASAN: Dalam ayat disebut perkataan وَمَا
كُنْتَ تَتْلُو مِنْ قَبْلِهِ—kamu tidak membaca SEBELUM INI. Ini bukti
bahawa selepas itu BAGINDA BOLEH MEMBACA.
Ia
diumpamakan kita bercakap: “kamu dahulu miskin”.
Bermaksud,
mungkin sekarang kamu sudah kaya.
DALIL 2:
اتْلُ مَا أُوحِيَ
إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ (45) – العنكبوت
“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepada kamu DARI AL-KITAB”
(Surah al-Ankabut, ayat 45)
DALIL 3:
مَن
قرأ حرفًا من كتاب الله فله به حسنة، والحسنة بعشر أمثالها، لا أقول: ألف لام ميم
حرف، ألفٌ حرفٌ، ولامٌ حرفٌ، وميمٌ حرفٌ
“Barangsiapa yang baca satu huruf dari
Kitabullah, baginya satu kebaikan dan kebaikan itu berganda sehingga 10 kali
ganda. Aku tidak kata: Alif Lam dan mim adalah satu huruf; Alif adalah satu
huruf, Lam adalah satu huruf, dan Mim adalah satu huruf” (al-Tarmizi, hadis no:
2910)
PENJELASAN: Apabila Nabi saw kata: Aku tidak
kata: Alif Lam dan mim adalah satu huruf; Alif adalah satu huruf, Lam adalah
satu huruf, dan Mim adalah satu huruf”—ini adalah dalil bahawa nabi tidak buta
huruf, bahkan baginda mengenal huruf.
DALIL 4: IBN HAJAR.
Nabi saw padam tulisan “Muhammad Rasulullah” pada perjanjian sulh
Hudaibiyyah untuk digantikan kepada “Muhammad bin Abdullah”.
Ini juga hujah al-Baji.
[5] PERKATAAN UMMI?
Rata-rata menyatakan bahawa Nabi saw sebagai buta huruf kerana
merujuk pada perkataan UMMI yang diterjemahkan sebagai BUTA HURUF; tidak boleh
membaca dan tidak boleh menulis.
[HUJAH SATU]
Menurut al-Qaradawi, perkataan UMMU memberi dua maksud:
Pertama, tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis.
Kedua, Tidak pernah mendapat sebarang kitab
sepertimana orang yahudi dan Nasrani yang pernah dapat kitab.
Pada makna yang kedua ini, didalilkan kepada firman
Allah berikut;
الَّذِينَ
يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا
عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ (157) – الأعراف
“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w)
Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di
dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka” (Surah al-A’raf, ayat 157)
هُوَ الَّذِي
بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ
وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ
قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (2) – الجمعة
“Dia
lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin,
seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan
kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan
kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta
mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam
mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi
Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata” (Surah al-Jumuah, ayat 2)
PENJELASAN: Dalam dua ayat ini menyebut perkataan UMMI yang boleh
ditafsirkan sebagai Nabi dan orang arab Quraish adalah golongan tidak pernah
diturunkan sebarang kitab kepada mereka.
[HUJAH DUA]
Mekah disebut sebagai أم القري
iaitu INDUK.
Orang mekah disebut sebagai اميين yang bermaksud sebagai “kami orang mekah”,
bukan bermakna “kami orang buta huruf”. Penduduk mekah pada masa itu amat
dihormati, dan menjadi kebanggaan.
[HUJAH TIGA]
Dalam al-Quran pula, ada disebut ahl
al-Kitab yang baca taurat dan Injil sebagai Ummi. Firman Allah:
وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ
الْكِتَابَ إِلَّا أَمَانِيَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ (78) فَوَيْلٌ
لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ
عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا
كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ (79) – البقرة
“Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka
tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong
(dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada
sangkaan-sangkaan sahaja * Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab
Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan
mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya
mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka
kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka,
dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu” (Surah
al-Baqarah, ayat 78-79)
PENJELASAN: kalau perkataan UMMI merujuk kepada buta huruf, sudah
pasti perkataan ini tidak akan diberikan kepada AHLI KITAB yang boleh melakukan
penyelewengan kitab.
