Tuesday, October 25, 2022

HADIS 82


HADIS 82

 

حَدَّثَنَا  ابْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي حَاجِبٍ عَنِ الْحَكَمِ بْنِ عَمْرٍو وَهُوَ الْأَقْرَعُ و وَهُوَ الْأَقْرَعُ «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يَتَوَضَّأَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ طَهُورِ الْمَرْأَةِ»

Daripada al-Hakam bin amru al-Aqra’ bahawa Nabi saw melarang dari lelaki berwuduk dengan lebihan air bersuci perempuan.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] ARNAUT—RIJALNYA SIQAH.

 

Ada orang kata, hadis ini ada illat, kononnya ada perawi bernama ABU HAJIB yang riwayat hadis secara MAWQUF[1]. Pun begitu, jika dilihat pada riwayat ABDULLAH BIN SARJAS, didapati sanadnya jelas MARFU’.

 

Bermakna, Arnaut anggap sahih lighairih.

 

[2] ALBANI—SANADNYA SAHIH

(a)                Ibn Hibban kata, ia sahih.

(b)               Al-Tarmizi kata, hasan.

(c)                Rijalnya siqah—rijal Muslim kecuali ABU HAJIB.

(d)               ABU HAJIB siqah tanpa khilaf.

(e)               Dalam MUSNAD AL-TAYALISI, tidak disebut AL-HAKAM BIN AMRU, tetapi ABU HAJIB kata, menceritakan hadis itu dari lelaki dari kalangan sahabat nabi.

 

[3] PENDAPAT IMAM LAIN:

(a)                Imam al-Tarmizi pernah tanya hadis ini dari Imam al-Bukhari. Jawab beliau: hadis الأقرع tidak sahih. (Ma’alim:1/43, Ruslan:1/582, Aini:1/228)

(b)               Al-Bukhari kata, aku tidak nampak Abu Hajib ambil hadis dari al-Hakam bin Amru itu sebagai sahih. (Aini:1/230)

(c)                Al-Khattabi juga kata, ia tidak sahih. (Aini:1/230)

(d)               Dianggap doif oleh Ibn Hazm.

(e)               Al-Nawawi kata, hadis al-Hakam bin Amru adalah doif. turut mendoifkannya oleh para imam hadis, seperti al-Bukhari dan sebagainya (Aun:1/53)

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Dalam riwayat al-Tarmizi (63);

 

عَنْ أَبِي حَاجِبٍ، عَنْ رَجُلٍ، مِنْ بَنِي غِفَارٍ، قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ فَضْلِ طَهُورِ المَرْأَةِ» وَفِي البَابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ.

Daripada Abu Hajib, daripada seseorang lelaki dari Bani Ghifar berkata: Rasulullah saw melarang dari (bersuci) dengan lebihan bersuci perempuan”

 

Pada bab ini, daripada Abdullah bin Sarjas.

 

PERBEZAAN DENGAN HADIS BAB;

(a)                Dalam tarmizi ini, tidak disebut nama sahabat yang riwayatkan hadis—hanya sekadar sebut, lelaki dari bani Ghiffar, sedangkan dalam hadis bab, disebutkan bahawa sahabat tersebut adalah AL-HAKAM BIN AMRU.

(b)               Dalam tarmizi, tidak disebut wuduk, sedangkan dalam hadis Bab, secara jelas sebut berwuduk.

 

[2] Dalam riwayat al-Tahawi pula;

 

عَنِ الْحَكَمِ الْغِفَارِيِّ قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَتَوَضَّأَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ الْمَرْأَةِ أَوْ بِسُؤْرِ الْمَرْأَةِ» لَا يَدْرِي أَبُو حَاجِبٍ أَيُّهُمَا قَالَ – شرح معاني الأثار, 80[2]

al-Hakam al-Ghiffari berkata: Rasulullah saw melarang bahawa seorang lelaki berwuduk dengan lebihan air yang digunakan oleh perempuan; atau dengan sisa minuman perempuan.

