HADIS 48 |
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَوْفٍ الطَّائِيُّ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: قُلْتُ:
أَرَأَيْتَ تَوَضُّؤَ ابْنِ عُمَرَ لِكُلِّ صَلَاةٍ طَاهِرًا، وَغَيْرَ طَاهِرٍ،
عَمَّ ذَاكَ؟ فَقَالَ: حَدَّثَتْنِيهِ أَسْمَاءُ بِنْتُ زَيْدِ بْنِ الْخَطَّابِ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ حَنْظَلَةَ بْنِ أَبِي عَامِرٍ، حَدَّثَهَا «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمِرَ بِالْوُضُوءِ لِكُلِّ صَلَاةٍ، طَاهِرًا وَغَيْرَ
طَاهِرٍ، فَلَمَّا شَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِ، أُمِرَ بِالسِّوَاكِ لِكُلِّ صَلَاةٍ»
فَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَرَى أَنَّ بِهِ قُوَّةً، فَكَانَ لَا يَدَعُ الْوُضُوءَ
لِكُلِّ صَلَاةٍ
(Muhammad bin Yahya bin Habban berkata): aku bertanya (kepada Abdullah
bin Abdillah bin Umar): "Bagaimana kamu melihat wudhu Ibnu Umar di setiap solat,
sama ada dalam keadaan suci ataupun tidak, dengan apa itu?"
Dia pun menjawab: Telah menceritakan kepada saya Asma’
binti Zaid bin Al-Khattab bahawa Abdullah bin Hanzalah bin Abi Amir telah
menceritakan kepadanya: bahawa Rasulullah telah diperintahkan berwudhu pada
setiap kali solat, sama ada dalam keadaan suci maupun tidak.
Tatkala hal itu terasa masyaqqah, baginda
diperintahkan agar bersuci pada setiap kali solat. Namun Ibnu Umar merasa bahawa
dia kuat untuk melaksanakan hal itu, maka dia pun tidak meninggalkan wudhu pada
setiap kali solat.
PENJELASAN HADIS |
[1] Hadis ini menceritakan bahawa seorang tabiin
bernama Muhammad bin Yahya bin Habban yang bertanya kepada anak sulong Ibn Umar
berkenaan bapanya dalam hal solat; apakah setiap kali nak solat dia berwuduk,
atau dia hanya berwuduk apabila wuduknya batal sahaja?
Di jawab oleh anak ibn Umar itu bahawa dia tidak ada
pengalaman dengan bapanya, makanya dia menyandarkan pengetahuannya dari apa
yang pernah diceritakan oleh sepupunya, iaitu anak saudara kepada bapanya yang
bernama ASMA’ BINTI ZAID BIN AL-KHATTAB; yang dia dengar hal itu dari ABDULLAH
BIN HANZALAH BIN ABI ‘AMIR.
Dalam penjelasan ABDULLAH BIN HANZALAH, disebutkan dua
perkara:
PERTAMA: Dia nyatakan bahawa nabi saw disuruh berwuduk
setiap kali mahu solat, sama ada wuduk sudah batal, ataupun tidak batal wuduk. Dijelaskan
juga, apabila nabi saw sukar untuk menggunakan air, maka nabi saw disuruh
bersugi pada setiap kali mahu solat.
KEDUA: Turut dijelaskan bahawa hal ini menjadi amalan Ibn
Umar; iaitu, dia pasti akan berwuduk pada setiap kali nak solat, walaupun wuduknya
tidak batal lagi.
HUBUNGAN HADIS |
Dalam hadis ke-47, dijelaskan bahawa Nabi ada suruh
bersugi pada setiap kali mahu solat. Bahkan, ia dilakukan oleh sahabat.
Dalam hadis ke-48 ini pula, dijelaskan bahawa nabi saw
sendiri yang lakukan amalan sugi pada setiap kali nak solat.
Walaubagaimana pun, terdapat sedikit kritikan apabila
yang menceritakan hal ini adalah ABDULLAH BIN HANZALAH yang semasa Nabi wafat,
dia baru berumur 7 tahun.