DAKWAAN Tidak ada bukti nabi saw menulis
DIJAWAB,
Ada dua kata berbeza:
a.
Tidak boleh menulis.
b.
Mampu menulis tetapi
tidak menulis.
Nabi
tidak menulis, tidak semestinya tidak pandai menulis.
Sepertimana
ramai raja-raja dan pembesar yang boleh menulis, tetapi surat rasmi ditulis
oleh Setiausahanya.
BIOGRAFI PERAWI |
[6]
IBRAHIM BIN MUSA AL-RAZI (220H)
إِبْرَاهِيمُ
بْنُ مُوسَى
Lihat hadis 35
[5] ISA BIN YUNUS (187H)
عِيسَى بْنُ يُونُسَ
Lihat hadis 2, 33 dan 35.
[4] MUHAMMAD BIN ISHAQ (80H-151H)
مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ
Lihat hadis 13.
[3] MUHAMMAD BIN IBRAHIM AL-TAIMI (45H-120H)
مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ
التَّيْمِيِّ
Nama penuhnya adalah MUHAMMAD BIN IBRAHIM BIN AL-HARIS
BIN KHALID BIN SAKHR BIN ‘AMIR BIN KA’AB BIN TAIM BIN MURRAH.
Ulama yang terkenal dengan kefaqihan dari Madinah ini seangkatan
dengan SALIM BIN ABDULLAH BIN UMAR BIN AL-KHATTAB dan NAFI’ (guru Imam Malik).
Dia digelar AL-TAIMI kerana nisbah kepada keturunan
atuknya yang bernama TAIM BIN MURRAH.
Atuknya yang bernama AL-HARIS adalah sahabat Nabi;
salah seorang mujahirin awal.
Ahmad bin Hanbal kata, dia riwayatkan banyak
hadis-hadis mungkar.
Namun begitu, ramai ulama anggap dia adalah salah
seorang Tabiin yang siqah sepertimana diakui seperti Ibn Ma’in, Abu hatim dan
al-nasaie. Bahkan, Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia adalah rijal al-Kutub
al-Sittah.
[2] ABU SALAMAH BIN ABDUL RAHMAN BIN AUF
Lihat hadis 1.
[1] SAHABAT: ZAID BIN
KHALID AL-JUHANI (7SH-78H | 17SH-68H)
زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ
Geralannya
adalah ABU ABD AL-RAHMAN. Ada kata, ABU TALHAH. Ada kata, ABU ZUR’AH.
Disebut
AL-JUHANI kerana nisbah kepada keturunannya yang bermuarakan dari JUHAINAH BIN
ZAID.
Dia
terlibat dalam sejarah SULH AL-HUDAIBIYYAH. Semasa fath Makkah, dia yang
membawa bendera JUHAINAH.
Mati
sewaktu umur 85 tahun di KUFAH. Ada kata, di Madinah. ada kata, di MESIR.
Hadis dia tidak ada dalam al-Bukhari dan Muslim, tetapi ada dalam kitab
ashab al-Sunan yang lain.
PERBAHASAN SANAD |
[1] SANAD ABU DAUD
حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ
بْنُ مُوسَى، أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ
إِسْحَاقَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ
بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ
[2] STATUS HADIS: SAHIH LIGHAIRIH (MATAN)
Hadis ini SAHIH LIGHAIRIH (matan) dengan alasan:
a.
Dianggap sahih oleh Imam Tarmizi.
b.
Albani dan Arnaut sepakat kata, hadis ini sahih.
c.
Kalau ada masalah pun, hanya pada perawi
MUDALLIS bernama MUHAMMAD BIN ISHAQ yang dia riwayatkan hadis ini secara عنعنة. Namun, hadis ini ada SYAWAHID matan, iaitu hadis ke-46.
TAKHRIJ |
Al-Tarmizi (22, 23), al-Nasaie (al-Kubra—3029, 3030),
Ahmad (17048, 7853).
No comments:
Post a Comment