 

PERBEZAAN DENGAN HADIS BAB:

(a)    ada syak perawi, iaitu pada perkataan بِسُؤْرِ الْمَرْأَةِ—sisa minuman perempuan.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-81 menyebut bahawa sahabat nabi yang tidak diketahui namanya menyebut hadis bahawa lelaki tidak boleh berwuduk lebihan air wuduk perempuan. Begitulah sebaliknya.

 

Hadis ke-82 pula, disebutkan nama sahabat yang meriwayatkan hadis ini secara jelas. namun, matannya hanya menyebut larangan lelaki berwuduk dari lebihan bersuci perempuan. Tidak disebut yang sebaliknya.

 

PENGAJARAN

 

[1] TAFSIRAN BERBEZA DARI BIASA

 

Menurut AL-SAHRANPURI, ada pendapat menyatakan bahawa maksud larangan dalam hadis ini adalah terfokus pada percampuran lelaki dan perempuan (ikhtilat). Iaitu, tidak dibenarkan bercampur lelaki dan perempuan, walaupun dalam urusan yang melibatkan ibadat. (Bazl:1/174)

 

[2] AIR LEBIHAN PEREMPUAN

 

(A)                PENDAPAT AHMAD DAN ISHAQ

 

Kata imam al-Tarmizi;

 

وَكَرِهَ بَعْضُ الفُقَهَاءِ الوُضُوءَ بِفَضْلِ طَهُورِ المَرْأَةِ، وَهُوَ قَوْلُ أَحْمَدَ، وَإِسْحَاقَ: كَرِهَا فَضْلَ طَهُورِهَا، وَلَمْ يَرَيَا بِفَضْلِ سُؤْرِهَا بَأْسًا  - الترمذي, 63

Setengah fuqaha’ anggap MAKRUH berwuduk dengan lebihan air bersuci perempuan; mereka adalah AHMAD dan ISHAQ. Mereka berdua anggap makruh lebihan bersuci mereka, tetapi tidak anggap makruh lebihan air minum mereka.

 

(B)               PENDAPAT IBN UMAR DAN ABU HANIFAH

 

Ada beberapa kupasan:

(a)                Kata Ibn Umar: boleh mandi dari air lebihan wuduk perempuan, selama dia tidak berjunub dan tidak haid. Jika mereka berjunub dan haid, air lebihan mereka tidak boleh digunakan. Ini pendapat ibn Umar, al-Sya’bi dan al-Awzaie. (Manhal:1/275)

(b)               Muhammad bin al-hasan kata: Perempuan yang berjunub dan berhaid, air lebihan mereka boleh digunakan, sama ada mandi, wuduk atau sisa minuman mereka. Ini juga pendapat Abu Hanifah[3].

 

(C)               JUMHUR ULAMA

 

Harus bersuci dengan air bersuci perempuan, tidak ada sebarang masalah pun. ini adalah pendapat Jumhur dan pendapat terpilih dalam mazhab hanbali. (Manhal:1/275)

 

Dalil mereka;

 

(a)                Hadis Nabi saw mandi bersama ister-isteri baginda bersama-sama. (hadis ke-77 dan 78)

(b)               Hadis ke-68—nabi saw kata: “air tidak berjunub”.

(c)                Al-Khitabi kata, hadis yang melarang ini adalah Mansukh.

(d)               Andai tidak Mansukh, larangan tersebut sekadar makruh sahaja. (Manhal:1/275)

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] MUHAMMAD BIN BASSYAR (167H-252H)

محمد ابْنُ بَشَّارٍ

 

Nama penuhnya adalah MUHAMMAD BIN BASYSYAR BIN OSMAN BIN DAUD BIN KAISAN, digelar dengan ABU BAKAR AL-‘ADBI AL-BASRI dan lebih terkenal dengan panggilan BUNDAR.

 

Dia salah seorang 9 orang guru hadis yang imam al-Sittah ambil hadis tanpa perantara.