Dalam hadis ini, bukan ABDULLAH BIN HANZALAH bercerita
kejadian yang dia tengok, tetapi kesimpulan yang dia buat dari apa yang dia
faham dari nabi.
Dengan sebab itu, hadis ini ada dua kemungkinan:
Pertama: Abdullah bin Hanzalah ambil dari apa yang
telah disimpulkan oleh sahabat Nabi lain. hal ini dikuatkan dengan pengalaman
yang dia lihat pada ABDULLAH BIN UMAR yang terkenal amat kuat mengikut perbuatan
Nabi.
Kedua: Jika dikatakan bahawa dia ambil terus dari
Nabi, itu wajar diragui kesahihannya.
Walaubagaimana pun, kelihatan Abu Daud cenderung
dengan pendapat bahawa sunat bersugi setiap kali solat, bukan semata-mata ketika
wuduk sahaja.
PENGAJARAN |
[1]
MENGULANGI WUDUK TANPA BATAL SEBELUMNYA
PENDAPAT
SATU: TIDAK SUNAT
[A]
Hadis yang mengatakan bahawa perlu ulang wuduk adalah Mansukh.
Nasikh
hadis ini adalah hadis—ketika Fath Makkah, sahabat solat dengan banyak solat
dengan satu wuduk sahaja (bukhari dan muslim).
[B]
Amalan Sahabat:
PERTAMA:
Ibn Sa’ad menunaikan solat yang banyak dengan satu wuduk sahaja.
KEDUA:
Ali pula berwuduk pada setiap kali nak solat. Dan Ali membaca firman Allah:
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ
وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ
إِلَى الْكَعْبَيْنِ (6) – المائدة
Wahai orang-orang yang
beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas
kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan
kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua
belah kaki kamu meliputi buku lali (Surah al-Maidah, ayat 6)
PENDAPAT
DUA: SUNAT ULANGI WUDUK
Suruhan
berwuduk setiap kali solat adalah SUNAT.
[2]
APAKAH ADA
HADIS NABI SENDIRI GOSOK GIGI MASA SOLAT?
Kata al-Sahranpuri dalam al-Bazl, tidak ada dalil pun
yang menyebut bahawa Nabi saw gosok gigi semasa mahu solat.
Namun begitu, jika diandaikan hadis ini MURSAL SAHABI,
maka hadis ini boleh dijadikan sandaran bahawa nabi bersugi semasa hendak
solat.
Ini dikuatkan pula dengan melihat amalan ABDULLAH BIN
UMAR yang terkenal dengan sikap yang amat mengikut sunnah Rasulullah saw.
[3] ABDULLAH BIN UMAR YANG KUAT IKUT NABI
Dalam kitab AL-IBANAH karya IBN BATTAH—daripada Nafi’;
عَنْ نَافِعٍ،
قَالَ: كَانَ ابْنُ عُمَرَ " إِذَا مَرَّ بِشَجَرَةٍ بَيْنَ مَكَّةَ
وَالْمَدِينَةِ، أَنَاخَ عِنْدَهَا، ثُمَّ صَبَّ فِي أَصْلِهَا إِدَاوَةً مِنْ
مَاءٍ، وَإِنْ لَمْ تَكُنْ إِلَّا تِلْكَ الْإِدَاوَةَ قَالَ: وَقَالَ نَافِعٌ:
وَأَرَى أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَهُ، فَفَعَلَهُ
"
Daripada Nafi’ berkata: Ibn Umar itu apabila melintasi
di pokok antara mekah dan Madinah, dia akan menunduk. Kemudian dia menuangkan
satu bejana air, walaupun jika dia tidak ada kecuali satu bejana itu sahaja.
