HADIS 79 |
حَدَّثَنَا
مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ ح وَحَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ
عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: «كَانَ الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ
يَتَوَضَّئُونَ فِي زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»
Ibn Umar berkata: Lelaki dan perempuan selalu berwuduk
pada zaman Rasulullah saw.
قَالَ
مُسَدَّدٌ: «مِنَ الْإِنَاءِ الْوَاحِدِ جَمِيعًا»
Musaddad berkata: bersama-sama mereka (berwuduk) dari
bekas yang satu.
PERBAHASAN SANAD |
[1] SAHIH
(a)
Disepakati sahih oleh ALBANI dan ARNAUT.
(b)
Albani kata, sanad hadis ini sahih atas syarat Bukhari
dan Muslim. Mereka keluarkan hadis ini
dalam kitab masing-masing tanpa ada penambahan.
[2] Matan hadis ini ada dalam muwatta’ (hadis no: 35—Riwayat
Muhammad bin al-hasan al-Syaibani)[1]
dengan sanad yang sama.
PENJELASAN MATAN |
[1] Hadis ini memberitahu berkenaan penjelasan Ibn Umar bahawa
lelaki dan perempuan pada zaman nabi saw berwuduk dari bekas air yang satu, dan
berwuduk bersama-sama.
[2] Dalam penjelasan KHITAB AL-SUBKI, maksud dengan
lelaki dan perempuan dalam hadis adalah sesama mahram atau antara suami dan
isteri.
Dan keadaan mereka tidak bersekali, tetapi dalam jarak
masa yang berbeza. Iaitu, lelaki dan perempuan menggunakan air dari bekas yang
sama, walaupun tidak dalam satu masa. (Manhal:1/271)
[3] hadis ini, dalam riwayat Ibn Hibban dan Ibn
Khuzaimah menggunakan matan dengan lafaz berikut;
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ أَنَّهُ، «أَبْصَرَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَأَصْحَابِهِ يَتَطَهَّرُونَ، وَالنِّسَاءُ مَعَهُمُ الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ
مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ كُلُّهُمْ يَتَطَهَّرُ مِنْهُ» - ابن خزيمة, 121[2],
ابن حبان, 1263[3]
Ibn Umar nampak Nabi dan para sahabat bersuci.
Perempuan bersama mereka. Lelaki dan perempuan dari satu bekas air; semua
mereka bersuci darinya (bekas air tersebut)”.
PERBEZAAN ANTARA DUA MATAN: Dalam matan hadis bab,
disebut secara khusus berkenaan berwuduk, sedangkan dalam matan hadis dalam
riwayat ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban, digunakan lafaz umum, iaitu bersuci.
HUBUNGAN HADIS |
Hadis ke-78, menyatakan bahawa Nabi saw berkongsi
bekas air dengan UMMU SUBAYYAH AL-JUHANIYYAH ketika berwuduk.
Hadis ke-79 ini pula, menyatakan bahawa sudah menjadi
amalan antara lelaki dan perempuan pada zaman Nabi bahawa mereka berwuduk dari
bekas air yang sama.
PENGAJARAN |
[1] TAQRIR
NABI
Apabila matan hadis sebut: berlaku pada zaman Nabi.
Ini boleh dianggap sebagai MARFU’ juga, iaitu di bawah maksud TAQRIR nabi saw.
Hal ini kerana, Nabi saw tidak akan diam terhadap kebatilan. Jika ia salah,
sudah pasti ia telah dibantah oleh Nabi saw. (Aun:1/52, Tasawwut:2/547)
[2] SUNAT SUAMI – ISTERI MANDI
BERSAMA
Dalam
hadis ke-77, sudah dijelaskan bahawa digalakkan suami dan isteri mandi
bersama-sama.
[3] BEBERAPA
ORANG BERWUDUK DAN MANDI DARI SATU BEKAS.
