Sunday, September 11, 2022

HADIS 81 (BAB 40)

 

BAB 40

 

بَابُ النَّهْيِ عَنْ ذَلِكَ

LARANGAN DARI ITU (IAITU DARI BERWUDUK DENGAN LEBIHAN AIR BERSUCI PEREMPUAN)

 

HADIS 81

 

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ عَنْ دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ح  وَحَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ  حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ حُمَيْدٍ الْحِمْيَرِيِّ قَالَ: لَقِيتُ رَجُلًا صَحِبَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعَ سِنِينَ، كَمَا صَحِبَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ،

Aku berjumpa dengan seseorang lelaki yang bersahabat dengan nabi selama empat tahun sepertimana Abu Hurairah bersahabat dengan baginda;

 

قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تَغْتَسِلَ الْمَرْأَةُ بِفَضْلِ الرَّجُلِ، أَوْ يَغْتَسِلَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ الْمَرْأَةِ»

Dia berkata: Rasulullah saw melarang perempuan mandi dengan air sisa (lebihan) lelaki dan melarang lelaki mandi dengan air sisa (lebihan) perempuan.

 

 زَادَ مُسَدَّدٌ: «وَلْيَغْتَرِفَا جَمِيعًا»

Musaddad menambah: Dan semestinya bersama-sama mencedok air (ketika mandi)

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SAHIH (SYAZ)

(a)                Dianggap sahih oleh ALBANI dan ARNAUT

(b)                Mereka berdua kata, sanad hadis ini dianggap sahih oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam Bulugh al-Maram.

(c)                Hadis ini bercanggah dengan hadis ke-77, 78, 79 dan 80.

(d)               Sanad hadis Aisyah (hadis ke-77) lebih baik berbanding sanad hadis bab.  

 

[2] SYAZ

 

Andai hadis ini sahih, maka ia syaz, sedangkan hadis Aisyah mandi bersama dengan nabi saw adalah mahfuz. (Tawassut:2/559)

 

Bertambah mahfuz lagi hadis Aisyah itu, apabila Abu Daud bawakan SYAWAHID berikut;

(a)                             UMMU SUBAYYAH (hadis ke-78),

(b)                           ABDULLAH BIN UMAR (hadis ke-79 dan 80)

 

[3] PANDANGAN WALIYUDDIN AL-IRAQI

(a)                Tafarrud pada Daud bin Abdullah.

(b)               Al-Bukhari tidak berhujah dengan Daud bin Abdillah.

(c)                Al-Baihaqi kata, Humaid bin Abdillah al-Himyari ambil dari sahabat adalah MUNQATI’. (Tawassut:2/559)

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Sahabat Nabi yang dikatakan bersahabat dengan nabi selama 4 tahun sepertimana Abu Hurairah ini, tidak diketahui siapa Namanya yang sebenar. Namun begitu, ada ulama kata sahabat itu adalah;

(a)                al-Hakam bin Amru, iaitu merujuk kepada hadis ke-82 akan datang (dan: Ibn majah, hadis ke-373)

 

عَنْ أَبِي حَاجِبٍ، عَنِ الْحَكَمِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «نَهَى أَنْ يَتَوَضَّأَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ وَضُوءِ الْمَرْأَةِ» - ابن ماجة, 373[1]

 

(b)               Abdullah bin Sarjas, iaitu merujuk kepada hadis riwayat Ibn Majah (374)

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ، قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنْ يَغْتَسِلَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ وَضُوءِ الْمَرْأَةِ، وَالْمَرْأَةُ بِفَضْلِ الرَّجُلِ، وَلَكِنْ يَشْرَعَانِ جَمِيعًا» – ابن ماجة, 374[2]

 

(c)                Abdullah bin Mughaffal. Hal ini melihat kepada hadis ke-28 yang lalu dalam tajuk بَابٌ فِي الْبَوْلِ فِي الْمُسْتَحَمِّ—bab berkenaan kencing dalam bilik mandi;

 

عَنْ حُمَيْدٍ الْحِمْيَرِيِّ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، قَالَ: لَقِيتُ رَجُلًا صَحِبَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا صَحِبَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ، قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَمْتَشِطَ أَحَدُنَا كُلَّ يَوْمٍ، أَوْ يَبُولَ فِي مُغْتَسَلِهِ» - ابو داود, 28[3]

 

Semua dakwaan ini tidak mempunyai bukti yang meyakinkan. Ia tidak lebih sekadar asumsi dan tanggapan sahaja.