berkata: Aku nampak Nabi saw melakukannya, maka dia pun turut lakukannya”
(al-Ibadah al-Kubra (Ibn Battah), hadis no: 72[1])
Daripada Nafi’ berkata:
عَنِ ابْنِ
عُمَرَ " أَنَّهُ كَانَ يَتْبَعُ آثَارَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ , وَيُصَلِّي فِيهَا حَتَّى إنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ نَزَلَ تَحْتَ شَجَرَةٍ فَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَصُبُّ الْمَاءَ
تَحْتَهَا حَتَّى لَا تَيْبَسَ"
“Ibn Umar itu, sentiasa ikut kesan-kesan Rasulullah, serta dia
menunaikan solat padanya sehingga Nabi saw sampai di bawah satu pokok, makanya
Ibn Umar akan tuangkan air di bawahnya sehingga ia kering” (al-Baihaqi (sunan
al-Kubra), hadis no: 10269[2])
Daripada Mujahid berkata:
كُنَّا مَعَ ابْنِ عُمَرَ فِي سَفَرٍ، فَمَرَّ بِمَكَانٍ
فَحَادَ عَنْهُ، فَسُئِلَ لِمَ فَعَلْتَ؟ فَقَالَ: «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَ هَذَا فَفَعَلْتُ»
kami bersama Ibn Umar dalam satu permusafiran. Dia
melintasi di satu tempat, dia menghilangkan diri. Ditanya: kenapa kamu lakukan
ini? Jawab dia: aku nampak Nabi saw lakukan ini, maka aku pun lakukan juga”
(Ahmad, hadis no: 4870[3])
Daripada ‘Asim al-Ahwal berkata:
كَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا رُئِيَ فِي طَرِيقٍ -
كَأَنَّهُ ذَكَرَ كَلِمَةً مِنْ شِدَّةِ اتِّبَاعِهِ لِأَثَرِ رَسُولِ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَإِنْ قِيلَ لَهُ: إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَصَقَ بِالْحَائِطِ، لَصَقَ، وَإِنْ قِيلَ لَهُ:
قَعَدَ، قَعَدَ، وَإِنْ قِيلَ لَهُ: مَشَى، مَشَى
Ibn Umar itu jika dilihat di jalan, kelihatan dia
seperti menyebut kalimah disebabkan terlalu ikut dari kesan Nabi saw. Jika
diberitahu kepadanya bahawa nabi menampal di dinding, pasti dia akan tampal;
jika diberitahu bahawa Nabi duduk, pasti dia duduk; jika diberitahu bahawa nabi
jalan, pasti dia jalan” (Ibn Battah (al-Ibanah al-Kubra), hadis no: 75[4])
Berkata AL-ZUBAIR BIN BAKKAR:
كَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ يَحْفَظُ مَا يَسْمَعُ
مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَإِذَا لَمْ يَحْضُرْ
سَأَلَ مَنْ حَضَرَ عَمَّا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، وَفَعَلَ، وَكَانَ يَتَتَبَّعُ آثَارَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي كُلِّ مَسْجِدٍ صَلَّى فِيهِ، وَكَانَ يَعْتَرِضُ
بِرَاحِلَتِهِ فِي كُلِّ طَرِيقٍ مَرَّ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Ibn Umar hafal apa sahaja yang dia dengar dari
Rasulullah. Apabila dia tidak hadir, dia akan tanya orang yang hadir. Dia akan
mengikut kesan-kesan nabi saw pada setiap masjid yang baginda solat padanya.
Dia akan naik kenderaan untuk melintasi di laluan yang pernah dilalui oleh
Rasulullah saw. Dikatakan kepadanya pada demikian itu” (Ibn Battah (al-Ibanah
al-Kubra): hadis no: 76[5])
BIOGRAFI PERAWI |
[6] MUHAMMAD BIN AUF BIN SUFYAN AL-TAIE.
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ
بْنُ عَوْفٍ بن سفيان الطَّائِيُّ
Dia dipanggil juga sebagai ABU JA’FAR AL-HIMSI. Mendapat
gelaran AL-TAIE, kerana nisbah keturunannya.
Dianggap siqah oleh AL-NASAIE. ABU HATIM kata,
dia soduq. Ibn Hibban senaraikan dia dalam al-Siqat. Kata Ahmad, dia terkenal
dan diterima riwayatnya. Ibn ‘Adi kata, dia alim hadis yang mahir berkenaan
hadis sahih dan doif dari penduduk syam.
Dia adalah Rijal Abu Daud dan al-Nasaie. Namanya
tidak dijumpai dalam al-Bukhari, Muslim, al-Tarmizi dan Ibn Majah. Dia adalah
perawi siqah lagi sahih.
