Monday, June 27, 2022

HADIS 60

 

HADIS 60

 

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ  أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ، حَتَّى يَتَوَضَّأَ»

Rasulullah saw bersabda: Allah tidak terima solat seseorang kamu apabila dia berhadas, hinggalah dia berwudu’


Status hadis: sahih

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Dalam riwayat Abu Daud, digunakan lafaz “لا يقبل الله” sedangkan dalam riwayat al-Bukhari (135), digunakan lafaz majhul:

لاَ تُقْبَلُ صَلاَةُ مَنْ أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ

 

[2] Hadis ini menjelaskan bahawa Nabi memberitahu berkenaan solat yang ditunaikan dalam keadaan berhadas, maka solat itu tidak sah. Sama ada solat itu sunat atau fardu; sama ada kedatangan hadas itu semasa sedang solat, mahupun sebelum memulakan solat.

 

[3] Menurut HAMMAM BIN MUNABBIH yang juga perawi hadis ini pernah meriwayatkan bahawa ketika Abu Hurairah meriwayatkan hadis ini, ada seseorang lelaki telah bertanya kepada Abu Hurairah makna berhadas itu.

 

Dalam hadis—daripada Hamma bin Munabbih berkata bahawa dia dengar Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

 

عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لاَ تُقْبَلُ صَلاَةُ مَنْ أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ» قَالَ رَجُلٌ مِنْ حَضْرَمَوْتَ: مَا الحَدَثُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ؟، قَالَ: فُسَاءٌ أَوْ ضُرَاطٌ – البخاري, 135

Solat tidak diterima dari orang yang berhadas sehingga dia berwuduk. Berkata seseorang lelaki dari Hadhramaut. Apa itu hadas, wahai Abu Hurairah? Jawab Abu Hurairah: kentut perlahan atau kentut kuat” (al-Bukhari, hadis no: 135[1])

 

[3] Jawapan Abu Hurairah itu, dalam ilmu balaghah disebut sebagai majaz mursal من اطلاق الجزء وارادة الكل, iaitu menyebut sebahagian, tetapi yang dimaksudkan adalah seluruhnya. Dalam erti kata lain, kentut adalah salah satu perkara yang menjadikan seseorang berhadas, bukan satu-satunya. Di sana terdapat perkara lain yang menjadikan seseorang itu berhadas, seperti bersentuhan lelaki dan perempuan (dalam mazhab syafie) dan sebagainya.

 

[4] Dalam matan hadis, disebutkan berhadas itu dengan lafaz umum. Ekoran itu, dadas yang dimaksudkan, sama ada hadas kecil, mahupun hadis besar. Sama ada ketika sedang solat, ataupun belum memulakan solat.

 

[5] Walaupun matan menyebut wudu’ sahaja, tidak bermakna ia dibataskan kepada wudu’. Hal ini kerana, dalam keadaan tertentu, dibenarkan bertayammum. Firman Allah:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ (6) – المائدة

 

Dalam hadis—daripada Abu Zar bahawa nabi saw bersabda:

 

الصَّعِيدُ الطَّيِّبُ وَضُوءُ الْمُسْلِمِ وَلَوْ إِلَى عَشْرِ سِنِينَ، فَإِذَا وَجَدْتَ الْمَاءَ فَأَمِسَّهُ جِلْدَكَ فَإِنَّ ذَلِكَ خَيْر – ابو داود, 332[2]

Debu yang bersih itu adalah wuduk bagi muslim, walaupun mengambil masa sehingga 10 tahun. Apabila kamu dapati air, maka sapulah air itu pada kulit kamu. Itu adalah yang terbaik” (abu Daud, hadis no: 332)

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-59, dinyatakan bahawa Allah tidak terima solat bagi orang yang tidak bersuci.

 

Hadis ke-60 ini pula menjelaskan bahawa antara yang dimaksudkan tidak bersuci itu adalah apabila kedatangan hadas.

 

PENGAJARAN

 

[1] PERKARA MEMBATALKAN WUDU

 

PERTAMA:

Setiap yang keluar dari qubul dan dubur, sama ada najis ataupun tidak najis. Hadis—Nabi saw ditanya:

 

عَنْ سَعِيدٍ، وَعَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ، عَنْ عَمِّهِ شُكِيَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الرَّجُلُ، يُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ يَجِدُ الشَّيْءَ فِي الصَّلَاةِ، قَالَ: «لَا يَنْصَرِفُ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا، أَوْ يَجِدَ رِيحًا» - مسلم, 361[3]

“seorang lelaki yang khayal bahawa dia dapati sesuatu dalam solatnya. Jawab nabi: Dia tidak keluar dari solat sehingga dia dengar suara atau dapati bau” (Muslim, hadis no: 361)

Justeru, keluar ulat atau batu dari qubul atau dubur, wuduk dikira sebagai batal.