 

Walaubagaimana pun, dalam ahl al-Sunnah wa al-Jamaah anggap, mubham pada sahabat tidak mencacatkan status hadis. Hal ini kerana, semua sahabat adalah adil. (Manhal:1/272)

 

[2] hadis ini menyatakan bahawa Nabi saw melarang perempuan mandi dari air tersisa dari mandian lelaki. Demikian juga, melarang lelaki mandi dari air lebihan dari mandian perempuan. Menurut KHITAB AL-SUBKI, larangan dalam hadis ini adalah larangan makruh tanzih. Kesimpulan dibuat begini kerana digandingkan dengan hadis ke-68 yang lalu, iaitu nabi berkata: air tidak berjunub;

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: اغْتَسَلَ بَعْضُ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي جَفْنَةٍ، فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيَتَوَضَّأَ مِنْهَا أَوْ يَغْتَسِلَ، فَقَالَتْ: لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي كُنْتُ جُنُبًا؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُجْنِبُ»

 

[3] Walaupun matan hadis ini menyebut berkenaan mandi, ia termasuk juga hukum berwuduk dan bertayammum. (Ruslan:1/581)

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-79 menyebut bahawa air yang sesame suami – isteri mandi, ia tidak najis. Ini sama dengan hadis ke-68 yang menyebut berkenaan Nabi saw berwuduk dari air lebihan mandi isteri baginda dan menyebut bahawa air tidak berjunub:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: اغْتَسَلَ بَعْضُ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي جَفْنَةٍ، فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيَتَوَضَّأَ مِنْهَا أَوْ يَغْتَسِلَ، فَقَالَتْ: لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي كُنْتُ جُنُبًا؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُجْنِبُ»

 

Hadis ke-81 pula, memberikan gambaran sebaliknya; iaitu air yang telah digunakan oleh perempuan, tidak boleh digunakan oleh lelaki.

 

Hadis ke-81 ini, walaupun dianggap sahih oleh IBN HAJAR AL-ASQALANI dalam BULUGH AL-MARAM, tetapi ia SYAZ kerana:

(a)                Hadis yang mengatakan air yang digunakan lelaki dan perempuan lebih sahih kerana banyak syawahid.

a.      IBN ABBAS—Nabi kata: air tidak berjunub. (Abu Daud, hadis no: 68)

b.      MAIMUNAH yang mandi bersama nabi saw. (Ahmad, hadis no: 26801)

c.       AISYAH yang mandi bersama dengan nabi (Abu Daud, hadis ke-77)

d.      UMMU SUBAYYAH berwuduk bersama dengan nabi. (Abu Daud, hadis ke-78)

e.      IBN UMAR kata, lelaki dan perempuan berwuduk dari bekas air yang sama pada zaman nabi. (Abu Daud, hadis ke-79 dan 80)

 

(b)               Hadis ini dari sahabat yang mubham.

 

PENGAJARAN

 

[1] PENDAPAT ULAMA FIQH

 

(A)                SYAFIE

 

Andai hadis ini sahih, ia adalah dalil bahawa air musta’mal tidak boleh digunakan. (Tawassut:1/559)

 

(B)               PANDANGAN AHMAD

 

Hadis ini hujah Ahmad untuk menyatakan bahawa orang lelaki tidak boleh guna air lebihan wuduk Wanita dan begitujuga sebaliknya. (Ruslan:1/580)

 

Dalam kalangan sahabat, antara yang berpendapat sebegini adalah IBN UMAR. Dalam kalangan ulama salaf adalah ABDULLAH BIN SARJAS, AL-HASAN dan GHUNAIM BIN QAIS. (Ruslan:1/581)

 

(C)                PENDAPAT SELAIN HANBALI

 

Hadis ini sebagai larangan makruh, bukan bermakna air itu bernajis dan tidak boleh digunakan. (Ruslan:1/583) dan ini juga pendapat al-Khattabi. (Tawassut:1/559)

 

(D)               AL-BAGHAWI, AL-KHATTABI DAN IBNUL ARABI

 

Hadis ini Mansukh dengan hadis Nabi mandi bersama-sama dengan Aisyah, Maimunah dan Ummu Salamah.

 

Hal ini kerana, Maimunah kahwin dengan nabi pada tahun 7 hijrah, dan ia adalah isteri yang terakhir nabi kahwini.