 

Di lahirkan di Basrah dan membesar di situ. Dia tidak pernah keluar dari Basrah selama ibunya masih hidup. Namun, selepas ibunya meninggal dunia, dia pun berjelajah mencari ilmu. Dia pernah berkata:

أردت الخروج فمنعتني أمي، فأطعتها، فبورك لي فيه

Aku mahu keluar (dari basrah), tetapi ibu aku melarang. Aku pun taat ibuku. Aku pun diberikan keberkatan dengan sebab ketaatan itu”

 

SIKAP ULAMA;

(a)    ABU DAUD ada berkata: aku menulis hadis dari Bundar kurang lebih 50 ribu hadis

(b)   AL-BUKHARI ambil hadis darinya sebanyak 205 yang sahih.

(c)    MUSLIM ambil hadis darinya sebanyak 460 hadis dalam sahihnya.

(d)   AHMAD BIN ABDULLAH AL-IJLI kata, dia siqah dan banyak riwayat hadis.

(e)   ABU HATIM AL-RAZI kata, dia SODUQ.

(f)     IBN KHUZAIMAH kata, bahawa BUNDAR berkata: kamu tidak duduk dalam majlis aku ini kecuali kamu hafal semua hadis yang aku keluarkan.

(g)    AL-NASAIE kata, bundar adalah soleh dan la ba’sa bih.

(h)   AL-DARAQUTNI kata, dia dari kalangan huffaz yang sabat.

(i)      ABU HAFSH AL-FALLAS bersumpah bahawa BUNDAR seorang pembohong apabila dia riwayatkan hadis dari YAHYA.

(j)      IBN MA’IN anggap dia doif.

(k)    ABU AL-FATH kata, ramai manusia menulis berkenaan BUNDAR dan menerimanya. Tetapi, mereka tidak kemukakan komentar YAHYA BIN MA’IN dan AL-QAWARIRIY yang mentajrihkannya. Aku tidak nampak seorangpun menyebut berkenaan Bundar kecuali yang baik sahaja.

 

[5] ABU DAUD AL-TAYALISI (133H-204H)

أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيَّ

 

Nama betulnya adalah SULAIMAN BIN DAUD BIN AL-JARUD AL-BASRI.

 

Di gelar AL-TAYALISI, kerana dikatakan dia selalu memakai kain yang diletak di kepalanya yang dalam bahasa farsi disebut sebagai Tayalasah.

 

Dia berasal dari Farsi. Namun, dia tinggal di Basrah. Ibunya orang farsi. Dia adalah bekas hamba kepada keluarga al-Zubair bin al-Awwam.

 

Banyak tempat dia jelajah untuk mengambil hadis. Dia pernah kata, aku ambil hadis dari seribu guru. Dia mengarang kitab MUSNAD AL-TAYALISI.

 

PENDAPAT ULAMA:

(a)                AMRU BIN ALI AL-FALLAS kata, aku tidak nampak ada ulama hadis yang lebih hafaz berbanding abu Daud al-Tayalisi. (Tawassut:2/566). Bahkan, itu tidak pelik kerana dia pernah betulkan sebanyak 40 ribu hadis yang mawquf yang sengaja di marfu’kan atau sebaliknya; begitujuga hadis yang mursal yang sengaja di mawsulkan atau sebaliknya. (Manhal:1/274)

(b)                ALI BIN AL-MADINI kata, aku tidak jumpa seorang pun yang lebih hafaz berbanding dia.

(c)                AMRU BIN SYABBAH kata, mereka menulis darinya di Asbahan sebanyak 40 ribu hadis, tanpa bersamanya sebarang kitab.

(d)               ABDUL RAHMAN BIN MAHDI kata, Abu Daud adalah manusia yang paling benar.

(e)               WAKI’ kata, dia adalah gunungan ilmu.

(f)                 AL-NU’MAN BIN SALIM kata, dia siqah ma’mun.

(g)                AL-IJLI kata, dia siqah dan banyak hafal hadis.

(h)               AL-NASAIE kata, dia siqah dari kalangan orang yang paling benar lahjah.