[5] AHMAD BIN KHALID BIN MUSA (214H)
أَحْمَدُ بْنُ
خَالِدٍ بن موسي
Ada dakwaan kata, nama sebenarnya adalah AHMAD BIN
KHALID BIN MUHAMMAD AL-WAHBI AL-KINDI. Panggilannya adalah ABU SA’ID
AL-HIMSI.
Dia berada sekitar Hims dan Damsyiq.
Ibn Ma’in anggap dia siqah. Ibn
Hibban senaraikan dalam al-Siqat. Abu Hatim al-Razi kata, Ahmad tidak tulis
hadis darinya.
Dia adalah Rijal Abi Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan
Ibn Majah. Namanya tidak ditemui dalam al-Bukhari dan Muslim. Dia adalah perawi
siqah lagi sahih.
[4] MUHAMMAD BIN ISHAQ (80H-151H)
مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ
Sila lihat hadis ke-13 dan 47.
[4] IBRAHIM BIN SA’AD (113H-185H)
إِبْرَاهِيمُ
بْنُ سَعْدٍ
Nama penuhnya adalah IBRAHIM BIN SA’AD BIN IBRAHIM BIN
ABD AL-RAHMAN BIN AUF AL-ZUHRI. bermakna, dia adalah cucu kepada sahabat nabi terkenal,
iaitu Abdul Rahman bin Auf. Dia dipanggil sebagai Abu Ishaq. Pernah sampai Madinah
dan Baghdad dan meninggal di kota Baghdad.
Ada dakwaan, semasa di Baghdad dia menjadi
Qadhi. Al-Khatib kata, dia menjadi Qadhi semasa di Madinah. di Baghdad pula, Abu
Daud pula kata, dia jadi wali Baitul mal.
Menurut al-Zahabi, dia adalah ulama yang
berhujah mengatakan bahawa muzik tidak diharam.
Abdullah bin Sa’id bin Kathir pernah tanya
hukum muzik. Dia jawab: halal.
Waki’ tidak memberi komen terhadap
Ibrahim bin Sa’ad. Apabila ditanya, Waki’ jawab: aku tidak tahu dia siqah atau
tidak.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah serta seorang
perawi siqah lagi sahih.
[3]
MUHAMMAD BIN YAHYA BIN HABBAN (47H-121H)
مُحَمَّدِ بْنِ
يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ
Sila lihat hadis ke-12.
[2] ABDULLAH BIN ABDILLAH BIN UMAR (105H)
عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ
Gelarannya adalah ABU ABD AL-RAHMAN AL-MADANI. Dia adalah
sulung kepada Abdullah bin umar. Ibunua bernama SOFIYAH BINTI ABI UBAID.
Dia meninggal di awal pemerintahan Khalifah Hisham bin Abdul Malik tahun
106H.
Dia adalah Rijal al-Bukhari, Muslim, Abi Daud dan al-Nasaie.
Tidak dijumpai namanya dalam al-Tarmizi dan Ibn Majah.
Dia dianggap siqah oleh Waki’, Abu Zur’ah,
al-Nasaie, al’Ijli dan Ibn Sa’ad. Ibn Hibban senaraikan dia dalam al-Siqat. Dia
antara perawi siqah lagi sahih.
[1] SAHABAT: ASMA’ BINTI ZAID BIN AL-KHATTAB AL-‘ADAWIYYAH
أَسْمَاءُ بِنْتُ زَيْدِ بْنِ
الْخَطَّابِ العدوية
Dia adalah anak kepada ABANG SAIDINA UMAR,
iaitu ZAID BIN AL-KHATTAB (12H-Yamamah).
Zaid peluk islam lebih awal berbanding Saidina
Umar. bahkan, dia antara yang terlibat hijrah ke Madinah.
Semasa di Madinah, dia disaudarakan oleh Nabi
dengan MA’AN BIN ‘ADIY.
Dia terlibat perang lawan fenomena murtad.
Umar amat sayangkan abangnya. Semasa tercetus
perang UHUD, Umar kata kepada abangnya: Pakailah baju perang aku ini? Jawab
Zaid: aku mati syahid.
