HADIS
76 |
حَدَّثَنَا
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ عَنْ دَاوُدَ بْنِ صَالِحِ بْنِ دِينَارٍ التَّمَّارِ عَنْ أُمِّهِ أَنَّ مَوْلَاتَهَا أَرْسَلَتْهَا
بِهَرِيسَةٍ إِلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، فَوَجَدَتْهَا تُصَلِّي،
فَأَشَارَتْ إِلَيَّ أَنْ ضَعِيهَا، فَجَاءَتْ هِرَّةٌ، فَأَكَلَتْ مِنْهَا،
فَلَمَّا انْصَرَفَتْ أَكَلَتْ مِنْ حَيْثُ أَكَلَتِ الْهِرَّةُ، فَقَالَتْ: إِنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ
إِنَّمَا هِيَ مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ» ، وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ بِفَضْلِهَا
Tuan wanita kepada Ibu Daud menyuruh dia membawa kuih harisah (yang
diperbuat dari tepung gandum) kepada Aisyah. Dia dapati Aisyah sedang
menunaikan solat. Aisyah pun memberi isyarat kepadanya agar meletakkan apa yang
dia bawa. Seseekor kucing betina datang, lalu makan sesuatu darinya (kuih
harisah). Setelah Aisyah selesai solat, Isteri nabi itu makan dari bahagian yang
dimakan oleh kucing tersebut. Aisyah pun berkata; Sesungguhnya Rasulullah saw
bersabda: "Sesungguhnya kucing tidaklah najis, ia antara binatang yang
selalu mengelilingi kamu" Dan aku pernah melihat Rasulullah saw berwudhu
dengan air sisa jilatan kucing.
PERBAHASAN
SANAD |
[1] Hadis ini sebagai IKTIBAR bagi hadis suruhan basuh jilatan kucing
(hadis ke-72)
[2] hadis ini ada beberapa perkara berikut;
(A)
MAWQUF: Hamba
Aisyah membawakan sejenis kuih arab bernama harisah kepada Aisyah, yang
didapati bahawa Aisyah sedang menunaikan solat. Semasa sedang solat, Aisyah
mengisyaratkan kepada hambanya meletakkan kuih tersebut. Tiba-tiba, datang
seekor kucing betina makan kuih tersebut. Apabila kucing itu berlalu pergi,
Aisyah yang sudah selesai solat makan kuih tersebut di tempat kucing itu makan.
(B)
MARFU’ 1: Aisyah kata, bahawa Nabi saw bagitahu kucing
bukan najis kerana ia binatang yang berkeliaran keliling manusia.
(C)
MARFU’ 2: Aisyah memberitahu bahawa dia pernah melihat
Nabi saw berwuduk dengan air sisa jilatan kucing.
Secara dasarnya, sanad hadis ini DOIF, kerana IBU KEPADA DAUD BIN SOLEH adalah MAJHUL. Al-Zahabi
letak dibawah tajuk, dia salah seorang perempuan yang majhul.
Justeru, sikap terhadap hadis ini adalah seperti berikut;
Kisah pada perkara (A) adalah doif.
Namun, pada perkara (B) ia ada dalam riwayat hadis ke-75 dari sahabat
bernama ABU QATADAH. Justeru, ia sebagai SYAWAHID dan dianggap sebagai SAHIH
LIGHAIRIH. Ini disokong oleh oleh Ibn Khuzaimah, al-Hakim, al-Zahabi dan Ibn
Hajar.
Dengan ini, pada perkara (B) ini boleh dianggap sebagai MAHFUZ bagi
hadis ke-72; iaitu hadis bahawa Abu Hurairah suruh basuh jilatan anjing dengan
sekali basuh. (al-Manhal:1/267)
Adapun pada perkara (C) ia dikuatkan dengan riwayat dalam dalam Musannaf
Abdul Razaq (356[1]); Ibn Majah (368[2]);
al-Daraqutni (214[3])—jalur
HARISAH BIN ABI AL-RIJA yang masing-masing riwayat ini, matan hadisnya adalah
seperti berikut;
عَنْ عَائِشَةَ
قَالَتْ: «كُنْتُ أَتَوَضَّأُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ قَدْ أَصَابَ مِنْهُ الْهِرُّ قَبْلَ ذَلِكَ» - مصنف عبد الرزاق, 356
Aisyah berkata: aku dan Rasulullah berwuduk dari satu bekas yang sebelum
itu, kucing telah menggunakan air itu.