Tidak salah berwuduk dan mandi wajib dari bekas yang
sama, walaupun dari orang ramai. (Manhal:1/271)
[4] CELUP
TANGAN UNTUK AMBIL AIR DARI BEKAS YANG KECIL
Tidak salah celup tangan ketika mahu berwuduk dan
mandi wajib dari bekas air yang kecil. Dan ia tidak menjadikan air itu
musta’mal. Hal ini turut disebut oleh Imam al-Syafie dalam al-Umm.
(Manhal:1/271)
BIOGRAFI PERAWI |
[5] MUSADDAD BIN MUSARHAD (150H-208H)
مُسَدَّدٌ بن مسرهد
Nama guru Imam Abu
Daud ini disebut untuk kali ke-13, iaitu hadis ke-2, 4, 7, 9, 22, 23, 49, 62,
68, 72, 77 dan 79.
[4]
HAMMAD BIN ZAID BIN DIRHAM (98H-179H)
حَمَّادٌ بن زيد بن درهم
Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk
kali ke-5, iaitu hadis ke-4, 49, 65, 72 dan 79.
* Dalam tabaqat ini, terdapat seorang lagi yang turut bernama HAMMAD, iaitu
HAMMAD BIN SALAMAH. Namun, tidak ada catatan bahawa Musaddad pernah ambil hadis
dari HAMMAD BIN SALAMAH. Justeru, perawi hadis ini adalah HAMMAD BIN ZAID.
[3] AYYUB BIN TAMIMAH KAISAN AL-SUKHTIYANI (131H)
أَيُّوبَ بن تميمة كيسان
السختياني
Nama perawi ini
disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-3, iaitu dalam hadis ke-71, 72 dan
79.
[2] NAFI’
نَافِعٍ
Nama perawi ini sudah disebut dalam sunan Abi Daud
untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-16 dan 79.
ح
[4] ABDULLAH BIN MASLAMAH AL-QA’NABI (130H-221H)
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ الْقَعْنَبِيُّ
Nama guru Abu Daud ini disebut dalam sunan Abi Daud untuk kali ke-5,
iaitu dalam hadis ke-1, 12, 75, 76 dan 79.
[3]
MALIK BIN ANAS (93H-179H)
مَالِك بن أنس
Nama perawi ini sudah disebut dalam Sunan Abi Daud
untuk kali ke-3, iaitu dalam hadis ke-12, 75 dan 79.
[2] NAFI’
نَافِعٍ
Lihat di atas.
[1] ABDULLAH BIN UMAR (10SH- 73H)
عبدالله ابْنِ عُمَرَ
Nama sahabat ini sudah disebut dalam Sunan Abi Daud
untuk kali ke-9, iaitu dalam hadis ke-11, 12, 14, 16, 62, 63, 64, 65 dan 79.
[1] SANAD DAN MATAN:
أَخْبَرَنَا
مَالِكٌ، حَدَّثَنَا
نَافِعٌ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ: «كَانَ الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ يَتَوَضَّئُونَ جَمِيعًا فِي زَمَنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»
قَالَ مُحَمَّدٌ: لا بَأْسَ بِأَنْ تَتَوَضَّأَ
الْمَرْأَةُ وَتَغْتَسِلُ مَعَ الرَّجُلِ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ إِنْ بَدَأَتْ
قَبْلَهُ، أَوْ بَدَأَ قَبْلَهَا، وَهُوَ قَوْلُ أَبِي حَنِيفَةَ رَحِمَهُ اللَّهُ
[2] SANAD:
نا مُحَمَّدُ بْنُ
عَبْدِ الْأَعْلَى الصَّنْعَانِيُّ، نا الْمُعْتَمِرُ قَالَ: سَمِعْتُ عُبَيْدَ
اللَّهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ
[3] SANAD DAN MATAN;
أَخْبَرَنَا الْحَسَنُ
بْنُ سُفْيَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ النَّضْرِ، قَالَ: حَدَّثَنَا
مُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ،
عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ: «أَنَّهُ أَبْصَرَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابَهُ يَتَطَهَّرُونَ، الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ مِنْ
إِنَاءٍ وَاحِدٍ، كُلُّهُمْ يَتَطَهَّرُ مِنْهُ»
No comments:
Post a Comment