Apabila Saidina Umar dapat tahu abangnya syahid
dalam perang Yamamah, Umar berkata: Abang aku telah mendahului aku dua
kebaikan: pertama, dia memeluk islam lebih dahulu dari aku. Kedua, dia telah
mati syahid lebih dahulu dari aku.
Asma’ antara kalangan sahabiyyah yang semasa
Nabi saw wafat, mereka masih belum mumayyiz lagi.
Dia meninggal sebelum Abdullah bin Umar
(sepupunya) dan dia meninggal di Mekah.
[1] SAHABAT: ABDULLAH BIN HANZALAH BIN ABI ‘AMIR. (4H-63H)
عَبْدَ اللَّهِ
بْنَ حَنْظَلَةَ بْنِ أَبِي عَامِرٍ
Sahabat kecil. Dia pernah nampak nabi saw tawaf naik unta semasa tawaf keliling
kaabah. Semasa
Nabi saw wafat, umurnya baru 7 tahun. Dia
dari keturunan AUS, penduduk Madinah.
Nama bapanya: HANZALAH BIN ABI AMIR adalah sahabat yang terkenal dengan
gelaranالغسيل , iaitu Kisah dimandikan
malaikat kerana semasa dia pergi perang, dia belum mandi junub—syahid dalam
medan Uhud.
Ibunya, JAMILAH BINTI ABDULLAH BIN UBAI BIN SALUL.
Dalam Kitab Asad al-Ghabah, ada diceritakan bahawa malam perang Uhud,
HANZALAH setubuhi JAMILAH. Keesokannya—subuh, HANZALAH terus pergi perang. Semasa
tengah perang, JAMILAH maklumkan kepada empat orang dari kaumnya sebagai saksi
bahawa dia telah disetubuhi suaminya. Mereka tanya, kenapa bagitahu? Dia jawab:
dia bermimpi bahawa dia nampak langit terbelah, dan dia nampak suaminya naik ke
langit; tingkat demi tingkat. Dia kata, itu bukti suaminya syahid dalam medan
Uhud. Anak yang dia lahirkan hasil setubuh itu adalah ABDULLAH BIN HANZALAH.
Dia adalah ketua ANSAR MADINAH semasa revolusi terhadap YAZID yang
dikenali MA’RAKAH AL-HARRAH.
Dia mati dalam medan perang AL-HURRAH tahun 63H, iaitu peperangan
antara penduduk Madinah dengan Yazid bin Muawiyyah dan kelompok Umawiyin. Dia
dibunuh oleh penduduk SYAM.
Perang itu, asalnya penduduk Madinah berjumpa dengan YAZID di Damsyiq.
Apabila penduduk Madinah itu pulang ke Madinah, ABDULLAH BIN HANZALAH
berkhutbah; dia berkata bahawa YAZID adalah seorang peminum arak serta tidak
solat ekoran mabuk arak itu. Tambahan pula, YAZID dikatakan terlibat dalam
tragedy KARBALA yang menyebabkan kematian HUSAIN.
Semua ini menjadi polimik di Madinah sehingga sampai ada ucapan dalam
masjid Nabi. Dengan itu, ABDULLAH BIN ZUBAIR isytihar perang terhadap YAZID
untuk mengugurkan dia dari jawatan Khalifah, serta mahu mengugurkan jawatan
GABENOR MADINAH bernama OSMAN BIN MUHAMMAD BIN ABI SUFYAN dengan menggantikan
dengan ABDULLAH BIN HANZALAH.
Apabila YAZID dapat tahu, maka dilantik MUSLIM BIN UQBAH AL-MURRI untuk
mengepalai serangan terhadap penduduk madinah itu sehingga tercetus perang AL-HARRAH.
PERBAHASAN SANAD |
[1] SANAD ABU DAUD
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ عَوْفٍ الطَّائِيُّ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ، عَنْ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ
PENJELASAN:
[a] Yang menceritakan berkenaan perbuatan Nabi adalah
ABDULLAH BIN HANZALAH, dilahirkan pada tahun 4 Hijrah, sedangkan Nabi wafat
tahun 11 hijrah; bermakna, semasa Nabi wafat, umurnya 7 tahun.