Memandangkan semua riwayat ini tidak sampai darjat sahih, makanya pada
perkara (C) ini adalah HASAN LIGHAIRIH.
PENJELASAN
MATAN |
[1] Dalam hadis ini, ada satu mawquf dan dua marfu’; iaitu (a) marfu’
perkataan dan (b) marfu’ perbuatan. (sepertimana dalam penjelasan perbahasan
sanad [2] (A)(B) dan (C))
Marfu’ perkataan adalah, Aisyah menukilkan perkataan nabi saw berkenaan
kucing bahawa Nabi berkata:
إِنَّهَا
لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّمَا هِيَ مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ
Marfu’ perbuatan pula, apabila Aisyah nyatakan apa yang dia lihat sendiri
bahawa nabi saw berwuduk menggunakan air sisa minuman kucing.
وَقَدْ
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ
بِفَضْلِهَا
[2] Dengan dua kali Marfu’ itu, Aisyah pun berijtihad bahawa sisa
makanan kucing itu tidak bernajis, makanya beliau pun membuat keputusan untuk
makan sisa makanan kucing. (MAWQUF).
HUBUNGAN
HADIS |
Hadis ke-76 ini adalah syawahid
kepada hadis ke-75.
PENGAJARAN |
[1]
ISTINBAT SAHABAT
Dalam dua hadis yang melibatkan dua sahabat - (a) Abu Qatadah, dan (b)
Aisyah - yang dikemukakan, ini melibatkan kejadian yang berlaku selepas wafat
nabi saw.
Kedua-dua hadis ini bukan menyebut bahawa Nabi saw memberitahu atau
menampilkan perbuatan bahawa sisa kucing itu tidak najis, tetapi ia adalah
istinbat dua sahabat berkenaan kucing berdasarkan kepada perkataan Nabi saw:
(Ruslan:1/571)
إِنَّهَا
لَيْسَتْ بِنَجَسٍ، إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ
Namun begitu, kandungan amalan memberi minum air kepada kucing, lalu
lebihan air sisa minuman kucing itu digunakan oleh Nabi untuk berwuduk terdapat
dalam hadis riwayat al-Tibrani dalam al-Mu’jam al-Soghir:
عَنْ أَنَسِ
بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ إِلَى أَرْضٍ بِالْمَدِينَةِ يُقَالُ لَهَا بَطْحَانُ
, فَقَالَ: «يَا أَنَسُ, اسْكُبْ لِي وَضُوءًا» , فَسَكَبْتُ لَهُ, فَلَمَّا قَضَى
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ حَاجَتَهُ أَقْبَلَ
إِلَى الْإِنَاءِ , وَقَدْ أَتَى هِرٌّ فَوَلَغَ فِي الْإِنَاءِ , فَوَقَفَ لَهُ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَقْفَةً حَتَّى
شَرِبَ الْهِرُّ , ثُمَّ تَوَضَّأَ , فَذَكَرْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ أَمْرَ الْهِرِّ , فَقَالَ: «يَا أَنَسُ , إِنَّ
الْهِرَّ مِنْ مَتَاعِ الْبَيْتِ , لَنْ يَقْذَرَ شَيْئًا , وَلَنْ يُنَجِّسَهُ» -
الطبراني, 634[4]
Anas bin
malik berkata: Rasulullah saw keluar ke satu tempat di Madinah, nama tempat itu
BATHAN. Baginda pun berkata: “Wahai Anas, tuangkan kepadaku air wuduk”. Aku
(Anas) pun menuangkan air kepada Nabi. Ketika Rasulullah saw selesai hajatnya,
baginda tertumpu pada bekas air yang ketika itu seekor kucing jantan datang
lalu menjilat (air yang berada) dalam bekas tersebut. Rasulullah saw memberikan
air kepada kucing tersebut sehingga kucing itu minum. Kemudian, baginda
berwuduk (dengan air terbabit). Aku pun menyebut kepada Rasulullah berkenaan
kucing terbabit. Baginda pun bersabda: “Wahai Anas, sesungguhnya kucing dari kalangan binatang kesenangan rumah. Sekali-kali ia
tidak mengotorkan sesuatu dan tidak menajiskannya”
[2] MEMBERI
ISYARAT SEMASA SEDANG SOLAT
Dalam hadis ini dijelaskan bahawa semasa AISYAH sedang solat, dia
memberi isyarat kepada hambanya. Ini menjadi dalil bahawa tidak membatalkan
solat, jika semasa solat, memberi isyarat yang boleh difahami.