 

[2] LEBIHAN AIR DALAM SIMPANAN ORANG KAFIR

 

(A)               PENDAPAT AHMAD DAN ISHAQ

 

Hadis ini ditakwil bahawa yang dimaksudkan larangan itu adalah tidak boleh guna air, atau apa-apa pun yang telah digunakan oleh orang kafir. (Tasawwut:2/549)

 

(B)                PENDAPAT AL-BUKHARI

 

Hukum air lebihan manusia, tidak kira muslim atau kafir, ia boleh digunakan.

 

Hujah beliau:

 

(a)                Umar berwuduk dengan air dari rumah seorang perempuan Nasrani. (Bukhari:1/50)

(b)               Dalam al-Umm, al-Syafie bawakan riwayat yang sama. (Umm:1/21)

 

(C)               PENDAPAT AL-NAWAWI

 

Makruh guna air, bekas, pakaian yang telah digunakan oleh ahli Kitab dan selain mereka; ataupun terhadap kalangan sesiapa yang terbiasa dengan najis. (Tasawwut:2/549)

 

Hal ini kerana, kebimbangan bahawa orang kafir yang terbiasa dengan najis seperti memegang anjing atau babi, lalu mereka mencelup tangan mereka dalam air.

 

[3] AIR MUSTA’MAL TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

 

PERTAMA: SYAFIE JADID

 

Hadis ini dalil al-Syafie Jadid bahawa air musta’mal tidak boleh digunakan.

 

Adapun hadis sebelum ini (76) adalah mandi biasa, bukan mandi wajib. Namun hadis ini pula, ada kaitan dengan mandi wajib yang sudah memulai berniat. (al-Ma’alim:1/42)

 

KEDUA: MAJORITI

 

Larangan dalam hadis bukan air itu tidak boleh digunakan, tetapi larangan di sini adalah dari sudut afdhal sahaja. (al-Ma’alim:1/42)

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] AHMAD BIN ABDILLAH BIN YUNUS AL-YARBU’IE (132H-227H)

أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ

 

Guru Abu Daud ini sudah disebut namanya untuk kali ke-3, iaitu pada hadis ke-69, 71 dan 81.

 

[4] ZUHAIR BIN MUAWIYYAH (95H-174H)

 زُهَيْرٌ بن معاوية

 

Nama perawi ini sudah dijumpai dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-28 dan 81.

 

[3] DAUD BIN ABDULLAH AL-UDI

 دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ

 

Nama perawi ini sudah disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-28 dan 81.

ح

 

[5] MUSADDAD BIN MUSARHAD (150H-208H)

 مُسَدَّدٌ بن مسرهد

 

Guru Abu Daud ini sudah disebut dalam kitab ini untuk kali ke-15, iaitu hadis ke-2, 4, 7, 9, 22, 23, 49, 62, 68, 72, 77, 79, 80 dan 81.

 

[4] ABU ‘AWANAH (176H)

 أَبُو عَوَانَةَ

 

Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi Daud untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-23 dan 81.

 

[3] DAUD BIN ABDULLAH AL-UDI

 دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ

 

Lihat di atas

 

[2] HUMAID BIN ABD AL-RAHMAN AL-HIMYARI (91H)

 حُمَيْدٍ الْحِمْيَرِيِّ

 

Nama parawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-28 dan 81.

 

[1] SAHABAT MUBHAM



[1] SANAD:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عَاصِمٍ الْأَحْوَلِ، عَنْ أَبِي حَاجِبٍ، عَنِ الْحَكَمِ بْنِ عَمْرٍو،

[2] SANAD:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى قَالَ: حَدَّثَنَا الْمُعَلَّى بْنُ أَسَدٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ الْمُخْتَارِ قَالَ: حَدَّثَنَا عَاصِمٌ الْأَحْوَلُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ، قَالَ| قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ بْنُ مَاجَةَ: الصَّحِيحُ هُوَ الْأَوَّلُ وَالثَّانِي وَهْمٌ. قَالَ أَبُو الْحَسَنِ بْنُ سَلَمَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو حَاتِمٍ وَأَبُو عُثْمَانَ الْمُحَارِبِيُّ قَالَا: حَدَّثَنَا الْمُعَلَّى بْنُ أَسَدٍ نَحْوَهُ | [حكم الألباني] صحيح

 

[3] SANAD:

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، عَنْ دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ حُمَيْدٍ الْحِمْيَرِيِّ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ،

No comments:

Post a Comment