Agak tidak munasabah bahawa dia faham apa yang
diperkatakan oleh Nabi, andai kejadian ini berlaku tahun 11 hijrah.
Dari sudut konteks hadis, mungkin kejadian ini berlaku
lebih awal, iaitu ketika umurnya kemungkinan dalam lingkungan 5 tahun.
Jadi, hadis ini
MURSAL SAHABI, iaitu kemungkinan IBN HANZALAH dengar hadis ini daripada
ABDULLAH BIN UMAR (10SH-73H)
[b] Hadis ini, Abu Daud datangkan dari jalur IBRAHIM
BIN SA’AD bahawa individu yang riwayatkan hadis ini bukan UBAIDULLAH BIN
ABDULLAH BIN UMAR, tetapi ABDULLAH BIN ABDULLAH BIN UMAR.
قَالَ أَبُو
دَاوُدَ: إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ رَوَاهُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، قَالَ
عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ
[2] STATUS HADIS: HASAN
Hadis ini adalah HASAN dengan alasan;
[a] Dinilai Sahih oleh al-Hakim dan al-Zahabi dengan alasan,
atas syarat Muslim.
[b] Ibn Khuzaiman dan Ibn Hibban kata sahih.
[c] al-Hazimi kata, hadis ini Hasan.
ISYKAL:
Dalam sanad ini, MUHAMMAD BIN ISHAQ adalah seorang
mudallis yang riwayat secara عنعنة, tetapi dalam riwayat Ahmad digunakan riwayat secara التحديث
حَدَّثَنَا
يَعْقُوبُ، حَدَّثَنَا أَبِي، عَنِ ابْنِ إِسْحَاقَ، حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ
يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ الْأَنْصَارِيُّ، ثُمَّ الْمَازِنِيُّ مَازِنُ بَنِي
النَّجَّارِ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ – احمد, 21960
PENJELASAN:
[1] Dalam riwayat Ahmad, Ibn Ishaq riwayat hadis
secara التحديث
[2] Dalam riwayat Abu Daud, perawi bernama ABDULLAH
BIN ABDULLAH BIN UMAR, sedangkan dalam riwayat Ahmad, perawi bernama UBAIDULLAH
BIN ABDULLAH BIN UMAR. kekhilafan ini tidak mencacatkan hadis, kerana kedua-dua
ini adalah siqah.
TAKHRIJ |
Al-Darimi (658), Ibn Khuzaimah (15, 138), Ahmad
(21960).
[1] SANAD:
حَدَّثَنَا
إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ الصَّفَّارُ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْحَسَنُ
بْنُ عَرَفَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ مُعَاوِيَةَ الْفَزَارِيُّ، عَنْ
مُحَمَّدِ بْنِ سُوقَةَ، عَنْ نَافِعٍ
[2] SANAD:
أَخْبَرَنَا
أَبُو عَلِيٍّ الرُّوذْبَارِيُّ , أنا أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ
الْآدَمِيُّ الْقَارِيُّ بِبَغْدَادَ فِي مَسْجِدِهِ , ثنا أَحْمَدُ بْنُ عُبَيْدِ
اللهِ صَاحِبُ النَّرْسِيِّ , ثنا شَبَابَةُ بْنُ سَوَّارٍ الْفَزَارِيُّ , ثنا
عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي سَلَمَةَ , عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ , عَنْ
نَافِعٍ , عَنِ ابْنِ عُمَرَ
[3] SANAD:
حَدَّثَنَا
يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ يَعْنِي ابْنَ حُسَيْنٍ، عَنِ
الْحَكَمِ، عَنْ مُجَاهِدٍ
[4] SANAD:
حَدَّثَنَا
أَحْمَدُ بْنُ سُلَيْمَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ:
حَدَّثَنَا الْحَارِثُ بْنُ سُرَيْجٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ
نُمَيْرٍ، عَنْ عَاصِمٍ الْأَحْوَلِ
[5] SANAD:
حَدَّثَنَا
أَبُو الْقَاسِمِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ، قَالَ:
قَالَ الزُّبَيْرُ: - وَأَحْسِبُهُ عَنَى ابْنَ بَكَّار
No comments:
Post a Comment