Ini dikuatkan lagi dengan hadis yang lain:
عَبْدَ اللَّهِ
بْنَ عُمَرَ، يَقُولُ: «خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ إِلَى قُبَاءَ يُصَلِّي فِيهِ»
، قَالَ: «فَجَاءَتْهُ الْأَنْصَارُ، فَسَلَّمُوا عَلَيْهِ وَهُوَ يُصَلِّي» ،
قَالَ: " فَقُلْتُ لِبِلَالٍ: كَيْفَ رَأَيْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرُدُّ عَلَيْهِمْ حِينَ كَانُوا يُسَلِّمُونَ عَلَيْهِ
وَهُوَ يُصَلِّي؟ "، قَالَ: «يَقُولُ هَكَذَا، وَبَسَطَ كَفَّهُ» ، وَبَسَطَ جَعْفَرُ
بْنُ عَوْنٍ كَفَّهُ، وَجَعَلَ بَطْنَهُ أَسْفَلَ، وَجَعَلَ ظَهْرَهُ إِلَى فَوْقٍ
– ابو داود, 927[5]
Abdullah
bin Umar berkata: Rasulullah saw keluar ke Quba’—baginda menunaikan solat di
situ. Kata (Ibn Umar lagi): orang-orang ansar datang, mereka pun memberi kepada
baginda ketika baginda sedang tunaikan solat. kata (Ibn Umar lagi): aku
bertanya kepada Bilal: bagaimana kamu nampak Rasulullah saw membalas ketika
mereka memberi kepada baginda ketika baginda sedang solat? Jawab (Bilal): dia menjawab begini sambil dia
mengisyaratkan dengan tapak tangannya. Jaafar bin Aun membuka tapak
tangannya—menjadikan perut tangannya ke bawah dan belakang tangannya ke atas.
[3] SAHABAT AJAR AGAMA SECARA PRAKTIKAL
Amalan
Sahabat dianggap sebagai sumber hukum selama tidak ada khilaf dan bantahan. Hal
ini kerana, amalan sahabat tersebut dianggap mereka belajar dari Nabi saw yang
tidak perlu mereka riwayatkan dalam bentuk perkataan, tetapi memadai dalam
bentuk perbuatan.
Namun,
jika ada bantahan, perlu dilihat pada konteks berikut;
a.
Jika
dibantah oleh sahabat lain dengan mereka sertakan sekali nas al-Quran atau
hadis marfu’, maka itu dianggap sebagai salah.
b.
Jika
dibantah oleh sahabat lain tanpa dikaitkan dengan sebarang nas, maka itu adalah
ijtihad yang jika benar, dapat dua pahala; jika salah, dapat satu pahala
sahaja.
[4] SUNAT MEMBERI MAKANAN KEPADA YANG MEMERLUKAN
Kalau
terhadap kucing yang memerlukan pun, sunat diberikan makanan, sudah pasti lebih
diberikan makanan kepada manusia yang memerlukan, sama ada muslim atau tidak.
(al-Manhal:1/268)
BIOGRAFI PERAWI |
[5] ABDULLAH
BIN MASLAMAH AL-QA’NABI (130H-221H)
عَبْدُ اللَّهِ
بْنُ مَسْلَمَةَ الْقَعْنَبِيُّ
Disebut nama perawi ini untuk kali ke-4, iaitu dalam hadis ke-1, 12, 75
dan 76.
[4] ABDUL AZIZ BIN MUHAMMAD
BIN UBAID BIN ABI UBAID AL-DARAWARDI (187H)
عَبْدُ الْعَزِيزِ بن محمد بن عبيد بن ابي عبيد
الدراوردي
Dia dipanggil dengan ABU MUHAMMAD AL-JUHANI AL-MADANI. Dia seorang ulama
hadis serta Atba’ al-Tabiin yang alim dalam bidang al-Jarh wa al-Ta’dil.