(i)                  IBN ‘ADI kata, pada masa dia, dia adalah orang yang paling hafaz di basrah, terkehadapan dari kalangan ulama sezaman dengannya dari sudut hafalan dan pengetahuan. Pernah berlaku bahawa dia tersalah tetapi pada masa itu dia tersedar dan perbetulkan.

(j)                  ABU MAS’UD AL-RAZI tanya AHMAD berkenaan ABU DAUD AL-TAYALISI, jawab AHMAD: dia siqah soduq. Abu mas’ud kata, dia ada buat silap. Jawab Ahmad, itu diihtimalkan sahaja.

(k)                IBN MA’IN kata, dia soduq.

(l)                  ABDUL RAHMAN kata, aku tanya bapaku. Dia menjawab: Abu Daud adalah ulama hadis yang soduq dan banyak buat silap.

(m)             IBRAHIM BIN AL-JAWHARI kata, Abu Daud al-Tayalisi ada melakukan kesalahan pada seribu hadis.

(n)               IBN SA’AD kata, dia siqah dan banyak riwayat hadis. namun, kadangkala dia tersilap.

 

Dia adalah rijal al-kutub al-Sittah kecuali al-Bukhari hanya riwayatkan hadisnya dalam al-Adab al-Mufrad.

Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis ke-82.

 

[4] SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ (85H-160H)

 حَدَّثَنَا شُعْبَةُ بن الحجاج

Perawi ini sudah disebut dalam sunan Abi Daud untuk kali ke-6, iaitu dalam hadis ke-4, 5, 6, 23, 74 dan 82.

 

[3] ‘ASIM BIN SULAIMAN AL-AHWAL (143H)

 عَاصِمٍ بن سليمان الأحول

 

Ulama yang juga seorang tabiin ini berasal dari Basrah ini digelar dengan ABU ABD AL-RAHMAN. Semasa di Kufah dia dilantik menjadi pengerusi Hisbah yang memantau timbangan peniaga-peniaga di pasar-pasar kufah. Semasa di al-Madain (Iraq), dia dilantik menjadi Qadhi, iaitu di era pemerintahan Abu Jaafar.

 

Menurut al-Bukhari, dia meninggal pada 143 hijrah.

KOMENTAR ULAMA;

(a)                Dia dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH, AL-IJLI, IBN ‘AMMAR, IBN AL-MADINI dan IBN HIBBAN.

(b)               SUFYAN AL-SAURI kata, aku jumpa empat orang yang kuat hafalannya. Antaranya adalah ‘Asim bin Sulaiman.

(c)                HAFS BIN GHIYAS berkata, apabila ‘Asim kata dia menyangka, itu bermakna ia tidak syak lagi.

(d)               AHMAD kata, dia dari kalangan HUFFAZ dan syaikh siqah.

(e)               YAHYA AL-QATTAN kata, dia bukan hafiz. Abu Ahmad al-Hakim terima jika dia ada mutaba-ah.

(f)                 IBN ‘ULAYYAH kata, setiap nama perawi ‘ASIM, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada hafalannya.

(g)                ABU AHMAD AL-HAKIM kata, dia tidak dikira hafiz sehingga IBN IDRIS tidak ambil hadisnya kerana buruk hafalan.

(h)               AHMAD BIN HAMBAL kata, dia syaikh siqah.

(i)                  YAHYA BIN MA’IN kata, YAHYA BIN SA’ID anggap ‘ASIM sebagai DOIF.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis ke-82.

 

[2] ABU HAJIB (101H)

 أَبِو حَاجِبٍ

 

Nama sebenarnya seperti yang disebut para imam termasuk Abu Daud adalah SAWADAH BIN ‘ASIM AL-‘ANZI AL-BASRI.

 

Ibn Hibban kata, dia dari keturunan Quraish.

 

PENDAPAT ULAMA:

(a)                Dianggap siqah oleh IBN MA’IN, AL-NASAIE dan IBN HIBBAN.

(b)               ABU HATIM kata, dia syaikh.