 

KEDUA:

Ijmak ulama mengatakan, hal ini adalah perkara yang membatalkan wuduk:

A.                  Kencing

B.                  Buang air besar

C.                  Keluar air mazi

D.                 Keluar air wadi.

E.                  Berhubungan secara syahwat.

F.                   Hilang akal.

G.                 Tidur yang banyak.

 

KETIGA:

Perkara membatalkan wuduk yang ulama khilaf;

A.                  Cium

B.                  Sentuh zakar

C.                  Berdarah hidung.

D.                 Keluarkan darah.

E.                  Keluar sesuatu yang bukan lazim dari qubul atau dubur seperti keluar ulat dan sebagainya.

F.                   Keluar kencing dan mazi kerana penyakit.

G.                 Darah istihadah.

 

[2] NAJIS KELUAR DARI SELAIN QUBUL DAN DUBUR

 

Apabila najis keluar dari selain qubul dan dubur, seperti seseorang yang membuat pembedahan seperti ditebuk perutnya, lalu keluar najis melalui saluran yang disediakan melalui perut tersebut, menurut Mazhab Syafie dan Hanafi, wuduknya tetap dikira sebagai batal.

 

Alasannya, setiap najis yang lazimnya keluar dari qubul dan dubur, maka dikira batal wuduk, jika keluar dari saluran selain qubul dan dubur.

 

[3] BERHADAS KETIKA SEDANG SOLAT

 

PERTAMA:

Dalam kitab AL-TAWASSUT AL-MAHMUD FI SYARH SUNAN ABI DAUD dinukilkan bahawa Abu Hanifah memfatwakan, kentut ketika sedang tahiyat akhir tidak mencacatkan solat. solatnya dikira sebagai sah.

 

Namun, pendapat ini dibantah sekian ramai ulama dengan berhujah dengan hadis bab.

 

KEDUA:

Dalam kitab AL-MINHAL, dinukilkan bahawa sebilangan ulama-ulama dalam mazhab Hanafi memfatwakan bahawa dibenarkan bagi orang yang jika tengah solat, lalu terkentut ketika sedang rukuk, maka dia berhenti solat dan ambil wuduk, kemudian dia sambung balik dari rukuk tersebut.

 

Pendapat ini juga dibantah oleh ramai ulama dengan merujuk kepada hadis ini.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] AHMAD BIN HANBAL (164H-241H)

أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ

 

Lihat hadis ke-27 dan 38.

 

[4] ABD AL-RAZZAQ   BIN HAMMAM BIN NAFI’ (126H-211H)

عَبْدُ الرَّزَّاقِ بن همام بن نافع

 

Lihat hadis ke- 27.

 

[3] MA’MAR BIN RASHID (95H-153H

مَعْمَرٌ بن راشد

 

Lihat hadis ke-27.

 

[2] HAMMAM BIN MUNABBIH (132H)

هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ

 

Dia digelar sebagai ABU ‘UQBAH AL-SUN’ANI. Dia adalah abang kepada seorang ulama hadis yang terkenal, iaitu WAHAB BIN MUNABBIH.

 

Munabbih, iaitu bapa kepada HAMMAM, asalnya dari khurasan. Raja farsi telah mengeluarkannya dari negerinya menyebabkan dia berhijrah ke Yaman.

 

Dia memeluk islam di era Nabi Muhammad saw.

 

Hammam adalah orang yang mula-mula sekali menghimpun hadis dalam bentuk tulisan sehingga dikenali sebagai SAHIFAH HAMMAM BIN MUNABBIH.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[1] ABU HURAIRAH (21SH-59H)

أَبو هُرَيْرَةَ

 

Lihat hadis ke-8, 25, 28, 35, 44, 45, 46 dan 54 (kali ke-9)

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SAHIH

A.                  Semua perawi adalah rijal Bukhari dan Muslim.

B.                  Arnaut dan albani sepakat kata sahih.

C.                  Hadis ini ada dalam bukhari dan muslim.

 

[2] MUTABA-AH

 

Hadis ini ada dalam sahih al-Bukhari (6954)[4], Muslim (225[5]) dan al-Tarmizi (76[6])



[1] SANAD:

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الحَنْظَلِيُّ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ

[2] SANAD:

حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ، أَخْبَرَنَا خَالِدٌ الْوَاسِطِيُّ، عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ، عَنْ أَبِي قِلَابَةَ، ح حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، أَخْبَرَنَا خَالِدٌ يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ اللَّهِ الْوَاسِطِيَّ، عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ، عَنْ أَبِي قِلَابَةَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ بُجْدَانَ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ

[3] SANAD:

وَحَدَّثَنِي عَمْرٌو النَّاقِدُ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، ح، وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ جَمِيعًا عَنِ ابْنِ عُيَيْنَةَ - قَالَ عَمْرٌو: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَعِيدٍ، وَعَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ

[4] SANAD:

حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، عَنْ مَعْمَرٍ، عَنْ هَمَّامٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

[5] SANAD:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ بْنُ هَمَّامٍ، حَدَّثَنَا مَعْمَرُ بْنُ رَاشِدٍ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ أَخِي وَهْبِ بْنِ مُنَبِّهٍ، قَالَ: هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ، عَنْ مُحَمَّدٍ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا، وَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

[6] SANAD:

حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ قَالَ: أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

No comments:

Post a Comment