KOMEN ULAMA:
(a)
dianggap siqah oleh AHMAD BIN SOLEH AL-JILI, IMAM MALIK, IBN HAJAR dan
YAHYA BIN MAIN.
(b)
AHMAD dan ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, kalau dia riwayat secara
hafalan, dia akan waham. Tetapi, jika dia riwayatkan berdasarkan kitab, itu
jadi elok.
(c)
Ibn hajar kata, dia soduq; kalau dia riwayatkan hadis dari kitab orang
lain, kadangkala dia tersilap.
(d)
Al-Bukhari meriwayatkan hadis darinya hanya dua hadis sahaja, itupun
disertakan dengan riwayat lain sama.
Dia adalah perawi al-Khamsah; Ahmad, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan
Ibn Majah.
Dia dianggap soduq yang hasan al-hadis.
[3] DAUD BIN SOLEH BIN DINAR AL-TAMMAR AL-ANSARI AL-MADANI
دَاوُدَ بْنِ صَالِحِ بْنِ دِينَارٍ التَّمَّارِ الأنصاري المدني
Digelar al-TAMMAR kerana dia
seorang penjual buah kurma.
Dia adalah Rijal Bukhari, Muslim dan Abi Daud.
KOMENTAR ULAMA:
(a)
Ahmad kata, la Ba’sa Bih.
(b)
Ibn Hibban senaraikan dia dari
kalangan al-Siqat.
(c)
Al-Zahabi kata, dia soduq.
[2] IBU KEPADA DAUD BIN SOLEH
أُمِّهِ
Tidak diketahui nama sebenarnya. Ada pihak mengatakan,
Namanya adalah KHAULAH, tetapi dakwaan itu tidak dapat dipertanggungjawab.
Justeru, dia dianggap majhul.
[1] AISYAH BINTI ABI BAKAR AL-SIDDIQ (19SH-58H)
عائشة بنت ابي بكر الصديق
Dalam sunan Abi Daud, nama sahabiyyah ini disebut untuk kali ke-13,
iaitu hadis ke-18, 30, 33, 34, 40, 42, 50, 51, 52, 53, 56 dan 76.
[1] SANAD:
عَبْدُ
الرَّزَّاقِ، عَنِ الثَّوْرِيِّ، عَنْ حَارِثَةَ بْنِ أَبِي الرِّجَالِ، عَنْ
عَمْرَةَ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
[2] SANAD:
حَدَّثَنَا
عَمْرُو بْنُ رَافِعٍ، وَإِسْمَاعِيلُ بْنُ تَوْبَةَ، قَالَا: حَدَّثَنَا يَحْيَى
بْنُ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ، عَنْ حَارِثَةَ، عَنْ عَمْرَةَ، عَنْ
عَائِشَةَ، قَالَتْ
[3] SANAD:
نا
الْحُسَيْنُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ , نا زِيَادُ بْنُ أَيُّوبَ , نا ابْنُ أَبِي
زَائِدَةَ , نا حَارِثَةُ بْنُ مُحَمَّدٍ , عَنْ عَمْرَةَ , عَنْ عَائِشَةَ ,
قَالَتْ
[4] SANAD:
حَدَّثَنَا
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ الْحَسَنِ بْنِ أُسَيْدٍ الْأَصْبَهَانِيُّ،
حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ عَنْبَسَةَ الْكُوفِيُّ، حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصٍ
الْمَكِّيُّ، عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ عَلِيِّ
بْنِ الْحُسَيْنِ , عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ - لَمْ يَرْوِهِ
عَنْ جَعْفَرٍ إِلَّا عُمَرُ بْنُ حَفْصٍ , وَلَا رَوَى عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ , عَنْ أَنَسٍ
حَدِيثًا غَيْرَ هَذَا
[5] SANAD:
حَدَّثَنَا
الْحُسَيْنُ بْنُ عِيسَى الْخُرَاسَانِيُّ الدَّامِغَانِيُّ، حَدَّثَنَا جَعْفَرُ
بْنُ عَوْنٍ، حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ سَعْدٍ، حَدَّثَنَا نَافِعٌ، قَالَ:
سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ، يَقُولُ - [حكم
الألباني] : حسن صحيح
No comments:
Post a Comment