(c)                IBN HIBBAN letak dia dalam senarai al-Siqat. Namun, dia kadangkala buat silap.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah kecuali al-Bukhari sahaja.

Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis ke-82.

 

[1] AL-HAKAM BIN AMRU AL-AQRA’ (49H)

الْحَكَمِ بْنِ عَمْرٍو وَهُوَ الْأَقْرَعُ

 

Nama penunnya adalah AL-HAKAM bin AMRU bin MUJADDA'.

 

ada orang kata, MUJADDAH. Ada pula kata, MUJADDAH bin HIZYAM bin HULWAN bin AL-HARIS AL-GHIFFARI

 

Gelaran الأقرع adalah gelaran bagi Amru, bukan kepada al-Hakam. Ekoran itu, imam al-Nawawi sebut Namanya dengan AL-HAKAM BIN AL-AQRA’. Namun al-Khattabi pula kata, AL-AQRA’ adalah gelaran bagi AL-HAKAM. (Tawassut:2/558)

 

Menurut ibn Sa’ad, dia adalah sahabat Nabi sehingga Nabi wafat. Selepas Nabi wafat, dia berhijrah ke Basrah. (Tawassut:2/558). Al-Zarkali kata, dia berhijah ke Basrah di era pemerintahan Muawiyah.

 

Ibn Abd al-Bar kata, ZIYAD lantik dia menjadi gabenor di Basrah di awal ZIYAD menjadi wali di iraq. Kemudian, digugurkan jawatannya dan kemudian menjadi gabenor di Khurasan. Dikatakan bahawa dia meninggal di Basrah. Ada kata, di khurasan.

 

Dia meninggal tahun 50 hijrah. Ada kata, tahun 51 hijrah. Ada pula kata, pada tahun 45 hijrah.

 

Menurut pendapat yang sahih bahawa dia dikebumikan bersebelahan dengan kubur BURAIDAH AL-ASLAMI. Semua sepakat bahawa Buraidah mati di maru (khurasan).

 

Dia pernah sampai Herat, Afghanistan

 

Namanya ada dalam Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari hanya riwayatkan satu hadis darinya, imam Muslim tidak meriwayatkan hadisnya.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis ke-82.

 

 

 



[1] Arnaut:

وقال الدارقطني في "السنن" 1/53: أبو حاجب: اسمه سوادة بن عاصم واختلف فيه عنه: فرواه عمران بن حدير، وغزوان بن حجير السدوسي، عنه، موقوفاً من قول الحكم غير مرفوع للنبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

[2] SANAD:

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مَعْبَدٍ، قَالَ: ثنا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ عَطَاءٍ، عَنْ شُعْبَةَ، عَنْ عَاصِمٍ الْأَحْوَلِ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا حَاجِبٍ يُحَدِّثُ عَنِ الْحَكَمِ الْغِفَارِيِّ قَالَ

[3]  AL-MUWATTA’ RIWAYAT MUHAMMAD BINI HASSAN;

أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، حَدَّثَنَا نَافِعٌ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّهُ قَالَ: «لا بَأْسَ بِأَنْ يَغْتَسِلَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ وَضُوءِ الْمَرْأَةِ، مَا لَمْ تَكُنْ جُنُبًا أَوْ حَائِضًا» ، قَالَ مُحَمَّدٌ: لا بَأْسَ بِفَضْلِ وَضُوءِ الْمَرْأَةِ وَغُسْلِهَا، وَسُؤْرِهَا وَإِنْ كَانَتْ جُنُبًا، أَوْ حَائِضًا , بَلَغَنَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَغْتَسِلُ هُوَ، وَعَائِشَةُ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ لِيَتَنَازَعَانِ الْغُسْلَ جَمِيعًا، فَهُوَ فَضْلُ غُسْلِ الْمَرْأَةِ الْجُنُبِ، وَهُوَ قَوْلُ أَبِي حَنِيفَةَ رَحِمَهُ اللَّهُ  - الموطاء رواية محمد بن الحسن, 89

No comments:

Post a Comment